Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

30 August 2024

Pemaikaian Samping, Bengkung, Kain Selempang, Baju Layang dan Pontoh Dalam Budaya Kepahlawanan Melayu

Bhai/DeeDee semua...

Apakah signifikan pembuatan dan pemakaian samping, bengkung, kain selempang dan baju layang (jaket tanpa lengan) yang diperbuat dari songket bertenun benang emas dan perak?

Kenapa hulubalang Melayu dipersembahkan sepersalinan songket ini?

Kenapa kain songket itu bertenunkan benang emas dan perak? Adakah semata-mata kerana ianya menampakkan taraf dan kebanggaan? Bagaimana pula signifikannya kain limar dalam pembuatan songket?

Dan satu hal lagi, mengapa agaknya hulubalang Melayu yang memakai pending pada bengkung mereka serta memakai pontoh emas atau perak di lengan atau betis?

Contoh pontoh dipakai oleh DYMM Sultan Perak Raja Nazrin Shah dan Permaisuri dalam gambar dibawah.



Jawapan kepada persoalan ni adalah.

  1. Jalinan benang emas dan benang perak yang disulam pada songket itu bersilang-silang bentuknya... dan pemakaiannya adalah berlapis. Ini boleh disamakan dengan "bullet proof vest" yang mempunyai jalinan serat kevlar. Light weight tapi masih boleh melindung pemakainya dari tetakan dan kelaran. Type I atau Type II punya "bullet proof vest" kalu compare zaman sekarang punya la.

  2. Bengkung yang lebarnya lebih sejengkal akan dililitkan pada sekitar abdomen dan ini memberikan perlindungan pada bahagian abdomen. Tambahan perlindungan pula datangnya dari pending emas atau perak.

  3. Kain selempang yang dipasang sama ada di bahagian kiri atau kanan atau kedua-dua bahu adalah digunakan sebagai lapisan perisai menghalang tetakan. Penggunaan kain limar dalam pembuatan songket adalah kerana kain ini biasanya telah disapu herba / ubat yang mampu mengurangkan bisa dan menghentikan pendarahan.

  4. Baju Layang (jaket tanpa lengan) pula adalah digunakan sebagai perlindungan "outer layer" dari tetakan dan kelaran.

  5. Pontoh emas atau perak di bahagian bahu atau betis digunakan untuk menyekat (menghentikan sementara) pengaliran darah jika berlaku kecederaan pada betis dan lengan.

  6. Dipercayai bahawa teknologi fiber (serat) yang terkini boleh diimplementasikan pada tenunan songket yang boleh menyebabkan ianya boleh dijadikan semacam "bullet proof vest" yang ringan tapi boleh menahan impak sehingga skala Type III.

Sekian.

19 October 2023

Syaitan Paling Besar

Bhai/DeeDee semua...

Takder apa yang gua nak katakan melainkan US la sebenarnya "Syaitan Paling Besar" .... Dajjal yang paling Dajjal...

Kalu tak nampak lagi tatau la... Memang tak paham bahasa... huhuhu

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Bencana Kemanusiaan Di Gaza


15 July 2023

Cerita Kelapa

Bhai/DeeDee semua...

Kelapa ... yer Kelapa.... apalah sangat dengan kelapa... Banyak orang berpandangan begitu.. Tapi mereka lupa bahawa Kepada itu adalah pohon 1000 kegunaan... Dari daunnya, dari pelepahnya, dari lidinya, dari isinya, dari airnya, dari sabutnya, dari batangnya ... cukup banyak kegunaan...

Fiber yang datangnya dari sabut kelapa boleh buat banyak benda... sebagai campuran dalam pembuatan jalanraya sampailah kepada pembuatan jaket kalis peluru...

Tapi itulah... Kerajaan (tak kira mana satu pun) tetap memandang sepi industri kelapa nih... Walhalnya boleh saja digembeling untuk menjana pendapatan negara... Pokok kelapa jarang sakit.... kurang makhluk perosak...  buah kelapa mumbang pon boleh menjadi pendapatan dari sabutnya.... Huhuhu..

Payah...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Kelapa / Nyiur


29 November 2022

Yang Patut Didahulukan, Kita Dahulukan

Bhai/DeeDee semua...

Sebermulanya pemerintahan Kerajaan Perpaduan (Unity Government) nih... satu ja yang gua nak usulkan... Buatlah semua yang patut didahulukan, kita dahulukan...

Perkara utama yang paling mendesak adalah meningkatkan kedudukan kewangan rakyat, memulihkan ekonomi dan mengurangkan kos sara hidup rakyat... Ini yang utama dan berkait...

Settle kan benda nih dahulu... pastu baru settle kan benda lain.. perkara lain...

Bab nak korek kisah lama la... kes perundangan lama la... ketirisan lama la... semua itu bukan keutamaan sekarang nih... kasi baikkan perkara utama dulu... yang lainnya akan datang kemudian ikut masanya sendiri... biarkan bab perundangan berjalan dengan sendiri...

Kalu rakyat punya ekonomi dah okeh... hidup dah senang sikit... kewangan dah stabil... masa tu nak kejar penyangak dan penyakau semua tue boleh ja dengan jayanya... takder sapa akan jadikan isu...

Bab pendidikan... pastikan ianya mampu milik... PTPTN jangan menekan... bagi ruang untuk pelajar mencari pekerjaan... bawak la masuk pelaburan terlebih dahulu ... dan buka serta beri peluang lebih banyak pekerjaan untuk rakyat sendiri.... kurangkan sikit pengambilan pekerja asing...

Gemblengkan K-Economy.... manfaatkan Multimedia Super Corridor (MSC), Cyberjaya dan segalanya ke tahap optimum...  Sediakan infrastruktur Internet yang mantap dan murah bagi memudahlan IR 4.0 ... kawalselia dengan lebih baik pada harga dan perkhidmatan yang disediakan oleh semua Telco... Kalu tak pandai bab itu.. jemput dan angkat Dr Mohamed Awang Lah sebagai penasihat Kerajaan Malaysia bab teknologi nih... Dia masih ader banyak pengaruh dan idea.....

Benarkan Independent Power Producer (IPP) membekalkan perkhidmatan utiliti tenaga secara alternatif kepada kawasan MSC dan Cyberjaya... Sekurang-kurangnya ada 1 IPP yang boleh membekalkan tenaga elektrik disana disamping perkhidmatan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya Malaysia boleh bangunkan Tier IV atau Tier V punya Computer DataCenter untuk support Cloud dan Grid Computing dengan lebih baik.

Dapat setelkan benda nih... sure kita lebih kehadapan dari Singapura... Oh yer... pastikan dasar Cabotage untuk kapal pembaik kabel dasar laut di permudahkan... Itu yang paling penting...

Sekian.



08 November 2022

Duit Bukan Penyelesaian Sistem Pendidikan Negara

Bhai/DeeDee semua...

Betul apa yang Syed Saddiq nih cakap... Duit bukan penyelesaian kepada sistem pendidikan negara... Memanglah kita tahu nak buat semua benda kena ader duit... tapi kalu takder dasar dan polisi yang betul ... duit tue semua akan tiris tak tentu hala dan tujuan...

Contoh...

Dulu ada usaha membangunkan makmal komputer di sekolah... tapi makmal yang ada itu cuma sekadar ader sepuluh (10) atau dua puluh (20) desktop komputer sahaja.... sedangkan satu kelas biasa ader sampai 40 orang murid... Masa diperuntukkan untuk sesi kelas komputer aderlah 45 minit...  apa agaknya yang dapat dimanfaatkan oleh murid dalam masa 45 minit tue.... nak onkan komputer pon ambil masa... dan dua orang murid berkongsi satu komputer...

Bayangkan...

Lepas tue... makmal komputer yang ada pulak tidak diperuntukkan pembantu makmal dan juga juruteknik komputer.... Semuanya dibebankan kepada Cikgu... kepada Guru yang mengajar... bagaimana Guru nak mengajar dan pada masa yang sama ada masalah teknikal pada komputer murid... macam mana nak selesaikan pengajaran dalam masa 45 minit.. Gila

Bila tiada pembantu makmal komputer dan juruteknik komputer disekolah... biasanya akan cepat jahanam (rosak) desktop komputer di makmal... sama jer.. barang elektronik... kena dijaga betul-betul barulah okay... disket rosak.. cdrom rosak.. dvdrom rosak... psu rosak...motherboard rosak... macam-macam rosak...

Lepas itu ada pulak program kerajaan yang membekalkan komputer sub-kualiti kepada murid-murid atas konsep 1 murid 1 e-book .... jahanam jugak sebab tiada maintenance berkala dan standard... katanya nak dibekalkan buku elektronik... dalam sistem software tapi... takder maintenance juga...

Semua pembaziran nih boleh diselesaikan dengan mudah dan murah sebenarnya.. Beza nak buat atau tidak jer...

Dengan RM500 seunit... kita boleh bekalkan pelajar dengan Peralatan e-Paper macam Kindle dan sebagainya... ianya ringan... lasak dan baterinya tahan lama... dan ianya boleh menggantikan buku teks dan buku rujukan...

Semua itu boleh dimanfaatkan... tapi dengan syarat.. sekolah kena ader talian internet berkelajuan tinggi la... kalu tidak buat naya jer... Sebenarnya panjang lagi nak tulis... tapi gua tahu ramai orang malas membaca... Hahaha

Kata-kata yang benar


03 November 2022

Isu Kasut Sekolah Velcro

Bhai/DeeDee

5 Tahun dulu gua pernah berdebat panjang dalam satu mesyuarat PIBG di sebuah Sekolah Menengah berkenaan isu pelajar hanya dibenarkan memakai kasut sekolah bertali sahaja dan bukannya kasut sekolah bervelcro.

Ramai pulak ibu bapa dan guru yang dok kecam gua pasai itu nih.. sebab gua mempertahankan hak seorang pelajar memakai kasut sekolah bervelcro...

Biler gua tanya alasan kenapa perlu paksa budak pakai kasut bertali... depa bagi alasan disiplin.. kononnya ianya melatih budak sekolah berdisiplin... Giler aaa alasan tue.. macam bangang ja..

Gua cakap... teknologi moden menyebabkan penggunaan Velcro untuk banyak benda... penciptaan Velcro pon asalnya digunakan untuk menyelesaikan masalah butang.. dan akhirnya NASA gunakan Velcro dengan meluasnya di angkasa lepas terutamanya bagi baju angkasawan..

Tapi teknologi dah moden... tapi kita dok masih stuck lagi nak guna tali dan sebagainya... Aper ke bodohnya... Kalu tak boleh nak pakai Velcro untuk kasut sekolah... mintak la Kerajaan Malaysia haram kan penjualan dan pengimportan kasuk sekolah berVelcro tue.. Ini tak pulak... 

Tetiba kat sekolah tak boleh pakai.... walhal time lain boleh ja pakai kasut bervelcro..

Senyap depa masa tue walaupun gua dengar ramai yang tak puas hati... Mengomel dibelakang... cakap depan-depan tabrani... hahaha... Last-last setelah gedebak gedebuk... boleh pulak pakai kasut ber Velcro... hahaha

Bangang betul tak ikut perkembangan teknologi... 

Nih ader balik spesis bangang macam nih... bukan setakat kasut ber velcro yang dijadikan hal ... tapi pasai adat keagamaan orang lain pon nak dijadikan bahan... Adoilah... ader masalah otak kot puak-puak nih... payah...


29 October 2022

Rasuah Pilihanraya Menggunakan Matawang Kripto?

Bhai/DeeDee semua...

Pilihan Raya Umum Ke-15 di Malaysia pada 19 November 2022 akan menyaksikan penggunaan mata wang digital dan mata wang kripto akan digunakan secara meluas sebagai medium untuk merasuah pengundi.

Ia berkemungkinan dilaksanakan secara sembunyi-sembunyi atau pun secara terbuka. Setakat ini diketahui ada pihak yang cuba mendapatkan undi dengan menggunakan kaedah ini.

Penggunaan mata wang digital atau mata wang kripto dilihat dapat mengelak pengesanan dan pengesanan pertukaran wang antara pemberi rasuah dan penerima rasuah.

Malah rasuah yang besar boleh diberikan kepada penerima tanpa melibatkan bank dan institusi kewangan.

Secara tidak langsung PRU15 kali ini akan menjadi medan teknologi sama ada dari segi kempen mahupun dari segi rasuah.

Pihak bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, SPRM dan PDRM diharap lebih proaktif dalam menangani kesan penggunaan teknologi telefon pintar, komputer, media sosial, blockchain dan Internet.



22 October 2022

Pertimbangan Sebelum Anda Membeli Panel Solar Mudah Alih

Bhai/DeeDee semua...

Bekerja dari sofa ruang tamu anda mungkin lebih menyeronokkan daripada bilik yang kecil, tetapi kedua-dua keadaan boleh membuatkan anda berasa terikat pada soket kuasa. Nasib baik, ada cara mudah untuk memotong kord itu dan mengalihkan ruang kerja anda ke luar—tanpa perlu risau tentang mengecas pek bateri lebih awal.

Panel solar mudah alih semakin popular apabila orang ramai mencari cara yang mudah dan mampan untuk memperkemaskan peranti mereka semasa berada di luar grid. Sama ada anda seorang backpacker tegar yang menuju jauh ke dalam hutan belantara atau berjemur yang berharap dapat menyelesaikan beberapa kerja di taman tempatan anda, terdapat panel solar peribadi di luar sana yang sesuai dengan keperluan anda.



Mengapa membeli panel solar mudah alih?

Apabila anda memikirkan panel solar, anda mungkin membayangkan medan luas papak hitam berkilat bersudut ke arah matahari. Versi mudah alih tatasusunan pegun tersebut menggunakan teknologi penangkapan tenaga yang sama, hanya digabungkan dalam reka bentuk yang ringan dan padat. Ini menjadikan ia sesuai untuk pelbagai kegunaan, daripada menghidupkan kenderaan rekreasi hingga mengecas peralatan elektronik anda semasa dalam perjalanan.

Panel solar mudah alih juga merupakan cara terbaik untuk membiasakan diri anda dengan tenaga boleh diperbaharui. Walaupun anda mungkin tidak bersedia untuk memasang bumbung suria di rumah anda, mengecas telefon atau komputer riba dengan panel kecil boleh membantu anda mengukur tahap cahaya di kawasan anda dan melihat sejauh mana kuasa suria mungkin dapat memenuhi keperluan anda.

Faktor yang perlu diingat

Walaupun kebanyakan panel solar mudah alih mudah disediakan dan mudah digunakan, sentiasa ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan apabila melabur dalam teknologi baharu. Saya telah mengumpulkan perkara yang saya fikirkan sebagai faktor paling penting untuk difikirkan sebelum anda mula menjana kuasa di luar yang hebat.

Watt

Mulakan dengan memikirkan berapa banyak elektrik yang anda perlukan. Sesetengah panel solar peribadi tersedia dalam beberapa watt yang berbeza—ukuran kuasa elektrik tulen. Sebagai contoh, Briefcase Goal Zero Boulder, panel yang dilipat menjadi segi empat tepat padat dengan pemegang untuk mudah dibawa, tersedia dalam jenis 50-watt, 100-watt dan 200-watt. Reka bentuk dengan watt yang lebih tinggi adalah lebih besar dan lebih mahal, jadi panel terbaik untuk anda bergantung pada jenis elektronik yang anda harapkan untuk kuasa. Pastikan anda membaca panduan tentang cara mengecas peranti dengan betul sebelum menggunakannya.

Panel watt yang lebih rendah tidak akan terbukti sia-sia dalam misi anda untuk menyimpang dari sumber tenaga tradisional, tetapi ia mungkin mengecas peranti anda dengan lebih perlahan daripada biasa. Untuk hasil terbaik, lihat spesifikasi peranti anda dan tentukan berapa banyak kuasa yang dibenarkan oleh kabel pengecasan mereka. Ini boleh membantu menghalang anda daripada membeli panel dengan watt yang melebihi had peranti anda.

Pilihan storan kuasa

Banyak panel mudah alih disertakan dengan kabel dan bateri yang diperlukan yang anda perlukan untuk menyimpan elektrik untuk kemudian. Bank kuasa amat membantu jika anda berharap untuk menggunakan tenaga suria apabila tiada matahari: menerangi tapak perkhemahan pada waktu malam, mengecas telefon anda semasa ribut petir atau memastikan komputer riba anda berjalan pada waktu petang yang mendung adalah contoh yang baik. Jika anda ingin menyimpan bekalan tenaga suria, pertimbangkan untuk membeli kit yang mengandungi bateri, penukar (converter) dan kabel yang diperlukan.

Anda juga boleh melangkau aksesori dan menggunakan kuasa solar anda dengan serta-merta. Banyak panel mudah alih mempunyai port USB yang membolehkan anda mengecas elektronik anda secara langsung. Pilihan yang kecil dan ringan mungkin semua yang anda perlukan untuk memastikan telefon atau komputer riba anda berjalan pada hari yang cerah. Bateri dan kabel di atas juga boleh membantu mengekalkan kos persediaan solar anda rendah.

Mudah alih

Saiz, berat dan reka bentuk panel solar peribadi anda semuanya akan menentukan kemudahalihannya. Jika anda bercadang untuk memandu ke padang yang cerah untuk menyelesaikan beberapa kerja, panel yang lebih berat dan lebih besar mungkin sesuai: anda boleh menyimpannya di dalam kereta anda sehingga anda sampai ke destinasi anda, jadi saiz dan beratnya tidak akan menjadi isu. Sebaliknya, backpacker dan pengembara harus memilih panel yang kecil dan ringan yang tidak akan membebankan perjalanan luar yang panjang. Sebelum anda membeli, pastikan anda menyemak berat dan dimensi panel, serta semua aksesorinya.

Rintangan cuaca

Walaupun kebanyakan panel solar sekurang-kurangnya agak tahan cuaca, tidak semuanya benar-benar kalis air. Perkara terakhir yang anda mahukan ialah merosakkan alat baharu anda dan terperangkap tanpa elektrik semata-mata kerana ia tidak direka bentuk untuk menahan unsur. Bergantung pada intensiti lawatan luar anda dan cuaca di kawasan anda, tentukan tahap ketahanan panel anda sebelum anda membeli.

Harga

Faktor terakhir yang perlu dipertimbangkan ialah jumlah wang yang anda sanggup belanjakan untuk panel solar mudah alih baharu anda. Tidak mungkin panel sekecil itu akan membayar untuk dirinya sendiri melalui tenaga yang dihasilkannya, tetapi kebebasan dan akses ke kawasan luar yang boleh diberikan kepada anda sememangnya berharga.

Harga akan berbeza-beza bergantung pada output kuasa panel anda, komponen storan tenaga dan pukal keseluruhan. Ada kemungkinan untuk mencari pek kuasa kecil dengan komponen solar dalam julat RM100 hingga RM250, tetapi panel yang lebih besar (dan lebih berkuasa) boleh menelan kos sebanyak beberapa ratus ringgit. Tidak kira keperluan anda, terdapat panel di luar sana yang boleh membantu anda keluar dari laluan terpencil.

27 October 2021

Saham Twitter Meningkat Kesan Perubahan Privasi Apple

Harga saham Twitter naik kira-kira 4% dalam dagangan lanjutan pada hari Selasa selepas syarikat itu melaporkan pendapatan suku ketiganya, memenuhi jangkaan penganalisis untuk pendapatan dan pertumbuhan pengguna.


 
Syarikat itu berkata ia mengambil caj bersih berkaitan litigasi sekali sahaja sebanyak $766 juta berkaitan dengan penyelesaian $809.5 juta yang diumumkan syarikat itu pada September kerana didakwa mengelirukan pelabur tentang pertumbuhan pengguna.

Inilah yang dilaporkan Twitter berbanding anggaran Wall Street:

  • Pendapatan: 18 sen sesaham, diselaraskan berbanding 15 sen seperti yang dijangkakan oleh penganalisis yang ditinjau oleh Refinitiv.
  • Hasil: $1.284 bilion berbanding $1.285 bilion seperti yang dijangkakan oleh penganalisis yang ditinjau oleh Refinitiv.
  • Pengguna aktif harian boleh wang (mDAU): 211 juta berbanding 211.9 juta seperti yang dijangkakan oleh penganalisis yang ditinjau oleh StreetAccount.

Kerana penyelesaian undang-undang, Twitter melaporkan kerugian bersih $537 juta, berbanding keuntungan $29 juta setahun lalu.

Hasil meningkat 37% pada suku tersebut berbanding tahun sebelumnya. Twitter berkata impak perubahan privasi iOS Apple adalah kurang daripada jangkaan dalam tempoh itu, dan akan menjadi sederhana pada suku keempat. Snap dan Facebook kedua-duanya memetik ciri privasi iOS 14 baharu Apple sebagai punca utama gangguan perniagaan pada suku terakhir.

Hasil iklan Twitter meningkat lebih daripada 41% kepada $1.14 bilion, dengan jumlah interaksi iklan meningkat 6% daripada tahun sebelumnya.

Twitter memberikan butiran tambahan mengenai penjualan MoPub kepada AppLovin dengan harga $1.05 bilion, yang diumumkan awal bulan ini dan dijangka ditutup pada suku pertama 2022. Twitter berkata ia tidak menjangkakan untuk mendapatkan semula kehilangan hasil penuh sebanyak $200 juta dan $250 juta tahun depan daripada perjanjian itu.

Syarikat itu berkata ia menjangkakan hasil, termasuk perniagaan MoPub, sebanyak $1.5 bilion hingga $1.6 bilion pada suku keempat. Penganalisis mengunjurkan jualan sebanyak $1.58 bilion secara purata, menurut Refinitiv.

Tidak seperti Snap dan Facebook, permintaan untuk iklan Twitter tidak terjejas oleh isu rantaian bekalan global, kata CFO Twitter Ned Segal dalam panggilan dengan penganalisis. Itu kerana lebih separuh daripada hasil iklan Twitter pada 2021 dikaitkan dengan perkhidmatan dan barangan digital, kata Segal.

Jumlah pengguna harian yang boleh diwangkan Twitter meningkat sebanyak 5 juta daripada suku kedua kepada 211 juta. Pangkalan pengguna meningkat hampir 13% daripada setahun yang lalu.

16 September 2021

Cuba Pun Boleh Buat Vaksin

Bhai/DeeDee semua...

Negara Cuba pun boleh buat vaksin depa sendiri... dengan sekatan ekonomi yang dikenakan sudah lama oleh PBB kepada Cuba pun Cuba boleh berjaya buat vaksin... Malah keadaan negara Cuba yang mundur tue... jauh lagi cikai dari Malaysia...

Tapi Cuba dah boleh dan berjaya buat vaksin... tambah lagi yang khusus untuk kanak-kanak...

Malaysia?? Hahaha... sembang ja lebat... adoilah.... Banyak sangat rasuahnya Malaysia nih..



19 March 2015

Airborne Warning And Electronic Control System (AWAEC)

Bhai/DeeDee semua...

Gua terpanggil untuk membicarakan isu berkaitan keperluan mendesak TUDM untuk mendapatkan pesawat "Airborne Warning And Electronic Control System" @ AWAECS berbanding untuk membeli dan menggantikan pesawat BBJ bagi keperluan YDP Agong dan Perdana Menteri Malaysia... Pertamanyer... BBJ milik TUDM untuk kegunaan VVIP tue bukanlah suatu pesawat yang uzur dan terlalu mendesak dari segi penyenggaraannya... Tapi lebih kepada hendak menunjukkan gaya kepada negara luar...

Sedangkan keperluan pesawat AWAECS bagi kegunaan TUDM amatlah mendesak tambah lagi dengan keluasan perairan dan wilayah yang dimiliki oleh Malaysia... Sesebuah radar statik yang berada didaratan amatlah terhad kawasan liputannyer... Dan ini telah terbukti dalam senario biasa dimana pesawat MH370 dikhabarkan tidak dapat dikesan dengan pantas dan tuntas.. Bagi orang biasa, mereka ingat radar yang ada dimiliki oleh pihak ATM dapat mengawal keseluruhan ruang udara Malaysia, tetapi bagi yang tahu... Diam-diam jer la sudeyy.. Hahaha

Sekitar tahun 2000 gua ader terlibat dengan sebuah syarikat berkaitan pertahanan dimana kami telah membuat beberapa kertas cadangan untuk memperkasakan TUDM dengan kemudahan AWAECS... Malah ianya telahpun dibawa ke peringkat atasan dimana kemudahan ini akan dibangunkan secara dalam negara (in-house)... Namun pihak STRIDE telah memintas kertas cadangan kami dengan mencadangkan projek tersebut dibangungkan oleh pihak SAPURA.. Dari apa yang kami tahu, SAPURA tidak ada kepakaran untuk membangunkan sistem AWAECS sementelah kertas cadangan pertama kami (projek C4SIR) yang disailang oleh mereka pun gagal dibangunkan oleh SAPURA sehingga ke hari ini walaupun khabarnya ratusan juta ringgit yang disediakan oleh Kementerian Kewangan telah hangus tanpa ada hasil yang boleh dibanggakan....

Aper pon walau kami terkilan atas kegagalan kami untuk membekalkan kemudahan AWAECS dan C4SIR kepada TUDM/ATM ... Atas sebab projek tersebut telah disailang... Kami tetap juga membuat cadangan dan kertas kerja bagi projek RECONNAISANCE menggunakan unmanned DRONE yang mempunyai sensor yang terbaek.. Tapi yang ini jugak disailang oleh pihak tertentu yang akhirnya dibekalkan oleh syarikat EAGLE AIRCRAFT (agak kelakar biler pesawat drone yang disedikan oleh EAGLE AIRCRAFT aderlah pesawat EAGLE standard yang diubahsuai) dan bukannyer seperti yang sepatutnya...

Jadi... Atas dasar ini gua tetap mengatakan bahawa kegagalan TUDM untuk mendapatkan pesawat AWAECS sebenarnya berpunca dari sikap pimpinan atasan TUDM dan ATM yang terlalu kuat membodek dan salahguna kuasa.... Sebab itulah dana yang sepatutnya dibelanjakan untuk kemudahan AWAECS telah disonglap untuk kegunaan VVIP.... hahaha... Padan muka.. Jangan nak kecoh la...

Untuk projek "armed drone" kali nih... Gua dan kengkawan takmo nak jual kepada TUDM/ATM tetapi kami akan jual kepada pembida terbaek... Even kalo Singapore nak beli pon kami akan jual... Hahaha

P/S : BTW... Walaupun projek AWAECS dan C4SIR gagal, kami masih lagi membangunkan teknologinya dan berharap dalam beberapa tahun lagi kami akan dapat mempamerkan kemudahan AWAECS dan C4SIR buatan tempatan pada mana-mana pameran pertahanan bersekali dengan pekakasan "armed drone"

04 November 2009

Artikel Lama Tulisan Jeff Laza

Dulu dalam tahun 1996 .. gua dah ader webserver sendiri... yang lawak tue... giler banyak abis duit handle server tue ... yer la masa tue tak banyak syarikat provide web hosting... kalu nak ader web server sendiri... kena la hosting sendiri kat mana-mana tempat yang ader Internet connection ... Masa tue gua invest beli dua rak 42U untuk hosting server gua dan client gua... semua nie buat kat Boulder, Colorado ... sewa satu space office kat sana...

Ambik line internet pada kelajuan OC12 dari UUNET dan backup T3 dari Sprint.

Ader la bisnes sikit... umur baru 25 masa tue... hahaha.... kalu lu nak tau... nie hah gua publish spec server gua masa tue...

  • 1 set Silicon Graphics INDY Web Server (SGI) using IRIX O/S Ver 6.20.
  • 256 Mb of RAM on each Server.
  • 2 Gb FAST SCSI III Seagate Hard Disk.
  • 2 set of 4.3 Gb Magneto Optical Disk (Pinnacle Micro) for backup.
  • 4 set ALR P166 Redundant Server using MINIX O/S Ver 5.2.
  • 128 Mb of RAM on each Server.
  • 1.7 Gb WIDE SCSI II Seagate Hard Disk.
  • 2 unit Cisco 7505 Router (one for backup)
  • OC12 Internet backbone connectivity via UUNET and T3 via Sprint
hahahaha.... lawak kan ... kira dah abis hebat dah konfigurasi tue.. masa tue la... syarikat ALR (American Logic Research) pun dah bungkus dah sekarang nih..... hahaha ...

nie gua nak publish satu artikel lama tulisan Jeff Laza bertajuk "Dunia Gigolo" ... artikel nie sumbangan websurfer yang gua langsung tak kenal (kalu lu kenal sapa Jeff Laza.. tolong bagitau gua okeh).... artikel nie la paling glamer kat dalam ruangan "shared stories" tumpang sekaki server gua masa tue... hehehe

Hai namaku Jeff. Ruangan ini mungkin tak mampu mengisi keseluruhan pengalamanku ini. Biar pengalaman ini kita kongsi bersama supaya menjadi pengajaran kepada semua. Ketika ini umurku 23 tahun. Aku seorang yang agak tampan. Pernah anda membayangkan dunia sebagai seorang gigolo? Penuh kemewahan, memiliki apa yang orang lain tidak pernah bayangkan. Aku mampu melancong ke Eropah ketika umurku 18 tahun. Tidak siapa pun boleh membayangkan yang anak miskin dari Lembah Derita mampu menghabiskan wang di Eropah.

Biar kumulakan cerita dari awalnya. Aku berasal dari kampung pedalaman. Negeriku terletak di Pantai Barat Semenanjung. Pelajaranku sehingga SRP sahaja , kerana gagal untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 , aku berhijrah ke bandar. Pada mulanya aku bekerja di pasar malam di kawasan-kawasan sekitar bandar.

Semasa bekerja di sana aku telah berkenalan dengan seorang janda , Jess , umurnya 38 tahun hampir sebaya ibuku. Disebabkan kerana simpatinya padaku dia mengajak aku tinggal bersamanya. Ajakkannya kuterima dengan hati yang terbuka tambahan ketika itu aku tinggal bersama pekerja-pekerja majikanku.

Jess mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 8 dan 10 tahun. Kedua-duanya cepat mesra denganku. Jess mempunyai sebuah firmanya sendiri. Hidupnya tidaklah mewah tetapi serba mencukupi. Setelah beberapa lama tinggal bersamanya , dia mencadangkan supaya aku berhenti kerja dan meminta aku menjaga kedua-dua anaknya. Dia sanggup membayar gaji kepadaku melebihi gaji bekerja di pasar malam. Aku terima tawarannya dengan senang hati tambahan pula aku mula menyayangi mereka.

Pada suatu malam selepas menonton tv , kami berbual. Jess menceritakan tentang bekas suaminya yang lari meninggalkannya bersama orang lain dan kesunyiannya melalui kehidupan seharian. Katanya sejak kehadiranku hidupnya mula berubah. Aku bangga sekurang-kurangnya aku masih diperlukan. Jess mula menceritakan tentang keinginan batinnya dan bertanya samada aku pernah membuat hubungan dengan sesiapa. Aku mengeleng kepala. Lalu dia menawarkan khidmat percumanya untuk mengajarku. Katanya amat malu jika lelaki tidak tahu melayani wanita.

Aku menerimanya sebagai satu pelajaran. Jess memulakan langkahnya aku hanya memerhati dengan penuh minat. Setiap gerakannya aku perhatikan , setiap arahannya aku turuti. Sessi latihan ini berakhir setelah aku merasai "sesuatu" terlepas dari tanpa kawalan.
Sejak itu kami sering melakukannya bersama-sama. Ternyata aku murid yang cepat menerima ilmu. Kadang-kala Jess pula yang menerima tunjuk ajar dariku. Perbuatan ini sering kami lakukan terutamanya jika masa terluang. Sesekali aku terasa amat keletihan dan sering menolak keinginan Jess tetapi seringkali juga menimbulkan kemarahannya.

Suatu hari aku memberitahunya aku ingin mencari pekerjaan yang lain setelah anaknya yang sulung berumur 12 tahun . Jess benar-benar sedih dengan keinginanku ini lalu menawarkan gaji yang lebih tinggi untukku. Jumlahnya benar-benar mengejutkan aku. Tak pernah aku sangka orang sepertiku mampu menerima gaji setanding eksekutif di syarikatnya.
Tawaran ini benar-benar mengubah keputusanku ini. Hidupku berterusan sehinggalah.....

bersambung ...

Gua tengah cari sambungan kepada artikel lama nih.. kalu jumpa gua update balik okeh... hehehe

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1