Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

31 March 2015

GST Versi MLM

Bhai/DeeDee semua...

Okeh.. selamat menyambut April Fool... Hahaha..... 1 April 2015 esok sepatutnya disambut dengan mengadakan satu Hartal ... tapi yer la... orang Malaysia nih semuanyer jenis hangat-hangat taik "Din Ayam" ja.... hahaha..

So sempena kenaikan harga petrol mulai 12 tengah malam nih beserta dengan kenaikan segala macam mak nenek harga barang dan perkhidmatan disebabkan GST... maka dengan ini gua nak hiburkan lu orang dengan satu artikel yang bertajuk .... "GST versi MLM" .... Hahaha

MLM lebih glamer dikenali sebagai Meniaga Larut Malam .... atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Multi Level Marketing.,... perniagaan berbilang paras.... Okeh... mari kita mulakan.... lu orang baca betul-betul ngan akai yang ader aaaa....

Ini flow dier...

- Pembekal barangan mentah (susu, lemak, koko) : akan caj 6% GST = terpaksa naikkan harga bahan mentah
- Pengilang yang proses bahan mentah (Nestle) : akan caj 6% GST = terpaksa naikkan harga produk siap
- Penyedia khidmat pengangkutan (TiongNam Logistik) : akan caj 6% GST = terpaksa naikkan harga perkhidmatan pengangkutan
- Perkhidmatan pergudangan (Warehouse) : akan caj 6% GST = terpaksa naikkan harga perkhidmatan
- Pemborong (Wholeseller) : akan caj 6% GST = terpaksa naikkan harga perkhidmatan
- Pasaraya Besar (Giant/Tesco/Mydin/Aeon) : akan caj 6% GST = terpaksa kurangkan mutu perkhidmatan (masuk tandas mungkin kena bayar)

Harga Milo akan naik berapa aaa????

Jadi.....

Jadi saper kata caj GST 6% tue kena sekali ja??? Kalu kena skali ja... mesti hanya kena kat pembekal barang mentah ja..... Inilah dier MLM thorbaek dalam GST.... Hahahaha... Memang semua pihak kena...

Oopps... ader satu lagi ....

Katakan kiter beli Milo kat Kedai Runcit Mamu Kutty...... ader caj 6% GST kat situ pasai Mamu Kutty punya kedai runcit perlu ader nombor GST dan berdaftar...... tapi tetiba.... Mamu Kutty pon pandai gak ngelat... dier buat dua syarikat.... Ader yang masuk satu syarikat punya akaun... dan ader yang masuk satu syarikat lagi punya akaun... walaupun 1 kedai runcit ja....

Dan dua-dua akaun tue hanya cecah RM496 ribu jer setahun setiap satu.... Kiter tau Mamu Kutty caj 6% tue daripada pelanggan dier... tapi disebabkan tak cecah syarat wajib kena GST.... makanyer Mamu Kutty tak perlu la bayar kepada Kastam duit kutipan GST tue..... (aper lu ingat Mamu tak pandai ka???)

So..... Kerajaan Malaysia melalui Kastam tak dapat nak kutip GST sebanyak 6% tue daripada Mamu Kutty.... dan takder la hasil kepada Kerajaan Malaysia..... persoalannyer... Aderkah Mamu Kutty kena pulangkan balik duit yang dier dah kutip melalui caj GST tue yang memang dier takder kena bayar kat Kastam.... Kalo dier tak pulangkan balik... so dier la yang untung rembat duit tue....

Hahaha.....

Nampak sangat la ader pihak yang akan buat magik camnie nanti... percayala..... Hahaha....

Tambah lagi syarikat yang berstatus Enterprise..... semua boleh ngelat... aper susah... bukak la nama dua tiga kompeni... tapi satu kedai ja..... Hahaha

Cukai nih memang la bagoosh untuk Kerajaan... tapi yang kena taji cukup-cukup aderlah rakyat.... Kalo dengan GST nih pon jalanraya masih lagi lubang sana lubang sini.... malah masih lagi jalan tanah merah atau jalan balak.... memang macam bangsat la Kerajaan Malaysia camtue....

Aper-aper pon... selamat kena April Fool ngan Kerajaan Malaysia.... Hahaha

TAMBAHAN :

"Cuma satu je aku agak keliru dengan GST ini. Dulu dalam SST ada Cukai Perkhidmatan sebanyak 6%, bezanya cuma tiada Cukai Barangan tapi Cukai Jualan. Selepas ini Cukai Jualan 10% digantikan dengan Cukai Barangan 6%, tapi Cukai Perkhidmatan masih kekal 6%. Akan tetapi kenapa banyak perkhidmatan semasa SST takde pun kena caj 6% tapi lepas GST kena pula caj 6%, seperti contoh perkhidmatan keluar wang MEPS, perkhidmatan pos/poslaju, perkhidmatan topup prepaid, perkhidmatan renew domain, perkhidmatan insurans dan lain2 perkhidmatan lagi.

Apa beza perkhidmatan dalam Sales and Service Tax (SST) dan perkhidmatan dalam Goods and Service Tax (GST)? Ada sesiapa boleh beritahu?" - SUMBER

Idea Terbaek

Bhai/DeeDee semua...

Nih ader satu idea thorbaek dari seorang blogger tersohor ... Otai lama dalam MyLinux Malaysia ..... Thorbaek.... OKZ PPSMI....


GST memang memeningkan kepala. Maklumkan setiap peringkat kena sikit sikit.
Bab nak mengira jadi 1 kerja.
Nak rekod,

Ada pula yang tidak tunai.
Invois hari lain, bayaran hari lain.
Ada pula yang keluar invois, tapi tak bayar-bayar.

Kompleks pengiraannya.

Sedangkan yang tunai pun ramai yang tak faham.

Macam-macam alasan nak kena kan GST.
Alasan hutang banyak lah
Alasan nak bayar gaji penjawat awam lah.

Hakikatnya, Negara boleh wujud dalam 2 mod.
Mod tiada duit.
Mod banyak duit.

Boleh berlaku serentak.

Jadi apa alternatif kepada GST?

Kalau diikutkan saya, mudah sahaja.
Cukai Simpanan dan Cukai Saham.

Siapa ada Simpanan Tetap, kena 2.5% setahun.
Siapa ada saham, kena 2.5% setahun.

Saiz pasaran modal BSKL berapa? 1 trillion.
kalau 2.5% dapat berapa setahun? Sudah 25 billion.

Simpanan tetap pula berapa?

Menurut laporan Bank Negara , Simpanan tetap pada Januari 2015 adalah RM 726,135.9 juta.
Bersamaan RM 726 billion.

Sambungannya ...

Pola Pencalonan Muktamar

Kah Kah Kah.

Satu demi satu cawangan dan kawasan sudah mula membuat mesyuarat agung. Di tempat saya ianya akan berlangsung bulan depan. Dari apa yang saya dapat lihat, modus pola pencalonan untuk Muktamar PAS kali ini nampak telah menbentuk sesuatu. Sesuatu yang boleh dijangka yang mana ianya menuju kepada satu gerak kerja tersusun dari dalam menggunakan kaedah "anda ptut tahu dahan mana yang patut anda bergayut untuk selamat"

Kah Kah Kah.

Bagi yang tidak dapat mengesan perkara ini, anda memanglah naif. Naif sehinggakan apa yang berlaku depan mata anda tidak dapat anda perasan dan mengerti. Untuk menyelamatkan diri dan status jawatan di peringkat kawasan dan cawangan, tidak dapat tidak pihak yang terlibat "terpaksa" untuk mencalonkan nama-nama tertentu untuk Muktamar PAS yang akan datang. Jika tidak berbuat demikian, maka bersedialah untuk disejuk bekukan ataupun diperkatakan di belakang oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang sekarang ini sedang menguasai keadaan.

Kah Kah Kah.

Apa yang pasti kumpulan ini lebih kepada sokong membawa rebah dan terlalu taksub sehinggakan tidak dapat melihat dalam konteks yang lebih luas. Mereka lebih mementingkan kuasa dan jawatan tapi mengkesampingkan isu masyarakat. Malah mereka ini mahu dinaikkan menjadi ketua tapi kurang mahu untuk menjadi juara masalah masyarakat. 

Kah Kah Kah.

Sebab itu saya tetap akan mengatakan bahawa apa saja tindakan yang dibuat okeh kumpulan ini jelas merosakkan PAS dari pandangan masyarakat umum dan secara tidak langsung akan meminggirkan PAS dari persada politik negara. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu

30 March 2015

Buat Duit Dengan Kekalutan GST

Bhai/DeeDee semua...

Thorbaek la Jabatan Kastam ... Dalam keghairahan dan kekalutan orang ramai mengenai GST yang akan berjalan pada Rabu nih.... Jabatan Kastam berjaya menambahkan lagi keuntungan atas kekalutan ini hanya dengan panggilan telefon.... Tahniah la... Bergeliga betul la lu orang nak pow duit nih,... Pergh....

Hahaha.... Sebab nak untung la yang Jabatan Kastam dok guna talian 1-300 tue san bukannyer 1-800 .... Hahaha... Setiap call bukan dapat kat Telco banyak tapi dapat kat Jabatan Kastam.. Lagi lama lu orang layan mesin menjawab di talian 1-300 tue... Lagi masyuk la kat Jabatan Kastam.... Thorbaek... Hahaha... Cayalah.... 


Kalo nak best lagi buat collection... Buat la ader banyak menu dalam sistem hotline tue... Tambah la ngan voice iklan pengenalan dan info... So lagi lama la orang terpaksa bergayut... Nak best lagi buat la menu yang mengelirukan dan buat la kerap putus pasai tak dapat sambung kepada operator.... Hahaha.... Terpaksa call berkali-kali...

Menu jangan buat sampai 3 ja... Tapi buat menu sampai 9 ka.... Hahaha... Nak lahi best buat ja talian 900 atau 600 .... Lagie masyuk...

P/S : gua pernah tolong member setupkan talian 600, 900, 1-300, 1-700 dan 1-800 sejak 1993 lagie.... Hahaha

29 March 2015

Kebejatan Sistem Pendidikan Malaysia

Bhai/DeeDee semua ...

Gua nak tulis dalam format skema la plak hari nih... Hahaha... jangan mare.... sebab tajuk artikel pon dah skema.... Hahaha

Sistem pendidikan mana-mana negara adalah bertujuan untuk membentuk rakyat menjadi warga sivil yang bertamadun, berilmu dan berdaya saing. Ini adalah kunci utama sistem pendidikan mana-mana negara. Malaysia juga tidak terkecuali dalam mengembeleng segala tenaga dan kewangan yang ada untuk menaikan taraf mutu pendidikan negara.

Apa yang amat saya kesalkan adalah apabila sistem pendidikan negara telah dilacurkan oleh beberapa phak yang berkepentingan untuk tujuan politik dan agenda peribadi. Ini amatlah mengecewakan saya.  Mari kita kupas permasalahan ini.

Perkara pertama dalam pendidikan adalah penekanan kepada jati diri bangsa dan kenegaraan. Pada awal penubuhan Malaysia, kita berusaha untuk menerapkan jati diri bangsa namun akhir-akhir ini sistem pendidikan yang ada tidak lagi menjuruskan kepada perkara ini. Dalam banyak situasi semangat jati diri telah dilunturkan dengan semangat perkauman dan keakuan. Malah makin hari makin jauh jurang antara kaum di Malaysia gara-gara sikap golongan akademik yang menjadikan politik sebagai illahnya.

Mari kita lihat dalam konteks sistem awal pendidikan iaitu untuk peringkat pra-sekolah (tadika). Apa yang saya lihat dan nampak ialah apabila tadika tersebut dikuasai oleh saluran politik, maka hasilnya amatlah menggerunkan. Kanak-kanak di Tadika Kemas telah ditanam mindanya untuk UMNO/BN, manakala bagi PASTI pula telah ditanam mindanya untuk PAS. Ini realiti walaupun akan ada suara-suara yang menidakkannya yang saya pasti akan mempertahankan percaturan ini.

Ini kemudiannya ditambah pula apabila bahan bacaan dalam pendidikan termasuklah pengajaran dan pembelajaran diterapkan mengikut acuan parti pemerintah. Sebagai contoh bagaimana perubahan fakta sejarah diubah semata-mana untuk menunjukkan status quo sesetengah pihak. Bagaimana pula kita melihat fakta sejarah mengenai Sultan dan Raja-Raja Melayu difabrikasikan demi untuk memperlihatkan keagungan dan kehebatan. Malah isu penjajahan yang fakta asalnya jelas telah diubah oleh para akademik semata-mata untuk kepentingan perut dan bawah perut.

Ini adalah perkara yang memalukan bilamana para sejarawan negara telah melacurkan diri mengubah dan meminda fakta dan hakikat sebenarnya titik tolak sesuatu perkara dan insiden. Malah yang lebih mengecewakan bilamana ianya juga melibatkan pengarang dan penerbit buku sehinggakan sampai kepada pihak yang ditugaskan untuk menjaga arkib sejarah negara.

Bila saya melihat balik kepada beberapa siri peperiksaan awam dalam sistem pendidikan rendah, menengah dan tinggi, saya dapati kemerosotan yang agak teruk telah berlaku. Semenjak awal musim persekolahan pada 2000 sehingga kini telah terdapat beberapa siri perubahan skala pemarkahan dalam peperiksaan awam. Ini terhasil apabila kadar peratusan pelajar yang mendapat keputusan yang teruk telah menyebabkan pihak berwajib menurunkan standard pemarkahan yang sepatutnya.

Pernah dalam satu ketika, bilamana Menteri Pendidikan melihat ramai pelajar yang gagal satu matapelajaran telah mengarahkan supaya Bahagian Peperiksaan menurunkan standard pemarkahan kepada yang paling terendah dalam sejarah Malaysia dan hasilnya Menteri Pendidikan tersebut dengan bangganya mengumumkan ramai pelajar yang dapat keputusan yang cemerlang walaupun sebenarnya ini semua fabrikasi.

Pelajar yang dikatakan cemerlang tersebut akhirnya tidak dapat bertahan dalam sistem pendidikan peringkat tinggi. Bukan seorang bukan dua orang tetapi cukup ramai pelajar yang sebegini masuk belajar di dalam IPTA dengan kelulusan yang telah difabrikasi demi untuk menjaga air muka Menteri Pendidikan. 

Itulah yang menyebabkan "ranking" IPTA di Malaysia diperingkat dunia jatuh merudum dengan teruknya, malah ada kes pensyarah dan professor yang melakukan plagiat dengan selamba kekal dipentas akademik tanpa menerima hukuman. Bukan setakat dikekalkan tetapi ada yang dinaikkan pangkat. 

Apakah hasil yang akan dapat dituai nanti akibat dari kebejatan sistem pendidikan negara? Saya pasti bahawa hanya hampas sahaja yang akan kita dapat sedangkan sepatutnya kita mendapat santannya dan bukannya hampas.

28 March 2015

Dimana Mereka?

Bhai/DeeDee semua...

- Di kala rakyat menjadi gundah gulana akibat dari kos sara hidup yang tinggi, dimana para Sultan dan Raja-Raja?
- Di kala rakyat tertekan dengan kebejatan ekonomi, dimana para Sultan dan Raja-Raja?
- Di kala rakyat diasak dengan pelbagai cukai, dimana para Sultan dan Raja-Raja?
- Di kala rakyat dicengkam dengan pelbagai tindakan berat sebelah pihak berkuasa, dimana para Sultan dan Raja-Raja?
- Di kala rakyat ingin berjumpa dan serahkan memorandum, dimana para Sultan dan Raja-Raja?
- Di kala penguasa yang menggunakan nama raja membuat gila, dimana para Sultan dan Raja-Raja?
- Di kala pihak berkuasa melakukan onar dan dusta, dimana para Sultan dan Raja-Raja?

Dahulu... Satu masa dahulu ...

- Di kala rakyat menentang penjajah, dimana para Sultan dan Raja-Raja?
- Di kala rakyat hilang nyawa berperang melawan penjajah, dimana para Sultan dan Raja-Raja?

Yang telah terjadi...

- Hanya kerana destarnya terkena sepak raga, menggila dibunuhnya sesuka hati rakyat jelata oleh suku sakat kaum kerabat para Sultan dan Raja-Raja..
- Hanya kerana gila sebijik nangka, ditikam, dibelah perut dan disula rakyat jelata untuk melihat benarkah anak dalam perut mengidamkan nangka
- Hanya kerana syak wasangka, dibunuhnya seluruh kaum keluarga rakyat jelata
- Hanya kerana gilakan pangkat, jawatan dan tahkta, sanggup bersekongkol dengan penjajah durjana.

Yang pastinya, rakyat bukan pengecut, rakyat tidak lari dari berjuang, rakyat sanggup mati demi tanah air tercinta, rakyat bukanlah yang menjual tanah dan negara ini. Walaupun sehebat mana sekalipun penjajah yang datang, rakyat pasti berjuang.... rakyat tidak akan dengan senang hati membuat perjanjian untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga.... Rakyat tidak akan menjual tanah tercinta ini dengan harga 8 ribu dolar Sepanyol... Rakyat pastinya tidak sebodoh itu menjual secara selagi ada bulan dan matahari... Biar pon terpaksa memakan ubi kayu dan keledek... Tanah ini tetap akan diperjuangkan.

Rakyat adalah pemilik tanah ini... Hasil masyhul tanah tercinta ini hanya untuk rakyat.... Sebab rakyat yang berusaha membanting tulang empat kerat dan keringat... Sebab rakyat tidak pernah mengatakan bahawa yang ini harta mereka yang itu harta mereka tanpa berusaha.... Rakyat tidak makan ditanggung berak dicangkung...

Ini sejarah, ini fakta, ini realiti, ini hakikat, inilah yang dibaca oleh akal yang waras.

Hanya juak-juak penyembah manusia sahaja yang tidak membaca dengan akal yang waras.... Itu sebabnya sampai ada yang sanggup berbuat derhaka kepada rakyat semata-mata menunjukkan ampu dan bodek kepada manusia yang disembah... Sampaikan sanggup mengubah sejarah semata-mata untuk menipu anak cucu kononnya manusia yang disembah itu tiada cacat cela... ketua kepada agama... pelindung kepada rakyat...

- Yang gila bersabung ayam (judi) kekal bersabung ...
- Yang gila bergundik (zina) kekal bergundik ...
- Yang gila bermabuk (arak) kekal bermabuk ...
- Yang gila bersuka-ria (pesta) kekal bersuka-ria
- Yang gila menjual harta (tanah, balak) kekal menjual harta ....

Dan macam-macam lagi kegilaan...

Nauzubillah ...

"Penculikan" Hishamuddin Rais Salah Disisi Undang-Undang

Bhai/DeeDee semua...

Walaupun seseorang itu ingin ditahan atas mana-mana Akta Hasutan, Akta OSA, Akta ISA atau mana-mana Akta berkait dengan Kanun Keseksaan, suspek perlulah ditahan mengikut lunas undang-undang dan mengikut tatacara penahanan.... Tiada cara lain melainkan itulah caranya yang dibenarkan oleh undang-undang....

Selama gua berkhidmat 23 tahun dengan Agensi (skrang sudah "pencen"), gua tidak pernah membaca atau tahu ader mana-mana peruntukan yang membolehkan penahanan seseorang suspek secara penculikan (melainkan dalam kes "Black Ops")... Malah dalam banyak kes yang ader selama nih takder pon cara camnie...  Bukan sajer kat Agensi... malah kengkawan kat Jabatan E Bukit Aman pon takder buat camnie...

Untuk itu pada pandangan perundangan yang gua ader, tindakan beberapa anggota PDRM yang berpakaian preman menahan secara "menculik" aktivis yang bernama Hishamuddin Rais pada hari ini adalah sesuatu yang diluar daripada norma biasa dan ini pastinya akan mengundang masalah dari segi undang-undang... Teknik penahanan ini adalah tidak sah dan peluang untuk Hishamuddin Rais menyaman PDRM, Ketua Polis Negara, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia aderlah besar.... SOP maner yang diorang pakai nih???

Gua tak tau aper yang ader dalam kepala anggota yang terlibat... dan siapa pegawai atasan yang cukup "BANGANG" untuk mengarahkan tindakan menahan suspek secara "menculik" .... Sebab setiap orang yang ingin ditahan perlulah dinyatakan hak-hak mereka dan anggota yang terlibat dalam proses penahanan perlulah memperkenalkan diri terlebih dahulu...

Walau aper pon alasan yang mungkin akan keluar dari mulut KPN, gua tetap berpandangan taktik penahanan ala penculikan ini cukup bahaya diamalkan di Malaysia kerana ianya secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat selepas ini akan memandang remeh kepada mana-mana penculikan walaupun berlaku didepan mata kerana mereka menyangka ianya aderlah tindakan pihak PDRM semata-mana waima ianya dilakukan oleh penjenayah...

Kepada anggota dan pegawai yang terlibat dan memberikan arahan.... tindakan lu orang memalukan sama sekali semua anggota yang lain..... Sungguh.... gua pon malu ...... so lu orang tunggu la lepas nih saman dari Hishamuddin Rais..... gua percaya dier pasti akan saman lu orang....

TAMBAHAN : Gua dapat maklumat bahawa tindakan menahan suspek "ala menculik" ini direstui dan diarahkan oleh pimpinan atasan PDRM... Biar betul nih... Sudah tersasar SOP kalu camnie... Semakin kacau pimpinan PDRM kalu camnie... Makin mengarut... Tuan IGP.. jangan la sampai gua ilang respek sama lu... 

27 March 2015

Bukan Semua Perkara ...

Bhai/DeeDee semua...

Bukan semua perkara, dokumen, teks mahupun istilah biler di tukarkan kepada Bahasa Arab akan memperlihatkan dan membawa ciri-ciri Islamik... Sebagai contoh... dalam sistem Perbankan yang ader sekarang nih... walaupun sistemnyer semuanya Konvensional... tapi biler ditukarkan istilah dan letak sikit-sikit Bahasa Arab... teruk dilabelkan sebagai Perbankan Islamik ... malah siap ader kononnyer "Patuh Syariah"...

Hahaha... kalo lu orang nak tau..... Sistem Pembankan Islamik kat Malaysia nih masih tak dapat diterima sebagai patuh syariah di peringkat antarabangsa..... Ini termasuklah dengan takaful dan sebagainyer.... Hancusss... kalo dengar gimik diorang.... mudah betul pakcik dan makcik percaya .... Hahahaha

So.... artikel nih metafora bhai.... gua tulis benda lain... tapi point yang gua nak tunjuk sebenarnya lain.... Harap lu orang boleh bukak mata dan hati untuk melihat point gua tue..... Hahaha... jangan la kerana yang menyebut istilah-istilah berbau Arab nih berkopiah dan bersarban... terus lu nak folo meng"khinzir" buta jer.... Hahaha....

Sebab ..... yang jenis berkopiah tinggi dan bersarban lilit tue pon berjujuk mostly jenis yang sembah manusia yang kononnyer ketua kepada agama..... Hahaha.... Dei thamby... dalam Islam tarak Ketua kepada Agama la.... Aper daaa.... Syirik tue sembah manusia la wei.....  Nauzubillah .... Nak jadi bahan bakar api Neraka ka??? Kalo geng kopiah dan sarban tue nak masuk Neraka kerana syirik takkan la lu pon nak ikut gak...... Gilo apo..

Yang lagi best tue.... yang disembah kononnyer ketua kepada agama tue pon takmo nak sembang meeting pasai Islam ... nak highlight pasai isu Ugama..... walhal itu la isu yang paling semua orang kepoh la nih.... paling hebat pon hanya sembang pasai status quo diorang ja.... Hahaha .... lagi lu mau sembah sampaikan takut derhaka la konon.... takut derhaka ngan manusia.... Dengan Allah Taala tak plak takut derhaka..... Aper daaa..

 Ini satu contoh aaaaa....... Hahaha.... Layannnn ...


26 March 2015

Bincang Isu Sama Tapi Tajuk Lain

Kah Kah Kah.

Maaf kerana lama tidak menulis di blog ini. Saya agak sibuk dengan program promosi "mari mencandat sotong" sempena musim mencandat yang akan bermula awal April sehingga hujung Jun. Bot yang saya miliki telah ditempah oleh beberapa kumpulan dari Johor dan Kuala Lumpur untuk bulan April dan Mei. Hanya bulan Jun saha belum ada tempahan. Harga yang saya tawarkan satu kepala cuma RM80 untuk dua hari satu malam untuk seramai 15 orang dimana ianya akan bergerak dari Jeti Raja Wali, Dungun.

Kah Kah Kah.

Walaupun sibuk, saya masih lagi mengambil tahu apa yang berlaku didalam arena politik tempatan melalui beberapa rakan yang menjadi "pemberi maklumat" dimana isu yang paling terbaharu adalah mengenai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan.

Kah Kah Kah.

Kini kecoh didada media bahawa telah ada diincangkan isu hudud dalam sidang Majlis Raja-Raja baru-baru ini yahg mana telah dinafikan sepantasnya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Saya sekadar tersenyum sahaja apabila mendengar cerita penafian ini walaupun saya tahu duduk perkara yang sebenarnya.

Kah Kah Kah.

Tapi tidak apalah kalau penafian telahpun dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Kita terimalah penafian tersebut mengikut selayaknya. Apa yang pasti telah berlaku perbincangan isu yang sama tapi pada tajuk yang lain. Masa, lokasi dan siapa yang membincangkannya janganlah kita persoalkan. Kita terima sahajalah penafian tersebut secara "verbatim" kerana ianya datang dari petugas yang mengendalikan urusan "Seri Paduka".

Kah Kah Kah

Mereka durian kita mentimun, dilenyek kita sakit, melenyek kita sakit. Tapi jangan sampai durian menjadi tempoyak @ lempok.



Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu

24 March 2015

Cerdik Tidak Boleh Diikut

Bhai/DeeDee semua...

Dah banyak kali gua tulis perkara nih.... Dan dah banyak event gua upkan benda nih... Dan dah banyak venue dah gua storikan benda nih.... Benda yang sama sekali mustahil akan dilaksanakan di Malaysia ... Kecuali setelah semua sembilan dewa dan ketua dewa di"pancung" dari jawatan yang Rasulullah dan semua Khalifah kerajaan Islam terdahulu tak buat dan tak mengaku pon... 

Iaitu.... Jawatan Ketua Agama  ... Dalam Islam tidak akan ader ketua agama.... Noktah.... Kalu nak ader pon ketua agama, lu orang boleh tengok dalam agama Kristian...  Yahudi pon takder ketua agama.... Jadik yang memandai bagi jawatan dan gelaran Ketua Agama kepada Islam nih kenapa.... Dah gila ker? Cukup-cukup la membodek ... Cukup-cukup la menyembah manusia... Ini buat kerja bagi gelaran nih siapa aaa... yang ngaku alim ulamak ker? Memandai ja....

So...

Berbalik kepada citer nih.... Lim Kit Siang memang bodoh walaupun fakta yang dier ader tepat.... Hadi Awang plak dalam satu segi ader maklumat betul... Tapi disebabkan jenis kapla angin dan takmo nak dengar nasihat tue yang jadi bangang tue... Mangkuk-mangkuk ayun dalam PKR pon samer... Tak abis ngaji dan semak semua dalam Perlembagaan dah melalak melolong samer dengan DAP.... Yang seronok tepuk tangan dan kaki dalam kes nih aderlah UMNO ..... Inilah tindakan cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.... Hahahaha

Nih gua nak bagitau untuk kali yang entah keberapa aaaaa...... tak tau la...

Walaupun UMNO dan PAS bekerjasama untuk luluskan pindaan supaya Hudud, Qisas dan Ta'azir dapat dijalankan menggunakan kuasa Parlimen... Ianya tetap tidak akan dapat dikuatkuasakan dan dilaksanakan... Bukan sebab DAP atau PKR yang halang dan takmo nak undi.... Tapi pasai ader sembilan dewa dan satu ketua dewa yang PASTInyer tidak akan menjadikan ianya terlaksana...

Semua semua yang berkaitan dengan Islam aderlah diletakkan dibawah kuasa sembilan dewa dan satu ketua dewa.... Yang dinasabkan sebagai Ketua Agama.... Kalo sorang ja dewa yang stuju pon tabley gak... akan ader kekangan dari Parlimen la plak... dier kena ader satu konsensus dari semua dewa...

Aper... Lu ingat diorang nak kasik ka benda nih jalan... Jangan mimpi la... Kalo benda nih jalan aaa.. Yang akan kena dulu aderlah diorang dan keluarga diorang serta kaum kerabat diorang.... Takkan la diorang nak menjerat tengkuk sendiri... Mimpi la wei....

Kalo lu kata boleh ja Brunei jalankan benda nih,... Hahaha gua gelak ja... Mesti lu sudah kena kencing dek citer Brunei nih.., hahaha... Wei.. Kat Brunei... Dewa dan kaum kerabat dewa takder masuk dalam list aaa.... Ader exemption... Ader pengecualian... Kalo bicara pon dalam perbicaraan khas tertutup yang dihakimkan oleh Dewa sendirii.. Lu ingat Dewa tue ader brani ka mau dajaikan Keluarga Shariff.... Mampuih nanti dier kena hambat dari kerusi.... Hahaha... 100 tahun lebih dulu dah pernah perang pasai rebut kerusi Keluarga Shariff di Brunei.... Siap mintak tolong James Brooke lagie.... Hahaha... Tue yang tergadai Sarawak tue... Hahahaha ... Sampai James Brooke dapat title Maharajah lagie... Hahaha

So... Kalo betul nak jalan Hudud, Qisas dan Ta'azir.... Kena kasi hilangkan dulu title Ketua Agama nih.... Benda khurafat dan bidaah dholalah nih kena buang.... InsyaAllah baru la boleh jalan.... Ituppn kena ader majoriti la dalam Parlimen....

Selagi tak dapat majoriti dan tak buang benda khurafat dan bidaah dholalah tue.. selagi itu la... mungkin sampai kiamat kot??? Ntah la...

Ader paham ka???

Bacaan Tambahan : SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI

*** Ingin gua tegaskan... Kita semua akan dihadapkan kepada Allah Taala biler sampai masanyer nanti... dan janganlah kerana sikap para Sultan dan Raja-Raja Melayu yang tidak mahukan Hudud, Qisas dan Ta'azir dijalankan maka kiter semua dihukum masuk Neraka.... Kalo Sultan da Raja-Raja Melayu nak masuk Neraka.... gua takder hal.... pegi la masuk....   gua mufaraqah... 

Syurga Seorang Isteri

Ditumbuk, dibelasah, diterajang, ditampar malah ader yang sampai tergadai nyawa akibat dari perangai suami.... Betul la ader sesetengah isteri tue dier punya peel memang pelik.... Berleter tak tentu hala... Elok lagi mak Hagemaru... Hahaha

Tapi... Lepas semua tumbukan, terajangan, tamparan, belasahan.... Boleh plak si suami ajak @ paksa isteri berasmaradana.... Giler saiko siot... Hahaha... Yang lagi pelik tue ... Isteri ikut ja berasmaradana tue walaupun seluruh badan sakit kena tumbuk, terajang dan belasah...  Aiyo... Pening aaaa...

Dalam kes kat bawah nih plak... Walaupun isteri yang membuat aduan sampaikan kes naik dibicarakan di Mahkamah... Boleh plak isteri yang sama membayar wang jaminan untuk membebaskan sementara si suami daripada ditahan di lokap / penjara sementara kes dibicarakan..... Bukan sikit ooooi belanja wang jaminan tue... RM6500 tue....



Syurga seorang isteri aderlah bila Allah Taala redho kepada dia dan biler si suami redho kepada dier... Urusan belasah, terajang dan tumbuk tue semua urusan dunia... Samer dengan urusan asmaradana... Tapi urusan akhirat lagi penting ..... Moga harapnyer itulah yang dicari oleh wanita ini... Moga Allah Taala dan suaminya redho keatasnyer...

P/S : by the way.. mata wanita nih lebam bukan sebab self inflicted aaaa.... hanya Mahathir Mohamed ja yang tau camana nak self inflicted mata lebam ... errr...... bukan ker dulu Mahathir Mohamed jadi pengarah filem Tamil di Kollywood ka??? Hahaha

23 March 2015

1 April 2015 (Hari Hartal GST)

Bhai/DeeDee semua...

Hartal aderlah satu mogok umum @ bantahan umum @ boikot umum dimana semua operasi diberhentikan.... Tanah Melayu ini pernah melihat satu Hartal dilakukan secara berkesan pada 20 Oktober 1947... Ianya berhasil mendesak perubahan dilakukan dengan mengambil kira pendapat dan pandangan awam.

Jadi...

Gua mencadangkan supaya satu koordinasi awam dapat dilakukan untuk membantah perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang tidak telus dengan mengadakan satu HARTAL pada 1 April 2015.

Dengan cara ini, jika semua warga awam bersetuju untuk mengadakan HARTAL maka kita InsyaAllah akan mampu untuk mendesak supaya GST dibatalkan (jika tiada kajian semula dilakukan). Untuk ini sebagai seorang blogger kecil yang tiada nama (bukan macam member gua nih).... gua cadangkan supaya idea HARTAL pada 1 April 2015 dapat diangkat menjadi satu agenda nasional oleh semua rakyat.

Jom Berhartal

1 April 2015 aderlah Hari Hartal GST

P/S : Bantahan / Mogok Umum / Boikot / Hartal adalah satu hak awam yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia. Jadi jangan ingat bahawa artikel ini mengandungi unsur-unsur Hasutan. Sila belajar dan kaji Perlembagaan Malaysia terlebih dahulu.

TAMBAHAN : Nak buat dan laksanakan cukai baru.. tapi takder buat pungutan suara umum... ikut kapla Menteri ja.... Itu macham kalu baik cukai tue cuma kena sama Menteri ja..... Opps... kepada yang menyokong GST nih... mesti la wayar kapla dier ader putus sana sini... Hahaha

22 March 2015

Khurafat Selatan

Bhai/DeeDee semua...

Kerja khurafat wal sesat dan bidaah dhalalah biasanyer bukan dibuat oleh golongan yang tak tau selok belok agama... Tapi... Tapi lebih banyak dibuat oleh golongan yang dilihat tinggi ilmu agamanyer... Yang hafal kitab kuning dan sebagainyer... Yang pandai bertaranum dan bersyiqah.. Yang hafal semua tajwid...  Tambah lagi biler berkaitan  dengan penyembahan kepada manusia... Biasa puak yang paling tinggi angkat sembah pada manusia nih golongan yang tinggi ilmu agamanyer... Yang orang kenal sebagai tok peti @ ulala-mak @ musang berjanggut.... Pernah zaman dulu puak-puak nih siap menyembah manusia dalam keadaan sujud .... Nauzubillah...

Banyak sangat lar elemen khurafat yang masuk menyerap ... Ini tak masuk lagi dengan benda-benda sesat lagi mengarut yang diperbuat masa zaman jahiliah (pagan) sewaktu beragama Hindu... Aper lu ingat orang Melayu asalnyer beragama Islam ka??? Silap la wei... orang Melayu asalnyer berimankan kepada Siva, Vishnu, Kali dan Hanuman .... Hahaha... Parameswara yang dipuja-puji dulu pon Hindu... Sampaikan nampak jer binatang kancil albino terus sabitkan kepada mistik... Hahaha... Hancuss..

La nih dalam negara kiter kononnyer negara Islam contoh... Ader lagi kerja khurafat murafat mandi berpuluh air sungai ... Siap duduk atas pentas berlevel-level ... Siap ader perkiraan berapa level dan berapa ritual lain kena buat ... Yang best tue lead by so called ahli agama... Ulala-Mak tue... Level Ulala-Mak tue... Hahaha... Karut wal marut... Aper kelas mandi air 10 sungai... Sikit benar tue... Baik tambah skali dengan air 100 longkang ker atau air 100 limbah/acaq ker... Lagi la power.... Hahaha... Tak pon mandi selori air asid FRU... Lagi nampak power... Nak best lagi tambah la tear gas ker mender ker... Hahaha .. Banyak sangat aaaa pengaruh Paganisme dalam golongan nih...

By the way... Ritual khurafat tue sebenarnya nak menipu orang ramai nak bagitau yang diorang tue credible dan mempunyai hak untuk dijadikan pimpinan... Nak bagi nampak legitimate... Walhal yang angkat diorang dulu tue aderlah penjajah beragama Kristian lagie... Diorang bukan ader susur galur yang asli pon... Semua fabricate... Dalam buku pon boleh diedit diejast... Tapi dengan sokongan politik dan salahguna kuasa penguasa utama... Boleh plak diorang ugut orang lain supaya percaya diorang nih credible dan legitimate.... Hahaha... Pi Lanchow la (Lanchow aderlah nama tempat di Tanah Besar China)

Wei... Kalu mandi air sungai Gangges skali pon tak membuktikan lu orang credible dan layak kat tempat tue... Jangan nak perdaya orang ramai... Tak kisah la siap dimandikan dengan lead dari Ulama Al Azhar skali pon... kalu dah tak credible tetap tak credible.. Patut kalu dah dimandikan... aper kata terus sambung dengan dikafankan... pastu disembahyangkan... Hahaha

Aper pon... Lantak korang la nak buat kerja khurafat tue... Urusan gua dah solosai... Gua dan tegur... Kepada Ulala-Mak yang lead kerja khurafat tue... Berapa sen masyuk? Hahaha... Jaga rice cooker yer... Brand aper rice cooker tue... Panasonic ker atau Tefal? Hahaha... Berapa pot beras boleh ditanak? Ini mesti rice cooker jenis nak meniaga kedai makan nih... Besar gedabak... Hahaha... Pakai gas memasak... Kasi kuat api bakor... Hahaha

Ingat... Menyembah manusia aderlah sebesar-besar dosa ... Syirik akbar... Yang tidak diampunkan oleh Allah Taala waima dengan bertaubat secara membunuh diri (ikut syariat Nabi Musa a.s) .... Dan Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w pon tak akan mengaku umat bagi sesiapa yang menyembah manusia... Hanya Allah Taala, Tuhan seru sekalian alam ja yang selayaknyer disembah...

21 March 2015

Jin Tak Takut Ostad Sampul?

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... Bukan ke golongan Ostad nih ader banyak ilmu katanyer... Takkan la dengan banyak ilmu pon Jin tak takut... Ini mesti pasai dah banyak sangat sampul dapat .. Tue yang ilmu dah jadi tak kebal dengan Jin... Hahaha... Sampaikan jin pon tak takut kat Ostad Sampul....

Hahaha... 

Ugut bunuh sudah, merajuk sudah... La nih isu jin la plak.... Hahaha.. Lepas nih agak-agak lu aper plak akan keluar.. Hahaha... Semua isu mau kasi nangis.. Kasi sedih... Kasi itu air mata kuluar .. Ader masuk habuk ka??? Hahaha

Ostad oi.. Sampul banyak tue hulur-hulur la sikit sama jin kasi kawtim... Jangan la sebat sengsorang ja ... Hahaha .. Nanti jin kata tak aci la...




P/S : jangan lupa mintak air sebaldi dari pakar Jinnekologi aaaa... Hahaha... Bukan Abdullah Ahmad Badawi aaaa (walaupon bini dier nama Jean)...

P/P/S : 24 tahun berdakwah aaaa penuh ngan sentimen rasis Melayu... Jadik berapa ramai dah orang bukan Melayu yang bukan Islam dah didakwahkan sehingga memeluk Ugama Islam yang syumul nih? Kalo takder sorang pon dapat ditarbiahkan... Maknanyer dakwah tue tak sampai la... Hahaha... Tak payah jauh la... Ader tak Ostad Sampul nih dan Ostad Sampul yang lain masuk ke hutan berdakwah kepada Orang Asal dan Orang Asli serta Pribumi???? Hahaha.. Sendiri tau jawapannyer aaa...


Pejuang HududLah Sangat ...

Bhai/DeeDee semua...

Sori... Gua takmo nak banyak citer... Tapi pada gua yang bagi ugutan bunuh nih kira masih okeh lagi... Tapi yang bagi ugutan rogol nih la yang paling menghinakan Islam itu sendiri... Kata konon diri tue pejuang Islam... Ini bangang namanyer...

Buat malu ja...


Samer macam perangai pejuang Islam yang tak reti nak berhujah... Hanya berani melabel, ugut, belasah dan pukul belakang ja... Hahaha... Tak kira la kat Masjid ka.. Kat mesyuarat ka... hahaharamjadah punya pejuang Islam .... Hahaha... Pejuang Islamlah sangat... Pejuang Hududlah sangat...

Perangai melabelkan, ugut, belasah dan pukul nih biasanyer puak Syiah ja yang buat... Hahahaa....

*** TAMBAHAN : Tindakan dibawah ini bukan cara yang diperuntukkan dalam Islam dan tindakan pembunuh-pembunuh ini amatlah dikeji dan dilaknati Allah Taala... dan kerja membunuh tanpa haq ini neraka jahanam lah tempat kekal abadi... Kalu pon perempuan itu bersalah, ada cara penghakiman dan hukumannyer... Bukan ikut hati ja...  Dan pada seiapa yang ersetuju dengan tindakan pembunuhan perempuan tersebut... pada gua diorang nih bukan orang yang beriman...



20 March 2015

Kalau Raja Tidak Mahu Dihina ...

Bhai/DeeDee semua...

Artikel nih penuh ngan metafora... Jadi gunakan otak dan akal tapi jangan guna kapla lutut.... Hahahaha.... By the way... Ini realiti dan bukan hasutan.... Okeh...

Kalau Raja Gopal tidak mahu dihina, sila jadi coach yang dengan pandangan peminat dan pemain... Kalau Sultan Melaka tidak manu dihina, sila respek dan hormat serta amik kira pandangan rakyat jelata... Kalau Pemimpin tidak mahu dihina, jangan dok kira kapla sendiri ja dan dok nak haramjadahkan anggota bawahan... Kalau Ostad tidak mahu dihina, jangan dok bawak hadith dan sirah palsu....

Itu ja key dier ... Takder lain lagi....

So... Berbalik kepada saranan Shabery Cheek untuk mengarahkan SKMM perketatkan perundangan Akta Multimedia... Supaya tiada yang hina Raja dan Sultan Melaka.... Jawapan gua simple jer ... Kalo takmo dihina atau dilanchowkan... Sila jadi Raja dan Sultan yang amik tau pasai rakyat... Dan jangan dok mengangkang ja hari hari.... sampaikan taktau aper dah jadi dalam negeri... Sebab kalu ader rakyat yang susah hidupnyer lepastue amik jalan mudah bunuh diri ker mender ker... Raja dan Sultan nih la yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah Taala, Tuhan Rabbul Jalil...

Ini kenyataan bhai.... Selama nih pon ader tak diorang yang rasa dihina nih amik tau pasai permasalahan rakyat? Ader tak diorang pi panggil memanda menteri dan hujahkan isu rakyat supaya diambil perhatian.... Mimpi la kalu ader..... Aci kerat lanchow la kat budak budak yang nak bersunat tue..... Nak jumpa bagi memorandum pon langsung tak bagi chan... Hanya balachi kat Kayangan ja yang amik... Kalo taknak jumpa rakyat... Aper ker jadahnyer dok jawatan tue.... Dan buat aper rakyat beraja dan bersultankan diorang nih...  Aper guna jadi Raja dan Sultan kalu rakyat tak respek sama lu pasai lu tak respek sama rakyat... 

Samer gak.... Kalo Perdana Menteri dok nak kena dengar cakap bini dan bukannyer rakyat... Baik tak payah jadi Perdana Menteri... Baik jadi laki Rosmah Mansor ja... Tak payah jadi PM...

Bottom line cerita... Macam mana orang bawahan nak respek sama leader.. Kalu leader sendirik takmo nak respek orang bawahan.... Percaya la cakap gua... Walau pon rakyat nampak macam respek sama pimpinan (Sultan, Raja, Perdana Menteri dan sebagainyer) .. tapi in realiti... diorang dalam hati nak jer tunjuk jari hantu kat pimpinan nih kalu berselisih kat mana-mana.... Gua biasa nampak masa kalu ader eskot Sultan / Raja / Perdana Menteri / Menteri dok ushar orang suruh clearkan laluan jalanraya pasai  nak bagi depa nih lalu.... mesti gua akan nampak ramai orang yang tunjuk jari hantu kat dalam kereta walaupon secara tersorok-sorok... Kalu ader yang berani skit.. memang live akan tunjuk jari hantu kat VVIP nih... Hahaha

Kalu tanya adertak gua buat tunjuk jari hantu kepada VVIP nih...... Hahaha.... No comment.... Hahahah.....

P/S : Respek tue aderlah anugerah Allah Taala bagi orang-orang yang paham kenapa dier dinaikkan jadi leader... Respek tabley dipaksa... Angkat sembah hanya selayaknyer untuk Allah Taala, Tuhan Seru Sekalian Alam.... Dan bukannyer angkat sembah kepada manusia.... Syirik kalu angkat sembah kepada manusia....

Ader paham ka???? Kalu tak paham... Amik kapla lu hantuk sama itu landasan keretapi..... Hahaha

19 March 2015

Airborne Warning And Electronic Control System (AWAEC)

Bhai/DeeDee semua...

Gua terpanggil untuk membicarakan isu berkaitan keperluan mendesak TUDM untuk mendapatkan pesawat "Airborne Warning And Electronic Control System" @ AWAECS berbanding untuk membeli dan menggantikan pesawat BBJ bagi keperluan YDP Agong dan Perdana Menteri Malaysia... Pertamanyer... BBJ milik TUDM untuk kegunaan VVIP tue bukanlah suatu pesawat yang uzur dan terlalu mendesak dari segi penyenggaraannya... Tapi lebih kepada hendak menunjukkan gaya kepada negara luar...

Sedangkan keperluan pesawat AWAECS bagi kegunaan TUDM amatlah mendesak tambah lagi dengan keluasan perairan dan wilayah yang dimiliki oleh Malaysia... Sesebuah radar statik yang berada didaratan amatlah terhad kawasan liputannyer... Dan ini telah terbukti dalam senario biasa dimana pesawat MH370 dikhabarkan tidak dapat dikesan dengan pantas dan tuntas.. Bagi orang biasa, mereka ingat radar yang ada dimiliki oleh pihak ATM dapat mengawal keseluruhan ruang udara Malaysia, tetapi bagi yang tahu... Diam-diam jer la sudeyy.. Hahaha

Sekitar tahun 2000 gua ader terlibat dengan sebuah syarikat berkaitan pertahanan dimana kami telah membuat beberapa kertas cadangan untuk memperkasakan TUDM dengan kemudahan AWAECS... Malah ianya telahpun dibawa ke peringkat atasan dimana kemudahan ini akan dibangunkan secara dalam negara (in-house)... Namun pihak STRIDE telah memintas kertas cadangan kami dengan mencadangkan projek tersebut dibangungkan oleh pihak SAPURA.. Dari apa yang kami tahu, SAPURA tidak ada kepakaran untuk membangunkan sistem AWAECS sementelah kertas cadangan pertama kami (projek C4SIR) yang disailang oleh mereka pun gagal dibangunkan oleh SAPURA sehingga ke hari ini walaupun khabarnya ratusan juta ringgit yang disediakan oleh Kementerian Kewangan telah hangus tanpa ada hasil yang boleh dibanggakan....

Aper pon walau kami terkilan atas kegagalan kami untuk membekalkan kemudahan AWAECS dan C4SIR kepada TUDM/ATM ... Atas sebab projek tersebut telah disailang... Kami tetap juga membuat cadangan dan kertas kerja bagi projek RECONNAISANCE menggunakan unmanned DRONE yang mempunyai sensor yang terbaek.. Tapi yang ini jugak disailang oleh pihak tertentu yang akhirnya dibekalkan oleh syarikat EAGLE AIRCRAFT (agak kelakar biler pesawat drone yang disedikan oleh EAGLE AIRCRAFT aderlah pesawat EAGLE standard yang diubahsuai) dan bukannyer seperti yang sepatutnya...

Jadi... Atas dasar ini gua tetap mengatakan bahawa kegagalan TUDM untuk mendapatkan pesawat AWAECS sebenarnya berpunca dari sikap pimpinan atasan TUDM dan ATM yang terlalu kuat membodek dan salahguna kuasa.... Sebab itulah dana yang sepatutnya dibelanjakan untuk kemudahan AWAECS telah disonglap untuk kegunaan VVIP.... hahaha... Padan muka.. Jangan nak kecoh la...

Untuk projek "armed drone" kali nih... Gua dan kengkawan takmo nak jual kepada TUDM/ATM tetapi kami akan jual kepada pembida terbaek... Even kalo Singapore nak beli pon kami akan jual... Hahaha

P/S : BTW... Walaupun projek AWAECS dan C4SIR gagal, kami masih lagi membangunkan teknologinya dan berharap dalam beberapa tahun lagi kami akan dapat mempamerkan kemudahan AWAECS dan C4SIR buatan tempatan pada mana-mana pameran pertahanan bersekali dengan pekakasan "armed drone"

Dua Piawaian

Bhai/DeeDee semua...

Di Malaysia rata-rata semua orang tahu betapa "double standard" @ dua piawaian nya penghakiman dan penguatkuasaan. Gua bukan nak defend ker mender ker... Tapi lu boleh tengok sendiri... Biler zulkifli Nordin buat kenyataan menghasut, ader lu tengok dier kena angkut dan kena tahan? Biler ibrahim Ali dan Bung Mokhtar menghasut dulu pon... Ader depa kena tahanan reman... Yang terbaru ader sorang menteri tue menghasut bab perkauman... Langsung boleh PDRM boleh bagi masa biler mau datang beri kenyataan beramaran...

Dalam kes lain plak... Walaupun dah ader gambar berbagai kerja rosakkan harga awam yang dibuat oleh puak yang bersekongkol ngan UMNO/BN... Sampai ke hari nih pon langsung tak kena tangkap... Contoh terbaek aderlah mangkuk yang baling bas dengan cat dan batu dulu tue... Hahaha... Tapi kalu yang buat tue dari sebelah yang bukan pro UMNO/BN laju ja kena.... Hahhaa... Ingat lagi tak mangkuk-mangkuk yang merusuh kat depan pejabat parti DAP dan merosakkan harta awam... Ader kena tangkap dan hukum ka diorang nih?? 

Paling best skali... Serbu, ugut dan rosakkan harta benda Dewan Undangan Negeri boleh plak kena denda seciput ja tanpa ader kena hukum penjara pasai diorang pro UMNO/BN walhalnyer tindakan diorang nih memang amat teruk skali... Tapi... Biler kena pada para demonstran anti UMNO/BN yang langsung merosakkan harta awam... Laju ja kena denda yang agak besar dan hukuman penjara... Yang best tue siap tak menyempat-nyempat jatuh hukumannyer tanpa tangguhan...

Itu belum kagi kes Khir Toyo yang sampai ke hari nih tak pernah masuh dalam penjara walaupun hukuman dah dijatuhkan lama dulu.... Boleh plak Khid Toyo takder kena aper-aper.. Hahaha ... Enjoy jarik macam Khir Toyo ....

Sebab tue la gua selalu kata... "Pi Lanchow la" sama hakim (tak kisah la Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah) dan penguasa kat Malaysia nih ... Pasai ramai yang tabley pakai.. Hahaha.... Dua jari hantu gua tunjukkan pada double standard sistem di Malaysia.... Hahaha ... Macam "Pundek" ja .... Hahaha..., semua pentingkan perut dan bawah perut ja....  "Bagero"

18 March 2015

Risiko Keselamatan

Bhai/DeeDee semua...

Biler bercerita tentang risiko keselamatan... Hehehe... Gua gelak jer biler tau ader pembelian untuk menggantikan pesawat yang kononnyer bawak Dewata Raya .... Walhal yang beli tue atas nama keperluan Memanda Menteri... Hahaha... Tetiba jer bertukar jadi keperluan untuk menerbangkan Dewata Raya ... Walhalnyer Dewata Raya patut boleh beli sendiri kapalterbang.... Pakai duit sendiri... Pasai sudah kaya.... Opps... Saper kata Dewata Raya tak kaya... kalo level Dewa (ader sembilan dewa) pon boleh berniaga telekomunikasi sampai ader pengangan saham tunggal berpuluh juta.. Aper ker halnyer level Dewata Raya duit seciput kan... Hahaha... Itu lagi ader hati makan tanggung berak cangkung... Hahaha





Opps... Melalut la plak....

Bukan la gua nak citer tabley nak beli pesawat baru... Iyer la... Pesawat lama dah 16 tahun guna... Risiko keselamatan jadi tinggi.., kos penyenggaraan jadi tinggi... Hahaha... 16 tahun bhai... Itu lagi diorang kata sudah lama... Wei.... TUDM tue sampai la nih guna helikopter NURI yang dah ader dalam inventori TUDM sejak dari awal tahun 70'an lagi... Kalo tak silap pembelian NURI pada 1968 lagi... Lama tue... Kalo bayi baru lahir masa beli tue.. Sekarang mungkin dah ader 6 orang anak dah... Hahaaha

Giler aper nak menggadai nyawa anggota ATM dengan gunakan pesawat yang dah lebih 40 tahun... Takkan takder risiko keselamatan dan kos penyelenggaraan tinggi... Kalo NURI tue boleh tahan digunakan selama 40 tahun..., aper kata gunakan NURI sebagai kenderaan utama Memanda Menteri dan semua Menteri Kabinet serta para Dewa dan Dewata Raya .... Baru la betul... Kiter cabar Dewata Raya dan Dewa serta Memanda Menteri terbang naik pesawat NURI ... Hahaha... Baru ader akai... Mau basah seluar kena air kencing sendiri... Hahaha

Ini tidak... Nampak sangat nyawa anggota ATM tidak dipedulikan oleh Kerajaan Malaysia.... Memang gampang la kalu camnie... Pesawat yang dah kira tahap lupus masih digunakan untuk ATM ... tapi untuk sekor dua Dewa @ Dewata Raya dan Memanda Menteri laju plak taknak guna pesawat sezen.... Hampeh aaa.... Kalo pon ader risiko Dewa @ Dewata Raya dan Memanda Menteri terkojol... At least boleh la rakyat Malaysia dapat cuti... Adil la kat kitorang nih... Bukan senang nak dapat cuti bergaji.... 

Belanja setengah bilion tue boleh beli 10 pesawat lain untuk angkut mangkuk-mangkuk makan tanggung berak cangkung nih.... Atau pon boleh buat 10 ribu rumah level PPR untuk dibagi kepada mangsa banjir secara percuma....

Gampang betul lar....

17 March 2015

Buat Bodoh Atau Memang Bodoh

Bhai/DeeDee semua..

Pimpinan naik jadi pemimpin biler ader sokongan dari akar umbi.... Semuanya sebab sokongan dari bawah... Belum pernah lagi dalam partai politik ader yang naik direct sendiri-sendiri melainkan sokongan dari bawah... Tapi bukan nak kata la.. Ader gak yang naik pasai hubungan keluarga...  Tapi mostly majoriti naik jadi pimpinan kerana sokongan dan undi ahli bawahan...

Jadik.. Biler skali skala ahli bawahan dok nak tegur pimpinan yang depa naikan dulu... Tapi pimpinan tue plak sama ader buat bodoh atau pun memang bodoh... Hahaha... Errmmmm ... Rasanyer dari aper yang gua nampak... bukan buat bodoh.. tapi lebih kepada memang bodoh...

Hahahaha.....

Slalunyee kalu pimpinan jenis samseng tak bertempat... terutamanyer ngan ahli bawahan... alamat tak lama la jangka hayat jawatan... Tambah lagi jenis suka buat bodoh jer biler ditegur oleh ahli bawahan... Malah kelihatan bodoh dalam tindakan dan percakapan... Maka lagi cepat la ilang respek dari ahli bawahan.. Hahaha...

Biler dah ilang respek... Maka timbul saspek .... Dan akhirnya reject ..... Hahahaa ... Dan masanyer sudah tick tock tick tock sampai lagu "Selamat Jalan Romeo" ..... Hahahaha

Bai bai bebeh.... Hahaha...

Ader paham ka???

13 March 2015

Macam Mana Nak Siasat Syaitan?

Bhai/DeeDee semua...

Gua respek kat pegawai penyiasat bagi laporan polis yang dibuat oleh Zulkifli Nordin semalam .... Tak sampai 24 jam... terus amik tindakan... walaupun banyak lagi kes lain yang lagi penting dan besar... Hanya kerana ianya melibatkan orang-orang dalam Pakatan Rakyat ... laju ja bukak kertas siasatan.... Pergh...

Setahu gua la dari pengalaman-pengalaman yang lepas-lepas.... kalu kat IPD tue pon dah ader sehari dalam sepuluh atau dua puluh laporan polis yang dibuat.... itu belum lagi kat IPK.... Hahaha.... punya la banyak kes nak kena siasat dan amik kenyataan... dari kes bunuh, kes rompak, kes ragut, kes rogol dan macam-macam lagi mak nenek kes yang ader.... kes politik plak yang didahulukan....

Hebat.. hebat... Pelik bin ajaib.... patut la pon rakyat biasa pandang serong ngan PDRM... sebab kalo siasatan berkaitan dengan politik sebelah anti-kerajaan BN ... laju ja siasat.... Dulu masa kes hasutan dan penghinaan agama yang dibuat oleh Zulkifli Nordin.... berapa lama baru diorang amik tindakan nak siasat.... Hahaha...

Nih biler Zulkifli Nordin dah duduk belah sana... skali buat laporan kes hasutan... tak sampai 24 jam dah berkejar nak siasat... agak-agak la bhai.... nampak sangat la... Kalo yer pon nak bodek agak-agak la.... Hahaha... buat malu kengkawan anggota yang lain ja.... Hahaha

So.... Nurul Izzah sudah on da way amik statement.... err... biler mau siasat Syaitan plak.... err... macam mana nak siasat Syaitan??? Ini kena tanya Mahathir Mohamed nih.... Hahaha ...

Tiga Kupang Tujuh Duit

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum masa kegawatan ekonomi Asia pada 1997... Duit kiter dengan duit Amerika Syarikat aderlah bersamaan dengan dua ringgit empat kupang bagi setiap satu dolar Amerika Syarikat... Yup... RM2.40 bagi setiap USD$1 ... Masa tue gua banyak berurusan bisnes ngan syarikat di Amerika Syarikat... Biler kegawatan ekonomi berlaku... Mahathir Mohamed "peg" duit kiter kepada RM3.80 bagi setiap USD$1 ... Walaupun masa tue volatility matawang kiter bergerak dari RM2.4 sehingga kepada RM3.65 dan berpusing-pusing sekitar tue... Tapi biasa la... Satu Asia kena...



Tapi la nih.. Takdee hujan takder guruh.... Tetiba jer merudum jatuh matawang kiter lagi jauh dari paras dulu... Sampaikan la nih... Nilai tue dah jadi level Singapura jer... Tiga kupang tujuh duit ja.... 37 sen Singapore ja untuk seringgit Malaysia ... Atau RM3.70 bersamaan dengan SGD$1 ..... Giler aaa.. Terukmyer pentadbiran kewangan Najib Razak... Lagi teruk dari zaman Abdullah Ahmad Badawi... Gabenor Bank Negara si Zeti Akhtar Aziz tue buat mender... Takkan tak reti nak mengawal kadar inflasi negara... Aiyo....

Hancuss... Dengan GST nyer... Aper lu ingat kalu GST jalan nanti pada hari April Fool tue... kadar tukaran asing negara nih akan kembali okey ka? Sori aaa.. Gua tak nampak akan kembali okeh... Mungkin jadi lebih teruk ader la... 

Dalam keadaan matawang kiter jatuh merudum nih bukannyer pelaburan asing masuk mencurah-curah,.. Tapi aper yang berlaku.. Satu demi satu syarikat dan pelabur asing lari meninggalkan Malaysia dan memindahkan operasi mereka di Malaysia... Tak payah jauh la... Dari ader 14 kilang besar Matsushita di Malaysia satu masa dulu... La nih tinggal berapa.... Berapa banyak yang sudah ilang dan tutup di Malaysia...

Aper yang gua nampak... Ader chan la nanti satu ringgit Malaysia akan jadi dua kupang lima duit Singapura ja... Itu pon kira nasib baik la... Takut jadi tinggal dua kupang ja... Ulamak dalam PAS ader ker nak bincangkan benda nih dan bawak kedepan.... Takdak... Jangan mimpi la... Bak kata member gua la... Diorang nih cuma dok seluk poket untuk bilang tasbih dua bijik ja.... Hahaha ... Takper la... Depa mudah sangat dapat harta sebesar Sentral Park ja... Cam kita nih... Kalo dapat harta sebesar liang lahad pon dah kira syukur rahmat... Hahaha

12 March 2015

Siapa "Sleeper Agent" Dalam PAS?

Bhai/DeeDee semua...

Artikel nih pendek ja... Sebab bateri dah nak kaput nih... Gua sekadar nak menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh sorang kawan nih mengenai tajuk nih.... Bhai/DeeDee semua... Kalo lu nak tau... Cukup payah UMNO/BN nak jatuhkan PAS secara direct... Sebab aper sajer tindakan yang UMNO/BN buat secara live (berdepan) untuk jahanamkan PAS akan menyebabkan PAS lagi bertambah kuat....

UMNO/BN tak heran pon kat PKR atau DAP... Sebab diorang tahu dua partai nih takkan ke mana pon... Ader limit... Sampai satu masa dua partai nih akan stuck dan takkan mampu menggugat UMNO/BN.... Ancaman kepada UMNO/BN sejak dari dulu lagi aderlah pengaruh Islamik yang sebati dalam gerak kerja dan ideologi Partai Islam SeMalaya (PAS)....



Jadi ..... Cara terbaek untuk menjahanamkan PAS aderlah dari dalam partai itu sendiri... Dalam mana-mana peperangan... Termasuklah peperangan dingin antara US dan USSR dulu pon semuanya digerakkan menggunakan agen dalam selimut yang lebih dikenali dari segi istilahnyer sebagai "sleeper agent" ... Masa Perang Dunia Kedua dulu pon taktik dan teknik yang samer digunakan...

Dan taktik dan teknik inilah jugak yang digunakan dengan berkesan oleh Israel Defensive Force ((IDF) yang meletakkan sleeper agent mereka dalam PLO, HAMAS, HESBOLLAH dan lain-lain lagi... Dan itulah sebabnya semua gerakan dan taktik musuh dapat dibaca dan dipintas serta dimanipulate oleh IDF sebaiknyer sehinggakan IDF seperti tidak terkalahkan... Dalam kes Israel ... Mereka tidak perlu pon bantuan US.. malah mereka sebenarnya memperkecilkan US dalam banyak hal...

So... Sebelum nih gua ader tulis satu artikel bertajuk "Dalang Tok Dalang" .... Itu cuma sekelumit kecil ja... Kepada yang belum baca ... Sila baca dulu aaa... Hahaha ... Jangan main terjah ja tanpa baca artikel sebelumnya... Hahah... Jangan jadi cam khinzir dok main sondol ja...

Jadik... Dalam PAS ... Cukup ramai sleeper agent yang dah ditanam dalam partai ini... Ader dua jenis sleeper agent... Yang pertama ialah sleeper agent yang tahu bahawa mereka aderlah sleeper agent dan akan mengaktifkan diri mereka biler keadaan memerlukan... Satu lagi sleeper agent yang tidak tahu bahawa dier aderlah sleeper agent... Hanya "Handler" dier jer yang tau... Dan diorang nih jugak akan diaktifkan oleh "Handler" pada masa yang sesuai... Diorang dah masuk sejak empat dekad yang lepas... Hahaha...

Sori... Gua tamau nak spesifikkan "sleeper agent" nih datang dari agensi mana... Sama ader Cawangan Khas, MIO, JASA, MKN dan pelbagai lagi mak nenek agensi yang ader sleeper agent dier dalam PAS... Masalahnyer... Sleeper agent ini 99% memihak kepada UMNO/BN ... Dan yang lagi bestnyer... Sleeper agent nih ader ramai yang dah dapat pegang macam-macam jawatan utama dalam PAS... Nak kenal @ agak yang mana satu sleeper agent UMNO/BN nih mudah jer...

Cuba semak komen-komen lunak mereka nih... Aderkah UMNO/BN cukup benci dengan kelaku diorang atau cukup mudah nak deal... Biasanyer orang yang UMNO/BN jarang nak tibai tue aderlah berkemungkinan sleeper agent...  Tambah lagi kalo orang tue ader skandal yang mana ditutup bawak karpet jer oleh UMNO/BN.... Mungkin orang itu bukan sleeper agent tapi kemungkinan anak menantu dier aderlah sleeper agent... Mungkin jugak diorang nih master sleeper agent... 

Sebab tue la gua takmo nak kasik aper-aper komen pasai kenaikan pangkat sorang mamat tue dalam PAS sebab dari maklumat yang gua ader... Dier nih baek punya sleeper agent... Maybe level masta... Sebab tindak tanduk dier selama puluhan tahun nih.... Tengok camana dier taichi isu... Macam mana dier nih boleh selalu deal macam-macam dengan Kerajaan..... Hahaha... Aper-aper pon gua takmo nak bagi nama kat sini.... Kalo lu orang biasa baca blog gua sure boleh saspek siapa yang gua maksudkan... Hahaha...

So kepada kawan gua yang bertanya soklan tue... Sure dah baca artikel nih... Agak-agaknyer aderkah boleh menjawab persoalan yang lu bagikan tue? Hahaha

Whoa... Pendek kebendernyer artikel nih.... Hahhaa... Berjela gua tulis... Bateri ader 8% lagie... Hahaha... Kena reserved bateri nih...  8% dah.. Huh lajunya telan bateri....

P/S : Adee orang PAS tuduh PASMA jadi agen PKR dan DAP ... Tapi yang best tue... Yang dok tuduh PASMA agen PKR dan DAP tue la besar kemungkinan aderlah Sleeper Agent UMNO/BN... Biasa la tuduh orang lain untuk cover-up agenda sendiri... Hahaa...

Gua sendiri plak... Hahaha... Gua kureng percaya sama ahli politik seperti mana gua tak hadap pon ngan geng dewa dan dewata raya serta ostad sampul.... Hahaha... Gi mampus la... Hahaha...

PDRM Terpaksa Soalsiasat Syaitan

Bhai/DeeDee semua...

Zulkifli Nordin nih memang bengong... Ader ker patut buat laporan polis berkaitan isu "jual diri kepada syaitan" .... Hmmm... Tak pasai-pasai terpaksa keluarkan waran kepada syaitan untuk hadir sesi soal siasat kat balai polis... Aper daa .... Syaitan sibuk la... Banyak kerja la wei...  Maner ader masa mau pi balai untuk dirakamkan kenyataan.... Tak pasai-pasai syaitan kena pi balai angkat statement.... Aper daaa.... Kalo tak pi nanti ader waran tangkap la plak...

Aiyo..... Gua tau la Zulkifli Nordin nih mamat konpiden 101% .... Lagi hebat kekonpidenannyer berbanding syaitan... Hahaha ... Nih pasai dier bengong ... Sajer jer menyusahkan syaitan.... Aiyo... Kalo Zulkifli Nordin nak kenal ngan syaitan... Boleh tanya dengan Mahathir Mohamed.... Mahathir Mohamed nih tau camana nak kenali syaitan...

Hahaha.... Jual diri kepada syaitan tue berapa kupang? Ader samer macam nilai bayaran deposit jadi calon pilihanraya ka??? Zulkifli Nordin mungkin tahu kot berapa harga yang wajib dibayar tue..... Hahaha... Ker Hakim tue jual diri guna timbang kati ja??? Hahaha


11 March 2015

Dalang Tok Dalang

Bhai/DeeDee semua...

Ader sorang rakan gua (ahli akademik) dok tanya gua tentang aper yang berlaku dalam percaturan politik negara.... Jadi ini gua nak hidangkan kepada lu orang sumer aper sebenarnya yang berlaku dalam Malaysia selama lebih 50 tahun nih... Sesuatu yang mungkin lu orang tahu dan mungkin jugak lu orang tak tahu... Tapi yang gua pasti... Ramai yang tak sedar benda nih berlaku "right in front of their nose" .... Hahaha

Ini semuanya berkaitan dengan pertembungan .... Pertembungan ideologi... Pertembungan strategi dan taktik.... Dan jugak berkaitan dengan pengekangan... Gua nak citer secara indirect .... Sebermula dari awal tahun 1960 .... Just right after merdeka.... But just before pembentukan Malaysia... Cerita-cerita dibelakang tabir...

Ancaman utama negara pada awal 1960 yang rakyat Malaysia tidak tahu aderlah bukannyer datang dari Komunisma, Fasisma, atau sebagainyer... Tapi datang dari negara Kolonial ... Britain.... Sebelum Britain mengundurkan diri dari Malaya ... Britain telah meletakkan ramai agen mereka termasuklah sleeper dalam pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu....  Tujuannya cukup mudah ... Untuk mengekalkan Persekutuan Tanah Melayu ini kekal mengikut corak dan agenda Britain... Cukup ramai anggota MI6/MI5 serta Special Branch yang ditanamkan dalam organisasi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu... Malah sehingga kehari ini agen ini masih tidak dapat dikesan dan dibenteras sepenuhnya oleh beberapa agensi keselamatan dalam negara... Agen ini biasanya akan berada selangkah dihadapan hanya kerana mereka mempunyai akses tertinggi dalam hirarki pentadbiran Kerajaan Malaysia...

Pada masa Komunisma kuat di Malaya, agen MI6/MI5 serta Special Branch British ini juga ader menyusup didalam Partai Komunis Malaya dengan tujuan mengkucar-kacirkan serta melaga-lagakan anggota PKM... Malah terdapat beberapa kes agen ini telah berjaya memperlihatkan bahawa PKM aderlah kejam, khianat dan ancaman berat.. dengan mereka memintas arahan pucuk pimpinan PKM lalu mengubahnya menjadi satu bentuk yang lebih sadis... Ini tujuan mereka... Untuk membuatkan rakyat benci kepada PKM.. Mereka berhasil melakukannya dengan berjaya malah sehingga ke hari ini rakyat Malaysia cukup bencikan PKM...

Dalam pada itu agen ini juga membuat beberapa tindakan bagi mengekalkan Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara sekular dalam komteks Asia... Ianya dibuat dengan cara agak mudah iaitu mempengaruhi para Sultan dan Raja agar kekal meneruskan aper yang telah dibentuk oleh penjajah tetapi dicorakkan dengan sisi keMelayuan... Ianya dipermudahkan kerana sikap orang Melayu selaku pendominan dalam negara amat taksub dan hormatkan para Sultan dan Raja-Raja Melayu... Even para alim ulama pun amat menghormati dan menyanjungi titah perintah para Sultan dan Raja-Raja Melayu...

Jadi.... Fast forward kepada tahun 1985/1986 .... Biler mana kedudukan UMNO agak goyah dari segi agama... Agen ini berjaya membentuk/melakarkan plan untuk memperlihatkan bahawa Parti Islam SeMalaya menjadi semakin radikal dan agresif... 

Oops... Lupa gua nak story... Pada awal tahun 70'an ... Ujud satu agensi yang dibangunkan untuk mengekalkan status quo Malaysia dari segi keselamatan dan ekonomi... Dan agensi ini pula tidak dibentuk dibawah kuasa-kuasa eksekutif seperti mana penubuhan Bahagian Hal Ehwal Khas (kini dikenali dengan nama JASA) akan tetapi ianya dibentuk berasingan... Dan agensi ini sebenarnya ditubuhkan  khas untuk mengenalpasti/menganalisis/mengkaji/bertindak untuk memastikan semua agensi lain yang ada dalam negara tidak diresapi oleh agen negara luar mahupun pihak-pihak yang berkepentingan didalam negara ini... 

So... Semenjak 1970 lagi... Memang telah dikesan kemasukan agen-agen / sleeper dari Kerajaan Malaysia kedalam semua partai politik dalam negara ... Malah bukan hanya parti politik... Tetapi hampir semua organisasi bukan kerajaan pun ader agen / sleeper ini... Dan mereka ini bukanlah berrtujuan untuk mengekalkan keseimbangan tetapi sebenarnya menjadikan duri dalam daging untuk memastikan bahawa Kerajaan Malaysia yang diserapi dengan agenda Britain (kapitalis) tidak terjejas sama sekali.. Mereka inilah juga yang selalu melaga-lagakan mana-mana partai / organisasi / institusi agama dan sebagainya demi untuk tidak menjadikan tergugatnya Kerajaan Malaysia yang kekal patuh kepada acuan dan bentuk yang telah ditentukan oleh penjajah...

Lu orang sumer jangan terkejut kalu gua bagitau lu orang bahawa selama lebih 40 tahun permainan dalang ini telah dan sedang dibuat demi untuk kepentingan pihak tertentu yang menjadikan rakyat Malaysia sebagai mangsa. Mahathir Mohamed juga dikenalpasti diresapi oleh pengaruh agen-agen ini... Malah gua tidak terkejut kalu mendapat maklumat bahawa Nik Aziz juga sama pernah diresapi oleh agenda agen-agen ini....

Maklumat yang gua ader... Semua pimpinan utama yang ader dalam Malaysia kala ini memang sudah diresapi oleh agen-agen ini yang bertindak talam banyak muka... Even Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Karpal Singh, Lim Kit Siang malah Lim Guan Eng pon jugak diresapi oleh agenda kumpulan ini... Dan selagi mana kiter tak dapat membersihkan pengaruh dalamg-dalang ini... maka selagi itulah Malaysia kekal sebegini... Dan silap-silap Sabah dan Sarawak pun akan keluar dari Persekutuan Malaysia.....

Jadi... Kesimpulannyer... Kita semua kena main dan mengikut rentak dan corak yang telah ditentukan dalam "grand masterplan" yang telah ujud sejak sebelum tanah tercinta ini mendapat kemerdekaan....

Oh yer.... Jangan lupa... Tindakan menjatuhkan kekuatan ekonomi Malaysia bukanlah agenda pihak luar... Ini semua tangan-tangan dalam negara... Yang dikepalai oleh dua "ekor" makhluk yang mahu mengekalkan status quo mereka... Permainan mereka ini bukan setakat RM40 bilion... Tapi dikesan lebih dari 10 kali ganda .... Malaysia kini sedang dilelong kepada pembida terbaek... Yang mampu membida lebih dari ratusan billion..

Hahaha... Ader paham ka? Tadak paham kalu... nasib la labu... Hahaha

10 March 2015

Percaturan Terbaek Pemilihan Muktamar PAS Nanti

Bhai/DeeDee semua...

5 jawatan utama nih gua nak lu orang setuju dan tolong undikan supaya jadik... Yeah... gua sudah start berkempen untuk Muktamar PAS 2015 nih....

Jawatan Utama : Presiden PAS
- Abdul Hadi Awang

Jawatan Utama : Timbalan Presiden PAS
- Nik Amar

Jawatan Utama : Mursyidul Am PAS
- Abdul Hadi Awang

Jawatan Utama : Timbalan Mursyidul Am PAS
- Zaharudin Muhammad

Jawatan Utama : Ketua Pemuda PAS
- Abdul Khalil Hadi

Harap lu orang setuju la.....  Nik Abduh plak lu orang jangan lupa calonkan untuk jadi Timbalan Ketua Pemuda PAS ka... dan jugak ahli MSU ... Okeh..

Sistem Potongan Gaji Angkasa (SPGA) Dikenakan GST

Bhai/DeeDee semua...

1 April 2015 hanya tinggal beberapa hari jer... Tapi takder kata putus aper-aper mengenai Sistem Potongan Gaji Angkasa (SPGA) yang boleh mengelakkan ianya dari dikenakan GST... Setakat hari nih... Semua kakitangan awam yang membuat pemotongan gaji menggunakan ANGKASA akan dikenakan Cukai GST 6%....

Setiap bulan plak kena caj 6% tue.... Masak la peminjam yang menggunakan Sistem Potongan Gaji Angkasa (SPGA) ... Kesian la kena ketuk berkali-kali .... Penangan GST ... Makin kering la poket kakitangan awam lepas nih.... Kesian.... Lu orang jangan lupa... Biler lu orang gunakan Bank untuk urusan Tabung Haji dan Amanah Saham ... Lu orang akan dikenakan GST...

Dan paling best tue... Urusan kat Tabung Haji sendiri pon kena GST.... Hahaha




Kerajaan Malaysia Terlibat Merompak?

Bhai/DeeDee semua...

Bukan kecik anak rompakan yang cuba dibuat oleh Kerajaan Malaysia (Persekutuan) terhadap Negeri Selangor....  26 ribu kilometer persegi... Pergh.. Saiz sebesar itu aderlah 36 kali lebih besar dari Pulau Singapura ... Giler aper aaa cuba merompak disiang hari guna dokumen.... Giler aaa... Memang giler...

Satu masa dulu dah rompak dua wilayan Selangor... Kuala Lumpur dan Prang Besar .... La nih guna perjanjian penstrukturan air plak untuk menjustifikasikan rompakan bersaiz mega.... Aik.. Pelik gak biler Sultan Selangor tak tau perkara nih... Dulu bapak dier marah betul pasai kena dajai dek Khir Toyo pasai tanah di Prang Besar yang dirembat jadi Putrajaya... La nih anak dier boleh plak buat senyap....

Ader masyuk ka??? Jangan mare aaa... Just tanya ja....



Aper pon... Keluasan tanah darat di Singapura cuma 714.3 km persegi ja..... Itu pon dah rasa cukup besar... La nih yang bakal ilang di Selangor aderlah 26000 km persegi... Macam gampang ja... Ini dah jadik macam peribahasa Melayu lama... Dibagi betis nak peha la pulak.... Atau ... Macam Belanda mintak tanah....

Nasib baik la Azmin Ali sempat pintas benda nih... Kalu tidak... Abis laaaa...

Farid Kamil Dayus?

Bhai/DeeDee semua...

Rasanyer Diana Danielle nih bini kepada Farid Kamil... So takkan la dier dapat keizinan dari Farid Kamil untuk bergambar tidak senonoh dalam penerbitan media yang diberikan permit oleh Kerajaan Malaysia yang mana JAKIM pun macam tak kisah jer pada penerbitan nih...

Aderkah Diana Danielle masih lagi isteri kepada Farid Kamil? Jika beliau masih bersuamikan Farid Kamil.. Takkan la Farid Kamil dayus benar sehinggakan tidak menegah perbuatan Diana Danielle? Atau aderkah mereka sudah tidak bersama lagi? Aper pulak kata mak bapak Diana Danielle?

Sori aaa.. Gua tak minat artis-artis nih... Cuma sekadar nak tanya la... Aderkah Farid Kamil dayus?

P/S : sori aaa takder gambar mender kat blog nih... gua retain gua punya stand bab nih... Jangan mare aaa..

08 March 2015

Hadith Palsu

Bhai/DeeDee semua...

Sebenarnya ujud sesebuah hadith palsu aderlah akibat daripada keinginan sesetengah pihak yang mahu memperlihatkan efek-efek magikal dan gempak serta hebat keatas para Nabi dan Rasul... Walaupun pada asasnyer tindakan diorang nih nampak bagoosh... Tapi ianya tidak sepatutnya diperbuat... Benda nih akan menyebabkan terlalu banyak efek mistik dan gempak terbeban pada Nabi dan Rasul...  Inilah yang berlaku dalam agama Nasrani dan Yahudi bilermaner Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul telah digempakkan dengan imej mistikal yang tidak masuk akal dan jauh dari perkara sebenar...

Semua ini dibuat oleh golongan-golongan yang direspek (alim ulama) oleh orang awam yang ilmu dan pengetahuan agama mereka tidaklah tinggi maner.. Orang awam nih pakat percaya bulat-bulat aper yang golongan alim ulama nih bagitau... Walaupun dalam banyak keadaan terlalu mistikal...

Sebagai contoh.. Biler ader alim ulama yang mengatakan bahawa Muhammad Rasulullah lahir-lahir ja terus menyebut Alhamdulillah... Gua terus rasa pelik.. Walaupun gua tau ramai yang percaya.. Tapi gua susah nak percaya... Pasai takder sirahnyer dari mulut bidan yang menyambut kelahiran Muhammad Rasulullah... Dan setahu gua.., hanya Isa Alaihissalam sahaja Rasul dan Nabi yang Allah berikan kemampuan berbicara ketika baru dilahirkan... Dan perkara ini ader diterangkan dalam Al Quran...

Jadi gua percaya... Orang yang bawak citer kononnya Muhammad Rasulullah menyebut Alhamdulillah semasa dilahirkan sebenarnya sengaja berbuat demikian untuk memperlihatkan Muhammad Rasulullah tue setara dengan Isa Alaihissalam ... Supaya orang Yahudi dan Nasrani akan amik pot serta gempak dan beriman dengan memperakui Muhammad Rasulullah ... Walhalnyee orang itu mungkin terlupa bahawa Muhammad diangkat maenjadi Rasul Allah hanya pada umur 40 tahun... Jadi citer dier tue sebenarnya tak realistik sama sekali...

So kesimpulannyer... Banyak benda-benda mengarut selama nih bukannyer datang dari golongan yang tak tau agama dan jahil dalam ilmu agama.... Tapi selalunya orang yang lagi banyak knkwledge dalam ilmu agama lah yang akhirnya menyesatkan orang lain... Kiter amik contoh dua orang ustaz dan ustazah dari Mesir yang hebat dalam bidang agama yang akhirnya menjadi pengikut taksub dan kuat kepada Ayah Pin... Malah diorang laki bini telah mencabar Majlis Agama Islam untuk menguzinkan diorang jadi murtad.... Kes ini antara kes paling relevan yang menunjukkan bagaimana lagi tinggi ilmu agama silap-silap boleh jadi lagi mengarut dan sesat..

Sebenarnya panjang lagi gua nak tulis.. Tapi bateri dah ciput nih... Jadi ini kesimpulan gua... Janganlah lu ingat aper sajer yang diucapkan oleh golongan alim ulamak nih betul belaka.... Dan takder sesat lagi menyesatkan.... Jangan bhai terima bulat-bulat tanpa lu semak balik mengikut hukum ilmu ... Kalu hadith plak... Pastikan sanad dan perawinya reliable... jangan main terima borong ja.. Takut nanti kalu alim ulama tue buat fitnah ker mender ker... Lu angguk dan terima ja... Jangan wei... Bahaya... Semak dulu... Sebab Azazil dulu pon ilmu tinggi gak... Pon boleh jadi sesat dan kufur...

So... Harap lu orang paham aper yang gua maksudkan.... 

Kesimpulannyer .... Rajin-rajinlah ader semangat kritis biler behadapan dengan ilmu... Jangan main angguk ja... Sebab setiap displin ilmu dalam Islam ader hujjah dan asbab yang boleh disemak... Sebagai contoh... Dalam bab faraid.. Kenapa Allah tebtukan bahagian hak isteri cuma 1:4 atau 1:8 sahaja daripada harta peninggalan suami...  Ader sebab yang boleh dikaji dan diperhujahkan... Islam bukan Ugama yang main angguk jer terima bulat-bulat...

Ader paham ka???

MH370 : Kejutan Demi Kejutan

Bhai/DeeDee semua...

Aper lagi yang masih dirahsiakan dari pengetahuan umum mengenai MH370.... Satu semi satu kejutan kini terdedah.... Kini bateri pinger yang telah tamat tempoh lebih setahun pula diketahui umum.... Biler agaknyer kejutan lain mengenai siapa yang menggodam akses akaun Kapten Zaharie di MAS akan didedah.... Atau mungkin ianya bakal disenyapkan sampai biler-biler...


07 March 2015

Berapa Bayaran Wang Tebusan?

Bhai/DeeDee semua...

Tadi ader jumpa satu member lama... Dier tanya gua pasai isu Lans Koperal Zakia Aleip punya kes.... Gua mana la tau aper stori dier... Gua sendiri pon tertanya-tanya...  Macam mana boleh bebas... Aper deal yang dah dibuat... Kalu ader bayaran untuk bebaskan tebusan... Berapa agaknya nilai yang ader... 

Takkan free ja kot... Atau ader pertukaran orang sebagai ganti... Sori gua tatau... Tapi kalu ikut SOP Standard para penculik.... Biasanya maner ader yang free... Pastinya kalu tak banyak bayaran nyer... Mungkin skit kot... Tapi tetap la ader...

Aper pon yang penting nyawa anggota sudah selamat... Yang lain tue kiter boleh uruskan kemudian....

Tahniah dan selamat pulang...


Mahathir Mohamed Disahkan Tidak Siuman

Kah Kah Kah.

Abdul Rahman Dahalan telah mengklasifikasikan Mahathir Mohamed sebagai seorang yang tidak siuman. Ini bukan fitnah. Ianya perkara nyata. Hanya kerana mempertahankan 1MDB, Abdul Rahman Dahalan sebagai seorang Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengatakan bahawa sesiapa yang mengkritik 1MDB sebagai tidak siuman (gila).

Kah Kah Kah.

Rupanya Mahathir Mohamed memang seorang yang tidak siuman iaitu gila. Bekas Perdana Menteri Malaysia adalah seorang yang gila. Kasihan.




Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu

MH370 : Penerbangan Yang Tidak Pernah Sampai Ke Destinasi.

Bhai/DeeDee semua...

Lagi dua puluh enam jam dari tarikh dan masa artikel ini ditulis.... Pesawat malang MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 akan menyambut ulangtahun pertama kehilangannya... Dan sepertimana semua orang tahu, pesawat ini tidak pernah melintasi ruang udara Negara China... Dan seperti mana semua orang tahu, tiada serpihan atau bukti bahawa pesawat ini telah terhempas....  Aper yang kita semua tahu, kata-kata terakhir juruterbang MH370 aderlah seperti yang diceritakan dalam media oleh pihak DCA dan MAS...

Persoalan yang masih tidak terjawab aderlah...

1. Kargo manggis yang dikatakan dibawak seberat 4 tan sedangkan musim manggis belum bermula dimana-mana lokasi di Malaysia..
2. Kargo bateri lithium seberat 200kg yang katernyer diekspot ke China sedangkan China aderlah pengeluar utama bateri lithium
3. Akses akaun Kapten Zahari di MAS yang telah digodam 10 hari sebelum pesawat MH370 terbang dan hilang... Siapa yang godam dan kenapa kena godam?

Mengikut maklumat sedia ader yang gua tahu... Pesawat MH370 sebenarnya tidak pernah melintas Banjaran Titiwangsa sama sekali untuk pergi ke arah barat selepas pesawat tersebut melintas ruang udara Negeri Terengganu kearah Vietnam dan berjarak 120km dari Pelabuhan Tok Bali... Selain dari pesawat tersebut cuma baru sahaja masuk ke ruang udara antarabangsa yang bersempadan dengan ruang udara Vietnam...

Dan... Yang paling menarik... Pesawat itu kalu pon ingin mengelakkan radar active dan passive milik TUDM, maka MH370 perlulah terbang dibawah 10 kaki dari paras laut... Sebab kalu nak elak dari radar awam milik DCA, MH370 cuma perlu terbang pada paras bawah 500 kaki dari paras laut... Dan ini aderlah mustahil... Kerana ianya akan membakar lebih banyak bahan bakar penerbangan (Jet A1) dan akan menyebabkan bunyi bising terlalu kuat dan enjin akan kelihatan terbakar dengan marak kerana pembakaran engin yang agak maksima.... Walaupun transponder dipadamkan... Radar active dan passive milik TUDM (groud based) masih tetap dapat melihat sesebuah pesawat dan halatuju walaupun tanpa pengenalan diri...

Menarik sekali ialah pesawat 777-200 tersebut mempunyai kemudahan ILS/MLS  bersekali dengan sistem Fly-By-Wire yang membolehkan pesawat itu dikawal secara remote atau mendarat secara otomatik tanpa kawalan juruterbang pada mana-mana landasan yang mempunyai kemudahan ILS/MLS yang panjang landasan yang sejauh 1000 meter keatas.... Dan satu-satunyer kemudahan landasan yang paling berhampiran berkemudahan ILS/MLS dan IFR/VFR serta mempunyai landasan yang cukup panjang aderlah Pangkalan Udara Gong Kedak milik TUDM... So... Banyak persoalan yang tidak terjawab oleh banyak pihak... 

Aper pon.. Yang pasti blog ini hanya satu-satunya yang memaparkan fakta dan sisi lain yang tiada mana-mana pihak lain pernah atau berani mendedahkannya... Sila baca keseluruhan artikel yang pernah dipaparkan disini berkaitan MH370... Dan gua berani mempertahankan fakta yang blog ini publishkan selama ini atas dasar pesawat ini tidak pernah meninggalkan ruang udara Malaysia sama sekali dalam tempoh 4 jam selepas ianya dikenalpasti hilang pengesanan transponder ADS-B.

Jadi... Sempena ulang tahun pertama kehilangan MH370, kita mahukan penjelasan tuntas dari TUDM kenapa tiada pesawat TUDM yang membuat SnR serta pemintasan dalam tempoh sejam selepas MH370 dikenalpasti hilang dari pengesanan transponder dan kenapa MAS dan DCA tidak memaklumkan kepada TUDM dalam tempoh 15 minit selepas MH370 hilang... Walhalnyer radar TUDM (radar active dan passive) boleh mengesan mana-mana peswat yang terbang 10 kaki keatas dari paras laut...

Dan kenapa kononnya pengesanan MH370 hanya dapat dikesan oleh Butterworth sedangkan tiada berita dari TUDM yang mengatakan Gong Kedak dan Kuantan dapat mengesan pesawat itu walaupun jarak Gong Kedak dan Kuantan aderlah lebih dekat dengan lokasi kehilangan MH370... Itupon cerita pengesanan tersebut tue hanya muncul beberapa hari selepas isu ini dibangkitkan termasuklah oleh blog ini..... Hehehe...

Aper pon... Kiter doakan yang terbaek untuk penumpang MH370 serta kakitangan pesawat tersebut serta ahli keluarga mangsa... 

Innalillahiwainnailaihiraajiuun.... Dari Allah kita datang dan kepadaNYA lah kita akan kembali....

P/S : Dan gua memang tak layan citer-citer mengarut Sharifah Sofea mengenai MH370



05 March 2015

Kenapa Kurang Ajar Sangat?

Bhai/DeeDee semua...

Itu hari Saiful Anang kena ugut nak kena pukul dan belasah. La nih Dr Zul pulak kena pukul dan belasah. Err... Takkan la samseng yang sama ugut Saiful Anang yang pulak pukul Dr Zul... Huh.. Takkan la pencinta para Ulama yang buat kerja macam nih... Takkan la kot...

Aper komen Hadi Awang, Haron Din, Mustapha Ali dan lain-lain.... Takkan takder komen kot... Takkan la Majlis Syura Ulama takmo nak komen kot.. Hahaha.... Lepas nih saper plak nak kena belasah??? Oh yer... Dulu Blogger AdukaTaruna pon kena belasah kat kawasan perkarangan Masjid Rusila.... Siap kena ugut lagi... Gua plak siap kena tarik baju lagi.... Hahaha... Err.. Bukan orang UMNO yang buat kerja nih masa tue tau...  Siap rampas tepon lagie... Hahaha... Ader video dier kat Youtube.. Cari la... Hahaha

Aper daa... Takkan kot nak tunggu ader yang kena pecah kapla baru MSU dan Hadi Awang nak bagi komen dan arahkan amik tindakan tatatertib sebagainya...


04 March 2015

Cuba Teka Ini Gambar Siapa?

Bhai/DeeDee semua...

Cuba teka ini gambar siapa.... Siapa yang dapat meneka dengan tepat akan mendapat hadiah utama....  jeng... jeng... jeng...



Hadiah utama akan gua bagitau biler ader yang dapat meneka dengan tepat siapa pemilik muka nih.... Hahaha... Tengok betul-betul..... hahaha ...

Dulu gua ader publish beberapa set gambar gak... boleh semak kat sini dan kat sini gambar tue

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1