Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ubat. Show all posts
Showing posts with label Ubat. Show all posts

15 September 2022

Abdul Hadi Awang Sudah Semakin Gila?

Bhai/DeeDee semua...

Semakin hari satu demi satu catatan dan pemikiran seorang Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) yang dilihat tidak cocok dan tidak waras.. Malah kelihatannya semakin gila.

Pelik sungguh la... Agaknya selepas Abdul Hadi Awang sakit hari tue... maybe kesihatan mentalnya agak terjejas... Fizikal kita mungkin lihat dia sihat... tapi Mental nya mungkin sakit lagi... teruk sakitnya... sampaikan ntah apa-apa yang diperkatakannya...

Maybe sudah putus wayar sama sini ????

Abdul Hadi Awang sudah tidak waras

#HadiAwang #Gila #PresidenPAS #TidakWaras #CatatanMinda #PRU15 #Rasuah #KesihatanMental #SakitJiwa #halusinasi #bisikangaib #bisikansetan #IQ #Mental #MentalHealth #PakarSakitJiwa #ubat
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

12 September 2022

KKM Kantoikan Najib Razak

Bhai/DeeDee semua...

Kecoh bilamana Najib Razak dimasukkan ke Hospital balik sebab kononnya ubat darah tinggi Najib Razak tue memberikan tindakbalas teruk kepadanya... Hahaha... yang bagi alasan tu adalah Pegawai Penjara....

Walhal dalam Penjara ader Doktor ... ader Infarmary.... dan senarai ubat yang ada semuanya mesti patut dan ikut garispanduan dari KKM....

Tetiba kata Najib Razak ada alahan teruk...

Tu yang KKM bengang tue... sampaikan Ketua Pengarah KKM bising.. sebab dalam rekod KKM nih Najib Razak punya ubat darah tinggi adalah standard ... jenis biasa macam orang lain jugak... takder pelik-pelik...

So memang sekarang nih KKM telah kantoikan Najib Razak.... cukup-cukup la nak mengelat pasai ubat la pulak... semata-mata taknak duduk Penjara.... By the way... Banduan patutnya duduk wad kelas 3 dengan tangan digari pada besi katil.... 

Awat pulak yang ini boleh lain.. duduk bilik khas... duduk katil wad kelas 1 ..... adoilah.... double standard.



07 December 2021

PharmaNiaga Bisnes Untung Atas Angin

Bhai/DeeDee semua...

Orang lama sure tahu dari mana ujudnya Pharmaniaga.... Ianya ujud selepas unit Jabatan Ubat KKM diswastakan... dan diberikan secara "silver plate" kepada pihak tertentu... Jadi... kita tak terkejut bilamana PharmaNiaga nih adalah bisnes untung atas angin...

Kalu bisnes depa untung.... itu kononnya kerana depa bijak berniaga... so layaklah kepimpinannya dalam bonus dan dividen yang besar...

Kalu bisnes depa rugi... jangan riso... Kerajaan akan bail-out... akan bekap guna dana negara... guna duit rakyat... guna duit KWSP dan Khazanah bagai... aper ader hal..

Memang celaka kan...

Sinovac depa letak harga USD30 .... depa jual... pasai apa boleh jual... surely sebab ader komisyen..
Cuba kalu Sputnik-V dari Gamaleya ... yang harga pasaran USD10..... depa taknak jual sebab tak dapat komisyen besar....

Hahahaha.... sial ja kan...




01 March 2021

Sudah Kantoi Kalu ...

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih bukan setakat viral bodoh jer... tapi ramai yang dah buat semakan... memang betul ader "potong q" di Kelantan.... bukan calang-calang punya senarai... Hahaha... siapa yang buat senarai nih memanglah pailang...

Hahahaha...

Sekarang... sudah kantoi kalu.... Hahahaha.... nak "potong q" punya pasai sebab nak senang pi berjalan... dengor khabor... bukan setakat yang terlibat ngan SUK... tapi siap anak bini lagi.... hahaha

Ntah la...

Bab "potong q" memang hampeh... aper pon tahniah la kat whistleblower tue... hehehe... at least berjaya kantoikan kerja jahat puak-puak lahanat bertopeng agama nih... Hahaha... aper lu ingat geng Lobai dan Ostad tak "potong q" ka??

Hahaha



18 February 2021

Ganja Sebenarnya Bukan Dadah Atau Racun

Bhai/DeeDee semua...

Dari dulu lagi gua berpandangan bahawa Ganja dan Ketum adalah satu bahan yang boleh mengubatkan... Terutamanya setelah diekstrak sumber-sumber penting darinya... Kedua-dua tumbuhan ini serupa macam Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia), Misai Kucing, Kacip Fatimah, Ubi Jaga, Selayar Hitam dan sebagainya lagi khazanah tempatan yang boleh diekstrak untuk menjadi ubat dan herba...

Betul... apa sahaja penggunaan yang terlebih dos memang membahayakan... tapi itu tidaklah sepatutnya menjadi halangan kepada pengekstrakan dan penggunakan bahan tersebut..

Terlebih makan Paracetamol pon boleh mati... sama macam terlebih makan Micardis ... boleh kojol.... walaupun Micardis tu adalah ubat untuk sakit darah tinggi.... takpon terlebih makan Simvastatin pon boleh jalan daaa.... atau terlebih macam Metformin.... Hahahaha

Aper sahaja yang terlebih dos memang bahaya..

So... janganlah disebabkan stigma pada Ganja (Pakalolo) dan Ketum .. maka kita borang semua letak bawah senarai dadah atau racun... adoilah...

Aper pon gua tetap mengatakan salah jika penggunaan lebih dos dan tidak terkawal...  dan adalah salah bagi mana-mana penggunaan dadah sintetik seperti LSD, ICE, Syabu, Pil Kuda yang dihasilkan secara kimia (chemical) sama ada dari bahan-bahan berasaskan alkohol atau petrokimia (petrochemical) ... yang ini memang bahaya....

Tambah lagi kalu ader element Sibutramin dan yang lain-lain seangkatan dengannya..

Jadi dalam kes Dr Ganja nih... gua memang berterima kasih kepada Mahkamah Persekutuan yang telah melihat kes ini dari sudut pandang yang luas... terima kasih.



17 January 2021

Saman RM5 Juta Kalau Engkar

Bhai/DeeDee semua...

10 bulan telah berlalu dimana semua tanggungjawab kesihatan berkenaan covid-19 dibebankan kepada perkhidmatan kesihatan awam KKM dan pihak kesihatan swasta berlepas tangan tanpa prihatin.

Tanpa proklamasi darurat memanglah akan terus kekal pihak swasta berlepas tangan. Pihak Insuran lagi awal berlepas tangan.

Kini setelah diarahkan bertanggung jawab pada kadar minima 10% pun pihak kesihatan swasta memberikan macam-macam alasan dan songel.

Nampak sangat selama ini pihak kesihatan swasta hanya pentingkan duit dan untung semata-mata tanpa obligasi kesihatan seperti mana dalam akujanji perkhidmatan kesihatan mereka dahulu.

Siapa disebalik perkhidmatan kesihatan swasta ini? Siapa sebenarnya mereka? Bagaimana mereka mengambil kesempatan atas kenaifan warganegara Malaysia.

Konon perkhidmatan mereka terbaik dan professional katanya tapi dalam realiti mereka dengan selambanya memindahkan beban risiko kepada perkhidmatan kesihatan awam setiap kali ada kes.

Sembang ja semuanya nih.

Nanti ada masa gua akan dedahkan satu-satu modus operandi perkhidmatan kesihatan swasta ini... yang kuat sangat sembang konon mereka lebih baik dari perkhidmatan kesihatan awam.

Tunggu...



13 July 2013

Sebelum TPPA Kos Ubat Adalah RM1.9 Bilion

Bhai/DeeDee .... Sebelum TPPA kos ubat adalah RM1.9 bilion.... Sesudah TPPA kos ubat pulak akan jadi berapa??? Takkan jadi RM19 bilion kot..... Giler aaa kalu camnie... Pasainyer.... biler dah Kerajaan Malaysia setuju dengan TPPA.... makanyer takder lagi la ubat generic yang akan dikeluarkan dan dipasarkan...

Selama ini pesakit di Malaysia banyak dibekalkan dengan ubat generic ..... contohnyer paracetamol dan sirap ubat batuk.... lepas nih susah la kepada rakyat marhaen... Takkan nak beli ubat berjemana kot.... giler ker aper...

Sebelum tahun 2000 .... semua pembekalan ubat di Hospital Kerajaan dikendalikan sendiri oleh Kementerian Kesihatan dengan proses perkilangan dan pembuatan ubat secara sendiri (in-house)... Masa nih semua ubat yang ada di Hospital kerajaan aderlah ubat generic (ubat berlabel KK @ Kementerian Kesihatan)..... Tapi selepas projek penswastaan perkhidmatan pembekalan ubat.... maka ujudnya PharmaNiaga.... yang mendapat konsesi penuh pembekalan ubat kepada Hospital...

Kini.... sebelum TPPA kos ubat adalah RM1.9 bilion.... nanti lepas TPPA.... mau la agaknyer kos meningkat berkali ganda.... Hahaha... boleh cecah RM19 bilion kot.... Kaya la mangkuk-mangkuk kroni dalam PharmaNiaga.... Hahaha... Kaya lagi aaa Syed Mokhtar BauKaki.... Hahaha .... Ayoyo amma appa....



PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak berdepan dengan krisis bekalan ubat di klinik dan hospital kerajaan walaupun adakalanya kehabisan ubat tertentu berlaku.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, Datuk Eisah A. Rahman menjelaskan bahawa faktor komunikasi antara pegawai farmasi dan doktor mungkin antara punca kehabisan ubat tertentu itu berlaku.

Bercakap kepada pemberita selepas sidang media mengenai Mitos and Realiti Industri Farmaseutikal anjuran Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia (PhAMA) di sini, Eisah memberi jaminan bekalan ubat di negara ini mencukupi.

"Saya tidak nafikan mungkin satu-satu masa itu fasiliti ubat memang mungkin tidak ada, kadang-kadang komunikasinya, mungkin tidak dimaklumkan kepada doktor yang menulis preskripsi ubat tertentu supaya doktor boleh buat keputusan untuk menawarkan ubat lain sebagai alternatif," katanya.

Beliau berkata pelbagai pendekatan lain boleh diambil oleh pihak hospital atau klinik contohnya meminjam stok ubat tertentu di klinik berlainan dan menghantar ubat secara pos agar tidak menyusahkan pesakit.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai dan Pengarah Eksekutif PhaMa Ewe Kheng Huat.

Eisah berkata tahun lepas sejumlah RM1.9 bilion dibelanjakan untuk bekalan ubat-ubatan dan menjangkakan pertambahan sebanyak 10 peratus bagi perbelanjaan sama tahun ini.

"Kita tidak ada masalah dari segi peruntukan, bagaimanapun kami sedang memohon peruntukan tambahan bagi menampung keperluan pesakit khususnya untuk hospital dan klinik kerajaan di negeri-negeri," katanya.

Menepis tanggapan bahawa ubat-ubatan yang dibekal pusat perubatan swasta lebih baik berbanding yang dibekalkan oleh klinik dan hospital kerajaan, Eisah berkata semua ubat-ubatan perlu melalui proses pendaftaran yang sama, termasuk dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.

Mengulas mengenai penjualan ubat-ubatan secara dalam talian, Eisah menasihatkan orang ramai supaya lebih rasional dan tidak sewenang-wenangnya membeli produk yang dihebahkan, yang mungkin berisiko jika diambil tanpa mendapatkan preskripsi doktor.- Bernama

09 May 2013

Bersedialah Untuk Dimangsakan

Bhai.... Nih satu khabar yang gua dapat dari industri..... dengan kemenangan BN sekali lagi pada PRU13... usaha untuk menjayakan 1Care sedang giat digerakkan balik.... hahaha.... bagoosh sungguh la kepada pengundi yang mengundi BN nih... bersedialah untuk dimangsakan


Kepada pengundi yang telah mengundi BN pada PRU13.. lu orang jangan la plak marah biler lepas nih kos urusan perubatan akan meningkat.... jangan marah aaa.... sebab lu orang jugak yang undi BN.... lu orang kena terima jer la aper hasil yang lu orang dah buat.... hahaha....

Kementerian Kesihatan dikhabarkan akan melaksanakan skim 1Care iaitu memotong gaji semua orang sebanyak 10% untuk dicarumkan dalam perkhidmatan perubatan.... semua orang akan kena... pada yang bergaji besar tue.. banyak la yang akan kena.. tapi yang bergaji kecik dan cukup makan... alamat jadi mangsa la plak... hahaha... sebab kesihatan yang wajib disediakan oleh sesebuah kerajaan kini nak diserahkan kepada syarikat insuran.... hahaha

So... jangan marah yer kalu 1Care nih jalan.... lu orang jugak yang undi BN baru-baru nih .... hahahaha.... jangan marah dan mengeluh... jangan komplen aaa.... dan jangan lupa uintuk bayar duit saman AES yang akan beroperasi balik bulan Jun nih..... hahahaha... mampu kerah la wei... hahaha


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1