Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Sultan Johor. Show all posts
Showing posts with label Sultan Johor. Show all posts

03 February 2024

10 December 2023

Komen Lebih Karang Sure Kedalam

Bhai/DeeDee semua...

Pemusatan kuasa hanya pada satu individu ... walau siapa pun individu itu adalah sesuatu yang tidak wajar... tambah lagi kuasa itu melibatkan banyak benda terkait dengan kekayaan negara dan segala yang bersangkutan...

Oleh itu waima Perdana Menteri sekali pun... tidaklah boleh pemusatan kuasa itu hanya terhenti padanya... malah kalu ianya terhenti pada Yang Dipertuan Agong sekali pun tetaplah tidak wajar...

Apa yang wajar dalam konteks pendemokrasian di Malaysia ini... ialah segala pemusatan kuasa ini wajar diletakkan sama ada ke atas pundak Parlimen ataupun Majlis Raja-Raja Melayu...

Ini kerana pemusatan kuasa ini perlulah dikawal secara kolektif dan dipertanggungjawabkan kepada ramai orang... Kerana jika ianya pada seseorang individu maka kemungkinan akan berlakunya salahguna kuasa itu amatlah mudah...

Tapi yer la... jaman now nih... jaman PMX Anwar Ibrahim nih... mana boleh komen lebih.. waima nak komen tentang YDP Agong pun tak boleh... laju ja puak WalaNON dan Bangsa Slurpp akan buat laporan Polis.... huhuhu... sure kedalam punya.... Huhuhu...

Walhal apa yang diperkatakan ini adalah logik dalam sistem Kerajaan Berperlembagaan.... secara demokrasi..... huhuhu...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Ini bukannya cara terbaik


08 June 2023

Malaysia Dihina Pelawak Singapura?

Bhai/DeeDee semua...

Semalam gua ader tengok satu video tular “pelawak berdiri” perempuan yang membandingkan Singapura dan Malaysia. Penuh hinaan darinya terhadap Malaysia.

Gua simple je. Kenapa “beliau” mengatakan macam tue. Sebab di Malaysia nih masalah rasuah, salahguna kuasa, ketirisan dan tadbir urus yang rendah sejak sekian lama…

Bila dinasihat dikatakan dengki… itu masalah utamanya Malaysia. Tak kira la siapa yang memimpin. Yang lama ka yang baru ka. Sama ja.

Kita nak marah kat seorang “pelawak berdiri” tu ka? Sebenarnya tak boleh jugak nak marah dier sorang sebab apa yang dier cakapkan tue sebenarnya ialah apa yang keseluruhan warga Singapura punya persepsi terhadap Malaysia.

Tak kira la warga Singapura ru dari bangsa Cina, India atau Melayu… sama jer perangai dan persepsi merekw terhadap Malaysia.

Jadi… apa yang kita boleh buat?

Kita kena berubah. Kita kena keluar dari kepompong selesa. Kita kena lebih berfikiran terbuka. Keluar dari daerah pemikiran sempit berasaskak kaum dan agama.

Kita sebenarnya sebuah negara kaya. Tapi macam gua bagitau tadi la… Pengurusan negara sejak sekian lama terbelenggu dengan pemikiran yang kolot yang penuh dengan kroni, puak, geng dan sebagainya.

Contoh mudah la… penjanjian air ngan Singapura pun masih guna deal yang lama. Langsung takder anjakan. Adoyai.. jual air mentah 10000 liter pada harga 3 sen… Gila apa..

Situ ja dah cukup menunjukkan betapa lemahnya tadbir urus aset negara.

Belum lagi isu kita benarkan warga Singapura berbondomg-bondong masuk Malaysia setiap hari untuk membeli barangan dapur “bersubsidi” tanpa kawalan pun. Habis subsidi kita hilang ke Singapura.

Patut di Johor, warga Singapura kena beli barang dapur pada harga bukan subsidi… Pembelian di pasaraya mesti menunjukkan MyKad… barulah kita boleh kawal…

Kalu nak dikirakan … subsidi barang dapur paling banyak habis di Johor kepada Warga Singapura… sama la jugak dengan kos petrol bagai.

Untuk kesekian kalinya… Kita perlu ajar sedikit warga Singapore untuk hormat Malaysia. Mana yang ader saman trafik, haramkan saja dari memasuki Malaysia. Kalu dah berada di Malaysia… saman trafik tue kena ikut nilai dalam Dollar Singapore.

Jangan la saman trafik RM300… berapa la sangat duit Singapore…

Kita kena bertegas.

Contoh lagi… Jangan benarkan warga Singapore bawa kenderaan mereka di Malaysia. Mereka wajib kena sewa kenderaan di Malaysia.. semua kenderaan peribadi rakyat Singapore wajar diparking di kawasan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Parkir ini kita bagi kat LTAT kendalikan… at least ader income.

Kita hanya benarkan kenderaan perdagangan jer untuk guna jalan di Malaysia.

Tapi…

Ini semua tak berguna jika rasuah, salahguna kuasa, ketirisan dan tadbir urus yang rendah di Malaysia tidak dapat ditangani dengan baik dan segera.

Akhir kata… Agensi Risikan Singapura (SID) memang lawak… banyak kali depa kantoi… Your moves always as predicted … Hahahaha

Shalom, Naem meod
Dirgahayu Malaysia.

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



02 April 2023

Lanun Nak Rembat Tanah OA

Bhai/DeeDee semua...

Ini semua bangkai lah... Sesuka hati jer nak rukar status tanah rezab. Adoilah… ini cara terancang salahguna kuasa nak rembat tanah rezab OA. 

Walhal OA lebih awal ada di tanah ini berbanding lanun. 

 #sokongOA

Rembat Tanah OA

Seorang pemimpin NGO Orang Asli Johor tampil mengulas cadangan untuk menukar tanah rizab kepada "tanah kesultanan".

Pengerusi Jaringan Perkampung Orang Asli Johor (JPOAJ) Dolah Tekoi berkata tanah rizab masyarakat itu sudah dilindungi di bawah Akta Orang Asli dan Kanun Tanah Negara.

“Perezaban dua cara ini telah dibuat bukan sahaja di Johor tapi rizab tanah Orang Asli seluruh negara.

"Maka dengan itu adalah tidak perlu untuk rizab Orang Asli Johor ditukar ganti dibawah Enakmen Tanah Sultan seperti yang disebut kerana perizaban ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan semua negeri dan semua pihak selesa dengan cara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat hampir tiga minggu selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mencadangkan penukaran tanah Orang Asli menjadi "tanah kesultanan".

Sultan Ibrahim bertitah bahawa meletakkan kawasan dan rizab Orang Asli di bawah tanah kesultanan akan melindunginya daripada disalahgunakan.

Kawasan dan rizab Orang Asli dilindungi di bawah Akta Orang Asli, 1954 - yang antara lain menyatakan bahawa tanah tersebut tidak boleh diberi milik atau dilupuskan kecuali kepada Orang Asli yang tinggal di atas tanah tersebut.

Kerajaan setiap negeri, bagaimanapun, diberi kuasa untuk membatalkan status tanah tersebut.

Sementara itu, di bawah Seksyen 2 Enakmen Tanah Kesultanan Johor, apa-apa yang diklasifikasikan sebagai tanah kesultanan adalah milik Sultan dan tidak dianggap harta negeri.

Enakmen itu juga memperuntukkan bahawa tiada bahagian tanah kesultanan boleh dijual, dipajak, atau dilupuskan kecuali dengan kebenaran bertulis sultan.

Tidak ada peruntukan di bawah enakmen itu terhadap pembangunan yang dijalankan di tanah kesultanan - yang telah menyebabkan beberapa kontroversi pada masa lalu.

Dalam titah baginda pada 16 Mac, Sultan Ibrahim mendakwa terdapat kes di mana Orang Asli menjadikan hutan simpan negeri sebagai ladang kelapa sawit dan getah berskala besar.

Sultan Ibrahim juga mendakwa bahawa mungkin ada orang luar yang memanipulasi Orang Asli untuk mengambil kesempatan ke atas hak mereka, seperti membuat tuntutan kawasan rayau yang tidak munasabah.

Menjawab perkara ini, Dolah berkata pihak berkuasa perlu menyiasat jika benar ada Orang Asli dieksploitasi untuk membersihkan kawasan hutan yang besar, dan tindakan itu perlu diambil kerana tanah tradisional harus digunakan secara saksama di kalangan semua penduduk.

Bagaimanapun, dia berkata adalah tidak benar untuk mendakwa bahawa semua Orang Asli yang membuka kebun di dalam hutan dieksploitasi.

"Tidak benar kerana kami adalah kaum yg hidup dengan tanah atau bertani dari dahulu kala maka keinginan untuk berkebun bukan kerana hasutan orang luar tetapi atas kesedaran sendiri

"Hutan-hutan ini pula adalah Wilayah Adat bagi kami kerana ia memang diguna sejak turun temurun sebagai tempat mendapatkan sumber penting seperti perubatan tradisi, upacara keagamaan, makanan, memburu, mencari hasil hutan dan sebagainya," katanya.

Dolah juga berhujah bahawa "pembangunan" tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menghalang Orang Asli berkebun untuk menyara diri.

"Jika hanya ada surau, jalan raya, talian internet adakah Orang Asli sudah dianggap kaya hingga tak boleh membuka kebun untuk sara diri? Walhal jika kami hanya duduk berdiam diri sudah pasti Orang Asli akan dianggap bangsa yang pemalas," katanya.

Tambahnya, masih banyak kampung yang kekurangan keperluan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.

Dia memetik contoh Kampung Sedohok yang masih menggunakan telaga air, dan Kampung Pucur yang menggunakan janakuasa yang penduduk kampung terpaksa mengisi minyak dengan wang sendiri.

Dia berkata projek telaga tiub di beberapa kampung juga gagal dan memerlukan alternatif untuk menyediakan air bersih.

Dolah juga berkata program kerajaan untuk Orang Asli menanam tanaman komersial juga gagal kerana bayaran di bawah RM500 sebulan kepada setiap peserta tidak mencukupi untuk membawa Orang Asli keluar daripada belenggu kemiskinan.


18 June 2022

Try La Nak Keluar Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Sembanglah nak keluar dari Malaysia ... Hahaha... Ingat senang ka... ada berani buat la Referendum dulu.. dapatkan undi dari rakyat semua... pastikan 70% keatas baru boleh nak keluar dari Malaysia... Huhuhu...

Stadi dulu la bhai....

Hahaha



28 March 2022

Laporan EIA di 404 kan di Laman JAS?

Bhai/DeeDee semua...

Pelik aaa... hilang sudah laporan EIA bagi projek tambakan laut di Muar berkaitan dengan syarikat Maharani Energy Gateway Sdn Bhd (MEGSB) walhal sepatutnya boleh disemak dan dinilai oleh orang awam sehingga 30 Mac 2022.

Takkan la Jabatan Alam Sekitar (JAS) dah belajar dengan HarakahDaily bab menggunakan Error 404 sebagai alasan mengelak semakan berterusan?

Takkan la kot....

Hahaha

‘Tiada lagi laporan EIA projek tambak laut sultan Johor di laman web JAS’

#MaharaniEnergyGateway #LaporanEIA #JAS #JabatanAlamSekitar #MEGSB #SyedSaddiq #Muar #CipanTapirTenuk #SocialCritics

19 January 2013

TMJ Sudah Terkantoi?

Bhai... Ini aper citer nih.. TMJ kata GGK untuk persediaan kalo Sultan Johor turun tengok bola kat Stadium... Tapi... Hahaha... Tapi Annuar Musa kata takder pon isu keselamatan Sultan yang dibincangkan... Hahaha

Tambah lagi ader pegawai GGK yang berpangkat Mejar bagitau yang diorang diarahkan untuk jaga keselamatan pemain dan penyokong JDT.. Hahaha

So... Saper yang kantoi nih.. TMJ atau Annuar Musa... Hahaha... Baru kejap tadi gua tanya kengkawan gua kat Cawangan Khas.. Diorang cakap... Takder arahan pon untuk eskot Sultan ke Stadium pada hari tue...

Jadik... Saper yang salah maklumat nih... Dan siapa yang sudah terkantoi nih???? Hahahaha

02 November 2012

Jamil Khir Terus Menikus

Bhai.... itu hari Chau Soi Lek dok bagi cabaran kat Jamil Khir... cabaran berdebat dengan dier pasai Hukum Hudud.... gua tau ramai blogger dan penyokong PR yang rasa tindakan Chua Soi Lek mempermainkan hudud nih sekadar mengalihkan isu... yer betul... gua pon stuju... tapi... takat mana kiter nak biarkan Chua Soi Lek nih buat camnie..

Bukan sekali dier buat... bukan dua kali dier buat... tapi dah banyak kali... yang best tue lagi... dier buat dalam perhimpunan parti dier... yang dihadiri oleh Najib Razak lagi... Najib Razak tak kata aper pon... bising pon tidak... marah pon tidak....

Persoalan gua nih... Jamil Khir nih katanya terra la kot dalam bab agama nih.... takkan tabrani nak berdebat... takkan tabrani nak fight.... selemah-lemah iman... paling cikai pon.. stakat kuarkan statement yang menghentam balik penghina hudud nih.... tapi tidak... senyap nak mampus...

Yang pasti... Jamil Khir terus menikus... takder sekor pon dalam UMNO yang nak bising.... Mashitah Ibrahim tue pon senyap bangang.... tabrani.... takkan la kata pejuang Islam... tapi tabrani nak berjuang dan mati kerana Islam.... hahahaha... semua pasai perut dan bawah perut.... hahahaha

Bodoh aaa.... Nak harapkan Agong nak bagi komen.... gua rasa aaa... lupakan sajer lar... sebab Sultan Johor yang Chua Soi Lek nih rakyat dibawah kuasa dier pon dier tabrani nak komen mender...  takkan la Agong nak memandai.... hahaha.... Timbalan Agong pon senyap jer.... nampak bab beragama nih hebat... takkan takder nak komen, bidas atau murka ke kat Chua Soi Lek nih....

Woi Jamil Khir... jangan takut aaa nak berdebat ngan Chua Soi Lek... jangan takut la nak hantam kaw-kaw kat Chua Soi Lek.... duit zakat banyak lagi aaa kalu nak cover lu nanti kalu kena saman.... aper ader hal.... 

31 October 2012

Tujuh Hari Notis?

Bhai.... baru gua tau.. rupanyer... Pemuda PAS itu hari ader bagi Chua Soi Lek tujuh hari notis... peluang selama tujuh hari untuk Chua Soi Lek tarik balik kenyataan dier dan meminta maaf kepada semua orang Islam di Malaysia.... tapi... setahu gua aaa.... tak sampai 24jam ... Chua Soi Lek terus kuarkan kenyataan yang takmo nak mintak maaf dan tarik balik kenyataan dier...

Hahaha.... aper dah jadi ngan notis tujuh hari tue... tak sempat abis masa tujuh hari Chua Soi Lek dah balas.....

Rupanyer... sebahagian daripada agenda demo 180 orang didepan pejabat MCA tue aderlah... kalu Chua Soi Lek takmo nak mintak maaf dan tarik balik kenyataan lahanat dier tue... Pemuda PAS akan menganjurkan satu demo lagi dan hantar satu surat untuk menghadap Agong untuk mengadu hal ini...

Soklan yang bermain difikiran gua aaa.... lu ingat Agong ader nak amik pot ker pasai isu Chua Soi Lek nih.... (bhai... ini bukan menghasut atau menghina.. dan takder kena mengena dengan Akta Hasutan 1947) ..... sebab selama nih pon.... takder komen mender pon daripada pihak Istana biler ader kes macam nih...

Bukan sekali Chua Soi Lek buat perangai camnie.... dah banyak kali....  dan persoalan yang gua nak tekankan kat sini.... Kenapa nak kena tunggu sampai Agong balik dari Mekah...  Timbalan dier kan ker ader.... takkan Timbalan tabley nak panggil Chua Soi Lek mengadap dan sound sedas dua kat dier... Takkan Timbalan takder kuasa nak panggil... takkan la kot...

Sebab setiap kali Agong keluar negara.... Timbalan akan mengambil alih tugas memangku..... ini stendet prosidur nih.... eerrr.... ker gua silap pasai benda nih...  mmmmm....

Oh yer... kalu Sultan Johor pon takmo nak sound dan bising kat Chua Soi Lek... walaupun Chua Soi Lek tue rakyat negeri dier... patut dah boleh kena buang daerah dah.... buang negeri.... pasai memalukan Negeri Johor....  tapi... senyap jer Sultan Johor.... tak bising pon... jadi takkan la Agong dan Timbalan dier nak amik pot lebih kot... kasi chan la kat Sultan Johor kan....

(P/S: Kepada rakyat Johor dan warga Malaysia yang lainnyer...... lu orang tak payah la nak buat kecoh mender .. sampai buat report polis sebab artikel gua nih... buang masa jer... baik lu orang suruh Sultan Johor sound skit kat Chua Soi Lek tue... yang itu lagi bagoosh)...

01 July 2012

ADUN Kemelah Sokong PAS?

Hahahaha..... Tak sangka.... ader jugak ADUN UMNO yang kat Johor jenis berotak... hahaha... bijak.. bijak.... Gua nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada ADUN Kemelah kerana sokong PAS dalam usaha nak melaksanakan Undang-Undang Islam di Tanahair tercinta nih...

Undang-Undang Hudud aderlah Undang-Undang yang telah ditetapkan oleh Allah Taala kepada semua...tidak mengira kaum, bangsa dan agama... selagi lu orang aderlah manusia... selagi itulah lu orang tertakluk ngan Undang-Undang Hudud nih....

Cuma satu jer nak tanya... hahaha...

"Ader brani ka mau laksanakan itu Hudud?" .... hahaha... rasanyer kalu Hudud dilaksanakan kat Johor... ramai la yang kena hukum... "Bayangan Tuhan di Muka Bumi" tue pon pastikan akan kena hukum gak... so... ader brani ka?

Hahaha... sure "Bayangan Tuhan di Muka Bumi" tue takkan kasik lu laksanakan itu Hudud... kalu tidak ... masak lar dier ngan geng-geng dier... hahaha... mana boleh dah guna "surat pengampunan dari kayangan" dah.... hahahaha

Mampuih... Aper-aper pon... gua respek samer itu ADUN Kemelah .... teruskan lar buat Hudud di Johor... hahaha... dan terima kasih gak kerana ADUN Kemelah sokong PAS .... hahaha

31 May 2012

Orang Lain Makan Cili Orang Lain Rasa Pedasnya

Hahahaha...

Kan gua dah kata.... Aduka Taruna tak bersalah.... hahahaha... tahniah atas keputusan mahkamah tue... Itu tandanyer... PRU13 dah dekat.. kalu AdukaTaruna kena tindakan mahkamah... memang lagi panas la dunia blogger nih...

Dan yang lagi masak tentulah UMNO dan BN... hahaha

Orang lain makan cili orang lain rasa pedasnya..... hahahaha....  orang yang takder kena mengena plak pandai-pandai buat laporan polis... hahaha..... lawak la.... hahaha

18 September 2011

Tidak Pernah Dijajah Tapi Pernah Dijual

Stuju... gua sebenarnya bersetuju bahawa Malaysia tak pernah dijajah... hahaha... yer la.. masa kiter kena jajah dulu nama negara nih bukanlah Malaysia... nama negara nih adalah Tanah Melayu atau Persekutuan Tanah Melayu... jadi memang betul la Malaysia tak pernah kena jajah... giler aper selepas 31 Ogos 1957 maner pernah Malaysia kena jajah... hahaha... tak gitue...

Yup... hahaha... jadi kalu Malaysia tak pernah kena jajah... aper sebenarnya yang berlaku sebelum 31 Ogos 1957 tue... hahaha.... yang itu sebenarnya.... hahaha...

Sebenarnya sebelum 31 Ogos 1957... banyak negeri-negeri di Tanah Melayu nih pernah dijajah.... Raja Chola pernah menjajah Gangga Negara, Utara Perlis/Kedah pernah dijajah oleh Kerajaan Ligor, Ayuthia pernah menjajah Langkasuka, Pan-Pan dan Chih Tu, Melaka pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris, Ayuthia juga pernah menjajah Kota Gelanggi...

Jadi... aper yang berlaku selain dari kena jajah... hehehe... ini yang best nih...

Sebenarnya selain daripada kena jajah oleh orang asing.... banyak kawasan/tempat/negeri yang telah dijual oleh Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu kepada pihak asing... Sebagai contoh.... Pulau Pinang telah dijual oleh Sultan Kedah... Singapura pula telah dijual oleh Sultan Johor (Temenggong)...

Jadi... Selain dari kena jajah.. aper yang berlaku adalah negara ini kena jual... hahaha... saper yang jual.... Sultan-Sultan dan Raja-Raja yang jual.... jadi sebenarnya... saper yang tak boleh pakai... bukan rakyat aaa.... hahaha... lu pikir sendiri la.... Sebab itu la gua dari dulu lagi dah bagitau.... yang tarak boleh pakai dan tidak patriotik bukanlah rakyat sebenarnya... hahaha.....

Negara nih pernah kena jual... sebelum 31 Ogos 1957..... saper yang jual.... lu boleh tengok buku sejarah la.... hahaha... itu pon kalu masih lagi intact.. tak diubahsuai... takut nanti depa kata gua menghasut la pulak... atau dicaj derhaka.... wei... gua cakap ader fakta la.... dah terbukti Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu yang jual negara nih.... hahaha

So kepada yang rasa nak dakwa gua menghina Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu tue... sila semak sejarah sebelum 31 Ogos 1957 .... kalu tak boleh paham komentar gua nih... sila hantuk kepala kat atas jalanraya... hahahaha..

27 January 2010

Ada Satu Lagi Katak Mau Lompat

Jaga-jaga.... sekarang nieh dah ader berudu yang dah panjang kaki belakang dier... dah bersedia untuk melompat... dah ader rupa jadi katak la nih.. hehehe ... Kalu katak nie melompat.... mau riuh 1Malaysia nih... hahahah...

Berudu yang ini cukup mau jadi juara... tak kisah la apa pun.. yang penting jadi juara... baru la nampak gah kat depan mata semua orang... banyak benda yang berudu nie nak kedepan.. nak bagi nampak dier la berudu yang paling aulia.. paling utama.... numero uno... hahaha..

Dulu berudu nih terpaksa bersaing gak... tapi kejap jer.. cara paling mudah berudu nieh nak selamat dan membesar menjadi katak adalah dengan rapat (baik) dengan mana-mana katak yang dah tua.. katak yang dah ader power... katak yang suara dier orang lain dengar... walaupun berudu nih ntah sesapa pon... tapi pasai rajin kepit dengan katak yang power.. so orang lain ingat dier la berudu yang power gak...

Alih-alih... biler berudu nih dah dapat power .. dah kaki belakang dah kuat dan panjang... mola la tunjuk belang sendiri... suara "ong...ong...ong" dier lebih nyaring dari berudu yang lain... yer la.. dah ekor pun start dah susut.. tue tanda dah nak jadi katak dah... hahaha...

Lepas tue .. dalam banyak-banyak kawanan berudu yang sebangun dengan dier... dier dok tibai yang lain.. pasai pada pandangan dier... dierla numero uno... nombor satu... masta.... hahaha...

Yang bestnyer tue... berudu nie dah bersedia nak melompat... tapi kemana... hahaha... tentulah ke darat.... hahaha... yer la kat darat banyak rezeki dunia... hahaha.. boleh kenyang dan kaya.... hahaha... tapi yang dier tak tau.... banyak jenis ular ader kat atas darat tue... dari ular tedung sampailah kepada ular lidi... hehehe... semua bersedia nak ngap berudu yang perasan dier dah jadi katak tue... hahaha...

Biler dier melompat nanti.... hahaha... sure padan muka dier biler kena ngap ngan ular-ular kat atas tue.. nasihat orang dier taknak dengar... tapi takper la... apa lagi makanan ular .. melainkan katak-katak bodoh yang suka melompat tak tentu hala tue... hahaha...

padan muka katak tue....

p/s : Korang carilah apa yang gua maksudkan dengan artikel nih... hahaha

22 January 2010

Dari Allah Kita Datang

Dari Allah S.W.T kita datang dan kepadaNYAlah kita akan dikembalikan... Maha Suci Allah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan. Segala puji-pujian hanyalah buat Allah, Tuhan Sekalian Alam....

Belasungkawa buat Keluarga Al Marhum Sultan Johor DT, Kerajaan Negeri Johor serta rakyat negeri Johor keseluruhannya...

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Hanya iman dan amal sahaja yang menjadi peneman di alam kubur, beserta dengan doa anak yang soleh...

Buat Al Marhum Sultan Johor... masalah dan dosa lu yang silam ... itu lu sendiri la tanggung... gua cuma doakan lu dirahmati oleh Allah S.W.T jer... atas dasar sesama Islam...

Gua cuma komen dan bantai orang yang masih hidup jer... yang dah sayonara dari dunia yang fana nih.. gua cool down... apa-apa pun... setiap kita akan terima balasan atas setiap sesuatu yang kita buat...

Al Fatihah

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1