Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

16 June 2023

Jangan Berlebih Masa Siasatan

Bhai/DeeDee semua...

Ada banyak cara nak dapatkan maklumat semasa siasatan... Ader cara keras ... ader cara lembut... Tapi banyak orang pilih nak gunakan cara keras untuk mendapatkan maklumat...

Gua lain...

Gua akan dapatkan maklumat semasa siasatan dengan cara paling lembut... paling tak mencederakan... paling cool...

Ini memang gua amalkan sejak sekian lama...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ


Siasat Sampai Mati


26 May 2021

Pesawat Pengintipan Israel Di Ruang Udara Putrajaya?

Bhai/DeeDee semua...

Gua tahu semalam kecoh bab pesawat pengintip Israel yang katanya berada di ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura...

Huhuhu.... 

Benda ni biasa jer ... tak terkejut pon... tambah lagi ianya adalah pesawat komersial Boeing 737-400 yang telah diubahsuai... dan terbang pula diatas ketinggian 30 ribu kaki... sure CAAM dan ATC dah bagi kebenaran... dan sure ATM (TUDM) dah alert pasai ni...

Biarkan la TUDM buat pemantauan depa... takkan semua nak publish dalam Sosmed... bab Menteri Pertahanan lembab sangat nak bagi kenyataan.... wei... bab Genting Highland punya kasino beroperasi pun dier tatau apa lagi mau tanya pasai pesawat pengintipan Israel ni....

Sudahlah #PMmengakuBodoh ... sure la takkan ader Menteri Kabinet yang lebih pandai dari #PMmengakuBodoh ni... tak logik sungguh la....



13 May 2013

Pembunuh Upahan - Apa Motifnya

Bhai.... Untuk pengetahuan lu orang... ader 3 jenis pembunuh upahan yang ader dalam dunia nih.... Gua pernah diajar mengenai isu nih.... isu berkaitan dengan pembunuh upahan..
  1. Pembunuh upahan berbayar - jenis yang nih memang hanya pikir pasai duit.. saper bayar lebih dier akan uruskan pembunuhan untuk pembayar tue... cumanya dalam banyak kes... ader dikalangan pembunuh upahan nih berpaling tadah dan membunuh orang yang mengupahnyer... sebab sasaran (target) membayar 2 kali ganda untuk counter assignment tue
  2. Pembuuh upahan beridealisma - jenis nih boleh sama ada dibayar atau juga percuma kerana dier melakukan pembunuhan tue berasaskan idealisma... Contohnyer.. jika dier nih anti pemurtadan... dier akan amik assignment untuk membunuh orang yang menganjurkan kempen murtad.. .
  3. Pembunuh upahan psikotik - jenis yang ini pulak adalah jenis pembunuh upahan hati kering.... dier akan bunuh sasaran dier tanpa banyak soal atau bayaran... dier bunuh pasai dier seronok dapat membunuh... Dier nih memang spesis gila....
Okeh.... walau aper pon jenis pembunuhan yang dilakukan oleh mana-mana klasifikasi pembunuh upahan... motif pembunuhan tetap ada....dan motif ini ditentukan oleh orang yang memberikan assignment kepada pembunuh upahan tersebut.... orang yang membayar....

Jadi... ader beberapa kategori pembunuhan yang biasa dilakukan oleh pembunuh upahan...
  1. Membunuh dengan senjata api (tembak secara berdepan)
  2. Membunuh dengan senjata tajam / tumpul (pisau, parang, pedang, kayu besbol, kayu golf)
  3. Membunuh dengan tali (menjerut)
  4. Membunuh dengan plastik atau bantal (melemaskan)
  5. Membunuh dengan air (melemaskan)
  6. Membunuh dengan racun / dadah.
  7. Membunuh dengan mencampakkan dari atas tempat tinggi.
  8. Membunuh dengan peledak (bom kereta, bom kalungan bunga, gas masak dipasang timer)
Persoalannya yang ingin gua ketengahkan aderlah..... aperkah motif disebalik pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam di Putrajaya baru-baru nih.... Aderkah motifnya berkaitan dengan rampasan... balas dendam ... atau kerugian berpuluh juta.... mana satu motifnya....


04 May 2013

PANAS : Kita OT Hari Ini

Bhai... Baru sebentar tadi gua dimaklumkan terdapat banyak kakitangan beberapa Kementerian yang bekerja lewat malam hari nih... Nampaknyer slogan "Kita OT Hari Ini" memang dimanfaat sepenuhnya oleh kakitangan nih..

Cuma yang pelik... Kenapa hanya sebilangan kecil orang sahaja terlibat... Dan kenapa perlu berahsia tentang kerja lebih masa nih... Takkan la OT pon nak bolot sorang-sorang... Hahaha... Kasi chan la kat kengkawan lain...

Yang lagi lawak tue... Yang buat OT hari ini bukannyer kakitangan bahagian pentadbiran atau operasi... Tapi kakitangan bahagian kewangan dan perolehan... Aik... Takkan la ader tender nak kena setel dalam sehari dua nih.... Hahaha

Ker memang sajer OT hari ini pasai nak hilangkan trace.. Hilangkan jejak... Hilangkan bukti... Hahaha.... Relaks lar...

Kalu yer pon banyak sangat buat kerja haram tue... Tak payah la nak cover-up... Allah Taala tau... Lambat laun kena gak... Hahaha...

UPDATE 9 Malam : Najib Razak berkempen dalam TV3... giler punya kerja... dan yang lagi best... ader puak sedang pindahkan berkotak-kotak dokumen la nih kat satu bangunan di Putrajaya... hahaha... tak best la kalu gua bagitau nama bangunan tue.... hahaha... Sila pantau skit.... hahaha

So ... Keluarlah Mengundi...


29 April 2013

Adnan Mansor Pasti Menang Di Putrajaya

Bhai.... Okeh... gua kasi lu orang satu senario... Camnie....keputusan pengiraan undi bagi Parlimen Putrajaya (16 ribu lebih pengundi) gua berani jamin yang ianya akan paling lambat diumumkan oleh SPR kalu Adnan Mansor kalah... tapi kalu Adnan Mansor menang bergaya... pastinyer itulah keputusan yang paling awal SPR akan umumkan...

Same goes to Parlimen Gelang Patah... Kalu Lim Kit Siang kalah... memang tak sampai setengah jam SPR akan publishkan kemenangan Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah tue.... tapi kalu Lim Kit Siang menang.... hahaha... mau pukul dua atau tiga pagi baru umum.... Hahaha....

Tapi.... dengan SPR yang gua tak konfiden boleh berlaku adil, telus dan saksama nih... gua rasa aaa.... Adnan Mansor pasti menang di Putrajaya... macam mana boleh menang.... hahaha... Wei.. lu ingat SPR bodoh sangat ker aaa... Dah 12 kali handle Pilihanraya Umum... sure diorang dah tau camana nak manipulate undi....

Tambah lagi lu ingat Najib Razak nak bagi PR menang dengan senang ker... walaupun momentum dan sentimen rakyat agak tinggi.... tapi.... kalu ader ramai yang takmo nak turun mengundi... lupakan sajer... Kalu lu nak tau.... SPR bajet kali nih yang keluar mengundi paling tinggi pon sekitar 85%..... sebab itu la diorang dah prepare bajet nak handle undi "magic" ....

Tapi kalu yang keluar mengundi lebih dari 92%.... mau terbongkang SPR nak sediakan undi "magic" nak kasi tally dengan bilangan pengundi..... hahahaha....  Aper-aper pon.. pastikan yang keluar mengundi tue lebih dari 93%.... okeh....

Gua akan balik mengundi di P070 Kampar dan N042 Tualang Sekah.... Adik beradik, mak bapak gua dan gua laki bini akan mengundi nanti... dan biasa kitorang akan mengundi ROKET dari dulu lagie.... hahahaha......

Bapak gua pernah jadi ahli KMM... dan dia jugak aderlah bekas orang besar dalam Parti Buruh sebelum diharamkan.. pastue masuk Perikatan... dan dah lama masuk dalam PAS (sejak Hizbul Muslimin)....  Mak gua dulu ahli PKM, ahli Parti Buruh... lepas tue jadi ahli DAP sampai skarang.... Adik beradik gua semua PAS .... dan gua plak pernah duduk dalam UMNO dan skrang dalam PAS (sejak 1985)...

Hahaha.... masak la BN kali nih.... hahaha

28 April 2013

Rakyat Nasihat Mahathir Mohamed 'Balik India'

Bhai..... Kalu tanya 10 orang golongan muda yang berjiwa merdeka dan berfikiran terbuka di Malaysia la nih.... golongan muda yang warganegara.... golongan muda yang celik patriotismanya... golongan muda yang faham apa kepentingan politik dan siasah di Malaysia.... pastinya 9 daripada mereka akan memberikan nasihat begini...

Rakyat nasihat Mahathir Mohamed 'Balik India' .... hahahaha .... ataupun 'Balik Kerala' lar...

Betul... semua orang akan nasihat Mahathir Mohamed... sebelum lagi banyak lawak merapu yang Mahathir Mohamed buat... sebelum lagi banyak nyanyuk Mahathir Mohamed buat.... sebelum Mahathir Mohamed memalukan diri dier.... rakyat nasihatkan Mahathir Mohamed sila 'balik india' ....

Hahahaha...... amacam... ader stuju???

Dan ini nasihat baek punya dari gua buat cybertroopers UMNO/BN ..... hahaha...

Ceramah Kempen PRU13 oleh Husam Musa di Putrajaya (26 April 2013)


Mahathir nasihat Husam 'balik Kelantan'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa, yang juga anggota exco dalam kerajaan sementara PAS di Kelantan, sepatutnya menyelesaikan masalah negeri berkenaan sebelum menjadi calon di pusat pentadbiran negara itu.

"Sehingga itu, duduk diam-diam di Kelantan. Itu tempat anda. Perbaiki tempat anda dan contohi presint Putrajaha. Bina pejabat yang baik dan rumah untuk orang tempatan yang bekerja dalam sektor awam,” kata Mahathir.

Selepas itu, barulah Husam boleh memohon untuk bekerja di Putrajaya dan naik pangkat sedikit demi sedikit, kata Mahathir lagi dalam satu ceramah ketika berkempen untuk penyandang kerusi tersebut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,734 undi dalam pilihan raya umum 2008.

Pada masa itu, Putrajaya menjadi kawasan parlimen paling kecil dengan hanya 6,608 voters. Ia amat ketara berbanding kawasan Kapar yang merupakan kawasan parlimen terbesar dengan 144,369 pengundi. Pengundi Putrajaya kini berjumlah 15, 798 orang, meningkat kepada hampir 140 peratus yang kebanyakannya merupakan penjawat awam.

Oleh yang demikian, golongan berkenaan, dan juga kawasan Putrajaya secara umumnya dianggap sebagai kawasan penyokong BN.

Dalam ceramah di Putrajaya itu, Mahathir juga membandingkan negeri Kelantan, yang diberi nama jolokan Serambi Mekah, dengan Putrajaya dan Kuala Lumpur yang menurutnya dicemburui masyarakat Islam dunia. Mahathir seterusnya mempersoalkan sama ada Kelantan layak digelar negeri Serambi Mekah sedangkan bekalan air di negeri tersebut “tidak boleh diminum”.

Dalam ucapannya kepada 1,000 orang itu, Mahathir juga menggesa agar pengundi memastikan Husam tewas dalam pilihan raya umum 5 Mei. Majlis itu berlangsung susulan kehadiran lebih 6,000 orang di ceramah yang turut disertai Husam dan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Jumaat malam lalu.

Hishammudin Hussein Sudah Cuak

Bhai..... Gua memang tau yang Hishammudin Hussein nih bangang...  walaupun dier aderlah Menteri yang jaga KDN (dimana gua slalu berurusan)... tapi rasa gua kebangangan Hishammudin Hussein nih tak melambangkan tahap intelek kakitangan KDN.... Gua tak nafikan ramai kakitangan KDN yang samer bangang macam Hishammudin Hussein nih... tapi bilangan diorang tak la seramai mana.... kebanyakkannyer berlegar kat puncak kuasa jer dalam KDN...

Naik pangkat pon pasai kuat bodek dan ampu...... yang jenis lurus bendul dan tegas... langsung takder chan nak naik pangkat ker mender.... kaki penjilat dan pelahap ramai yang duduk dipuncak kuasa dalam KDN.... hahaha....  yang bodoh dan bangang pon ramai jugak dari kalangan yang dipuncak kuasa dalam KDN nih.... hahaha.... jangan mare aaa... gua citer benda betul.... hahahaha ....

Okeh... kalu ikut statement Hishammudin Hussein yang dibaca bulat-bulat nih....  Hishammudin Hussein nih marah biler Husam Musa kaitkan kematian Timbalan KP Kastam kerana isu rasuah... dan katanya tindakan Husam Musa nih menyinggung perasaan penjawat awam...  l

Walhal .... memang semua orang tahu..... yang Malaysia nih memang juara rasuah.... dan ader tiga jer punca Timbalan KP Kastam nih mati dibunuh.... sama ada.

  1. Timbalan KP Kastam nih tahu banyak pasai rasuah dikalangan pihak tertentu yang mengelak untuk membayar cukai dan duti eksais kastam
  2. Timbalan KP Kastam nih tahu siapa dalang utama (serta orang yang backup) dalam banyak kes mengelak dari membayar cukai dan dutu eksais kastam
  3. Timbalan KP Kastam nih tau siapa dalang yang menipu dalam urusan permit impot (AP)
Kalu nak katakan Timbalan KP Kastam nih ader masalah kewangan dengan Ah Long.... gua tak percaya... sebab Ah Long takkan bunuh orang yang berhutang dengannyer... tapi Ah Long akan culik dan ugut wang tebusan... itu jer modus operandi stendet Ah Long...

Kalu modus operandi pembunuh upahan (assassin/hitman) nih.... semuanya semata-mata balas dendam atau menutup kes/cerita..... sebab biler ader yang dah mati... mesti orang lain yang ader maklumat dan tahu (mulanya berani nak amik tindakan buat laporan kepada SPRM)... terus tak jadi nak amik tindakan....

Tak payah jauh.... lu orang sorot balik kes pembunuhan Jalil Ibrahim (akauntan Bumiputra Merchant Finance di Hong Kong sekitar tahun 1983) dulu.... kes 30 tahun dulu yang tak selesai lagi... dan takder saper berani nak siasat lebih lanjut isu rasuah dan salahguna kuasa nih.... it's all untuk cover-up...

Tapi kes Timbalan KP Kastam nih tak sama dengan kes Dr Joe Fernandez (abang Tony Fernandez Air Asia) yang mati ditembak di Bukit Mertajam dulu tue (sekitar tahun 2000)..... yang itu kalu ader masa nanti gua storykan citer disebalik tabir yang hanya sebilangan kecil orang jer tau...... hahahaha


27 April 2013

Nasihat Gua Buat Cybertroopers BN

Bhai.... Nih gua nak nasihatkan Cybertroopers BN ... tak kisah lu orang level cap ayam ka... atau cap master ka.... tolong aaa... tolong jangan memalukan calon-calon BN .... tambah lagi calon bagi kerusi Parlimen.... tolong aaa jangan kasi malu sama bos lu...

Penat aaa bos lu orang bayar duit..... hahaha... betul... beratus malah mungkin beribu-ribu ringgit... tapi... kalu lu orang memalukan tahap dewa bos lu orang tue... kesian la dier kat kempen dier....

Nak tau aper yang gua citerkan nih... sila tengok 6 gambar nih... 3 yang pertama aderlah dari event ceramah P146 oleh calon Barisan Nasional Razali Ibrahim nih.... di kubu kuat BN iaitu di Muar...

Kredit Gambar Azmi APA

Kredit Gambar Azmi APA

Kredit Gambar Azmi APA

Dan ini pula gambar ceramah dan kempen PRU13 di P125 oleh calon Pakatan Rakyat ... Husam Musa .... di kubu kuat BN iaitu Putrajaya

Kredit Gambar Tak Tau Saper Punya

Kredit Gambar Tak Tau Saper Punya

Kredit Gambar Tak Tau Saper Punya

So.... amacam.... jadi kesimpulannyer.... tolong aaa cybertroopers BN ... tolong aaa jangan memalukan calon BN lu orang ker.... sori aaa..... PR tak perlu buat konsert percuma pon orang datang berduyun-duyun... tak perlu panggil PSY nyanyi Gangnam Style dan abis buta-buta RM2 juta....... cukup jer Nik Aziz dan Husam Musa ader atas pentas berduet... hahaha.. sure laku punya...

Adnan Mansor tulur sudah masuk ke dalam la nih........ hahahaha

Sementara tue.... layan dan fahamkan lirik lagu nih.... hahaha.... Angin Perubahan ... harapnyer jangan menang sorak jer la... yer tak.... pastikan semua worang undi PR (PAS/PKR/DAP/PSM/SNAP)

26 April 2013

Bila Gangster Kuasai Putrajaya

Bhai..... Gua selalu pergi ke Putrajaya... dari sebelum ianya disiapkan .... masa bangunan rumah PM tue belum siap lagi gua dah selalu pi sana naik scrambler... hahaha.. amik gambar sana sini... sampailah dah siap... nampak macam best jer duduk kat persekitaran Putrajaya.... kawasan perumahan tak berpagar... semua cuba dilingkungi oleh pokok bunga dan pokok pagar...

Memang rasa selamat jer duduk kat Putrajaya.... aman dan sentosa... tapi....

Tapi biler tau gangster sudah kuasai Putrajaya... sampaikan Timbalan Ketua Pengarah Kastam pun boleh dibunuh oleh pembunuh upahan.... yang best lagi tue... lokasi pembunuhan tue berhampiran lampu isyarat IPD Putrajaya.... pergh... berani betul lar buat kat kawasan polis tue...

Aper dah jadi nih.... tau la selama nih yang jadi Ahli Parlimen Putrajaya tue gangster... dan tokeh judi (ader saham dalam syarikat judi)... tapi takkan la sampai semua anggota gangster dah diimport masuk kot.... itu hari kat Presint 11 ader gangster BN yang mengamuk macam bangang....  aper nih...

Al Fatihah...


Aper citer nih????

Kalu tanya orang BN... mesti diorang akan kata ini semua salah Anwar Ibrahim.... hahahaha.... budus betul lar.... hahaha....

25 April 2013

Pembangkang Selamanya

Bhai.... gua dah terlibat dengan politik nih sejak dari 1985 ... sudah menjadi ahli parti politik diusia muda belia.... dan sepanjang masa nih... gua cukup tahu dan masak dengan sepak terajang dan strategi politk... dan gua cukup masak dengan kerenah wartawan dan media... tambah plak gua selalu jadi wakil media bagi pihak-pihak yang membayar khidmat gua....


Itu aderlah gua... kalu ader soalan dari media yang gua rasa macam bola tanggung (biarpon gua cukup hangin dengan soalan tue)... gua akan jawab "no comment" .. itu jer... walaupun berkali-kali gua ditanya soalan yang samer... Ianya bertujuan supaya tidak mengusutkan lagi masalah... tambah plak kalu kes berkaitan dengan mahkamah dan undang-undang... gua seboleh-bolehnya tidak akan memberikan apa-apa komen agar tidak mengganggu proses keadilan dan menghina mahkamah...

Tapi itulah gua.... walaupun tak glamer maner macam para pemimpin Pakatan Rakyat... tapi biasa gak terdedah dengan situasi perangkap macam nih oleh media.... jadi gua sentiasa berhati-hati... cover my back...

Cumanyer.... gua cukup pelik biler ramai pimpinan atasan Pakatan Rakyat... tak kisah la Anwar Ibrahim ka.. Karpal Singh ka.. Lim Kit Siang ka... Hadi Awang ka... Nik Aziz ka... Lim Guan Eng ka... Khalid Ibrahim ka... Azmin Ali ka... Azizan Razak ka... Haron Din ka.... atau sesiapa sajer la... selalu sangat menjadi BODOH dan BANGANG biler berhadapan dengan media dan wartawan....

Kenaper selalu sangat memberikan peluru kepada musuh... kenaper selalu sangat menyusahkan semua orang... KENAPA BODOH SANGAT????...

Lu orang nih nak jadi pembangkang selamanya ker.... takkan la tak minat nak jadi pemerintah.... mmmm... tapi kalu ikut aper yang lu orang selalu buat nih... nampak sangat la lu orang memang selesa duduk dikerusi pembangkang.... sungguh...baik isytihar jer bagi kemenangan free kat BN pada PRU13 nih...

Ini macham kalu... gua rasa lu orang tak layak lar untuk pegang pentadbiran Putrajaya... sebab lu orang lebih bangang dari puak-puak UMNO/BN......

Dan satu lagi.... buang maser jer lu orang berkempen.. kuar modal beli banner... beli bendera... dan sebagainyer... sebab tak payah la semua tue... pasai kekalahan Pakatan Rakyat pada PRU13 nih bukan sebab kerja kempen tak kuat.. bukan sebab pengundi hantu... bukan sebab ditipu SPR.... bukan sebab teknikal mender...

tapi kalah pada PRU13 sebab...

PEMIMPIN ATASAN PAKATAN RAKYAT YANG BANGANG SANGAT BAGI STATEMENT BANGSAT DAN MENYUSAHKAN PARTI PADA WARTAWAN DAN MEDIA ARUS PERDANA.


Nih ader satu lagu yang ditujukan khas buat Pakatan Rakyat (terutamanya PAS)....  dinukilkan oleh pengomen yang mau dikenali sebagai (.Y.)

Gugusang hari-hari indah bersamamu
Pakatang...
Bangkitkan kembali
Rinduku mengajakmu
Ke sana (Putrajaya)

Inginku berlari mengejar seribu bayangmu
Pakatang...
Tak peduli kan ku terjang
Biar pun harus kutembus Padang jawa

Tiba-tiba langkahku terhenti
Sejuta tangang telah menahang ku mengundi
Ingin ku undi PAS mereka berkata

Tak perlu kau mengundi
Mengejar impian (Putrajaya) tak pasti
Hari ini juga mimpi
Maka biarkan ia terlentang

Di hatimu UG..
Di hatimu UG..

13 April 2013

SENSASI : Lawak Orang Tua Nyanyuk

Bhai.... Lu tau kan... Itu hari masa Lim Kit Siang cabar Mahathir Mohamed bertanding lawan dier di kerusi Parlimen Gelang Patah (kubu kuat MCA nih).... Mahathir Mohamed bukan main pengecut takdee tulurnyer kata takmo bertanding... Pasai kononnyer dier dah pencen... Dan dier suruh Lim Kit Siang pencen gak dari politiknyer.... Hahaha... Yang lagi best tue semua pencacai UMNO/BN dok bekap Mahathir Mohamed yang takder tulur tue.... Hahahaha...

Rupa-rupanya... Mahathir Mohamed tue samer jer takder tulurnya dan cakap tarak srupa bikin macam PapaGomo @ PapaTulur.... Hahaha.... Nak buat camana.... dah orang tua nih nyanyuk... jadi tindakan dier dah jadi lawak aaa....  Pasai apa gua citer camnie... Hahaha

Pasai... Memang sohih Mahathir Mohamed sedang cuba masukkan nama dier sebagai calon PRU13 di kerusi Parlimen Putrajaya..... Hahahaha.... Siap ader deal ngan Adnan Mansor lagi....

Aik... Itu hari cakap sudah pencen lar... Sudah lama bersara pa.... Hahaha... Tapi ader hati mau tunjuk power untuk bertanding di Parlimen Putrajaya..... Hahaha... Awat Mahathir Mohamed takut nak lawan Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.... Takkan tulur sudah kucut kot...

Johor dan Putrajaya samer jer senario politiknya... Kononnya kedua-dua kawasan nih memang kubu kuat BN... Takkan la pengecut sangat lar saekor negarawan ulung Malaysia nih... Hahaha... Gelang Patah aderlah kubu kuat BN... Samer gak ngan Putrajaya.... So.... Kasi chan la Adnan Mansor (mamak yang perasan dier berdarah sultan tue) lawan sama Husam Musa... Mahathir Mohamed lawan la Lim Kit Siang.... Baru la nampak macam anak jantan...

Baru la boleh pegang status negarawan ulung.... Kalu tidak... Maka samer jer takder tulur macam PapaGomo jer..... Hahaha....

P/S : Buat Bhai COBOL... Senarai calon-calon yang enam orang tabley pakai (yang gua nak tuliskan hari tue) dalam PR tue aderlah seperti berikut:
  • Haron Din
  • Mansor Othman
  • Shamsul Iskandar Mohd Akin
  • Mustafa Kamil Ayub
  • Nik Abduh Nik Abdul Aziz
  • Loh Gwo Burne
Err... kalu nak diikutkan memang lagi ramai... tapi takper la... cukup dengan 6 orang nih dulu... Dan gua pasti.. pasai list nama nih... mesti ramai yang akan flood dan tibai blog gua nih... dan mesti ader yang berbulu ngan gua sampaikan akan sanggup kata gua nih pro-BN.... hahaha.... gua takder hal lar.... hahaha... Tambah lagi geng-geng YuGi .... hahahaha.... mesti terbakor betul lar...... hahaha

Oops.... ader orang tue akan melompat.... lompat la awal-awal skit... jangan menyusahkan orang lain... hahaha

P/S/S : Kalu nak sangat jadi calon PRU13 ... sila lengkapkan dulu kriteria nih....  hahahaha

28 February 2013

Runtuhlah Kamu Sebelum Kamu Diruntuhkan

Bhai... Gua rasa aaaa... Kita patut saman Ultraman dan Raksaksa pasai suka sangat meruntuhkan macam-macam kat Malaysia nih.... Payah aaa camnie... Susah betul...

Ingat murah ker kos nak buat jambatan flyover nih... Kalu tak campur kos rasuah bagai... baru sejuta jer... Tapi biler campur semua rasuah... Dah jadi lapan belas juta:... Saper nak tanggung nih...

Surat saman sumer kiter boleh antar kat pemilik Ultraman .... Tsuburaya Group...

Nih gambar sebenar waktu kejadian di Putrajaya hari nih....

TERKINI: JKR menyalahkan PKNS atas runtuhnya jambatan ini. Ianya didedahkan TV3 dalam Buletin Utama baru sebentar tadi.

22 January 2013

Lain Diminta Lain Yang Dapat

Bhai.... gua biasa lepak dengan kawan-kawan yang berlainan kaum dan bangsa.... Dalam tugasan kerja gua seharian... memang gua berpeluang untuk berjumpa dan berinteraksi dengan macam-macam jenis orang... Ikut keperluan dan ikut tugasan... Kalu tugasan gua berkaitan dengan kerja hakiki... tengok pulak kerja hakiki yang mana satu....

Orang macam gua nih ader banyak kerja hakiki... hahaha... nak buat camana la bhai...

So... biler gua berurusan dan berinteraksi dengan kaum India di Malaysia nih... rata-rata keluhan yang gua dapat dengar aderlah dalam isu dianaktirikan terutama sekali dalam bidang pendidikan .... Memang gua tak nafikan isu bidang pendidikan untuk kaum India agak terkebelakang.... Kita ader bantyak jugak sekolah Tamil.. tapi kebanyakan daripadanya begitu daif dan memalukan.

Sungguh... walaupun telah lebih 56 tahun negara ini mencapai kemerdekaan, namun keadaan sekolah tamil banyak yang masih lagi seperti tahun 60'an. Ader yang tiada lantai simen, Ada yang tiada dinding... Kalu lu tarak percaya.. sesekali tue jalan-jalan la cuti-cuti Malaysia.... tengok pi sampai ke estet berbagai...

Sebagai warga Malaysia (Jus Soli)... mereka berhak untuk mendapat kemudahan pendidikan yang setaraf... Tapi malangnyer... pihak yang bertanggungjawab keatas kepentingan kaum India di Malaysia nampaknya memang lebih mementingkan diri mereka sendiri... mementingkan keglameran...  Bila mana kaum India menjerit meminta perubahan pada sistem pendidikan peringkat rendah aliran Tamil ini dipertingkatkan... aper yang mereka dapat... Yilleks... Nehi...

Tapi ... dek kerana nak glamer berbagai... pihak yang bertanggungjawab nih... bagi benda lain... benda yang dah ader banyak...  iaitu buat Kuil (Kovil).... buta plak yang terhebat dan terbesar... walhal... benda yang paling utama dikesampingkan.... pendidikan terabai... tapi kuil gempak....  hahaha... lain diminta lain yang dapat.....

Feel dan perangai kaum Melayu yang dibawa oleh UMNO nih jugak dibawa oleh MIC... memamg lawak... Biler UMNO tak pentingkan pendidikan bangsa Melayu (yang dipentingkan buat banyak-banyak Masjid besar tapi nak dapat lebih dari 1 saf waktu sembahyang subuh pun perit) ... perangai yang samer ditiru oleh MIC (buat banyak kuil yang besar... tapi orang yang nak gunakan aderlah seciput)

Mereka nih lupa... bahawa kaum India di Malaysia perlukan anjakan paradigma dan transformasi dalam bidang pendidikan Tamil sejajar dengan Dasar Pendidikan Negara...  sebab itulah diorang kecoh nak buat kuil terbesar dan terhebat di Putrajaya... walhal.... takder satu pon sekolah aliran Tamil di Putrajaya.... hahahaha


Gua tau... mesti ader ramai yang pelik pasai aper tetiba jer gua menulis citer tentang kaum India dan kuil.... Hahahaha... relaks la bhai.... gua setuju dan percaya... bahawa semua kaum di Malaysia berhak mendapat apa yang sepatutnya untuk mereka berdasarkan undang-undang dan perlembagaan serta kontrak sosial yang telah dipersetujui lebin 56 tahun dulu..

Kita semua adalah anak Bangsa Malaysia.....

16 January 2013

#Perhimpunan Aman : Mana Lagi Bahaya?

Bhai.... gua takmo nak citer panjang dalam artikel kali nih... cukup rasanyer gua bagi dua contoh artikel nih.... dan kedua-duanya adalah perhimpunan aman... satu yang BN buat... satu yang PR buat.... dan kedua-duanya jugak terdapat kanak-kanak bawah umur 15 tahun hadir bersama ibubapa mereka...

Soalan gua.... yang mana lagi bahaya....




Himpunan Sejuta Belia 2012 (Putrajaya)





Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 (Stadium Merdeka)


So ... kepada PDRM dan Peguam Negara... sila guna otak .. jangan guna kapla lutut... dua-dua event nih termaktub bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.... dan kedua-duanya ader budak kecik join samer...  So... guna otak yer.... cukup la balachi dan pencacai UMNO/BN jer takder otak.... hahaha...


02 January 2013

Rosmah Mansor Bakal Bertanding Di...

Bhai.... Gua dapat info dari beberapa informer... diorang cakap.. Rosmah Mansor kiter nih dier memang ahli Wanita UMNO... dan dengan keahlian dier tue... Rosmah Mansor kini menjadi pilihan ramai ahli Wanita UMNO untuk menggalas jawatan Ketua Wanita UMNO ... jawatan besar tue... hahahaha

Walaupun tiada pertandingan dalam masa terdekat untuk kerusi Ketua Wanita UMNO... tapi... dengan kes Shahrizat Jalil yang teruk terpalit dengan tahi kes lembu ... maka berkemungkinan besar slot yang dikhaskan untuk Ketua Wanita UMNO itu akan diberikan kepada Rosmah Mansor...

Persoalannya sekarang nih.... dikawasan DUN atau PARLIMEN manakah Rosmah Mansor akan bertanding.... adakah di negeri kelahirannya di Negeri Sembilan... atau Rosmah Mansor akan bertanding di Putrajaya.... Jika Rosmah Mansor bertanding di Putrajaya... peluang dier nak menang aderlah tinggi... tapi... aderkah Adnan Mansor akan memberikan Rosmah Mansor peluang itu...

Yang pasti... mesti para balachi Adnan Mansor sedang kecut perut biler mendengar perkhabaran ini.... Hahaha... Aper-aper pon... gua stuju Rosmah Mansor bertanding... biar dier tahu berapa glamerkah dier dan aperkah dier boleh menjadi seorang ADUN atau Ahli Parlimen yang baik dan bertugas untuk rakyat...

Hep Hep Horrey.... Rosmah Mansor...

Sebagai memberikan sokongan.... gua lampirkan disini produk pakaian berjenama BigMomma Plus (nasib baik satu plus jer... kalu plus plus... dah jadi tiru gua la.... hahaha)


18 December 2012

Tengku Joe Dah Datang

Bhai... Start minggu lepas lagi Tengku Joe dah datang bertandang ke Pantai Timur nih terutamanya di daerah Kemaman dan Kuantan... Biler sajer Tengku Joe datang... Orang ramai biasanyer malas nak keluar rumah... Dan malas gak nak travelling... Hari sentiasa mendung jer.... Sebab Tengku Joe dah datang.... Hahaha....

Siapa Tengku Joe.... Hahaha .... Tengku Joe adalah nama timangan kepada musim tengkujuh... Musim hujan... Dulu... Sekitar tahun 90'an ader satu drama bertajuk Tengku Joe yang dilakonkan oleh Faizal Hussein Abu Hassan.... Citer pasai seorang mekanik yang orang gelar Tengku Joe... Rupanya dier bukan Tengku... Tapi lahir dalam musim tengkujuh.... Hahaha

Jadi... Sebab tue la... Ader sorang mamak yang duduk di Putrajaya dan jadi Ahli Parlimen kat situe walaupun menggelarkan dirinya Tengku... Tapi hanya orang bangang jer yang salute dier sebagai tengku... Yang bijak semua gelakkan dier jer... Sebab mana mungkin mamak boleh ader gelaran tengku.... Hahaha...

So.... Aper citer nih... Gua dengar kalu kita speeding dalam hujan lebat... Kamera AES tabley nak tangkap gambar kita... Betul ker.... tapi kali kena tangkap pon dek AES... Dengar citer JPJ dah tarik balik saman AES pasai dokumen tak lengkap.... Biar betul.. Abis tue bagi yang dah bayar camana... Ader refund ker?... Atau di bring forward untuk saman akan datang... Hahahaa

Aper citer nih....

29 August 2012

Mighty Morphine Power Rangers

Bhai..... Hahaha... hari nih gua sibuk ngan kerja kat opis... sampai tak sempat nak amik pot ngan isu-isu semasa dalam Malaysia... hahaha.... tambah plak call yang berduyun-duyun masuk memaki hamun gua pasai gua dok asyik tibai isu UG... hahaha... amender la diorang nih.... awat yang panas hati sangat... biasa la.. kalu dah terjebak bidang politik ka... artis ka... mesti la telinga kena tahan skit... hahaha

Cuma satu jer yang gua rasa gua paling rugi termiss.... biler maner gua tak perasan pon Mighty Morphine Power Rangers dah terlepas kat Malaysia dan masuk ke Mahkamah Sesyen Putrajaya.... hahahaha.... macam mana la gua boleh missed.... hahaha....

Cuba lu tengok kat gambar kat bawah nih.... hahahaha...


Aper macam.... kelakar kan.... ini macam kalu... patutnyer dua orang anggota PDRM yang dituduh membunuh Altantuya dulu patut guna teknik yang samer untuk cover-up muka diorang... patutnyer diorang kalu tak pakai topeng Mighty Morphine Power Rangers....pakai la topeng Sponge Bob ker aper ker...


Kalu diorang nak pakai topeng Chubaka pon orait gak.. cuma gua rasa diorang tak layak pakai topeng Darth Vader.... hahahaha



Ini macam kes amukan kat JPM di Putrajaya akan selesai dengan cepat... dan pastinya Muhdalina dan arwah si Khalil Afandi akan diklasifikasikan sebagai sakit mental... dan hukuman cuma dihantar sama ader ke Tg Rambutan atau Tampoi..... hahaha...  dari gaya Muhdalina nih... gua berani jamin itulah kesudahannyer... hahahaha

Motif Dan Sasaran

Bhai.... lu masih ingat tak kepada kes misteri berkaitan individu bernama Khalil Afandi dan Muhdalina.... ala... blogger JayaNegara tue yang mengamuk kat JPM Putrajaya haritue.... Rasanyer dah dekat 2 bulan dah kes nih berlaku.... aper agaknyer dah jadi aaa...

Takkan sampai la nih Polis masih dapat dalam selesaikan siasatan... takkan lar sampai la nih Polis masih tak tau aper motifnyer Khalil Afandi dan Muhdalina nih pi bawak pedang samurai dan mengamuk kat Jabatan Perdana Menteri kat Putrajaya tue..

Takkan la sampai hari nih Polis tak dapat kenalpasti siapa sasaran Khalil Afandi nih.... punya la teruk... aper nih.... Mana ader orang yang mengamuk kat mana-mana yang takder sasaran dier... mesti ader la... ader sebab la dier mengamuk kat sana...

Dan lagi... misteri kes nih pon sampai hari nih tak terjawab... kenapa isteri dier tak bagi sanak sedara lawat jenazah Khalil Afandi... kenaper plak perlunya urusan pengebumian dijalankan dengan berahsia... kenaper plak.. takder sanak sedara atau ibu bapa Khalil Afandi yang hadir masa urusan memandikan, mengkapankan dan mengebumikan jenazah... Kenaper perlu berahsia...

Aper sebenarnya motif dan sasaran Khalil Afandi nih.... kenaper suami Muhdalina dan isteri Khalil Afandi boleh menghantar kedua-dua suspek ke JPM Putrajaya dan terus meninggalkan mereka disana... Aper kaitan isteri Khalil Afandi dengan suami Muhdalina... Dimana Khalil Afandi mendapatkan pedang samurai.... Macam mana pulak dengan pisau pemotong daging...

Banyak sangat misteri dalam kes Khalil Afandi nih.... dan ianya akan kekal misteri sampai biler-biler sehinggalah UMNO/BN dapat dikalahkan... masa tue baru la kita akan dapat semua maklumat.... Kes Khalil Afandi nih samer sebijik ngan kes Al Maunah... terlalu banyak misterinyer.... terlalu banyak putar belitnya....

Atau.... memang kedua-dua kes nih aderlah mainan UMNO/BN sebagai "art of diversion" ...... kiter tunggu jer la...

Baca Sini

26 July 2012

20 Hari Telah Berlalu

Pergh bhai... dah 20 hari dah masa telah berlalu.... 20 hari bhai... dah lebih 2 minggu... dah kira lebih dari stendet tahanan reman punya masa.... hehehe.... tak tau la kalu bawah Akta Darurat.. yang boleh pi sampai 60 hari.... hehehehe...

20 hari telah berlalu bhai dari tempoh kejadian amuk di JPM Putrajaya.... Suspek Khalil Afandi dan Muhdalina telah berjaya ditumpaskan... Khalil Afandi "kononnyer" telah kembali kerahmatullah.... Muhdalina kini masih lagi dihospital....

20 hari telah berlalu... tapi haram sampai hari nih kiter tak tau aper motif serangan dan siapa sasaran serangan kes amuk di JPM Putrajaya tue...  Polis yang menyiasat kes nih senyap jer tanpa berita ker amender ker...  takkan lama sangat nak buat siasatan...

Atau... sebenarnya skrip masih tak siap sepenuhnya....

Macam statement suami Muhdalina la itu hari... mola-mola ditemuramah... dier kata dier tak tau pon isteri dier terlibat.. dan dier tak tau pon isteri dier pi rumah Khalil Afandi.... dier tak tau pon yang isteri dier ader berkawan ngan Khalil Afandi...

Tapi separuh jalan citer... konon dier duduk serumah ngan Khalil Afandi la pulak... tapi tak tau yang isteri dier ikut Khalil Afandi pi serang JPM Putrajaya.... hahahaha....

Last citer itu hari... dier bagitau yang dier sendiri yang antar isteri dier ngan Khalil Afandi pi JPM Putrajaya.... dier pergi ngan isteri Khalil Afandi....

Lagi lawak... biler urusan pengebumian dilakukan oleh PDRM .. ahli keluarga tak join samer... alasan isteri tak bagi pegi... buat plak tengah malam.... aper daaa.... banyak sangat kelentong dan tipunyer.... Wei.. kitorang nak tau motif dan sasaran suspek lar.... takkan itu pon susah kot..... bagero....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1