Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Alvin Tan. Show all posts
Showing posts with label Alvin Tan. Show all posts

15 December 2021

Malaysia Darul Lolos

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia nih lawak... Sebab semuanya boleh lolos kat Malaysia nih....

  • Sajat boleh lolos sampai ke Thailand
  • Sirul boleh lolos sempadan sampai ke Australia
  • Ali Abdul Jalil boleh lolos sampai ke Sweden
  • Alvin Tan boleh lolos ke Hong Kong
  • Micheal Soosai boleh lolos sampai ke India
  • Balbir Kaur boleh lolos sampai ke India
  • Jennifer Tay boleh lolos sampai ke USA
  • Nik Faisal Ariff Kamil boleh lolos sampai ke Macau
  • Teh Soon Seng boleh lolos ke Hong Kong
  • Bos Macau Scam boleh lolos panjat pagar HQ SPRM
  • Long Tiger boleh lolos lokap Mahkamah
  • dan banyak lagi
Hahaha.... kalu nak tulis rasanya terlalu banyak .... sampai dah tak boleh ingat dah.... macam kes enjin jet pejuang F5E pon boleh lolos tempohari..

Giler aaa..



10 December 2014

Apa Interpol Boleh Buat?

Bhai/DeeDee semua...

Had kuasa Interpol adalah hanya kepada kes-kes yang mana seseorang warganegara yang terlibat dengan jenayah rentas sempadan. Bagi kes yang bukan jenayah rentas sempadan, Interpol tiada kuasa. Malah bagi kes yang melibatkan perlembagaan (bukannya jenayah) sesebuah negara, Interpol tiada kuasa.


Malah Interpol tiada kuasa menahan mahupun membuat tangkapan bagi kes berkaitan perlembagaan sesebuah negara. Akta Hasutan di Malaysia bukanlah Akta yang bersabit dengan Jenayah maka mengikut kriteria ini Interpol tiada hak untuk menahan mahupun membuat tangkapan. Interpol hanya boleh menyalorkan maklumat dan siasatan kepada negara asal seseorang suspek itu dan tindakan selanjutnya adalah dibawah bidang kuasa agensi yang berkaitan di negara asal suspek.

Oleh itu... dalam kes Alvin Tan dan Ali Abdul Hassan yang dikatakan kedua-duanya telah mendapat "Suaka Politik", maka Interpol tiada kuasa menahan dan membuat tangkapan. Semua urusan menahan dan menangkap terletak dibahu Cawangan Khas PDRM.

Soalan yang patut ditanya....

"Adakah PDRM akan memohon kerjasama secara rasmi dengan beberapa agensi siasatan Malaysia yang lain yang mempuinyai 'jurisdiction' dan akses di luar negara ataupun PDRM terpaksa menggunakan sepenuhnya aset Cawangan Khas yang berada di luar negara untuk tugas mengesan, menahan dan membuat tangkapan terhadap suspek".

Jika PDRM membuat secara terus, ianya akan melibatkan isu diplomatik dan mungkin akan menyebabkan masalah lebih besar antara dua negara bersahabat.

Apa yang perlu PDRM buat pada pandangan gua adalah dengan memohon kerjasama dengan Agensi lain yang mempunyai jangkauan di luar negara yang mana agensi ini memang acapkali menggunakan "private contractor" bagi tujuan ini.

Suspek perlu ditahan dan ditangkap serta di"seludup" balik ke Malaysia oleh "private contractor" jika Kerajaan Malaysia mahu mengelakkan isu berkaitan diplomatik hasil dari ujudnya "Suaka Politik" yang dimiliki oleh kedua suspek ini. Jika guna saluran biasa... memang masak....

BTW ... Bukan tidak pernah kita gunakan cara ini untuk selesaikan satu-satu tugasan.... Hehehe

30 September 2014

Khas Buat Alvin Tan

Bhai Alvin Tan...

Lu ingat lu lari mintak suaka politik ngan Amerika Syarikat boleh menyelamatkan lu daripada dikenakan tindakan oleh Kerajaan Malaysia ker? Hahahaha..... Lu silap bhai.... Lu memang silap...

Bukan tak pernah Kerajaan Malaysia melalui beberapa agensi dan badan penguatkuasa yang ader dapat mengesan dan membawa balik suspek dan pesalah ke Malaysia.... walaupun di ceruk mana mereka berlindung.... Bezanya sama ader Kerajaan Malaysia mahu buat atau tidak.... tue ja... Lu ingat tak kes Micheal Soosai dulu.... ingat lari ke India boleh lepas bebas.... Hahaha

Jadi ingat-ingat skit la bhai...

"Kiter" pernah bawak keluar suspek dari beberapa negara dengan banyak cara.... dan walaupun ader suspek yang mendapat perlindungan di negara tersebut... masih kiter dapat bawak balik melalui beberapa operasi hitam... Kiter ader team yang boleh masuk dan keluar dari banyak negara tanpa dikesan...... ingat tue bhai..... Kalo nak "senyap" kan lu pon takder hal.... umpama tibai nyamuk ja...

Jangan ingat lu duduk US boleh selamat takder kena tindakan..... Hehehe ...  Kat US tue Malaysia ader "safe house" la..... yang bebila jer boleh diaktifkan....

Gua sekadar nak bagitau dan peringat lu jer..... Hahaha....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1