Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Usul. Show all posts
Showing posts with label Usul. Show all posts

29 January 2023

TMJ Tawar Khairy Sebagai CEO JDT - Mampukah KJ Mengetuai JTDFC?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu yang Khairy Jamaluddin (KhairyKJ) pernah bertelagah (tak ngam) dengan Tunku Ismail (Tengku Mahkota Johor @ TMJ) ... jadi bila TMJ tawarkan Khairy menjadi CEO JDT ... timbul satu pertanyaan...

Mampukah KJ mengetuai JDTFC? Ini persoalan utama... takut asbab pertelagahan... maka JDTFC akan jadi lebih kecamuk... Apa pun... kita tunggu dan lihat.... sediakan pop-corn dan air kola... Hahaha

TMJ tawar Khairy sebagai CEO JDT
#KhairyJamaluddin #TMJ #JDTFC #JDT #Sukan #PenasihatOrangMuda #CEO #TunkuIsmail #Bolasepak #Relevan #Politik #MasaDepan #Cabar #Usul #reactionvideo #reaksi #react

28 January 2023

UMNO Makin Goyang Menjelang Pemilihan UMNO 18 Mac 2023

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya perang dah meletus... Bara api telah merebak dalam sekam... UMNO berkemungkinan akan hilang status quo dalam politik Malaysia... Ramai akar umbi beranggapan bahawa UMNO sebenarnya dalam bahaya jika suara dalaman parti telah dikesampingkan dan disenyapkan dengan tindakan MKT UMNO memecat dan menggantung ramai pemimpin dan ahli UMNO..

Kita sediakan pop-corn dan air kola untuk menyaksikan semua drama nih... Drama nih lagi best dari drama pukul 7 di TV3... kalah drama Turkiye atau drama dari Filipina.... Sinetron dari Indonesia pun kalah... Hahahaha

Goyahnya UMNO menjelang Pemilihan UMNO 18 Mac

#Pemecatan #khairyjamaluddin #HishamuddinHussein #NohOmar #GantungKeahlian #UMNO #PemilihanUMNO #ReformasiUMNO
#Undi18 #PRU15 #PRU16 #AkarUmbi #Relevan #Politik #MasaDepan #Jahanam #Cabar #Usul #Dendam #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

20 January 2023

Khairy puji ahli Umno rujuk usul PAU2022 ke RoS - "Well Done Guys"

Bhai/DeeDee semua...

Biar Demokrasi dalam UMNO berjalan. Bila kita bercakap mengenai Demokrasi, UMNO perlu benarkan proses ini berjalan sepertinya. Kedua-dua pendapat adalah betul.

Pendapat yang tak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan pada PAU2022 adalah betul begitu juga pendapat yang sebaliknya yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan.....

Biarkan Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society @ RoS) melaksanakan proses semak dengan teliti dan seimbang.

Khairy puji ahli Umno rujuk usul PAU2022 ke RoS - "Well Done Guys"

#PAU2022 #perhimpunanagungumno #PehimpunanPengampu #UMNO #KhairyKJ #KhairyJamaluddin #PRU15 #Undian #RoS #AkarUmbi #Relevan #Politik #MasaDepan #Jahanam #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

14 January 2023

Stendet La Kena Boo

Bhai/DeeDee semua...

Stendet la kena boo ... Ini normal ... Hahaha... sebab biasa la dalam ramai-ramai tue mesti ader yang tak bersetuju... hahaha... setakat kena boo kira okey lagi lar.... PKR dulu siap baling kerusi lagi ader la... Hahahaha...

Nasib baik la kat PAU2022 takder yang baling kerusi... Hahaha...

Kalu tidak boleh jadi perang besar... Hahahaha... apa pun ini semua normal dalam proses demokrasi... bukan semua orang boleh bersetuju atas semua benda... Hahaha


Perwakilan Negeri Sembilan hari ini mengemukakan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi.

Mohd Shukei Samsudin dari Rembau mengemukakan usul tambahan berkenaan ketika berucap bagi membahaskan ucapan dasar presiden petang tadi.

Bagaimanapun cadangan berkenaan mendapat reaksi berbeza perwakilan yang hadir.

Ketika ada segelintir perwakilan dikatakan kurang senang dengan usul berkenaan, sebahagian besar perwakilan yang lain pula bangun menyokong usul terbabit.

Usul yang dibawa perwakilan Mohd Shukei itu disokong perwakilan Wanita Umno, Suziyana Mahayuddin di sebaik ada sorakan daripada kumpulan yang tidak bersetuju.

07 October 2022

Betapa Hipokritnya PAS

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum dan Sesudah #PAS berada dalam Kerajaan Malaysia.

#Hipokrit




14 June 2022

RUU355? Bila Lagi?

Bhai/DeeDee semua...

PRU15 dah nak dekat... PAS pon dah jadi Menteri Agama dan Timbalan Menteri Agama... tapi apa hasilnya kepada RUU355 .... Kalu dulu boleh la kata usul ni dibawa oleh Pembangkang... kini PAS dah jadi Kerajaan... takkan tak boleh nak dahulukan usul Kerajaan pulak kan..

Hahaha.... RUU355? Bila lagi? Bila nak bentang usul dan bahaskan usul di Parlimen??



11 June 2022

Mau Sembang RUU355? Takkan Berani Punya?

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum nih PAS bukan main sembang deras berkenaan isu RUU355.... sembang pasai Hudud... sembang pasai Qisas... sembang pasai Ta'azir ... Tapi biler orang suruh buatla forum ka wacana ka.. PAS takmo buat... Bila orang suruh dapatkan dulu persetujuan Ketua Agama setiap negeri... PAS senyap....  PAS terus ja buat kapla sendiri langgar semua dan publishkan dalam Parlimen...

Pastue PAS jugak yang mintak tangguh usul tu... tapi PAS tak letak tarikh... kecoh konon PAS dah mulakan usaha RUU355... tapi takder satu Ketua Agama pun dah bagi greenlight untuk benda nih... PAS ingat semuanya boleh steemroll macam tu ja... walhal bab Agama Islam dan Adat-Istiadat Melayu semua tu bawah Ketua Agama (Sultan dan Raja Melayu)....

Bukan orang Melayu Islam lainnya tak setuju ngan RUU355 atau Hudud ka .. Qisas ka... Ta'azir ka... tapi please la ikut step,... maklumkan ngan Ketua Agama dulu.. dapat persetujuan depa... pastu buat forum penerangan ka...wacana ka... halaqah ka... apa sahaja.... orang okey ja...  Ini tidak.... main steemroll jer...

Yang lawak tu... PAS jugak yang mintak tangguh pembentangan usul tanpa ada tarikh.... Gila.... Hahahaha... Konon nak kena perhalusi lagi la.... wei... patut perhalusi la sebelum bentang...  Adoilah...

La nih... PAS senyap pasa RUU355... pasai apa?? Hahahaha ... Walhal sekarang dah jadi Menteri dan Timbalan Menteri Agama?? Kalu bawak sambung usul RUU355 tue sekarang dah dikira usul dari Kerajaan.... takkan nak bagi alasan sama macam dulu yang katanya usul RUU355 dari pembangkang..

Kan sekarang dah jadi anggota kabinet Kerajaan??? Hahaha... Abdul Hadi Awang pun dah jadi Duta Khas bertaraf Menteri.... hahahaha



15 March 2022

Beranikah ADUN UMNO Johor buat undi tidak percaya untuk Onn Hafiz?

Bhai/DeeDee semua...

Ini sesuatu yang gua dan ramai lagi sedang perhatikan dan tunggu-tunggu... Aderkah berani ADUN UMNO Johor buat undi tidak percaya untuk Onn Hafiz? ... Sebab kalu diorang berani buat... makna kata mereka berani menyanggah keputusan Sultan Johor.

Tapi dari segi undang-undang dan Perlembagaan itu semua tidaklah menjadi satu kesalahan...

Cuma setahu gua la... UMNO mana ader telor nak bercanggah dengan keputusan Sultan.

Pemilihan Onn Hafiz selaras undang undang tubuh Johor, kata peguam

#UndiTidakPercaya #OnnHafiz #PRNJohor #MBJohor #UMNO #CipanTapirTenuk #SocialCritics

24 February 2022

RUU355 - Sembang Tak Guna Kalau Tak Reti Manfaatkan Jawatan Sedia Ada

Bhai/DeeDee semua...

Abdul Hadi Awang dok bising pasai selepas negara ini lama mencapai kemerdekaan sepatutnya "kita" wajar mentafsir perlembagaan mengikut bahasa sendiri dan kefahaman agama yang dianuti.

Dia pertikaikan kes 3 beradik yang telah memeluk Islam yang sedang viral sekarang ini. Dan dia juga bising pasai kes sembilan Hakim Mahkamah Persekutuan yang berkata Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah tidak berperlembagaan dan terbatal dalam bentuk semasa.

"Kini terserlah bahawa agama Islam yang dikatakan di bawah naungan raja-raja melalui pentadbiran khusus - yang dinamakan majlis agama Islam - tidak boleh bertindak mengatasi undang-undang ciptaan manusia.

"Bahkan, hukum yang nyata daripada hukum Islam boleh dibatalkan oleh mahkamah dan para hakimnya," kata ahli parlimen Marang itu lagi.

Masalahnya... sekarang ni Menteri Agama adalah dari PAS... dan Abdul Hadi Awang sendiri adalah berjawatan Duta Khas berstatus Menteri. Kenapa dia dan PAS tidak meneruskan RUU355. Kalau dulu betul la PAS berada diluar kerajaan dan sebagai Pembangkang. Tapi kini PAS ada dalam kerajaan. Takkan tak boleh nak memperkasakan RUU355. Takkan tak boleh nak usulkan dan bahaskan kembali sementelah sedang berada dalam kerajaan.

Cukup-cukuplah berpolitik Abdul Hadi Awang ooi... sembang tak gua kalau tak reti nak manfaatkan jawatan sedia ada.

Hadi mahu perlembagaan ditafsir ikut kefahaman agama.

#RUU355 #AbdulHadiAwang #Islam #Murtad #Mualaf #PAS #Sembang

09 September 2021

Ikut Step La

Bhai/DeeDee semua...

Apa sahaja usul atau RUU yang nak ditambahbaik atau dibuat baharu yang mana ianya berkaitan dengan Agama dan Adat Istiadat Melayu maka ianya perlulah dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk mendapat perkenan terlebih awal.

Jadi... jangan la main melompat ja... Tau la nak tunjuk something ngan walaun dan macai...

Ikut step la... satu step kepada satu step... Jangan main terjah jer... persembahkan dulu ngan Raja-Raja dan Sultan disetiap negeri dulu... then baru la bawak ke Parlimen... jangan terbalik arah...

Respek la sikit...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1