Bhai/DeeDee semua...
Semalam gua ader meeting ngan blogger top BN iaitu Azmi APA.... Dalam perbincangan tertutup selama lebih 4 jam (lokasi dirahsiakan)... Kitorang berhasil memperincikan beberapa agenda penting yang perlu ditangani denga kadar segara oleh Kerajaan Malaysia demi untuk memastikan kestabilan politik dan ekonomi berada dalam keadaan teratur dan terkawal....
Ader pandangan Azmi APA yang pada gua relevan untuk dinilai... Dan diambil berat... Begitu juga ader pandangan gua yang Azmi APA lihat berpotensi untuk dilaksanakan demi untuk mengawal "kedaulatan" Negara ini sama ada dari segi ekonomi mahupun politik...
Gua takder hal nak diskas politik dan isu semasa dengan mana-mana fraksi... UMNO, PAS, PKR, DAP, GHB atau PSM.... Dah biasa pon gua buat benda camnie...
Aper pon kami berdua bersetuju untuk membawa perkara ini kepada pengetahuan pihak berwajib ikut saluran yang kami ada.... Dimana plan pertama kami ialah berkenaan dengan kestabilan ekonomi... Dengan adernyer kestabilan ekonomi barulah kestabilan politik dapat dijanakan dengan baik... Untuk memastikan kestabilan ekonomi..., Najib Razak perlu membuat perkara-perkara dibawah ini...
1. Pecat atau buang semua penasihat ekonomi yang dier ada sekarang ini yang asyik memberikan cadangan bodoh yang menyebabkan kuasa ringgit Malaysia jatuh merudum ini dan gantikan dengan satu gabungan penasihat ekonomi dari semua parti politik yang ada... Tubuhkan satu jawatankuasa penasihat ekonomi di peringkat Parlimen... Supaya semua pihak (parti politik) sama-sama bertanggung jawab memastikan ekonomi negara dapat distabilkan dan dimaju jayakan.
2. Tubuhkan satu jawatankuasa khas peringkat Parlimen untuk memantau semua GLC dan soverign fund milik negara (termasuklah 1MDB) supaya semuanya dapat ditadbir dan dikawalselia dengan teratur serta cekap,
3. Subsidi dan BR1M perlu diperkemaskan dan dirombak (yang ini boleh dapatkan laporannya daripada Azmi APA) demi untuk memastikan tiada warga asing yang mendapat manfaat daripadanya. Ini termasuk lah mengawal pengaliran keluar wang kenegara asing yang sekarang ini dibuat oleh MerchantTrade (RM120 juta sebulan aliran keluar duit)
4. Najib Razak perlu mendengar nasihat daripada Agensi dalam laporan khas setebal 62 mukasurat yang telah pun diberikan kepadanya 2 bulan lepas (dimana 14 mukasurat adalah hasil tulisan dan analisa gua)