Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Mental. Show all posts
Showing posts with label Mental. Show all posts

16 June 2023

Jangan Berlebih Masa Siasatan

Bhai/DeeDee semua...

Ada banyak cara nak dapatkan maklumat semasa siasatan... Ader cara keras ... ader cara lembut... Tapi banyak orang pilih nak gunakan cara keras untuk mendapatkan maklumat...

Gua lain...

Gua akan dapatkan maklumat semasa siasatan dengan cara paling lembut... paling tak mencederakan... paling cool...

Ini memang gua amalkan sejak sekian lama...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ


Siasat Sampai Mati


31 December 2022

Jangan Sampai Ianya Terjadi Di Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Korang mungkin tatau yang warga pendidik terutamanya guru atau cikgu yang mengajar di sekolah terutamanya sekolah milik kerajaan amat terdedah dengan tekanan... Penderaan mental amat kuat berlaku terutamanya di sekolah rendah... dimana kumpulan pentadbir (Guru Besar / Pengetua) terlalu berikan tekanan kerja dan tugasan buat para cikgu.... sehinggakan kerja hakiki cikgu ini terganggu dan terabai..

Kalu nak citer detail panjang sangat.... tapi kalu korang rajin... bersembang lah dengan mana-mana guru... terutamanya yang mengajar di sekolah rendah... Bab jadi eksperimen jangan cerita la... macam-macam kena.... Sekolah Amanah la... Sekolah Kluster Kecemerlangan la... macam-macam jenis sekolah.... dan kekadang tu satu sekolah pun terlibat dalam banyak kategori...

Yang jadi mangsa... cikgu dan murid...

Cuma kita harap sangat la benda yang berlaku di Jepun nih takkan terjadi di Malaysia.... walaupun sebenarnya dah memang terjadi pun.... tapi itu la... kita still tak dapat nak elakkan benda nih..

Apa pun... harapan utama gua... jangan sampai dah kronik baru nak nampak.... baru nak amik tindakan... masa tu dah tak berguna.... pegawai di PPD (terutamanya Nazir) dan JPN sampai yang kat Putrajaya banyak yang cakap jer pandai... suruh handle kelas 35 orang pun takkan boleh punya..

Sembang je lebih...


Bilangan guru sekolah awam di Jepun yang mengambil cuti selama sebulan atau lebih kerana mengalami masalah kesihatan mental mencecah lebih 10,000 orang buat kali pertama pada tahun akademik 2021, lapor akhbar The Mainichi kelmarin.

Pendedahan itu dibuat menerusi satu tinjauan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Jepun pada 26 Disember lalu.

Bagi tahun persekolahan 2021, seramai 10,944 guru sekolah awam mengambil cuti panjang selama sebulan atau lebih kerana masalah kesihatan mental termasuk kemurungan. 

Ia merupakan peningkatan sebanyak 15.2 peratus atau 1,448 orang berbanding tahun akademik sebelumnya. 

Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun percaya bahawa punca keadaan itu adalah masa bekerja yang panjang. 

Ia merupakan masalah berterusan di sekolah selain di samping isu peningkatan beban kerja guru muda.

Tinjauan tersebut melibatkan kira-kira 919,900 guru di sekolah rendah awam, menengah rendah, menengah atas dan keperluan khas serta institusi lain seumpamanya di seluruh Jepun. 

Sementara itu, daripada 10,944 guru yang mengambil cuti jangka panjang tersebut, seramai 5,897 tenaga pengajar mengambil cuti lebih 90 hari, yang merupakan had am cuti sakit diperuntukkan kepada mereka.

22 December 2022

Sudah Sampai Masanya ...

Bhai/DeeDee semua...

Gua berpandangan... sudah sampai masanya Abdul Hadi Awang dihantar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan atau Tampoi...  Sebab kalu kita tak semak tahap kesihatan mentalnya... ditakuti macam-macam benda ngarut lagi yang akan dikeluarkan oleh Abdul Hadi Awang....

Bab Dewan Ulama PAS nih.... depa mana ader tulang belakang... benda ngarut pun depa dok angkat jugak selama nih... bukan sekali dua... tapi banyak kali...

Kita tau la perlu hormat guru... tapi kalu guru pun dah makin wayar... wajarlah diambil tindakan... jangan dok main setuju ja... kena semak balik... Dewan Ulama pon dah dok kejar politik ja... bukan patutnya lebihkan kepada Agama... perlu dahulukan Agama atas segala sesuatu.... bukan terbalik kot macam la nih...

Adoilah...

Jahanam aaa...

PDRM dah patut boleh kutip Abdul Hadi Awang atas statement hasutan yang makin kerap dier buat... Islam terancam la... Komunis la... Kapir Harbi la....  patut kutip dan simpan sekejap supaya mental Abdul Hadi Awang jadi waras balik.... itu pon kalu boleh waras la... sebelum makin kronik lagi kesan hasutan yang Abdul Hadi Awang nih buat...

PDRM sila ikut nasihat Majlis Raja-Raja Melayu...


Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menganggap seseorang berdosa besar jika tidak mengundi kerana pergi ke Mekah mendapat sokongan daripada dewan ulama parti itu hari ini.

Menurut sayap utama PAS berkenaan, kenyataan Abdul Hadi itu adalah tepat dan perlu dilihat seperti seorang guru yang mendidik anak muridnya.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ahmad Yahya juga berkata mereka berpandangan kenyataan dibuat Abdul Hadi itu membuktikan betapa beruntungnya rakyat di negara ini hidup dalam masyarakat yang dipimpin oleh "para alim ulama yang mursyid."

Kata Ahmad kenyataan Abdul Hadi semalam bukanlah bertujuan untuk menyangkal keutamaan ibadah umrah, sebaliknya mengutamakan ummah secara menyeluruh.

Tan Sri Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) menulis menyampaikan teguran ibarat seorang guru yang mendidik anak muridnya.

"Pedih untuk diterima tetapi begitulah hakikatnya. Tiada siapa boleh mengubah prinsip keutamaan yang digariskan oleh syarak," katanya.

Semalam Abdul Hadi membuat kenyataan dengan menganggap seseorang yang ke Tanah Suci dengan meninggalkan pilihan raya sebagai berdosa besar.

Ahli parlimen Marang itu juga mengaitkan hujahnya dengan suasana perang dan menggambarkan bahawa Islam di negara ini sedang diancam oleh pihak tertentu.

Seperti selalu dia turut mengaitkan kenyataan politiknya dengan DAP dan suasana pilihan raya yang didakwanya membabitkan penyertaan besar-besaran orang bukan Islam berbanding orang Islam.

"Kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelusuk dunia yang jauh dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam tanah air kita ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya yang menjadi wadah perjuangannya, walaupun mereka mengeluarkan belanja sendiri.

"Malangnya, orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus," kata Abdul Hadi.

11 November 2022

Wirid DAP Sampai Kojol

Bhai/DeeDee semua...

Gua dah lama saspek Lobai Abdul Hadi Awang nih ader wayar putus kot kat mana-mana..... hari-hari tak abis wirid DAP DAP DAP DAP .... hahaha... dari isu Komunis la.. dari isu anti-Melayu la.. dari isu anti-Islam la... aper lagi yang tak di dalilkan oleh Abdul Hadi Awang...

Makin tak waras dah gua nampak... Kuat benar saka yang hinggap kat dier nih... Hahaha

Nih siap marah DAP letak ramai calon Parlimen dan DUN dari kalangan orang Melayu.... patut suka la orang Melayu dah sedikit demi sedikit kuasai DAP ... ini tidak... siap tak puas hati lagi.... Hahaha

Kesian betul la.... Hahaha... 
Risau takut nak kojol nanti mulut masih wirid DAP DAP DAP DAP ... bukan wirid Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah .... huhuhu

Nauzubillah...



02 May 2021

Jangan Tanya Orang Gila, Nanti Dapat Jawapan Gila

Bhai/DeeDee semua...

Masa gua kecik dulu... ader sekeluarga orang kampung yang ada masalah mental.... Senang cakap ... Gila... Satu famili... emak, bapak, anak lelaki 3 orang... anak perempuan 2 orang ... sekeluarga ader masalah mental..

Jadi masa kecik dulu... kami dibagitau.... jangan tanya soalan apa-apa ngan depa nih... sebab kalu tanya juga... memang akan dapat jawapan gila...  dan silap-silap kami yang akan giler membandingkan jawapan yang diberikan oleh orang gila tue...

Maka... sepertimana dahulu kala... kini pon sama lah jugak..

Jangan tanya soalan atau amik komen dari orang gila... nanti ko akan dapat jawapan atau komen yang giler gak... Kalu nak amik gak... pastikan amik jawapan atau komen ko selepas orang gila tue amik ubat dier.... selagi dier tak amik ... maka jangan tanya...

Sebab biasanya jawapan yang diberikan memang mengarut... tambah lagi kalu bukan bidang dier... hahaha.... macam kat bawah nih.... tanya pasai ekonomi.... memang la hancuss.... hahahaha



26 April 2021

Mesti Lupa Makan Ubat Sahur Pagi Tadi?

Bhai/DeeDee semua...

Adoilah... tak boleh blah betul la ngan statement Abdul Hadi Awang nih... Pening aaa... Wartawan pun la... boleh tak jangan tanya Abdul Hadi Awang soalan.... tambah lagi time Abdul Hadi Awang dilihat meraban ntah apa-apa... mesti dia lupa makan ubat pada waktu sahur pagi tadi....

Huhuhu...

Adoilah...



25 January 2021

Gila Punya Guru Besar

Bhai/DeeDee semua..

Benda nih sebenarnya adalah satu "Open Secret" .... banyak sekolah terlibat buat kerja gila nih...  bilamana sesi persekolahan dari 7.30 pagi sampai 4.30 petang....  bukan setakat anak murid (pelajar) yang penat tapi cikgu-cikgu pun penat...

Giler betul la pentadbir sekolah-sekolah tue semua...

Ingat kalu sesi persekolahan start pukul 7.30 pagi ... murid-murid dan cikgu bangun pukul berapa agaknya?? Jangan ingat murid-murid dan cikgu ini dekat dengan sekolah... Seingat gua ader guru yang tak dapat berpindah sekolah yang dekat dengan rumahnya... dan cikgu nih terpaksa memandu dari Dungun ke Chukai, Kemaman setiap hari.... jarak masa perjalanan hampir 1 jam sehala dalam keadaan normal tanpa jem..

Murid-murid pun ramai yang duduk jauh... naik basikal... berjalan kaki... malah ader yang terpaksa menaiki sampan.... Pukul berapa mereka mesti bangun pagi... dan pukul berapa pula mereka sampai kerumah kalu kelas terakhir adalah pukul 4.30 petang....  masa bila mereka nak menyiapkan latihan yang diberikan... masa bila pula mereka nak belajar kelas agama atau lain-lain...

Waktu malam kalu tidur lewat dari pukul 10 malam sudah agak bahaya ketiduran esoknya..

Ntahlah... Guru besar nih tak berfikir agaknya... Sekolah anak perempuan gua hari-hari balik pukul 5 petang.... dah banyak kali dibawa isu ni ke mesyuarat PIBG tapi takder hasil... kesian tengok pelajar dan guru-guru yang terlibat... 

Tak patut sebenarnya membebankan murid dan guru-guru sampai begitu sekali.... kena la rasional sikit... jangan sampai exhausted.... payah nantinya..





19 January 2021

Permai Ini Apa? Bantuan Dana Atau Hospital Mental?

Bhai/DeeDee semua..

Satu perkara yang jelas diperlukan sebagai penjelasan dari pihak kerajaan adalah... Pakej Permai yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yasin baru-baru ini adakah hanya sekadar sembang-sembang kosong penyedap minda atau sebenarnya bantuan dana?

Sebab setakat yang diketahui... takder yang signifikan dengan Pelan Pakej Permai tersebut untuk warga Malaysia terutamanya yang bukan kakitangan awam atau yang bermajikan... Bagi sebahagian besar warga Malaysia yang bekerja sendiri sama ada berniaga kecil-kecilan ataupun yang melakukan kerja rencam (odd job), pendapatan mereka biasanya kais pagi makan pagi...

Ianya tidak tetap... ada time boleh la banyak sikit.. tapi dalam banyak keadaan dan masa... ianya langsung seperti makan angin... kosong... takder apa-apa....

Nak harapkan bantuan dari pihak berwajib dan Kerajaan.... macam serupa anjing menyalak bukit... takder aper-aper yang boleh diharap.... banyak mimpi dari realiti... tambah lagi jika yang meminta itu lain fikrah politiknya... Ingat... di Malaysia... lu orang akan ditimpa musibah kalu silap memilih atau menyokong....  malah dalam banyak keadaan... walaupun pilihan parti telah tepat.... yang memimpin adalah parti yang lu orang sokong... tapi sebab lu bukan siapa-siapa... takder kepentingan pihak Kerajaan nak bantu atau tolong..

Melainkan lu orang ader kabel dan dekat dengan pimpinan parti.... itu pon nasib... dalam banyak keadaan... pastinya semua akan kena sailang... kena cantas... bodoh-bodoh jer kena cantas... bodoh-bodoh je jadi mangsa...

Sebab itu sepanjang PKP 1.0 ... seramai 268 orang telah mengambil keputusan membunuh diri mereka akibat dari kesan PKP 1.0 secara langsung atau tidak langsung.... Ramai daripada mangsa ini mengalami masalah kewangan yang kritikal... yang seterusnya menyebabkan rumah tangga mengalami masalah.... yang akhirnya tekanan yang tak mampu ditahan lagi.... mengambil jalan (kata orang adalah mudah) membunuh diri...

Ada beberapa kes membunuh diri ini juga melibatkan warga minor (anak-anak kecil) yang terpaksa juga diambil nyawanya oleh ahli keluarga yang sama... Aderkah Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri Kabinet Malaysia ambil cakna perkara ini... Aderkah mereka tahu... Tipulah kalu mereka tak baca berita dalam media... malah perkara ini juga viral dalam media-sosial.... ambil contoh seorang Jururawat di Kampar, Perak yang telah membunuh dirinya dan 2 orang anaknya yang masih kecil (berumur dibawah 12 tahun lelaki dan perempuan) ...

Ader PM ambil tahu??

Sebab itu gua nampak... Plan Pakej Permai yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah lebih kepada Pakej Hospital Permai (dahulunya dikenali sebagai Hospital Gila Tampoi) ....ini semua mental...

Sebab takder aper signifikan Pakej Permai ini sebenarnya untuk rakyat Malaysia yang terbanyak... zero, zilich, nada, nol, kosong.... Huhuhuhu






17 January 2021

Dahulukan Yang Lebih Dahulu

Bhai/DeeDee semua...

Gua tau bebanan tugasan yang ditanggung oleh petugas kesihatan awam di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasiliti Covid-19... Walaupun gua belum lagi pergi kesana... tapi sebelum waktu wabak lagi gua pernah pergi ke sana...

Teringat lagi gua keadaan hospital medan semasa Perang Balkan... Bagaimana kelam kabutnya mereka untuk menangani kes-kes yang ader.. nasib baik la masa tu takder wabak yang menyerang... Wabak Ebola pun belum ada lagi masa tue...

Jadi biler mengenangkan kemudahan yang teruk di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasiliti untuk menangani wabak Covid-19 dengan bebanan serta tekanan berkerja dibawah kemudahan yang tidak lengkap ... tentunya gua terasa sangat bilamana Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin bertegas nak mulakan juga pembinaan 3 dewan besar di Parlimen Pagoh seawalnya mulai 1 Mac 2020.

Pembinaan 3 dewan besar ini menggunakan peruntukan sebanyak RM35.4 juta nih pada gua selayaknya ditangguhkan dahulu dan wang itu kita gunakan untuk tambah baik kemudahan Hospital yang dikhaskan untuk mengendalikan kes wabak Covid-19.... pada gua ini lebih mustahak... ini lebih relevan... ini lebih mendesak...

Bukan bermakna kita batalkan pembinaan 3 dewan besar di Parlimen Pagoh ini... Kita faham ianya adalah untuk kemudahan rakyat... yang memang ada dalam peruntukan Bajet pembangunan sedia ader... tapi apa salahnya kita tangguh dulu dan gunakan dana sedia ada untuk yang lebih mendesak...

Nyawa lebih penting.... kekuatan anggota perkhidmatan kesihatan awam kita kena jaga... kesihatan mereka sama ada dari segi fizikal mahupun mental.... Mereka perlu kita tangangi awal... jangan sempai sudah membarah dan kronik...

Gunalah otak untuk fikir...

Sila baca luahan hati mereka disini...

Jangan sampai terhantuk baru nak terngadah....



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1