Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Idea. Show all posts
Showing posts with label Idea. Show all posts

18 September 2023

Sokong Cadangan Ini

Bhai/DeeDee semua...

Benda camnie gua sokong,... Benda betul... tak kira la orang parti mana yang cakap... UMNO ka... PAS ka... DAP ka... Pasok Momogun ka .... gua akan sokong..

Kena dahulukan warga negara...

Dari dulu lagi gua selalu bercerita bab nih... Kalu setiap kali kita beli barang di pasaraya ... kita akan gunakan membership card pasaraya tue untuk dapat point.... apa kata kita tukar semua itu menggunakan MyKAD .... 

Bukan setakat dapat point masuk dalam MyKAD ... tapi dari situ kita akan dapat tau yang beli tu sapa...  Sure warga Malaysia.... dan kalu Warga Malaysia... layak dapat subsidi...  yang mana takmo atau takdak nak pakai MyKAD ... itu tak layak untuk subsidi...

Takder susah mana pun... sebab sekarang semua pasaraya pun pakai sistem Membership Card.... takkan la Mydin takder sistem macam itu... Hahaha.... cikai sangat lar kan...

Ketirisan Subsidi barangan dapur nih paling kritikal di Johor terutama dikawasan yang mana warga Singapura dok masuk shopping setiap hari..... Itu kawasan yang kita rugi Subsidi sebenarnya..

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 


Cadangan paling baik


10 August 2023

Bangang Punya Idea Dari Menteri Pendidikan

Bhai/DeeDee semua...

Ntah la... gua cukup pelik dengan Menteri Pendidikan yang datangnya dari dunia guaman... Tak tahu apa yang ada dalam kepala dier... pening.... sampai nak buat kasta-kasta la pulak bab pendidikan nih... adoilah

Bab sekolah khas utk orang miskin ni, ada beberapa point.

Pertamanya, kalau boleh biar la semua pelajar bergaul dalam sekolah yang sama, kalau diasingkan macam kasta maka akan ujud stigma dan pandangan tak elok pula. Owh, ni pelajar sekolah miskin. Ini pulak pelajar dari sekolah kaya... Huhuhu

Tengok macam mana pandangan orang terhadap penghuni PPR cukup lah. Tu pun belum kita ambil kira masalah sosio budaya dan keselamatan....

Keduanya, Kerajaan nak kena bina sekolah baru ke untuk buat Sekolah Pelajar Miskin nih? Ada bajet ker? Mana nak cekau bajet? Kenapa tak nak utilize sekolah sedia ada je, banyak jer sekolah (terutama sekolah luar bandar) yang mengalami kekurangan murid dalam beberapa tahun ni. Sekolah berasrama penuh sedia ada pun boleh digunakan.

Improvise je la sistem sekolah sedia ada, nak tambah bantuan ke, nak tambah fasiliti ke, nak repair itu ini, tak perlu wujudkan sistem baru lagi... pening kepala dengan sistem pendidikan negara kita ni yang ada macam-macam aliran dan sistem. SK la... SJKC la.. SJKT la... huhuhu

Cuma kalau dari segi branding, memang la akan bagoosh... nampak gempak. "Nampak" la hasilnya ... boleh la berbangga kata ini semua adalag hasil inisiatif Kerajaan Madani. Ada nama la.

Kalau buat kat sekolah sedia ada je takde sapa nampak pula.... kan kan kan....

Huhuhu... 

Bangang betul idea dari Menteri Pendidikan nih... sampaikan pendidikan pun nak ader kasta-kasta... huhuhu...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



25 June 2023

Undi Untuk Siapa? Undi Untuk Apa?

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berperlembagaan... Ianya dibentuk dengan kesepakatan yang terjalin dalam naskhah yang membentuk Deklarasi Persekutuan Malaysia... Dan dari mula lagi kita Malaysia mengadakan pilihanraya... Semua wakil dan parti yang layak boleh bertanding... siapa yang menang dengan undi Majoriti maka dialah yang menjadi pemimpin..

Kolaborasi antara pemimpin dan parti ini lah yang akhirnya membentuk satu blok yang akan menjadi Kerajaan di peringkat Persekutuan atau Negeri... Jadi belum tentu satu-satu parti atau blok boleh mengekalkan kuasa selama-lamanya... Bila pengundi dah bosan... mereka tentu akan membuat pilihan yang berbeza...

Persoalannya...

Kita undi untuk siapa?? adakah kita undi untuk pemimpin atau kita sebenarnya undi untuk kepentingan diri kita sendiri??? Sebab adakah kita yakin pemimpin yang kita undi itu betul-betul menjaga kepentingan diri kita dan bukannya menjaga kroni dan poket pemimpin itu sendiri..

Kia undi untuk apa?? adakah kita undi untuk menjadikan negara ini satu negara yang maju dan berdaya saing?? atau ... kita undi sebenarnya hanya sekadar seronok mengundi jer.... Takkan la kita nak mengundi untuk menjahanamkan negara ini???

Masa menjadi pembangkang.... ader banyak idea, formula dan cadangan baru yang berbeza dengan kerajaan yang memerintah,...

Masa menjadi kerajaan.... hilang segala idea, formula dan cadangan baru... tapi mula menggunapakai idea, formula dan cadangan yang dijalankan oleh kerajaan yang memerintah sebelumnya...

Payah....

Nasihat pun serupa mencurahkan air ke daun keladi.... takder efek.... Kekal bangang dan membangangkan... Hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



07 November 2022

Moratorium Terhadap Pinjaman

Bhai/DeeDee semua...

Tanyalah pada sesiapa pun... semua tahu apa kepentingan moratorium terhadap pinjaman yang dibuat... Ianya adalah satu kelegaan... Bayangkan pada 2021 .. Kerajaan Perikatan Nasional pada masa itu dibawah kepimpinan Muhyiddin Yasin telah mengumumkan satu Moratorium terhadap pinjaman secara automatik kepada semua peminjam selama 6 bulan...

Dalam masa 6 bulan itulah... orang tak sakit kepala... ramai orang dapat menstrukturkan kedudukan kewangan mereka.. dalam masa susah akibat daripada sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ... orang dapat sedikit kelegaan.

Dan setelah tamah masa 6 bulan moratorium itu... segala pembayaran pinjaman tersebut berjalan seperti biasa... dan tak lama lepas itu .. semua bank-bank komersial telah mengumumkan peningkatan keuntungan bagi tahun kewangan yang telah diaudit...

Mana ada bank yang mengalami kerugian atau susut pendapatan akibat dari Moratorium terhadap pinjaman nih? Tak ada.... cuma masa pembayaran balik pinjaman tue ja telah diextend jadi 6 bulan lagi.. itu jer...

Jadi ... pada gua... bila Perikatan Nasional telah meletakkan idea Moratorium terhadap pinjaman (loan) untuk semua sekiranya mereka menang PRU15 ... ini sudah menjadikan satu kayu pengukur untuk parti-parti gabungan yang lain.... Adakah parti-parti gabungan yang lain seperti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan atau Gerakan Tanah Air akan cuma memasukkan idea "Moratorium Terhadap Pinjaman" ini sebagai satu agenda utama didalam manifesto mereka?

Kita nantikan dan lihat.

Hahaha.....  rakyat @ pengundi sedang memerhati...



14 August 2013

Tugas Pembangkang Hanya Sekadar Membangkang?

Bhai/DeeDee sekalian...

Kadang-kadang gua cukup kesian dengan Pembangkang nih.... tak kisah la sama ada mereka aderlah pembangkang diperingkat Negeri ataupun diperingkat Persekutuan..... Kesian.... sebab nampak sangat banyak daripada tulisan dan pandangan mereka hanya sekadar membangkang.... Aderkah tugas pembangkang hanya sekadar membangkang?

Tidakkah tugas pembangkang nih lebih kepada "check and balance" serta "memberikan pandangan alternatif" dan "membentuk pemikiran lebih kreatif" lalu memberikan cadangan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu sama ader di peringkat Negeri mahupun diperingkat Persekutuan...

Tak bolehkah pembangkang menunjukkan satu sikap yang professional yang mana bukan sekadar membangkang dan mengkritik sahaja tetapi lebih kepada cuba memberikan satu opsyen terbaik dan tuntas untuk menyelesaikan permasalahan yang menimpa masyarakat, ekonomi dan negara,....

Sebagai contoh... dalam usaha untuk merancakkan ekonomi negara.... sepatutnya tugas pembangkang bukan sajer sekadar membiarkan negara terkontang-kanting dalam pasaran dunia ... tetapi berusaha menunjukkan bahawa ekonomi boleh dijanakan dengan baik dan teratur serta dirancakkan..... Ini boleh ditunjukkan dinegeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang diperingkat persekutuan....  buat la satu jalan penyelesaian.... tunjukkan lu orang mampu mentadbir dengan baik....

Jangan la dok kutuk dan kritik Kerajaan Pusat dalam macam-macam hal.... tapi kat Negeri yang sendiri tadbir tak mampu nak buat lebih baik dari aper yang dibuat oleh Kerajaan Pusat.... Jangan jadikan alasan dana negeri tak cukup.... jangan asyik jadikan alasan dana disekat diperingkat Persekutuan....

Cuba ejast tengok.... kalu pandai mentadbir... dengan dana yang seciput dan kritikal pon mampu berbuat lebih baik.... sebagai contoh lar.... kat Tok Bali Kelantan tue.... pantainyer cantik.... sampaikan ader resort dibuat disitu.... tapi cuba tengok persekitaran kawasan nak menuju ke resort tue... hancuss.... gerai bersepah tak teratur dan tak terurus.... Aper kata buat PFI (Private Funding Initative)... macam contoh.. bagi satu syarikat bangunkan kawasan tue dengan teratur... gerai kemas dan sebagainya.... dan benarkan syarikat tue caj (PBT tentukan harga siling caj tue) kepada pemilik gerai... tapi... cukai taksiran mesti dibayar oleh syarikat tue kepada PBT... dan PBT pulak boleh mengenakan caj parkir....

Baru la nampak bagoosh... kawasan terjaga dan terurus... manakalah PBT dapat mengurangkan kos pembangunan.... dan PBT masih boleh meraih cukai dan sebagainya.... kira macam Win-Win lar.... Takkan la benda simple macam nih pon tabley nak pikir kot... Opps.... hahaha.. gua lupa nak citer.... kalu geng-geng nih nak buat PFI.... hahaha... akan ader la kes jenis terkezut tengok duit banyak lalu kelabu mata.... hahahaha... aper lu ingat geng sarban takder nafsu dunya ker.... hahahaha.... kalu takder ... mesti takder isu balak keluar..... hahahaha

Nak harapkan blogger pembangkang macam ader sesetengah tue (jenis kutuk maki hamun dan carut pandai la) bagi idea.... lupakan sajer la.... blogger macam nih semua jenis tak skolah... jenis ilmu tarak.... jadi kepandaian diorang cuma kutuk, maki hamun dan carut jer..... hahahahaha..... tak gitue... hahahahaha.... Contoh blogger pembangkang (seperti yang gua storykan kat atas nih) yang kalu lu orang baca blog dier tak pernah ader satu artikel yang ilmiah pon melainkan artikel cut-and-paste jer..... hahahaha..... lu boleh baca kat sini... hahahaha

22 July 2013

Sokongan Gua Buat Kengkawan

Bhai/DeeDee sekalian.... Bagi sesiapa yang nak bagi kat awek dier ka... balak dier ka ... kad raya digital yang cute .... jangan malu dan segan.... boleh kontek member gua nih.... Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi di laman weblog dier di http://kadraya.kartunisubi.com/


Hahaha.... terbaek.... skrang gua nak tengok samer ader dua orang lagi member gua nih ader tak nak buat idea camnie....
  1. Fendi (Ronasina)
  2. NaZha Anua (Kartunster)
Aper lagie bhai... inilah masanyer menunjukkan skil lu orang .... Ubi boleh jual dengan harga RM7 jer ... takkan la lu orang tabley nak buat samer... Hahaha... Ini satu cabaran nih bhai.... hahaha...

11 June 2013

Yang Tersurat Dan Yang Tersirat (2)

Bhai dan DeeDee sekalian ... seperti yang gua janjikan.... hahaha... ini artikel tue.... hahaha... baca betul-betul dan pahamkan... benda nih banyak yang tersurat dan yang tersirat.... hahahaha...

Okeh... lu orang biasa tak nampak orang letak botol minyak enjin kat atas kereta.... ataupon botol-botol lain..... ader tak pernah nampak.... Kalu lu orang pernah nampak..... aperkah yang bermain di fikiran lu orang....

Ader orang kata kat gua.... strategi meletakkan botol minyak enjin diatas mana-mana kereta tu bertujuan nak kasi tau semua orang yang kereta tue adalah untuk dijual....

Tapi yang lawaknyer... dalam banyak keadaan... gua jarang jumpa nombor telefon tertera pada botol tue untuk memudahkan kalu betul ianya digunakan sebagai tanda orang nak jual kereta tue.... Hahaha

Tak tau la macam mana signifikannya idea tue.... Agak-agak lu aaa.. siapa yang memulakan benda nih aaa.... sebab kat mana-mana negara gua pegi.... mostly boleh jumpa benda macam nih.... Hahaha...

Takkan la Henry Ford kot yang memulakan idea nih..... Hahaha.... ker memang asalnyer idea orang Melayu yang diterima pakai oleh seluruh dunia.... Hahaha.... tapi kenapa mesti botol minyak enjin.... kenapa aaa...

Lu orang ader jawapannyer ka?? Hahaha....kasi tau la kalu lu ader jawapan.... hahaha....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1