Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Hasutan. Show all posts
Showing posts with label Hasutan. Show all posts

19 November 2024

Takrifan Bahaya? Siapa Yang Tetapkan?

Bhai/DeeDee semua...

Dari satu segi gua sokong RUU Keselamatan Dalam Talian nih... tapi bila fikir balik... bab takrifan bahaya nih.... siapa yang tetapkan??

Besar kemungkinan pihak yang mentakrifkan bahaya nih... adalah pihak yang akan abuse undang-undang itu sendiri... semata-mata nak jaga kepentingan mereka atau pihak-pihah tertentu (berkepentingan)

Macam la tak biasa pihak berwajib abuse sangat benda nih... macam masa dulu sampai sekarang selalu sangat abuse Akta Mesin Cetak.... dan Akta Multimedia.... sebab nak selamatkan depa punya kepincangan...

Benda salahguna kuasa nih dah lama dah.... Hahaha.... kritik sikit kena gam.... kena kutip... kena tahan....  macam-macam taktik digunakan untuk creare fear...

Adoilah....

Berpotensi akta ini akan disalahgunakan


10 May 2023

Kenapa Suruh Rakyat?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu Abdul Hadi Awang tue mengarut... banyak pusingnya... pening... dah lama dah pon... nak tunggu orang cabut atap IJN supaya boleh la saka Abdul Hadi Awang nih bebas... keluar dari jasad yang dihuni... hahaha

Cuma pelik gak dengan saranan Lim Guan Eng nih...

Bukan apa... kenapa suruh rakyat yang buat laporan Polis.... kenapa Lim Guan Eng sendiri tak nak buat laporan Polis... kepada ahli dan penyokong DAP sendiri takmo buat laporan Polis.... Patut yang bercakap la dulu buat.... baru la ahli dan penyokong DAP pun buat sama... takkan takut nak buat laporan Polis???

Kenapa suruh rakyat?? Rakyat (walaun) takkan nak buat laporan terhadap Abdul Hadi Awang ... sure tak logik... puak PN pon gua berani jamin takkan buat punya...

Habis... takkan nak suruh kami yang atas pagar nih buat laporan Polis... ah.. takmo la... buat masa, duit minyak dan lain-lain kos kalu kami yang pi buat laporan Polis.... bukan ader sesapa nak sponsor pon...

Takpon suruh la cytro dan JKOM korang pi buat laporan Polis.... duit elaun dan gaji amik... tapi kerja tak buat.... serupa mendukung biawak hidup la maknanya... 

Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

LGE sendiri takmo buat laporan Polis ka?


08 March 2023

Abdul Hadi Awang Umpama Dewa

Bhai/DeeDee semua...

Abdul Hadi Awang nih se umpama dewa bagi kalangan walaun PAS.... Mak Som dan takder cacat cela ... Mana boleh usik dewa dan dewata nih.... Hahahaha ... Try la kalu nak carik nahas....

Walaun sanggup kepung Balai Polis yang cuba nak tangkap Abdul Hadi Awang....

Hahahaha....

Abdul Hadi Awang mana pernah kena tindakan lokap dan penjara .... tak macam orang lain... walaupun hasutan dier sampaikan ader yang mati di Memali.... Huhuhuhu....

Kalu berani .... try la tangkap.... Hahahaha



06 January 2023

Daulah Terpendam - Bukan Benda Baharu

Bhai/DeeDee semua...

Daulah Terpendam (Deep State) nih bukanlah benda baharu pun... dah lama ader... Kita semua tahu siapa yang menguasai sesetengah jabatan kerajaan... Apa kecenderungan politik dan fikrahnya... apa kecondongan mazhabnya... Tapi itu la.... selama ini dibuat macam tak nampak jer..

Contoh dalam JAKIM nih sendiri la.... berapa ramai orang PAS yang menjadikan jabatan nih sebagai lubuk... begitulah juga di IKIM termasuklah media radio IKIM.FM dan stesen tv Al-Hijrah... bukan sedikit... malah hampir 99% dikuasai oleh penyokong dan ahli PAS.... satu lagi adalah YADIM ....

Sebab itu kita tak sepatutnya terkejut dengan ceramah yang macam nih.... dah biasa dah...

Takder saper nak amik tindakan selama nih... untuk kekang benda hasutan dan sebagainya nih.... Cumanya.... walaupun ader tindakan... silap-silap tiada apa yang akan berlaku...  senyap semua dok sapu bawah karpet.... Hahaha

Daulah Terpendam (Deep State)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawainya mengeluarkan kenyataan berbaur politik dengan menghentam kerajaan dalam satu kuliah Subuh baru-baru ini.

Jakim berkata pegawai berkenaan sudah dipanggil untuk siasatan lanjut.

“Pihak pengurusan tertinggi Jakim sedar akan video tular ceramah yang disampaikan oleh seorang pegawai itu yang dilihat mengundang kemarahan netizen.

"Jakim telah memanggil pegawai tersebut untuk siasatan lanjut bagi memulakan prosiding tatatertib dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan nama baik perkhidmatan awam,” kata Jakim di Twitter.

26 December 2022

Hanya Dia Je Dapat Petunjuk Dari Allah Taala

Bhai/DeeDee semua...

Dah banyak kali gua cakap... Abdul Hadi Awang nih patut dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk menjalani ujian psikiatari .. ujian mental...  .. Kalu dier lepas ujian tue semua.. boleh la kita benarkan dier terus terlibat dengan politik...  sebab setiap minggu akan ader segmen Minda Presiden... masalahnya ... minda Presiden PAS nih sihat ke???

Terbaharu.... kalu ikut pemikiran Abdul Hadi Awang... hanya dia dan kumpulannya je dapat petunjuk dari Allah Taala... selain dari itu semuanya sesat dan ditolak oleh Allah Taala...

Adoilah... sesedap dia jer haramkan itu haramkan ini... adoilah... bahaya betul...

Please la wei.... tolong bawak Abdul Hadi Awang menjalani ujian kesihatan mental.... please la wei.. Huhuhu..



16 December 2022

Jahanam Bila Puak Ini Buka Sekolah Politik ...

Bhai/DeeDee semua...

Adoilah... jahanam negara nih bila puak ini buka sekolah politik ... mana taknya... sebelum nih pon mereka dah racun macam-macam kepada bebudak Undi18... sampai semua benda bodoh keluar dalam sosmed.... isu-isu rasis.. hasutan dan macam-macam lagi dah puak nih buat...

Nih nak bagi buka sekolah politik la pulak....

Memang tunggu masa jer la kalu Kerajaan yang memerintah tak pantau puak-puak nih... duit datang dari mana... semak dan pantau..... agenda depa nih memang rasa boleh baca la..

Huhuhu... tapi kalu Kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim masih bodoh... tetap berlakon gentleman.... hahaha .... nak kata macam mana kan.... huhuhu... bersedialah untuk kena humban.... hahahaha


Muafakat Nasional (MN) yang secara rasmi memperkenalkan diri sebagai badan bukan kerajaan (NGO) akan tampil dengan projek sekolah politik yang dikhususkan buat generasi muda Malaysia.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, menerusi sekolah politik yang juga dikenali sebagai sekolah memahami pengurusan negara, generasi muda Malaysia akan didedahkan dengan banyak perkara penting.

“Dalam sekolah memahami pengurusan negara, ia akan disampaikan menerusi pakar-pakar mengenai demokrasi, perlembagaan, asas penubuhan negara, kontrak sosial dan hal ehwal semasa negara.

“Itu antara perkara yang kita harap dapatkan sampaikan secara sistematik,” katanya dalam satu sidang media selepas mengumumkan 30 senarai nama yang menjadi Majlis Tertinggi MN.


15 December 2022

Beringat Sebelum Kena

Bhai/DeeDee semua...

Dalam beberapa hari jer pendaftaran NGO Muafakat Nasional (MN) dibuka ... sudah ader lebih 10 ribu keahlian didaftarkan dalam NGO Muafakat Nasional... Pendaftaran menggunakan Google Docs memperlihatkan banyak maklumat peribadi diminta seperti yang tertera di bawah ini.

E-Mail:
Nama:
Nombor Telefon:
Nombor Kad Pengenalan:
Tarikh Lahir:
Umur:
Agama:
Kaum:
Pekerjaan:
Nama Majikan:
Pendidikan:
Alamat:
Poskod:
Negeri

Pada gua ini ada risiko... sebab pernyataan PDPA tidak disertakan. Adakah korang tahu yang maklumat ini selamat tanpa digunakan oleh pihak ketiga? Semak lar ngan PDPA requirement.


Ini satu point la...

Tapi point yang lain adalah gua nampak NGO Muafakat Nasional nih ader agenda terlindung... ader agenda yang lebih kritikal... ader agenda yang boleh memberikan masalah kepada Kerajaan.... Be aware... be very aware lar...




Tambah lagi bila Zuraida Kamaruddin join NGO nih yang dikendalikan oleh Annuar Musa.... 



01 December 2022

Satu Part Gua Bersetuju

Bhai/DeeDee semua...

Kalau kita menganalisis akan apa yang berlaku pasca PRU15 ... kita akan dapati ader trend meningkat dalam undi Melayu yang jauh berpusing kali ini... Dan dari apa yang Shahidan Kasim ni cakap... ader satu part yang gua bersetuju..

Betul... orang Melayu sudah beralih arah..

Tapi.. adakah beralih arah ini kekal dan terus memasakkan asas yang kukuh untuk menghadapi PRU16?? Yang ini kita masih boleh sangsikan...

Kita tahu perubahan kali ini pada PRU15 adalah disebabkan doktrin sesat dan bahaya yang dibawa oleh PAS dan BERSATU berkenaan dengan isu perkauman terutamanya 13 Mei... dan ini mereka dapat buat dengan baiknya hasil dari hasutan di sosial media terutamanya di TikTok...

Budak-budak Undi18 banyak yang tak tahu isu sebenar pada masa itu.... dan mereka dikelabui dengan hasutan konsisten golongan Ostad dan Lobai...  Budak-budak yang takder asas dalam politik telah dapat digembleng untuk mengubah undi Undi18 menjadi fenomena...

Benda ni gua dah tulis lebih awal... tapi takder sapa yang amik port...

Dan hasutan perkauman dan agama ini akan terus jadi modal puak-puak PAS dan BERSATU dalam PN pada masa PRU16 nanti.... sewajarnya PDRM mengambil tindakan proaktif dan tegas mengenainya... Perlu ada tindakan yang pantas dan berkesan.

Tangani sebelum ianya membarah.



Tindakan Yang Terlalu Perlahan

Bhai/DeeDee semua...

Gua takmo nak bercerita pasai parti ker apa ker... Gua nak bercerita pasai keselamatan dan ketenteraman awam... Itu je kepentingan yang paling utama..

Pada gua... tindakan SKMM adalah satu tindakan yang terlalu perlahan... Maybe sebab SKMM itu sendiri ader bias terhadap fraksi politik..

Sepatutnya SKMM sendiri perlu ada satu unit pemantau yang non-biased terhadap politik... unit ini mesti sentiasa memantau media sosial dan memastikan bahan-bahan yang diviralkan dalam media sosial itu tidak berunsur memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam...

Tak perlu tunggu orang nak melaporkan... SKMM sendiri kena proaktif,

Sebab isu keselamatan dan ketenteraman awam boleh menjadi barah yang akan merosakkan keharmonian bermasyarakat.... Benda ini berisiko tinggi... SKMM dan PDRM perlu pantau sentiasa... bahaya kalu dibiarkan hasutan ini bertebaran.. kena tangangi segera..

Jangan sampai dah kronik baru nak ditangani...



30 November 2022

Tak Mengaku Lah Pulak ...

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha ... ini lawak... cuba lu bayangkan... kalu ini semua diambil secara kenyataan bertulis di balai... jenuh aaa IO kena tulis balik setiap kali selesai amik kenyataan dari Abdul Hadi Awang... setiap kali kena ader amendment... 

Silap-silap kena start dari mula balik banyak kali... Hahaha... Mampoih la...

Hahaha ... mesti akan tukar cerita... mesti tak mengaku lah pulak ... Hahaha...



Ingat Jadi Peguam Itu Pandai?

Bhai/DeeDee semua...

Ingatkan dah jadi peguam itu pandailah... Tapi rupanya bodoh lagi...  Adoilah....

Sebelum mana-mana kes nak sampai ke Mahkamah .... terutama bab hasutan yang boleh melibatkan kemudaratan awan... mestilah PDRM (Polis) kena buat siasatan dulu...  Itu proses dan prosidur... Selepas Polis buat siasatan... barulah boleh diangkat ke Mahkamah..

Aper daa...

Kesian lawyer sorang nih... adoilah... silap-silap lawyer nih spesis walaun gak... hahha

Punya la banyak statement hasutan yang Abdul Hadi Awang buat... tapi mamat nih tak nampak .... adoilah... bangang wal bangkai betul la...



Mimpilah

Bhai/DeeDee semua...

Korang pernah dengar ke?? Korang pernah lihat ke? Korang pernah saksikan ke?? Mimpilah wei... Mimpilah untuk korang dengar PAS @ Abdul Hadi Awang buat kenyataan minta maaf...

Depa terlebih suci la wei... Depa pegang kunci Syurga...



29 November 2022

Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat

Bhai/DeeDee semua...

Abdul Hadi Awang katanya bersedia untuk disiasat oleh Bukit Aman berkenaan dengan kenyataan yang beliau keluarkan sepanjang beberapa minggu ini....

Tapi pada gua... bukan Bukit Aman yang patut siasat Abdul Hadi Awang nih..

Yang sepatutnya siasat Abdul Hadi Awang ini sewajarnya adalah doktor pakar psikologi dari Hospital Bahagian Tanjung Rambutan atau Tampoi..

Itu yang lebih layak dan sesuai...




28 November 2022

Abdul Hadi Awang Dan Hasutan

Bhai/DeeDee semua...

Pada 7 April 1981, Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan ucapan ini di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu...

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
 
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan 'politik suku, agama suku'.

Dan asbab dari ucapan ini... maka berlakulah elemen ketaksuban melampau yang menjuruskan berlakunya Insiden Memali (19 November 1985) yang menyebabkan ramai yang mati meninggal dunia...Insiden hitam ini adalah satu titik gelap dalam negara bilamana suspek yang hendak ditahan dibawah ISA telah bertempur dengan pihak polis...

Gua taknak citer pasai yang dah mati... tapi gua nak citer tentang bahayanya Hasutan... dan Abdul Hadi Awang memang terkenal dengan banyak kenyataan berbaur hasutan sejak dari zaman mudanya sampai ke sekarang...

Sikap menghasutnya kekal tebal dan kronik... tak boleh dah nak dinasihat... dan sekarang nih setelah PAS tidak menjadi Kerajaan Pusat...maka Abdul Hadi Awang lebih kerap mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan...

Ini bahaya sebab golongan pentaksub dan golongan muda amat mudah mempercayai semua yang diperkatakan oleh Abdul Hadi Awang... dan perkara ini semua sedang membiak dan membarah didalam media sosial...

Satu yang menarik.... tak pernah sekali pun Abdul Hadi Awang ditahan atas sebab menghasutnya ini.... pelik tapi benar... hehehehe...  cuma gua harap ... biarlah kali ini Abdul Hadi Awang dapat ditahan untuk mengekang kegilaannya menghasut orang ramai dan mencetuskan kegusaran dan ketenteraman awam.

Sekian.

#AktaHasutan #BahayaMenghasut #AbdulHadiAwang #RisikoKeselamatan #KetenteramanAwam #PAS #InsidenMemali #Pentaksub #Walaun #Tiktok #13Mei #Kutip #Sekat #UcapanMerbahaya #Menderhaka #SosMed #Gila #AmanatHadi 







23 November 2022

Celaka Punya Walaun Dan Macai

Bhai/DeeDee semua...

Selepas keluar jer siaran media dari PDRM nih... satu jer gua nak maki.... gua taknak maki PDRM ... tapi gua nak maki Walaun dan Macai... sebab dok ikut sangat kepala bangsat Muhyiddin Yasin dan Abdul Hadi Awang jaja citer 13 Mei la... citer Yahudi Kristian nak amik alih la... campor sekali dengan Lobai dan Macai bangsat dok bawak citer Komunis bagai...

Bangsat lar.... menyusahkan orang ja...

Memang celaka punya walaun dan macai...



22 November 2022

Komer Jangan Ingker Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang nampak dah selesai adalah keadaan "DUN Tergantung" di Perak ... kemelut perlembagaan di Perak nampak macam dah tamat dengan satu kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ....

Gua setuju ngan pandangan Sultan Perak.... utamakan negeri dan rakyat... kita takmo ada masalah agama dan perkauman di Perak... 

Cumanya komer jangan ingker sangat di Perak...

Komer kena ingat... PAS nih penuh dengan muslihatnya... Mereka akan cari jalan untuk kucar kacirkan pentadbiran dan segalanya du Perak... Razman Zakaria tue bukan calang-calang penghasut.... bukan tak biasa dier keluarkan statement yang boleh menjahanamkan kerukunan kaum dan agam di Perak.... memang banyak kali...

Jadi... berhati-hatilah dengan kerja jahat BERSATU dan PAS yang mungkin mereka buat di Perak... Mereka akan cari jalan bhai... Mereka akan pastikan korang tadbir Perak dalam keadaan sentiasa berperang dengan Perikatan Nasional (PN)...

Bab menghasut kearah perkauman dan agama memang Perikatan Nasional nombor 1 .... huhuhu... jadi komer jangan ingker sangat...



21 November 2022

Bangsat Dan Celaka

Bhai/DeeDee semua...

Masuk Perkhidmatan Sukarelawan atau PLKN pun takder tolo lagi budak-budak nih nak sembang pasai 13 Mei. Bangsat.

Patut PDRM tangkap budak-budak bangkai nih skali ngan mak bapak bebudak tue... Bangsat betul... ini semua pengaruh Lobai la nih.... Bangsat.

Kutip jugak semua yang tumpang sharekan benda jadah nih. Humban semua kat Penjara Kamunting.

#PRU15 #GE15 #AktaHasutan #Kutip #PDRM #KacauGanggu #Lobai #Undi18 #TikTok



07 April 2021

Bila Kerajaan Pun Tidak Berakal

Bhai/DeeDee semua...

Kita sedia maklum bahawa Kerajaan berhak untuk mengambil alih tanah untuk pembangunan dan kemudahan awam termasuk infrastruktur awam. Tapi dalam keadaan apa pun biarlah tindakan itu dilihat berhemah dan bertimbang rasa.

Sepatutnya sebelum sesuatu perobohan struktur kekal dilakukan, perlulah ader perbincangan dan jugak perlulah mereka-mereka yang terlibat diberikan pilihan untuk berpindah sama ada secara diberi pampasan atau tidak.

Jangan main runtuh jer... Kalu pun telah disediakan tempat untuk berpindah... berikanlah sedikit masa... Namun kalu masa yang diberikan tidak mencukupi... maka satu mediasi perlu dibuat.

Dalam kes dibawah ini... katanya ader tempat yang bersesuaian dalam jarak 50 meter. Adakah yang terlibat dah diarahkan berpindah ke sini atau tidak ada apa-apa perundingan? Gua tatau tue... tapi satu ja gua paham... kekadang nih peniaga pon sama kepala angin bila mana ader yang menyucuk jarum menghasut.

Aper pon ... sebagai Kerajaan Negeri... perlukan buat tindakan dengan cara berhemah dan budi bicara... Benda boleh bincang buat apa tunjuk keras kepala... Cukup-cukup la perangai Kerajaan BN dulu macam ni... takkan la Kerajaan PH pon sama nak tunjuk keras kepala macam BN??



20 March 2021

Kalau Tak Lawak Bukan Abdul Hadi Awang La

Bhai/DeeDee semua...

Satu bab ja jelas.... kalau tak lawak memang bukan Abdul Hadi Awang la.... sebab semua statement dier sure lawak... hahaha... Sabor je la... wartawan tanya lain... sure dier jawab lain.... terlebih mantiq katanya... hahahahaha... walhal blurr tak ketahuan... Hahaha

Citer pasai buaya la... makan umpan la.... sekarang buaya dah menyelam la... Hahaha... ini semua lelucon...

Semenjak dua menjak nih... makin teruk penyakit yang hinggap kat Abdul Hadi Awang... hahaha...

Tapi satu la.... walaupun statement yang Abdul Hadi Awang keluarkan banyak mengarut dan penuh hasutan... langsung takder tindakan dari pihak Peguam Negara (AG) diambil kepadanya... tatau la aper kebalnya... maybe sebab ader faedah dari segi politik kepada semua pihak berkepentingan dalam Perikatan Nasional...

Hahaha...

Pening aaaa... bantai jer la..



21 November 2018

Bukan Sebab Apa Pun

Bhai/DeeDee semua...

Siapa yang makan cili Bhut Jolokia, dia lah yang terasa pedasnya sampai nilai 1 juta Scoville Heat Unit.... Hahaha... Peribahasa baru tu bhai..... Itu kalu Bhut Jolokia... Kalu amik California Reaper sure sampai 2 juta nilai unit kepedasan berasaskan Scoville Heat Unit tue.... Hahaha

Eh... Gua bukan nak citer pasai cili... Terutamanya cili burung (bird eye chilies) yang Scoville Heat Unit dier cuma 50 ribu ja.... Atau Cili Merah Cameron yang tak cecah 5000 Scoville Heat Unit..... Tapi gua nak citer pasai Polis Evo 2 .....

Hahaha... Gua memang kaki layan movie.. Cuma kureng sangat la layan citer Melayu.... Baru-baru ni gua layan One Two Jaga dan Paskal .... Dua-dua terbaek... Terbaek dari kategori masing-masing... Sori la pasai gua terlayan citer Munafik 2 kat torrent ... Hahahah.... Sori aaaa.... Bukan taknak support yang ori.. Tapi pasai dah ader kat torrent layan jer la.... Sori aaaa

By the way ....

Kalu ikut trailer filem Polis Evo 2 tu... Gua paham kenapa PAS terasa sangat la konon citer tu menghina Islam.... Sebenarnya filem tu tak menghina pon.. Cuma cara pembawakan watak, pakaian dan roman muka Hasnul Rahmat yang membawak watak Hafsyam Jauhari tu yang resembles seiras Abdul Hadi Awang.... Itu ja... Terutama gaya yang ditanpilkan dalam foto promosi dibawah ini... Gua percaya lu orang boleh cari gambar Abdul Hadi Awang yang lebih kurang sama dari segi angle photoshootnya, roman muka dan gaya pakaian serta serban.



Itu ja sebabnya..... Hahaha... Takda lain takda bukan.... Sori aaa... Ini realiti lar wei...

Betul lah jugak... Patutnya Polis Evo 2 selitkan citer Mappadulung sebagai watak pengganas yang menyonglap duit rakyat... Tapi terlajak cucuk geng Lebai.... Nasib la.... Tapi okeh gak dapat promosi percuma.... Hahaha... Bukan senang bhai nak dapat promosi percuma hari-hari sampai terselit dalam ceramah dan kuliah Maghrib baru-baru ni kat area gua.... Hahaha

22 hb ni..... Agak-agak lu orang lar... Ader tak geng-geng PAS akan berdemo boikot bagai kat depan panggung wayang TGV di MesraMall Kerteh tu... Atau ramai geng PAS yang akan layan citer Polis Evo 2 tue senyap-senyap ja dalam panggung...

Nak bagitau ni... Di Terengganu ni cuma ader 2 ja panggung wayang... Satu di Kerteh... Satu di Kuala Terengganu... kat Kelantan langsung takder.... Maka gua rasa aaa.. Mesti jualan tiket kat dua lokasi ni mencorot sebab ramai orang boikot... Harap pihak pemilik pawagam ni boleh keluarkan laporan berapa banyak jualan tiket di kedua-dua lokasi pawagam yang ader ni... Nak gak kita tau berapa teruknya kuasa boikot PAS ni....

Hahahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1