Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

31 March 2018

Setia Kepada YDP Agong Dan Negara

Bhai/DeeDee semua....

Sejak dari awal AGENSI ditubuhkan sampailah kini, kesetiaan kami hanyalah kepada YDP Agong dan Negara Malaysia... Begitulah sepatutnya juga dengan perkhidmatan keselamatan lain seperti ATM dan PDRM ...

Kami (semua kakitangan dan bekas kakitangan AGENSI) hanya mendaulatkan titah perintah YDP Agong bagi kepentingan Negara Malaysia pada setiap keadaan sejak dari awal penubuhan kami.... Acuan politik kepartian bukanlah sumber arahan tugasan kami.

Dan kami rasa malu bila Angkatan Tentera Malaysia selaku rakan operasi kami nampaknya mempunyai Panglima Angkatan Tentera yang bermain isu politik. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepatutnya mendaulatkan YDP Agong dan Negara Malaysia dan bukannya cabang politik... Tindakan Panglima Angkatan Tentera ini sebenarnya boleh dikenakan tindakan menghasut jika ianya diadukan kepada YDP Agong

Nasihat saya (selaku bekas kakitangan AGENSI) kepada Panglima Angkatan Tentera adalah "sila letak jawatan dan bertanding pada PRU14" ..... Jangan khianat kepada perkhidmatan anda dengan cenderung kepada parti politik. 

Walau apa pun parti politik yang menjadi peneraju kepimpinan negara, ianya tidak merubah sistem keselamatan dan kedaulatan negara. Ini kerana semuanya adalah dibawah payung YDP Agong selaku Raja Berpelembagaan yang menjadi tonggak utama negara.



28 March 2018

Idris Ahmad Kutuk Abdul Hadi Awang Ke?

Bhai/DeeDee semua....

Hahaha..... Tak sangka la bhai.... idris Ahmad ni kutuk bos dier si Abdul Hadi Awang..... Kan ker sampai la ni Abdul Hadi Awang tak berani nak bawak bukti fitnah pasai Pil Kuda pada PRU13 dulu.... Hahahaha.... tak ingat dosa pahala betul lah.....

Hahaha .... Adoilah..... Nih dah nak masuk PRU14 ..... Bukti mana... Bukti..... Hahaha


27 March 2018

Azwan Bro Pun Bangang Juga Rupanya

.Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... Azwan Bro nampaknya sengaja nak kenakan SKMM dan Syarikat Nuemera Sdn Bhd lar.... Kan ker baru ni SKMM dan Syarikat Nuemera Sdn Bhd mengatakan tiada kebocorsn data peribadi pengguna telefon di Malaysia... SKMM kata kes itu adalah berita palsu.... Hahaha.. Walaupun ramai orang teknikal tau yang data tu dah lama bocor.... hahahaha.... Bukan baru ni bocor... Tapi dah cukup lama.... Seawal 2006 lagi kalo tak silap.... Hahahaha

Sekarang ni.... Azwan Bro dah kantoikan SKMM dan Syarikat Nuemera Sdn Bhd.... Sebab Azwan Bro dah setuju yang data tu dah memang bocor.... Hahaha...

Wei.... Satu benda gua nak habaq kat Azwan Bro dan geng-geng bangang dalam UMNO/BN dan walaun..... Nombor telefon semua boleh dapat dengan mudah ja.... Guna simple dara mining kat FB pun dah cukup..... Atau guna data minimg flaws kat dalam Google Search tue... Hahaha ..... Kedua-dua tempat ni ader beberapa flaws dier yang programmer boleh exploit.... Samer macam kalu nak dapatkan alamat emel bagai.... Hahaha .... Kalu lembam sangat... Boleh guna Yellow Pages.... Tak pon dalam grup whatsapp pun boleh dapat banyak nombor tepon lar bongok..... Hahaha ... Itu belum lagi kat website www.cari.com.my, www.majalah.com atau www.mesra.net ..... Hahaha

Lain kali pi la belajor wahai Azwan Bro .... Tu la.... Unit IT UMNO tak pandai buat kursus ka.... Hahahaha







P/S : saya tak lupa.... memang tak lupa....  harap maafkan

26 March 2018

RUU Berita Tidak Benar

Bhai/DeeDee semua...

Huhuhu... Lepas ni ... Kita tak dapat la tengok siri televisyen "Laugh For Gags" ..... Sebab takrifan RUU Berita Tidak Benar merangkumi keseluruhan isi kandungan rancangan ini...

So lepas ni pulak... Radio ERA boleh la pulak kena tindakan ... Sebab buat rancangan "Panggilan Hangit" ..... Huhuhu... Itu semua takper la lagie... Rancangan Melodi pun boleh gak kena tindakan sebab banyak citer-citer yang Melodi bawak hanya cerita khanar angin ja.....

Sebab lepas ni.... Semua parti politik pon boleh dikenakan tindakan dibawah RUU Berita Tidak Benar apabila janji-janji dalam menifesto parti semuanya kelaut.... Semuanya tak benar.... Semuanya penuh dengan penipuan dan helah....

Yabedabedu..... Ramai nampaknya boleh kena tangkap dan dijatuhkan hukuman kalu mengikut takrifan dalam RUU Berita Tidak Benar ni.... Hahahaha... 

Papagomo boleh kena... ParpuKari boleh kena.... Dan ramai lagi blogger pro BN boleh kena.... Errr.... Atau depa nih maksum kot???? Huhu

Abdul Hadi Awang pon boleh kena pasai bawak citer pil kuda dulu tue.... Hahahaha


25 March 2018

Berkecuali Dari Membuang Undi Pada PRU14

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... Gua ikut analogi Abdul Hadi Awang .... So gua nak amik keputusan untuk berkecuali....  Macam Abdul Hadi Awang cakap la... Berkecuali tak semestinya bela orang jahat (su') ...

Jadi.... Gua akan berkecuali dari menurunkan undi untuk PAS dan semua parti lain....... Lu orang jangan nak kecam aaaa... Sebab itu la gua nak buat undi rosak.... Sebab gua masih lagi ahli PAS seumur hidup... Jadi gua kena walak ngan pimpinan gua... Untuk gua amik sikap berkecuali...

Takbir .... Takbir.....


19 March 2018

Musim Menjual Mimpi

Bhai/DeeDee semua...

Musim menjual mimpi sudah bermula... Sana sini kita boleh lihat, dengar dan baca tentang jualan mimpi.... semuanya mimpi molek-molek belaka.... Yang bersongkok, menghidangkan mimpi bersongkoknya... Yang berketayap, menghidangkan mimpi berketayapnya... Yang berbaju kot, menghidangkan mimpi berkotnya...

Macam-macam mimpi sedang dijual dengan harga lelong... Harga promosi.... Harga percuma kalu boleh..... Janji ader yang nak beli mimpi tue... Janji ader yang nak borong mimpi tue... Adoyailah... Kalu tersilap pilih mimpi... Alamat meranalah selama paling lewat lima tahun...

Kalu dah beranak... Lima tahun tu baby dah besar... Dan boleh berlari....

Tapi jangan terkejut... Jangan buat-buat terkejut.... Mimpi-mimpi semua ini hanyalah umpan semata-mata... Walaupun gempak mimpi yang dijual tue... Yang merana tetap rakyat jelata... Yang akan kaya adalah pemimpin yang jual mimpi tue.... Yang makan tanggung berak cangkung tak buat keeja haramjadah satu apa pun tetap geng-geng dewa dan dewi serta dewata raya...

Adoyailah....

Dua tiga hari sudah gua tergelak dengar sembang mimpi yang katanya beri harapan.... Semalam pulak gua gelak besar dengar sembang mimpi yang katanya sambungan dari Nabi.....  Lepas ni aper pulak sembang mimpi puak kati ... Aaaargh...  Zaman sekarang masih aderkah yang guna kati? Kan lebih baik guna timbang digital..... Hahahaha

Sembang jualan mimpi semalam gua carik jugak strategi untuk meningkatkan KDNK dan ekonomi negara... Haram sampai kesudah tak jumpa.... Gua tak tau la macam mana mimpi berketayap ni nak tingkatkan ekomomi negara... Macam mana strategi mimpi ni nak tarik pelaburan dan memaksimakan aset dalam negara.... Sori sebab gua tak nampak...

Aper pon.... Takder satu agenda mimpi yang dijual 5 tahun sudah dimasukkan dalam agenda mimpi berketayap kali ni.... Huhu... Kira yang dulu dah tak terpakai lah.... Aper tue... negara berkebajikan??? Hahahaha...

Argh..... Gua nak pi main boling la dulu...... Hahaha
Mampuih pi la ngan mimpi-mimpi ni semua...... Hahahaha

11 March 2018

Abang Adik

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha.... Sejak jadi abang adik ni.... PAS nampaknya sudah tak kena sekatan, larangan dan tindakan dah... Dulu ... Susah kita nak tengok kalo ader bendera PAS berkibar berdiri sebelah ngan bendera UMNO atau Barisan Nasional...

Biasa tak sampai sejam dua dipacakkan kat tepi jalan ... Sure akan kena cabut, buang atau rampas... Kalu tak dibuat oleh orang UMNO/BN.... mesti Pihak Berkuasa Tempatan akan amik tindakan... Tambah pulak kalu bendera ni dipacak dipancang depan rumah Ketua Bahagian UMNO ... Lagi pelik kalu boleh bendera PAS ni dipancang depan rumah Bekas Menteri Besar UMNO/BN yang terkenal samseng dan gedebe...

Hahaha... Ini dah dua hari dah bendera PAS dipacak dipancang bersama dengan bendera UMNO/BN kat depan rumah Ahmad Said (bekas Menteri Besar Terengganu) di Telok Kalung Kemaman..... Aik... Semenjak jadi abang adik ni... Sudah ngam PAS sama ngan UMNO/BN ni.... Macam ni lagi Abdul Hadi Awang kata yang PAS bukan bersekongkol dengan UMNO/BN....

Hahaha.... nak tipu ahli PAS yang spesis walaun boleh la.... Hahahaha




07 March 2018

WAKENA

Arakian diceritakan oleh para penglipurlara akan terdapatnya sebuah negera didalam benua Ma’leU yang dipimpin dan dirajai oleh seorang Raja yang tiada tolok bandingnya.

Raja ini khabarnya lebih zuhud dan berhati mulia daripada T’Challa yang memimpin negera WAKANDA yang berada di benua Afrika itu.

Raja ini yang dikenali dengan nama MatK’alima asalnya mentadbir sebuah jajahan dalam negara Ma’leU yang bernama K’tana. Namun kini Raja itu sedang merajai Negara WAKENA.

Namun disebalik wajah zuhud dan suci murni Raja ini, ianya bukan sepertimana T’Challa malah lebih teruk dari itu.

T’Challa yang merajai WAKANDA lebih mementingkan rakyat dan negaranya, malah sanggup berhadapan sendiri dengan penentangnya. Dalam banyak keadaan T’Challa keluar bepergian hanya dengan seorang pengiring yang bersenjata lembing.

Hebatnya MatK’alima pula kalau berpergian akan diiringi oleh lebih lima orang pengiring yang bersenjatakan rifle otomatik. Itu menunjukkan bahawa MatK’alima hebat dan lebih ohsem. MatK’alima pernah dilihat bersingsing lengan dan seluar membantu rakyat yang susah tidak seperti T’Challa yang hanya duduk di singgahsana sahaja.

Jika T’Challa ada pakaian khasnya sewaktu bertugas depan rakyatnya siap dengan topeng harimau kumbang, MatK’alima tidak terkecuali siap berpakaian sunnah dan bersandal sewaktu berlakon dalam urusan depan rakyatnya juga.

Jika di Negara WAKANDA ada bahan utama Vibranium yang digunakan sepenuhnya untuk kebaikan dan kepentingan rokyat dan negara, maka di negeri K’tana yang duduk dalam negara WAKENA pula ada hasil hutan yang cukup bernilai. Tak cukup dengan hasil hutan, ada juga emas hitam yang cukup bernilai yang dikenali sebagai Petro.

Orang luar melihat negara WAKANDA sebagai sebuah negara Afrika yang miskin, begitu juga orang luar melihat negeri K’tana dalam negara WAKENA juga miskin. Namun sebenarnya ianya terlindung dengan perisai perlindungan yang dipasang di sempadan.

Negeri K’tana dilihat oleh orang luar penuh dengan sampah sarap, sistem perparitan yang sekuno pra-sejarah dan pembangunan negeri yang terlalu cacamarba. Tapi semua ini adalah sengaja dibuat oleh pentadbir negeri supaya negeri tidak terlalu maju dan makmur.

Jika WAKANDA ada menghantar perisik mereka keseluruh benua Afrika dan lainnya, begitu juga dengan K’tana (negeri dalam WAKENA). Malah K’tana sengaja tidak mahu membangunkan industri dan peluang pekerjaan hanya semata-mata mahukan perisik K’tana berkerja dan berkhidmat di seluruh negara WAKENA demi untuk mudah menguasai segala sisi politik dan pentadbiran WAKENA.

Jika di WAKENA pemimpin dan rakyat cukup hormat dan sanjung seorang alim bernama Zuri, begitu juga di WAKENA dimana mereka juga cukup hormat dan sanjung M’pti. Tapi seperti mana Zuri yang mentaksubkan rakyat jelata WAKANDA dengan cerita-cerita keperwiraan Black Phanter, M’pti di WAKENA juga banyak membawakan cerita-cerita ketaksuban mutlak kepada B’ngswan. 

Jika Black Phanter kononnya mendapat sokongan dan panduan dari alam roh melalui para Black Phanter yang terdahulu, tidak terkecuali juga B’ngswan yang kononnya terikat dengan janji setia anak bangsa S’ngSpurba yang mengikat atas ketulahan.

Begitulah hebatnya MatK’alima berbanding T’Challa. Kedua-dua mereka tidak berkahwin. T’Challa naik menjadi raja sebab bapanya T’Chaka meninggal dunia, namun hebatnya MatK’alima naik menjadi raja dalam keadaan bapanya M’Petra masih hidup walaupun kurang sihat.

Ibu T’Challa amat berpengaruh, sama seperti ibu MatK’alima. Malah kedua-duanya juga pernah terlibat dalam pentadbiran.

Kalau kita lihat WAKANDA, mereka ada kemderaan moden yang canggih... Seaakan kapal pun ada.... Tapi di WAKENA, mereka ada Kapal peribadi yang cukup canggih sehinggakan siatem pengenalan kapal pun boleh dimatikan dengan sewenang-wenangnya... Kekayaan WAKENA cukup hebat sampai diperkatakan diseluruh dunia.... Ratusan juga sengaja dibiarkan tidak dituntut disana sini... Berbilion nilai matawang WAKENA dilambakkan serata dunia...

Sekian adanya ceritera berkaitam sebuah Negara WAKENA yang dipimpin oleh MatK'alima .... Kalau hendah di riwayatkan mungkin habis dan kering tinta pena dialam sebelah sini. Mungkin juga akan ada yangt terpana melihat kehebatan MatK'alima ...

04 March 2018

Rais Yatim Beli Insuran Nyawa Untuk PRU14

Bhai/DeeDee semua...

Hahahahaha..... Nampaknya Rais Yatim sedang membeli Insuran nyawa sempena PRU 14..... Hahaha... Dier ingat rakyat lupa.... Dier ingat amah lupa.... Hahaha



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1