Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Tarik Kereta. Show all posts
Showing posts with label Tarik Kereta. Show all posts

25 January 2023

Apalah Nak Diharapkan

Bhai/DeeDee semua...

Ibarat mengharapkan pegar... pegar makan padi.... Apalah yang nak diharapkan...  memang naya.... Penguatkuasa keselamatan sendiri pun terlibat sama dengan kegiatan ugut dan samseng.... adoilah...

Makin jahanam dunia...

Sebenarnya ini bukan perkara langka... tapi dah lama dah... banyak kali..  siap ader ayahanda kongsi gelap boleh lepak kat Balai Polis... dengan tangannya dicium oleh pegawai-pegawai polis lagi... tatau la apa yang hebatnya...

Samseng Taik Kucing

Polis percaya pertubuhan haram Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) yang digempur dalam operasi khas Op Selendang di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu pada Khamis hingga Sabtu lepas, terlibat dalam aktiviti keganasan dan gangsterism.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata siasatan mendapati, sebahagian daripada 21 suspek ditahan yang juga terdiri daripada dua pegawai dan 12 anggota polis, berperanan sebagai ejen pengutip hutang Ah Long dan aktiviti tarik kereta secara haram.

Beliau berkata pertubuhan AHK yang dipercayai memiliki antara 200 hingga 300 ahli di sekitar Dungun itu, juga dikesan mengutip wang perlindungan daripada ahli bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang, sekiranya melakukan kesalahan.

23 January 2021

Jangan Sampai Orang Ambil Tindakan Drastik

Bhai/DeeDee semua...

Golongan kaya terutamanya bank-bank komersial di Malaysia termasuklah syarikat Insuran dan Takaful di Malaysia patut berasa lega sebab mereka beroperasi di Malaysia... bukan di Thailand, Vietnam, Filipina atau Indonesia...

Sebab...

Sebab kalu mereka berada di Indonesia misalnya... pastinya ader bank yang kena bakar... ader bank yang kena pecah pejabatnya... ader pejabat insuran atau takaful yang akan musnah kerana diserang oleh rakyat yang marah dan merasa tertindas...

Dalam keadaan PKP 2.0 dan ekonomi yang makin malam ini.... takder gaya.. takder usaha dari pihak Bank untuk membantu rakyat yang terkesan... Arahan Moratorium dari BNM pun sekadar dipandang sebelah mata jer oleh pihak Bank... tiada tindakan tuntas yang dilakukan oleh pihak bank... hanya sekadar sambil lewa sahaja...


Dalam sebulan dua nih... mesti ramai yang kena tarik kenderaan mereka atau rumah disita... semua sebab tak mampu nak bayar bulanan seperti biasa... Macam mana nak bayar sebab perlu lebih pentingkan makanan yang ada diatas meja untuk keluarga daripada yang lain...


Itu yang gua cakap... nasib baik mereka di Malaysia... kalu di negara lain... mesti sudah kena tindakan "arsonist"

Harap tak jadi camnie kat Malaysia. Nauzubillah.


21 January 2021

Apa Plan Untuk Rakyat?

Bhai/DeeDee semua...

Rakyat sedang tertekan sekarang nih... pada PKP 1.0 ... mungkin kesannya tidak begitu mendesak... betul... sebab masa tu ramai juga yang masih ader simpanan... ramai juga yang masih mampu untuk bertahan disebabkan adalah sedikit modal dalam tangan .... 

Tapi....

Selepas ianya berpanjangan sekian lama... yang mana M40 pon dah boleh jatuh kepada B40... yang B40... dah jadi tak ketahuan la.... tambah lagi PKP 2.0 nih yang ditambah dengan darurat bagai...

Duit dah takder dalam poket... yang ada selama ini digunakan untuk membayar itu ini... kerja banyak yang sangkut... job dan kontrak takder... malah nak berniaga online pon penuh dengan masalah...  bukan sahaja tiada kepakaran... tetapi lebih kepada bersaing benda yang sama....

Apa pilihan yang ader.... mostly ramai yang berniaga makanan... tapi... kalu semua orang berniaga makanan.. siapa pula yang hendak membeli... hidup ini bukan sebab makan semata-mata tapi lebih kepada saling pergantungan kepada industri lain... saling berhubungan..

Setakat ini takder betul-betul plan untuk rakyat... moratorium bank pun ader "catch"nyer...

Tadi gua sengaja pi jumpa bank.... sajer tanya tentang moratorium di bank XXXXXX ... diorang kata boleh buat moratorium... 3 bulan + Refinancing loan... Maknanya... boleh buat moratorium... tetapi perlu menandatangani surat setuju terima refinance...

Contoh... katakan la gua ader 6 tahun lagi untuk settlement kereta... sekitar RM73 ribu dan sekitar 2.73% interest fees... dimana gua bayar sebulan dalam RM1061 ..... kalu gua nak amik program moratorium PKP 2.0 ni.... gua akan dapat moratorium sampai bulan 4 (April 2021) ... tapi gua kena tukar loan gua untuk refinance services... boleh tambah sampai 9 tahun dimana gua kena bayar RM985 sebulan pada kadar interest 2.81% .... kalu nak murah... boleh buat sampai 12 tahun dimana bulanan jadi RM695 dan interest 2.85%

Gua gelak jer...  macam nih permainan bank... Hahaha....

By the way.... bank beroperasi macam biasa semasa PKP 2.0... dan reposessor kenderaan akan beroperasi macam biasa... kalu bank nak tarik kenderaan atau sita rumah dan sebagainya masa PKP 2.0 dan Darurat nih... takder isu legal pon... semua tindakan bank adalah valid..

Gua rasa ramai yang terkena dalam terpaksa.... dengan takder plan jangka masa panjang dari Kerajan... memang akan kena main ja bab moratorium nih... memang kena taji elok-elok...

Bayangkan berapa ramai yang akan menjadi mangsa kerakusan bank.... PM dan Kerajaan Malaysia ader pandang ke benda nih?? Adoilah...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1