Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

31 October 2014

Betul Ke Tidak??

Bhai/DeeDee semua....

Sila baca artikel nih yang gua rembat dari Sinar Harian.


SHAH ALAM - Satu mesej tersebar melalui aplikasi WhatsApp menyatakan telefon pintar orang awam sedang dipantau oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Mesej berkenaan berbunyi "Perhatian!! Sila tekan pada skrin HP anda *#06#.. Dan jika dia hanya keluar IMEI, HP anda selamat... Dan jika dia keluar/01 bermakna HP anda sedang dipantau oleh PDRM. Jika /02 HP anda sedang dipantau SPRM.

Mesej berkenaan dikatakan mula tersebar kira-kira dua hari lalu.

PDRM menafikan pihaknya sedang memantau nombor orang ramai yang menggunakan telefon pintar.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad menerusi laman rasmi Facebook PDRM menjelaskan dakwaan itu tidak benar.

“Maklumat yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp yang mendakwa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihati supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat ini.

“ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat,” katanya.


Hehehehe.......

Betul.... PDRM memang tak pantau telefon pintar lu orang..... tapi PDRM cuma pantau perbualan dan teks dari komunikasi telefon mudahalih dan talian tetap lu orang jer.... Jadi memang PDRM tak pantau telefon pintar .... cuma diorang pantai komunikasi jer..... Hahahaha ...

Dah bertahun dah diorang buat benda nih.... dan Agensi yang pernah gua berkhidmat pon ader buat benda yang sama gak..... Hahahaha.... aper ader hal..... aper mau kecoh.... hahaha  .... Rajin-rajin la lepak kat Subang Hitech ...... hahaha

30 October 2014

Penangan Kandang

Bhai/DeeDee semua....

Ader orang masuk kandang tertuduh .... ader orang masuk kandang saksi..... ader orang plak masuk kandang khinzir masa buat lawatan sambil belajar kat oversea..... Hahahaha..... Ini semua kandang.....  Kalo sakit kat Singapura plak.... masuk gak ke kandang.... tapi Hospital Kandang Kerbau..... Hahahaha

Yang masuk kandang tertuduh tue..... gua kureng respek..... Hahahaha..... sebab banyak kona sana sini..... Tapi bab pertuduhan tue gua memang tak stuju.... sebab nampak sangat fabrikasi..... Jadi gua sokong ikut tajuk ja..... Kalo pon mamat tue lepas daripada pertuduhan.... lima enam tahun lagi mesti akan ader tuduhan baru la plak..... itu dah nasib dier.... hahaha ... Aderlah lebih baik dier buat seperti mana yang dier pernah janjikan..... iaitu dier bersara dari politik...... Hahahaha

Cukup-cukup la tue keluar masuk mahkamah bawak citer yang sama... dah dekat 20 tahun dah....  cukup la..... takkan la nak jadikan bahan nak masuk Guinness World Record kot.... Hahaha....

Yang masuk kandang saksi plak..... yang nih pon gua tak respek.... Hahaha... bukan pasai aper... pasai mulut cabui sangat.... dier ingat dengan label dan kasta jubah/sarban yang dier gunakan... orang akan percaya aper yang dier cakap buta-buta..... giler ker aper buat tuduhan takder brani nak kasi bukti... Kalo betul ader bukti tepat.... masa nih la (kat Mahkamah) nak tunjuk dan dedahkan sumer.... Hahaha... Tapi nak buat camana.... bukti yang dier kata dier ader pon fabrikasi gak..... Hahahalusinasi dier jer.... Hahaha ...

Gua percaya aaaa..... mamat yang kat kandang saksi nih mesti dah mati akai tak tau nak belit mana lagi lepas nih.... iyer la.... Mahkamah bukan macam tapak ceramah.... Kalo ceramah.... citer la aper sajer pon mesti ramai yang percaya..... Janji wala' kepada kasta jubah/sarban mesti ader..... hahahaha.....

Kalo lu orang nak tau la...... mamat yang ader kat dalam kandang saksi nih mana pernah kena soalsiasat tahap dewa jalan duta pon selama nih.... mana pernah kena investigate yang ekstrem .... mana pernah kena belasah masa soalsiasat.... Jadi mana ader pengalaman ...... itu sebab dier banyak fail masa kena soal ngan peguam ....

Mamat nih mana pernah kena apa-apa dugaan dan ujian besar selama nih.... Nih baru skali Allah Taala takdirkan dier kena..... Tapi kena yang minor jer lagi tue.... kalo nak compare dengan Dr Burhanuddin ka.... Ahmad Boestaman ka.... mesti jauh panggang dari lighter.... Hahahaha  .... Tapi kan.... ader pengikut dan penyokong dier yang jenis totok tetap mengatakan yang ujian yang mamat nih kena sama level dengan aper yang kena pada al-Syahid Hassan Al-Banna ....... hahaha... lawak siot.....



Hahahahaha.......

Berkaitan : Ahli Parlimen London , Perhimpunan Ahli Perasan , Banyak Duit Aji

29 October 2014

Beberapa Tahun Dulu

Bhai/DeeDee semua...

Beberapa tahun dulu (tak lama mana pon) gua pernah membawa beberapa pelabur asing dari Kourou (French Guyana) yang nak buat survey lokasi tapak pelancaran angkasalepas bagi satelit baru yang berhampiran dengan garisan Khatulistiwa (sebab kos pelancaran akan jadi lebih murah jika lagi dekat tapaknya dengan garisan Khatulistiwa)...

So kami cari kawasan yang airspace dier seluas paling kurang 25 km radius bebas daripada laluan trafik udara serta hampir dengan laut. Dan gua ader bawak diorang kat satu kawasan nih... Kalu ikut knowledge yang gua ader kawasan ini cukup berdaya maju... Dan pendapat ini disokong oleh pelabur asing tue.. Kami memang survey kawasan tue dari darat dan udara...

Lokasi terbaek yang strategik serta mudah akses. Kos pemerolehan tanah pula agak rendah iaitu sekitar RM2.50 sekaki persegi. Tetapi....

Tetapi biler kertas cadangan telah dibuat dengan lengkap dan diajukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan... Tetiba jer ader pihak ketiga yang menuntut hak kononnya tanah lokasi tersebut dimiliki oleh syarikatnya walaupun pada sebelum kertas cadangan dikeluarkan gua memang dah semak taraf pemilikan tanah tersebut yang memang milik Kerajaan Negeri sepenuhnya.. 

Tapi biler sudah diberikan proposal lengkap... Ader plak mamat mana ntah declare tanah tue milik syarikat dier... Kononnya syarikat itu ader share dengan golongan "bangsawan".. Yang lagi pelik... dalam rekod pemilikan tanah di PTG gua dapati bahawa tanah tersebut dah jadi milik penama tue (syarikat tue) hanya 5 hari selepas gua serahkan proposal lengkap untuk projek tue yang diserahkan ke PTG untuk diberikan kelulusan...

Dan harga kalo nak beli tanah tue daripada syarikat mamat tue sudah jadi RM42 sekaki persegi... Ater memang gampang makan atas angin nih...

Persoalannya... Macam mana plak syarikat mamat nih boleh memiliki tanah tue dalam masa yang hampir sama dengan proposal kami... Yang best tue saiz lot serta plan boleh plak sama ngan proposal kami... Biler syarikat mamat nih masuk pembelian... Dan berapa dier bayar premium tanah...

Last skali kami kenselkan projek tue pasai itu pemerolehan tanah tue dan pelabur yang gua bawak tue bersetuju untuk membangunkan satu sistem "seabased launch platform" yang boleh dipindahkan bila perlu kepada kawasan berhampiran dengan garisan Khatulistiwa...

Daripada boleh untung negara nih dengan perpindahan teknologi pelancaran angkasalepas dan peluang pekerjaan yang baik dan ramai... Terus takder peluang... Hanya kerana ader mamat sekor yang tamak haloba guna kabel untuk bypass projek atas nama kerabat bangsawan Istana.... Bodoh punya Melayu...

Memang bangsat...

26 October 2014

Elok Sangatlah Tue...

Bhai/DeeDee semua...

Elok sangatlah tue biler Amerika Syarikat tawarkan teknologi loji tenaga nuklear diorang kepada Malaysia... Kiter kan nak sesangat permindahan teknologi... Biar pon teknologi tue boleh membahayakan Malaysia.... Hahaha... Bodoh betul lar...

Ekosistem sedia ader di Malaysia masih lagi tak dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan penjanaan elektrik.... Terus jer ader orang bodoh dengan Menteri bangang yang nak implement Loji Janakuasa Nuklear...

Wei... Sistem Hidro pon tak pernah dimanfaatkan sepenuhnya... Sistem Solar dan Wind pon tak pernah diimplementkan semaksima yang boleh... Malah sistem perolakan ombak laut dan geothermal pon tak pernah TNB nak implement... Lagi mau sembang nak guna Nuklear untuk generate elektrik....

Loji Nuklear tue nak kasi kroni mana aaaa... Nak kasik kat Syed Mokhtar BauKari ka?? Buat per nak mintak bantuan dan teknologi dari Amerika... SCOMI kan ader... Ala syarikat anak Pak Lah yang terlibat bekalkan "centrifuge" secara haram kepada Iran tue... Ala yang kantoi dengan IAEA tue... 

Pada gua aaa... Selagi semua sistem hidro, geothermal, solar, wind dan seawave yang mesra alam tidak dimanfaatkan dan digunakan secara maksima maka adalah diharamkan Malaysia untuk memiliki logi nuklear... Sebab negara kiter masih "abundance" dengan alternative and clean electric power generating solution.... Takder sebab munasabah la bhai kalo nak guna Nuklear... lain la kalo Malaysia nih cikai sangat dan sangap macam Singapura atau Hong Kong....

Gua ader develop satu syarikat yang sedang cuba nak "harness" solar dan wind electric power generation pada kadar murah di Malaysia iaitu sekitar 8 sen untuk 1 kilowat/jam untuk satu "powerfarm" sebesar 10 ekar. Dan gua percaya kalo ader lokasi terbaek seluas 100 ekar, gua boleh turunkan harga kos sehingga 5.8 sen bagi 1 kilowat/jam.

Dan kalo syarikat gua dapat bekalkan tenaga kepada TNB pada harga 13 sen untuk 1 kilowat/jam pon kami sudah beroleh keuntungan agak baik... So.... Cuba bayangkan kalo dapat jual pada harga 28 sen (kalo tak silap aaa) macam Syed Mokhtar BauKari tue dapat.... Mesti lagi untung besar..... Hahaha

Jadik... Aper jadahnyer nak guna tenaga nuklear??? Bodoh tak bertempat...






25 October 2014

Ahli Parlimen London?

Bhai/DeeDee semua...

Isnin nih ader urusan Mahkamah ... Jadi terpaksa la Ahli Parlimen London balik Malaysia untuk hadir perbicaraan.... Agaknyer la kalo tak ader perbicaraan.... Mungkin lambat lagi Ahli Parlimen London nIh nak mari....

Perbahasan Parlimen Malaysia untuk Bajet 2015 itu hari Ahli Parlimen London tak hadir pasai dier bukan mewakili rakyat di Parlimen Malaysia... Dier sudah mewakili Parlimen Westminster... Sebab tue la tak hadir pasa Parlimen Malaysia tak penting buat dier....

Hahaha....

Lawak siot.....  Biler nak sedar diri ntah la....

Kiter tengok la aper Ahli Parlimen London nih nak sembang dan pusing nanti... Wartawan sumer jangan lupa tanya macam mana dier dapat jadi Ahli Parlimen London aaa... Jangan gak lupa tanya biler Queen nak kasik Knighthood kat dier...

Dan yang paling penting tanya dier.... Biler nak pulangkan wang elaun yang diterima dari Parlimen Malaysia balik pasai dier dah jadi Ahli Parlimen London...

Thorbaek la .... Hahahaha.... 

Tuan Guru Sir Dato' Seri Haji Duke Of Rusila

24 October 2014

Aper Cer Ostad?

Aiyo....

Dua hari gua tak online.... Sibuk ngan urusan duniawi.. Macam-macam citer gua dengar.... Haiya.... Citer pasai pentaksub Mazhab pon tak abis lagie ... Sudah ditambah ngan citer Ostad la plak.... Aiyo...

Aper cer Ostad?

Kalo pon video tue tulen... Aper masalahnya kalo kedua-dua pelaku tue suami isteri... Halal bagi mereka la...

Bagi SUARATV yang publish video tue paling awal dalam YouTube tue.... Lu buat jadah aper nih.... Sengaja mengaibkan orang ka? 

Lain la kalo itu video Rais Yatim punya skandal amah dulu... Logik la skit kalo nak publish pon... Ini video laki bini... Aper salahnyer diorang nak bersama laki bini... Bukannya maksiat pon...

Yang buat kerja bodoh pi publish dalam Internet tue buat aper... Bangang nak mampus la SUARATV nih... Cuba kalo satu hari nanti aib ini berbalik kena pada admin SUARATV... Baru padan muka dier.... Hahaha

Walaupon gua ader sikit tarak ngam ngan puak-puak Ostad Sampul nih... Ini tidak bermakna gua bersetuju ngan tindakan SUARATV publishkan video sesi intimate Ostad tue laki bini... Ini kerja mengarut...  Gua tak ngam bab hukum dan hujjah... Bukan pasai benda bangang macam nih...

Tindakan SUARATV nih lebih hina dari program "I Want To Touch A Dog" yang dikatakan menghina Islam, Ulama dan para Sultan nih seperti yang dikatakan oleh si mengarut Nooh Gadoot tue...

Hahaha... So... Aper cer Ostad???

22 October 2014

Yang Ini Bukan Menghina Islam

Bhai/DeeDee semua....

Senarai dibawah ini telah disahkan tidak memberikan apa-apa masalah. Yang ini semua tidak menghina Islam.. Ostad Sampul, Ulama dan Mufti yang ader pon senyap ja...

1. Fitnah Pil Kuda
2. Fitnah Lenin/Stalin
3. Fitnah tak solat Jumaat/Fardhu
4. Rasuah/Tumbuk Rusuk
5. Salah guna kuasa lot balak
6. Salah guna duit sedekah/derma/zakat
7. Minum/Tuang Arak botol besar
8. Zina/Anak Luar Nikah/Rogol Jururawat
9. Bunuh/Bom Orang
10. Tahanan tanpa bicara
11. Tipu quotation/sebutharga
12. Tipu kontrak/pembekalan
13. Judi/lesen judi/mesin kuda
14. Lesen arak
15. Fabrikasi tuduhan
16. Ladang ternakan babi milik Dewa

Uih.. Banyak lagi wei .. Nanti ader masa gua update lagie..

### Yang disahkan menghina Islam aderlah...

1. Sentuh Anjing
2. Belai Anjing
3. Usap Anjing
4. Ihsankan Anjing

Hahaha... Pentaksub mazhab nih hebat aaa... Taksub melampau ngan Mazhab Shafie dier... Tapi masa tawaf di Kaabah biler tersentuh ngan bukan muhrim boleh plak guna dan terima pakai hukum Mazhab lain (Hanafi. Maliki, Hambali, Zahiri) .... Hahaha... Aper daaa... 

Kali dah taksub sangat ngan Mazhab Shafie.. Pastikan bawak banyak air masa tawaf sebab nanti kena amik wudhu banyak kali pasai banyak kali tersentuh...

Hahaha...

19 October 2014

Ader Yang Lebih Rare

Bhai/DeeDee semua...

Hari nih kecoh pasai gambar Zairil dan Dyana Sofea.... sori... blog nih takkan paparkan gambar benda-benda yang tidak layak ditonton oleh pembaca dibawah umur 18 tahun.... Hahaha... kalo lu nak  ... lu kena cari la kat tempat lain....

Persoalan yang gua nak tonjolkan aderlah.....

Hehehe..... gambar tue masih tak rare lagie..... kira semi rare jer..... tak havoc-havoc pon..... Hahahaha..... sebab ader gambar lain yang terlebih rare yang sampai la nih takder alibi untuk mengatakan sebaliknyer..... Yang itu lagi rare pada pendapat gua.....

Hahaha.... gambar yang mana aaa yang lebih rare......

Ala..... gambar songkok spender putih....... Yang itu memang obvious rare.... Ultimate Rare...

Hahahaha....... wala' jangan tak wala' boh....

Bab Zairil dan Dyana Sofea nih.... gua memang pon tak sokong diorang ... cuma diorang nih tak la bawak imej Islami ... tak macam songkok spender putih yang memang bawak imej Islami........ Hahaha.....

18 October 2014

Perhimpunan Ahli Perasan...

Ya Hanaanaa Ya Hanaanaa

Di perhimpunan ahli-ahli syurga... berkatalah ketua kepada sekalian mukallaf, merangkap MP di muka bumi Allah Taala nih... 

'Ana selaku pewaris nabi (walaupun berperut sedikit boroi) seperti yang di maksudkan didalam kitab suci Al Quran (baca dalil skit), ingin mengingatkan para hadirin semua. Bahawasanya perjuangan kita adalah suci. Pimpinan kita adalah suci. Kita berada di landasan yg betul (baca dalil lagi). Usaha2 menukar kami, adalah jarum2 yahudi. Sertai kita adalah jihad. Mati dalam perjuangan kita masuk syurga atas sebab jihad.

Maka, tetap teguhlah ente semua berdiri di belakang kepimpinan kami yang 'ulama' ni (dalil lagi). Teruskan berjuang. Yakinlah!! (nada tinggi) Kerana sesungguhnya, kita telah di janjikan 2 kemenangan (dalil lagi). Keputusan kita dikira dua pahala, manakala kesalahan kita cuma menjadikan kurang 1 pahala.

Takbir!! 

Di sahut pula oleh hadirin program dengan penuh besemangat waja sewaja wajanyer...

Sekian. (Baca doa bahasa arab, panjang, buat muka sedih-sedih dan nangis sikit, habis). 

Selesai 1 pusingan.

Sebelum balik, baham nasik arab dulu. Baham kambing... Jangan riso pasai bayaran sebab makan kena sponsor. Duit derma dan infaq banyak. Dah kenyang balik. Naik Vellfire @ Mini Cooper.... Sejuk je dudud kat dalam ekon. Kerusi empok leather.... Perut kenyang plak tu.... Sampul plak dah dapat... Bestnye tido. Ader driver bawak... Makan tadi sesama ngan geng satu kasta... Kasta jubah dan sarban...

Para hadirin program hari tue... Stakat belilah nugget borong tak tau ader halal Jakim ker idak secucuk seringgit kat tepi-tepi tapak program ceramah tu. Minum la air soya atau air cincau tong. Kalo berduit skit boleh beli air cincau botol Al Hijrah.... 

Yang kokak, gulunglah rokok daun. Balik naik Honda Cup.... Yang berduit sikit, naik skuter. Kalo ader keter pon... Proton Saga enjin Orion atau Magma dengan lantai dan bumbung dah berlubang....

Mata terbeliak dan mulut terlopong jer tengok Vellfire, Elysion, Bimmers, Mini Cooper atau GOLF GTI yang dibawak oleh geng Kasta Jubah dan Sarban....

Sambil nak balik tue, hadirin program seluk poket ... cuma ader duit besi belen dua kupang...

* pusingan ni, sebijik macam umno.. Hahaha....

17 October 2014

Banyak Duit Aji?


Aji....

Rakyat semua heboh pasai duit makin ciput....  Bukan stakat nak pi berjalan luar Negara.... nak idup dalam Malaysia pon susah.... Memang la minyak naik dua kupang.... Tapi dua kupang tue cukup sesak la Aji ooi... dua kupang tue kalo dikumpul setahun semua orang... boleh buat jambatan dari Marang sampai ke Singapura...

Kami bukan macam Aji yang boleh berjalan sana sini ..... Tak tau la Aji pakai duit sendiri ker atau ader orang sponsor..... Kami sungguh tak tau..... tapi mungkin Aji memang banyak duit..... Aji tak hadap duit tabung jihad..... Aji tak heran duit tabung infaq..... Aji memang ader banyak harta kot.... Aji ader saham ESOS ker? atau.... Aji ader dapat sponsor dari Amerika?

Kami lantik Aji jadi wakil kami.... mintak bawak citer masalah kami kat dalam Dewan.... dalam Parlimen.... tapi Aji ilang pi ntah mana masa Pembentangan Bajet.... Ader urusan lain lagi penting ka Aji oooi.....???? Aji ader priority lain ker??? Aji ader handle benda lagi mustahak ker???

Kalu Aji rasa menjadi wakil kami kat Parlimen tue tak penting.... Kalu Aji rasa hadir untuk sesi Pembentangan Bajet tue tak penting.... kami rasa elok la Aji letak ja jawatan tue... sebab Aji lebih pentingkan benda lain dari menjadi wakil kami di Parlimen.....

Kalu Aji rasa seronok pi berjalan sana sini dari menjadi wakil kami di Parlimen.... elok sangat la Aji tak payah datang terus ke Parlimen.... pi la berjalan ... Kalo nak tinggal menetap terus di London samer dengan Dewa Bola pon kami tak heran....  Kami tau yang Dewa Bola memang menetap kat London (dier tak payah la nak kelentong berlakon)..... jadi kalo Aji nak temankan Dewa Bola.... teruskan la.... Kami tau la Aji memang penyembah geng Kasta Kuning.... Kami paham.... Mungkin Aji ingat geng Kasta Kuning nih MakSom .... takpa.... sebab Aji pon penyokong kata MakSom gak....

Aji pon macam dah tak berminat dengan urusan Parlimen..... Tahun nih jer berapa kali dah Aji ponteng sesi Parlimen.,..... Tahun-Tahun lepas jangan la nak kira..... tak larat wei.... Aji tau dak orang-orang kat pintu exit Lapangan Terbang kata aper..... Hahaha.... diorang selalu dok citer pasai paspot Aji yang penuh ngan Entry Visa sana sini.....

So....  Kami rasa aaaa... cukup la Aji jadi wakil kami dah nih..... Kami tau ramai kawan-kawan kami memang dok sokong dan bekap semua sembang Aji..... pasai tue la Aji masih jadi wakil kami kat Parlimen..... Kami tau kawan-kawan kami nih bukannyer pandai sangat... pasai tue la kena kelentong tak abis-abis ngan Aji.... Agaknyer Aji ader bekalkan diorang pil kuda kot..... pasai tue la diorang lalok sampai tak nampak Aji punya pusing.....

Takper Aji....

Duit tabung banyak lagi.... kalo tak cukup... Aji boleh suruh orang sorong tabung baru..... buat modal Aji pi jenjalan..... Aji kan banyak duit........ aper ader hal minyak naik dua kupang.....

15 October 2014

BAR-RISAN

Bhai/DeeDee semua...

Gua bukan nak citer pasai Barisan Nasional.... Gua takmo nak citer pasai politik ..... Tapi gua nak citer pasai BAR-RISAN ....


Satu seni senaman jalanan yang gua rasa patut diamalkan oleh Pemuda PAS dan AMK PKR ..... Hahaha.... kiter takmo ader ahli dan pimpinan macam saiz Nasharuddin Tantawi atau Shamsul Iskandar ....

Hahahaha....

Kiter maukan Pemuda yang fit.... bukan sahaja fit dari segi tubuh badan... tapi fit gak pada mental..... Jangan jadi cam Nik Abduh.... body memang fit... tapi..... hehehe



So.... kenapa yang nak cuba BAR-RISAN ... boleh cuba-cuba pi layan Instagram, Twitter dan Facebook BAR-RISAN ... Diorang nih ditaja oleh Drive M7 Energy Drink..... Thorbaek...




Ader paham ka??

Rahsia Hadi Awang Ponteng Sesi Parlimen Terbongkar

Bhai/DeeDee...

Hadi Awang adalah satu pemimpin berlevel antarabangsa... Kalo mengikut Nik Abduh... Ader pengaruh luar yang cuba menghalang Hadi Awang... Malah ada pihak memang cuba menggagalkan misi Hadi Awang... Ini kerana Hadi Awanglah satu-satunya pemimpin utama dunia yang menggerakkan Islam menjadi peneraju.

Jadi... 

Rupanya ketidakhadiran @ ponteng Hadi Awang pada sesi Pembentangan Bajet Sesi Parlimen 2014 adalah kerana sebab-sebab keselamatan.

Ini kerana Hadi Awang mendapat ancaman daripada pihak luar terutamanya dari MOSSAD dan CIA. 

Oleh yang demikian, harap ketidakhadiran Hadi Awang waktu Pembentangan Bajet pada sesi Parlimen kali ini tidaklah menjadi satu tandatanya kepada semua rakyat Malaysia. Ini kerana keselamatan Hadi Awang amatlah  tergugat dan pasukan keselamatan Malaysia tidak mampu untuk melindunginya.

Harap maklum...


# HAHAHAHAHA.... Lawak siot..... 

Agensi Keselamatan Malaysia termasuk anggota Cawangan Khas tak mampu nak jaga keselamatan Hadi Awang la bhai... Hanya samseng Rusila ja yang boleh jaga keselamatan Hadi Awang... Terutamanya Abang Long Fadil (samseng beriman topi sudu) tue.... HAHAHA

14 October 2014

83,410,000.00

Bhai/DeeDee semua...

83,412,000.00 .... Itulah nilai sebahagian dari total wang kertas bernominasi SERIBU dan LIMA RATUS dengan kod siri pangkal ZZ yang telah diseludup keluar negara bermula pada tahun 1982 hinggalah pada penghujung 1998.. Ia benar... Ianya bernilai Lapan Puluh Tiga Biliun Empat Ratus Dua Belas Juta Ringgit Malaysia.

Total jumlah wang yang diseludup keluar negara oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan adalah lebih dari RM102 Bilion yang diseludup keluar menggunakan kontena dengan pellet-pellet kayu.

Pada 2004 ada usaha-usaha untuk membawa masuk wang ini kembali ke Malaysia dan ianya berlarutan sampai 2008 sehingga ada pihak membangkitkan isunya di dalam Parlimen. Malah Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Gabenornya telah bersedia untuk membenarkan ianya digunakan kembali untuk tujuan pembangunan (kononnyalah).

Mahathir Mohamed tahu akan wang ini. Ghafar Baba pon tahu. Abdullah Badawi pon tahu, Anwar Ibrahim pon tahu, Najib Razak pon tahu... Malah Daim lagilah terlebih tahu.

Dan kini.... ianya juga telah sampai kepada pengetahuan Mukhriz Mahathir...

Soalan gua.... Adakah duit yang telah dseludup keluar satu masa dulu ke Taiwan dan beberapa negara lainnya kini telah masuk kembali ke Malaysia ataupun ianya masih lagi berada di lokasi-lokasi asal... Dan jika ianya telah masuk kembali... bagaimana mereka mencairkannya dan kemana mereka gunakan...

Adakah ianya akan dan telah digunakan untuk membeli kuasa? Siapa yang menjadi perantara bagi wang sebesar ini??? Siapa pula yang menjadi holder dan custodian bagi wang ini pada masa ini???


# Maaf sebab terkhilaf menulis nilai pada tajuk artikel ini ... Terkurang RM2 juta.

13 October 2014

Digantung Kerana Mendahului Parti?

Bhai/DeeDee semua,,,

Tahniah gua ucapkan atas keputusan menggantung keahlian Saari dan Hasnul dalam PAS.... Ini memang tindakan yang tepat berpandukan Perlembagaan PAS.... Memang inilah yang sepatutnya dilakukan oleh PAS ..... membuat keputusan berpandukan Perlembagaan PAS....

Cuma....

Cumanya..... kalu alasan Penggantungan adalah kerana membuat tindakan mendahului Parti...... errrr.... kenapa Hadi Awang yang juga membuat tindakan mendahului Parti tidak dikenakan tindakan yang sama....

Walhal Hadi Awang juga memang sahih mengeluarkan keputusan sendiri-sendiri lebih awal daripada mensyuarat JK PAS Pusat .,.... Aderkah kerana dalam PAS kini ader KASTA..... Pergh... hebat la kalu gitue..... sejak biler aaa ader sistem KASTA nih...... masa zaman dulu takder pon KASTA-KASTA nih.... tak kisah la masa Yusuf Rawa ka.... Fadhil Noor ka.....

Tapi takper la..... biler dah jadi camnie ... pada gua aderlah lebih bagoosh.... sebab aper bagoosh.... sebab dengan tindakan semacam nih baru la ahli-ahli bawahan yang bukan wala' dan taksub membuta nampak bahawa PAS juga aderlah sebijik macam UMNO.... cuma guna label Agama ja.....

Hahaha..... maka betul la slogan PAS Ganti UMNO ....... hahahaa

Thorbaek....

12 October 2014

Shabery Cheek Buat Malu Orang Kemaman

Bhai/DeeDee semua...

Kesian orang Kemaman... Dapat Ahli Parlimen bertaraf Menteri pon lembam... Kesian... Kecuaian macam nih memalukan Kementerian la....

Patut KP RTM kena bagi surat tunjuk sebab... Patut Shabery Cheek jugak kena bagi surat tunjuk sebab...

Patut semua graduan nih saman ja RTM juta-juta...

Ader ke patut.... Ijazah jadi Jenazah... RTM dah nak mampus ko???




11 October 2014

Bajet Pertahanan

Bhai/DeeDee semua...

Pada gua aaa... Bajet pertahanan sebanyak RM27.6 bilion tue masih tak berapa nak cukup... Sebab pertahanan kiter masih ader satu lagi masalah...

Masalahnyer ialah sistem pertahanan kiter takder satelit komunikasi dan recon / spy milik sendiri... dan ini agak merbahaya dan ketinggalan...

Patutnya dah lama kiter ader satelit komunikasi dan recon dengan selengkapnya..

Tapi aaaa.... Lupakan saja la..... Hahaha.... gua ngantuk sangat nih.... lain kali aaa sambung ini artikel.... hahaha... gua tido dulu aaaa

TAMBAHAN : 8.00 Malam

- Patut ader peruntukan tambahan untuk kerja-kerja surveillance, intercept dan special ops bagi semua agensi keselamatan ..... sebab kerja surveillance, intercept dan special ops nih la yang sentiasa memastikan keselamatan negara....  terutama skali yang berkaitan dengan electronic warfare  ....


09 October 2014

Raya Haji Pun Main Mercun Ka?

Bhai/DeeDee semua...

Raya Haji adalah Raya Korban... Jadi mesti ader yang akan terkorban punya... Dan disebabkan setiap kali raya ader ramai yang giler main mercun bola... Maka kali nih Raya Haji pon tak terkecuali...

Tue yang ader yang terbaling mercun bola kat PUB/DISCO kat Bukit Bintang tue.... Hahaha

Galak sangat main mercun bola... Hahaha....  Agaknyer ini semua pasai nak sambut skali ngan Octoberfest kot... Baru la gempak... Aper klass la main mercun bola jer.. Skali-skala cuba la main bom tangan.... Baru la shrapnel tue boleh terbang sana sini...

Gua rasa ini semua bahana sebab masa kat skolah ader acara sukan "lempar peluru"... Tue yang terbawak-bawak main sampai besor... La nih main mercun bola skala besor... Nak main C4 susah la skit... sebab geng Rosmah dah bolot semua....

Hahaha....

Gua saspek ini semua kerja ISMA/PERKASA/JATI ... Pasai diorang la yang paling kuat sangat serang dan tibai PUB/DISCO/KARAOKE nih.... Hahaha

Cuba la geng Cawangan D cek dan siasat Zulkifli Nordin atau Ibrahim Ali.... Hahahaha

08 October 2014

Siasat Zahid Hamidi? Biar Betul ....

Bhai/DeeDee semua....

Hehehe...... takder aper yang lawak minggu nih melainkan benda nih....

Zahid Hamidi akan dirakam kenyataannya

Hahahaha


Sori la.... bukan gua nak gelakkan PDRM ... tetapi macam biasa la.... susah rakyat marhaen nih nak percaya PDRM dapat soalsiasat dan rakam kenyataan VVIP nih secara telus tanpa ader tekanan... Samer gak kalu nak siasat kerabat diraja yang buat kerja jenayah.... susah wei....

Sebab tue la gua terpaksa nak kena gelak jugak.... sori aaa Tuan KPN....

07 October 2014

Isu Bot Tempur Hilang Satu Misteri

Bhai/DeeDee semua...

Gua tak biasa naik bot tempor kelas CB90 nih.... stakat bot getah yang PASKAL pakai tue pernah la naik.... Hahaha.... So gua takder pengelaman tentang bot tempur CB90...



Cuma aper yang gua nak sentuh tentang bot CB90 (CB204) milik TLDM yang dikesan hilang dan terputus hubungan komunikasi tue...... setakat "point to ponder" la..... okeh..

1. Masalah putus hubungan komunikasi.... err.... Takkan la hanya radio UHF/VHF jer ader dalam bot tempur tue... Takkan la diorang tak lengkapkan dengan peralatan komunikasi lain.... takkan la pembekal dan pengeluar bot tempur lupa nak letakkan satellite phone (versi enkrip) dalam bot tue..  Terbukti Motorola Iridium (satellite phone) boleh berfungsi "all-weather".

2. KD Paus aderlah kapal pengiring kepada CB204 milik TLDM yang dalam perjalanan pi Terumbu Layang-Layang..... Mmmm... KD Paus nih banyak kali gua naik dan tumpang..... dalam beberapa ops... So.... setahu guu la.... sistem radar "all-weather" yang ader pada KD Paus nih boleh kesan objek surrounding pada radius 25 nautical mile dengan baik...... manakala sistem radar utama pulak boleh kesan sejauh 50 nautical mile .... Takkan la boleh ilang sekelip mata ja pada sistem radar terus jadi diluar jangkauan radar?

3. Dalam keadaan distress.... biasanyer crew bot yang terputus hubungan akan cuba menggunakan tembakan flare ... mungkin dalam keadaan ribut taufan tabley nak nampak jelas... tapi kalo setakat laut bergelora ombak 20 kaki.... takkan la tabley nampak flare setinggi 150 kaki dengan jelas??? Maybe la diorang lupa nak tembak kot.... Kiter sangka baik la....

4. Gua takmo nak citer pasai sistem komunikasi guna "lampu" ... sebab nih cara dah kuno... tapi still KD Paus ader benda tue..... tapi gua taktau CB204 ader benda tue atau tidak...

Lagi satu... ader sedikit kekeliruan yang timbul dalam insiden nih..... iaitu bagaimana tentang tahap kesiapsiagaan dan keupayaan TLDM mengendalikan tugasan dilaut dengan peralatan sedia ader... Mungkinkah perkara ini berlaku disebabkan berlakunya ketirisan dalam pemerolehan aset... peralatan dan pekakasan kurang lengkap akibat dari rasuah.... atau penjimatan yang tidak sepatutnya dibuat oleh TLDM....

Aper pon.. gua doakan keselamatan anggota yang terlibat... cuma gua kesal... perkara sebegini boleh berlaku dalam kawasan perairan Malaysia yang tidaklah seganas seperti dilautan Atlantik atau Pasifik ...... atau di Laut Utara (North Sea) .... terutama skali perairan yang biasa ditempuh oleh para nelayan dan pemancing tegar dengan bot yang lebih kecil ......

06 October 2014

Lepak Santai Cawangan E

Bhai/DeeDee semua...

Raya Qurban nih Bos besar kat Agensi ader buat kambing bakar... Dan gua ader pi join skali... Cukup ramai geng-geng dari Agensi dan Cawangan E yang lepak skali... Semua kaki makan kambing... Tak serik-serik ader yang slalu kena darah tinggi dan gout.... Hahaha

Borak-borak sambil pekena Nasi Arab Hadhramawt dan kambing bakar ... Skali ader roti garlic cicah sos dimakan ngan kambing bakar... Sedap oooo...

Masa santai tue gua ader la ngusik kengkawan dari Cawangan E (terutama yang handle Counter Terrorist - E8M) pasai kes Zahid Hamidi kata dier kenal semua ketua kongsi gelap... Hahaha.... Diorang siap kata... Itu Zahid Hamidi mamat blur.... Report bukan mau baca detail... Hahaha... Lawak siot...

Gua tanya diorang aaa... Aper citer bebudak yang join ISIS dan ISIL... Kengkawan E8M sembang kata ISIS dan ISIL tue brand jer... Tapi ader lagi yang lebih sinister... Hahaha... Gua usik diorang bahawa Al Maunah la lagi sinister kan.... Hahaha... Diorang kata Al Maunah tue mainan Mahathir ja... Al Maunah tue cuma jelmaan dalam kapla Mahathir ja yang kononnya merbahaya... Diorang siap kutuk gua dengan sindiran "macam la lu tak tau citer sebenarnya..... laporan kan ader" ... Siap sindir dan peringatkan gua tentang watak "pencari @ peraih durian" yang wataknya diujudkan kejap pastue terus diilangkan.... Hahaha

Gua gelak ja pasai gua ader tau itu cerita... Kertas putih dan report pon yang setebal 4 inci tue pon gua dah abis khatam.... Hahaha

Gua cuba tanya diorang berapa banyak tuntutan bayaran tebusan Zakia Alep yang kena culik dek gengster Pinoy tue... Ader member dari E3M kata dulu masa kes mula-mula culik warga China... Harga tak cecah 3 juta... La nih Zakia Alep diorang mintak lebih 25 juta.... Mana boleh simply kasik bhai...

Sapa nak bayar... 

Bebudak Cawangan E plak dok nganjingkan bos Agensi... Konon pasai Agensi lebih dok layan kes kat Europe tue yang kat sebelah Asia Tenggara boleh bolos.... Hahaha... Gua gelak jer pasai gua dah tak terlibat mana-mana pon... Gua dah bersara... Hahaha

Gua bagitau diorang semua nih pasai Bos Agensi dulu ader "Marka" orang Europe... Pasai tue la dier lebih layan kes Europe... Hahaha... Kitorang gelak ja... Bos besar Agensi jadi main merah muka dier... Hahaha... Skali skala kena taji aper salahnyer kann... kann.... kann...

Tetiba jer masa gua baru nak angkat kaki balik ... Ader member staff paling senior dari Cawangan E tanya soklan... Dier tanya gua ... "lu dah baca report mengenai koordinat longitud latitud akhir MH370?" .... Macam gampang aaa soklan tue... Mana gua ader akses la bhai...

Gua paling muka tengok bos besar Agensi... Dier angkat kening dan bahu serentak.... Ater memang gampang la diorang nih... Gua nak balik aaa... Makan kambing banyak-banyak boleh kena darah tinggi oooo... Puiii...

Bersambung.....

05 October 2014

Allahuakbar ... Allahuakbar ... Allahuakbar ...

Allahuakbar ... Allahuakbar ... Allahuakbar ...

Allahuakbar ... Allahuakbar ... Allahuakbar ...

Allahuakbar ... Allahuakbar ... Allahuakbar ...


Walillah ilhamd ...


Maha Suci Allah atas segala-galanya... Tuhan Seru sekalian alam... Tuhan yang menghidupkan dan yang mematikan...


Segala puji dan sembah hanya selayaknya buat Allah Taala, Tuhan Rabbul Jalil...


Bhai/DeeDee semua...


Hidup nih perlukan pengorbanan... Dan kalu dengan pengorbanan tue kita dapat menyebabkan Islam dan undang-undangnya berkuasa, maka biarlah ia begitu... 


Jangan kerana kiter nak sombong menongkat kuasa  maka kiter biarkan diri kiter menjadi batu penghalang kepada tertegaknya undang-undang Islam di Malaysia... Jangalah kerana cita-cita politik sempit kiter atau kerana kiter ader sikap prejudis terhadap bangsa dan kaum lain menyebabkan kiter menggagalkan usaha kerarah untuk menjadikan Islam itu Rahmatan Lil'Alaameen


Tidak salah bertahalluf siyasi... Walau dengan Yahudi sekali pun ... Sebab hidayah itu datangnya dari Allah ... Dan Hidayah itu aderlah milik mutlaq dan perogeratif Allah Taala... Jika Allah Taala mentakdirkan dengan tahalluf itu dapat menyebabkan ramai orang yang mendapat hidayah Allah dengan melihat kebaikan dan keselamatan serta keadilan Islam, maka biarlah begitu.


Janganlah kebencian atas sebab assobiyah perkauman yang menjadi penghalang kepada Islam selaku Rahmatan Lil'Alaameen... Tidak kisah la kiter nih terlebih ilmu agama dan hafal beratus kitab dan musyhaf.... Tidak kisah la kiter diangkat sebagai ulama atau tok guru oleh pengikut dan penyokong kiter..


Jadi...  Marilah kiter membuat pengorbanan... Kalo perlu sampai letak jawatan pon demi untuk Islam itu menjadi Rahmatan Lil'Alaameen ... Maka itu adalah lebih baik...


"Tidaklah kamu itu lebih baik dari seorang hamba Habsyi melainkan iman dan amal yang menjadi beza diantara kamu dihadapan Allah Taala dihari hisab dan pembalasan"


Allahuakbar ... Allahuakbar ... Allahuakbar ...

Allahuakbar ... Allahuakbar ... Allahuakbar ...

Allahuakbar ... Allahuakbar ... Allahuakbar ...


Walillah Ilhamd..



04 October 2014

Qurbani - Qurbani

Bhai/DeeDee semua...

Selamat menyambut Eid Mubarak.... Hari Raya Qurban ... Eid'ul Adha.... Semoga Allah Taala menerima semua pengorbanan kita dengan limpahan pahala...




Qurbani .... Qurbani ... Qurbani ...... Hehehe

03 October 2014

Kalaulah Kalau ...

Bhai/DeeDee...

Hebat Ostad sorang nih... Tibai semacam ja walaupun takder fakta... Itu hari tibai pasai Zoo Kemaman... La nih pasai benda-benda yang dier sendiri taktau...

Gua rasa aaa... ramai dah nasihat kat dier... Jangan bukak mulut... Nanti terlihat kebodohan melampau dalam diri dier... Hahaha.... Aiyo... Ini Ostad ader belajar subjek "fitnah" ka???



Kalo "Malaun" sekor kat bawah nih memang dah sah bangang... Takkan la Ostad kat atas nih nak jadi sama bangang macam "malaun" kat bawah nih???


02 October 2014

Bila Ostad Sampul Sembang Ja Lebih

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang gua rasa menyampah aderlah biler gua dengar Ostad Sampul dok bercerita tentang jihad menentang kezaliman... Cerita bukan main gah... Cerita bukan main gempak... Cerita macam la dier yang lead jihad dan penentangan tue... Last-last... Siap edar sana sini tabung derma jihad... tabung derma pondok... tabung derma institusi...

Tapi...

Biler golongan Mustad'afin dinafikan haq mereka... Ditindas... Ditekan dan dikenakan macam-macam tindakan yang menyempitkan kehidupan mereka... Ostad Sampul hanya setakat bercerita ja... Kalo nak kata ader tindakan... Hanyalah kalo ader media yang membuat liputan... Bab enter frame bagilah kat Ostad Sampul nih... Senang nak tengok perangai diorang biler ader pemilihan...

Ostad Sampul masih lagi mewah bhai.. Aper ader hal pada diorang bila mana harga bahan bakar naik harga... Takder kesan la bhai... Hidup Ostad Sampul hampir sama dengan Dewa dan Dewata Raya... Makan tanggung berak cangkung disponsor... 

Ader Ostad Sampul yang dinaikkan orang menjadi wakil kepada rakyat... Tapi menikus bila berdepan tugasan yang diamanahkan kepada mereka... Senyap sunyi tak berdetik dalam mesyuarat.... Usahkan soalan ... Hujjah pon takder...

Tapo kalo depan media... Mulut dier la nombor 1... Numero Uno... Macam chilaka ja...

Ader sekor Ostad Sampul tue... Berpusing-pusing dier ngelak daripada bertelagah memperjuangkan haq golongan Mustad'afin... Hanya kerana tebalnya sampul dari puak penzalim yang selalu dier dapat... Itupon masih ramai Melayu yang ikut dan folo ceramah dier yang isinya hanya setakat perkara seperti wudhu, haid, nifas, lafaz niat dan urusan zakat...

Tak pernah pulak dengar Ostad Sampul nih bawak kisah golongan Mustad'afin dalam kuliyyah dier... Agaknyer takut tak dapat kena sponsor dengan sampul tebal lagi kot...

Oh yer lupa... Kalo lu orang nak tau... Ostad Sampul la yang selalu dok puji dan puja golongan Dewa dan Dewata Raya... Siap guna ayat Al Quran dan Hadith lagi untuk justifikasi... Malah kalo Dewa dan Dewata Raya ader depan diorang... Bukan setakat cium tangan... Malah siap sembah sambil berbaring atas lantai lagi... Punya la taksub menyembah para Dewa dan Dewata Raya...

Ini semua bahan bakar api neraka ja...

Aper nak jadi aaaa Ostad Sampul nih... Errr... Taknak berjuang ka menghentikan pesta kenaikan kos sara hidup rakyat marhaen mustad'afin nih??? Biler aaa Ostad Sampul nih nak jadi real juara rakyat... Cukup-cukup la perasan bagoosh dengan jubah dan sarban serta songkok tinggi dan kot... Cukup-cukup la pakai Elysion, Vellfire, Alphard, Golf GTI, Bimmer, Merc.... Dan dapat layanan karpet merah... Cukup-cukup la pi Mekah dengan duit pendeposit Tabung Haji... Cukup-cukup la tangkap gambar sana sini tapi tak menangkap gambar kedaifan golongan mustad'afin... Cukup-cukup la dok melabel orang tue sesat orang nih sesat... Cukup-cukup la sekat dan halang orang yang menegakkan sunnah Rasul dalam menyediakan bahan makanan dan keperluan mengikut sunnah.... Cukup-cukup la "wa ampu sana wa ampu sini".... Cukup-cukup la disponsor terbang sana sini.... Cukup-cukup la kumpul ESOS dan Pink Form... Cukup-cukup la jadi DUTA dan keluar TV Akhbar jual agama....  Cukup-cukup la jadi "Broker" kepada pemaju dan peniaga....

Cukup-cukup la jangan nak membodohkan orang kampung dan makcik Felda dengan lakonan kezuhudan lu orang.... Sampaikan makcik-pakcik siap beratur nak bermenantukan lu orang... Cukup-cukup la susun ayat chantiq motivasi sana sini... Tapi sendiri tak ikut dan amalkan....

Poodah aaaaa....

BR1M = Berbaris Ramai 1si Minyak

01 October 2014

Ostad Sampul VS Golongan Mustad'afin

Bhai/DeeDee semua...

Ostad Sampul dok menjalar kesana sini dengan kereta mewah... GOLF GTI, MINI COOPER, BIMMER... Ostad Sampul keluar masuk masjid dan surau serta pentas dengan sampul tebal... Ostad Sampul makan pon disponsor dan dijamu mewah.... Ostad Sampul ada yang dapat sponsor itu ini.. Ostad Sampul ada yang dapat sponsor rumah dan kereta.... Ostad Sampul ader berceramah sana sini hanya ditempat yang sampulnya tebal.... Ostad Sampul hidupnya hebat... bajunya ader klas.... kasutnya ader klas... celananya ader klas... malah ada dijemput sana sini menjadi DUTA yang sampulnya juga tebal......

Golongan Mustad'afin hidup melarat sana sini.... ditindas dan ditekan.... Golongan Mustad'afin hidupnya kais pagi belum tentu makan pagi dan kais malam belum tentu makan malam..... Golongan Mustad'afin belum tentu bergemercheng duit besi dalam poket... Golongan Mustad'afin banyak yang cuma ader debu dalam kocek.... Golongan Mustad'afin tiada siapa nak sponsor atau jamu makan minum melainkan hanya sebulan dalam bulan Ramadhan... itu pon kalu ader yang ingat dan perasan.... Golongan Mustad'afin tidurnya dijalanan bertilamkan rumput dan simen .... berpangkinkan bangku simen atau kayu milik PBT... Golongan Mustad'afin hanya mampu mengimpikan rumah dan kereta.... hanya dalam mimpi.... Golongan Mustad'afin bajunya chompang champing hasil ehsan warga marhaen dan golongan pertengahan.... kasut nya sebelah kanan lain sebelah kiri lain... warna pon ader yang tak sama... celananya cuma ada-ada sajer..... namun masih ada harga diri tidak mahu meminta-minta... walaupun sekadar ESOS atau PINK FORM...

Anehnya....

Ostad Sampul seakan tidak nampak akan kelibat golongan Mustad'afin....  Jengah pun tidak.... bertanya khabar pun tidak..... Mencemar duli apertah lagi....  Walaupun mulut Ostad Sampul selalu berceloteh pasai cerita golongan mustad'afin.... tapi realitinya seakan tiada erti...

Jawablah kamu wahai Ostad Sampul diakhirat kelak.... depan Allah Azza Wajalla.... sediakanlah jawapan kamu... sediakanlah alasan kamu.... .... sebab yang rapat dan membantu golongan Mustad'afin aderlah warga Sosialis yang asyik dikafirkan oleh Ostad Sampul..... Sosialis lebih dekat dengan denyut nadi golongan Mustad'afin........ Ostad Sampul leka kumpul sampul tebal dan bini ramai.... Sunnah Nabi katanya.....

Walhal membantu dan cakna golongan Mustad'afin itulah sunnah Nabi yang paling "numero uno"

AllahuAkbar .... AllahuAkbar .... AllahuAkbar ...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1