Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Macau Scam. Show all posts
Showing posts with label Macau Scam. Show all posts

15 December 2021

Malaysia Darul Lolos

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia nih lawak... Sebab semuanya boleh lolos kat Malaysia nih....

  • Sajat boleh lolos sampai ke Thailand
  • Sirul boleh lolos sempadan sampai ke Australia
  • Ali Abdul Jalil boleh lolos sampai ke Sweden
  • Alvin Tan boleh lolos ke Hong Kong
  • Micheal Soosai boleh lolos sampai ke India
  • Balbir Kaur boleh lolos sampai ke India
  • Jennifer Tay boleh lolos sampai ke USA
  • Nik Faisal Ariff Kamil boleh lolos sampai ke Macau
  • Teh Soon Seng boleh lolos ke Hong Kong
  • Bos Macau Scam boleh lolos panjat pagar HQ SPRM
  • Long Tiger boleh lolos lokap Mahkamah
  • dan banyak lagi
Hahaha.... kalu nak tulis rasanya terlalu banyak .... sampai dah tak boleh ingat dah.... macam kes enjin jet pejuang F5E pon boleh lolos tempohari..

Giler aaa..



18 April 2021

Apa Makna Cerita Ini?

Bhai/DeeDee semua...

Aper yang gua dapat simpulkan dengan kenyataan ini adalah ianya ada dua sisi berbeza untuk kita lihat perjalanan kes ini...

Persoalan sama ader benar atau tidak penama-penama yang dituliskan dalam artikel yang viral tersebut itu satu hal.... Cuma apa yang kita kena perhatikan bagaimana impak daripada artikel itu sebenarnya menggugat pihak-pihak tertentu... yang kini sebenarnya sedang melakukan cover-line tahap mega.

Yang lagi menarik... bilamana semua nama-nama kongsi gelap dan kartel serta Macau Scam yang terlibat dalam artikel viral tersebut hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada "the big picture".

Malah nama-nama suspek dan orang subahat dalam artikel viral tersebut sebenarnya telah lama diketahui orang ramai sebelum artikel viral ini tersebar... Dan yang lagi menariknya... bagaimana beberapa insiden lain dalam sehari dua ini dilihat sebagai sebahagian daripada "massive cover-up" dan "art of diversion" bagi kes artikel ini...

Semuanya yang berlaku dalam sehari dua ini adalah saling berkait... Kalu lu orang cekap dan bijak... lu orang boleh perasan punya.... Dan apa yang berlaku bukanlah 100% kebetulan....

Ini semua ader dalam "backup master-plan"... ianya sekadar wayang..

Just follow the money trails...... hehehehe

Berita 1, Berita 2



14 April 2021

Bila Mau Selesai?

Bhai/DeeDee semua...

Ko penat-penat abiskan masa berbulan buat siasatan, buat laporan, buat serbuan dan buat tangkapan bagai... tinggal anak bini... sibuk semedang...

Last-last ader pihak kat atas tue yang lepaskan dan bebaskan suspek... hanya sebab suspek bayar wang perlindungan dengan pihak atasan..

Daripada buang masa kosong tak dapat apa macam tue... baik ko amik ja wang perlindungan tue... at least berbaloi...

Dah semua level sampai ke kayangan pon baham rasuah nih... takkan ko yang level machai balachi bawah ni yang lebih bersungguh-sungguh jaga integriti dan sebagainya... walhal golongan agama pon sebat jugak...

Itulah sebab sampai ke sudah isu rasuah nih tak boleh habis... kalo nak habis.. bukan setakat VIP... malah level kayangan pon ko kena cantas kasi solosai...

Ader paham ka??


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1