Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label ZOOM. Show all posts
Showing posts with label ZOOM. Show all posts

03 August 2021

Masih Ada Lagikah Kuasa?

Bhai/DeeDee semua...

Gua nak tanya satu jer... Ahmad Zahid Hamidi nih masih ader lagikah kuasa? Masihkah ramai lagi pimpinan UMNO yang hormat kepada Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO? Masih ramai lagikah yang akan ikut cakap Ahmad Zahid Hamidi?

Arahan Presiden UMNO pun Kluster Menteri tak ikut... Keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2021 tempohari pun takmo nak ikut.... Macam mana nih??

Gua tak nampak relevannya UMNO nak buat meeting khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada petang nih... sedangkan kita tahu Kluster Menteri takkan ikut punya... takkan patuh lar... hahahaha... Setakat jadi sembang kosong dalam ZOOM atau Google Meet boleh la... Hahahaha... buang masa betul buat online meeting..

Ahmad Zahid Hamidi adalah Presiden UMNO yang paling lemah dalam sejarah.



15 February 2021

Berbanggalah

Bhai/DeeDee semua...

Sesi perbahasan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah satu pengalaman menarik bagi yang pernah terlibat... Namun semenjak wabak Covid-19 nih... persidangan di PBB terpaksa dibuat secara online... atas talian...

Tak apa... kita ader teknologi yang bagoosh untuk mengendalikan sidang PBB secara maya... Dan ini pun yang telah dibuat... Cuma satu jer yang gua cukup sedih... sedih sebab sejak sekian lama kita masih bersikap sebegini...

Hampir banyak negara yang bila berucap di PBB akan menggunakan Bahasa Ibunda mereka sendiri... Jepun dengan Bahasa Jepunnya... China dengan Mandarinnya... India dengan Tamilnya.... Peranchis dengan Bahasa Peranchisnya..... Tapi kenapa Malaysia tak mahu menggunakan Bahasa Melayu..

Apa salahnya menggunakan Bahasa Melayu... takder isu sebenarnya... sebab di PBB ader beratus orang penterjemah yang akan membuat terjemahan secara masa nyata ... (realtime) ... apa masalahnya... Dan kalu pun dalam persidangan maya sekalipun... masih juga ader penterjemah (interpreter) yang akan menterjemahkan secara realtime..

So.... what the issue??

Apa masalahnya.... adoilah... berbanggalah dengan Bahasa Ibunda anda sendiri.... berbanggalah...  kita tunjukkanlah betapa hebatnya Bahasa Melayu yang satu masa dulu menjadi Lingua Franca di Asia Tenggara ini.... Jadi ... tolonglah Rina Harun ooi... guna je Bahasa Melayu...



16 January 2021

Risiko Di Sekolah

Bhai/DeeDee semua...

20 hb Januari adalah hari dimana pembukaan semua operasi sekolah di Malaysia bagi negeri-negeri yang diletakkan dibawah PKPB dan PKPP ... Ini telah disahkan oleh Menteri Pendidikan Radzi Jidin...

Apa yang merisaukan... adalah kesan risiko di sekolah akibat Covid-19

Kita semua sedia maklum, kebanyakan kes-kes jangkitan Covid-19 berlaku akibat dari kes Cuti-Cuti Malaysia (pada hujung tahun 2020) dan juga cuti Krismas.... Jangkamasa virus bertindak dalam badan adalah selama 14 hari.. dah ini telah menunjukkan bahawa ianya memang berlaku dengan merebaknya pada dua cuti yang dinyatakan tadi...

So...

Semasa pembukaan sekolah ni... macam mana kita nak kawal jangkitan virus yang mungkin masih lagi belum menunjukkan simptom dalam perumah (host)...bayangkanlah... berapa ramai murid-murid yang telah bercuti disamping bercampur gaul dengan orang lain yang mungkin telah dijangkiti wabak ini..

Dan bila bercampur ini.... mungkin akan berlaku lebih banyak impak yang kritikal... dan merebaknya lagi virus ini ..... risiko tetap ader... dan ianya agak payah untuk dikawal dan dikenalpasti...

Aper pun... pada gua tindakan Kementerian Pendidikan membuka kembali operasi sekolah dalam keadaan wabak makin meningkat ini adalah satu tindakan tidak wajar dan tidak bertanggungjawab... Ianya boleh menyebabkan berlakunya kluster yang baru... kluster sekolah....

Gua tetap berharap agar Kementerian Pendidikan menangguh sedikit masa (sekitar sebulan) sebelum membuka kembali persekolahan secara biasa.... dalam keadaan sekarang... kita patut teruskan persekolahan dari rumah (school from home) demi untuk keselamatan anak-anak kita.



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1