Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

26 September 2022

Penculikan Di Sekolah

Bhai/DeeDee semua..

Kes culik di Sekolah.

Isu ini gua dah utarakan lama dulu… sama ada di media (cetak dan elektronik) atau media sosial (blog dan sebagainya). Risiko penculikan amat mudah berlaku pada waktu balik sekolah (tanpa mengira jenis atau peringkat sekolah) rendah atau menengah.

Ini berlaku apabila hampir semua sekolah menyediakan ruang pondok menunggu ibubapa atau penjaga di kawasan luar pagar sekolah. Ada yang mengatakan potensi kejadian hanya akan tinggi bilamana bilangan pelajar agak kurang dikawasan luar sekolah. Sebenarnya tidak. Diwaktu puncak pun boleh sahaja berlaku kejadian culik.

CCTV pula hanya merakamkan apa yang berlaku dalam kawasan sekolah. Susah nak jumpa ada CCTV yang memantau pelajar yang berada di pondok tunggu bas di luar pagar sekolah. Ketiadaan pengawal yang bertugas memantau pun satu hal juga. Pelajar ramai, pengawal pula mungkin seorang dua.

Tambah lagi ader banyak gerak-gerai jualan ataupun peniaga bermotorsikal / berkereta yang berjualan dikawasan luar sekolah selepas habis sesi persekolahan. Pastinya para pelajar akan berkerumun membeli jualan tersebut. Ada banyak kes kemalangan berlaku dikawasan luar pagar sekolah akibat dari keadaan sibuk yang tidak terkawal.

Jangan terkejut kalu ader insiden “kemalangan olok-olok” yang sengaja dibuat untuk menculik pelajar. Ianya hanya perlukan dua kenderaan… Motorsikal dan Kereta / Van. Motorsikal berlakon melanggar, manakala Kereta / Van akan cuba menbawa pelajar ke Hospital.. Selebihnya anda boleh fikir sendiri.

Jadi apa penyelesaiannya?

Pelajar tidak dibenarkan keluar sesuka hati di luar pagar selolah. Ibu bapa atau penjaga mesti turun dan ambil sendiri pelajar didalam kawasan sekolah.

Tapi gua faham… dalam banyak senario susah nak buat atau educate. Tambah pula kawasan yang sesak atau sekolah yang ramai pelajarnya. Dan tenpat parking kenderaan tidak ada disediakan.

Maybe juga boleh ditempatkan seorang dua anggota keselamatan (Polis, Rela, JPA3) atau sebagainya untuk membantu keselamatan diwaktu balik sekolah ni je.

Setakat elaun tambahan rasanya boleh je Kerajaan menyediakan dana mrlalui Kementerian Dalam Negeri.

Benda nih sebenarnya boleh dilaksanakan demi keselamatan pelajar kita. Bezanya antara hendak buat atau tidak. Bagi kes negeri bersempadan dengan negara lain… buat jer la tembok konkrit setinggi 12 kaki dengan dawai kawat berduri disepanjang sempadan. Setel.



23 September 2022

Yang Melantik Lebihlah Gagal

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu yang dua Perdana Menteri (PM) ini memang gagal.... tapi kegagalan mereka sebenarnya berpunca dari kesilapan perlantikan...

Sebab yang melantik itulah lebih GAGAL... 

Hahaha



22 September 2022

Hospital Terbaik Untuk Najib Razak

Bhai/DeeDee semua...

Najib Razak katanya tak betah duduk di Penjara.... Dia lebih suka duduk di Hospital... Banduan lain kalu di Hospital akan digari tangannya kepada besi katil serta duduk di wad kelas 3 ...

Tapi Najib Razak tak mahu...

Jadi adalah lebih baik dan wajar Kerajaan Malaysia menghantar Najib Razak menjalani rawatan kesihatan di Hospital Bahagia sama ada di Tanjung Rambutan atau di Tampoi...

Mungkin kehadiran Najib Razak di Hospital Bahagia akan menyebabkan dia lebih BAHAGIA... hahaha



19 September 2022

Mat Berkilau

Bhai/DeeDee semua...

Pada 1890 tali rafia plastik belum lagi ujud. Yang ada cuma tali yang dibuat dari tumbuhan rafia yang banyak ditanam di kawasan Asia dan Afrika terutama di Tanzania, Zanzibar, Andaman dan Nicobar serta di kawasan Bangladesh (nama sekarang ni). 

Dan pada 1890, Orang Melayu jual durian adalah secara longgok dalam bakul atau kain guni. Bukan dengan secara ikat dan gantung.

Kalu susah nak dapat yang realistik... guna la tali dibuat dari pelepah atau batang pisang.... diraut dan dikeringkan... at least la... 

Satu lagi ... Orang Melayu diperkenalkan dengan “Molotov Cocktail” hanya semasa Revolusi Iran (1979) dan bukannya pada Revolusi Semantan (1890)....  pada 1890 juga belum ada lagi biskut tin timbang kilo. Minyak tanah/petrol dalam tin pun belum dijual secara borong.

Hehehehe

Sekian. Harap maklum.



18 September 2022

Ini Stendet

Bhai/DeeDee semua...

Bukan sajer orang politik yang amat suka ambik kesempatan nak propa diri mereka semasa bencana banjir... tapi pihak berjalur kayangan dan bangsawan pun sama... sekadar nak tunjuk muka prihatin bagai.... supaya nama jadi naik dan boleh berbangga... dipuja dan dipuji,,,

Banjir di Kuantan Pahang di area Galing Kecil telah menjadi saksi dan bukti... bilamana ada pihak berjalur kayangan dan bangsawan dok mencemar duli... menyinsing kaki seluar... berkasut Phua Chu Kang .... siap naik sampai atas rumah atau sekadar duduk di birai tangga ....

Menunjukkan simpati bagaikan musang berbulu ayam.... dan siap mencadangkan penduduk berpindah ke kawasan Kempadang yang kononnya lebih selamat... kawasan Galing Kecil sudah susah nak dibangunkan.... Maka atas sebab hormat dan akur kepada saranan si pihak berjalur kayangan dan bangsawan... maka berpindahlah dengan hati yang berbunga-bunga..

Sebaik berpindah...... ada pemaju datan..... Rumah di Galing Kecil kemudiannya dirobohkan ... kawasan ditambak, perparitan dibaiki... kemudahan asas ditambah baik... dan kemudiannya dijual kepada pemilik baru dari bangsa bermata sepet...

Yang di Kempadang.... duduklah di ceruk kampung yang jauh dari kawasan segitiga emas bandar Kuantan... dapatkan sebidang tanah bersaiz cukup-cukup rumah semi detache ... Melayu begitu lah... mudah sangat dibeli dengan umpan masa banjir...

Jadi semua ini tak terkejut....

Dan akhirnya pihak berjalur kayangan dan bangsawan itu sekarang berada di puncak kuasa.... Kenyang dan mewah....  berumah tak jauh dari kampung Si Eli yang baru mati... dan bendera pun setengah tiang...

So... banjir bukan sahaja musibah... tapi peluang besar....

Ader paham ka??



15 September 2022

Abdul Hadi Awang Sudah Semakin Gila?

Bhai/DeeDee semua...

Semakin hari satu demi satu catatan dan pemikiran seorang Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) yang dilihat tidak cocok dan tidak waras.. Malah kelihatannya semakin gila.

Pelik sungguh la... Agaknya selepas Abdul Hadi Awang sakit hari tue... maybe kesihatan mentalnya agak terjejas... Fizikal kita mungkin lihat dia sihat... tapi Mental nya mungkin sakit lagi... teruk sakitnya... sampaikan ntah apa-apa yang diperkatakannya...

Maybe sudah putus wayar sama sini ????

Abdul Hadi Awang sudah tidak waras

#HadiAwang #Gila #PresidenPAS #TidakWaras #CatatanMinda #PRU15 #Rasuah #KesihatanMental #SakitJiwa #halusinasi #bisikangaib #bisikansetan #IQ #Mental #MentalHealth #PakarSakitJiwa #ubat
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

14 September 2022

Presiden MIC Semakin Terdesak...

Bhai/DeeDee semua...

Presiden MIC nih nampaknya sudah semakin gila... tambah terdesak sebab nak dapatkan sokongan dari pengundi kaum India... MIC dok sibuk pasai pemerintahan PH selama 22 bulan... tetapi MIC buat-buat lupa yang kegagalan Kerajaan BN dimana MIC adalah sebahagian darinya selama 60 tahun...

Bangang punya Presiden MIC.

Gila Punya MIC, bising pasai 22 bulan tapi yang 60 tahun buat lupa

#MIC #MaikaHoldings #Audit #auditforensik #PH #AnwarIbrahim #PakatanHarapan #BarisanNasional #MIED #MITRA
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

Abdul Hadi Awang Terlepas Peluang Jadi PM

Bhai/DeeDee semua...

Sebenarnya Abdul Hadi Awang ada peluang jadi Perdana Menteri (PM) jika PAS kekal bersama PAKATAN (Pakatan Rakyat) ....

Tapi pasai tamak awal .... tak sabar... hidup penuh dengan perasaan sangsi ... tu yang Abdul Hadi Awang terlepas peluang jadi PM.... kesian kan... huhuhu

Abdul Hadi Awang mungkin dah jadi PM jika PAS kekal bersama Pakatan

#HadiAwang #PAS #PerdanaMenteri #AbdulHadiAwang #Politik #Memali #PakatanRakyat #PakatanHarapan #Dominan #PRU15 #AnwarIbrahim
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

13 September 2022

Isu Ambank : Najib Razak Terkantoi

Bhai/DeeDee semua...

Dalam isu akaun Ambank milik peribadi Najib Razak, nampaknya Najib Razak telah terkantoi. Terang dan nyata dia tahu apa yang berlaku pada akaun bank tersebut. Malah dia tidak pertikaikan akaunnya. Dan tidak pulak ada orang lain yang kendalikan akaun tersebut tanpa pengetahuannya.

Sudah kantoi di Mahkamah.

Ambank - Najib Razak tidak pertikai akaunnya

#NajibRazak #Ambank #1MDB #AkaunBank #AMLA #Rasuah #Banduan #Penjara #Saman #LaporanPolis
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

Bebaloi Jadi Banduan VIP

Bhai/DeeDee semua...

Berbaloi sungguh la Najib Razak jadi banduan VIP nih .... bukannya apa... satu nya tak perlu tangan sentiasa digari pada besi katil ... keduanya... boleh lepak kat wad kelas 1 ... bukan wad kelas 3 atau kat infirmary penjara jer...

Yang lagi best tue... boleh lepak kat IJN tue.... Hahaha... special sungguh la Najib Razak nih...

Banduan lain paling-paling pon setakat wad kelas 3 di Hospital HKL atau Sg Buloh jer..... atau pun di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang...

Hahaha.... itu nasib baik IJN... kalu dapat masuk Hospital Swasta lainnya sure lagi gempak.. macam Gleanegles ka...atau KPJ ka... Hahahaha... makanan lagi best... kan kan kan...

Makanan di IJN pon jauh giler lebih mantop dari sajian makanan di HKL ... jangan la pulak korang compare ngan makanan di Penjara Kajang... hahaha... itu jauh panggang dari babi.... hahahaha

Hahahaha... berbaloi jadi banduan VIP nih... Hahahaha

Siap dapat perhatuan dan arahan dari PM lagie...



12 September 2022

KKM Kantoikan Najib Razak

Bhai/DeeDee semua...

Kecoh bilamana Najib Razak dimasukkan ke Hospital balik sebab kononnya ubat darah tinggi Najib Razak tue memberikan tindakbalas teruk kepadanya... Hahaha... yang bagi alasan tu adalah Pegawai Penjara....

Walhal dalam Penjara ader Doktor ... ader Infarmary.... dan senarai ubat yang ada semuanya mesti patut dan ikut garispanduan dari KKM....

Tetiba kata Najib Razak ada alahan teruk...

Tu yang KKM bengang tue... sampaikan Ketua Pengarah KKM bising.. sebab dalam rekod KKM nih Najib Razak punya ubat darah tinggi adalah standard ... jenis biasa macam orang lain jugak... takder pelik-pelik...

So memang sekarang nih KKM telah kantoikan Najib Razak.... cukup-cukup la nak mengelat pasai ubat la pulak... semata-mata taknak duduk Penjara.... By the way... Banduan patutnya duduk wad kelas 3 dengan tangan digari pada besi katil.... 

Awat pulak yang ini boleh lain.. duduk bilik khas... duduk katil wad kelas 1 ..... adoilah.... double standard.



Najib Razak Ngelat Lagi

Bhai/DeeDee semua...

Ramai orang ader penyakit darah tinggi... dan ramai banduan jugak terima ubat darah tinggi dalam Penjara.... tapi takder la yang dok asik nak keluar ja dari Penjara nak masuk Hospital hanya kerana perubahan terhadap jenis ubat darah tinggi...

Apa jenis ubat darah tinggi yang Najib Razak nih pakai? Micardis ka?? Hahaha

Setakat nih takdak la ader special ubat darah tinggi yang pelik dalam market... semua standard ja... cuma beza manufacturer ja... boleh kata semua ubat darah tinggi ader dalam senarai farmasi... pastinya ader jugak di dalam infirmary di Penjara...

Takkan la takdak... takkan la ader yang terlampau special...

Hahahaha... kalu bab ngelat bagi la kat Najib Razak... Hahahaha



11 September 2022

Strategi Terbaik Untuk Menang PRU15

Bhai/DeeDee semua...

Gua amat bersetuju tentang perkara ini.... Tawaran dari Anwar Ibrahim sendiri yang jika Pakatan Harapan (PH) menang pada PRU15, maka PH akan melaksanakan siasatan dan audit forensik bagi kes Maika Holdings, MEID dan Mitra ...

Ketiga-tiga institusi ini adalah berkait rapat dengan Kaum India... 

Bayangkan dah lama Kaum India diperdayakan oleh pihak-pihak tertentu yang telah mengaut keuntungan besar atas Maika Holdings, MEID dan Mitra ini... terutama dari puak-puak MIC dan PPP..

Sure kalu tawaran ini diwarwarkan secara menyeluruh kepada semua kaum India... gua percaya sebahagian besar undi dari Kaum India akan berpihak kepada Pakatan Harapan... tambah lagi undi dari golongan muda yang dah terbuka minda mereka dan melihat sendiri bagaimana mereka ketinggalan dari arus perdana hanya kerana tindakan songlap yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dari kalangan kaum mereka sendiri...

Patutnya ... ader juga tawaran dari Pakatan Harapan untuk siasat dan audit forensik MARA, FELDA, FELCRA dan RISDA serta beberapa lagi kes lama termasuk kes terkait MCA .... terutama sekali kes FOREX dan PERWAJA... Kita nak tengok macam mana bersilatnya beberapa ekor mangkuk ayun yang ader dalam Malaysia nih..



05 September 2022

Habislah. Susahlah Nak Makan Nasi Dagang Lepas Ni...

Bhai/DeeDee semua...

Nasi Dagang yang cukup sinonim dengan Negeri Terengganu dan Kelantan biasanya akan menggunakan Ikan Tongkol @ Ikan Aya sebagai lauk utamanya... Ianya juga adalah menu lauk utama dalam Nasi Berlauk Air Dingin yang cukup glamer di daerah Tumpat di Kelantan. Resepi turun temurun...

Hehehe....

Tapi bilangan ikan tongkol ini semakin berkurangan dengan mendadak... makin sikit... huhuhu.... Maknanya.... lepas nih susahlah nak makan nasi dagang.... huhuhu... bisnes jualan sarapan maybe slow lepas nih... stok susah nak dapat..

Masak aaa...



Gua Tak Kesian Kat Pelaku Rasuah

Bhai/DeeDee semua...

Tak payah la nak up citer anak-anak ka... cucu ka... mak bapak ka... adik beradik ka... laki bini ka... tak payah nak create sensasi... tak payah nak viral konon sedih la... hangpa tak layak langsung nak citer pasai nih semua...

Pelaku rasuah memang tak wajib dikesiankan.... tak kira apa story depa nak bawak...



03 September 2022

Alasan Rosmah. Apa Pula Alasan Najib Razak?

Bhai/DeeDee semua...

Bila kena denda RM970 juta... Rosmah Mansor kata dier takder duit sebanyak itu untuk bayar denda.... Alasannya dia surirumah...

Apa pula alasan Najib Razak??? Hehehe



01 September 2022

Rosmah Mansor - Perbicaraan Tidak Adil?

Bhai/DeeDee semua..

Betulkah Rosmah Mansor tidak mendapat perbicaraan yang adil? Berasaskah dakwaan itu? Apa impaknya Rosmah Mansor menggunakan dokumen draf penghakiman yang dicuri sebagai usaha terakhirnya menangguhkan perbicaraan? Ini semua tindakan terdesak. Ini semua tindakan jenayah dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Dengarkan pandangan gua disini.

Perbicaraan Tidak Adi - Kronologi kes rasuah Rosmah Mansor
#RosmahMansor #Jepak #RizalMansur #RayyanRadzwill #BarisanNasional #PRU15 #Rasuah #KesSolar #Mahkamah #GopalSriRam
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1