Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Wawasan. Show all posts
Showing posts with label Wawasan. Show all posts

15 January 2023

UMNO sudah terlalu jauh dengan orang muda

Bhai/DeeDee semua...

Betul... UMNO sudah terlalu jauh dari orang muda ... Sudah tiada chemistry... dengan golongan wanita pun UMNO dah jauh... golongan muda bawah 30 tahun sudah semakin geli untuk dikaitkan dengan UMNO...

UMNO dok kejar golongan mat rempit dan mat motor... walhal golongan ini bukanlah keluar mengundi pun... Buang duit dan masa jer layan golongan ini... Golongan ini sekadar nak suka-suka enjoy jer...

Itulah kesilapan UMNO...

#UMNO #ReformasiUMNO #MajlisUlamaUMNO #TokMatHasan #AhmadZahidHamidi #PAU2022 #PerhimpunanAgungUMNO #KhairyJamaluddin #KhairyKJ #UMNOBangkit #UBAH #Kritis #PemudaUMNO #MajlisUlama #BiroAgama
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

21 December 2022

Mat Rempit - Satu Idea Menarik Untuk Tanganinya.

Bhai/DeeDee semua...

Kita tahu negara kita ini mempunyai masalah Mat Rempit yang kronik... Sampaikan dulu ada Mat Rempit yang dijadikan ikon belia oleh seorang Menteri.... Gila betul lah... 

Roadblock ada merata... tangkapan dan saman beratus dan berjela... tapi masalah ini masih tak boleh nak diselesaikan dengan undang-undang sedia ada.... Gantung dan batal lesen pun tak kemana... sebab ramai Mat Rempit yang tak ada amik lesen pun.. Roadtax dan Insuran pun banyak yang tak ada... Kedai masih jual lagi motorsikal kepada semua orang waima yang tidak berlesen pun...

Yang tak berduit... beli kapchai... yang berduit ... beli superbike... lesen tetap tak ada.... giler aaa

So... Apa cara nak selesaikan isu ini??

Ini cadangan gua... satu cadangan yang drastik dan tegas...

1. Ujudkan satu syarikat pengeluaran motorsikal buatan tempatan milik satu Agensi Kerajaan. Syarikat ini akan mereka bentuk, membangun dan mengeluarkan motorsikal buatan tempatan dari (cubic capacity) CC kecil sampailah ke level Superbike.

2. Buat serbuan, tangkapan dan tahan semua pesalah rempit tak kira yang menggunakan kapchai sampailah ke superbike...

3. Semua pesalah perlu ditahan (penjara) selama 10 tahun. Tiada kompromi. Tiada pilih kasih. Semuanya akan ditempatkan dalam satu penjara khas... Penjara untuk kesalahan rempit sahja...

4. Semasa dalam penjara... pesalah rempit motorsikal ini akan diklasifikasikan mengikut skil mereka... sama ada mereka berskil ubahsuai motorsikal ataupun memandu tahap dewa.

5. Yang mana berskil ubahsuai kenderaan... semuanya akan dihantar bekerja di kilang pengeluaran motorsikal milik Agensi Kerajaan yang dalam nombor 1. Mereka akan bekerja dengan kawalan keselamatan tahap tinggi. Ada KPI yang mesti mereka laksanakan... Yang mahir design akan diletakkan dalam bahagian design... yang mana testing.. akan diletakkan dalam bahagian testing... yang mana pakar memasang sparepart ... akan diletakkan di bahagian pemasangan....

6. Makan, minum, pakaian, penginapan dan perubatan semua disediakan di penjara khas ini... siap dengan kawalan yang ketat... semua pesalah akan dipasangkan pengesan di pergelangan kaki. Mereka tak boleh keluar dari kawasan kilang atau penjara khas ini....

7. Gaji mereka akan diberikan mengikut kadar gaji minima yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia .... tetapi mereka cuma mendapat duit untuk kegunaan personal sebanyak RM300 sebulan sahaja... selebihnya akan dimasukkan dalam satu akaun milik mereka yang akan dikendalikan oleh KWSP.  Bagi yang ada anak atau isteri atau keluarga, sebanyak RM1000 sebulan akan diberikan kepada keluarga mereka. Setelah mereka menamatkan masa tahanan 10 tahun... barulah mereka boleh mengeluarkan semua wang gaji mereka dari Akaun ini dengan syarat-syarat tertentu termasuklah dividen dan interest.

8. Jika pesalah berjaya melepasi KPI bagi setiap individu yang ditetapkan, satu bonus (dalam bentuk wang) akan diberikan kepada mereka dan ianya akan dimasukkan dalam Akaun khas gaji mereka. Semua pesalah akan dilindungi dengan caruman PERKESO dan Insuran/Takaful.

9. Setelah pesalah habis menjalani tahanan selama 10 tahun, mereka akan dibebaskan... dan dibenarkan mendapat lesen memandu khas maksima kelas B2 yang akan ditanda "REMPIT" pada lesen mereka. Dan jika mereka melakukan apa-apa kesalahan trafik (lampu merah, melebihi kelajuan yang dibenarkan atau menyebabkan kemalangan), maka mereka boleh ditahan sekali lagi selama maksima 5 tahun tanpa kompromi.

10. Dengan cara ini Malaysia akan mempunyai produk kenderaan yang hebat, mantop, berkualiti,  berdaya saing dan mampu dijual keserata dunia pada kos produksi yang amat murah. Ini menguntungkan Malaysia dari segi jangka panjang tanpa melibatkan tenaga kerja asing.

11. Cadangan ini untuk rempit motorsikal, Kita juga boleh laksanakan untuk kes rempit motokar juga.

Sekian... Sekadar mencari gaduh.
Hahaha



14 May 2013

Yang Ini Gua Salut

Bhai... Satu perkara yang gua respek sama Zed Zaidi... Sejak dier jadi Presiden SENIMAN... nampak ader banyak perubahan yang dier bawak... nampak dier nih professional dalam kerjabuat dier... Tak kisah la dier ader pegangan lain dalam politik... tapi ... dier nih memang gua rasa Presiden SENIMAN yang terbaek selama nih... yang ini gua salut.... memang gua salut... dier ader wawasan...

Cara dier kendalikan Persatuan SENIMAN memang bagoosh... inilah anak muda contoh... Kalu dier nih melonjak naik dalam UMNO pon gua tak terkejut... sebab dier ader karisma untuk lead... tambah lagi dier nih selalu kedepan kalu bab kepentingan ahli persatuan...  Nih bab perumahan... memang betul.. gua cukup tau... berapa la sangat artis Malaysia dapat...

Kalu royalti lagu tue... berapa sen jer satu album... walaupun satu album dijual RM25 .. yang kaya aderlah produser dan penerbit album.... penulis lirik pon dibayar ciput... gua ader satu lirik lagu yang dinyanyikan oleh satu kumpulan artis lelaki tue.... harga album dijual sekitar RM18 .... tapi... satu album gua dapat cuma RM0.50 jer.... plak tue dibagitau album tak laku.... walhal lagu tue memang hit gak... rupanyer... sebenarnya album tue dicetak rompak sendiri oleh penerbit dan produser dan dijual secara haram untuk kepentingan diorang.... jadi yang ader dalam senarai cuma sedikit jer... tak sampai 10 ribu salinan... walhal yang haram cetak rompak cecah 100 ribu salinan.... hampeh...

Gua tak nak la sebut mana satu syarikat penerbitan tue... hahaha.... nanti lu orang tau plak lagu yang mana gua buat.... hahaha... itui citer lama... citer tahun 90'an dulu.... hahaha


Agenda baru Zed Zaidi dalam Seniman

“Bagi saya sudah sampai masanya kita mempunyai sebuah perkampungan atau penempatan bagi golongan artis dan penggiat seni, agar kebajikan penggiat-penggiat seni dijaga dengan baik,” itulah luahan Presiden Seniman Malaysia Zed Zaidi ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Perumahan Alfafa di Hotel De Palma Ampang.



Menurut Zed, ini salah satu agenda yang baik bagi menjaga kebajikan para penggiat seni dan setidak-tidaknya artis di negara ini dihargai oleh pelbagai pihak dan juga kerajaan.

“Di Hollywood misalannya, sudah ada perkampungan artis di sana. Mudah bagi mereka untuk berbincang dan berjumpa bersama rakan artis yang lain. Secara tidak langsung penggiat-penggiat seni dapat memfokuskan untuk menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu lagi,” katanya

Beralih mengenai kerjasama Seniman bersama ALFAFA Consortium(AFS), Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, berkata kerjasama itu dapat membantu rakan –rakan artis mendapatkan rumah mampu milik dengan kadar harga yang lebih murah.

“Ini adalah satu langkah kerjasama yang baik kerana ianya dapat membantu artis-artis yang kurang berkemampuan bagi memiliki rumah sendiri.

“Tidak semua artis yang ada rumah sendiri, amat sukar untuk membuat pinjaman kerana tiada penyata gaji dan sebagainya. Oleh sebab itulah, pihak SENIMAN bersetuju untuk bekerjasama dengan AFS Consortium bagi membantu rakan artis memiliki rumah sendiri dengan kadar yang lebih murah,” katanya.

Sementara itu, beberapa rakan artis yang hadir pada Majlis Pelancaran menyambut baik inisiatif SENIMAN bagi membantu golongan artis tanah air memiliki rumah sendiri. Pelawak veteran Abon, melihat usaha ini sebagai suatu peluang yang tidak harus dilepaskan.

“Saya melihat ini salah satu usaha yang baik dari Persatuan dan Alfafa untuk membantu kami anak-anak seni bagi memiliki rumah sendiri. Saya harap rakan artis jangan lepaskan peluang ini,”

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1