Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kementerian Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Pendidikan. Show all posts

14 June 2023

Nak Kelentong Pun Agak-Agak La

Bhai/DeeDee semua...

Data terkait pendidikan memang boleh disemak... Datanya ada... public record... tak perlu nak buat siasatan bagai... semuanya dah ada...

Jadi... nak sembang dan nak kelentong pun agak-agak la...

Kalu terkantoi karang malu... Huhuhu...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Anwar Ibrahim sila jawab


31 December 2022

Jangan Sampai Ianya Terjadi Di Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Korang mungkin tatau yang warga pendidik terutamanya guru atau cikgu yang mengajar di sekolah terutamanya sekolah milik kerajaan amat terdedah dengan tekanan... Penderaan mental amat kuat berlaku terutamanya di sekolah rendah... dimana kumpulan pentadbir (Guru Besar / Pengetua) terlalu berikan tekanan kerja dan tugasan buat para cikgu.... sehinggakan kerja hakiki cikgu ini terganggu dan terabai..

Kalu nak citer detail panjang sangat.... tapi kalu korang rajin... bersembang lah dengan mana-mana guru... terutamanya yang mengajar di sekolah rendah... Bab jadi eksperimen jangan cerita la... macam-macam kena.... Sekolah Amanah la... Sekolah Kluster Kecemerlangan la... macam-macam jenis sekolah.... dan kekadang tu satu sekolah pun terlibat dalam banyak kategori...

Yang jadi mangsa... cikgu dan murid...

Cuma kita harap sangat la benda yang berlaku di Jepun nih takkan terjadi di Malaysia.... walaupun sebenarnya dah memang terjadi pun.... tapi itu la... kita still tak dapat nak elakkan benda nih..

Apa pun... harapan utama gua... jangan sampai dah kronik baru nak nampak.... baru nak amik tindakan... masa tu dah tak berguna.... pegawai di PPD (terutamanya Nazir) dan JPN sampai yang kat Putrajaya banyak yang cakap jer pandai... suruh handle kelas 35 orang pun takkan boleh punya..

Sembang je lebih...


Bilangan guru sekolah awam di Jepun yang mengambil cuti selama sebulan atau lebih kerana mengalami masalah kesihatan mental mencecah lebih 10,000 orang buat kali pertama pada tahun akademik 2021, lapor akhbar The Mainichi kelmarin.

Pendedahan itu dibuat menerusi satu tinjauan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Jepun pada 26 Disember lalu.

Bagi tahun persekolahan 2021, seramai 10,944 guru sekolah awam mengambil cuti panjang selama sebulan atau lebih kerana masalah kesihatan mental termasuk kemurungan. 

Ia merupakan peningkatan sebanyak 15.2 peratus atau 1,448 orang berbanding tahun akademik sebelumnya. 

Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun percaya bahawa punca keadaan itu adalah masa bekerja yang panjang. 

Ia merupakan masalah berterusan di sekolah selain di samping isu peningkatan beban kerja guru muda.

Tinjauan tersebut melibatkan kira-kira 919,900 guru di sekolah rendah awam, menengah rendah, menengah atas dan keperluan khas serta institusi lain seumpamanya di seluruh Jepun. 

Sementara itu, daripada 10,944 guru yang mengambil cuti jangka panjang tersebut, seramai 5,897 tenaga pengajar mengambil cuti lebih 90 hari, yang merupakan had am cuti sakit diperuntukkan kepada mereka.

16 December 2022

Bila Ada Cikgu Yang Rasis

Bhai/DeeDee semua...

Jangan ingat hanya bebudak sekolah jer rasis (perkauman) dan ekstremis.... tapi cikgu dan guru besar / pengetua pon ader yang berperangai sama.... Benda nih bukan sajer berlaku di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan... tapi juga berlaku di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan... SRJK (C) dan SRJK (I) ... serta di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaaan (SMJK)

Malah kat Sekolah swasta (persendirian) rendah dan menengah pon ader...

Bukan takder kes sesama Cikgu yang rasis... malah kes Cikgu Rasis yang dibekap oleh Pengetua Rasis pun ader.... macam dalam kes di SMJK (C) di Mersing dulu....

Sebenarnya ketegasan di peringkat Kementerian Pendidikan amatlah perlu... tapi kita kena pertegaskan juga diperingkat Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perpaduan... Perlu ader penegasan yang kuat... Ini semua berbalik kepada sistem kerakyatan...

Sepatutnya ... mana-mana yang rasis bagai tue... Kerajaan Malaysia boleh jer amik tindakan tegas ... sama ada gantung kerakyatan atau buang terus kerakyatan... supaya yang terlibat tu boleh berakal sikit... Dengan cara nih baru la pelaku nih akan sedar kesalahannya... kalu masih terus dibiarkan tanpa tindakan tegas... benda nih akan sentiasa membarah...

Jangan tengok yang membuat tue dari bangsa apa... jangan pilih kasih...  amik ja tindakan tegas keatas pelaku semua nih.... paling cikai pon sumbat ja kedalam barang seminggu dua... kasik depa sedar diri sikit...


Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tindakan tegas dan bekerjasama dengan pihak polis bagi membendung insiden perkauman dan ekstremisme di sekolah, kata menterinya Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata KPM mengutamakan pembinaan sahsiah dalam kalangan pelajar melalui budi pekerti, sahsiah dan integriti, yang merupakan salah satu daripada tujuh fokus utama kementerian itu.

“Kami mahu anak-anak ini membesar dalam konteks keharmonian, dalam persekitaran sekolah yang selamat kerana kami percaya dengan membina adab, sahsiah dan integriti mereka, ia akan dapat mengatasi isu seperti ekstremisme.

“Seperti mana kita tidak berkompromi dalam isu buli dan gengsterisme, kita juga tidak akan berkompromi dalam isu perkauman dan ekstremisme.

“Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kanak-kanak selamat di sekolah dan oleh itu, jika terdapat sebarang ancaman perkauman atau pelampau, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius dan kita pastinya akan bekerjasama dengan polis untuk membendung perkauman dan ekstremisme daripada berlaku di sekolah,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, Fadhlina mengumumkan cadangan untuk mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) seperti termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996.

Bagaimanapun, dia berkata senarai nama ahli majlis itu belum dimuktamadkan.

25 September 2021

Guru Anti-Vaksin : Mengajarlah Dalam Gua

Bhai/DeeDee semua...

Guru-guru yang anto-vaksin nih selayaknya hanya mengajar murid-murid yang juga anti-vaksin... Itu selayaknya... dan masalahnya macam mana nak sediakan prasarana untuk diorang mengajar murid-murid anti-vaksin secara bersemuka (bukannya secara PdPR)?

Jawapannya...  

Untuk guru dan murid-murid anti-vaksin... boleh la belajar dalam gua batu... hahaha



22 September 2021

Satu Persoalan?

Bhai/DeeDee semua...

Satu persoalan yang boleh kita fikirkan bersama adalah apakah pendekatan untuk guru tak vaksin... Aderkah kita nak biarkan sahaja mereka langsung tak mengajar secara bersemuka? Adakah kita mahu membiarkan mereka mengendalikan hanya PdPR walaupun Covid-19 nih dah jadi "endemic"...

Atau kita bagi option kepada mereka untuk meninggalkan perkhidmatan perguruan?

Banyak sebenarnya yang kita kena lihat, kaji dan semak..... Keputusan tuntas kita kena buat... 

Beberapa hari lalu Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (Page) menggesa kerajaan mempertimbangkan tawaran skim pemisahan sukarela (VSS) untuk guru-guru yang menolak vaksin tanpa alasan munasabah.



12 August 2021

Kerja Gila Kementerian Pendidikan Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Mari kita ambil kira senario ini.... senario dimana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bercadang nak buka kembali sesi persekolahan secara bersemuka.... macam biasa pada 1 September 2021 ini...

Katalah sebuah sekolah itu mempunyai pelajar seramai 800 orang.
Kakitangan sekolah pula adalah sekitar 45 orang tak termasuk 4 orang Jaga dan 6 orang kakitangan kantin.

Jika berlaku jangkitan Covid-19...

800 keluarga pelajar juga akan dikira kontak rapat... termasuklah juga 55 orang kakitangan sekolah, jaga dan kantin...  ini bermakna 855 keluarga adalah kontak rapat..

Katakanlah setiap keluarga ini mempunyai 4 orang anggota keluarga... ini bermakna 3420 orang perlu dikuarantin .... ini belum lagi kalu ader ibu bapa yang tak perasan mereka adalah kontak rapat... dan mereka pula telah pergi ke pejabat....

Bagaimana pula bilangan kontak yang lainnya.... ramaikan...

Jadi ... kebodohan apakah Menteri Pendidikan yang gila nak bukak sekolah pada 1 September 2021 ni?? Adoilah.



06 June 2021

Menteri Pelajaran Pun Kuat Menipu Gak Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Biasa kalu ader pengagihan dibuat... mestila wartawan akan warwarkan dalam media elektronik atau media cetak... Mesti akan ader sorotan pengagihan tu dalam siaran Berita ....

Tak logik pengagihan tu dibuat senyap-senyap tanpa dapat dikesan mana-mana media.... Takkan la takmo nak buat "Public Exposure" ... takkan la VIP atau YB pon takmo nak tumpang letak muka konon ada simple majlis pemberian laptop nih...

Memang tak lojik betul... Dalam portal Yayasan Hasanah pon takder video penyerahan dan pengagihan nih...

Lawak siot la cover-up nih... nak sembang pon agak-agak la wei ... tetiba jer kata dah bagi 12 ribu unit.... hahaha..

P/S : Kalu brani... bagitau la nama sekolah yang muridnya dapat tue... boleh la orang buat semakan.... ahahaha



22 April 2021

Ini Kerja Gila

Bhai/DeeDee semua...

Maaf... gua tak terkata apa bab ini melainkan hanya mengatakan bahawa ini kerja gila.

20 March 2021

Apa Cerita Laptop Rakyat?

Bhai/DeeDee semua...

150 ribu laptor dijanjikan untuk para pelajar kita oleh YB Menteri Kewangan... Ini cerita dalam Dewan Parlimen... sepatutnya bukanlah satu berita palsu ... Ianya telah diluluskan oleh Parlimen dalam Bajet 2021...

Tapi ... beberapa hari lagi kita akan masuk bulan April 2021... dan tak lama lagi PDPR akan ditamatkan... dan para pelajar akan sepenuhnya masuk kembali ke sekolah dan belajar secara bersemuka...

Dan kita masih tak tahu apa yang berlaku dengan bajet yang memperuntukkan pembelian dan pengedaran 150 ribu laptop seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan...

Usahkah cerita laptop yang bayangnya pun kita tak nampak.... tapi banyak lagi yang dibentangkan dalam Bajet 2021 yang mungkin kita takkan tahu dan dengar lepas nih ceritanya... hahaha... Yang kita didendangkan adalah #kitajagakita ... dimana kita jaga diri kita sendiri dengan duit i-Sinar yang kita sendiri punyai....

Hahaha.... aper nak harapkan kepada Kerajaan Mandom @ Lemau macam nih... yang PM pon memang terkenal lemau sejak jadi Menteri Dalam Negeri dulu masa kes Kuil Seafield.... kes Adib Bomba...

Lagi satu... nak harapkan PAS jadi juara rakyat.... lupakan sajer la... depa dah dapat dedak semua jadi bisu dan tunggul... dari Presiden sampailah ke bawah level walaun.... hahaha



27 February 2021

Asyraf Wajdi Yang Bengong

Bhai/DeeDee semua....

24 April 2018 yang dijadikan point oleh Asyraf Wajdi kononnya PH telah mempunyai kuasa dalam menentukan proses memasukkan maklumat baru dalam Buku Sejarah Tingkatan 4 tue sebenarnya memperlihatkan betapa bengongnya Asyraf Wajdi nih...

24 April 2018 adalah tarikh penamaan calon PRU14...

Jadi pada tarikh 24 April 2018 tue Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) telahpon diluluskan... dan proses nak diluluskan nih mengambil masa yang cukup lama... bukan sehari dua....

Tarikh mengundi untuk PRU14 adalah pada 9 Mei 2018... maknanya ianya masih lagi dibawah kerajaan caretaker iaitu Barisan Nasional.

By the way.... sebelum 24 April 2018 tue.... iaitu masa Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sedang dirangka... yang biasanya mengambil masa lebih kurang 5 tahun.... kenapa tidak ada suara-suara membantah??? Adakah selama 5 tahun sebelum 24 April 2018 itu semuanya sedang tidur lena dan nyenyak?

Hahaha.... Nampak sangat la bengong Asyraf Wajdi ni... aper pon kita memang tahu siapa Asyraf Wajdi nih.. dan bagaimana sikap dan kerja dier.... Hahahaha.... skrang sudah kantoi lagi mahu menegakkan benang basah.... hahaha..... ini semua nak tunjuk ada buat kerja la nih... hahaha

Hahaha...

Nampak sangat ader agenda sebenarnya Asyraf Wajdi ni



21 February 2021

Buta Kayu @ Blind Wood

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum Januari 2021... gua kelam kabut menyiapkan peralatan sekolah anak-anak.... beli baju, seluar, kain, tudung, beg dan kasut sekolah... Tetiba pada tarikh yang sepatutnya budak-budak masuk sekolah... mendaftar sekolah... tetiba sekolah di batalkan... dan semua kena sekolah secara online...

Ramai yang ketawakan gua... Hahaha... takpa... memang la bengang sebab baju dan kasut sekolah kalu tak pakai nanti tak muat lar... budak-budak cepat membesar....

Maka... kelam kabut la mak bapak terpaksa layan PdPR... sekolah secara online... terpaksa keluar modal beli gajet... beli laptop... beli smartphone... budak-budak mana maunya pakai yang sekenhen... semua kalu boleh nak yang baru... nak yang latest... nak yang power.... Hahaha...

Gua takder hal.. sebab gua memang banyak personal computer (PC) dan laptop...walaupun bukan laptop terbaru... tapi reasonable la powernya.... dengan RAM dan HDD yang bagoosh... tambah lagi banyak laptop yang running Linux Operating System macam Ubuntu dan Zorin OS...

Tak ler terkesan sangat nak guna PdPR... tambah lagi line internet di rumah gua adalah 800 Mbps speed dier.... okeh la sangat... takder rasa beban pon nak akses bagai...

Tetiba jer... 

Menteri KPM Radzi Jidin umumkan sekolah boleh bukak semula pada Mac 2021... hehehhe... Jenuh la mak bapak yang baru beli gajet ... baru beli laptop... baru beli smartphone... baru beli tablet....  gadai sana sini... pinjam ah long bagai........  ternganga pasai sekolah boleh bukak balik...

Hahaha... barang semua nak campak mana.... hahaha... sabor je la.... dapat kerajaan yang takder planning macam ni la... hahahaha

Yang untung tokey kedai gajet... hahahaha



10 February 2021

Bila Anwar Ibrahim Menganjingkan Radhi Jidin

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... kita tau la ini semua bukan modal dari Anwar Ibrahim... tapi dengan kontek yang Anwar Ibrahim ader... dier pergunakan kontek tu untuk membantu rakyat... bantu pelajar yang terjejas dengan PdPR ...

Apa dier buat...

Dier bagi 1000 unit tablet.... Hahaha... gua bukan nak up sangat bab Anwar Ibrahim nih... tapi cara dier menganjingkan pihak-pihak tertentu tue macam Radzi Jidin memang best... hahaha...

1000 tablet tue ... kalu sebijik bernilai RM700 .... itu bermakna kos kesemuanya bernilai RM700 ribu... pergh... sehari income sorang selebriti agama tue... hahaha

Dan yang paling penting skali.... Anwar Ibrahim tak canang citer agama.... setakat canang citer politik dier ja.... hahaha... itu takder hal... takder saper pun yang lain tue tak amik politikal mileage.... selebriti agama sorang tue pon sebenarnya sedang prepared the base...

Hahaha..... Ramai kena nganjing.... Kaler Luna yang bagi RM200 ribu hari tue pon terkena nganjing.... mamat kaler luna tue pon bukan pakai duit dier pon sebenarnya... hahahaha

Yang dapat tu untung la... jangan khianat amanah dan jasa orang... belajarlah bersungguh-sungguh dan jadilah orang berguna untuk bangsa, negara dan agama.... hangpa kena ingat...semua ini asbab dari Allah Taala yang bagi wabak Covid-19 la... takdak wabak nih... haram korang tak dapat apa...

Ader paham ka??



25 January 2021

Gila Punya Guru Besar

Bhai/DeeDee semua..

Benda nih sebenarnya adalah satu "Open Secret" .... banyak sekolah terlibat buat kerja gila nih...  bilamana sesi persekolahan dari 7.30 pagi sampai 4.30 petang....  bukan setakat anak murid (pelajar) yang penat tapi cikgu-cikgu pun penat...

Giler betul la pentadbir sekolah-sekolah tue semua...

Ingat kalu sesi persekolahan start pukul 7.30 pagi ... murid-murid dan cikgu bangun pukul berapa agaknya?? Jangan ingat murid-murid dan cikgu ini dekat dengan sekolah... Seingat gua ader guru yang tak dapat berpindah sekolah yang dekat dengan rumahnya... dan cikgu nih terpaksa memandu dari Dungun ke Chukai, Kemaman setiap hari.... jarak masa perjalanan hampir 1 jam sehala dalam keadaan normal tanpa jem..

Murid-murid pun ramai yang duduk jauh... naik basikal... berjalan kaki... malah ader yang terpaksa menaiki sampan.... Pukul berapa mereka mesti bangun pagi... dan pukul berapa pula mereka sampai kerumah kalu kelas terakhir adalah pukul 4.30 petang....  masa bila mereka nak menyiapkan latihan yang diberikan... masa bila pula mereka nak belajar kelas agama atau lain-lain...

Waktu malam kalu tidur lewat dari pukul 10 malam sudah agak bahaya ketiduran esoknya..

Ntahlah... Guru besar nih tak berfikir agaknya... Sekolah anak perempuan gua hari-hari balik pukul 5 petang.... dah banyak kali dibawa isu ni ke mesyuarat PIBG tapi takder hasil... kesian tengok pelajar dan guru-guru yang terlibat... 

Tak patut sebenarnya membebankan murid dan guru-guru sampai begitu sekali.... kena la rasional sikit... jangan sampai exhausted.... payah nantinya..





24 January 2021

Komputer, Laptop, Tablet, Smartphone?

Bhai/DeeDee semua..

Sekarang nih hampir semua pelajar sekolah terpaksa meneruskan sesi pembelajaran 2021 dengan menggunakan teknik PDPR .... yer... memang sedih bagi mana-mana pelajar yang berada dalam kategori tidak mampu dan miskin... kita faham tu... tambah lagi dengan sambungan Internet yang macam hampeh terutamanya di luar bandar...

PDPR ini dilihat lebih meningkatkan jurang perbezaan pendidikan diantara pelajar... Bagi keluarga yang mampu... ini semua tiada masalah.... tapi bagi keluarga yang fakir dan miskin... ianya menjadi satu bebanan yang akhirnya menidakkan peluang untuk mereka mendapatkan pendidikan yang sewajarnya...

Artikel ini ditulis sekadar untuk melihat keberkesanan penggunaan Komputer, Laptop, Tablet dan Smartphone... jadi mari kita soroti isu ini sambil merujuk kepada konsep pembelajaran secara PDPR.

Setiap sesuatu itu ada Pro dan Kontra nya.... tak semuanya bagoosh untuk semua keadaan.

Komputer peribadi (Personal Computer) memang bagoosh... sebab semua fungsi dan kepenggunaannya adalah lengkap... namun untuk sambungan ke Internet, pengguna perlukan sambungan berkabel ethernet Cat 5 atau Cat 6 paling kurang.... atau membeli WiFi USB untuk sambungan secara tanpa wayar (wireless) kepada Router... Pelik juga sebenarnya kenapa komputer peribadi tidak dilengkapi dengan fungsi WiFi terbina dalam.... Ianya agak berat dan menggunakan elektrik yang agak tinggi juga sebenarnya... dan yang paling kritikal... Komputer peribadi ini tidak mudah alih. dan biasa nya tidak dilengkapi dengan kamera webcam... harga pula boleh didapati dari serendah RM350 (sekenhen / refurbish / used) sampailah kepada model terkini dan termaju pada harga RM10k

Untuk memudahkan penggunaan komputer secara mudahalih... maka ujudlah segment Notebook, Laptop atau Netbook (bergantung kepada varian dan saiz)... Ianya mempunya semua fungsi yang sama seperti komputer peribadi... dan boleh disambungkan kepada Internet sama ada dengan menggunakan kabel network atau fungsi WiFi terbina dalam.. hampir semua model menyediakan kamera webcam terbina dalam...... Penggunaan elektrik yang agak rendah dan disokong oleh bateri yang agak terhad... tapi tetap menyelesakan... Harga pula agak mampu milik dari serendah RM500 (sekenhen / refurbish / used / new) sampailah kepada model yang hebat dan termaju pada harga RM7000

Tablet pula adalah satu peranti tanpa wayar yang mudah alih menggunakan kuasa bateri yang agak tahan lama ... namun ianya terhad kepada sistem pengoperasian Windows, Android dan iOS...Aplikasi yang ada untuk kegunaan Tablet juga tidaklah terlalu kurang. Malah perisian Microsoft Office 365 juga boleh dilanggan dengan menggunakan tablet...  Kamera webcam memang telah terbina dalam semua tablet dan ianya agak mudah untuk dikendalikan... Tablet umumnya menggunakan Stylus Pen untuk membuat coretan atau contengan padanya... namun hampir semua tablet boleh dipasangkan dengan papan kekunci (keyboard).. Sambungan Internet biasanya sama ada melalui SIM Card ataupun menggunakan fungsi WiFi terbina dalam.... Harga pula agak mampu milik dari serendah RM200 (sekenhen / refurbish / used / new) sampailah kepada model yang hebat dan termaju pada harga RM4000

Smartphone pula adalah sama seperti Tablet cuma saiz displaynya agak terhad... tak macam tablet yang boleh mencecah saiz display sehingga 10 inci atau 12 inci... Saiz display smartphone pula biasanya sekitar 5 inci dan kebawah... Inilah satu kekangan yang membatasi penggunaannya untuk PDPR ... Sambungan Internet biasanya sama ada melalui SIM Card ataupun menggunakan fungsi WiFi terbina dalam.... Harga pula agak mampu milik dari serendah RM200 (sekenhen / refurbish / used / new) sampailah kepada model yang hebat dan termaju pada harga RM6000

Kesimpulan yang kita boleh dapati antara semua ini... adalah jalan tengah kepada semuanya adalah dengan menyediakan kemudahan Tablet Untuk Pendidikan... ianya mesti bersaiz 10 inci atau lebih sekurang-kurangnya dan lengkap dengan Stylus Pen serta papan kekunci (keyboard). Penggunaan Google Drive dalam Cloud untuk data adalah sesuatu yang terbaik.




21 January 2021

Dari Papan Hitam Ke Digital (Siri 2)

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum nih gua ader tulis Dari Papan Hitam Ke Digital (Siri 1) ... panjang lebar juga penulisan gua nih... Ianya hanya menceritakan tentang prasarana sambungan Internet yang sebenarnya antara perkara penting yang menyebabkan slownya perubahan dari papan hitam ke digital learning....

Okeh... mari kita sambung...

Berbalik kepada isu sambungan Internet tu... selain dari kelajuan sambungan... kebanyakan content kita berada di lokasi yang jauh... dan ini menyebabkan penghantaran data (content) akan lambat tambah lagi kalu data (content) tersebut bersaiz besar...

Untuk itu... gua cadangkan pada setiap SubStation TNB/SESB yang menjadi last-mile untuk fiber optics connection sebelum masuk kepada penghantaran secara Wireless ISP (WISP) bagi kawasan sekitar berjarak bawah 5 km radius secara Point to Multi Point (PtMP), kita pasang appliance based cache server......

Dengan adanya "Cache Server" ini.... katalah ada seorang dalam network tersebut yang akses kepada satu content pertama kalinya... memang ianya agak slow sebab semua content tersebut akan ditarik dari sumber asal.... tapi bila kali kedua atau banyak kali content yang sama cuba diakses dalam network tersebut.... maka ianya akan lagi mudah sebab ianya sudah berada di "Cache Server" itu sendiri...

Itu diperingkat SubStation TNB/SESB... Bagi level Point of Presence (PoP) di ISP... kita patut juga pasang beberapa appliance based Cache Server....

So... aper kena mengenanya dengan sekolah....

Kita tahu... murid sekolah biasanya akses kepada content yang sama untuk tujuan pembelajarannya.... Jadi jika appliance based Cache Server dipasang di peringkat sekolah... maka kebarangkalian untuk tarik data dari sumber luar agak kurang.... maybe sekali sekala... sebab semua content yang dikehendaki berada pada locak appliance based Cache Server.... Untuk tahu macam mana Cache Server berfungsi... anda boleh buat carian di Youtube atau Google...

Tapi.... Ini ader satu solution yang sekarang ini sedang dipakai di banyak sekolah yang berada di luar bandar terutamanya di Afrika dan Australia...

Disini gua memperkenalkan kepada lu orang sistem RACHEL

RACHEL (Remote Area Community Hotspot for Education and Learning) is a portable, battery-powered, device that contains copies of educational websites in offline format. This means RACHEL can go anywhere in the world and wirelessly deliver free digital educational content to nearby tablets, laptops, or smartphones with no internet or data plans required. RACHEL has been taken to over 53 countries since its creation, serving students in rural villages, townships, and even prisons.





Ini kita boleh implementasikan di sekolah-sekolah luar bandar yang akses kepada Internet agak terbatas.... Sebenarnya teknologi ini sudah lama... sudah hampir 25 tahun.... maaf cakap la... cuma dari semasa ke semasa ianya berubah dengan kepantasan teknologi komputer dan semiconductor.... Seingat gua pada 1996 gua ader buat satu Proof of Concept (PoC) disebuah sekolah di Pasir Pinji IPOH... sekolah di kawasan kampung Wahid Senario.... ianya berjalan selama 2 tahun sebelum ditamatkan selepas campurtangan seorang anggota PIBG Sekolah yang jumud..... Dier orang politik.... hahaha

Aper pon... setakat ini ja dulu..

Sambung lain kali.... di siri akan datang.... Hahaha..

20 January 2021

Dari Papan Hitam Ke Digital (Siri 1)

Bhai/DeeDee semua...

Sekarang kita mengalami PKP 2.0 ... dan dah hampir setahun Malaysia terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)... dan dalam tempoh itulah juga para pelajar di Malaysia menjalani eksperimen bersekolah secara maya... bersekolah dari rumah.... menggunakan teknologi digital...

Dari itu kita dapati tidak ada satu kesepakatan nyata yang seragam berlaku antara sekolah-sekolah di Malaysia bagaimana mereka mengadaptasikan pembelajaran secara maya (digital schooling and learning)...

Betul banyak yang mengadaptasikan Google Classroom, Google Calendar, Google Meeting dan Whatsapp. Malah ada juga yang melakukan sesi pembelajaran secara maya menggunakan perisian Zoom dan sebagainya... Akan tetapi terlihat banyak kejanggalan serta kekurangan yang terkesan kepada pelajar.

Ada pelajar yang dapat memanfaatkan semua teknik digital ini kerana mereka mempunyai peralatan dan kemudahan yang cukup lengkap dengan prasarana dan akses Internet yang laju... tapi ramai pula yang ketinggalan atas sebab kekurangan dana, peralatan, pekakasan dan akses.

Kita kena sedia maklum.... untuk Malaysia berjaya melaksanakan sekolah secara maya ini.... perkara pertama yang kita kena pastikan adalah liputan akses kepada Internet di seluruh Malaysia berada pada tahap optimum, luas sebarannya pada harga yang mampu milik... Jadi kita kena berbalik kepada kemudahan prasarana Internet... Kebanyakan kandungan (content) pembelajaran sedia ada didalam Internet perlukan sekurang-kurangnya kelajuan sekitar 2Mbps yang stabil ... tapi berapa banyakkah kawasan yang kita boleh capai data berkelajuan 2 Mbps di seluruh Malaysia. Bagaimana pula harga data yang wajib dibayar? Berapa nilaikah yang selayaknya dibayar sebulan dengan data sebanyak sekian-sekian itu.

Dari apa yang gua perhatikan....  cara mudah dan murah untuk berikan akses kepada Internet di Malaysia adalah dengan liputan secara tanpa wayar (wireless) ... Ini boleh dilakukan dengan memperkemaskan kawasan liputan selular berdaya 3G dan keatas... Untuk pengetahuan semua... teknologi 3G memberikan kelajuan minima 144kbps secara tetap sehingga 3.1Mbps pada jarak liputan sehingga 8 km... Tapi ini bergantung kepada kontor mukabumi dan jarak saling hubungan diantara menara pemancar dan peralatan selular penerima.

Jadi... untuk memastikan kawasan liputan yang terbaek....kita perlukan setiap menara selular ini disambungkan secara terus dengan jalinan kabel Fiber Optics menggunakan konsep last mile. Boleh juga kita memanfaatkan teknologi MESH antara semua menara pemancar selular...

Untuk menjimatkan kos.... Disini satu cadangan dari gua....

  1. Kita kena memanfaatkan semua menara pemancar selular milik telco sedia ada dan mempertingkatkan kapasiti data internet pada setiap menara. Semua menara pemancar sedia ada mestilah disambungkan dengan akses fiber optics berkelajuan tinggi. Bagi mana-mana menara pemancar geganti (relay @ repeater)... kelajuan akses minima Internet bagi menara tersebut mestilah tidak kurang dari 1Gbps
  2. Kita juga boleh memanfaatkan semua jalinan menara penghantaran elektrik berkapasiti tinggi milik Tenaga Nasional (TNB) dan SESB untuk membawa sambungan Fiber Optics ke kawasan pedalaman ... dan kira memanfaatkan Sub Station TNB/SESB sedia ada di seluruh Malaysia sebagai kawasan dimana pemasangan pemancar WiFi WISP (last mile) berkelajuan paling kurang 10Gbps ... dan mana-mana menara pemancar selular milik telco sedia ada mendapat FEED internet secara fiber optics dari SubStation TNB ini.
  3. Kita mesti memanfaatkan semua talian gantung (overhead cable) yang membawa talian elektrik di Malaysia milik TNB dan SESB juga membawa kabel Fiber Optics dari SubStation TNB/SESB terdekat kepada mana-mana menara pemancar selular atau Wireless ISP (WISP)... Ini perlukan satu perintah mandatori dari pihak Kerajaan Malaysia melalui SKMM dan Kementerian Tenaga.
  4. Kos memasang talian Fiber Optics berkelajuan tinggi dapat dijimatkan jika kita dapat memanfaatkan penggunaan sama rata tiang-tiang penghantaran elektrik milik TNB/SESB secara gegantung (overhead cable) secara perkongsian
  5. Malaysia perlu ada satu konsortium bebas bagi mengendalikan fasiliti Internet (dengan kawalselia Kementerian) dan melaksanakannya sebagai satu khidmat utiliti awam dimana sambungan Fiber Optics secara Dark Fiber adalah ditetapkan pada minima 100Gbps.. terbaik kalu kita dapat manfaatkan sambungan Point of Presence (POP) dark fiber optics ini kepada kelajuan 1 Tbps. Konsortium bebas ini mestilah bebas dari monopoli pihak-pihak tertentu.
  6. Plan HSBB sedia ada sebenarnya cantik namun dipengaruhi oleh sikap monopoli pihak tertentu yang akhirnya menjahanamkannya.
  7. Umum mengetahui bahawa menara-menara pemancar BestariNet yang dipasang dikawasan sekolah di Malaysia adalah milik Kerajaan Malaysia dan bukannya milik syarikat YTL. Oleh itu secara otomatisnya.... kita boleh memanfaatkan menara pemancar tersebut untuk memberikan sambungan WiFi secara WISP kepada kawasan sekitar sekolah secara Point to Multi Point (PtMP). Penggunaan peralatan Wireless Fidelity seperti Motorola Cambium, Mimosa atau Ubiquiti Mesh kita boleh gunakan untuk berikan manfaat kepada kawasan sekitar sekolah pada jarak sehingga 5km
  8. Boleh juga kita memanfaatkan Menara Azan Masjid sebagai Menara Pemancar untuk PtMP atau juga sebagai Point to Point (PtP) bagi menjadi relay kepada menara pemancar masjid yang berhampiran. Untuk pengetahuan anda yang bukan wireless technology expert. Kita boleh memancarkan secara baik Wireless Fidelity (WiFi) secara PtP ini pada kelajuan 1 Gbps sehingga sejauh 25 km (line of sight) saling nampak. Pernah gua test kemudahan PtP menggunakan peralatan wireless Mimosa dari Dungun Terengganu ke Pulau Tenggol berjarak 27.2 km pada kelajuan 1.5 Gbps. Ujian ini dilakukan sekitar tahun 2014 dan ianya berjaya.
Cukup setakat ini bagi Siri Pertama ini.

InsyaAllah akan ada sambungan lagi ...






16 January 2021

Otak Ada Kat Mana??

Bhai/DeeDee semua..

Tempohari gua ader menulis panjang bab nih.... Bab kebodohan dan kebingaian Radzi Jidin selaku Menteri Pendidikan yang tak pandai nak planning untuk kementeriannya... Dan betapa bodoh wal bangangnya pegawai KPM level JUSA A dan B dalam planning dan bagi nasihat kepada Radzi Jidin...

Pegawai JUSA A dan JUSA B serta JUSA C dalam KPM semua jenis kaki bodek... tak pandai nak buat kerja... memang level hampeh...

Kan dah keluarkan pengumuman nih....

Wei bodoh... mak bapak dah berabis duit banyak untuk persiapan sekolah anak... set baju kasut la... semua itu bukan boleh simpan... sebab budak-budak cepat membesar.... saiz semua lari.... pulak tu ramai jugak yang dah membayar yuran sekolah... yuran asrama... dan segala macam persiapan lain....kos semua tue... Lu orang takdak pikir ka?? Otak ada kat mana??

Ker memang takder otak??? Zombie kot??






Risiko Di Sekolah

Bhai/DeeDee semua...

20 hb Januari adalah hari dimana pembukaan semua operasi sekolah di Malaysia bagi negeri-negeri yang diletakkan dibawah PKPB dan PKPP ... Ini telah disahkan oleh Menteri Pendidikan Radzi Jidin...

Apa yang merisaukan... adalah kesan risiko di sekolah akibat Covid-19

Kita semua sedia maklum, kebanyakan kes-kes jangkitan Covid-19 berlaku akibat dari kes Cuti-Cuti Malaysia (pada hujung tahun 2020) dan juga cuti Krismas.... Jangkamasa virus bertindak dalam badan adalah selama 14 hari.. dah ini telah menunjukkan bahawa ianya memang berlaku dengan merebaknya pada dua cuti yang dinyatakan tadi...

So...

Semasa pembukaan sekolah ni... macam mana kita nak kawal jangkitan virus yang mungkin masih lagi belum menunjukkan simptom dalam perumah (host)...bayangkanlah... berapa ramai murid-murid yang telah bercuti disamping bercampur gaul dengan orang lain yang mungkin telah dijangkiti wabak ini..

Dan bila bercampur ini.... mungkin akan berlaku lebih banyak impak yang kritikal... dan merebaknya lagi virus ini ..... risiko tetap ader... dan ianya agak payah untuk dikawal dan dikenalpasti...

Aper pun... pada gua tindakan Kementerian Pendidikan membuka kembali operasi sekolah dalam keadaan wabak makin meningkat ini adalah satu tindakan tidak wajar dan tidak bertanggungjawab... Ianya boleh menyebabkan berlakunya kluster yang baru... kluster sekolah....

Gua tetap berharap agar Kementerian Pendidikan menangguh sedikit masa (sekitar sebulan) sebelum membuka kembali persekolahan secara biasa.... dalam keadaan sekarang... kita patut teruskan persekolahan dari rumah (school from home) demi untuk keselamatan anak-anak kita.



11 January 2021

Menteri Pendidikan Tak Pandai Planning

Berapa ramai peniaga, pemborong barang kelengkapan persekolahan 2021 yang akan maki hamun Kementerian Pendidikan sebab bodoh tak reti nak planning.

Berapa ramai pulak emak bapak yang dah berhabis duit beli kelengkapan persekolahan anak-anak terutamanya kasut, dan tiba-tiba tak sekolah sebab PKP 2.0 ... tahun depan dah tak muat pakai sebab budak-budak cepat membesar.

Macam la masa November dulu KKM tak publish forecast untuk kebarangkalian jangkitan Covid-19.

Betapa lemahnya perancangan, pentadbiran dan pengurusan Kementerian Pendidikan dibawah Radzi Jidin ni. Takkan tak boleh nak buat kajian kebarangkalian... Takkan takder model statistik SPSS?

6 Negeri kena PKP 2.0 ... dah berapa banyak peniaga sangkut modal dan stok nih... Dah berapa banyak mak bapak sangkut modal yang sia-sia jer nih... kalu anak-anak terpaksa sekolah dari rumah.

Bagaimana pula dengan pemilik bas sekolah. Siapa nak bantu mereka. Ekonomi mereka terjejas teruk. Pendapatan takder. Bagi mak bapak yang dah bayar deposit bas sekolah pulak macam mana? Takkan pemilik bas sekolah terpaksa buat refund.

Itu belum citer bab kantin sekolah. Ingat kantin sekolah tak bayar deposit dan sewa ka??

Semua sebab bodoh dan bangangnya Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan yang tak pandai nak planning... patut dah boleh baca semua ni semenjak November 2020 lagi...

Bodoh aaa ...

Macam mana la orang bodoh macam ni boleh jadi Menteri Pendidikan?? Habaq mai sat.



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1