Malaysia memang melaksanakan dasar pengawalan senjata api (gun control) yang agak keras. Pemilikan senjata api hanyalah boleh melalui beberapa cara sahaja... termasuklah jika memiliki kebun dan ladang serta untuk kegunaan keselamatan diri..
Setiap pemilik senjata api di Malaysia diwajibkan menjalani ujian kecekapan dan ujian psiko. Malah terdapat juga senarai pemilik lesen senjata api disatu-satu kawasan yang dibawah pengawasan Ketua Polis Daerah (OCPD)...
Jadi ... Gua ader satu cadangan... Gua rasa terbaik kalau ader satu Ballistic Database yang mengandungi semua ujian balistik dan data mengenainya bagi setiap senjata api yang dilesenkan...
PDRM patut mengujudkan satu pangkalan data bagi ujian balistik (ballistic fingerprinting test) bagi setiap senjata api yang dilesenkan.. Dan jugak semua senjata api milik anggota keselamaan bagi memudahkan untuk mengenal pasti senjata api mana yang terlibat dalam satu-satu kes jenayah...
Oleh yang demikian.. Secara otomatiknya ianya akan memudahkan pemantauan jika terdapat senjata yang dilesenkan terlibat dalam kejadian jenayah...
Tapi... Seperti mana yang kita tahu... Kebanyakan penjenayah akan menggunakan senjata api yang diseludup secara haram dalam mana-mana kes jenayah.. Walaupun begitu kita tidak boleh menolak begitu saja elemen senjata api berlesan yang disewa secara haram oleh pemiliknya untuk tujuan jenayah...
Jadi. Adakah PDRM mahu mengorak langkah kearah menyediakan satu pangkalan data balistik (ballistic database) bagi ballistic fingerprinting test .... Atau... Ada pihak dalam PDRM sendiri yang akan menolak cadangan ini kerana takut segalanya terbongkar???
Kita tunggu dan lihat... Hahaha
UPDATE : Kalau tak paham tentang Ballistic Fingerprinting nih... sila baca di sini.
UPDATE : Kalau tak paham tentang Ballistic Fingerprinting nih... sila baca di sini.
wohoho.. aku tak faham sgt psl ni.
ReplyDeleteBhai Carlos...
ReplyDeleteGua dah update kat dalam artikel tue maklumat tambahan... hehehe ... baca jangan tak baca...
hari ini hendaklah lebih baik dari hari yang lepas jadi mengapa tak mau yang terbaik kalau ada yang tak mau kasi tanya sama sesiapa yang tak mau apa pasai tarak mau.setiap sistem mesti di pantau keberkesanan nya dan diubahsuai ikut keadaan semasa. setiap peraturan manusia mesti melalui perubahan demi perubahan untuk tambah mantap
ReplyDeletesama la macam bila penjenayah di tangkap tiba2 ada pistol yang dijumpai bersama. hahaha
ReplyDeleteAk tahu benda nih sbb tgk CSI banyak sangat.
ReplyDelete