Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Propaganda. Show all posts
Showing posts with label Propaganda. Show all posts

30 July 2023

Tindakan Tidak Bertamadun

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia nih adalah negara yang mengamalkan Demokrasi acuan Raja Berpelembagaan....

Jadi.... mana-mana rakyat bebas untuk memilih parti atau pihak mana yang mereka suka. Tiada paksaan atau ugutan. Rakyat juga berhak untuk kritik pihak kepimpinan mana-mana pun...

Dan tindakan mengoyak poster dan apa-apa bahan terkait Pilihanraya adalah sesuatu tindakan yang tidak bertamadun. Semacam tidakan orang tak berakal @ berotak.

Kalau pun itu material parti lawan, bukan itu caranya nak tunjuk bantahan atau penolakan... Bodoh lar... Memang gaya orang bangang ja buat benda nih... Koyak dan Lemah...

p/s : Kadang-kadang ader juga kerja buat camni dibuat oleh puak sendiri sebab untuk mendapatkan sentimen kesian @ Art Of Diversion.... HAHAHA

=================
PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Bodohnya siapa yang buat kerja bangang nih


02 November 2022

Jangan Silap Percaturan - Voter Sentiment Ratio (VSR) - 2nd November 2022

Bhai/DeeDee semua..

Semalam berlangsungnya dua pengumuman penting berkenaan calon pilihanraya bagi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). Kedua-dua pengumuman ini amat dinantikan oleh rakyat yang prihatin politik. Ianya dilihat sebagai satu wadah untuk rakyat mengetahui apa yang akan dihidangkan kepada pengundi membuat pilihan pada PRU15.

Tetapi...

Bagi pengundi muda (terutamanya yang baru didaftarkan sebagai pengundi secara AVR) nampaknya ramai yang tidak mengambil peduli siapa calon-calon yang akan ada dalam senarai kertas undi pada PRU15 itu nanti. Pada mereka tiada signifikan nama-nama itu semua.

Apa yang pengundi muda nampak adalah siapa yang benar-benar memberikan bantuan kepada mereka. Kebanyakan pengundi muda ini terdedah dengan 3 parti gabungan. Ya betul.. 5 tahun adalah satu masa yang ada pada mereka untuk melihat siapa yang akan mereka undi. 

Katakan mereka sekarang ini berumur 20 tahun, tentunya pada PRU14, mereka masih berada di Tingkatan 3. Apa yang mereka tahu pada masa itu tentang politik.

Kalau mereka berumur 18 tahun dan layak mengundi pada PRU15, tentunya pada PRU14 dahulu mereka sekadar berada di Tingkatan 1. Apa yang mereka tahu tentang politik sebelum PRU14..

Dan senarai pengundi muda bawah 21 tahun ini adalah sebanyak 1,141,749 orang pengundi baru. Ianya adalah sekitar 5.4% dari jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi pada PRU15 ini.

Dari satu segi, PAS dilihat berjaya menanamkan kesedaran politik dikalangan pengundi muda kerana imej dan propaganda Islamik yang mereka bawa. Tidak dinafikan jika kita melihat dari jumlah pengundi muda bawah 21 tahun ini kebanyakannya pro kepada model Islamik (dalam konteks pengundi berbangsa Melayu).

Bagi pengundi muda bukan berbangsa Melayu, mereka dilihat lebih kecenderungan kepada parti-parti yang membawa wacana baru seperti MUDA. Masalahnya setakat hari ini tiada satu parti saingan kepada MUDA. Kalau nak dikirakan elemen pemuda dalam PH, PN dan BN... ianya dilihat gagal untuk mendekati nurani dan hasrat pengundi muda. 

Pada pengundi muda (bawah 21) tahun, mereka menganggap 3 gabungan parti utama (PH, PN, BN) sebagai Dinasor. Namun perkara ini masih dipandang enteng oleh 3 gabungan parti ini.

Menjelang tarikh pengundian nanti, gua akan hidangkan beberapa lagi analisis dan data tentang kesan dari Undi 18 nih. Harap bersabar.



24 October 2022

Maszlee Malik Ni Ada Peluang Menang Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Kalu gua cakap tak selari ngan pandangan lu orang.... mesti lu orang akan kecam berjela gua.. Hahaha... tapi itu lah gua... gua macam biasa la... tetap akan bagi pandangan gua... pandangan tentang politik yang pastinya tak ngam ngan lu orang... Hahaha... pandangan tentang pilihanraya... tentang BN.. tentang PH... tentang PN ... tentang GTA dan sebagainya...

Terpulang la kat korang nak terima atau tidak... Hahaha

Cuma sekadar nak tanya nih... Maszlee Malik ni ada peluang menang ke di Simpang Renggam?

Kalu takder calon nama besar pun belum tentu Maszlee Malik nih boleh menang ngan selesa... Banyak sebab yang tidak memberikan satu kelebihan kepada Maszlee Malik di Simpang Renggam ... pengundi Saluran 1 dan 2 memang takkan undi dier...

Pengundi Saluran 3, 4, 5 dan 6 pun tak solid akan undi dier.... malah ramai yang tak ngam ngan Maszlee Malik walaupun dari kumpulan Undi 18 .... sama ada tak ngan kesan dari kempen propaganda yang dibuat sekian lama atau tidak... Hahaha... Apa pun.. Maszlee Malik nih takder aura kemenangan yang solid di Simpang Renggam pada PRU15 ... 

Huhuhu...



19 September 2022

Mat Berkilau

Bhai/DeeDee semua...

Pada 1890 tali rafia plastik belum lagi ujud. Yang ada cuma tali yang dibuat dari tumbuhan rafia yang banyak ditanam di kawasan Asia dan Afrika terutama di Tanzania, Zanzibar, Andaman dan Nicobar serta di kawasan Bangladesh (nama sekarang ni). 

Dan pada 1890, Orang Melayu jual durian adalah secara longgok dalam bakul atau kain guni. Bukan dengan secara ikat dan gantung.

Kalu susah nak dapat yang realistik... guna la tali dibuat dari pelepah atau batang pisang.... diraut dan dikeringkan... at least la... 

Satu lagi ... Orang Melayu diperkenalkan dengan “Molotov Cocktail” hanya semasa Revolusi Iran (1979) dan bukannya pada Revolusi Semantan (1890)....  pada 1890 juga belum ada lagi biskut tin timbang kilo. Minyak tanah/petrol dalam tin pun belum dijual secara borong.

Hehehehe

Sekian. Harap maklum.



16 May 2013

Satu Perkara Yang BN Tidak Mahu Sedar

Bhai... gua dah baca macam-macam ulasan tentang kempen PRU13... macam-macam analisa... macam-macam kajian... nak cari sebab kenapa golongan muda dan kaum Cina dan India menolak BN pada PRU13....

Semua kajian dan analisis gua dapati ianya mengunjur kepada satu benda.... penggunaan secara maksima media sosial....  diorang kata media sosial ini penuh dengan fitnah... diorang kata media sosial ini tidak terkawal.... hahaha... mari sini gua terangkan... baca aaa jangan tak baca...

Gua nak terangkan bagaimana PR berjaya mengembelengkan seluruh warga maya untuk menolak BN.... satu perkara yang BN tidak mahu sedar..... dan mungkin tidak akan sedar..... hehehehe...

Okeh..... Pakatan Rakyat mendapat sokongan daripada pengamal media sosial secara percuma... tak perlu dibayar... tak perlu diupah... tak perlu dirasuah... tak perlu diberi pingat Dato' .... tak perlu dibodek.... semua yang dibuat oleh pengamal media sosial dibuat dengan rela hati... dibuat dengan modal sendiri... dibuat dengan hati yang bangga... mungkin la ader pengamal media sosial pro-PR yang keluar cerita separuh siap... tapi selalunya.. semua cerita penuh berfakta dan berbukti... sampaikan ader yang sangkut pasai dedahkan bukti dibawah OSA...

Tapi....  BN terpaksa mendapat sokongan daripada pengamal media sosial dengan cara dibayar... perlu diupah... perlu dirasuah... perlu diberi pingat Dato' .... perlu dibodek... .... mana ader pengamal sosial pro-BN yang buat kerja dengan rela hati... buat dengan modal sendiri....  tapi yang nih memang betul... diorang memang buat dengan hati yang bangga...  cerita dan berita yang dikeluarkan oleh pengamal media sosial pro-BN biasanyer penuh dengan fitnah dan manipulasi.... kalu ader fakta pon... terlalu ciput.... tambah lagi kalu bab citer lucah.. diorang nombor satu..... numero uno.... hahaha ....

Kesimpulannya.... dalam mana-mana situasi perang.....  gua ingat lagi masa gua kat Slovenia sekitar tahun XX'an ... askar upahan (mercenary) dalam dunia nih cukup takut kat pejuang mujahideen.... pasai ... askar upahan nih berjuang atas dasar duit (kalu mati ader dapat duit banyak pon tak guna).... tapi mujahideen nih berjuang atas dasar jihad... atas dasar perjuangan...  memang tarak takut punya....

Malah ader satu buku yang menceritakan bahawa dalam dunia nih... askar upahan terbaek dan hebat aderlah Mujahideen yang datang dari Malaysia....  Dulu buku nih gua ader...  pada 2008 ader kawan pinjam... sampai hari nih dier tak pulangkan balik.... hahahaha .... gua nak kena cari satu lagi salinan lar.... hahaha

Gua ader sorang "kawan" orang Melayu kita nih yang tak reti bawak kereta... tapi takder hal nak bawak kereta kebal... pasai dier berkhidmat lama di Afghanistan sebagai mujahideen (dier nih komander kereta kebal) masa perang Afghan-USSR dulu....circa 1986 ....

Ader beza yang diupah dengan yang buat sukarela.... ader beza lar bhai....

So... ader paham ka????

27 April 2013

GE13 Voter Sentiment Ratio (26th April) - Report

Bhai... Kepada semua yang ikut serta membaca dan menganalisis Voter Sentiment Ratio (VSR) nih... nih ader yang untuk hari nih 26 April 2013... Yang semalam punya lu orang boleh semak kat link VSR nih...

Aper-aper pon... jangan seronok sangat... ader perubahan tue maybe sekejap jer... biasa la... lagi dah dekat nak hari mengundi... lagi banyak beza turun naiknyer.... hahaha... macam pasaran saham la pulak... tak gitue... hahaha...

(c) 2013 Agency

11 July 2012

Kuburkan Batang Pisang?

Bhai... dulu masa Mat Kilau kononnyer terbunuh biler berlaku pertempuran dengan penjajah.... diorang buat satu lakonan dengan membuat satu helah.... Helah tersebut aderlah dengan kuburkan batang pisang sebagai ganti jenazah Mat Kilau...

Lepas beberapa tahun kemudian... barulah Mat Kilau sebenar mendedahkan dirinyer.... hehehe ... ini sejarah bhai... sejarah tak tipu... yang tipu aderlah orang yang tulis sejarah ... hahaha

So... skarang nih... seperti yang gua jangkakan sejak dari awal lagi....

Mengapa tiada siapa dapat menziarahi jenazah Khalil Afandi... selain dari anggota keselamatan
Mengapa tiada siapa dapat menyembahyangkan jenazah Khalil Afandi... selain dari anggota keselamatan
Mengapa tiada siapa dapat menguruskan jenazah Khalil Afandi... selain dari anggota keselamatan
Mengapa tiada siapa dapat mengebumikan jenazah Khalil Afandi... selain dari anggota keselamatan

Memang pelik.... takder gambar jenazah... pelik aaa... dah jadi macam kes Osama Bin Laden jer...  "Konon" askar Amerika yang bunuh... diorang yang uruskan jenazahnyer.. dan diorang jugak yang kebumikan dier di laut.... yang best tue... takder gambar gak...

Orang lain tabley nak terlibat..... memang pelik... inilah pertama kali berlaku di Malaysia dalam masa Malaysia moden nih... terlalu banyak cover-up nih... aper citer nih bhai... aper citer....

Sebijik macam citer "The Day Of The Jackal" ... hehehehe

Baca Sini, Sini dan Sini ....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1