Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Belanjawan. Show all posts
Showing posts with label Belanjawan. Show all posts

10 August 2023

Bangang Punya Idea Dari Menteri Pendidikan

Bhai/DeeDee semua...

Ntah la... gua cukup pelik dengan Menteri Pendidikan yang datangnya dari dunia guaman... Tak tahu apa yang ada dalam kepala dier... pening.... sampai nak buat kasta-kasta la pulak bab pendidikan nih... adoilah

Bab sekolah khas utk orang miskin ni, ada beberapa point.

Pertamanya, kalau boleh biar la semua pelajar bergaul dalam sekolah yang sama, kalau diasingkan macam kasta maka akan ujud stigma dan pandangan tak elok pula. Owh, ni pelajar sekolah miskin. Ini pulak pelajar dari sekolah kaya... Huhuhu

Tengok macam mana pandangan orang terhadap penghuni PPR cukup lah. Tu pun belum kita ambil kira masalah sosio budaya dan keselamatan....

Keduanya, Kerajaan nak kena bina sekolah baru ke untuk buat Sekolah Pelajar Miskin nih? Ada bajet ker? Mana nak cekau bajet? Kenapa tak nak utilize sekolah sedia ada je, banyak jer sekolah (terutama sekolah luar bandar) yang mengalami kekurangan murid dalam beberapa tahun ni. Sekolah berasrama penuh sedia ada pun boleh digunakan.

Improvise je la sistem sekolah sedia ada, nak tambah bantuan ke, nak tambah fasiliti ke, nak repair itu ini, tak perlu wujudkan sistem baru lagi... pening kepala dengan sistem pendidikan negara kita ni yang ada macam-macam aliran dan sistem. SK la... SJKC la.. SJKT la... huhuhu

Cuma kalau dari segi branding, memang la akan bagoosh... nampak gempak. "Nampak" la hasilnya ... boleh la berbangga kata ini semua adalag hasil inisiatif Kerajaan Madani. Ada nama la.

Kalau buat kat sekolah sedia ada je takde sapa nampak pula.... kan kan kan....

Huhuhu... 

Bangang betul idea dari Menteri Pendidikan nih... sampaikan pendidikan pun nak ader kasta-kasta... huhuhu...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



25 February 2023

Shahidan Kasim Menyalak Meroyan

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha.... Gua gelak besar jer bila baca benda nih... Hahahaha...

Bukan apa... dulu masa Shahidan Kasim berada dalam Kerajaan Malaysia... benda nih pun berlaku gak... masa tu dier buat senyap jer... hahaha... la nih biler dier dah jadi pembangkang... bukan main Shahidan Kasim menyalak meroyan....

Hahahaha... hadan huker la.... Hahahaha


Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) membidas kerajaan berikutan tiada peruntukan diberikan kepada ahli parlimen pembangkang dalam Belanjawan 2023.

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim berkata, ahli parlimen pembangkang sepatutnya mendapat peruntukan yang adil dan sama rata seperti ahli parlimen kerajaan kerana ia merupakan wang rakyat.

"Kami wakil rakyat, kami menang pilihan raya, kenapa hak kami dinafikan? Kami tak dapat peruntukan. Ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan dapat peruntukan, kami tak dapat. Kenapa tak dapat?

"Dalam dunia ini tak kira oposisi, tak kira kerajaan, peruntukan ahli parlimen dibagi sebab ini ialah peruntukan rakyat.

"Kalau kita nak hukum oposisi mansuhkan oposisi. Tidak perlu oposisi di parlimen ini.

"Kami bukan minta duit poket, kami minta duit rakyat itu diberi sama rata,” katanya kepada media selepas menteri kewangan Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.

07 December 2022

Ini Negara Kapir

Bhai/DeeDee semua...

Benda camnie berlaku di negara kapir... negara kapir nih kekadang lebih Islamik dari negara Islam...
Huhuhu... tapi kena penjara sikit benar ... kita sini 12 tahun kena... hahaha



Mahkamah Persekutuan Argentina menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas naib presiden negara itu, Cristina Fernandez de Kirchner, dan melarangnya memegang sebarang jawatan awam.

17 January 2021

Dahulukan Yang Lebih Dahulu

Bhai/DeeDee semua...

Gua tau bebanan tugasan yang ditanggung oleh petugas kesihatan awam di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasiliti Covid-19... Walaupun gua belum lagi pergi kesana... tapi sebelum waktu wabak lagi gua pernah pergi ke sana...

Teringat lagi gua keadaan hospital medan semasa Perang Balkan... Bagaimana kelam kabutnya mereka untuk menangani kes-kes yang ader.. nasib baik la masa tu takder wabak yang menyerang... Wabak Ebola pun belum ada lagi masa tue...

Jadi biler mengenangkan kemudahan yang teruk di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasiliti untuk menangani wabak Covid-19 dengan bebanan serta tekanan berkerja dibawah kemudahan yang tidak lengkap ... tentunya gua terasa sangat bilamana Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin bertegas nak mulakan juga pembinaan 3 dewan besar di Parlimen Pagoh seawalnya mulai 1 Mac 2020.

Pembinaan 3 dewan besar ini menggunakan peruntukan sebanyak RM35.4 juta nih pada gua selayaknya ditangguhkan dahulu dan wang itu kita gunakan untuk tambah baik kemudahan Hospital yang dikhaskan untuk mengendalikan kes wabak Covid-19.... pada gua ini lebih mustahak... ini lebih relevan... ini lebih mendesak...

Bukan bermakna kita batalkan pembinaan 3 dewan besar di Parlimen Pagoh ini... Kita faham ianya adalah untuk kemudahan rakyat... yang memang ada dalam peruntukan Bajet pembangunan sedia ader... tapi apa salahnya kita tangguh dulu dan gunakan dana sedia ada untuk yang lebih mendesak...

Nyawa lebih penting.... kekuatan anggota perkhidmatan kesihatan awam kita kena jaga... kesihatan mereka sama ada dari segi fizikal mahupun mental.... Mereka perlu kita tangangi awal... jangan sempai sudah membarah dan kronik...

Gunalah otak untuk fikir...

Sila baca luahan hati mereka disini...

Jangan sampai terhantuk baru nak terngadah....



05 November 2018

Sebelum Dan Sesudah

Bhai/DeeDee semua...

Orang politik... Kalu tak bercakap nada populis memang tak sah lar... Sebelum dapat kuasa... Bukan main lah sembang sana sini konon prihatin masalah yang dihadapi oleh golongan marhaen mustad'afin .... Sanggup makan bersila sama dengan rakyat... Sanggup berpanas berhujan bersama dengan rakyat... Malah sanggup berlakon lebih susah dari rakyat.... Yang tak pernah pegang pisau toreh getah... Siap boleh berlakon menoreh... Sentiasa mengiyakan kata-kata dan kritikan rakyat...

Tapi....

Biler dah menang dan diangkat jadi pemimpin.. Diberikan pangkat dan jawatan.... Diberikan elaun dan gaji... Diberikan segala kemudahan selayaknya dengan jawatan yang ada.... Sudah mula lupa dunia.. Malah ada yang sanggup menghina dakyat... Kononnya malas berusaha.... Kononnya rakyat bermentaliti subsidi... Kononnya rakyat hina... Kononnya rakyat bodoh..... 

Malah yang dah jadi Menteri lagi terserlah kejengkelan sikap dan perangai mereka.... Cakap-cakap pun dah meninggi diri... Yang dapat peluang terpijak calon tangkap muat macam MP Titiwangsa pun dah sembang tahap riak dan gempak.... MP Bagan Serai pon dah tak tahu yang mana satu prioriti....cakap pon dah lain beza... MP Simpang Renggam pon dah ketahuan jalannya... Cakap-cakap macam tak berpijak dibumi nyata... MP Kota Raja.... Hahaha... Pon sama gak... Tengah seronok orang salute dier hari-hari.... Tetap tak ketahuan punca gak.... hancorrrrr....

MP Langkawi memang dah perangainya macam tue... Cuma dah tua sikit ja.... Tapi pelak masih sama.... MP Bagan pon sama..., dah tak nampak keprihatinan terhadap golongan marhaen mustad'afin.... Pening aaaa... Beza sangat sebelum dapat kuasa dengan dah dapat kuasa... MP Port Dickson.... Yang ini lagi dah lama tau memang spesis tak boleh pakai sekupang pon.... Sama ada sebelum dapat kuasa mahupun dah dapat kuasa.... Hahaha..... Setakat sembang boleh la... Dia memang patut masuk penjara dulu pasai kalo dier tak masuk penjara sure susah sikit nak gerakkan rakyat untuk menjatuhkan BN.... Sebab itu lagi lama dier dalam penjara lagi bagus.... Gua pernah cakap benda ni ngan Blogger AdukaTaruna dulu....

Oh yer ... Ader satu lagi mangkuk kita jangan lupa....

MP Marang..... Hahaha.... Dier dah tak relevan dalam konteks Parlimen Malaysia.... Sebab kalo ikut peribahasa Melayu... MP Marang ni umpama "malukut di tepi gantang, ada tak melebih, tiada tak mengurang" .... Hahaha... Seduit pon takder guna.... Pembentangan Belanjawan pon boleh ngelat pi luar negara... Walhal patut yang dalam negara la didahulukan.... Orang macam ni ka nak dilantik jadi PM.... Jangan la wei... Nanti lagi ngarut dari MP Pekan yang dok keliling dunia naik jet kerajaan sana sini lagi banyak dari dok kat pejabat PM.... Elok rasanya dier tak payah balik terus ke Marang tu.... Terus duduk kat luar negara lagi bagus.... Hahaha

Cukup-cukup la tu percaya ngan Poli Tikus ..... Semua macam gampang jer..... Yang jadi mangsa... Rakyat la apa lagi.....

04 November 2018

Sepenggal Sahaja

Bhai/DeeDee semua...

Dari apa yang gua lihat dan perhatikan... Rasanya tak lama pemerintahan Pakatan Harapan menguasai kerajaan Malaysia..... Dengan apa yang berlaku... Dengan apa yang dibuat... Dengan apa yang dilaksanakan... Rasanya memang tak lama...

Itupun kalu boleh bertahan sepenggal.... silap-silap tak sampai sepenggal penuh...

Tindak tanduk serta polisi Kerajaan Pakatan Harapan tidak memungkinkan mereka akan dapat mengekalkan kuasa diperingkat pusat bagi satu jangkamasa yang lama... Rakyat pula sudah konfiden untuk menukar kerajaan yang memerintah tanpa memberikan masalah...

Persoalannya... Rakyat memang dah tak percaya kepada UMNO.... Tapi.... Nak harapkan kepada PAS rasanya pun payah.... Dalam keadaan jadi Ahli Parlimen pun Abdul Hadi Awang selaku pemimpin utama PAS tak tahu nak membezakan tugas dia sebagai wakil rakyat sampaikan tak hadir Pembentangan Belanjawan 2019 di Parlimen sebab nak handle kuliah dhuha dan solat Jumaat di Rusila dan naik flight ke Luar Negara sebelah malamnya... Sure nanti kalu jadi PM ... Lagi tak ketahuan dia punya planning...

So... Siapa kita nak harapkan??? 

Korang jangan ingat Anwar ibrahim akan mementingkan rakyat... Sebab belum apa-apa dier dah tunduk kepada Raja-Raja Melayu dan Cukong Cina di Hongkong..... Nampak sangat la..... Kes Abrar dulu pon kelaut jadinya...

Hahahaha....

Rakyat Malaysia perlu satu parti baru... Dan pemimpin yang boleh lead Malaysia untuk keberjayaan.... Setakat ni tak ada dan jumpa lagi..... Mampuih...


03 November 2018

Subsidi Bersasar

Bhai/DeeDee semua ...

Semalam Kerajaan Malaysia telah membentangkan belanjawan untuk tahun  2019. Gua layan semua sesi pembentangan ni... Dari aper yang gua lihat.... ader banyak kepincangan dalam belanjawan tersebut terutamanya tentang inisiatif subsidi bersasar....

Disini gua nak bagi cadangan gua bagi menyelesaikan isu subsidi bersasar ini..

TOL :

Masalahnya : Gua paham kalu nak hapuskan tol sepertimana yang ramai mintak, satu perkara yang agak membebankan... Boleh kita hapuskan... tapi penggunaan tandas dan kemudahan di setiap Hentian Sebelah atau RnR akan dikenakan caj. Amacam? Ader berani ka mau bayar semua ni? Gua jamin takder sorang pon akan bayar... Sebab dah biasa dapat percuma... Wei... takder benda yang percuma la bhai... semua tu dibayar oleh kos tol yang dikutip....

Penyelesaiannya : Gua cadangkan dibuka 2 lorong khas tol hanya untuk kereta tempatan (Proton / Perodua / Naza) dimana hanya kenderaan jenama ini sahaja dibenarkan guna lorong ini untuk membayar tol... Dan bayaran tol bagi semua kenderaan buatan tempatan adalah 50% dari bayaran tol yang biasa....  Ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan kenderaan nasional.

Manakala bagi kenderaan biasa yang lain hendaklah melalui satu lorong khas supaya bayaran tol biasa dapat dikenakan....

Bagi kenderaan mewah (kereta 2.3 cc keatas) pula.... ada satu lorong yang khas untuk mereka supaya kadar tol tinggi dapat dikenakan kepada mereka-mereka ini (yang sememangnya mampu membayar) dimana bayaran tol adalah satu setengah kali ganda dari bayaran biasa.

Untuk kenderaan asing (Singapura / Thailand), mereka kena melalui satu lagi lorong khas dimana mereka dikehendaki membayar harga tol 2 kali ganda dari harga biasa. Dan lebihan daripada nilai tol ini (pada kadar biasa) hendaklah dimasukkan kedalam Tabungan Khas Infrastruktur Awam (TKIA) yang akan dipantau dan diaudit oleh Kementeria Kewangan, LHDN dan Jabatan Audit Negara.

Kesimpulan : Dengan cara ini subsidi bersasar bagi tol dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.


MINYAK :

Masalahnya : Cukup banyak ketirisan dan penyalahgunaan minyak yang berlaku selama ini yang menyebabkan subsidi Bahan Api tidak mencapai matlamatnya.

Penyelesaiannya : Semua pihak yang ingin mendapatkan subsidi bersasar bagi bahanapi Petrol dan Diesel perlulah mendapatkan satu kad khas daripada Kementerian dimana saya cadangkan ianya boleh dibekalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dimana setiap permohonan kad khas ini (iBahanApi) akan disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh LHDN. Dan kad ini akan memberikan akses kepada pembelian bahanapi Petrol atau Diesel bersubsidi sekitar 100 hingga 150 liter sahaja sebulan bagi satu kad untuk kereta. Bagi pemilik kad iBahanApi untuk motorsikal, kita boleh hadkan penggunaan minyak petrol sebanyak 50 liter sebulan.

Kenderaan asing (Singapura atau Thailand / Brunei) pula hanya dibenarkan membeli bahanapi Diesel Euro5 keatas atau RON97 keatas pada kapasiti 30 liter bagi sekali isi sahaja (bukan full tank) bagi mengelakkan penyeludupan bahanapi.

Kesimpulannya : Untuk melakukan pembelian, perlulah disertakan sekali Kad iBahanApi ini dengan MyKAD untuk tujuan pengesahan dan penyemakan. Ini bagi mengelakkan salahguna dah ketirisan. Secara mudahnya, setiap pemilik kad iBahanApi ini akan dipertanggungjawabkan atas penggunaan kad tersebut. Denda dan hukuman sewajarnya perlu diatur bagi kesalahan menyalahgunakan kad iBahanApi ini. Sasaran pengguna kad iBahanApi ini adalah B40.


PEMANTAUAN

Bagi tujuan aduan dan pemantauan pula, Kerajaan perlulah menyediakan satu aplikasi khas yang membolehkan pengguna apps tersebut membuat laporan dan mengambil gambar photo atau video bagi pembuktian mana-mana salahlaku subsidi bersasar ini. Gua berani jamin ramai rakyat Malaysia akan menjadi sukarelawan pemantauan ini atas dasar patriotik.

17 October 2010

Lanchiau

Bajet Seluar Dalam yang diumumkan oleh Najib Razak baru-baru nih memang lanchiau... mana taknyer... mengabihkan duit buat benda mengarut... ader ker patut nak buat menara 100 tingkat ..... wei... banyak la tengkorak lu... ofis space kosong bercambah merata di Lembah Kelang...

Satu soalan gua nak tanya lu... lu ingat orang nak sewa ker ofis space yang berharga RM200 sekaki persegi tue... wei... saper larat...

Lain la kalu bagi sewa satu lot RM200 sebulan... baru la ader masyuk... Kat Kemaman nih.. ruang ofis pada harga RM200 pon tak ramai yang nak sewa... banyak yang kosong,.. hahaha... Orang lagi suka sewa rumah kedai la bhai... senang... nak bukak pukul berapa... nak tutup pukul berapa pon boleh... hahaha

Nih sewa ofis kat bangunan 100 tingkat... pergh... buatnyer jadi macam kes "The Towering Inferno" tue... tak ker mampus... hahaha..

Patutnyer.. duit yang nak dijoli katak buat bangunan tue... lebih bagus digunakan untuk menambah baik kemudahan kesihatan di Malaysia... Lu tengok contoh ni bhai... Wad Kanak-Kanak di hospital.... takder entertaiment.. ader TV.. tapi tak dibuka... jadi bebudak tue stress jer sepanjang tempoh rawatan.... gua amik contoh di Hospital Kemaman nih bhai...

Aper salahnyer dionkan jer TV tue... bukak siaran kartun ker... at least... lupa la skit bebudak tue ngan sakit diorang... terhibur la... tak pon employ la satu jawatan khusus (badut) untuk entertain bebudak di wad kanak-kanak tue... ini tidak... dengan misi (nurse) yang muka asik masam semedang tue... lagi stress bebudak tue...

Nasib baik la ader doktor yang friendly kanak-kanak macam Dr Khusnie di Hospital Kemaman nih... at least relax skit bebudak di wad kanak-kanak tue...

That's way la pada gua... idea joli katak buat bangunan 100 tingkat yang takder pekdah tue.... memang lanchiau.... lanchiau sungguh la...

Kalu rasa nak buat sesuatau yang glamer... dan dikenali (disebut-sebut) diseluruh dunia... baik buat bangunan yang macam dalam gambar bawah nih... hahahaha... lanchiau...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1