Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Mat Rempit. Show all posts
Showing posts with label Mat Rempit. Show all posts

15 January 2023

UMNO sudah terlalu jauh dengan orang muda

Bhai/DeeDee semua...

Betul... UMNO sudah terlalu jauh dari orang muda ... Sudah tiada chemistry... dengan golongan wanita pun UMNO dah jauh... golongan muda bawah 30 tahun sudah semakin geli untuk dikaitkan dengan UMNO...

UMNO dok kejar golongan mat rempit dan mat motor... walhal golongan ini bukanlah keluar mengundi pun... Buang duit dan masa jer layan golongan ini... Golongan ini sekadar nak suka-suka enjoy jer...

Itulah kesilapan UMNO...

#UMNO #ReformasiUMNO #MajlisUlamaUMNO #TokMatHasan #AhmadZahidHamidi #PAU2022 #PerhimpunanAgungUMNO #KhairyJamaluddin #KhairyKJ #UMNOBangkit #UBAH #Kritis #PemudaUMNO #MajlisUlama #BiroAgama
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

21 December 2022

Mat Rempit - Satu Idea Menarik Untuk Tanganinya.

Bhai/DeeDee semua...

Kita tahu negara kita ini mempunyai masalah Mat Rempit yang kronik... Sampaikan dulu ada Mat Rempit yang dijadikan ikon belia oleh seorang Menteri.... Gila betul lah... 

Roadblock ada merata... tangkapan dan saman beratus dan berjela... tapi masalah ini masih tak boleh nak diselesaikan dengan undang-undang sedia ada.... Gantung dan batal lesen pun tak kemana... sebab ramai Mat Rempit yang tak ada amik lesen pun.. Roadtax dan Insuran pun banyak yang tak ada... Kedai masih jual lagi motorsikal kepada semua orang waima yang tidak berlesen pun...

Yang tak berduit... beli kapchai... yang berduit ... beli superbike... lesen tetap tak ada.... giler aaa

So... Apa cara nak selesaikan isu ini??

Ini cadangan gua... satu cadangan yang drastik dan tegas...

1. Ujudkan satu syarikat pengeluaran motorsikal buatan tempatan milik satu Agensi Kerajaan. Syarikat ini akan mereka bentuk, membangun dan mengeluarkan motorsikal buatan tempatan dari (cubic capacity) CC kecil sampailah ke level Superbike.

2. Buat serbuan, tangkapan dan tahan semua pesalah rempit tak kira yang menggunakan kapchai sampailah ke superbike...

3. Semua pesalah perlu ditahan (penjara) selama 10 tahun. Tiada kompromi. Tiada pilih kasih. Semuanya akan ditempatkan dalam satu penjara khas... Penjara untuk kesalahan rempit sahja...

4. Semasa dalam penjara... pesalah rempit motorsikal ini akan diklasifikasikan mengikut skil mereka... sama ada mereka berskil ubahsuai motorsikal ataupun memandu tahap dewa.

5. Yang mana berskil ubahsuai kenderaan... semuanya akan dihantar bekerja di kilang pengeluaran motorsikal milik Agensi Kerajaan yang dalam nombor 1. Mereka akan bekerja dengan kawalan keselamatan tahap tinggi. Ada KPI yang mesti mereka laksanakan... Yang mahir design akan diletakkan dalam bahagian design... yang mana testing.. akan diletakkan dalam bahagian testing... yang mana pakar memasang sparepart ... akan diletakkan di bahagian pemasangan....

6. Makan, minum, pakaian, penginapan dan perubatan semua disediakan di penjara khas ini... siap dengan kawalan yang ketat... semua pesalah akan dipasangkan pengesan di pergelangan kaki. Mereka tak boleh keluar dari kawasan kilang atau penjara khas ini....

7. Gaji mereka akan diberikan mengikut kadar gaji minima yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia .... tetapi mereka cuma mendapat duit untuk kegunaan personal sebanyak RM300 sebulan sahaja... selebihnya akan dimasukkan dalam satu akaun milik mereka yang akan dikendalikan oleh KWSP.  Bagi yang ada anak atau isteri atau keluarga, sebanyak RM1000 sebulan akan diberikan kepada keluarga mereka. Setelah mereka menamatkan masa tahanan 10 tahun... barulah mereka boleh mengeluarkan semua wang gaji mereka dari Akaun ini dengan syarat-syarat tertentu termasuklah dividen dan interest.

8. Jika pesalah berjaya melepasi KPI bagi setiap individu yang ditetapkan, satu bonus (dalam bentuk wang) akan diberikan kepada mereka dan ianya akan dimasukkan dalam Akaun khas gaji mereka. Semua pesalah akan dilindungi dengan caruman PERKESO dan Insuran/Takaful.

9. Setelah pesalah habis menjalani tahanan selama 10 tahun, mereka akan dibebaskan... dan dibenarkan mendapat lesen memandu khas maksima kelas B2 yang akan ditanda "REMPIT" pada lesen mereka. Dan jika mereka melakukan apa-apa kesalahan trafik (lampu merah, melebihi kelajuan yang dibenarkan atau menyebabkan kemalangan), maka mereka boleh ditahan sekali lagi selama maksima 5 tahun tanpa kompromi.

10. Dengan cara ini Malaysia akan mempunyai produk kenderaan yang hebat, mantop, berkualiti,  berdaya saing dan mampu dijual keserata dunia pada kos produksi yang amat murah. Ini menguntungkan Malaysia dari segi jangka panjang tanpa melibatkan tenaga kerja asing.

11. Cadangan ini untuk rempit motorsikal, Kita juga boleh laksanakan untuk kes rempit motokar juga.

Sekian... Sekadar mencari gaduh.
Hahaha



14 May 2021

Mana Diorang Beli Flare?

Bhai/DeeDee semua...

Gua cukup pelik.. Kejadian nih berlaku di Johor... dan puak JDT cukup terkenal bawak flare dalam Stadium semasa pertandingan bolasepak... Persoalan yang gua nak tanya sejak dari dulu aaa...

Mana diorang nih dapat stok flare? Beli kat mana? Siapa suppliernya??

Rajin benar depa gunakan flare nih... adoilah... stok mudah kot nak dapat disana... Hahaha

Macam pelik ja kan... Hahaha

#KerajaanGagal



17 December 2012

Ops Bikers

Pergh.... Maybe pasai Mazidul Akmal Sidik masih tak puas hati dengan geng-geng bikers... Dan geng AES, JPJ dan PDRM pon dah tak puas hati dimalukan pasai kes penipuan terancang Majalah 3 tue .... Maka mulai esok khabarnya akan ader Ops Bikers...

Sasaran utama aderlah pemilik big bikers (motosikal berkuasa besar)... Dan pastinya jugak seperti biasa pengguna kapchai akan dijadikan kambing hitam... Dipersalahkan... Dan dituduh sebagai mat rempit... Aper nak jadi la...

Tapi elok gak... Lagi ramai orang yang marah lagi ramai yang akan menolak Barisan Nasional... Bagoosh...

05 September 2012

Memang Berani...

Memang mamat nih berani.... pasai dier dah tau biler kot dier akan mati.... hahaha .... Ini la baru dikira otai..... tak macam mat rempit kat Malaysia... stakat berani kalu jalan straight jer.... hahaha


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1