Gua amat bersetuju tentang perkara ini.... Tawaran dari Anwar Ibrahim sendiri yang jika Pakatan Harapan (PH) menang pada PRU15, maka PH akan melaksanakan siasatan dan audit forensik bagi kes Maika Holdings, MEID dan Mitra ...
Ketiga-tiga institusi ini adalah berkait rapat dengan Kaum India...
Bayangkan dah lama Kaum India diperdayakan oleh pihak-pihak tertentu yang telah mengaut keuntungan besar atas Maika Holdings, MEID dan Mitra ini... terutama dari puak-puak MIC dan PPP..
Sure kalu tawaran ini diwarwarkan secara menyeluruh kepada semua kaum India... gua percaya sebahagian besar undi dari Kaum India akan berpihak kepada Pakatan Harapan... tambah lagi undi dari golongan muda yang dah terbuka minda mereka dan melihat sendiri bagaimana mereka ketinggalan dari arus perdana hanya kerana tindakan songlap yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dari kalangan kaum mereka sendiri...
Patutnya ... ader juga tawaran dari Pakatan Harapan untuk siasat dan audit forensik MARA, FELDA, FELCRA dan RISDA serta beberapa lagi kes lama termasuk kes terkait MCA .... terutama sekali kes FOREX dan PERWAJA... Kita nak tengok macam mana bersilatnya beberapa ekor mangkuk ayun yang ader dalam Malaysia nih..
Bukan je bersilat puak2 ni bhai, silap ari bulan anwar kemungkinan besar akan ditalkin kan.
ReplyDelete