Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label PBB. Show all posts
Showing posts with label PBB. Show all posts

24 January 2024

Konflik Israel Dan Hamas - Apa Jalan Penyelesaiannya?

Bhai/DeeDee semua...

Konflik antara Israel dan Hamas adalah satu isu kompleks yang amat memerlukan pertimbangan dari pelbagai faktor politik, sejarah, dan budaya. Berikut nih adalah beberapa senario yang berkaitan dengan konflik tersebut yang gua dapat senaraikan:

1. Status Quo dan Ketegangan:
   - Pihak Israel dan Hamas mungkin memilih untuk mengekalkan status quo sementara, di mana konflik dan ketegangan berterusan tanpa penyelesaian jangka panjang. Ini boleh memberikan kestabilan sementara tetapi tidak menyelesaikan masalah akar.

2. Perjanjian Gencatan Senjata:
   - Kedua-dua pihak boleh bersetuju untuk perjanjian gencatan senjata sebagai langkah pertama ke arah mengurangkan keganasan dan ketegangan di kawasan itu. Ini boleh membuka ruang untuk perbincangan lebih lanjut.

3. Perjanjian Damai Menyeluruh:
   - Wujudnya usaha oleh pihak antarabangsa atau penengah untuk memfasilitasi perjanjian damai menyeluruh antara Israel dan Palestin, termasuklah penyelesaian status Jerusalem, pengiktirafan kedua-dua negara, dan pemecahan isu-isu lain yang penting.

4. Sistem Dua Negara:
   - Pelaksanaan sistem dua negara, di mana Palestin dan Israel mempunyai negara mereka sendiri, adalah satu pendekatan yang dicadangkan oleh banyak pihak untuk mencapai perdamaian. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran besar dalam merangkumi sempadan, hak asasi manusia, dan pengagihan sumber.

5. Reformasi Palestin dan Pembangunan Ekonomi:
   - Membangunkan institusi Palestin dan merangsang pertumbuhan ekonomi mungkin dapat membawa kepada stabiliti dan peningkatan taraf hidup, yang pada gilirannya boleh mencipta keadaan yang lebih baik untuk perundingan damai.

6. Tekanan Antarabangsa:
   - Meningkatkan tekanan antarabangsa melalui diplomasi, sanksi, atau kempen kesedaran awam mungkin memainkan peranan dalam membujuk kedua-dua pihak untuk bersetuju dengan penyelesaian yang berkekalan.

7. Partisipasi Komuniti Antarabangsa:
   - Melibatkan komuniti antarabangsa secara aktif dalam usaha untuk mencapai perdamaian dan memastikan keadilan bagi kedua-dua pihak.

Setiap senario mempunyai cabaran dan kesulitan sendiri, dan keputusan akhir sebenarnya amat bergantung pada kesediaan dan komitmen kedua-dua pihak untuk mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan. Ini juga perlukan sokongan berterusan dari pihak antarabangsa.



05 January 2023

Najib Razak Mencabar Kedaulatan Negara?

Bhai/DeeDee semua...

Bekas perdana menteri Najib Razak telah mengemukakan petisyen berkenaan isu pemenjaraannya ke PBB dan ianya telah difailkan secara digital di Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia PBB Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD) tadi.

Najib Razak telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Persekutuan... iaitu Mahkamah paling tinggi di Malaysia. 

Korang tahu dak aper kesan implikasi perkara yang dibuat oleh Najib Razak nih kepada Kedaulatan Undang-Undang di Malaysia?

Jadi jika PBB masuk campur dan cuba nak membelakangkan keputusan kehakiman Mahkamah Persekutuan Malaysia, makanya tindakan ini sebenarnya telah mencabar bukan sahaja Kedaulatan Undang-Undang Malaysia... akan tetapi ianya sebenarnya telah melibatkan kepada (Kedaulatan) Sovereignty Negara Malaysia itu sendiri...

Adakah kita nak benarkan Negara lain tentukan apa dasar dan keputusan undang-undang di negara kita nih? Sepatutnya negara lain tak boleh nak usik apa sahaja keputusan kehakiman didalam negara kita... sebab ianya mencabar kedaulatan kita...

Tindakan peguam Muhammad Shafee Abdullah dan Najib Razak mengemukakan petisyen ini adalah sangat bertentangan dengan prinsip Kenegaraan dan ianya sebenarnya telah melanggar peruntukan Perlembagaan sedia ada dan boleh dilihat menderhaka terhadap negara. 

Ada limit terhadap hak asasi... terutama bab perundangan dan kehakiman.
Takkan nak sampai kena jajah secara perundangan pulak.... bodohlah...

Kita taknak tindakan ini jadi precedent kepada kes-kes yang lain sampai dilihat menghina Mahkamah Persekutuan.

Najib Razak Mencabar Kedaulatan Negara?


07 October 2022

Betapa Hipokritnya PAS

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum dan Sesudah #PAS berada dalam Kerajaan Malaysia.

#Hipokrit




15 December 2021

Membebel Sorang-Sorang

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... pecah cerita sebenar... Rupanya Tuan Ibrahim Tuan Man bercakap membebel sorang-sorang ja kat COP26 di Glasgow Scotland... Hahaha... Cakap dalam Bahasa Melayu tapi takder sediakan penterjemahan langsung... Hanya bagi teks selepas habis program... Hahaha... lawak siot...

Patut kena la sentiasa prepared penterjemah (interpreter) kalu pergi luar negara... kena sediakan... takkan nak harap penterjemah dari penganjur... Bahaya kalu takder...

Ini nak salahkan sapa... Kementerian Alam Sekitar dan Air ka atau sabit skali dengan Wisma Putra??

Hahaha.. Kalu payah sangat cakap dalam BM orang tak paham sebab bukan Bahasa Utama... cakap la dalam Bahasa Arab ... eh... Takkan Timbalan Presiden PAS tak fasih berbahasa Arab.... lekehla camtue... LEMAH... Bahasa Arab sure ader penterjemah ramai sebab dier adalah Bahasa Utama dunia...

Hahaha.... LEMAH



16 September 2021

Cuba Pun Boleh Buat Vaksin

Bhai/DeeDee semua...

Negara Cuba pun boleh buat vaksin depa sendiri... dengan sekatan ekonomi yang dikenakan sudah lama oleh PBB kepada Cuba pun Cuba boleh berjaya buat vaksin... Malah keadaan negara Cuba yang mundur tue... jauh lagi cikai dari Malaysia...

Tapi Cuba dah boleh dan berjaya buat vaksin... tambah lagi yang khusus untuk kanak-kanak...

Malaysia?? Hahaha... sembang ja lebat... adoilah.... Banyak sangat rasuahnya Malaysia nih..



12 September 2021

Bukan Sekadar Pulau Batu Karang

Bhai/DeeDee semua...

Isu Pulau Batu Puteh @ Pedra Branca bukanlah sekadar satu isu berkaitan dengan sebuah pulau batu karang yang tidak berpenghuni.... Tapi sebenarnya ianya adalah satu isu yang lebih besar...

Isu yang sebenarnya adalah garis sempadan laut bagi Malaysia dan Singapura.... Disebabkan terlepasnya Pulau Batu Puteh ini ketangan Singapura.... maka dengannya kita telah hilang beberapa kilometer sempadan laut negara ini....

Ini bukan sahaja mengurangkan garis sempadang Negara.... tapi mengakibatkan kecilnya kawasan kedaulatan perairan Malaysia itu sendiri.... maka secara tidak langsung tindakan menyerahkan Pulau Batu Puteh @ Pedra Branca adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap negara...

Argentina sanggup berperang dengan Britain hanya sebab sebuah pulau... iaitu Kepulauan Falkland..... tapi kita Malaysia macam tak kisah ja sebuah pulau hilang...

Huhuhu... adoilah...



15 February 2021

Berbanggalah

Bhai/DeeDee semua...

Sesi perbahasan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah satu pengalaman menarik bagi yang pernah terlibat... Namun semenjak wabak Covid-19 nih... persidangan di PBB terpaksa dibuat secara online... atas talian...

Tak apa... kita ader teknologi yang bagoosh untuk mengendalikan sidang PBB secara maya... Dan ini pun yang telah dibuat... Cuma satu jer yang gua cukup sedih... sedih sebab sejak sekian lama kita masih bersikap sebegini...

Hampir banyak negara yang bila berucap di PBB akan menggunakan Bahasa Ibunda mereka sendiri... Jepun dengan Bahasa Jepunnya... China dengan Mandarinnya... India dengan Tamilnya.... Peranchis dengan Bahasa Peranchisnya..... Tapi kenapa Malaysia tak mahu menggunakan Bahasa Melayu..

Apa salahnya menggunakan Bahasa Melayu... takder isu sebenarnya... sebab di PBB ader beratus orang penterjemah yang akan membuat terjemahan secara masa nyata ... (realtime) ... apa masalahnya... Dan kalu pun dalam persidangan maya sekalipun... masih juga ader penterjemah (interpreter) yang akan menterjemahkan secara realtime..

So.... what the issue??

Apa masalahnya.... adoilah... berbanggalah dengan Bahasa Ibunda anda sendiri.... berbanggalah...  kita tunjukkanlah betapa hebatnya Bahasa Melayu yang satu masa dulu menjadi Lingua Franca di Asia Tenggara ini.... Jadi ... tolonglah Rina Harun ooi... guna je Bahasa Melayu...



09 May 2013

First Time Mahathir Mohamed Bercakap Jujur

Bhai.... hahaha... ini first time gua dengar Mahathir Mohamed bercakap jujur... betul... ini first time lar... bukan senang ooo nak dengar Mahathir Mohamed bercakap jujur... selalu tue dier punya cakap penuh dengan belit.... Hahaha... hebat kan....

Biler dier kuar statement yang kata Pakatan Rakyat tak boleh terima kekalahan.... gua terus terkejut... gua salut dengan kata-kata Mahathir Mohamed tue.... betul.... cukup-cukup salut.... hahaha .... sebab ... memang betul Pakatan Rakyat tidak boleh terima kekalahan.... tambah lagi kalu kekalahan tue datang dari cara mengelat... menipu... cara tak aci....

Anyway.....  gua nak tanya balik Mahathir Mohamed nih... aderkah Mahathir Mohamed, UMNO dan BN  boleh menerima kekalahan..... hahaha... betul ker UMNO, BN dan Mahathir Mohamed boleh menerima kekalahan...

Kalu betul lar Mahathir Mohamed, UMNO dan BN berani untuk menerima kekalahan... aper kata kiter buat skali lagi Pilihanraya Umum... tapi kali nih... bukan SPR dan PDRM yang handle.... tapi... kita mintak PBB (International Community) yang handle dan kawal.... kiter lantik "purely third party" yang handle Pilihanraya Umum tue... media semua tabley sided... media semua kena "GAG ORDER" ... tabley lansung citer dan promo pasai BN dan PR.... media kena blackout... Kat siber pon tak payah berkempen semua...  kiter biarkan rakyat Malaysia sendiri memilih.... tanpa sekatan...

Amacam ader brani ka???...

Masa tue... kiter tengok... ader berani tak Mahathir Mohamed, UMNO dan BN untuk terima kekalahan...  hahaha.... gua berani jamin yang Mahathir Mohamed, UMNO dan BN mampuih takkan brani punya... tulur sumer akan masuk kedalam.... kucut.... hahahaha ... takut nanti kojol jer tak pasai-pasai...

Poodah la wei ...  masuk Mahkamah pon Mahathir Mohamed tarak brani ... lagi mau cakap orang lain takut.... poodah la....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1