Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Manifesto. Show all posts
Showing posts with label Manifesto. Show all posts

01 August 2023

Manifesto Bukan Kitab Suci

Bhai/DeeDee semua...

Hehehe... banyak betul gula-gula dan janji manis... Hahaha... semuanya pasai nak PRN ... hahaha... walhal puak inilah jugak yang dulu tetap sokong kata-kata "Manifesto Bukan Kitab Suci" ... Hahaha

Lawak siot...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Janji Dalam Manifesto



15 February 2023

Mampukah Ianya Dilaksanakan?

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih (Penggal Tetap Parlimen) ader dalam Manifesto PH untuk PRU15 hari tue... jadi mampukah ianya dilaksanakan atau hanya sekadar menjadi retorik semata-mata??

Kita lihat dan perhatikan sahaja la... kan..

Penggal Tetap Parlimen

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar kerajaan mewujudkan dasar penggal tetap Parlimen bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) secara automatik.

Katanya, tindakan itu bagi memastikan sesebuah kerajaan stabil tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak, sekali gus dasar kerajaan dapat dibentuk dengan baik selama tempoh pemerintahan sesebuah kerajaan dengan pembubaran hanya selepas penggalnya tamat.

"Ini juga madani. Ertinya kita, kejelasan untuk rakyat urus kehidupan dan perniagaan ada kejelasan.

“Saya cadangkan kita wujudkan penggal tetap Parlimen supaya pentadbiran kerajaan jelas. Rakyat jelas untuk uruskan kehidupan dan perniagaan juga jelas (dengan perjalanan kerajaan).

“Apabila penggal Parlimen ditetapkan untuk lima tahun, tiada lagi teka-teki. Tiada yang nak tebuk atap atau ikut pintu belakang dan kerajaan yang diberi mandat dapat laksanakan tawaran, janji serta manifesto tanpa diganggu-gugat,” kata bekas menteri kesihatan itu ketika membahaskan usul titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

10 November 2022

Apa Pengundi Undi 18 Mahu?

Bhai/DeeDee semua...

Semalam gua bertanya dengan dua orang anak perempuan gua... kedua-duanya berada di IPTA (seorang di Pahang, seorang di Perlis) ... gua tanya secara live dengan diorang...

Apa yang Kakak dan Angah mahu sebagai pengundi Undi 18.

1. Diorang mahukan kos pengajian yang rendah... sebab depa tau bapaknya bukan banyak duit... dan setakat hari nih kedua-dua mereka tak amik PTPTN pun.... jadi kalu kos pengajian rendah... boleh la depa senang nak sambung belajar lagi lepas nih sampai ke peringkat lagi tinggi.

2. Diorang nak kos sara hidup yang rendah... kos makan di kafeteria University agak mahal juga.. mereka paham kos penyediaan bahan mentah tinggi... tapi bagi seorang pelajar yang duit cuma ader ngam-ngam... kena banyak bajet la.. kalu tak cukup makanan... perut kosong... macam mana nak belajar... macam mana nak timba ilmu... tak cukup zat dan gizi. Patut ader subsidi bagi pelajar untuk makan... tak banyak subsidi pun takper la.. janji ada.... 

3. Diorang nak kemudahan di asrama di perbaiki... Alhamdulillah anak perempuan gua dua-dua dapat asrama... ditawarkan asrama sampai habis pengajian.... tapi yer la... asrama pun banyak yang uzur.. pintu tandas pun tercabut kunci dan engselnya... lampu yang tak berganti setelah lama padam... tekanan air yang rendah.... tandas yang tak ditadbir dengan baik...

4. Diorang nak akses Internet (WiFi) di asrama dalam keadaan yang baik, stabil dan laju... Tak guna ader line internet tapi slow nak mampus... nak cari maklumat kat Wikipedia pun jenuh... Takkan nak pakai Hotspot Data... lagi kojol... Patutnya zaman sekarang nih.... kat asrama IPTA ... line mesti laju.... sebab assignment semua guna Internet... macam Kakak... dia guna Adobe Photoshop dan Illustrator pakej Online SaaS .. jadi kalu line slow... mampoih buat kerja assignment.

5. Diorang kata patut ader satu pakej Telco untuk student yang bagi akses data tanpa Quota dan takder FUP pada 512kbps... tak logik dah ader sekatan Quota dan FUP 512kbps.. paling-paling mesti 2Mbps untuk FUP.

6. Diorang cakap... patut semua student (IPTA atau IPTS) diberikan satu kad khas untuk diskaun penggunaan perkhidmatan awam (bas, teksi, keretapi, kapalterbang) termasuklah nak guna eHailing. Makna kata diskaun 30% atau sampai 50%.. dan Kad yang sama juga boleh digunakan di mana-mana Kedai Buku untuk diskaun pembelian alatulis dan buku ... Patut dah memang ader kad macam ni

7. Diorang nak peluang nak sambung belajar bagi semua lepasan SPM diperluaskan lagi dibawah kendalian Kementerian Pendidikan Tinggi. Akses kepada Kolej berasaskan TVET bagi yang kurang menyerlah dalam akademik... At least semua dapat peluang belajar.... tambah pengetahuan.

Macam-macam lagi yang diorang bagi cadangan kat gua... cuma yang lain tu gua rasa hanya picisan jer.. dan tak berapa nak penting.... cuma boleh ditambah baik... sebab biasa la ... budak-budak lagi... Gua sempat tanya tentang pandangan depa mengenai pekerjaan .... anak-anak gua kata... itu lambat lagi pun takpa nak pikir... skrang nak pikir tentang belajar dan menuntut ilmu dulu... itu main priority kata depa....

Gua setuju ngan pandangan depa... Undi 18 nih adalah pengundi yang nak dapatkan something untuk pendidikan mereka... sama ada peluang untuk sambung belajar, subsidi atau pengurangan kos sara hidup... Itu yang penting...

Oh yer... orang Politik yang takmo amik cakna pasai kehendak Undi 18 nih... gua berani jamin akan terkojol dalam Pilihanraya kali nih...

Hahaha



08 November 2022

Duit Bukan Penyelesaian Sistem Pendidikan Negara

Bhai/DeeDee semua...

Betul apa yang Syed Saddiq nih cakap... Duit bukan penyelesaian kepada sistem pendidikan negara... Memanglah kita tahu nak buat semua benda kena ader duit... tapi kalu takder dasar dan polisi yang betul ... duit tue semua akan tiris tak tentu hala dan tujuan...

Contoh...

Dulu ada usaha membangunkan makmal komputer di sekolah... tapi makmal yang ada itu cuma sekadar ader sepuluh (10) atau dua puluh (20) desktop komputer sahaja.... sedangkan satu kelas biasa ader sampai 40 orang murid... Masa diperuntukkan untuk sesi kelas komputer aderlah 45 minit...  apa agaknya yang dapat dimanfaatkan oleh murid dalam masa 45 minit tue.... nak onkan komputer pon ambil masa... dan dua orang murid berkongsi satu komputer...

Bayangkan...

Lepas tue... makmal komputer yang ada pulak tidak diperuntukkan pembantu makmal dan juga juruteknik komputer.... Semuanya dibebankan kepada Cikgu... kepada Guru yang mengajar... bagaimana Guru nak mengajar dan pada masa yang sama ada masalah teknikal pada komputer murid... macam mana nak selesaikan pengajaran dalam masa 45 minit.. Gila

Bila tiada pembantu makmal komputer dan juruteknik komputer disekolah... biasanya akan cepat jahanam (rosak) desktop komputer di makmal... sama jer.. barang elektronik... kena dijaga betul-betul barulah okay... disket rosak.. cdrom rosak.. dvdrom rosak... psu rosak...motherboard rosak... macam-macam rosak...

Lepas itu ada pulak program kerajaan yang membekalkan komputer sub-kualiti kepada murid-murid atas konsep 1 murid 1 e-book .... jahanam jugak sebab tiada maintenance berkala dan standard... katanya nak dibekalkan buku elektronik... dalam sistem software tapi... takder maintenance juga...

Semua pembaziran nih boleh diselesaikan dengan mudah dan murah sebenarnya.. Beza nak buat atau tidak jer...

Dengan RM500 seunit... kita boleh bekalkan pelajar dengan Peralatan e-Paper macam Kindle dan sebagainya... ianya ringan... lasak dan baterinya tahan lama... dan ianya boleh menggantikan buku teks dan buku rujukan...

Semua itu boleh dimanfaatkan... tapi dengan syarat.. sekolah kena ader talian internet berkelajuan tinggi la... kalu tidak buat naya jer... Sebenarnya panjang lagi nak tulis... tapi gua tahu ramai orang malas membaca... Hahaha

Kata-kata yang benar


Siot Punya Manifesto BN Ahmad Zahid Hamidi

Bhai/DeeDee semua...

Bos : Kenapa ko tak masuk kerja hari ni?
Pekerja : Kan hari nih birthday saya, saya cuti la bos.

Bos : Ye tak ye jugak.. tapi minggu lepas ko cuti gak kan?
Pekerja : Itu sebab birthday mak saya la bos. Saya taknak jadi anak derhaka.

Bos : Ooo... Bulan lepas kan ko pon dah amik cuti urgent gak?
Pekerja : Ye bos, saya sambut birthday nenek saya.

Bos : Moyang ko idup lagi ke? Bila birthday dia?
Pekerja : Idup lagi la bos... Umur dier 120 tahun.. Jumaat nih birthday dia.

Bos : Nasib baik ko takder anak bini
Pekerja : Eh bos tak tahu lagi ke? Sabtu baru ni saya menikah dengan Jenab Janda anak 5. Birthday Jenab Isnin depan la bos.

Bos : Birthday aku ko taknak sambut ke?
Pekerja : Bila birthday bos?

Bos : Setiap hari birthday aku. Ko tak payah datang la kerja. Cuti terus.
Pekerja : ??? Siot punya Ahmad Zahid Hamidi

#PRU15 #GE15 #ManifestoBN #Manifesto #BN #AhmadZahidHamidi #BarisanNasional #Troll #Lawak



60 Tahun Dulu Lupa Nak Buat

Bhai/DeeDee semua...

Sebenarnya boleh jer nak bagi pendidikan percuma dari peringkat rendah, menengah sampailah ke menara gading.... Boleh jer... Dana yang kita ada sebenarnya mencukupi... bagi orang yang taknak pendidikan percuma... nak pergi swasta... itu hal diorang..

Tapi...

Tapi pasai ketirisan dalam pengurusan dana yang ada... itu yang pendidikan percuma untuk rakyat tak dapat nak diberikan... tak dapat nak bagi... sebab ketirisan dan salahguna dana yang agak kronik... bukan setahun dua... malah berpuluh tahun...

Gua tak citer pasai PTPTN atau SSPN bagai... tapi gua citer pasai Biasiswa .... biasiswa dan kemudahan asrama.... kos sara hidup dan sebagainya...

Kalu 60 tahun dulu lupa nak buat.... apa yang boleh Barisan Nasional buat selepas menang... setakat janji dalam manifesto pilihanraya boleh la.... Hahaha


Sembang boleh la nak tawar pendidikan percuma untuk B40 di peringkat pengajian tinggi.... Sembang... sapa pon boleh... Hahaha


07 November 2022

Moratorium Terhadap Pinjaman

Bhai/DeeDee semua...

Tanyalah pada sesiapa pun... semua tahu apa kepentingan moratorium terhadap pinjaman yang dibuat... Ianya adalah satu kelegaan... Bayangkan pada 2021 .. Kerajaan Perikatan Nasional pada masa itu dibawah kepimpinan Muhyiddin Yasin telah mengumumkan satu Moratorium terhadap pinjaman secara automatik kepada semua peminjam selama 6 bulan...

Dalam masa 6 bulan itulah... orang tak sakit kepala... ramai orang dapat menstrukturkan kedudukan kewangan mereka.. dalam masa susah akibat daripada sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ... orang dapat sedikit kelegaan.

Dan setelah tamah masa 6 bulan moratorium itu... segala pembayaran pinjaman tersebut berjalan seperti biasa... dan tak lama lepas itu .. semua bank-bank komersial telah mengumumkan peningkatan keuntungan bagi tahun kewangan yang telah diaudit...

Mana ada bank yang mengalami kerugian atau susut pendapatan akibat dari Moratorium terhadap pinjaman nih? Tak ada.... cuma masa pembayaran balik pinjaman tue ja telah diextend jadi 6 bulan lagi.. itu jer...

Jadi ... pada gua... bila Perikatan Nasional telah meletakkan idea Moratorium terhadap pinjaman (loan) untuk semua sekiranya mereka menang PRU15 ... ini sudah menjadikan satu kayu pengukur untuk parti-parti gabungan yang lain.... Adakah parti-parti gabungan yang lain seperti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan atau Gerakan Tanah Air akan cuma memasukkan idea "Moratorium Terhadap Pinjaman" ini sebagai satu agenda utama didalam manifesto mereka?

Kita nantikan dan lihat.

Hahaha.....  rakyat @ pengundi sedang memerhati...



24 October 2022

Mana Satu Pilihan Rakyat?

Bhai/DeeDee semua...

Persoalan sekarang nih... yang mana satu pilihan rakyat.... Terutama rakyat Sabah dan Sarawak.... Kita semua tahu... selama 60 tahun lebih Barisan Nasional memerintah... Sabah dan Sarawak telah terpinggir dari arus pembangunan infrastruktur awam.... Mana tidaknya.... ramai pemimpin dari Sabah dan Sarawak lebih mementingkan kantung dan poket mereka je...

Selama 60 tahun orang Sabah dan Sarawak dinafikan hak mereka untuk mendapat kemudahan jalanraya dan infrastruktur awam yang lebih baik... Malah kos hidup untuk barang-barang cukup berkali ganda di Sabah dan Sarawak...

Tapi kita tahu... Para pemimpin disana memang sengaja buat macam nih untuk terus memudahkan mereka mengawal minda rakyat... mudah sangat... macam semalam gua tengok dalam berita yang Ronald Kiandee dok bagi beras dua kampit sorang kepada rakyat dalam satu program berkaitan Kementeriannya...

Rasuah pilihanraya dah jadi sinonim di Sabah dan Sarawak... dan rakyatnya tidak mendapat maklumat yang betul tentang kepimpinan dan kenegaraan...... kita harapkan Undi 18 yang sedang digembleng masa nih akan menjadi pemangkin untuk rakyat Sabah dan Sarawak berubah dan mendapat lebih hak mereka sepertimana yang termaktub dalam MA63.



03 January 2022

Terengganu Setanding Bangladesh?

Bhai/DeeDee semua...

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad nih tak beragak bagi komen... Hahaha... macam mana la Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad boleh samakan Terengganu dengan Bangladesh.. Boleh kata Terengganu setanding Bangladesh... bilamana Terengganu telah mengekspot tenaga pekerja mereka ke negeri lain.. seperti mana apa yang Bangladesh lakukan.

Kena ingat satu la.... Bila PAS Terengganu meletakkan tawaran peluang 20 ribu pekerjaan baru kepada rakyat Terengganu dalam Manifesto Pilihanraya mereka... sepatutnya ianya mestilah mencerminkan peluang pekerjaan di Negeri Terengganu... bukan kat tempat lain... tapi biasa la... kalu ikut cakap Mahathir Mohamed... Manifesto adalah bukan kitab suci... Hahaha... jadi itu yang PAS Terengganu ejast 20 ribu peluang pekerjaan itu ke Negeri lain... Hahaha...

Itulah caranya nak elakkan pengangguran... lambakkan kat Negeri lain... jadi nampak la negeri macam bagoosh... walhal tak naik apa pun pembangunan sumber manusia di negeri itu sendiri... Ini dah diamalkan oleh PAS Kelantan buat sekian lama... lebih 30 tahun.... bilamana tiada peluang pekerjaan di Kelantan... maka terpaksa la rakyat mencari rejeki di negeri lain... menyemak di negeri lain... sampai membawa budaya dan perangai buruk ke negeri lain...

Bukan tak biasa kita dengar kes-kes jenayah yang berlaku di negeri lain.. bila kita semak identiti pesalah... kita akan dapati pesalah ini datang dari Kelantan atau Terengganu.... Banyak sangat dah...

Patutnya .... semua pesalah dari negeri berbeza ini... once melakukan jenayah... kita hantar mereka balik menjalani hukuman dan mereput di negeri asal mereka... biar kos pengendalian jenayah mereka dikendalikan oleh negeri asal mereka... contohnya ... penjara adalah dibawah kos negeri.... jadi masa itu baru la boleh kita nampak dengan jelas negeri mana paling ramai penjenayah tegar... supaya ada akai sikit pemerintah negeri tersebut...

Amacam??

Jangan la ekspot masalah ke negeri lain... setelkan masalah ko dalam negeri ko sahaja...



12 July 2013

Tawaran Hebat Kuala Besut

Bhai/DeeDee.... Kalu nak ikutkan hati... Gua takmo nak campur tangan PRK Kuala Besut... Bukan sebab aper... Cuma sebab bulan posa... Letih aaaa nak kontek kengkawan operatif yang dah dua minggu berkampung di sana...

Aper pon... Seperti mana tajuk artikel gua nih... Gua cuma sekadar nak tahu aper tawaran hebat Barisan Nasional nak taburkan buat seronok pengundi di Kuala Besut...

Takkan nak umumkan bukak Kolej Komuniti kot... takkan nak umumkan pembinaan jeti khas bagi industri perikanan laut dalam kot.... takkan nak umumkan buat Stadium Lumba Basikal kot... takkan nak umumkan jaringan baru Lebuhraya Pantai Timur 3 yang menghubungkan Kuala Besut dengan Kuala Terengganu....

Takkan la kot...

Abis tue aper plak tawaran mega hebat yang akan Najib Razak dan Muhyiddin Yassin nak umumkan sebagai gula-gula untuk pengundi di Kuala Besut...

Takkan la kot diorang nak umumkan pembinaan pasar raya besar Mydin kot.... hahaha.... Kalo diorang umumkan pembinaan pasar raya besar Sabasun okeh la gak... Sebab milik Melayu... Tapi Mydin tue bukan milik Melayu... Bumiputera pon bukan.... Sekadar label Islam yang belum tentu Mukmin.. Hahaha

Jadi.... Tawaran hebat apa lagi yang BN boleh bagi dan buat nih... Hahaha.... Mari kiter tengok aper Ahmad Maslan nak buat... Tawaran aper yang Idris Jusoh, Ahmad Said dan semua pimpinan BN nak buat nih???

Aper kata buat tawaran bagi duit sebanyak RM50 ribu sebagai hadiah bagi setiap keluarga nelayan kat Kuala Besut... Errr... SPRM takkan berani nak kata itu rasuah.... Hahaha... Jangan riso lar...

Hahaha.... PAS memang kiter tak harap dier boleh bagi tawaran aper pon.... Sebab kalo nak bagi tawaran nih kena la ader modal... Hahaha... Itu hari masa PRU13 bagi tawaran nak kurangkan hara petrol dan kereta pon rakyat takmo... Hahaha... Rakyat Malaysia rela harga petrol dan kereta mahal... Nak buat camana....

Hahahaha....

09 April 2013

18SX: 10 Minit Sudah Terlalu Lama Untuk Rais Yatim

Bhai.... Rais Yatim dah buktikan bahawa 10 minit sudah cukup buatnya untuk memuaskan nafsunya.... Hahahaha... Jangan salah sangka bhai... Aper yang gua citerkan nih bukanlah fitnah... Tapi Rais Yatim sendiri yang mengaku.... Hahaha...

10 minit sudah terlalu cukup buat Rais Yatim memuaskan nafsunya untuk menyampaikan manifesto... Hahaha... Itu Rais Yatim... Tapi nafsu Najib Razak boleh sampai 180 minit sekali jalan... Hahaha....

Pakatan Rakyat pon mahu sampai 180 minit macam Najib Razak... Tapi yer la... Aper boleh buat... Rais Yatim yang tentukan syarat... Hahaha... Oleh kerana Rais Yatim hanya mampu bertahan 10 minit maka jangan lah sekat orang lain yang mampu bertahan 180 minit atau lebih.... Hahaha

Lawak la Rais Yatim nih.... Hahaha.... Ini macham gua kena tanya amah nih lar... Dier puas tak kena layan 10 minit jer.... Hahaha... Lawak siot....

Nampaknyer kena bagi amah jam randik (stopwatch) untuk semak masa yang digunakan oleh Rais Yatim..... Hahaha....



07 April 2013

Demokrasi Ala Malaysia

Bhai.... Inilah Malaysia... Sebuah negara yang dikatakan menjunjung tinggi demokrasi.... Hahaha... Hebat kan...

Hanya ader satu jer cara kalo Malaysia nak menang sukan ker mender ker... Nak jadi juara bolasepak piala dunia ker... Satu cara jer bhai.... Iaitu kena main cara tidak adil..

Contoh.... Kalu main ping pong.... Kiter main secara bergu... Tapi musuh main secara solo sambil musuh diikat kaki tangan... Kena pegang bat pingpong tue guna mulut.... Hahahaha

Macam kat bawah nih la... Cara nak menang... Gua ader 180 minit masa kecederaan... Lu orang ader 10 minit jer... Itulah cara terbaik untuk menang.... Hahaha

Inilah demokrasi terpimpin bhai-bhai dan deedee ooi.... Hahaaha

31 March 2013

18SX: Ada Apa Dengan 10 Minit

Bhai dan DeeDee sekalian..... Sori aaaa... Artikel ini mempunyai elemen kelucahan... Tapi oleh kerana blog ini bersekongkol dengan "Pusat" Islam.... Maka kelucahan ini tidak dianggap menyalahi undang-undang dan keputusan majlis Agama Islam.... Hahahahaha.

Bhai... Lu tau kan Rais Yatim ader offer kat Pro-Rakyat (PR) tentang kelulusan nak bagi ruang penyiaran manifesto untuk PRU13 sebanyak 10 minit sahaja... Gua cukup tak paham... Kenapa Rais Yatim cuma bagi 10 minit sahaja... Aderkah ini dsebabkan oleh kebiasaan Rais Yatim yang hanya mampu bertahan 10 minit setiap kali pertarungan... Atau ada sebab lain?....

Gua rasa aaaa... Maybe la pasai tak pernah cecah lebih dari 10 minit... Maka jangkamasa banyak tue la yang mampu Rais Yatim tawarkan... Hahaha...

Kalu Rais Yatim mampu bertahan lebih sejam... Mungkin dier akan tawarkan satu jangkamasa yang lebih baik dari 10 minit... Hahaha... Maybe sejam ker... Tapi pasai dier sendiri tak mampu nak lebih dari 10 minit ... Maka tue yang dier cuma boleh bagi peluang sebanyak 10 minit jer.... Haahaha

Yang ini kiter kena tanya kat Rais Yatim sendiri la... Tanya kat dier.. Ada apa dengan 10 minit.... Hahahaha .... Kesian ... Cuma mampu bertahan 10 minit jer....

Hahaha.... Lawak siot.... sampai terinzal gua..... Hahahaha

P/S: Pasai apa akronim PR gua kenalkan sebagai PRO-RAKYAT.... Dan bukannya Pakatan Rakyat.... Semua pasai diorang nih tak reti nak berpakat... Asik nak sabotaj jer sesama sendiri.. Main pijak kapla kengkawan sendiri.. Itu kalu sampai jadi pijak kapla rakyat dan merembat hak rakyat..... Gua akan gelarkan... Penyamun Rakyat..... Hahaha..... Sendiri mau ingat lar... Hahaha

25 February 2013

Apa Komen Kangkung?

Bhai.... gua rasa tak sabar la nak tunggu dan baca komen dari para kangkung yang banyak melata di IPTA dan IPTS tempatan.... hahaha... betul... sungguh gua tak sabar betul nak tunggu nih... Maybe esok kot gua boleh dengar kangkung-kangkung nih bagi komen.... hahaha...

Yer la... hari nih banyak tempat di Malaysia hujan... jadi... kangkung akan rasa subur sebab ader banyak hujan... tue yang batang-batang kangkung nampak kuat dan berisi... walaupun sebenarnya kosong jer didalamnya.... hahaha...

Itu la standard kangkung di Malaysia nih.... dari kangkung yang disintok limaukan.... sampailah ke kangkung selatan dan timur.... hahaha... Dengan cuaca yang ader di Malaysia nih.... hujan sepanjang tahun.... mudah benar kangkung nak membiak....melata... campak jer kat mana-mana.... senang jer kangkung menengggek nak dapat tumpak... sokongan... dan merebak melata....

Hahaha.... Orang cakap.. kalu nak best.... kutip jer kangkung-kangkung yang ader banyaknyer kat dalam Malaysia nih... dan campak dalam kuali campur skit belacan dan tauchu..... pergh... sedap... jadi hidangan kangkung belacan lar.... hahahaha

Bhai... lu ader paham ker metafora dan ayat sarkastik dari gua nih..... hahahaha... Kalu tak paham... lu tanya Nordin Kardi.... hahaha ... itu bukan setakat kangkung tua tue... tapi siap kaki cetak rompak dan plagiat.... hahahaha....  hancuss..... hahahaha

Hahaha.... aper agaknyer komen kangkung di Malaysia nih tentang Manifesto Pakatan Rakyat (Pakatan Harapan Rakyat) ....

26 July 2012

Menyanggah KJ dan Rafizi Dalam Isu Harga Kereta

Bhai... sori aaaa.. artikel kali nih gua nak sanggah pendapat Khairy Jamaluddin (KJ) dan Rafizi Ramli.... semua pasai isu penurunan harga kenderaan...

Rafizi Ramli kata penurunan harga kenderaan adalah satu agenda utama dalam manifesto Pakatan Rakyat... ini kerana harga kenderaan di Malaysia adalah terlalu tinggi.. dengan cara penurunan harga ini, ianya dapat mengurangkan beban tanggungan hutang kereta rakyat Malaysia yang mencecah RM134.2 bilion.

Khairy Jamaluddin pulak mengatakan bahawa kalu harga kereta diturunkan secara otomatik akan menyebabkan Proton dan Perodua menghadapi masalah.. Mungkin kakitangan terpaksa dikurangkan... Dan hampir 98% pekerja di kedua-dua kilang aderlah dari kaum Melayu..

Jadi... pada gua kedua-dua orang nih dah salah percaturan.. salah pertimbangan... salah perkiraan,....

Sebenarnya cara terbaek yang patut digunapakai aderlah...

  1. Dengan mengurangkan atau menghapuskan duti eksais dan cukai jualan bagi mana-mana kereta keluaran tempatan iaitu Proton dan Perodua (Syarikat Naza tidak layak kerana dia bukan mengeluarkan kereta melainkan rebranding sahaja).Dengan cara ini, harga kereta akan jadi murah... Sebagai contoh bagi kereta Perodua yang termurah aderlah RM40 ribu... duti eksais dan cukai jualan sahaja aderlah RM16 ribu... kalu ditolak kedua-dua duti dan cukai ini, maka harga kereta Perodua aderlah RM24 ribu ... Dan secara otomatiknya hutang kenderaan bagi seorang rakyat Malaysia aderlah rendah.
  2. Kenderaan mewah (dari luar negara) perlulah dikekalkan duti eksais dan cukai jualannya pada kadar sedia ada, mungkin perlu direvise untuk kurangkan dalam 10% lagi dimasa depan.
  3. Bagi kereta keluaran tempatan yang hendak dijual diluar negara, duti eksais dan cukai jualan perlulah dikenakan seperti biasa. Tidak perlu ada rebat sebagainya untuk dipasarkan keluar negara.
Dengan cara ini, harga kereta dipihak kilang kereta masih tetap sama... dan tak perlu kakitangan Proton dan Perodua dikurangkan. Kerja terjamin dan dalam masa yang sama produksi boleh dipertingkatkan demi untuk menampung permintaan kenderaan tempatan bagi pasaran domestik.

Kalu semua ini boleh dibuat oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, gua berani jamin, siapa yang buat akan mendapat sokongan besar dari Rakyat Malaysia.

Tapikan... Barisan Nasional tarak berani buat ini macham pasai itu NAZA aderlah kroni UMNO, Mahathir dan Rafidah Aziz... hahaha



04 January 2012

Leka... Leka... Leka...

Bhai... Parlimen boleh dibubarkan biler-biler maser jer.... anytime bak kata omputih... hahaha... tapi nampaknyer... Pakatan Rakyat masih lagi leka...

Ops turun ke akar umbi secara terus (bukannya dalam konteks ceramah umum) nampaknyer kurang dilakukan... ops bersemuka amat kurang... ini bahaya bhai.. sebab yang datang ceramah tue biasanya bukan orang lokal jer... orang luan pon ramai...

Jangan kiter ingat biler beribu yang datang dengar ceramah tue dah rasa kiter dah besar.. pengaruh dah kuat... tapi biler time mengundi... hampeh... tak cukup... sebab yang datang dengar ceramah orang lain.. yang mengundi orang lain... penat aaa..

Lagi satu... kepada penceramah.. tolong aaa... jangan la bawak isu-isu kes liwat jer... kes NFC jerr.... itu kes besar... orang kat kampung nih bukan nak tau pasai isu nih.. depa cuma nak tau biler balairaya kampung depa nak siap... biler padang permainan untuk bebudak kampung tue nak dibuat... biler nak turap jalan kampung yang dah berpuluh tahun nih masih lagi jalan tanah liat...

Depa nak tau biler nak masuk air ker api ker dalam kampung depa... depa nak tau biler bangunan sekolah baru nak dibuat... biler plak peruntukan untuk besarkan masjid nak dibagi...

Depa peduli aper kat Shahrizat songlap RM250 juta ker... Razak Baginda pelari RM500 juta ker... depa takmo tau semua tue.. yang depa nak tau.. biler bantuan racun dan baja nak sampai kat tangan depa....

Lagi satu... depa takmo nak tau pasai beg Birkin ker... cincin berlian berjuta RM ker... depa nak tau harga gula, tepung dan susu nak turun biler... harga ayam daging berapa nak diturunkan.. depa nak tau bekalan bawang cukup ker... itue jer yang depa nak tau...

Jadi.. tolong aaa.. jangan leka... leka kalu... hancus.. bancau...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1