Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Agensi Risikan. Show all posts
Showing posts with label Agensi Risikan. Show all posts

08 June 2023

Malaysia Dihina Pelawak Singapura?

Bhai/DeeDee semua...

Semalam gua ader tengok satu video tular “pelawak berdiri” perempuan yang membandingkan Singapura dan Malaysia. Penuh hinaan darinya terhadap Malaysia.

Gua simple je. Kenapa “beliau” mengatakan macam tue. Sebab di Malaysia nih masalah rasuah, salahguna kuasa, ketirisan dan tadbir urus yang rendah sejak sekian lama…

Bila dinasihat dikatakan dengki… itu masalah utamanya Malaysia. Tak kira la siapa yang memimpin. Yang lama ka yang baru ka. Sama ja.

Kita nak marah kat seorang “pelawak berdiri” tu ka? Sebenarnya tak boleh jugak nak marah dier sorang sebab apa yang dier cakapkan tue sebenarnya ialah apa yang keseluruhan warga Singapura punya persepsi terhadap Malaysia.

Tak kira la warga Singapura ru dari bangsa Cina, India atau Melayu… sama jer perangai dan persepsi merekw terhadap Malaysia.

Jadi… apa yang kita boleh buat?

Kita kena berubah. Kita kena keluar dari kepompong selesa. Kita kena lebih berfikiran terbuka. Keluar dari daerah pemikiran sempit berasaskak kaum dan agama.

Kita sebenarnya sebuah negara kaya. Tapi macam gua bagitau tadi la… Pengurusan negara sejak sekian lama terbelenggu dengan pemikiran yang kolot yang penuh dengan kroni, puak, geng dan sebagainya.

Contoh mudah la… penjanjian air ngan Singapura pun masih guna deal yang lama. Langsung takder anjakan. Adoyai.. jual air mentah 10000 liter pada harga 3 sen… Gila apa..

Situ ja dah cukup menunjukkan betapa lemahnya tadbir urus aset negara.

Belum lagi isu kita benarkan warga Singapura berbondomg-bondong masuk Malaysia setiap hari untuk membeli barangan dapur “bersubsidi” tanpa kawalan pun. Habis subsidi kita hilang ke Singapura.

Patut di Johor, warga Singapura kena beli barang dapur pada harga bukan subsidi… Pembelian di pasaraya mesti menunjukkan MyKad… barulah kita boleh kawal…

Kalu nak dikirakan … subsidi barang dapur paling banyak habis di Johor kepada Warga Singapura… sama la jugak dengan kos petrol bagai.

Untuk kesekian kalinya… Kita perlu ajar sedikit warga Singapore untuk hormat Malaysia. Mana yang ader saman trafik, haramkan saja dari memasuki Malaysia. Kalu dah berada di Malaysia… saman trafik tue kena ikut nilai dalam Dollar Singapore.

Jangan la saman trafik RM300… berapa la sangat duit Singapore…

Kita kena bertegas.

Contoh lagi… Jangan benarkan warga Singapore bawa kenderaan mereka di Malaysia. Mereka wajib kena sewa kenderaan di Malaysia.. semua kenderaan peribadi rakyat Singapore wajar diparking di kawasan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Parkir ini kita bagi kat LTAT kendalikan… at least ader income.

Kita hanya benarkan kenderaan perdagangan jer untuk guna jalan di Malaysia.

Tapi…

Ini semua tak berguna jika rasuah, salahguna kuasa, ketirisan dan tadbir urus yang rendah di Malaysia tidak dapat ditangani dengan baik dan segera.

Akhir kata… Agensi Risikan Singapura (SID) memang lawak… banyak kali depa kantoi… Your moves always as predicted … Hahahaha

Shalom, Naem meod
Dirgahayu Malaysia.

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



14 January 2014

Edisi Bongkar : Bagaimana Kes Altantuya Dimanipulasi

Bhai/DeeDee semua...

Gua cuma nak kasi lu orang hint skit.... Hahaha.... Sori aaa... kalo gua ader maklumat pon gua akan kata gua takder maklumat.... Hahaha... so... ini edisi bongkar.... sekadar nak bagi hint dan idea kepada lu orang sumer bagaimana kes Altantuya dimanipulasi....

Untuk lu orang tau macam mana dan bagaimana kes Altantuya dimanipulasi... sila tonton citer kat bawah nih... Lu orang boleh la amik torrent ka... beli DVD ka... atau cari mana-mana pinjam citer nih..... tengok betul-betul dan cuba cari link kepada hint gua tue.... hahaha




Untuk maklumat lanjut citer nih... sila baca kat SINI ...

Hehehe... jangan mare aaa..... gua tak kata ianya samer... tapi.... lu pikirla sendirik.... Hahaha

13 January 2014

Skop Latihan?

Bhai/DeeDee semua...

Semalam masa timbul isu ader gambar anggota PDRM didapati mabuk semasa bertugas.... ader la sorang hamba Allah nih call gua.... mintak pandangan gua... betul ker gambar tue gambar latihan anggota PDRM.... atau gambar tue superimposed....

Gua cakap kat dier.... gua tak tau la gambar tue superimposed ker mender ker... sebab gua bukan pakar dalam bidang grafik nih... kena tanya ngan expert la..... hahaha... tapi kalu tanya gua aderkah itu gambar latihan anggota PDRM.... laju jer gua katakan ianya aderlah mustahil...

Firstly..... setiap latihan anggota PDRM mesti disediakan seperti mana yang ada dalam buku jadual latihan dan ini semua dikawalselia oleh Unit Pusat Latihan Polis (PULAPOL) yang diketuai oleh seorang Ketua Unit... Buku jadual latihan nih memang disediakan oleh satu jawatan kuasa latihan yang sentiasa memantau setiap latihan supaya ianya relevan dengan keperluan pasukan... Ini termasuklah sama ada latihan secara dalaman mahupun latihan secara luaran serta latihan bersama dengan pasukan keselamatan yang lain.

Secondly... tiada latihan yang boleh dilakukan tanpa mendapat lampu hijau daripada Ketua Unit Latihan PULAPOL bagi anggota PDRM. Tetapi bagi kakitangan awan yang bukan anggota PDRM (walaupun berkhidmat dibawah premis PDRM) boleh menjalani latihan setelah ianya diberikan lampu hijau oleh Jabatan Perkhidmatan Awam...

Thirdly... bagi kes pasukan khas dibawah KDN (VAT69, UTK, Agensi Berkaitan dan sebagainya), setiap latihan "khas" hanya memerlukan lampu hijau dari Ketua Polis Negara (KPN) dan sama ada ianya dibuat atau tidak dibawah pemantauan Ketua Unit Latihan PULAPOL adalah satu isu yang lain. Sebab ader kes dimana latihan khas ini hanya diketahui oleh anggota yang terbabit sahaja bersama dengan ketua kumpulan mereka.

Forthly... Latihan meminum minuman keras dan latihan merogol atau sebagainya tidak pernah dan tidak akan menjadi sebahagian daripada skop dan corak latihan anggota PDRM. Ini bertentangan dengan silibus latihan yang ada.

Oleh yang demikian... maka insiden gambar anggota PDRM mabuk ketika bertugas adalah mustahil sebahagian dari latihan. Ianya tidak logik sama sekali.

Untuk Makluman : Gua bukan anggota PDRM dan gua bukan berkhidmat dibawah KDN serta Agensi dimana gua "pernah" terlibat dan melibatkan diri adalah satu Agensi yang tidak berada dibawah kuasa dan jangkauan Menteri Dalam Negeri serta Menteri Pertahanan

19 December 2013

Risikan Memang Mantap

Bhai/DeeDee semua...

Unit risikan di negara ini memang mempunyai jaringan maklumat yang terbaek... mantop.... malah boleh diklasifikasikan sebagai bertaraf dunia.... Lu orang jangan pandang rendah la wei... kita punya risikan memang mantap....

Tapi...

Tapi semua risikan yang terbaek nih sudah jadi tak berguna biler mana keputusan selalunya dibuat oleh orang politik yang Gred B..... Biler yang handle Kementerian yang berkaitan dengan keselamatan nih aderlah Menteri dan Timbalan Menteri yang dungu.... yang jenis Gred B.... maka jadilah aper yang berlaku di Lahad Datu dan sebagainyer....

Sebab terlalu sangat main politik sampaikan walaupun sudah ader diatas meja semua maklumat perisikan tahap terbaek.... tapi dibuat main-main sampai keluar statement "mereka bukan musuh kita" dan "mereka sekadar datang sekejap sahaja" .... maka aper la yang nak diharapkan...

Hancuss negara nih kerana Menteri dan Timbalan Menteri malah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri aderlah dari spesis Gred B.....  hancuss lar...


KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perisikan tentera negara ini amat mantap dalam menghidu sebarang ancaman, termasuk serangan yang dikatakan sedang dirancang oleh kumpulan Abu Sayyaf, atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Beliau berkata anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa melakukan risikan bersama negara lain dalam mendapatkan maklumat berhubung desas-desus ancaman termasuk serangan atau pencerobohan.

"Saya menganggap (dakwaan mengenai kemungkinan) serangan itu hanyalah khabar angin yang disebarkan pihak tertentu, namun ini tidak bermakna kami dan pasukan keselamatan lain seperti polis mengambil mudah perkara (khabar angin) itu," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri Persidangan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS TALK) 2013 di sini hari ini.

Zulkifeli ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan MNLF mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan) pada semalam dan Hari Krismas ini.

Katanya, perisikan turut dilakukan bersama kerajaan Filipina dalam membanteras sebarang aktiviti yang boleh mengancam keamanan negara.

Zulkifeli menegaskan keadaan keselamatan di Sabah jauh lebih baik dan terjamin berbanding sebelum ini dengan kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone). - Bernama

27 November 2013

Isu Pengintipan : Satu Pendedahan Dan Penjelasan

Bhai/DeeDee sekalian...

Kalu diikutkan gua takmo nak citer lebih-lebih bab citer isu pengintipan yang "khabarnya" dibuat oleh Singapura, Amerika Syarikat dan Australia.... Tapi... ramai yang bertanya ngan gua benda nih... malah siap pujuk-pujuk gua supaya gua mengulas benda nih..

Okeh la....

Bhai.... kalu lu orang nak tau...... kat Agensi ... ader satu "Command Center" yang dikendalikan oleh kakitangan seramai "XX" orang..... dan "Command Center" nih beroperasi 24 jam sehari tanpa ader henti..... Disini ader satu skrin besar dan beberapa skrin kecil di satu bahagian dindingnya.... dan ianya memaparkan status ancaman (threat) kepada Malaysia..... di satu bucu tue ... ader paparan ancaman berasaskan kepada negara....

Biler kiter perhatikan.... Dalam banyak-banyak negara..... Singapura jer yang tak pernah hilang warna oren (Amber) pada status ancamannya... Indonesia, Thailand, Myanmar, Vietnam, Filipina dan lain-lain negara biasanyer lebih banyak warna merah berbanding warna oren (Amber)....  Warna ancaman paling bahaya aderlah warna merah...

Jadi... kalu ikutkan status nih.... memang kita selalu mengklasifikasikan Singapura sebagai memberikan ancaman sama ada secara strategik mahupon taktikal kepada Malaysia....  Kalu lu orang nak tau.... status ancaman yang sama nih jugak terpapar di beberapa "command center" di jabatan lain seperti di KDN, ATM dan MKN...

Oleh yang demikian..... lu agak-agak la.... ader tak pengintipan dari Singapura berlaku?? Sekali jet pejuang Angkatan Udara Singapura rammed ruang udara dier... mesti akan terlajak sampai ke Mersing dan Rompin... lawak betul lar... tambah lagi masa Kem Komando PASKAL di Sekakap Mersing dulu tengah nak bina...... macam la kiter tak tau yang diorang ader pasang kamera khas pada "under belly" jet pejuang tue.... Alasan yang selalu dibagi oleh Singapura aderlah ruang udara dier kecik sangat.... sekali rammed jet pejuang mesti terlajak punya...  Soalan gua... kenapa diorang tak rammed pi Batam ker... atau Timur Timur ka.... hahaha... kenapa kena masuk ruang udara Malaysia.....

Lagi satu..... kalu dalam bab pengintipan menggunakan peralatan telekomunikasi terutamanyer Internet......Hahahaha.... Mesti la ader.... dan selagi mana semua exchange trafik komunikasi dok masih nak guna SGIX sebagai hub utama penyelesaian ke Asia... selagi itu lar....

Masalahnyer.... agensi kerajaan di Malaysia jarang nak gunakan pekakasan "encryption tunneling" bagi komunikasi.... Kalu tak silap gua... hanya Wisma Putra dan Jabatan Imigresen jer yang ader peralatan pekakasan "encryption tunneling" bagi komunikasi antara jabatan dan pejabat.... dan ianya aderlah produk dari negara Scandinavian..... Hahahaha..... macam mana gua tau.... sebab dulu gua yang pasang equipment nih.... hahahaha

Bab telefon yang dipintas.... Ala... ini perkara kecik..... even Cawangan Khas pon pintas talian telefon rakyat Malaysia di exchange yang berada di Subang Hitech tue.... hahaha.... Agensi gua pon buat kerja yang sama..... jadi tak terkejut kalu Singapura dan Amerika Syarikat jugak buat benda yang sama.... sebabnya...

Sebabnyer.... telco kiter tak pernah nak semak dan siasat pekakasan elektronik yang dipasang pada equipment telephone exchange di Subang Hitech tue... Sebagai contoh... katala ader satu pekakasan "router" buatan SIEMENS nak dipasang di dalam exchange tue... kiter punya unit keselamatan tak semak pon sama ader berlaku tambahan komponen pelik pada "router" itu atau tidak.... semua main pasang jer....

Last-last... rupanyer ader bugs telah dipasang pada "router" tue yang secara otomatik akan divert data kepada lokasi lain....

Dulu.... satu masa dulu.... Unit pengintipan satu negara tue pernah pasang bugs pada mesin fotostat yang dibekalkan dan dipasang kat satu kedutaan negara asing..... dan semua maklumat yang terpapar pada mesin fotostat tue dapat dibaca dan disemak oleh agensi risikan satu negara tue.... Benda nih paling senang nak buat la bhai.... Tambah lagi kalu lu tau nombor IMEI pada telefon selular yang dipakai oleh seseorang "target" .... kiter boleh clone IMEI tue dan semua perbualan pada telefon selular tue kiter akan dengar di lokasi lain..... Hahahaha....

So cara terbaek??? Pemimpin negara yang dilabelkan "security number 1" sepatutnya menggunakan telefon selular yang dienkrip bagi komunikasi selamat (safe communication) dan bukannyer telefon selular biasa.....

Arrr... malas aaa gua nak citer cara penyelesaiannyer disini.... sebab blog gua pon dipantau oleh beberapa agensi nih.... Jadi kira gua dak kasi sikit-sikit nih kira oleh la yer.... Hahahaha.... By the way.... stendet la orang risik kiter.... dan kiter plak risik orang lain.... hahahaha.... even sesama negara sahabat..... hahaha...

Aper-aper pon.... lu orang tabley nak marahkan agensi keselamatan negara kita nih... sebab selalunyer kiter dah kasitau kat diorang-diorang nih bahaya keselamatan.... tapi biasanyer tak diamik pot pon....  diorang buat bodo jer.... Hahaha... padan muka....

Oh yer... lupa nak citer.....

"berapa kapal selam sebenarnya yang dimiliki oleh Malaysia aaaa" hahahaha..... sekadar nak bagi Agensi Risikan Singapura lagi gamjat.... hahahaha .... oopps.... sori... gua dah ter "hint" ...... hahahaha

16 May 2013

Lantikan Menteri Pertahanan Jadi Bahan Lawak Agensi Risikan

Bhai.... seperti yang gua janjikan.... nih gua nak story skit aper citer bos besar gua biler dier balik dari Putrajaya setelah selesai menghadiri majlis pengumuman senarai Kabinet Malaysia oleh Najib Razak petang semalam.....

Kitorang tertunggu-tunggu aper komen bos besar tue... seperti biasa.. walaupun dier waktu kerja agak serius... tapi skali skala lawak dier memang mantop,.... hahaha... Biler dier balik jer... terus COMM jadi sesak.... hahaha... semua kecoh kat COMM... gelak tawa yang paling banyak sekali... Tetiba jer bos besar cakap..... Ha.. lepas nih lu orang sumer jangan risau pasai pakaian seragam... sebab lepas nih lu orang boleh pakai kemeja lengan panjang ketat warna pink.... hahahaha... bos besar gelak dalam COMM...

Pergh... semua operatif yang ader guna COMM memang tak tahan gelak.... nak buat camana.... mamat lepu lagi lembik dan tabley nak buat decision dilantik jadi Menteri Pertahanan.... hahaha... gua rasa esok lusa mungkin  isu nih akan dijadikan lelucon kat Agensi Risikan negara lain.... hahahaha....

Lepas Isya... gua call kengkawan di MINDEF... nak ucapkan tahniah.... pergh... pakai diorang kata kat gua... tak payah la nak kutuk kitorang.... tolong skit.....  sorang kawan gua yang berpangkat  ** ***  (pegawai kanan ) tue pon story kat gua....  bahawasanyer Menteri Pertahanan yang baru nih.... rasanyer memang tak layak duduk kat Kementerian Pertahanan... pasai track record dier dalam making decision agak slow.... lepas nih tak tau la aper nak jadi...

Aper pon.... gua nak nasihatkan Hishamuddin Hussein yang jadi Menteri Pertahanan nih.. tolong aaa... tolong aa ubah skit persepsi tue.... kena kasi tough skit.. dan kena rajin buat decision pantas dan tuntas....

Nasib baik lar Agensi gua bukan dok bawah Kementerian Pertahanan ... kalu tidak terpaksa la jadi bahan lawak..... Hahahaa.... hampeh....

09 May 2013

Nasihat Dari Agensi : Jangan Terikut Mainan UMNO

Bhai.... nih gua mewakili suara-suara operatif dari dalam Agensi yang mintak sangat gua publishkan benda nih untuk perhatian Pimpinan Pakatan Rakyat dan semua penyokong serta pendokong Pakatan Rakyat.....

Harapnyer akan ader la yang boleh tulung sampaikan kat pimpinan atasan dalam Pakatan Rakyat.... gua dan operatif lain maleh aaa nak sound direct...

Camnie..... '

Tolong jangan terikut mainan UMNO sehinggakan akan ader beberapa siri perhimpunan aman berskala besar di Selangor, Kuala Lumpur mahupun di Putrajaya... bukan aper.... bukan kitorang nih takmo nak tengok dan saksikan himpunan aman pelbagai rakyat berbilang kaum macam nih..... kitorang suker rakyat tanpa mengira kaum berhimpun secara aman....

Cumanyer...

Takut nanti tetiba ader anasir UMNO/BN yang buat provokasi dalam perhimpunan tue... sampaikan silap-silap boleh "trigger something so called" kekecohan... yang akhirnya akan menyebabkan Operasi Lalang diaktifkan semula.... Kitorang takmo benda camnie jadi.....

Jadi... sama ader lu orang sumer dapat kawal supaya takder provokasi dari agen anasir UMNO/BN masa berhimpun nih... atau lu orang tak payah la berhimpun beramai-ramai... cukup jer edarkan tandatangan ramai-ramai petisyen... kalu dapat tandatangan 1/3 rakyat Malaysia.... senang skit nak bawak usul supaya perkara penipuan dan sebagainya dalam PRU13 dalam disiasat dan diambil tindakan.

Ader paham ka??....

Bacaan Tambahan : Gua Dah Bagi Hint


08 May 2013

KANTOI : Pencacai UMNO Buat Hal Lagi

Bhai... gua nak bagi tau lu satu mender.... hahaha.... nih benda yang gua dan kengkawan kat Agensi berbincang tadi.... teleconference.... hehehe....telepersidangan tue....

Camnie... gua tanya pandangan kengkawan kat Agensi... kalu berlakulah isu perkauman nih sampai tahap merbahaya... agak-agaknyer aper tindakan yang boleh dan akan diambil... So... bos besar Agensi menyampuk mengatakan semua plan telah ader dalam buku panduan operasi.... hahaha... takkan itu pon tak tau.... hahaha.... kena sebijik kat gua.... hahaha..

Tapi gua cakap.... agak-agaknyer la... aper akan berlaku kat para penghasut isu perkauman nih dari kalangan pencacai UMNO macam PapaGomo, ParpuKari, RBF dan ramai lagi termasuk kawan kiter yang sorang tue..... Hahahahaa...

Bos besar kater.... hahaha... kalu ikut pengetahuan dan pengamatan dier lar... semua-semua kaki penghasut tue la yang akan lari mencicit sama ader keluar negara mahupun menyorokkan diri.... sebab ... spesis-spesis macam nih sebenarnyer gempaq jer lebih.... tapi.... biler jadi sampai berparang-parang ker bertembak-tembak ker... berpancung-pancung ker... mesti diorang yang akan lari dulu.... takder gayer nyer diorang akan menjadi hero... hahaha...

Last-last skali... yang akan tenteramkan keadaan negara nih aderlah angkatan bersenjata Malaysia dan jugak anggota risikan....  dan inilah jugak yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 .... biler penghasut dan  pengkhianat nih semua lari menyorok... sampaikan terpaksa la ATM amik tindakan....  masa tue berapa ramai anggota risikan negara dan anggota keselamatan negara yang tercedera pasai nak stabilkan negara nih....  Mana pegi semua pengecut penghasut nih... semua lari..

Biler dah aman... depa semua keluar... cakap macam bagoosh... pastue... masuk bertanding... dan ramai yang menang dalam PRU pada 1970....  cam sial jer...

So... kengkawan gua kat Agensi pakat gelak ramai-ramai masa teleconference tue...hahaha... gua pon aper lagi... tumpang gelak samer.... sebab aper yang bos besar Agensi tue cakap ader rasionalnyer... hahaha... para penghasut perkauman dan rasis nih sebenarnyer gempak kat media sosial jer.... tapi in reality... kalu berlaku macam 13 Mei.... diorang la yang akan lari dulu.... hahaha....

Hahaha... cukup-cukup la tue nak menghasut isu perkauman nih... kalu nak semua dalam negara nih Melayu....dari dulu sebelum nak merdeka ... patut gubal la perlembagaan supaya hanya Melayu jer jadi Warganegara..... hahaha.....  cukup la wei pencacai UMNO buat hal lagi.... tak payah la nak citer pasai kes Kiyai Salleh Selempang Merah.... hahaha.... sebabnyer... yang menghasut orang lain.. yang menyelesaikan isu orang lain.... Poodah la wei... aper daaa....

Berlajar la jadi matang dan DEWASA skit.... konon penyokong kuat 1Malaysia.... tapi perangai menghasut perkauman macam GAMPANG.... hahahaha  ..... ader paham ka???


06 May 2013

GE13 Voter Sentiment Ratio (Finalising) - Report

Bhai... sori la pasai gua gunakan tajuk ikut format PPSMI kat blog gua nih... Hahaha... biasa la kan... ini blog picisan... blog yang tak signifikan kepada Parti... Gua bukannyer satu nama besar dalam persekitaran dunia siber nih...

Gua takder influential power macam portal TranungKita .... hahaha...

Tapi.... hasil latihan dan tugasan yang gua dah buat selama nih... iaitu selama berkhidmat kepada negara tercinta nih... sama ada didalam mahupun diluar negara.... yang semuanya dibiayai oleh Kerajaan Malaysia (sila faham bahawa ader perbezaan antara institusi Kerajaan dengan institusi Politik) .... itulah yang dapat gua terjemahkan dalam blog nih...

Gua.... sebagai "bekas" operatif dalam Agensi ingin sekali berkongsi pandangan dan input yang gua ader demi untuk satu perubahan kearah Malaysia Moden.... Jadi lu orang kena paham.... walaupun ader kalanyer aper yang gua tulis aderlah semacam menibai kumpulan atau orang-orang tertentu..... ianya dibuat semata-mata mahukan satu perubahan kearah yang lebih baik..

Gua aderlah ahli PAS seumur hidup... namun... gua tak wala' kepada mana-mana pemimpin.... tidak kisah sama ader ianya Perdana Menteri Malaysia mahupun Presiden PAS atau sesiapa sajer... Gua akan ikut arahan sepertimana yang ditetapkan... selagi mana ianya tidak bercanggah dengan undang-undang, kepentingan negara dan kestabilan sosiopolitik....

Hahaha... okehlah... cukup lah gua merapu dan bertelenovela nih.... hahaha... back to the topic lar.... hahaha....

Voter Sentiment Ratio yang gua keluarkan bermula pada 25 April 2013 sehingga 4 Mei 2013 seperti yang lu orang sedia maklum aderlah hasil dari risikan di lapangan oleh operatif agensi... Risikan ini agak telus kerana ianya tidak dimanipulatekan oleh pihak-pihak tertentu demi untuk memperlihatkan kekuatan sokongan rakyat (pengundi) kepada mereka.

Jumlah Kerusi Yang Dimenangi
Laporan asal setebal 14 mukasurat yang dikeluarkan setiap hari memperincikan sentimen pengundi bagi semua kawasan Parlimen berdasarkan input daripada operatif... Laporan ini kemudiannyer gua ringkaskan menjadi satu graf yang "cap ayam" dan gua pamerkan kat blog gua... Dan graf inilah yang menjadi lelucon bagi pihak Pakatan Rakyat (PR) terutamanya daripada Parti PAS...

Ratio sentimen pengundi (sila semak persamaannya)
Gua paham.... graf yang dibuat dengan menggunakan Microsoft Excel nih memang nampak kureng menyakinkan... tapi itulah dier... takkan la gua nak publishkan laporan penuh siap dengan logo agensi... nanti tak pasai-pasai kantoi.... hahaha...

Setiap kali gua tuliskan mengenai Voter Sentiment Ratio (VSR) nih... gua akan bagi pandangan peribadi gua berdasarkan aper yang gua tau... dan ianya aderlah satu bentuk nasihat kepada pihak yang terbabit... tapi biasa la... orang tak amik pot..... Hanya perkataan "Padan Muka" jer la yang mampu gua katakan.... hahaha

Aper pon... sebenarnya laporan Voter Sentiment Ratio (VSR) ini sentiasa berjalan setiap hari.... dan bos besar kat Agensi akan sampaikan laporan penuh yang diringkaskan (executive summary) kepada YDP Agong... sama ader ianya juga sampai kepada PM gua tak tau la plak.... hahaha... tapi yang gua tau... laporan yang samer akan ditallykan dengan laporan dari Jabatan "E" Bukit Aman.... Laporan MKN dan jugak laporan dari MIO.

So..... aper kerjadahnyer gua melalut nih..... hahaha....

Kalu lu orang nak tau...... ader orang tue kan... diorang akan tau sentiasa aper yang berlaku diseluruh negara... dan dier akan tau camana penerimaan rakyat terhadap polisi-polisi yang dibuat.... dan dengannya juga dier dapat menentukan tarikh terbaek untuk membubarkan Parlimen...... hahahaha

Ader paham ker?? Hahaha... kalu tarak paham... sila hentakkan kapla lu kat dinding tue.... hahahaha

#PRU13 : Dimana Silapnya?

Bhai.... seperti yang lu orang tau... PR sudah gagal dalam usahanya untuk membongkangkan BN.... tapi itu tak bermakna PR lemah dan BN kuat.... dan jugak tak bermakna PR kuat dan BN lemah.... It's all about "magic"

Bhai... biler gua ader citer itu hari bahawa kalu peratusan keluar mengundi kurang daripada 93%... maka bersedialah untuk menerima hakikat kekalahan.... kerana... SPR akan menggunakan "magic" mereka untuk memastikan BN menang walaupun simple majoriti.. Benda ini dah dilatih dan dipraktikkan sejak 12 kali pilihanraya... dan pilihanraya kali ini tidak terkecuali.... hahaha... dan lu orang boleh baca analisa gua tentang PRU13

Aper-aper pon... "magic" SPR dalam memenangkan BN pada setiap kali PRU memang marvelous... gua ader tanya kengkawan gua kat dalam SPR... diorang cakap... 'magic" tue tabley la nak dedahkan sesuka hati... nanti kalu susah la diorang... Aper pon... nantikan satu "temuramah ekslusif" gua dengan kengkawan di SPR tue.... InsyaAllah... esok gua akan publishkan...

Kengkawan di Jabatan "E" Bukit Aman pon rasa takjub dengan strategi dan taktik yang digunapakai dalam melaksanakan "magic" oleh SPR nih... hahaha... samer gak ngan kengkawan di Agensi... diorang bercadang nak buat kursus khas la camana nak buat "magic" nih.... hahaha

Tapi itu semua aderlah sebahagian kecil sahaja dari cerita sepenuhnya yang besar..... sebenarnya.... gua nak bagitau lu ... yang memenangkan BN dan menyambung jangkahayatnyer aderlah tidak lain tidak bukan .... terdiri daripada agen-agen BN (yang diklasifikasikan sebagai "sleepers") dalam semua parti lawannyer...

Dalam PAS ader agen BN... dalam DAP pon ader... dalam PKR pon berlambak..... hehehe.... dan diorang nih la yang telah berusaha mengekalkan kemenangan BN pada PRU13 kali nih.... Tahniah diucapkan kepada mereka yang begitu tuntas dalam melaksanakan arahan dan tugasan yang diberikan kepada mereka...

Bhai... lu ingat BN terutamanya UMNO bodoh ker nak membiarkan parti-parti yang lain nih jalan sesuka hati tanpa ader agen diorang didalamnyer.... hahahaha.... dah lama dah diorang buat kerja macam nih..... Aper nak kata.... BN memang terra kalu bab manipulasi nih... tambah pulak BN mempunyai dana yang tidak terhad..... Lu bayangkan la... kalu pada PRU13 nih ... belanja yang telah dikeluarkan yang dapat dikesan oleh gua aderlah sebanyak RM1.3 bilion..... itu belum lagi kalu gua goes detail.... cari maklumat sana sini..... hahahaha...

Aper-aper pon... gua nak ucapkan beribu-ribu tahniah kepada Hadi Awang..... hehehe.... terima kasih la kerana membantu BN.... terima kasih lah banyak banyak..... hahahaha .... Penat gua berkempen dibelakang tabir untuk PR... tapi dek kerana hasil usaha Hadi Awang.... semuanyer berkecai...

 

16 February 2013

Black Ops

Bhai... hahaha... aper daaa... takkan sampai banyak kali kot gua terpaksa nak citer pasai isu keselamatan nih.... hahahaha.... Takkan la sampaikan gua terpaksa nak ubah blog SOSIOPOLITIK nih jadi blog pertahanan.... hahaha... takmno la .... tak larat aaa..... Kasi chan la kat member gua ShahPaskal tulis citer tentang benda keselamatan dan pertahanan nih... hahaha

Okeh... Bhai ShahPaskal selalu citer apa-apa yang berkaitan dengan ATM... sebab yang itu dekat dengan dier... sesekali dier akan cerita tentang perkara yang berkaitan dengan PDRM.... Tapi aper yang gua nak citerkan samer lu... samer semua orang yang baca blog ini aderlah berkaitan dengan satu lagi cabang keselamatan negara yang tak ramai orang tahu dan sedar keujudannya.... hahahaha...

Kalu lu orang selalu baca blog nih.... lu orang mungkin boleh nampak kemana hala tuju penceritaan gua..... aper benda yang gua citerkan ... macam mana sesuatu insiden keselamatan yang lu orang baca diakhbar dan media sebenarnya telah diolah sebaiknya oleh agensi ini demi untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan negara terjaga...

Hehehehe... gua biasa baca beberapa blog dan penulisan berkaitan pertahanan dan keselamatan negara. Mungkin ramai rakyat biasa tak tahu bahawa ancaman keselamatan terhadap negara kita ini lebih banyak datang dari Singapura berbanding dari negara jiran lain seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.... Hampir setiap kali amaran keselematan warna jingga keluar di pejabat agensi ini... biasanya ianya akan menunjukkan kearah Singapura. Pelik sungguh...

Nak buat camana... dan itu senario semasanya... Araman keselamatan ini bukan sahaja dijanakan oleh isu keselamatan 100% tetapi juga oleh isu ekonomi dan politik.... Untuk pengetahuan lu orang sumer... agensi ini memproses data berkaitan dengan keselamatan (pertahanan, ekonomi, politik, sosial) dimana semua data ini dikumpul oleh operatif agensi yang berada di seluruh Malaysia dan hampir kesemua kedutaan dan pejabat wakil kerajaan Malaysia.

Itu data dari operatif.... dari sleeper dan mole plak lu jangan terkejut... banyak ooo... tambah lagi dalam isu Singapura... kita dah susun cukup dah sleeper dan mole kita kat sana.... bukan sajer diorang nih akan mengumpul maklumat.... tapi mereka juga akan menjalankan kerja sabotaj dan espionage jika perlu... Okeh.. cukup setakat itu... gua takmo nak dedahkan lebih lanjut strategi, teknik dan operasi diorang kat sana yang gua klasifikasikan sebagai Black Ops...

So.... sememangnya apa-apa black-ops sama ada yang dijalankan oleh Malaysia atau negara lain... memang orang awam tidak akan sedar dan perasan... sebab tahap kerahsiaan yang tinggi... Jadi kepada pengomen blog nih yang mengatakan bahawa dier sebagai rakyat Sabah lebih tahu aper yang berlaku di Lahad Datu... gua gelak jer... sebab ... kalu setiap black-ops rakyat boleh tahu biji butirnya... maka tak guna la jadi rahsia .... kan... kan... kan... hahahaha....

Lagi satu... aper yang gua citerkan dalam blog nih... cuma sekelumit kecil jer... sekitar kurang dari 10% maklumat.... yang lain gua terpaksa simpan demi keselamatan negara.... Sori aaa....

Berkaitan:

1. Ops Lahad Datu
2. Insiden Di Lahad Datu

07 December 2011

Analisis Pra Pilihanraya

Bhai... dua tiga hari sudah gua ader jumpa ngan beberapa kawan lama yang masih berkhidmat dalam satu cabang risikan ...... depa on the way nak pegi Kelantan katernyer... 4 orang naik satu Ford Fortuner .... depa call gua dan ajak makan skali... aper lagi.. orang dah offer makan.. gua pon pegi la...

Gua tanya diorang... aper hal pergi Kelantan... depa kata... macam biasa la... buat risikan... buat statistik.. buat analisa... Gua gelak jer... hahaha... macam la gua tak tau aper kerja sebenar diorang nih.... hahaha

Gua tanya lagi diorang... macam mana ngan pengumpulan statistik yang sedia ader... aper peratusan yang boleh dipercayai... Pakatan Rakyat ader chan ker menang besar kali nih? ..... pakat depa gelakkan gua macam nak giler...

Depa kata... sori mori la bhai.... Pakatan Rakyat takder can nak menang besar... hasil analisis depa.... menunjukkan Pakatan Rakyat punya kekuatan tak cecah pon 40% ... Gua kater kat depa... giler aper... takkan golongan muda tak sokong Pakatan Rakyat... hahaha... depa balas balik bagitau... kalu pon nampak ramai orang muda sokong Pakatan... tapi tak semudah itu pola pengundian yang akan berlaku.... pembolehubah ader banyak... dan dalam keadaan sekarang nih ... UMNO/BN tengah kuat dari segi undi golongan muda...

Terkezut gua biler dengar benda nih... Dah la golongan tua memang akan undi BN.... takkan la orang muda pon buat benda yang samer..

Gua tanya lagi... Pulau Pinang, Kedah dan Selangor aper macam.... depa kata... habis balik kat BN.... pergh... terkojot lagi gua.... depa kata senjata BN dah siap siaga untuk tawan 3 negeri tue... Kelantan plak depa kata setakat analisa yang ader... BN akan dapat mengurangkan jurang perbezaan kerusi antara 1 hingga 3 kerusi jer...

Tetiba jer gatai mulut gua nak tanya tentang Zulkifli Nordin.... depa kata mangkuk tue akan slamat... kerusi dier selamat... BN akan letak satu calon untuk bersaing dengan dier... tapi calon nih sama ada akan tarik diri ataupun akan promo Zulkifli Nordin untuk kasi menang dengan mudah...

Kali nih depa kata... banyak kerusi yang mudah menang kat Pakatan Rakyat akan menjadi jerat maut untuk Pakatan Rakyat sendiri...

Gua lepak ngan depa lebih kurang 2 jam jer... lepas tue depa terus bergerak ke Kelantan... sebelum tue sempat depa bagitau kat gua yang bos lama gua (bos depa) dok tanya biler gua nak masuk balik join depa.... gua bagitau kat depa...tong bagitau bos... once keluar... gua takmo dah nak masuk balik... hahaha... tak larat dah nak buat kerja camnie... penat oooo...

Anyway.. kalu depa baca nih... tolong kirim salam ngan kengkawan yang masih kenal gua kat sana aaa... hahahaha

12 July 2010

Utusan Malaysia Dah Jadi Sampah

Hahahaha... tak tahan gua tengok tulisan dalam Utusan Malaysia semalam... hahaha... dier quote artikel ntah dari saper.. yang best tue dier boleh kata penulis tue prolifik... hahaha... tak kenal la...

Cara penulisan pon macam siot jer... hahaha... gua punya penulisan pon samer gak... pasai tue gua tak kata gua penulis prolifik... hahahaha.. gua penulis sensasi.. hahaha..

Tapi yang paling lawak tue diorang bawak cerita Anwar tue alat/agen CIA... hahaha.. gua tak terkejut pon... agen/alat CIA memang ader dimana-mana... agen/alat/mole FSB, KGB pon ader gak kat mana-mana..

Malah ramai rakyat Malaysia yang jadi agen/alat/mole kepada SID/ISD Singapura... hahaha.. lu tak percaya... hahaha... gua pon takder hal kalu lu tak percaya.. sebab biasa la.. orang Malaysia nih memang lembab bab risikan nih... hahaha...

Kalu lu nak tau... Malaysia nih memang tempat meeting beberapa agensi risikan dunia... hahaha... biasa la.. semua "covert ops" diorang untuk kawasan Asia senang dikendalikan dari Malaysia... sebab orang Malaysia tak amik port... tak kisah sangat... kurang syak wasangka punya... hahaha..

Sebab tue la agen risikan Singapura (SID/ISD) dan Israel (MOSSAD/SHIN BET) senang keluar masuk Malaysia menggunakan Tambak Johor... bergerak sebagai pelancong... hahaha...

Cawangan Khas (SB) dan Risik Tentera kita ader yang dapat kesan benda nih... malah dah ader beberapa operasi dilakukan untuk sama ada memantau atau menyekat dan mengambil tindakan kepada agensi risikan asing nih... Malah E3M juga memantau situasi risikan kat Malaysia nih.... tapi aper kan daya... rakyat Marhaen biasa memang tak amik port.. tak kisah.. tak cakna.. buat derk jer.... langsung takder sikap untuk membantu memantau aktiviti risikan oleh agen negara lain...

Kalu Anwar Ibrahim adalah agen/alat/mole CIA... gua tak terkejut la pulak kalu Muhyiddin Yassin pulak adalah agen/alat/mole SID/ISD .... Mungkin juga Najib Razak pun agen SID/ISD gak.... hahaha...

Dulu pada tahun 60'an ... ader beberapa agen/alat/mole KGB pernah ditangkap di Malaysia... dan semuanya rakyat Malaysia... Malah terdapat jugak agen/alat Tentera Merah Jepun warga Malaysia yang pernah terlibat dengan rampasan kapalterbang MAS sehingga terhempas di Tanjung Kupang Johor yang menyebabkan seorang Menteri Pertanian terbunuh sama dengan penumpang yang lain...

Bangunan AIA di Kuala Lumpur juga pernah menjadi medan pertempuran yang menyebabkan episod penahanan tebusan oleh Tentera Merah Jepun (JRA) pada 1975 dulu...

Jadi.. gua tak terkejut kalu rakyat Malaysia ader yang belot dan jadi agen/alat/mole kepada agensi risikan negara asing.... biasa la... semua kerana duit... takder sebab lain... hahaha.... tapi sampai biler boleh cover... lama-lama kantoi la jugak...

Macam la dalam PAS la nih... ader gak ramai agen/alat/mole UMNO/BN yang lepak kat salam tue... diorang nih la yang mencelakakan PAS ... dan yang best tue... geng-geng nih nampaknyer ramai berlingkar dipuncak kuasa... hahaha.. PKR dan DAP pon samer gak.. dah lama menyusup agen/alat/mole UMNO/BN nih...

Macam Zulkifli Nordin tue la... dier tue kira level machai jer... dier bukan agen.. bukan juga mole... tetapi lebih kepada machai UMNO/BN dalam PAS dan PKR satu masa dulu... dan sekarang nih dier dah mengesahkan dirinyer adalah machai UMNO/BN... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1