Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts

04 February 2024

Yang Mana Ada Telur?

Bhai/DeeDee semua...

Nantikan episod selanjutnya... kalu nak tau yang mana satu ada telur?? Hahaha... Sebab puak UMNO nih memang terkenal dengan gebang jer lebih... yang DAP pun sama gak... dua-dua takkan mau ilang kuasa dan jawatan...

Yang DAP maybe depa boleh salahkan Tony Pua sepenuhnya dan menjarakkan diri mereka daripada Tony Pua... demi untuk kekal berkuasa dan berjawatan.... Tapi realitinya... akar umbi DAP pun sepakat bernada sama dengan Tony Pua...

Hahahaha...

Kita tengok yang mana ader telur... hahaha

Sembang Lebat Pemuda UMNO


05 April 2023

Wajarkah Parti Politik Masuk Ke Sekolah?

Bhai/DeeDee semua...

Dalam video ini gua jelaskan pandangan gua kenapa Parti Politik seeloknya tidak masuk ke mana-mana sekolah... Ada banyak kontra daripada pro tindakan nak membenarkan mana-mana parti politik masuk dan menaburkan dakyah mereka masing-masing....

Sekolah tak boleh... kalu IPT pada gua takder masalah..

Pemuda Umno mahu anjur program pendidikan politik di sekolah dan IPT
#sekolah #pengkaderan #dakyah #cucukjarum #pelacurpolitik #Relevan #Politik #MasaDepan #Cabar #Usul #reactionvideo #reaksi #react #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

14 January 2023

Stendet La Kena Boo

Bhai/DeeDee semua...

Stendet la kena boo ... Ini normal ... Hahaha... sebab biasa la dalam ramai-ramai tue mesti ader yang tak bersetuju... hahaha... setakat kena boo kira okey lagi lar.... PKR dulu siap baling kerusi lagi ader la... Hahahaha...

Nasib baik la kat PAU2022 takder yang baling kerusi... Hahaha...

Kalu tidak boleh jadi perang besar... Hahahaha... apa pun ini semua normal dalam proses demokrasi... bukan semua orang boleh bersetuju atas semua benda... Hahaha


Perwakilan Negeri Sembilan hari ini mengemukakan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi.

Mohd Shukei Samsudin dari Rembau mengemukakan usul tambahan berkenaan ketika berucap bagi membahaskan ucapan dasar presiden petang tadi.

Bagaimanapun cadangan berkenaan mendapat reaksi berbeza perwakilan yang hadir.

Ketika ada segelintir perwakilan dikatakan kurang senang dengan usul berkenaan, sebahagian besar perwakilan yang lain pula bangun menyokong usul terbabit.

Usul yang dibawa perwakilan Mohd Shukei itu disokong perwakilan Wanita Umno, Suziyana Mahayuddin di sebaik ada sorakan daripada kumpulan yang tidak bersetuju.

12 January 2023

Hentikan Kegilaan Ini - Khairy Jamaluddin

Bhai/DeeDee semua...

Gua sokong dan tidak sokong cadangan Khairy Jamaluddin (KhairyKJ) ni... Dan gua dah terangkan dalam video nih... Itu stand gua... Ini negara demokrasi..

Tolak pertandingan dalam parti? Hentikan kegilaan ini, kata Khairy

#UMNO #ReformasiUMNO #khairyjamaluddin #KhairyKJ #TokMatHasan #AhmadZahidHamidi #PAU2023 #PerhimpunanAgungUMNO #UMNOBangkit #UBAH #Kritis #PemudaUMNO
#reactionvideo #reaksi #react #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

20 June 2021

Sembang Boleh Lah

Bhai/DeeDee semua...

Sembang orang tak berjawatan dan berpangkat dalam Kerajaan Pusat boleh la camnie.. Hahaha.. Takdernyer orang hirau level cicak mengkarung nih... hahaha

Mana maunyer yang berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri... kuasa tengah ader... setakat cadangan dari Pemuda UMNO aper ader hal... Cakap Presiden UMNO pon depa nih tak hirau... 

Aper ader hal..



27 January 2021

Apa Nak Hairan...

Bhai/DeeDee semua...

Apa nak hairan sebenarnya... takder aper yang perlu dihairankan... sebab memang 100% exco Pemuda UMNO memang kalu tak jutawan paling cikai pon tetap pengarah beberapa syarikat besar dan GLC..... ini dah lama dah... nak cantas sukar..

Paling teruk pon diorang nih semua ader syarikat kontraktor ataupun menjadi shareholder dalam mana-mana syarikat kontraktor... dan lagi cikai aderlah diorang nih ader pegang mana-mana AP import... kalu tidak macam mana mau naik tangga jawatan dalam UMNO... ingat naik tu tak perlu modal ka??? Hahaha... Mesti akan ader yang jadi tukang bayar punya...

Dan macam mana diorang boleh pusing ngan LHDN pun orang ramai tahu gak... Hahaha... sebab itu la baek punya cover... aper ader hal..

Hahaha...

Ini semua open secret lar... everyone know... semua orang tau... tak payah la nak cover-cover lagie...

Dan setiap kali ader Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ... berapa banyak duit akan berlegar... sponsor sana sini... bayar sana sini... taja sana sini... belanja sana sini...  dan tipulah kalu perwakilan kat PAU tak dapat sen sebagai tajaan untuk sokong dan undi....

Hahahahaha,,,



25 February 2020

Pemuda UMNO Buat Statement Gila

Bhai/DeeDee semua...

Ader sorang mangkuk yang katanya Exco Pemuda UMNO... iaitu Dr Najmil Faiz Mohamed Aris ader buat statement paling gila setakat nih...

Dier cakap... yang menyebabkan kemelut politik dan runtuhnya Kerajaan PH sedia ada sekarang nih semuanya adalah disebabkan oleh DAP.... Semuanya salah DAP... Sebab DAP rasis dan DAP anti Melayu dan anti Raja-Raja....

Giler ker aper mangkuk nih...

Kegilaan sekarang nih disebabkan oleh Muhyiddin Yassin, Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan beberapa orang yang celaka tue.... termasuklah move yang Mahathir Mohamed buat untuk letak jawatan PM dan sebagainya.... dan juga termasuklah kerja buat Anwar Ibrahim dan segala juaknya...

Takder kena mengena pon ngan AMANAH dan DAP....  langsung takder kena mengena...

Kalu nak gila pon... jangan la bagitau orang ramai yang lu gila....

Huhuhuhu

14 May 2013

Yang Ini Gua Salut

Bhai... Satu perkara yang gua respek sama Zed Zaidi... Sejak dier jadi Presiden SENIMAN... nampak ader banyak perubahan yang dier bawak... nampak dier nih professional dalam kerjabuat dier... Tak kisah la dier ader pegangan lain dalam politik... tapi ... dier nih memang gua rasa Presiden SENIMAN yang terbaek selama nih... yang ini gua salut.... memang gua salut... dier ader wawasan...

Cara dier kendalikan Persatuan SENIMAN memang bagoosh... inilah anak muda contoh... Kalu dier nih melonjak naik dalam UMNO pon gua tak terkejut... sebab dier ader karisma untuk lead... tambah lagi dier nih selalu kedepan kalu bab kepentingan ahli persatuan...  Nih bab perumahan... memang betul.. gua cukup tau... berapa la sangat artis Malaysia dapat...

Kalu royalti lagu tue... berapa sen jer satu album... walaupun satu album dijual RM25 .. yang kaya aderlah produser dan penerbit album.... penulis lirik pon dibayar ciput... gua ader satu lirik lagu yang dinyanyikan oleh satu kumpulan artis lelaki tue.... harga album dijual sekitar RM18 .... tapi... satu album gua dapat cuma RM0.50 jer.... plak tue dibagitau album tak laku.... walhal lagu tue memang hit gak... rupanyer... sebenarnya album tue dicetak rompak sendiri oleh penerbit dan produser dan dijual secara haram untuk kepentingan diorang.... jadi yang ader dalam senarai cuma sedikit jer... tak sampai 10 ribu salinan... walhal yang haram cetak rompak cecah 100 ribu salinan.... hampeh...

Gua tak nak la sebut mana satu syarikat penerbitan tue... hahaha.... nanti lu orang tau plak lagu yang mana gua buat.... hahaha... itui citer lama... citer tahun 90'an dulu.... hahaha


Agenda baru Zed Zaidi dalam Seniman

“Bagi saya sudah sampai masanya kita mempunyai sebuah perkampungan atau penempatan bagi golongan artis dan penggiat seni, agar kebajikan penggiat-penggiat seni dijaga dengan baik,” itulah luahan Presiden Seniman Malaysia Zed Zaidi ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Perumahan Alfafa di Hotel De Palma Ampang.



Menurut Zed, ini salah satu agenda yang baik bagi menjaga kebajikan para penggiat seni dan setidak-tidaknya artis di negara ini dihargai oleh pelbagai pihak dan juga kerajaan.

“Di Hollywood misalannya, sudah ada perkampungan artis di sana. Mudah bagi mereka untuk berbincang dan berjumpa bersama rakan artis yang lain. Secara tidak langsung penggiat-penggiat seni dapat memfokuskan untuk menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu lagi,” katanya

Beralih mengenai kerjasama Seniman bersama ALFAFA Consortium(AFS), Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, berkata kerjasama itu dapat membantu rakan –rakan artis mendapatkan rumah mampu milik dengan kadar harga yang lebih murah.

“Ini adalah satu langkah kerjasama yang baik kerana ianya dapat membantu artis-artis yang kurang berkemampuan bagi memiliki rumah sendiri.

“Tidak semua artis yang ada rumah sendiri, amat sukar untuk membuat pinjaman kerana tiada penyata gaji dan sebagainya. Oleh sebab itulah, pihak SENIMAN bersetuju untuk bekerjasama dengan AFS Consortium bagi membantu rakan artis memiliki rumah sendiri dengan kadar yang lebih murah,” katanya.

Sementara itu, beberapa rakan artis yang hadir pada Majlis Pelancaran menyambut baik inisiatif SENIMAN bagi membantu golongan artis tanah air memiliki rumah sendiri. Pelawak veteran Abon, melihat usaha ini sebagai suatu peluang yang tidak harus dilepaskan.

“Saya melihat ini salah satu usaha yang baik dari Persatuan dan Alfafa untuk membantu kami anak-anak seni bagi memiliki rumah sendiri. Saya harap rakan artis jangan lepaskan peluang ini,”

06 January 2013

Pakaian Rasmi Pemuda UMNO Terdedah

Bhai.... UMNO dikaitkan dengan Melayu... betul dak... walaupun ramai dikalangan ahli UMNO yang bukan Melayu tulin....  ramai Mamak, Benggali, Arab, Siam, Myanmar, Bangla dan Filipina pon jadi ahli UMNO.... hahaha....  nak buat camana... tambah plak biler dalam UMNO (Baru)... ahli nombor 00000001 dier pon bukan Melayu... Mamak pun bukan... tapi Malabari.... hahaha.. yang datang dari wilayah Malabar di Selatan India satu masa dulu.... Hahaha...

Lu tarak percaya ka... cuba lu pi lepak kat Pulau Pinang dan join mana-mana mesyuarat UMNO kat sana... hahaha... sohih... kalu lu tak dapat dengar Bahasa Tamil digunakan didalam menyuarat tue... mesti lu salah tempat kot... hahaha... Gua pernah beberapa kali sajer join dalam menyuarat yang dikendalikan oleh geng-geng UMNO Pulau Pinang.... 60% daripada perbincangan dalam menyuarat tue dibuat dalam bahasa Tamil.... hahaha...

Itu la UMNO yang katanya Melayu.... UMNO adalah Melayu dan Melayu aderlah UMNO... hahahaha... yang bestnyer lagi.... puak-puak UMNO nih la jugak yang kata Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu... walhal VVIP yang lepak kat mana-mana kelab malam, karaoke, pusat pelacuran dan maksiat serta pub aderlah dari kalangan ahli UMNO .... Hahaha... even Ayahanda PEKIDA pon boleh menaungi kelab maksiat dan arak.... hahaha...

Jadi... untuk memudahkan membezakan antara Pemuda UMNO dengan orang awam lain... errr.. orang Melayu lain aaa.... gua rasa gambar yang gua paparkan dibawah nih aderlah yang terbaik... aper kata ianya dijadikan pakaian rasmi Pemuda UMNO .... ianya menutup aurat aper... tak terdedah nyer... hahaha...

Boleh la Pemuda UMNO bawak keris merata.... sebab PDRM takkan kaco diorang.... hahaha... cuba lu bayangkan Pemuda UMNO dan semua ahli UMNO lepak kat kelab maksiat dan arak termasuk kelab malam tue dengan berpakaian camnie... baru la orang respek... baru la realistik UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO .... hahahaha ... Geng-geng PEKIDA yang jadi bonser kelab malam termasuk gak ayahanda-ayahanda PEKIDA (macam Awie ker) yang jadi owner kelab maksiat tue pon boleh gak pakai pakaian camnie... baru terserlah keMelayuan..... hahaha

Hahaha... lawak siot.... hahahaha



24 December 2012

Harta Kerajaan UMNO Niagakan

Bhai... Tadi gua singgah kat Stesen Petronas Bukit Kuang, Kemaman... Sambil isi minyak... Gua sempat guna tandas stesen minyak nih.... Masa kuar tandas tue... Gua nampak ader satu gelanggang futsal.... Dulu takder pon... So gua aper lagi.. Pi la menyebok kat situe...

Alamak... Gelanggan futsal berbayar la plak... Ader nombor kontek... Mmmm... Tetiba gua ader perasan satu banner... Gelanggang Futsal Bukit Kuang... Ader tulisan Pemuda UMNO Bukit Kuang... Pergh... Terus gua masuk mood menyiasat...

Siasat punya siasat... Tanah tue milik Kerajaan Negeri Terengganu... Status pemilikan tak berapa clear.... Ala ... Kalu diorang nak ejast status pemilikan ... Sekelip mata jer boleh... Hahaha... Tapi... Gelanggang Futsal tue dibina dan dibangunkan dengan dana Kerajaan Negeri .... Under unit mana tue tak brapa pasti la... Yang pasti duit untuk buat gelanggang futsal nih datang dari kantong negeri...

Tapi... Macam mana plak pengurusan dan pengambilan yuran atau sewa gelanggang futsal nih masuk kocek Pemuda UMNO Bukit Kuang... Bukannyer tanah atau gelanggang nih dibina pakai duit Pemuda UMNO..

Ini macam serupa harta kerajaan (awam) tapi UMNO yang niagakan.... UMNO yang buat duit... Wei ... Ini memang cara yang bijak... Bijak pembelit... Bijak songlap... Hahahaha...

Ini baru satu yang gua jumpa... Rasanyer mesti ader banyak lagi yang macam nih... Aper daaa... Nih SPRM takmo nak siasat ka... Hahaha



02 March 2012

Bakal Ketua Pemuda UMNO Menggantikan Khairy Jamaluddin

Hahahaha.... nih ader satu gambar Pemuda UMNO yang sedang giat memperkuatkan pengaruhnya dalam Pemuda UMNO Malaysia dalam usahanya untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia menggantikan Khairy Jamaluddin...

Semoga mamat nih berjaya... hahaha...

27 February 2012

Ada Title Dr Tapi Bangang

Susah kalu orang yang ader ilmu... ader title Dr ... tapi bangang....

Dan itu yang gua boleh komen terhadap insiden yang berlaku pada Himpunan Hijau 2.0 (Pulau Pinang) semalam.... Ader Timbalan Ketua Pemuda UMNO bertitle Dr .. tapi perangai macam samseng... bangang.... kapla jenis letak kat kapla lutut...

Susah... orang macam nih.. kiter cakap banyak kali pon still bangang lagie.... susah... payah...

16 February 2012

Pemuda UMNO Pahang

Hahahaha..... gua tak tahan betul la hari nih.. Untuk pengetahuan lu orang sumer... hari nih ader Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia dan penyampaian BR1M untuk warga Balok, Pahang Darul Makmur... Muhyiddin Yassin yang datang mari.... siap bawak beberapa kengkawan dier samer...




Tapi itu sumer bukan aper yang gua nak citerkan...

Yang gua nak citerkan kat lu orang sumer aderlah.... gambar yang dibawah nih... yang gua amik tadi.... masa event tue... sporting betul la brother tue.... lu orang tengok jer la gambar kat bawah nih... dan lepas tue kasi skit komen... hahaha

11 July 2011

Let's Get Yellow

I'm suggesting that all who support the cause of electoral reform to wear this kind of t-shirt every Saturday onward. For those who capable to produce this on a big scale, please do it.

Police have no authority to banish the yellow smiley face t-shirt. It's ridiculous. Even if the police put it under Society Act, we can fight the legitimization of it.

If the government banned the colour of yellow, then we can use all other color.


or


21 June 2011

KOTOR 1.0

Perhatian:

PER: PERHIMPUNAN KOTOR 1.0 (9 JULAI 2011)

Untuk makluman semua .... Gabungan PEMUDA UMNO dan PERKASA akan bekerja sama dengan semua Ahli Parlimen dan ADUN Katak untuk menganjurkan satu perhimpunan pada 9hb Julai 2011 di Kuala Lumpur. Perhimpunan ini akan dikenali dengan nama KOTOR 1.0.

Gabungan ini selepas ini perlulah dipanggil sebagai "PERKOTAK"

Sehubungan dengan itu, semua ahli-ahli Pemuda UMNO dan PERKASA diharapkan agar dapat menyertai perhimpunan KOTOR 1.0 ini yang akan dikendalikan oleh Ezam Mohd Nor, Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Wee Choo Keong dan ramai lagi Ahli Parlimen dan ADUN.

Sila hadir dengan memakai baju hitam, bersongkok setinggi sekurang-kurangnya 7 inci dan lilitan kain berwarna kelabu di lengan baju sebelah kiri.

Permit dari Polis telah pun diterima untuk perhimpunan KOTOR 1.0 selama 2 hari dan semua peserta KOTOR 1.0 akan dibekalkan dengan nasi bungkus, air teh o ais serta sehelai tuala Good Morning (tajaan Pasaraya Mydin dan KIMMA).

Bagi mana-mana peserta yang tiada kenderaan... khidmat bas catar akan disediakan serta penginapan 2 hari 1 malam akan diberikan di Brickfield. Khidmat pelacur "kari" juga disediakan bagi yang berminat. Sila bawa kondom anda sendiri.

Peserta yang menggunakan kenderaan sendiri akan dibayar kos minyak sebanyak RM2 bagi setiap kilometer. Urusan tuntutan perjalanan ini boleh dibuat dimana-mana pejabat UMNO atau PERKASA yang berhampiran. Kos tol adalah percuma jika anda telah mendapatkan sticker KOTOR 1.0 dari pejabat UMNO dan PERKASA yang berhampiran.

Bagi peserta yang ingin berkonvoi... unit outrider PDRM akan bersedia untuk membantu melancarkan perjalanan. Sila maklumkan pada mana-mana IPD yang berhampiran.


Sekian, Harap Maklum

Setiausaha Kehormat
KOTOR 1.0

b/p Tetuan Ibrahim Ali dan rakan-rakan.

07 September 2010

Bacul

Selepas gua hentak rapat dalam artikel gua pada 6 haribulan... baru la Zulkifli Nordin ader telur nak kuar komen pasai iklan Sinari Lebaran TV3 tue itu pon sebelah lewat 7 September...... itu pon hampir 100% isi kandungan artikel diblog dier hasil analisls dan kajian orang lain... artikel rembat... Zulkifli Nordin nih mana pandai nak kuar artikel sendiri.. melainkan rembat orang lain punya jer.... macam siot jer ....

Wei.. Zulkifli Nordin... lu tak payah nak berlakon la.... orang semua dah tau lu punya muslihat... lu sudah kantoi la bhai... hahaha

Tajuk artikel gua nih bukan nak tujukan sebijik kepada Zulkifli Nordin... sebab tak perlu pon... dah memang sah Zulkifli Nordin bacul... ader plak dier guna Seksyen 298A Kanun Kesiksaan ... takder kena mengena langsung... sepatutnyer diletakkan dibawah Akta Hasutan (Sedition Act) atau Akta Penerbitan dan Akta Multimedia... bodoh punya loyar... patut pon takder satu kes besar yang dier nih menang selama nih... hahaha ...

Gua tujukan tajuk artikel "Bacul" nih sebenarnya kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat..... straight to the point... gua cakap dier nih bacul... sebab cuma berani hantar memo peringatan kepada TV3 dan Media Prima menggunakan FAX jer.... awat... Pimpinan DPPP dan AJK nyer semua dah takder telor ka... dah tak berani macam dulu ka... awat... sudah kenyang dengan nikmat dunia.. sudah rasa besar dan hebat... sampaikan dah tak bergerak macam yang sepatutnyer...

Berapa kali aaaa.... gua nak cakap... tolong aaa... longgarkan skit lilitan serban tue... jangan jadi jumud.. jangan jadi terlalu relax... macam nak takder semangat perjuangan amar maaruf nahi mungkar jer sekarang nih... sudah jadi terlalu dayus...

Percayalah.... perangai DPPP yang macam nih la yang akan menyebabkan PAS dipandang serong dan hina dikalangan golongan marhaen yang simpati dengan PAS (walaupun tidak menjadi ahli PAS)... sikap "tidak apa" nih la yang akan menyebabkan makin ramai golongan muda menjauhi PAS ...

Gua rasa aaa... dalam banyak-banyak Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat selama nih.... Nasruddin Tantawi nie la yang paling lembik... lemau... lepu.... tak ader karisma sebagai pimpinan pemuda... layak jadi Ustaz ngajar kitab fekah jer... tak lebih dari tue....

So.... ini gua nak tegaskan lagi sekali.... memang patutlah PAS nih di "REFORM" kan.... sebab dah makin ramai pimpinan yang merasa selesa dengan kuasa dan jawatan... dan lari dari perjuangan yang sebenar... racun UMNO/BN dah makin teruk meresap sampai ke tulang sulbi PAS....

Wei.. Nasruddin Tantawi... tolong jangan jadi bacul.. tolong jangan jadi pondan... cukuplah Pemuda UMNO jer yang jadi Pondan selama nih....

16 May 2010

Gua Rembat Nih

Sori la RPK (Raja Petra)... sori aaa.. gua rembat nih dari portal lu.... sebab gua rembat.. gua suka la ngan idea nih...

"I was stuck in a traffic jam on the PLUS Highway last week. Nothing moved for half an hour when suddenly a man knocked on my window. So I rolled down my window and asked, "What's going on?"


''Terrorists down the road have kidnapped a few UMNO politicians. They're asking for a ransom or they're going to douse them with petrol and set them on fire. We are going from car to car, taking up a collection."


I then asked, "How much is everyone giving on average?"


"Most people are giving about a gallon."


add another pointer:


I then asked " Do you need lighter ?"


after that saw....


There is a petrol tanker further down the road; we'll all move aside and let him through!

22 April 2010

Sudah Jumpa

Hahaha... gua sudah jumpa mana itu P. Kamalananthan dapat dier punya bachelor degree ... hahaha...

Tak susah mana pon.... dan tak perlu kuar modal besar pon... cuma USD$299 jer... hahaha... siap dalam 10 hari jer kalu mau... hahaha... sesapa pon boleh dapat.. janji dier punya umur lebih 21 tahun... hahaha.. bawah umur tak boleh la bhai...

Hahaha....

So.. bagi sesapa yang takder degree, master atau PHD... maka silakanlah kesini untuk dapatkan lu orang punya cert... hahahaha.... tak perlu buang masa minima 3 tahun... hahaha... boleh dapat dalam 10 hari jer... hahaha..

Get the job you deserve. Graduate today with a legal, accredited bachelor, master or even doctorate degree. No classes or exams, it's so easy! Click here for more info.

21 April 2010

Apa BN Buat Selama 50 Tahun Di Hulu Selangor

Bhai... cuba lu cerita skit kat gua... story skit la.. apa yang BN buat selama 50 tahun di Hulu Selangor..... cuba habaq mai... Dulu pernah ader MB yang datang dari kawasan Hulu Selangor... tapi... apa yang berjayanyer kat Hulu Selangor nih....

Alih-alih.. MB tue plak kena tahan sebab bawak duit seberat 19 kilo di Australia... duit sapa tue.. dier kata duit dier dan keluarga dier... mungkin duit syiling kot.. pasai tue la berat dier 19 kilo.. cuba la lu bayangkan kalau dalam beg tue semua duit RM100... untuk dapat 19 kilo tue.. agak-agak berapa puluh juta aaa... cuba habaq mai...

Jalan kat Hulu Selangor macam tue gak... stesen bas kat RASA tue macam tue la jugak.... macam stesen bas zaman lepas perang dunia kedua... Hulu Bernam... walaupun bersebelahan dengan Tanjung Malim.. tapi.. cuba cerita habaq mai kat gua pembangunan yang BN dah buat kat sana... takder...

Balai Polis Hulu Bernam tue pon sebaris jer... kuarters... design tahun 70'an punya la bhai... Cuba tengok sekolah Tamil kat Hulu Bernam tue... daif macam tue la jugak... walaupun G-String Palanivel pernah jadi Ahli Parlimen kat situe... walaupun BN dah berkuasa lama kat situe...

Jangan la lu pi jengok tengok kawasan estet... itu lagi daif... aper yang BN dah buat selama 50 tahun untuk kebajikan warga estet... penetapan gaji minima pon BN tak berani nak setel selama nih... dah 50 tahun dah warga estet dapat gaji hari... kalu musim hujan.. tak boleh menoreh... takder la dapat gaji... so.. macam mana... nak makan camana tue...

Bayangkan la... infrastruktur kat Hulu Selangor selama hari nih teruk nak mampus... kemudahan ader la skit kat Kuala Kubu Baru... tapi... punya la jauh bagi orang kat Felda Sungai Tengi, Gendangsa atau Sg Dusun... lagi dekat kalu diorang nak pergi Slim River...

Pakatan Rakyat baru perintah Selangor 2 tahun jer... tapi punyalah bodoh orang kat Hulu Selangor yang dok nak compare isu 2 tahun dengan yang 50 tahun... serupa takder akal punya la... Serupa compare kereta sorong dengan mercedes benz la bongok.... takkan itu pon tak boleh nampak...

Takper... kalu dalam BN menang kali nih... kita tengok apa plak kemudahan infrastruktur yang akan dibangunkan di Hulu Selangor... percayala...semua tue tipu jer... tak percaya... tengok la nanti... kalu diorang menang la nih... ader masa 2 tahun untuk diorang buktikan sebelum PRU13 .. jadi... masa tue kita compare la 2 tahun PR pegang dengan 2 tahun BN pegang ... ader aper perubahan...

Gua sebenarnya maleh nak kempen lebih-lebih... sebab 60% daripada pengundi kat Malaysia nie tahap pemikiran diorang nih lebih hulu daripada Orang Asal... hahahaha ... bengap nak mampus... tak boleh pikir secara rasional....

24 February 2010

Transformasi Kurikulum

Pergh... berapa kali lagie mau buat eksperimen aaa... Ini Menteri Pelajaran nak buat transformasi kurikulum la pulak... setiap kali tukar menteri... tukar ketua pengarah... tukar semua... yang jadi mangsa... cikgu-cikgu dan murid-murid sekolah...

Eksperimen tak abis... macam-macam... dulu buat eksperimen untuk PPSMI .. beratus juta abis... sebelum tue... eksperimen projek multimedia... kantoi berpuluh juta... la nie... Muhyiddin Yassin umum nak buat transformasi kurikulum (pendidikan)... agak-agak berapa ratus juta RM akan jadi mangsa... Udah ler Kementerian Pelajaran dah sengkek.. bajet ciput... yang ader biasa pon kena sekat.. kena potong....

Lepas nie.... sapa pulak yang akan kaya dengan projek transformasi kurikulum nih... penerbit buku memang akan untung... penulis buku pon akan untung gak... yang tak untung cuma DBP jer.... aper la.. yang kaya DAWAMA ....

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran lepas nih terpaksa la bersengkang mata untuk cari jalan.. buat macam-macam.. eksperimen macam-macam... semua untuk naikkan nama Muhyiddin Yassin jer... yang dapat nama nanti Menteri Pelajaran... sedangkan haram satu pon dier tak tau.... cadangan pon sebenarnya bukan datang dari dier... semua datang dari juak-juak dier yang nak kaut untung dengan transformasi kurikulum nih..

So... persoalan yang semua rakyat perlu tanya.... berapa juta RM pulak la akan hangus untuk projek transformasi kurikulum nih..... dan nak cekau duit dari mana... Duit kerajaan pon dah makin takder... nak bayar bonus dan gaji bulanan pon sempit..

Dua hari sudah Najib Razak umumkan nak bagi Sarawak RM3.4 bilion... itu bajet untuk gula-gula pilihanraya negeri tue... jadi... mana la ader duit lagi nak dienjoykan oleh Kementerian Pelajaran..... mana nak cekau duit aaaa...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1