Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pengundi Atas Pagar. Show all posts
Showing posts with label Pengundi Atas Pagar. Show all posts

17 January 2023

PAU2022 : Sekadar Himpunan Para Pengampu

Bhai/DeeDee semua...

Ini masalah besar dalam UMNO sejak sekian lama. Tak pernah nak berubah. Tak pernah nak melihat sebab apa mereka makin tidak relevan di mata pengundi. Tidak pernah nak mengkaji.

Walhal apa yang terhidang didepan mata setiap kali PRU makin menyesakkan jiwa. Tapi dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ... masih berterusan suara-suara pengampu dan penjilat.

Jahanam akhirnya...

Mesej yang tak terlafaz dalam PAU - 'Jangan gila kuasa’

#PAU2022 #perhimpunanagungumno #PehimpunanPengampu #UMNO #AkarUmbi #Relevan #Politik #MasaDepan #Jahanam
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

04 December 2022

Apa Harapan Pengundi Atas Pagar?

Bhai/DeeDee semua...

Tidak pernah ada sekali pun dalam Sejarah Malaysia, ada parti yang menang pada Pilihanraya (Umum/Negeri/Kecil) hanya dengan sokongan undi solid dari ahli dan penyokong mereka melainkan dengan tambahan undi dari pengundi atas pagar....

Jadi... kita semua tahu bahawa pengundi atas pagar lah yang menentukan kemenangan mana-mana parti... Jadi apa harapan pengundi atas pagar?

Mostly apa yang mereka hendak adalah satu kerajaan yang baik dan memberikan impak besar kepada mereka dari segi ekonomi, tadbir urus dan kemampanan serta amanah.

Pengundi atas pagar mahukan pemimpin yang cekap dan mesra rakyat... cakna atas masalah yang dihadapi rakyat. Pemimpin yang mengutamakan rakyat berbanding konglomerat atau kapitalis... Pemimpin yang bekerja untuk rakyat...

Jadi... kalu ader pemimpin yang lebih terlihat mementingkan syarikat, konglomerat, kapitalis atau bank... tapi tidak kepada rakyat... memang pemimpin itu rakyat akan tolak... Rakyat tidak mahu pemimpin ini....

Dan bila pemimpin yang dah ditolak oleh rakyat ini diangkat pula menjadi Menteri.... menjaga benda yang terkait dengan ekonomi, pelaburan dan antarabangsa.... maka... apa jadi dengan harapan pengundi atas pagar?? Alasan kononnya Menteri ini adalah sokongan dari Kayangan....walhal tidak dibuktikan sama ada ianya benar sokongan dari Kayangan... sapa pun tak tahu...

Payah... macam mana Pakatan Harapan (PH) nak terus dapat sokongan pengundi atas pagar untuk PRU16 nanti... maybe boleh ucap selamat tinggal la lebih awal... sebab awal tak kalut... Huhuhu



16 November 2022

Sekadar Menang Sorak Je

Bhai/DeeDee semua...

Ada orang tanya gua.. berapa kerusi dah PH lead dalam pergelutan PRU15 ... Sebab depa kat Rafizi Ramli dah predict dah dekat nak 100 kerusi PH bakal dapat....

Tapi...

Pada amatan gua.... gua hanya nampak PH setakat ini mungkin boleh menang di 75 kerusi jer... belum lebih dari itu.... itupon 75 kerusi tue pon agak tipis banyaknya... goyang juga....

Sebab itu la gua kata takut sekadar menang sorak jer... lebih dari itu takder.... huhuhu.... tambah lagi ramai orang rasa PH dah di kedudukan selesa.... tapi diorang tak amik kira data Undi 18.... yang ini lah yang akan berikan perbezaan yang ketara.... huhuhu



02 November 2022

Jangan Silap Percaturan - Voter Sentiment Ratio (VSR) - 2nd November 2022

Bhai/DeeDee semua..

Semalam berlangsungnya dua pengumuman penting berkenaan calon pilihanraya bagi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). Kedua-dua pengumuman ini amat dinantikan oleh rakyat yang prihatin politik. Ianya dilihat sebagai satu wadah untuk rakyat mengetahui apa yang akan dihidangkan kepada pengundi membuat pilihan pada PRU15.

Tetapi...

Bagi pengundi muda (terutamanya yang baru didaftarkan sebagai pengundi secara AVR) nampaknya ramai yang tidak mengambil peduli siapa calon-calon yang akan ada dalam senarai kertas undi pada PRU15 itu nanti. Pada mereka tiada signifikan nama-nama itu semua.

Apa yang pengundi muda nampak adalah siapa yang benar-benar memberikan bantuan kepada mereka. Kebanyakan pengundi muda ini terdedah dengan 3 parti gabungan. Ya betul.. 5 tahun adalah satu masa yang ada pada mereka untuk melihat siapa yang akan mereka undi. 

Katakan mereka sekarang ini berumur 20 tahun, tentunya pada PRU14, mereka masih berada di Tingkatan 3. Apa yang mereka tahu pada masa itu tentang politik.

Kalau mereka berumur 18 tahun dan layak mengundi pada PRU15, tentunya pada PRU14 dahulu mereka sekadar berada di Tingkatan 1. Apa yang mereka tahu tentang politik sebelum PRU14..

Dan senarai pengundi muda bawah 21 tahun ini adalah sebanyak 1,141,749 orang pengundi baru. Ianya adalah sekitar 5.4% dari jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi pada PRU15 ini.

Dari satu segi, PAS dilihat berjaya menanamkan kesedaran politik dikalangan pengundi muda kerana imej dan propaganda Islamik yang mereka bawa. Tidak dinafikan jika kita melihat dari jumlah pengundi muda bawah 21 tahun ini kebanyakannya pro kepada model Islamik (dalam konteks pengundi berbangsa Melayu).

Bagi pengundi muda bukan berbangsa Melayu, mereka dilihat lebih kecenderungan kepada parti-parti yang membawa wacana baru seperti MUDA. Masalahnya setakat hari ini tiada satu parti saingan kepada MUDA. Kalau nak dikirakan elemen pemuda dalam PH, PN dan BN... ianya dilihat gagal untuk mendekati nurani dan hasrat pengundi muda. 

Pada pengundi muda (bawah 21) tahun, mereka menganggap 3 gabungan parti utama (PH, PN, BN) sebagai Dinasor. Namun perkara ini masih dipandang enteng oleh 3 gabungan parti ini.

Menjelang tarikh pengundian nanti, gua akan hidangkan beberapa lagi analisis dan data tentang kesan dari Undi 18 nih. Harap bersabar.



05 August 2021

UMNO Kena Ambil Balik 3 Kerusi Parlimen.

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang UMNO perlu buat adalah mengukuhkan kembali sokongan orang Melayu terhadap UMNO... UMNO yang satu masa dahulu adalah sebuah Parti Pro Melayu yang kuat.. namun sejak kebelakangan ini dilihat lemah dalam mempertahankan hak-hak Melayu...

Ini semua disebabkan UMNO telah memberikan muka terhadap MCA dan MIC... malah dalam banyak keadaan UMNO telah menggadaikan kerusi-kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti Melayu yang ramai kepada MCA dan MIC .... Ini sebenarnya mengecewakan para pengundi setia UMNO dan orang Melayu..

Kita faham... UMNO berbuat demikian sebab nak memastikan ada suara dari bangsa Cina dan India berada didalam Parlimen... Ini kerena UMNO tahu yang MCA dan MIC memang tidak akan ada peluang besar untuk menang kalu bertanding dikawasan yang majoriti pengundi bangsa Cina atau India...

Berdasarkan rekod-rekod terdahulu... memang tak pernah pun MCA dan MIC menang dikawasan majoriti pengundi bangsa Cina dan India... jadi... memang MCA dan MIC tiada kemampuan untuk menang dengan kapasiti mereka sendiri.

Namun..... pada PRU15 ini.... adalah terbaik untuk UMNO menolak dengan baik tuntutan kerusi Parlimen dari MCA dan MIC nih... jika mereka benar hendak bertanding,... sila bertanding dikawasan majoriti bangsa Cina dan India... UMNO kena ambik balik 3 kerusi Parlimen ini...

3 kerusi Parlimen itu adalah Parlimen Teluk Intan, Parlimen Tanjung Piai dan Parlimen Tapah.

Now way UMNO patut berikan kepada MCA dan MIC.. Ini gua citer kat bahagian Parlimen... bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pun sepatutnya UMNO berbuat sebegini... jika MCA dan MIC nak kerusi... sila bertanding dikawasan majoriti bangsa Cina dan India...

Setel... Kalu UMNO bertegas buat cara ni... gua jamin UMNO akan menang solid dan besar pada PRU15... dan pastinya akan dapat sokongan besar pengundi Melayu atas pagar...

Pilihan ada ditangan UMNO.... nak menang besar atau sekadar biasa-biasa jer???



01 August 2021

Melungkup Lagi Lah

Bhai/DeeDee semua...

Setakat menang sorang boleh la... Tapi tak kemana pun... sokongan sendiri pun oksigen tak cukup... lagi mau sembang besar... Hahaha.... lawak aaa...  Ader orang diam-diam berisi...

Tapi ... ader yang bising-bising bakal bungkus.. Hahaha


Jangan marah... jangan kecewa... Usaha lah lagi.

#votersentimentratio #vsr #politik #malaysia #pru15 #barisannasional #perikatannasional #pakatanharapan #muafakatnasional




03 July 2021

PAS Perasan Bagoosh

Bhai/DeeDee semua...

Bak kata peribahasa Melayu lama ..... "Seperti kuali yang mengatakan buntut periuk hitam".

PAS memang tak sedar diri...

#PAS #DAP #Banjir

PAS Bakal Ditolak Pengundi Atas Pagar Pada PRU15

Bhai/DeeDee semua...

Orang agama nih sepatutnya lebih dekat dengan rakyat marhaen mustad'afin... tapi ntah la... yang ader sekarang semua macam celaka. Dalam kes Kempen Bendera Putih nih.. yang lebih meroyan adalah PAS... UMNO relaks jer...

Aper nak jadi ngan PAS aaa....

#KempenBenderaPutih #KerajaanGagal #PASBakalKalahPRU15

09 June 2013

Selamat Tinggal Pakatan Rakyat

Bhai..... ader banyak benda yang gua nampak mengarut tentang Pakatan Rakyat...  Antara banyak-banyak benda yang mengarut.... yang paling ketara aderlah ketidaksepakatan dalam isu-isu yang berbangkit.... sorang kata A... sorang kata B... dan sorang lagi kejap A.. kejap B.... malah... ader kes yang sorang lagi kata C ....

Masing-masing nak tunjuk dominan... masing-masing perasan yang diorang mendapat sokongan rakyat..... Hampeh aaaa... srupa tabley pakai....

Sebelum gua sambung cerita... nih gua nak bagitau pecahan pengundi didalam Malaysia.... 30% pengundi adalah totok BN.... 30% lagi pengundi aderlah totok PAS, DAP, PKR ..... manakalah 40% lagi pengundi aderlah pengundi atas pagar.... yup.. memang atas pagar.... tak sided mana-mana...

Okeh... kiter sambung balik..... sebab masing-masing parti PAS, PKR dan DAP nak tunjuk dominan... diorang perasan yang diorang telah mendapat sokongan dari 40% pengundi atas pagar... atas dasar mahukan perubahan didalam sistem berpolitik di Malaysia.... Same goes to BN... diorang assume yang diorang jugak dapat sokongan 40% dari pengundi atas pagar...

Walhalnyer... pengundi atas pagar nih... sekadar tengok... aderkah Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR) nih betul-betul sebuah pakatan... dan betul-betul mesra rakyat... 40% pengundi nih bukanlah semuanya ABU (Asalkan Bukan UMNO) atau ABCD (Asal Bukan Cap Dacing) tapi majoriti aderlah kearah itu...

Sebab itulah pada PRU13 dulu.... yang menjadikan Pakatan Rakyat menang undi popular aderlah kerana 40% pengundi ini berasa yang Pakatan Rakyat boleh menjadi teraju.... boleh membuat perubahan.... tapi rupanya 40% pengundi nih yang telah mengundi Pakatan Rakyat melalui undi popular telah tertipu...

Tertipu dengan mainan PAS ... tertipu dengan mainan DAP .... tertipu dengan mainan PKR......

(kena tipu dengan banyak perkara... kalu nak tuliskan kat sini... tak larat nak tulis... panjang betul senarainya)... BN memanglah kaki penipu rakyat.... tapi PR pon samer gak dah belajar menipu rakyat.... pening aaa...

Yang pasti... bukan sajer gua.... tapi ramai lagi yang duduk dalam 40% (mungkin akan bertambah bilangannya biler menghampiri PRU14 nanti) pastinya akan berasa tidak lagi mahu ditipu oleh Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.... sori... kena tipu cuma sekali jer....

Maaf kata.... selagi Pakatan Rakyat berterusan menipu para pengundi yang telah mengundi dan memberikan undi popular kepada mereka.... selagi itulah gua tidak nampak relevannya Pakatan Rakyat diberikan sokongan pada PRU14.... buang masa jer.... perangai celaka BN pon dah merasuk PR..... So... selamat tinggal Pakatan Rakyat...

Kalu lu orang rajin baca blog gua.... gua akan terbitkan satu demi satu penipuan Pakatan Rakyat terhadap para pengundi yang telah memberikan undi popular kepada PR..... tunggu jer la... 5 tahun bhai... ader banyak masa.... nanti gua akan storykan pengkhianatan PR terhadap sokongan pengundi...

04 May 2013

GE13 Voter Sentiment Ratio (4th May) - Report

Bhai.... Ini aderlah Voter Sentiment Ratio (VSR) yang terakhir sebelum kempen PRU13 tamat... jadi aper-aper pon...  BN memang selesa dengan sentimen ini... manakala PR perlukan satu keajaiban dan sokongan padu semua pengundi yang skarang nih sudah berada dikawasan pengundian mereka...

Kalu lu orang nak kasik PR menang... lu orang kena keluar mengundi dan pastikan peratusan keluar mengundi lebih dari 93% .... itu kalu nak sekat "magik" yang sedang, telah dan akan dibuat oleh SPR dan pelbagai lagi agensi lain yang terlibat....

Kalu lu orang nak BN menang... dalam tempoh kurang 24 jam nih... buat la perangai "mulut longkang" macam biasa tue.... ini gua sound direct kat pimpinan utama PR... terutamanya Hadi Awang, Harun Taib dan Haron Din dari PAS atau Karpal Singh dari DAP... atau Azmin Ali dari PKR..... tolong jangan buat perangai "mulut longkang"...

PAStikan Voter Sentiment Ratio (VSR) ini kekal menjadi analisis akademik sajer... dan bukannyer menjadi kenyataan....  Ini Kali Lah... UBAH...

Yang semalam punya boleh dibaca di Voter Sentimen Ratio (VSR)

(c) 2013 - Agency
Amacam... banyak bahaya kan.... hehehe

02 May 2013

GE13 Voter Sentiment Ratio (1st May) - Report

Bhai.... sentimen para pengundi atas pagar kini telah menyebelahi BN dalam perlumbaan BN lawan PR pada PRU13 nih.... yang nih paling memeningkan kapla.... walaupun kempen dan siri ceramah PR mendapat sambutan hangat... mana kala kempen dan siri ceramah BN mendapat sambuta yang hambar... tapi sentimen para pengundi atas pagar kepada BN agak kuat... Sebab itulah Voter Sentimen Ratio (VSR) untuk 1 Mei 2013 memang mengejutkan...

Mungkinkah elemen "ditakut-ditakutkan" telah berjaya dilakukan BN kepada para pengundi atas pagar... tidaklah gua ketahui... yang pasti.... duit dan "goodies" dah turun macam air hujan di merata tempat.... golongan muda nampaknya terkesan dengan strategi "unjuk wang" oleh BN....  hebat.... pengaruh wang seciput yang datang sekali dalam tempoh 5 tahun berjaya menggelapkan mata dan hati para pengundi atas pagar...

Di banyak kawasan.... calon PR lebih menumpukan kepada siri ceramah umum yang besar... tetapi tidak mahu turun ke padang... dari rumah ke rumah bertemu dengan para pengundi.... Gua kecewa dengan perkara nih...  dan dari maklumat yang didapati pada Voter Sentimen Ratio (VSR) ... ianya menunjukkan hasil usaha BN ini berjaya mendapatkan kepercayaan para pengundi.

So.. seperti biasa... kalu lu orang nak compare Voter Sentimen Ratio (VSR) semalam... boleh semak VSR tue di sini...

(c) 2013 - Agency

25 April 2013

Persepsi Dan Realiti

Bhai....  Waktu mengundi tinggal lebih kurang 10 hari jer lagi...  tak lama dah.... pejam celik pejam celik masa dah sampai.... masa berkempen pon dah tamat... finitto.... masa tue semua orang berdoa agar pengundi pilih diorang... parti diorang... tapi persepsi dan realiti lah sebenarnya yang menentukan segalanya...

BN kata dier aderlah parti terbaek... dah terbukti 56 tahun .... pembangunan ...errr.... biar betul ????
PR kata dier aderlah parti terbaek.... telus???... adil???  mesra rakyat??? errr.... biar betul..???

Takper... gua percaya para pengundi memang sudah matang dna tahu mana satu pilihan terbaek untuk diorang... untuk menjadi wakil kepada rakyat... dan bukannya wakil rakyat...

  • PR kata BN penuh dengan korupsi.... dari satu segi memanglah betul... tapi aderkah PR pula bersih dari korupsi?
  • PR kata BN penuh dengan kronisma.... dari satu segi memanglah betul... tapi aderkah PR pula bersih dari kronisma?
  • PR kata BN penuh dengan nepotisma.... dari satu segi memanglah betul... tapi aderkah PR pula bersih dari nepotisma?
  • BN kata PR tidak berpakat dengan baik.... dari satu segi memanglah betul... tapi aderkah BN pula berpakat dengan baik?
  • BN kata PR mempergunakan isu perkauman.... dari satu segi memanglah betul... tapi aderkah BN pula tidak mempergunakan isu perkauman?
  • BN kata PR mempergunakan isu agama.... dari satu segi memanglah betul... tapi aderkah BN pula tidak mempergunakan isu agama?

Pada gua ... kedua-dua kumpulan parti politik nih samer jer mengarutnyer.... cumanya kiter (sebagai pengundi) perlulah memilih mana satu yang agak kureng risiko ngarutnyer.... seperti ikut usul fiqh... pilih mudharat yang lebih kecil berbanding mudharat yang lebih besar...

Aper pon.... Penyokong Totok PR akan tetap mengundi PR walau aper pon keadaannya... begitulah jugak Penyokong Totok BN tetap akan mengundi BN walau aper pon keadaannya.... sekarang nih kalu nak diikutkan kedua-dua pihak samer kekuatan (ties) iaitu sekitar 30% setiap satu kumpulan ... dan semua mata tengah nak tengok kemana 40% pengundi atas pagar nih nak swing...

Kalu Pimpinan Atasan PR buat kerja bangang dan mulut longkang.... mau bungkus PR kali nih.....
Kalu Pimpinan Atasan BN buat kerja bangang dan mulut longkang.... mau bungkus BN kali nih.....

Semuanya ditentukan oleh pengundi atas pagar.... pengundi muda.... first time voter....  nasib la korang.... patut lu orang sumer jaga mulut jangan keluar statement longkang...

Satu contoh yang gua tak tau nak bekap camana .. memang betul perkara nih...  Dalam BN cuma Mahathir Mohamed sajer yang anak dier bertanding dalam keadaan dier masih jadi leader.... (P/S : Mesti orang PR marah kat gua pasai publish benda nih)

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1