Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Singapore. Show all posts
Showing posts with label Singapore. Show all posts

18 June 2023

Teruk Sangat Dah Ekonomi Kita

Bhai/DeeDee semua...

Teruk sangat dah ekonomi kita... huhuhu...

Bandingan kuasa beli menurut dunia antara 1994 dan 2023. Ini berdasarkan USD1 bersamaan MYR2.50 di tahun 1994, USD1 bersamaan MYR4.60 di tahun 2023 dan nilai USD1 tahun 1994 bersamaan nilai dengan USD2.05 tahun 2023. 

Sama ada dulu kita jauh lebih kaya atau kini harga kereta jauh lebih murah.

Adoilah... tatau nak kata apa la...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



08 June 2023

Malaysia Dihina Pelawak Singapura?

Bhai/DeeDee semua...

Semalam gua ader tengok satu video tular “pelawak berdiri” perempuan yang membandingkan Singapura dan Malaysia. Penuh hinaan darinya terhadap Malaysia.

Gua simple je. Kenapa “beliau” mengatakan macam tue. Sebab di Malaysia nih masalah rasuah, salahguna kuasa, ketirisan dan tadbir urus yang rendah sejak sekian lama…

Bila dinasihat dikatakan dengki… itu masalah utamanya Malaysia. Tak kira la siapa yang memimpin. Yang lama ka yang baru ka. Sama ja.

Kita nak marah kat seorang “pelawak berdiri” tu ka? Sebenarnya tak boleh jugak nak marah dier sorang sebab apa yang dier cakapkan tue sebenarnya ialah apa yang keseluruhan warga Singapura punya persepsi terhadap Malaysia.

Tak kira la warga Singapura ru dari bangsa Cina, India atau Melayu… sama jer perangai dan persepsi merekw terhadap Malaysia.

Jadi… apa yang kita boleh buat?

Kita kena berubah. Kita kena keluar dari kepompong selesa. Kita kena lebih berfikiran terbuka. Keluar dari daerah pemikiran sempit berasaskak kaum dan agama.

Kita sebenarnya sebuah negara kaya. Tapi macam gua bagitau tadi la… Pengurusan negara sejak sekian lama terbelenggu dengan pemikiran yang kolot yang penuh dengan kroni, puak, geng dan sebagainya.

Contoh mudah la… penjanjian air ngan Singapura pun masih guna deal yang lama. Langsung takder anjakan. Adoyai.. jual air mentah 10000 liter pada harga 3 sen… Gila apa..

Situ ja dah cukup menunjukkan betapa lemahnya tadbir urus aset negara.

Belum lagi isu kita benarkan warga Singapura berbondomg-bondong masuk Malaysia setiap hari untuk membeli barangan dapur “bersubsidi” tanpa kawalan pun. Habis subsidi kita hilang ke Singapura.

Patut di Johor, warga Singapura kena beli barang dapur pada harga bukan subsidi… Pembelian di pasaraya mesti menunjukkan MyKad… barulah kita boleh kawal…

Kalu nak dikirakan … subsidi barang dapur paling banyak habis di Johor kepada Warga Singapura… sama la jugak dengan kos petrol bagai.

Untuk kesekian kalinya… Kita perlu ajar sedikit warga Singapore untuk hormat Malaysia. Mana yang ader saman trafik, haramkan saja dari memasuki Malaysia. Kalu dah berada di Malaysia… saman trafik tue kena ikut nilai dalam Dollar Singapore.

Jangan la saman trafik RM300… berapa la sangat duit Singapore…

Kita kena bertegas.

Contoh lagi… Jangan benarkan warga Singapore bawa kenderaan mereka di Malaysia. Mereka wajib kena sewa kenderaan di Malaysia.. semua kenderaan peribadi rakyat Singapore wajar diparking di kawasan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Parkir ini kita bagi kat LTAT kendalikan… at least ader income.

Kita hanya benarkan kenderaan perdagangan jer untuk guna jalan di Malaysia.

Tapi…

Ini semua tak berguna jika rasuah, salahguna kuasa, ketirisan dan tadbir urus yang rendah di Malaysia tidak dapat ditangani dengan baik dan segera.

Akhir kata… Agensi Risikan Singapura (SID) memang lawak… banyak kali depa kantoi… Your moves always as predicted … Hahahaha

Shalom, Naem meod
Dirgahayu Malaysia.

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



28 February 2023

Banyak Kesilapan Malaysia Sebenarnya...

Bhai/DeeDee semua...

Selepas Singapura keluar dari Malaysia, negara mereka masih miskin dan tiada sumber asli. 

Apa yang mereka buat adalah “Free Port” dengan kadar cukai yang rendah atau tiada cukai. Untuk memastikan ianya telus, tindakan keras terhadap perasuah (pemberi dan penerima) sehingga boleh dijatuhkan hukuman mati. Memanglah kejam tapi inilah cara terbaik menangani rasuah.

Kemudian, dengan banyaknya setinggan yang tidak teratur, kerajaan Singapura membangunkan skim perumahan awam dimana Kerajaan sendiri yang membangunkan apartment 3 bilik untuk rakyat dan dijual secara ansuran kepada rakyat pada harga asas. Dengan cara ini tiada manipulasi harga kediaman berlaku. Hampir semua rakyat Singapura memiliki rumah sendiri. Bagi yang kaya mereka boleh beli rumah kondo yang pihak swasta bangunkan.

Kerajaan Singapura juga membangunkan beberapa GLC. Dan semua GLC ini dimestikan membuat untung tanpa pengecualian. Mana-mana GLC yang rugi akan dikenakan tindakan dan berkemungkinan ditutup operasinya.

Dan yang paling menguntungkan Singapura selain dari perkhidmatan perbankan (banyak orang kaya Malaysia yang sorokkan duit di Singapura dimana LHDN tabley nak kacau) adalah perkhidmatan terkait petroleum dan petrochemical.

Singapura menyediakan prasarana penapisan dan “bulk storage” bagi minyak mentah. Ini secara tidak langsung memang menguntungkan Singapura. Dah lama Singapura buat benda nih… Mereka proses minyak dari banyak negera.

Berbalik kepada Malaysia, GLC rugi pun tak apa sebab Kerajaan akan bailout… Hahahaha… Jahanam…. Macam bangang jer kan.



11 June 2022

RSAF Beli F35B V-STOL, Apa Tindakbalas Strategik TUDM?

Bhai/DeeDee semua...

Khabarnya Singapura telah beli pesawat Gen 5 F35B versi V-STOL... satu skuadron pulak tue. Jadi apa agaknya tindakbalas Strategik TUDM untuk menyediakan cegah rintang berkenaan pemerolehan pesawat generasi ke lima RSAF.

Harapnya tindakan tuntas TUDM untuk mendapatkan pemerolehan Radar Baharu (AESA Version 3) dan MERAD (Medium Range Air Defense) diberikan kelulusan segera oleh Kementerian Kewangan dan diutamakan.

Kita amat berharap.

Singapura Pilih Varian Pesawat F 35B V-STOL #F35B #VSTOL #RSAF #TUDM

12 September 2021

Bukan Sekadar Pulau Batu Karang

Bhai/DeeDee semua...

Isu Pulau Batu Puteh @ Pedra Branca bukanlah sekadar satu isu berkaitan dengan sebuah pulau batu karang yang tidak berpenghuni.... Tapi sebenarnya ianya adalah satu isu yang lebih besar...

Isu yang sebenarnya adalah garis sempadan laut bagi Malaysia dan Singapura.... Disebabkan terlepasnya Pulau Batu Puteh ini ketangan Singapura.... maka dengannya kita telah hilang beberapa kilometer sempadan laut negara ini....

Ini bukan sahaja mengurangkan garis sempadang Negara.... tapi mengakibatkan kecilnya kawasan kedaulatan perairan Malaysia itu sendiri.... maka secara tidak langsung tindakan menyerahkan Pulau Batu Puteh @ Pedra Branca adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap negara...

Argentina sanggup berperang dengan Britain hanya sebab sebuah pulau... iaitu Kepulauan Falkland..... tapi kita Malaysia macam tak kisah ja sebuah pulau hilang...

Huhuhu... adoilah...



26 May 2021

Pesawat Pengintipan Israel Di Ruang Udara Putrajaya?

Bhai/DeeDee semua...

Gua tahu semalam kecoh bab pesawat pengintip Israel yang katanya berada di ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura...

Huhuhu.... 

Benda ni biasa jer ... tak terkejut pon... tambah lagi ianya adalah pesawat komersial Boeing 737-400 yang telah diubahsuai... dan terbang pula diatas ketinggian 30 ribu kaki... sure CAAM dan ATC dah bagi kebenaran... dan sure ATM (TUDM) dah alert pasai ni...

Biarkan la TUDM buat pemantauan depa... takkan semua nak publish dalam Sosmed... bab Menteri Pertahanan lembab sangat nak bagi kenyataan.... wei... bab Genting Highland punya kasino beroperasi pun dier tatau apa lagi mau tanya pasai pesawat pengintipan Israel ni....

Sudahlah #PMmengakuBodoh ... sure la takkan ader Menteri Kabinet yang lebih pandai dari #PMmengakuBodoh ni... tak logik sungguh la....



05 January 2021

HSR - Apa Lagi Yang Disembunyikan?

Bhai/DeeDee semua...

Selain dari pampasan atas pembatalan projek rel High Speed Rail (HSR) Singapore KL yang akan diberikan kepada Singapura sebanyak RM810 juta (sebelum ini dikatakan sekitar RM300 juta sahaja), agak-agaknya apa lagi perkara yang disembunyikan dan diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)?


Pelik sangat lah bila projek yang berkaitan dengan kemudahan awam serta melibatkan dengan negara asing dilihat banyak kerahsiaan sama ada dalam kontrak, perjanjian atau terma. Sebijik sama macam kes 1MDB

Sepatutnya apabila sesuatu projek itu berkepentingan awam maka sewajarnya ianya telus dan terbuka untuk proses semak dan imbang bukan sahaja dari pihak berwajib dan akauntabiliti tetapi juga kepada awam. Malah sepatutnya jika tidak dibuka kepada orang awam, apa salahnya ianya dibuka untuk penelitian dan semak imbang di dalam Parlimen.

Kita ada 222 anggota Parlimen yang boleh mewakili rakyat dalam proses semak dan imbang bagi projek sebesar High Speed Rail (HSR) Singapore KL ini. Boleh sahaja Ahli Parlimen berpeluan untuk pastikan adalah segala perjanjian berkaitan dengan High Speed Rail (HSR) Singapore KL menguntungkan Malaysia dalam jangkamasa panjang dan pendek.

Sebaiknya ... proses berkaitan High Speed Rail (HSR) Singapore KL ini menjadi perhatian utama Malaysia kerana pada dasarnya akan memberikan lebih untuk kepada Malaysia dari segi pelaburan, pembinaan dan juga ekonomi.,

Dengan pembatalan projek rel High Speed Rail (HSR) Singapore KL yang mungkin menyebabkan Malaysia kerugian sehingga RM810 juta secara kosong sahaja amatlah tidak rasional. Dalam pembentangan Bajet 2021 yang baru selesai pada November 2020, kita diberikan input yang mengatakan bahawa Malaysia tidak akan membatalkan High Speed Rail (HSR) Singapore KL ni. Akan tetapi tiba-tiba berlakunya pembatalan setelah Bajet 2021 diluluskan.

Sebenarnya apa lagi yang nak disembunyikan oleh Kerajaan Malaysia berkenaan projek High Speed Rail (HSR) Singapore KL. Adakah ada pihak yang akan untung besar atas pembatalan projek ini yang katanya akan digantikan dengan perkhidmatan tren yang lain? Mungkinkan ada kroni yang untung dapat tanah percuma?

Satu soalan, Adakah High Speed Rail (HSR) Singapore KL ini akan juga dimasukkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai salah satu player didalamnya?

Kita nantikan episod-episod selanjutnya berkaitan dengan High Speed Rail (HSR) Singapore KL..



18 August 2013

Kreatifnya Pejuang Palestin

Bhai/DeeDee sekalian...

Artikel nih pendek jer... sekadar nak respek kat pejuang Palestin.... betapa kreatifnya pejuang Palestin nih sampaikan lori sampah pon boleh diubahsuai jadi pelancar roket Al Qassam.... hahahaha.... hebat... Malaysia patut boleh buat camnie.... versi Katyusha edisi Malaysia....

Boleh dibekalkan untuk digunakan di sempadan.... macam kalu pakai di Johor oleh Southern Waste Management .... hahahaha.... mesti cuak Singapura.... hahahaha


Amacam STRIDE .... takkan benda macam nih tabley nak buat kot.... hahaha... jangan buat malu aaa... hahaha

TERBAEK.... hahahaha .....

05 November 2009

Asal Usul Singapura

Story yang gua nak ceritakan ini adalah sebahagian cerita yang pernah apak gua ceritakan kat gua dan adik beradik gua masa kami kecik dulu. We all nie agak rapat ngan apak. Satu hari tu kan , mak gua pergi balik kampung (tempatnya tak payah le gua nak ceritakan). So kitorang duduk ngan apak sebab apak kena pergi kerja. Malam tu masa gua ngan adik gua namanya CHU-UN lepak-lepak kat depan TV tengok berita (Dunia Jam 10) tetiba je apak gua datang sambil berkata, "Er...korang nak dengar cerita tak, cerita sejarah masa dulu". "Eh...boleh gak", balas adik gua. Kemudian apak gua pun duduklah kat sebelah kitorang sambil memulakan ceritanya. Ceritanya begini......

Pada satu masa dahulu , ada seorang anak raja di kepulauan JAWA (JAVA) yang bernama Sang Nila Utama. Dia ini adalah seorang anak raja yang agak agressif. Tak boleh nak duduk diam. Ada-ada saja yang nak di perbuat olehnya. Dia nie adalah anak kesayangan bonda dia. Sang Nila Utama ini tidak dibenarkan berjalan seorang diri walaupun di sekitar istana melainkan dengan ditemani oleh pengawalnya. Adapun suatu hari ayahandanya telah menghadiahkan kepada Sang Nila Utama ini akan dua orang pengawal terbaik yang baru sahaja memulakan kerja di istana. Ini adalah hadiah ulangtahun umur Sang Nila Utama meningkat 12 tahun. Sang Nila Utama amat gembira apabila didapatinya dua orang pengawal ini berlainan bangsa dan kelakar orangnya. Seorang bernama Govindaraj (keturunan India) dan seorang lagi Mok Chai (keturunan China). Mereka ini sebenarnya adalah pengawal raja kerajaan China dan India yang telah dihadiahkan kepada Kerajaan Srivijaya atas dasar persahabatan ketiga-tiga kerajaan.

Adapun Sang Nila Utama ini ada mempunyai seorang balachi (joker) tua yang bernama Purnowo Gusti. Dia nie berumur dalam lingkungan 70'an ketika itu. Si Purnowo Gusti ini telah menjawat jawatan ini sejak dari kecil lagi. Adapun daya pendengaran Si Purnowo Gusti ini adalah amat kurang kerana umurnya agaknyalah. Dia nie selalu je bersama dengan Sang Nila Utama walau ke tandas sekalipun. Tiga tahun telah berlalu dan Sang Nila Utama kini berumur 15 tahun. Suatu hari sewaktu sedang lepak di halaman istana sesudah berlatih bersilat "Machan Singo" maka terfikirlah akan Sang Nila Utama ini untuk mengembara mancari satu jajahan baru untuk dirinya sendiri. Maka bertitahlah ia kepada pengawal dan balachinya, "Apa kata semua kalau minggu depan nie kita pergi kearah utara mencari satu jajahan baru. Beta teringin lah nak memerintah satu jajahan baru"."Molek sungguh tu Tuanku" balas Mok Chai. Si Govindaraj mengangguk sahaja."Jadi baiklah , minggu depan hari Isnin kita berangkat" titah Sang Nila Utama.

Setelah memohon limpah kurnia dari ayahanda dan bondanya maka berangkatlah Sang Nila Utama nie dengan diiringi oleh 3 orang yang setia tadi (Govindaraj, Mok Chai, Purnowo Sakti). dengan menaiki bahtera kecil adanya. Sang Nila Utama tidak memakai pakaian dan alatan kebesaran kerana ingin merasakan cara hidup rakyat jelata. Maka mereka pun bergeraklah mengharungi laut untuk mencari sebuah tanah jajahan baru di utara kepulauan jawa. Bahtera kecil itu dibuat oleh Mok Chai dan Govindaraj dengan menggunakan kayu bemban sebagai bahan utama.

Selang beberapa hari maka sampailah mereka di sebuah pulau yang tiada berorang ketika itu. Maka bertanyalah Sang Nila Utama akan nama tempat itu. Maka tidak terjawaplah oleh ketiga-tiga orang suruhan ini akan soalan Sang Nila Utama. Maka ketika itu terpandanglah oleh Sang Nila Utama akan beberapa ekor anjing liar berkejar-kejaran di tepi pantai tidak jauh dari tempat mereka berlabuh dan berehat itu. "Eh .. Lihat tu ada anjing main lah" Mok Chai bersuara. Dalam pada itu ada beberapa ekor anak rusa sedang memakan pucuk kayu berhampiran dengan anjing liar tadi. Apabila ternampaklah oleh anjing liar tadi akan anak rusa itu maka anjing liar itu berpakatlah untuk membuli anak rusa itu. Ketika mereka sedang membuli anak rusa itu, maka datanglah mak rusa dengan bapak rusa untuk mempertahankan anaknya. Maka anjing-anjing liar itu habislah ditendang oleh mak dan bapak rusa."Huh...Dasat rusa tu" getus hati Sang Nila Utama.

Malam tu mereka bermalam di tepian pantai itu. Ketika sedang berborak itu maka terpikirlah akan Sang Nila Utama untuk bertanyakan satu soalan yang bermain di kepalanya sejak dari mula pelayaran mereka lagi."Er... Mok Chai , binatang apakah yang engkau perbuatkan untuk jadi kepala bahtera kita itu, Aku dah lama perhatikan tapi binatang tu aku tak pernah tengok." secara tetiba je Sang Nila Utama bersuara. Dahulu kala biasanya orang akan membuat pelbagai bentuk binatang atau manusia (perempuan) sebagai perhiasan kepala kapal. "Oh... Itu binatang singa Tuanku," balas Mok Chai."Poorah , tipu je tu." sergah Govindaraj. Adapun jarak antara Mok Chai dan Govindaraj dengan Sang Nila Utama itu agak jauh maka bertanyalah Sang Nila Utama ini kepada Si Purnowo Gusti akan jawapan yang diberikan oleh Mok Chai itu tadi. Seperti yang kita semua maklum, Si Purnowo Gusti ini agak berat pendengarannya. Maka dijawablah olehnya "Singa Poorah Tuanku" sambil tersengih-sengih kambing akan dia."Oh Singa Poorah" balas Sang Nila Utama."Sedap juga tu kalau diberikan nama tu akan kepulauan ini , nampak hebatlah" sambung Sang Nila Utama. Maka keesokannya bertitahlah akan Sang Nila Utama ini bahawa kepulauan itu dinamakan SINGA POORAH. Maka selepas itu orang-orang yang menetap di kepulauan itu pun menamakan SINGAPURA untuk menyenangkan lagi sebutan dan menyedapkan lagi idegham sebutan itu.

Adapun sampai kini binatang singa tidak pernah ada ujud di kepulauan Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu , apatah lagi akan Kepulauan Jawa. Mengikut fakta yang diberikan oleh National Geographic Society maka binatang singa itu hanya ada di India dan China sahaja pada satu masa dahulu, namun kini telah kian pupus melainkan yang tinggal di Afrika sahaja.. Sekian...Wasalam...

31 July 2009

Kerja Bodoh

Punya la bodoh Kerajaan yang memerintah... sampaikan nasik yang sedang dimasukkan ke mulut pon lari pi mulut orang lain... Punya la bodoh betul... nak kata kayu pon boleh kot... sebab apa.... hehehe... lagi mau tanya ka... nie semua kerja bodoh jer..

Banyak benda diswastakan pada satu masa dulu.. tanpa memikirkan masalah yang mungkin akan terjadi dimasa depan... Sampaikan Lembaga Padi Dan Beras Negara (LPN) pun jadi mangsa... berubah jadi Bernas... pas tue.. takder sekatan yang dilakukan terhadap pegangan saham dier..

Alangkan tanah kat kampung pun ader sekatan... hanya boleh tanam pokok getah jer... macam tue ler...semua tue ader tulis dalam geran...

Tapi... dalam kes Bernas nie ... Kerajaan BN buat bodoh la pulak... buat tak heran jer.. takder sekatan... la nie... saham dier pon dah jadi milik Hong Kong...

Takkan SC dan Bursa Malaysia tak tau kot yang geng-geng Hong Kong nie dalam usaha nak ambik alih Bernas... takkan buta kot.. atau ader mangkuk-mangkuk kat Bursa Malaysia dan SC yang ader komisyen dalam benda nih... itu tak mustahil...

La nie nak suruh Khazanah pulak ambik alih balik... sure mamat Hong Kong tue takkan mudah nak jual... kalau nak jual pon ... sure dier letak harga melambung... nampak macam kes Pantai Holding dulu yang terlepas kat Temasek Group di Singapura.... mesti benda-benda nie ader kena mengena ngan Khairy Jamaluddin... err... atau benda nie ader kena mengena dengan Nazir Razak .... hahahaha...

Konspirasi.. konspirasi.... nie semua mesti ader dalangnya dari Malaysia... kalu tidak takkan jadi punya... Zarinah Anwar kat SC buat apa.. tidor ker...

Tak lama lagi semua nak kena jual... hahaha... diorang akan cuba jual borong sebelum 2012 ... hehehe... yer la .. nanti diorang akan jadi pembangkang la pulak... hehehe

Baca Sini : Khazanah Nasional diarahkan beli balik saham Bernas

30 July 2009

WPI

Wilayah Pembangunan Iskandar digembar-gemburkan akan menjadi satu kawasan yang paling maju di selatan tanahair.... hehehehe.. memang best.. yer la.. mana tak nyer.. ader yang dapat komisyen banyak pasai jual negara nie kepada Singapura.... hahahaha

Johor pula terkenal dengan ke"totok"an (taksub) warganyer kepada UMNO/BN .... waima kalu letak kambing atau tunggul kayu pun pada pilihanraya mewakili UMNO/BN... nescaya akan menang lah kambing atau tunggul kayu tue... hahahaha

Tapi yang lawaknyer.... jeng... jeng... jeng.....

Ada kawasan kat Masai yang masih takder bekalan elektrik sejak 40 tahun dahulu... Kawasan majoriti Melayu yang karat UMNO/BN ... kawasan yang mana UMNO/BN menang dengan majoriti besar... hahahaha.. kawasan yang ADUN dan MP nyer adalah dari kalangan Melayu UMNO/BN ... hahahaha...

Masai bukan jauh dengan JB... dekat jer... kata orang cuma dua tiga pelaung jer... hahahaha...

Masai plak termasuk dalam kawasan SJER (WPI) @ ISKANDAR nih... hahahaha....

Tapi... masih takder elektrik.... dah berbuih mulut rakyat mengadu kat Kerajaan .. tapi hampeh.. satu pon takder tindakan... kesian kat diorang... ader ADUN dan MP pun cuma nak mengayakan dan membesarkan tembolok diorang jer... kerja takder... tak boleh pakai punya ADUN dan MP..

Kampung Sentosa Dalam di Sungai Tiram dekat Masai nie la jadi bukti keprihatinan kerajaan UMNO/BN yang menguasai Johor... bukti bahawa "they walk the talk" selama nih... hahahaha... bukti bahawa diorang memang buta, pekak dan bisu....

Cuma sediakan janji-janji pada setiap kali pilihanraya... pengundi pon terpedaya... tapi semua janji-janji tue bukan keluar dari mulut ADUN dan MP... tapi dari buntut ADUN dan MP .... Janji busuk jer... tapi tak boleh pakai.... setakat janji sebelum menang jer...

Barua punya ADUN dan MP...

Baca Sini : 40 Tahun Hidup Tanpa Elektrik Dan Air Bersih

28 July 2009

Jangan Panik - Baru 3 Orang Jer Mati

Menteri Kesihatan kata jangan panik.... Timbalan Menteri Kesihatan pon kata jangan panik .... 1000 kes H1N1 dah kena kat Malaysia...

Terbaru ... kadar kematian atas kes H1N1 nie dah 3 orang... Banyak IPTA dan sekolah ditutup... tak lama lagi makin kurang orang nak pi pasaraya... Giant, Tesco, Carrefour, Maideen dan lain-lain sure akan kena bahananyer..

Ramai yang makin sakit.. ramai yang akan mati... tapi Menteri dok kata... jangan panik...

Nie dah tahap "wabak" pun masih boleh relaks lagi.. nak tunggu ader anak menteri atau timbalan menteri yang kiok dulu baru nak panik... Pintu masuk negara masih lagi open seluas-luasnya... senang nak lepas... ujian saringan cam siot jer...

Jangan Panik.... baru 3 orang jer mati.. bukan ramai pon... hehehehe..

La nie gua dan famili dah cuba kurangkan aktiviti yang membabitkan pergi kekawasan yang ramai orang.. seperti pawagam, pasaraya dan kedai makan... banyak makan kat rumah jer.. masak sendiri....

Jangan panik, baru 3 orang jer mati..

Baca Sini : Kematian ketiga H1N1 di Malaysia

04 July 2009

Pelabur Sudah Lari

Hahahaha...

Apa nak jadi ngan Najib Razak... bukan setakat orang kat dalam malaysia jer yang tak percaya kat dier... Malah orang luar negara pun tak percaya... hahaha...

Bukan setakan budak-budak... tapi bapak budak... bukan setakat peniaga pasar malam... tapi konglomerat asing... hahaha... kantoi la macam nie.. Kata ekonomi dah ok ... absi tue apa semua nie..

Adakah semua ini mainan ketua editor media cetak milik UMNO/BN secara sengaja ataupun secara tidak sengaja.. kalau sengaja.. sila lah pecat jer ketua editor tue... ketua editor yang macam nie bukan nak memperbaikkan keadaan... tapi kasi taruh garam atas luka... hahaha..

Najib Razak... apa lagi tunggu .. kasi pecat semua ketua editor nih... buat malu lu jer... tak boleh pakai punya ketua editor... tak boleh diharap... harap kan pagar... pagar makan padi... hahahaha

Itu lah.. kalau dah biasa buat fitnah... mesti kalau sehari tak dapat buat rasa macam pelik.... hahaha .... so... apa tunggu lagie... caa aliff but ... hahaha

Baca Sini : Ekonomi Goyah, Pelaburan Kurang

01 July 2009

Eloklah Tue, Sudah Kena Jual

Maleh la nak citer pasai ketuanan Melayu nih... pedap...

Cuma keputusan yang Najib Razak buat semenjak-dua menjak nie... nampak sangat tunjukkan bahawa UMNO/BN dah terdesak... iyerlah.. talian hayat dan abis dah... oksigen pon dah nak habis... jadi paut la kat mana-mana janji selamat...

Sampaikan sanggup pulak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan kuota bumiputera / Melayu... Dalam perlembagaan Malaysia ader peruntukkan bahagian nih... tapi biler Najib Razak dan UMNO/BN dah terdesak... habis dijahanamkan peruntukan nih...

Kuota Bumiputera /Melayu pun jadi bahan dagangan... hahaha... buat malu jer.. kata nak perkukuhkan Ketuanan Melayu... awat jadi lagu nih..

Lagi lama mangkuk nie jadi PM... habis tergadai satu negara nie kat orang asing ... Sure ini memudahkan Singapora (Temasek Group) nak masuk jarum.. beli pegangan ekuiti nih... Kalau zaman Pak Lah... Singapore dapat sikit jer... Masa Najib Razak nih... habis semua kena jual...

Yahoo ... semua dah kena jual... bagus la... mana dier Prowaris.. Perkasa ... Ibrahim Ali Al-Kataki ader kat mana.. awat tak bangkang... senyap jer... sudah sama dengan UMNO/BN ker takder telor... Inilah penjajahan bentuk baru... elok la tue... lepas nie tak payah la buat sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia lagie... buat la sambutan Hari Penjualan Secara Mega Malaysia.... hahaha...

Sudah Kena Jual... hahahaha

Baca Sini : Penguasaan asing dalam syarikat broker dinaikkan 70 peratus
Baca Sini : Pemilikan 30% ekuiti bumiputera dihapuskan

18 June 2009

Jambatan Ketiga Ke Singapura

Hahahaha..

Sultan Johor tak mau ader jambatan ketiga ke Singapura..... Hahahah... padan muka Najib Razak dan Syed Mokhtar ... hahaha...

Lu sapa aaa... mau bikin itu jambatan... lu takdak mintak izin dari tuan tanah.. tapi pandai-pandai buat keputusan.... hahahaha.. la nie apa macam...

Baca Sini : Sultan Johor tidak setuju bina jambatan ketiga

11 June 2009

Jambatan Ketiga?

Apa citer mamat takut bini nie....

Siap bagitau Singa pura-pura berminat untuk buat Jambatan ketiga... tak payah la ... runtuhkan dulu Tambak Johor tue.. ganti buat jambatan baru... besar dan lebar... apa yang susah sangat Singa pura-pura tue..

Atau ader udang sebalik mee rebus johor kot... Siap mintak Singa pura-pura teruskan melabur kat WPI ... Projek menguntungkan Singa pura-pura macam tue la... Yang rugi kita.. tanah tergadai.. ader kem askar kat Majidee ... terlungkup... tutup...

Baik serahkan jer seluruh Johor kat Singa pura-pura... sure Sultan Johor suka punya... bukan ker keturunan dier yang jual Singa pura-pura kepada British dulu...

Apa punya baghal la mamat takut bini (C4) nih...

Baca Sini : Singapura berminat jambatan ketiga

Hubungan Malaysia Singapura

Pondan se ekor nie memang bangang.... Hubungan Malaysia Singapura memang la sejak sekian lama buruk.... sebab Singapura besar kapla.... pastue ader orang kat Malaysia pulak yang banyak kali timbang kati tanah Malaysia kat Singapura.. Sampai terjual Pulau Batu Putih pun masih terhegeh-hegeh nak berbaik ngan Singa berpura-pura nih...

Mangkuk nie tak sedar ker atau buat-buat tak sedar isu nie.. Bodo ker aper...

Tue yang Singapura yang bising pasai idea nak runtuhkan Tambak Johor tue pasai apa.. kalau Singapura baik ngan Malaysia... dah lama dah runtuhnya Tambak Johor tue... Ini tidak... siap main ugut-ugut lagie.. Pastue beli air dari Malaysia 3 sen 1000 gelen .. jual balik kat Malaysia... berganda mahalnyer..

Udah ler tue Pondan Auw-Auw ooi... buat malu tujuh keturunan jer...

Baca Sini : Ketepikan isu burukkan hubungan Malaysia-Singapura

10 June 2009

Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Sori la... sekarang gua nak pecah satu lobang...

Korang agak2 la... saper sebenarnya yang buat kecoh kat Selatan Thailand tue... golongan pemisah Islam selatan thai ka..... atau askar Thailand?

..... hahahaha.... kalau korang jawab salah satu yang diatas.... korang sebenarnya salah...

Gua ader sedara mara kat sana... diorang kata takder apa pon sebenarnya yang berlaku.. yang buat huru-hara kat sana sebenarnya adalah agen asing... Hah... kenapa agen asing? siapa agen asing tue?

Kenapa agen asing sanggup buat kecoh... bunuh sana bunuh sini... provoke sana provoke sini.....???? Jangan korang lupa.... Sebab kekecohan dan masalah kat Selatan Thailand tue menguntungkan agen asing tue... negara dia pon untung...

Maklumat yang gua dapat... semua tue angkara agen dari Selatan Benua Asia.... ader sebuah pulau kat sana.... Agen dari pulau tue la yang buat kerja subversif kat selatan Thailand... bukan sekali.. tapi banyak kali...

pasai apa..... takkan korang tak baca dalam internet kot... cuba cek tentang terusan segenting kra.... gua percaya apa yang ditulis kat blog tue.. pasai sama macam apa yang sedara mara gua cerita habaq mai kat gua...

Baca cadangan dari Sebol : Cadangan Untuk Memastikan Keamanan di Selatan Thai
Baca dari laman KP : Segenting Kra (Episod 1)
Baca dari laman KK : Segenting Kra

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1