Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bukit Aman. Show all posts
Showing posts with label Bukit Aman. Show all posts

29 November 2022

Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat

Bhai/DeeDee semua...

Abdul Hadi Awang katanya bersedia untuk disiasat oleh Bukit Aman berkenaan dengan kenyataan yang beliau keluarkan sepanjang beberapa minggu ini....

Tapi pada gua... bukan Bukit Aman yang patut siasat Abdul Hadi Awang nih..

Yang sepatutnya siasat Abdul Hadi Awang ini sewajarnya adalah doktor pakar psikologi dari Hospital Bahagian Tanjung Rambutan atau Tampoi..

Itu yang lebih layak dan sesuai...




15 November 2022

Gua Gelak Jer Tengok Carta Ini

Bhai/DeeDee semua...

Gua gelak jer biler tengok carta macam nih tersebar dan dishare oleh ramai orang... Hahahaha

Sebab apa gua gelak... sebab ader 5 benda yang tak kena dalam carta ini...  5 benda tu la paling tak logik boleh ader datanya publish semudah ABC dalam chart macam nih...

Kelakar pun ader... hahaha




18 April 2021

Apa Makna Cerita Ini?

Bhai/DeeDee semua...

Aper yang gua dapat simpulkan dengan kenyataan ini adalah ianya ada dua sisi berbeza untuk kita lihat perjalanan kes ini...

Persoalan sama ader benar atau tidak penama-penama yang dituliskan dalam artikel yang viral tersebut itu satu hal.... Cuma apa yang kita kena perhatikan bagaimana impak daripada artikel itu sebenarnya menggugat pihak-pihak tertentu... yang kini sebenarnya sedang melakukan cover-line tahap mega.

Yang lagi menarik... bilamana semua nama-nama kongsi gelap dan kartel serta Macau Scam yang terlibat dalam artikel viral tersebut hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada "the big picture".

Malah nama-nama suspek dan orang subahat dalam artikel viral tersebut sebenarnya telah lama diketahui orang ramai sebelum artikel viral ini tersebar... Dan yang lagi menariknya... bagaimana beberapa insiden lain dalam sehari dua ini dilihat sebagai sebahagian daripada "massive cover-up" dan "art of diversion" bagi kes artikel ini...

Semuanya yang berlaku dalam sehari dua ini adalah saling berkait... Kalu lu orang cekap dan bijak... lu orang boleh perasan punya.... Dan apa yang berlaku bukanlah 100% kebetulan....

Ini semua ader dalam "backup master-plan"... ianya sekadar wayang..

Just follow the money trails...... hehehehe

Berita 1, Berita 2



28 January 2014

Harga Ayam Turun Serta Merta

Bhai/DeeDee semua...

Gua ader berkawan dengan geng-geng D7 Bukit Aman.... Setiap kali gua melepak ngan diorang.... pastinya citer "ayam" akan jadi bahan lawak.... Yer la.... Bukan setakat ader "Ayam Kampung" .... tapi ader "Ayam Kari", "Ayam Seberang", "Ayam Sejuk", "Ayam Putih". "Ayam Merah" dan....... dan yang paling lawak tue ader "Ayam HipHop", "Ayam Serama/Katik", "Ayam Modified" serta "Ayam Pencen" ...... hahahaha.... Ini semua spesis "Ayam" yang bercambah kat merata tempat sampai Geng D7 tak sempat nak serbu dan kacau....


Mana taknyer .... majoriti "Ayam" nih sumernyer ader pembekal... ader pemborong... ader pengedar... dan ader penternak.... dan setiap penternak tue plak ader yang menjaganyer.... level VVIP.... siap pernah ader kes "Ayam" kena tangkap dan nak disembelih.... boleh plak ader satu panggilan telefon kepada top brass suruh kasik lepas..... siap hantar balik ke reban..... hahahaha.... giler punya power.... hahahaha

Aper-aper pon.... "Ayam-Ayam" nih semedang tak naik harga... walaupun permintaan tinggi... tapi harga tetap maintain rendah... malah ader kes yang terlalu rendah..... macam harga "Ayam Modified" dan "Ayam Pencen"....  Gua pernah diberitahu... ader stok "Ayam Modified" dan "Ayam Pencen" nih diniagakan pada sekitar RM5 ~ RM10 ..... Lagi lawak biler stok "Ayam Pencen" jenis gigi pon dah luruh.... hahahaha..... takder la tergigit.... hahahahaha

Stok "Ayam HipHop" nih biasa datang dari benua Afrika.... skrang nih dah berlambak kat Malaysia nih... masuk tanpa visa disebabkan oleh Mahathir Mohamed.....  Oh yer... kepada yang tak tau.... harga pasaran stok "Ayam Serama/Katik" aderlah paling mahal di Malaysia.... ader yang dijual sampai RM5000 .... hebat... tambah lagi kalu 'Ayam Serama/Katik" tue datang dari reban di Seksyen 2 Shah Alam..... bulu pahat pon baru tumbuh..... masih belajar lagie....

Aper-aper pon.... Walaupun permintaan dan pembekalan samer banyak.... tapi yang khianatnyer aderlah semua ini didalangi oleh sindiket..... ader bangsat berstatus VVIP yang jaga..... lu orang jangan ingat VVIP Cina sajer yang jadi dalang aaa... tapi .... sebenarnya VVIP berbangsa Melayu la yang menjadi dalang paling besar.... maleh aaa gua nak citer..... Kalu nak tahan atau tangkap..... susah la bhai... ader kabel kuat dengan DEWA.... berapa kali DEWA dah bekap..... dan tetap akan bekap..... AG pon kecut telor biler berdepan dengan DEWA..... hahahaha

Aper pon... kalu nak kasi benteras benda nih... kena taji la itu DEWA kasi kiok dulu.... hahahhaa

Berita Sepatutnya : Harga Ayam Mulai Turun Di Beberapa Negeri

25 January 2014

Kami Bantah

Bhai/DeeDee semua...

Lepas dengar berita nih... Gua terus call kengkawan gua di Jabatan "E" kat Bukit Aman... Gua tanya pandangan diorang sebab nampak gayanyer anggota jabatan diorang yang bersepah kat satu Malaysia nih akan diperkudakan semata-mata nak naikkan imej Zahid Hamidi nih...

Rata-rata kengkawan gua di Jabatan "E" Bukit Aman dari level pangkat kecik sampailah kepada yang level besar (sori aaa tak dapat nak kasitau level pangkat diorang) rata-rata tak bersetuju dengan idea Zahid Hamidi nak suruh anggota PDRM untuk memantau kadar harga dipasar borong dan pasar basah..

Pada diorang .. Ini semua kerja takder akal orang politik... Menyusahkan ... Udah la kerja yang ader cukup banyak... Tambah lagi nak buat kerja bangang memantau harga barangan.... Tugas hakiki pon banyak... Nak tambah ngan kerja bodoh nih... Aper daaa...

Nak cakap banyak tabley... Sebab ramai pimpinan atasan PDRM yang jenis mengampu dan membodek orang politik... Hampeh aaaa... 


09 August 2013

Memperkasa Cawangan Khas PDRM

Bhai/DeeDee sekalian...

Gua ader dengar cerita yang kerajaan akan memperkasakan cawangan khas PDRM... Hebat... Benda nih gua sokong... Cukup sokong.... Cuma riso takut biler diorang perkasakan Cawangan Khas PDRM nih... Ianya lebih digunakan untuk urusan berkaitan dengan kerja politik berbanding dengan urusan cegah jenayah...

Ader sorang anggota keluarga gua dapat arahan bertukar ker bahagian risikan Cawangan Khas di satu lokasi di kawaaan panas... Sebelum nih dier bertugas kat bilik gerakan...

Ramai member-member gua pon dapat arahan bertugas dikawasan panas... Cuma satu yang gua kesalkan... Ramai dikalangan anggota nih diarahkan buat tugasan risikan berkaitan politik...

Dalam kes banyak insiden tembakan membunuh nih... Terutama dalam tempoh 24 jam nih... Satu jer yang gua nak hintkan... Hehehe... Aper yang berlaku berkenaan insiden tembakan membunuh nih... Aderlah ianya memang dikhabarkan mostly dirancang...

Ader mangsa yang terlibat dikenalpasti terlibat dalam kongsi gelap dan jenayah disamping pekerjaan biasa mereka yang kita semua tahu... Ader cerita yang kecoh dikalangan anggota Cawangan Khas PDRM  dan operatif agensi gua iaitu melibatkan satu operasi yang gua gelarkan sebagai "Ops Lenyap" (nama sudah semestinya tidak sama dengan nama operasi sebenar) .... Bagi menyelesaikan kes-kes "tertunggak".

So... Sebenarnya ader cerita disebaliknya... Tapi gua tabley nak citer aaa... Classified... Hahaha... Sori bhai... 

Hahaha....

So saper yang buat kerja tembak-tembak nih aaaa..... Hahaha ... Kalu gua tau pon gua takkan citer... Dan gua takkan kata gua tau... Hahaha.. So maaf la yer... Mau tahu kalu kena tanya Agensi lar.... Hahaha... Aper hat mau tanya samer gua... Ini bukan arahan tugasan gua... Hahaha... Bukan direktif untuk gua pon...  Hahaha

Bottom line citer... Dengan penyalah tugasan yang berlaku secara berleluasa sekarang nih dalam perjawatan.... Agak lambat la skit urusan pencegahan jenayah dapat dibuat.. Tambah lagi PDRM masih tak cukup anggota "undercover" dalam kongsi gelap dan syndicate... berbanding anggota "undercover" yang cukup ramai dok handel segmen politik.... Mmmmm .... Tak larat dah nak citer dan bising dah... Penat...

Arahan dari atas banyak kepada aset politik berbanding aset lain... Amender la... Nasib baik Agensi gua bukan adee direktif macam nih.... Dan nasib baik gua tarak terlibat dengan benda camnie... Hahaha...

Satu perkara nak dijelaskan... Walaupun surat perlepasan sudah keluar untuk gua sebelum Ramadhan baru nih.... Tamat tempoh perkhidmatan dalam Agensi..... Tapi ader satu clause yang berbunyi "aturgerak boleh dilakukan mengikut keperluan tanpa perlu arahan perjawatan" ...... Macam hampeh aaaa....

05 August 2013

Suspek Penculik Aisyah Dicari

Bhai/DeeDee sekalian...

Mintak tolong cari dan bantu untuk kesan dimana suspek ini berada. Dipercayai suspek ini telah menculik adik Aisyah di Jusco Rawang.....

Mohon bantuan semua.... #FindAisyah ....

UPDATE : 1.43 PM (Isnin) : Adik Aisyah telah dijumpai dengan selamat. Sekarang dalam kawalan PDRM. Terima kasih semua..



Hilang di Rawang Selangor ... Jumpa di Teluk Kumbar Pulau Pinang ... Gila betul lar...

04 August 2013

Ballistic Database

Bhai/DeeDee sekalian...

Malaysia memang melaksanakan dasar pengawalan senjata api (gun control) yang agak keras. Pemilikan senjata api hanyalah boleh melalui beberapa cara sahaja... termasuklah jika memiliki kebun dan ladang serta untuk kegunaan keselamatan diri..

Setiap pemilik senjata api di Malaysia diwajibkan menjalani ujian kecekapan dan ujian psiko. Malah terdapat juga senarai pemilik lesen senjata api disatu-satu kawasan yang dibawah pengawasan Ketua Polis Daerah (OCPD)... 

Jadi ... Gua ader satu cadangan... Gua rasa terbaik kalau ader satu Ballistic Database yang mengandungi semua ujian balistik dan data mengenainya bagi setiap senjata api yang dilesenkan...

PDRM patut mengujudkan satu pangkalan data bagi ujian balistik (ballistic fingerprinting test) bagi setiap senjata api yang dilesenkan.. Dan jugak semua senjata api milik anggota keselamaan bagi memudahkan untuk mengenal pasti senjata api mana yang terlibat dalam satu-satu kes jenayah...

Oleh yang demikian.. Secara otomatiknya ianya akan memudahkan pemantauan jika terdapat senjata yang dilesenkan terlibat dalam kejadian jenayah...

Tapi... Seperti mana yang kita tahu... Kebanyakan penjenayah akan menggunakan senjata api yang diseludup secara haram dalam mana-mana kes jenayah.. Walaupun begitu kita tidak boleh menolak begitu saja elemen senjata api berlesan yang disewa secara haram oleh pemiliknya untuk tujuan jenayah...

Jadi. Adakah PDRM mahu mengorak langkah kearah menyediakan satu pangkalan data balistik (ballistic database) bagi ballistic fingerprinting test ....  Atau... Ada pihak dalam PDRM sendiri yang akan menolak cadangan ini kerana takut segalanya terbongkar???

Kita tunggu dan lihat... Hahaha

UPDATE : Kalau tak paham tentang Ballistic Fingerprinting nih... sila baca di sini.


31 July 2013

Hitman @ Pembunuh Upahan

Bhai/DeeDee sekalian...

Hitman @ Pembunuh Upahan juga aderlah manusia... dan sebagai manusia.. walaupun mempunyai hati batu (keras hati @ hati kering)... namun ianya tidak lari daripada kelemahan dan masalah peribadi.... Dulu... sekitar tahun 90'an... pihak Jabatan E di Bukit Aman ader dapat menahan seorang hitman @ pembunuh upahan...


Dier nih terkantoi biler mana dier tertinggal jejaknyer disebuah hotel cap ayam berhampiran dengan tempat kejadian pembunuhan dilakukan.... Sesi soalsiasat 72 secara berterusan dibuat disana.... Gua ingat lagi.... saspek nih dalam lingkungan umur 30'an jer... berbadan tak la besar mana.... takder tatoo pon... malah masa dier ditahan selepas dier buat kerja haram tue... dier hanya memakai pakaian pekerja pejabat jer... takder plak yang pelik..

Rambut tersisir rapi dengan minyak rambut yang tak la banyak mana... pakai cermin mata lagie.... Hahaha... kalu sekali imbas... lu mesti tarak sangka mamat tue kerjayanyer sebagai hitman @ pembunuh upahan... hahaha....

Masa kena soalsiasat selama 72 jam takder henti tue... masuk keluar ramai IO (Investigation Officer) samer ader yang jenis garang giler... samseng giler ... sampailah kepada yang jenis baik dan bersopan... sajer nak test mentaliti mamat nih... nak tau saper yang upah dier...dan nak tau siapa lagi sasaran dier selama nih...

Gua masa tue dalam proses belajar.....belajar menyoalsiasat.... errr... jadi agensi gua pi hantar kitorang (lima enam orang ke Jabatan E Bukit Aman) untuk belajar... hahaha

Hasilnyer... setelah 72 jam disoalsiasat dalam bilik berhawa dingin (paling sejuk) dengan air-cond dan kipas dipasang pada kelajuan tinggi... dan duduk atas kerusi besi panjang yang berat tue... dengan hanya berseluar dalam tanpa pakaian.... dengan kakinya direndam dalam bekas berisi air batu..... kepala otak saspek akhirnya "crack" jugak... akhirnya dier mengalah....  dan habis semua benda dier cerita.... siapa funder dier... siapa yang sponsor... siapa yang upah... macam mana dier terima duit.... siapa sasaran dier.... dimana dier dilatih.... dan macam-macam lagie... hahahah

Seingat gua masa tue saspek tak kena belasah pon... cuma dipsycokan secara mentaliti... hahaha.... tak dibagi tido walaupun sekejap... diberi air mimun dengan air ais yang sejuk.... diberi makan roti jer... itupon kalu dier nak bekerja sama memberikan maklumat.. kalo tidak lambat la dier dapat makan.... hahaha

Lepas dapat maklumat semua tue.... pergh... berterabur anggota Cawangan Kongsi Gelap dan Maksiat round satu KL... kumpul dan tahan ramai orang.... itu belum masuk lagi puak-puak Cawangan Khas yang keluar macam kelkatu cari saspek yang ader dalam senarai.... Hahaha....  Dengan kerjasama dari Agensi gua masa tue.... dapat la ditahan kepala besar disebalik semua tue... dan VVIP yang sponsor kes bunuh yang disiasat tue.... VVIP tue connection politik dier tahap tinggi ooo.... ader pangkat dan gelaran dari Sultan lagie....  siap pakai bodyguard.... tapi mencicit bodyguard dier lari biler diserbu oleh UTK.... hahahaha... lawak siot... walhal sekor-sekor bodyguard tue semua ader senjata api haram.....

Kesimpulannyer... once satu saspek hitmn @ pembunuh upahan dapat dikenalpasti.... hehehe... semuannya akan kena siasat.... jiran kampung dier... awek dier... mak bapak dier... even anak atau bini serta rakan sekolah.... hahahaha.....

Cuma dalam kes yang banyak sekarang nih.... hitman @ pembunuh upahan ramainya bukan warga Malaysia.... banyak datang dari negara asing... dari Thailand... Vietnam... Indonesia.... Philipines... malah ader hitman @ pembunuh upahan yang Kaukasian... dari Eropah.... pening aaa Malaysia nih.... Oh yer lupa... ader kes itu hari hitman @pembunuh upahan dari Arab dan Afrika.... pergh... majmuknya Malaysia nih..... Hahaha...

Berkaitan :

28 May 2013

Selesai...

Bhai... Tadi pagi gua pi layan soalsiasat kat Bukit Aman... Dan segala urusan soalsiasat setel sebelum masuk waktu Zohor... Hari nih gua Zohor di Bukit Aman jer... 

Takder benda pon... Cuma disoal siasat berkenaan isu kononnya gua ader kritik golongan bangsawan... Errrr... Ader ker gua kritik diorang... Atau ker diorang nih perasan yang gua kritik diorang... Hahaha saper makan cili dier la rasa pedas...

Satu lagi gua ditanya tentang isu Lahad Datu... Kononnya gua ader citer isu panas berkaitan keselamatan negara... Hahaha... Yang ini pon gua pakat gelak jer.... Bukan pasai aper... Gua cakap kat diorang ... Kalu kononnyer gua gugat keselamatan negara... Diorang kena tunjukkan bukti.... Tambah lagi gua tak pernah publish spesifik detail iinfo....

Dan lagi satu... Gua tak pernah publish gambar anggota keselamatan sedang beroperasi dalam keadaan tanpa balaclava...

Aper ppn... Gua skrang on da way balik Kemaman... Hahaha.. Lain Kali Lah!!! kalu mau soal siasat lagie....

27 May 2013

Teras Jernang

Bhai... Gua baru sampai kat Teras Jernang Bandar Baru Bangi... Lepak rumah sedara.. Esok pagi pukul 8.30 pagi gua akan mengadap IO kat Bukit Aman... Ader sesi soal siasat... Kes dan isu gua tak dimaklumkan lagi.. Tarak tau aper kes la bhai...

Hahaha... Apa mau takut... 

Dulu pernah kena soal siasat 6 jam straight... La nih tak tau la pulak... Berapa lama... Hahaha.... Aper pon kasi layannn lar....

Aper gua mau jawab aaaa... Mmmm... Macam biasa la... Nama... Nombor IC dan jawatan... Itu jer la yang biasa gua jawab.... Hahaha...

So... Penat driving nih dari Pengkalan Chepa drive singgah Kemaman... Terus ke Mersing... Dan terus pi Putrajaya dan la nih lepak kat Teras Jernang... Mampuih kesian kat gua dan kereta... Nak harap "Guna Pun Sesat - GPS" pon tabley pakai gak.... Hahaha

Total 6 botol Redbull dan 4 botol Coke... Mampuih...

25 May 2013

Tukar Tiub Dijumpai?

Bhai... Agensi gua tak terlibat dalam aper-aper penahanan yang melibatkan mana-mana pihak didalam negara... Proses penahanan biasanya dilakukan oleh pihak lain... Tapi dalam keadaan terdesak jika melibatkan operatif dari luar negara... Ianya dibawah urusan Agensi..

So... Ramai gak kengkawan yang tanya gua tentang kemana menghilangnya Tukar Tiub (Isham Rais).... Errr ... Kalu orang tempatan... Lu orang boleh cek la dengan PDRM ka.... 

Stakat nih.... Walaupun nama Tukar Tiub ader dalam list... Takder sorang pon kengkawan kat PDRM nak bagitau aper ceritanyer... Aderkah TT sudah kedalam... Gua tak pasti... Sebab kali nih diorang dah buat "blanket ops".... Hanya orang tertentu jer yang tahu... 

Setahu gua... TT takder keluar dari Malaysia ikut pintu stendet... Data Imigresen memang takder... Clean... Jadi kalu dier blah keluar dari Malaysia... Mesti dier ikut laluan tikus... Laluan seludup sama ader di Utara Semenanjung atau di Selatan Semenanjung...

Tapi... Gua rasa aaaa..... TT masih ader kat dalam Malaysia lagi... Tak kemana... Sebab bebudak kat E masih cari dier lagi... Errr... Atau diorang sesajer jer buat macam masih mencari walhal Tukar Tiub sudah dijumpai...

Aper-aper pon... Gua doakan dier selamat...  (Stakat nih sunyi sepi comm biler gua tanya pasai TT.... Hahaha)....

Oh yer lupa nak citer... Semalam ader IO datang cari gua kat Agensi... Gua mintak tangguh sampai Selasa... Nanti Selasa gua pi jumpa IO tue... Diorang kat Agensi kater ader soalsiasat untuk gua.....

Hahaha... Soalsiasat ntah kali yang keberapa tak ingat la pulak gua.... Hahaha... Aper-aper kiter layan... Aper mau takut... Hari nih diorang soalsiasat gua.... Lain hari gua plak soalsiasat diorang...

Mmm... Selasa nih gua pi Bukit Aman.... Saper mau temankan gua pi sesi soalsiasat.... Hahaha.....

22 May 2013

Satu Pendekatan Yang Baik, Tetapi ....

Bhai... Usaha Khalid Abu Bakar mengujudkan Jabatan Pencegahan Jenayah (JPJ) sebagai satu cabang jabatan baru dalam Perkhidmatan Kepolisan gua respek dan sanjung.... Memang patut ader jabatan nih... Jabatan Pencegahan Jenayah...

Cumanyer...... walaupun ianya satu pendekatan yang baik, tetapi..... kalu disalahgunakan.... ianya akan menjadi satu jabatan yang akan mencari pasal dengan rakyat... jabatan yang akan mencari-cari kesalahan rakyat....  dan boleh menjadi satu jabatan yang boleh dimanipulasi oleh pemerintah yang zalim...

Semuanya boleh dilakukan atas alasan.... pencegahan jenayah..... walhal maybe banyak daripadanya aderlah fabrikasi jer.... so... harapnyer la... tak jadi benda tak elok dengan penubuhan jabatan pencegahan jenayah nih....


12 May 2013

Bila Polis Membuat Laporan Polis

Bhai.... gua takmo nak cakap lebih-lebih.... selalu tue gua dengar citer yang susah Polis nak buat siasatan kalu takder laporan Polis.... contohnyer.... walaupun Polis sedar yang ader banyak citer tentang hasutan perkauman yang dibuat oleh ramai blogger-blogger pencacai UMNO... tapi Polis tak dapat nak amik tindakan dan mulakan siasatan... pasai takder laporan Polis...

Itulah alasan yang selama nih gua dengar.... dah tak larat dah gua dengar... biler gua tanya dengan kengkawan kat Jabatan "E" Bukit Aman... diorang cakap... yang Jabatan diorang tak ikut SOP tue.... diorang tak perlu pon ikut.... yang banyak songel pasai isu laporan Polis nih biasanyer bahagian GD... 

Kalu JSJ ker... D7 ker... D8 ker... tue sumer ... biasa tak perlu pon adernyer laporan Polis.... boleh jer buat siasatan dan operasi..... yang memang selalu banyak songel nih cuma GD jer....  (no pun intended)

Gua gelak jer biler dengar member gua tue citer... sebab kat Agensi... kitorang tak perlu pon adernyer laporan... sebab kiter yang cari sendiri laporan..... hahaha ... tu pasai la kitorang kedepan skit dalam bab kerja nih.... 

Tapi... biler gua dengar ader polis membuat laporan polis.... pergh... terkejut gua dengar... hahaha... sendiri lapor sendiri siasat.... lawak aaa.... pandai plak nak buat laporan... kata kena tunggu orang awam buat laporan.... aper daaa..


06 May 2013

PRU13 Tepat Seperti Hasil Analisis Risikan Agensi

Bhai..... kalu lu orang aderlah pembaca setia blog gua nih... lu orang mesti pernah baca tentang analisis keputusan PRU13 yang gua pernah tampilkan disini hasil dari risikan agensi yang mana gua ader terlibat... Dan ianya jugak hampir samer dengan risikan kengkawan di Jabatan "E" Bukit Aman.... hehehehe

Sebelum citer panjang.... cer lu tengok 3 carta nih yang terakhir skali gua publishkan semalam.... hehehe

semak story asalnya di SINI



semak story asalnyer di SINI

So .... amacam.... dulu masa gua asyik publishkan benda nih... agar jadi peringatan... ramai orang kata ini semua bullshit... ini semua mengarut... ini semua citer fabrikasi.... hahaha.... Bhai... gua dah terlibat dengan benda-benda analisis macam nih dah lama bhai... dari mula gua masuk Agensi sampailah gua "blah" ..... hahaha...

Ini aderlah kali ke 4 gua dan kengkawan di Agensi punya analisis tepat lagi jitu... kalu ader perbezaan pon seciput jer.... hahahaha... Nak buat camana.... masa 1999 dulu pon gua buat satu analisis gak... ramai kengkawan tak percaya... tapi akhirnya terpaksa salut gak ngan gua punya analisis...

Biler gua kater Voter Sentiment Ratio (VSR) pengundi lebih kepada BN... ramai tak percaya... sebab diorang tengok ramai orang di semua ceramah dan himpunan Pakatan Rakyat.... hahaha.... bhai... berapa kali gua mau kasi lu orang ingat aaa... ramai orang tidak bermaksud undi majoriti..... hahaha...

Ramai orang datang ceramah... bukan semuanya penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat... sebab banyak aderlah pengundi atas pagar... kalu diorang tengok perangai orang PR macam lahanat.... macam dalam kes provokasi di Seksyen 18 Ipoh tue... mesti ramai yang akan berubah sokongannya...

Macam kat Kemaman dua tiga hari sebelum mengundi.... rider PR buat perangai macam setan.... jadi pengundi atas pagar akan perhatikan dan kemudian mungkin akan mengambil sikap menolak sokongan diorang dari Pakatan Rakyat.... Itu belum lagi kalu kira dengan statement "mulut longkang" dari Hadi Awang, Karpal Singh, Haron Din, Haron Taib dan sekor lagi orang DAP kat Johor yang nama dier gua tak ingat la plak (malas nak tanya Lebai Google)...

Aper pon.....  lain kali... biler gua publishkan analisis nih... sila perhatikan betul-betul dan amik tindakan proaktif.... hahaha... skrang kan sudah kena.... Anwar Ibrahim kena tunaikan janji yang dier takkan bertanding lagi untuk merebut jawatan PM selepas nih.... Hahaha.... Lepas nih mudah la Hadi Awang nak bertanding jadi PM..... hahahaha...

So... pasai Kelantan.... Kalu Nik Aziz meninggal dunia jer... sure Kelantan akan kacau bilau.... dan silap-silap boleh jatuh kepada BN.... tapi Mustapha Mohamad tabley la nak jadi MB ... pasai menang 47 undi jer..... kurang-kurang Anuar Musa menang lagi banyak undi majoriti...

UPDATE : Gua lupa nak tambah.... hehehe.... BN memang hebat sebab telah berjaya membelanjakan dana hampir RM1.3 bilion dalam usaha kempen PRU13 (iklan dan umpan) .... ini baru dari satu sumber maklumat jer... belum lagi kalu gua dapat semak yang lain.... hahahaha.... banyak siot.... 

UPDATE 6th May:

Kredit dari Blogger Greenboc

Maknanyer.... dengan kemenangan 133 kerusi ini ..BN mengekalkan kuasa pada kedudukan 59.9099%  atau dibundarkan kepada 60% iaitu sama dengan analisis gua dan agensi.... iaitu..

(c) 2013 - Agency


05 May 2013

#PRU13 : Masa Sudah Tamat

Bhai.... Masa pengundian sudah tamat.... sori... sudah pukul 5 ... kalu ader lagi pusat mengundi yang dibuka dan masih menerima pengundian lagi... itu dah kira salah.... tapi kalu pintu pagar dah tutup.. tapi barisan panjang masih tak solosai lagi mengundi... itu kira lain....  Saper suruh pegawai pusat mengundi buat kerja lambat... hahaha

Okeh la.... skrang masanyer yang ditunggu-tunggu.... masa pengiraan undi...

Seperti yang gua tegaskan banyak kali dah.... Kalu PR menang di Putrajaya atau di Gelang Patah... alamatnyer keputusan dan pengumuman tue la paling lewat skali akan diumumkan dan disahkan oleh SPR..... hahahaha...

Kalu mana-mana kerusi yang BN menang.... sure paling cepat akan diumumkan..... hahaha... Itulah perangai SPR yang gua dah kenal... dan gua dah ikut proses pilihanraya nih dari tahun 1985 lagie.... hahaha...

Aper-aper pon.. ini ader satu nasihat dari gua dan kengkawan di Jabatan "E" Bukit Aman serta operatif di Agensi.... Tolong aaa... Tolong jangan adakan perarakan untuk menyambut kemenangan antara malam ini sampai esok petang... relaks dulu... jangan cari pasai...

Nanti ader yang akan amik peluang nak kasi perangat dan buat sabotaj... yang nama busuk nanti bukannyer orang BN yang buat perangat tue... tapi... penyokong PR....  so... jangan aderkan alasan untuk penyokong BN buat sabotaj kat lu orang....

Lagi satu.... jangan... jangan cari pasai dengan menyambut kemenangan PR dengan memasang mercun ker aper ker.... nanti tak pasai-pasai jer ader masalah....

Bhai...

Semoga PR menang ini kali lah.....

02 May 2013

MiloSuam Ditahan: Sori Aaa.... Unsangkarable

Bhai.... sori aaa... unsangkarable la... gua tak sangka PDRM akan buat kerja macam nih.... sampaikan blogger MiloSuam ditahan..... pelik sungguh... yang lagi best tue... kengkawan gua yang ramai kat Jabatan "E" Bukit Aman pon tak sangka benda nih akan dibuat oleh pihak-pihak tertentu dalam PDRM....

Bukan aper... tindakan PDRM menahan blogger MiloSuam memang akan menyebabkan PDRM mendapat persepsi bahawa ianya berada dibawah telunjuk BN... sungguh... dalam pada beberapa pegawai atasan dalam PDRM cuba untuk mengurangkan persepsi PDRM aderlah barua BN.... ader plak pegawai yang menyusahkan lagi... aper daa

Pening aaa.... semua orang kat Jabatan "E" tahu yang tindakan menahan blogger secara "berpilih-pilih" aderlah satu tindakan yang tidak wajar... tapi nak buat camana... ader tangan yang lagi besar dibelakang semua ini.... Cakap-cakap di Bukit Aman menunjukkan bahawa tindakan ini sebenarnya sengaja dibuat oleh beberapa orang sebagai mensabotaj BN.... tapi yer la... kiter sumer bukan tau pon isi hati orang... kan.. kan ... kan...

Gua percaya.... penahanan berpilih terpilih ini memang akan menyebabkan BN lagi teruk situasinya.... jika blogger yang mengeluarkan bahan lucah dibenarkan bermaharaja lela ..... tanpa dikenakan tindakan.... secara otomatik... reputasi dan persepsi rakyat terhadap PDRM dan BN lagi merudum...

Aper-aper pon jangan riso... InsyaAllah blogger MiloSuam tidak akan diapa-apakan semasa dalam tahanan di Bukit Aman.... sebab ader banyak mata (kengkawan gua) di dalam Jabatan "E" Bukit Aman yang akan memantau perkara nih... harap bersabar jer la....

P/S : Untuk makluman... sila jangan tulis apa-apa komen pada blog MiloSuam untuk beberapa hari nih bagi mengelakkan lu orang kena "trace" .... hehehe.....

P/S/S : Untuk kengkawan BOND gua nih.... jangan la main kasar camnie... nanti lu orang jugak yang susah... "mann-mann" sudah la.... Oh yer... kes PapaGomo siarkan gambar sulit dalam KapalSelam yang termaktub dalam OSA tue biler nak siasat... dan biler lak PapaGomo nih nak ditahan dan didakwa menyebarkan bahan yang dilarang dibawah Akta Rahsia Rasmi.....???? .... PDRM... PDRM....

Pasai 2 laporan polis (satu daripadanya dibuat sendiri oleh polis dan satu lagi oleh SPR) boleh kena tangkap.... tapi berpuluh laporan polis (satu pon takder dibuat oleh polis) terhadap PapaGomo.. takder kena tangkap... hebat....  sepanjang gua terlibat dalam agensi .... hanya beberapa tahun terakhir nih jer yang gua dengar polis sendiri yang buat laporan polis... mintak polis siasat..... lawak siot....... hahaha.... sendiri suruh sendiri siasat.... hahaha

(artikel nih ditulis sesampainya gua dirumah pukul 3.30 pagi) - selepas gua publish Voter Sentiment Ratio (VSR) untuk 1 May 2013

Bodohnyer blogger UBN...  MiloSuam ditahan di Tesco Setia Alam... takkan la nak naik kapalterbang pi luar negara  cuma perlu naik di Tesco Setia Alam..... Hahaha....  kalu bodo... diam-diam jer la.... hahaha .... Setia Alam dengan Sepang berapa jauh la bhai.... hahaha

18 April 2013

Siapa Calon PR Tetapi Ahli BN?

Bhai... gua berani jamin... mesti ramai yang tidak tahu adernyer perkara semacam nih... Hahaha... Kalu lu ingat ader calon BN yang ahli PAS..... jangan plak buat tak percaya kalu memang ader calon PR yang memang ahli BN...

Sebelum PRU10 pada 1999 .... ada usaha daripada satu unit dalam Barisan Nasional yang telah berbincang dan merumuskan satu strategi jangka panjang bagi BN mengekalkan kuasa mereka diperingkat pusat. Beberapa kertas cadangan telah dibuat... dan salah satu daripada kertas cadangan tue ader menceritakan perlunya diujudkan "mole" dalam parti pembangkang utama seperti PAS dan Keadilan Nasional...

Dalam kertas cadangan tue juga ader ditekankan perlunya diletakkan "mole" dalam DAP... tetapi disebabkan susah sangat nak cari calon yang sesuai.. maka terpaksa lah beberapa cubaan dilakukan untuk brainwash ahli DAP yang berbangsa Melayu...

Dalam PAS pula... amat mudah untuk BN mendapatkan "mole" yang dibuat dengan dua cara. Cara pertamanya dengan menghantar masuk beberapa orang dan tokoh menjadi ahli PAS... dan cara kedua ialah dengan cara memujuk beberapa ahli PAS yang diketahui kuat sentimen kemelayuannya.

Bagi Keadilan Nasional pada masa tue..... tak perlu susah-susah nak cari calon.. memang ramai dikalangan ahli Keadilan Nasional yang sebenarnya menawarkan diri untuk menjadi "mole" demi untuk memastikan kelangsungan UMNO/BN dan Melayu...

Indoktrinasi nih berlaku tanpa disedari oleh ramai ahli dan penyokong parti yang terlibat. Dengan bantuan beberapa agensi kerajaan seperti anggota cawangan E... "Ops Susup" nih telah dapat berjalan dengan lancar.... Malah boleh dikatakan inilah satu koordinasi terbaik yang pernah dilakukan oleh cawangan E selepas era darurat dan perang dingin.

Jadi.... jangan la lu orang terkejut kalu ader calon PR tetapi ahli BN... dan biler sampai masanyer nanti.. sama ader diorang akan melompat atau diorang akan memporak-perandakan PR selepas PR disahkan menang pada PRU13... Ini pernah berlaku (sori gua takleh nak kasitau dilokasi mana pada tahun berapa).... dan akan jugak berlaku kali nih pada PRU13...

So.. jangan terkejut badak aaa....  hahaha

27 January 2013

Seharian Yang Memenatkan

Bhai... sori la gua tak komen dan tulis mender pasai politik.. terutamanya tentang Nasharuddin Mat Isa yang dah terkeluar dari Majlis Syura Ulama PAS.... (nanti ader masa gua ulas... hahaha)... Ini semua sebab seharian yang memenatkan gua....

Dari malam semalam gua sampai di KL sekitar pukul 11 malam... sibuk dengan agenda... hantar laporan... sebelah pagi plak gua ader kat kawasan Bukit Aman.... urusan kerja.... submit aper yang perlu.... jumpa orang itu... jumpa orang ini.... jumpa pegawai itu.. jumpa pegawai ini.... masuk bilik tue.. masuk bilik nih... laporan berbagai.... hahaha... memang penat aaa...

Nih baru sampai Gambang... lepak kat tempat member dulu... rehatkan badan... malam baru gerak pi Kemaman... Esok dalam kol 10 ader meting kat satu institusi pengajian .... regarding produk Sangfor dan Bluecoat (wan optimizing, content filtering dan packet shaper @ bandwidth management) .... Hahaha... kerja bhai.. kerja...



13 January 2013

Pendedahan : Cerita Disebalik Pas Media PDRM

Bhai...sebelum gua nak bukak citer pasai benda nih... gua nak lu orang berfikiran terbuka... tolong jangan menghentam PDRM ... sebab diorang nih kakitangan kerajaan jer... dan diorang takkan buat lebih daripada apa yang telah diarahkan oleh pimpinan atasan.... Malah ada dikalangan mereka yang juga membenci tindakan yang terpaksa mereka sendiri buat. Dan pendedahan nih gua buat seperti yang gua dah janjikan baru-baru nih.... kan... kan... kan... hahaha

Bhai.... gua memang ramai kengkawan dalam PDRM ... terutama sekali yang duduk kat dalam "E" ..... dari pegawai junior sampailah yang ader crown.... hahahaha.... malah gua memang kerap naik turun Bukit Aman atas beberapa urusan....  urusan aper tue.... hahaha... gua tabley nak jawab lar....

Okeh... ader satu mesyuarat dalaman PDRM yang berkisar tentang operasi mendapatkan maklumat dan akses dalam urusan berkaitan politik dan ketenteraman awam di Malaysia.... ader la beberapa pegawai kanan yang glamer dalam mesyuarat tue... dan mesyuarat tue dikendalikan oleh Cawangan Khas... Gua tak pasti lah (hahahaha.... jeng..jeng...jeng) ... ada atau tidak MIO yang dijemput samer dalam mesyuarat tue... hahaha

Lalu salah satu daripada cadangan yang kuar masa mesyuarat tue aderlah cara terbaik untuk mendapatkan akses kepada maklumat tanpa perlu bersusah payah menyusup.. walaupun ramai anggota Cawangan Khas sekarang nih ader dalam semua parti politik... malah ada yang dilantik menjadi AJK parti.... hehehe ... Diorang nih menyusup dah lama bhai... biler ader ajer parti yang ditubuhkan... diorang akan menyelit samer.... hahahaha... termasuklah............ xxxxxx

So.... cadangan itu diterjemahkan dengan idea memberikan pas media khas PDRM kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya dan secara otomatik akan disahkan sebagai wakil media yang sah dengan PDRM. Malah apabila berlaku apa-apa kejadian, anggota PDRM dimestikan untuk menyelamatkan sesiapa yang memakai pas media PDRM nih terlebih dahulu...

Okeh... jadi... bilangan pas media PDRM yang dikeluarkan tue tak ditentukan dan setakat hari ini, lebih dari tiga ratus pas media PDRM telah dikeluarkan. Persoalannya disini.... aper sebenarnya berlaku disebalik pas media PDRM nih.

Memang benar ramai wakil media (dalam dan luar negara) telah mengambil pas media PDRM nih... dah sebahagian besar telah diperuntukkan kepada Unit Media Baru (UMB). Namun...... ader sebilangan besar juga pas media PDRM nih diberikan kepada anggota Cawangan Khas untuk memudahkan mereka bertugas... dimana semua parti politik diperlukan untuk memberikan akses media kepada semua yang memakai pas media PDRM nih...

Dan inilah cara terbaik untuk Cawangan Khas mudah masuk dalam mana-mana event di Malaysia... dan secara tuntasnya ianya tidak akan menimbulkan syak wasangka awam.

Abis tue... ader orang tanya gua... pasai aper gua takder pas media PDRM.... hehehe... gua tak payah pon pas media tue... gua dah senang jer masuk mana-mana event.... kabel kuat la bhai.....  hahahaha....

Oh yer... lupa nak citer.... masih ramai lagi anggota Cawangan Khas yang tak pakai pon pas media PDRM.. tapi diorang nih senang nak masuk mana-mana event ... pasai diorang ader rakan taulan yang hebat.... hahahahahahahaa

Jangan mare...... hahahahahahahahahaha

Orang Kita (Cuba Teka)

Orang Kita (Cuba Teka)

Bebudak UMB

Orang Kita (Cuba Teka)

Orang Kita (Cuba Teka)

Orang Kita (Cuba Teka)

Orang Kita (Cuba Teka)

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1