Bhai... Aper dah jadi nih.... nampak sangat la memang kuat pengaruh UG di Kota Damansara... mana taknyer... diorang ader bekap kuat... bukan level kecik anak yang bekap diorang... sebab itu lah watikah untuk calon pon diorang dapat dari jalan belakang guna tandatangan Presiden...... semua sebab berebut mengejar harta ghanimah macam yang pernah berlaku pada perang Uhud.... Aper .. lu ingat kisah perang Uhud tue takkan lagi terjadi ker dizaman moden... hahaha... Allah Taala itu Maha Bijaksana la bhai... akan ditunjukkan sekali lagi supaya dapat dilihat oleh "manusia yang berakal" ...
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" - Surah Ar Rahman (Al Quran)
Inilah bahananya biler Presiden buat statement hanya berdasarkan maklumat separuh masak daripada
penyokong dan pendokong Kerajaan Perpaduan... Gua ingat geng UG nih kuat di Rusila jer... tak sangka diorang nih ramai benar di Kota Damansara...
Bagoosh la.... inilah contoh terbaek persepakatan PR yang ditunjukkan oleh PAS yang dikuasai oleh kumpulan UG.... diorang cukup suka nak bagi BN menang... arahan PAS Pusat pon diorang takder nak amik pot... sebab diorang dibekap oleh Presiden yang kuat kelentong ahli... depan ahli cakap lain... dalam muktamar cakap lain... dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat cakap lain....
Ader chan la gua nak tengok ader kerajaan campuran PAS dan UMNO lepas PRU13 nih selesai.... hahaha... kesian betul gua kat penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dan ABCD.... kena main baek punya oleh Presiden PAS dan Geng Rusila serta UG.... hahahaha
PETALING JAYA - Kempen membantah calon PKR kerusi Dun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim memuncak malam tadi apabila sekumpulan penyokong Pas mengadakan demonstrasi ketika Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berceramah di Padang Awam, Seksyen 7, Kota Damansara.
Bantahan bermula selepas kira-kira 15 minit Mustafa berceramah sekitar jam 10 malam bagi menjelaskan isu yang timbul berhubung pertindihan calon PR di kerusi Dun Kota Damansara.
Salah seorang penyokong turut bertanyakan tentang pendirian Pas tentang Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang diketuai Dr Mohd Nasir Hashim, namun ia sekali lagi mendapat cemuhan daripada 30 penyokong selepas Mustafa enggan menjawab soalan itu.
Keadaan menjadi tidak terkawal apabila ahli-ahli Pas tersebut berang selepas Mustafa segera menamatkan ucapannya dan beredar dari lokasi ceramah.
Sebahagian daripada anggota keselamatan terdiri daripada penyokong PKR yang cuba mengeluarkan penyokong Pas dari kawasan tapak ceramah.
Tindakan itu menyebabkan ahli-ahli Pas berkenaan berkumpul di kawasan jalan raya bagi meneruskan bantahan termasuk mahu calon Pas, Ridzuan Ismail bertanding di kerusi Kota Damansara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini mewakili Pakatan Rakyat Subang.
Namun tindakan pantas polis berjaya meleraikan keadaan dari menjadi bertambah tegang dengan mengarahkan kedua-dua penyokong bersurai kira-kira jam 11.30 malam.
Tiada sebarang tangkapan dilakukan oleh pihak polis berikutan insiden tersebut dan keadaan dikawasan itu kembali terkawal.
Custom Search
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
(untuk beriklan di sini sila klik DISINI)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Jalur Gemilang Terbalik Satu Agenda Jahat
- From Taiping With Love
- Makin Bangang
- Mudah Kerja - Salahkan Sahaja Pada Banjir
- Yang meluluskan pelaburan bermasalah sebegini patut disiasat, didakwa dan dijatuhkan hukuman
- Chegu Bard mendakwa PMX ditaja 15 tahun berjumlah RM2 billion
PERINGATAN !!!
Bhai/DeeDee Sekalian.
Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
03 May 2013
22 comments:
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai/DeeDee semua... Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo T...
-
Bhau/DeeDee semua... Dulu… tanah ini kena serang dengan Chola, Ayuthia, Ligor, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis dan Indonesia se...
-
Bhai/DeeDee semua... Kah Kah Kah... Last-last... dengan ader banyak teknologi yang ada... dan sistem MyKad yang sememangnya canggih.... las...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
- Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.
- Sebijik Perangai Abdul Hadi Awang
- Apa Pulak Yang Akan Dijual Kepada China?
- Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha
- UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?
- Habislah PN
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Pusing Selagi Boleh
- Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat
- Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?
cikgu cerdik..
ReplyDeletebro..betul2 menyusahkan PR puak2 ni..rakyat bawah punya ssh payah nak tumbangkan BN, puak2 ni suka naikkan BN..
TAK HABIS-HABIS GENG-GENG BODOH UG NIH BUAT MASALAH, AKU DAH NAIK GERAM DAN MELUAT BETUL DENGAN DIAORANG...MEMANG PEROSAK KEPADA KESEPAKATAN DI DALAM PAKATAN RAKYAT...
ReplyDeleteeh betulke dari pas..sepanduk tu..dan betul ke tu penyokong pas..jgn ambil maklumat separuh masak..juga..sama je la..koli kata periuk hitam
ReplyDeletebetul ke penyokong pas.. tah tah BN kut.. yg menyamar dan buat provokasi...
ReplyDeletePenat ahli DAP & PKR dan anggota bawahan PAS buat kerja, suka2 jer Presiden PAS buat keputusan yg tidak mencerminkan kebijaksaaan berpolitik.
ReplyDeleteKalau macam ni la aku harap BN menang besar PRU13 ni lepas tu boehlah BN HARAM kan terus PAS dari bumu Malaysia - biar tak perlu nak muktamar lagi - baru pada muka semua penyokong UG dalam PAS.
Perejam UG
aku tengok kau pun bodoh juga.... gambar sepanduk tu pun kau caya ahli PAS yang buat... mmg kau bodoh cam cipan... kau tak tau ker berapa banyak poster dan sepanduk provokasi yang digantung musuh?
ReplyDeletesatu lagi... blogger lain semua sibuk citer serang BN aku tengok blog kau (1-2 blog lain juga)serang PAS... sah dah.. sah dah...
cikgu cerdik nampak pun cam bodoh juga... ....dah lama aku dok perati gelagat blog kau ni.....
Bhai/DeeDee sekalian...
ReplyDeleteHahaha... gua ader la maklumat lagi detail tentang perkara nih.. cuma takmo la nak tulis kat sini... aper-aper pon... mintak la Calon PAS kat Kota Damansara nih bagi statement yang dier tarik diri.... itupon kalu dier brani... hahaha
Biasa la bhai agen2 UMNO bagus punya sudah menyusup masuk dalam PAS :)
ReplyDeleteIni la kerja diaorang.. :)
hahaha....lu tengok la totok PAS...tegur, kritik x leh, lu kena sentiasa memuji memuja tahap dewa Tuan presiden da geng dia. Gua byk perkara tahu ttg PAS tapi kalau gua cite nnt dah jadi blog gua la plak cipan ni...hahaha
ReplyDeletePAS PERLU SEDAR DAN BELAJAR, KEBANGKITAN PADA PRU 13 NI DIDASARI OLEH KEBANGKITAN RAKYAT UNTUK MENGUBAH DAN MENJATUHKAN UMNO-BN..
ReplyDeleteKALAU PAS GERAKKAN UG,,PAS AKAN TERSISIH DARI ARUS DAN KEMBALI DI TAKUK LAMA..PAS TAK AKAN DAPAT MERASAI PEMERINTAHAN NEGARA..KALAU DAPAT PUN UNTUK SATU PENGGAL SAHAJA..
FAKTOR ANUAR IBRAHIM SEBAGAI PENGGERAK KEBANGITAN RAKYAT BUKAN SUATU ILLUSI TAPI NYATA DAN HAJI HADI TAK AKAN MUNGKIN UPAYA MENYAINGI ANUAR> INI FAKTA.
Memang puak Presiden suka BN/uMNO menang sebab lepas PRU13 nie mereka semua akan bersama UmNO sebagai satu Melayu tapi bukan lagi satu Islam,melayu belum tentu lagi islam jika tidak beriman kepada Allah,itulah Sebabnya puak-puak yang despret semasa Hassan Ali beria-ia hendak bersama UMNO tidak berapa berani bersuara sekarang mereka tunjuk secara protes dalam pencalunan calun PRU13 ini maka inilah terjadi Preiden sendiri sudah tidak percaya pada Setiusaha Agong partinya sendiri,kenapa watikah boleh diperolehi terus dari presiden dimanakah intergriti seorang SUAP yang dilantik dalam majlis tertinggi PAS.
ReplyDeletepengkhianat dimana mana berhati hati itulah lebih baik
ReplyDeleteSalam Bhai C++...
ReplyDeleteGua dah banyak baca blog lu ni tapi lately nampaknyer lu punya posting lebih kepada untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Lu tuduh orang itu dan orang ini sebagai dalang termasuklah tuduhan UG dan sebagainya.. Tetapi posting lu itulah sebenarnya yang 'jeopardize' harapan rakyat untuk menumbangkan BN. Lu pandai kata yang orang lain buat statement tak betul yang sepatutnya tunggu sehingga PRU, tapi lu pun lebih teruk gua rasa. Satu jari menunjuk ke arah orang lain, tiga jari menunjuk ke arah diri lu sendiri lah bhai.. Semakin banyak mengikuti posting di blog lu, gua rasalah lu ni SB lah bhai. Saat2 akhir sebelum mengundi, lu semakin galak mencipta keraguan di kalangan pembaca blog lu ni. Perkara yang lu posting mutakhir ini adalah persoalan picisan yang boleh diselesaikan selepas PRU nanti. Lu yakin ker yang terpekik terlolong kat Mustapha Ali masa ceramah tu ahli PAS? Kalau betul maknanya, semua tu ahli PAS yang tak hadir usrah/tamri atau tak cukup tarbiyyah!
kalau depa ni agama tak masalah yg sibuk dalam pas ni saki baki puak nasha sepatutnya dalam pas pun kena operasi pembersihan mana nawaitu duit cincang dulu baru depa tau pas ni kerja macamana pisang tak berbuah duakali jika pemimpin menindakan harta dunia
ReplyDeleteWoi cipan..semua orang Pas awarela pasal UG ni..aku pon tau,,tapi sesuai ka bercakap pasal benda ni sebelom PRU?lepas PRU x buleh ka?aku nampak ada sikit x cerdik la posting ko lately..patutla ni ko naikkan semangat untuk sokong PR ni tidak..ko ingat semua yg baca blog ni org Pas je ke?org2 atas pagar pon ramai tau,diorg bukan peduli sgt cerita dlm spender Pas ni..alih2 baca diorg x jd undi PR plak..aku nak tanya ko,,ko nak buktikan apa kata sini dgn posting2 yg mcmni?nak cakap yang ko betul ke Bhai?SO WHAT kalu ko betul pon?ko dapat apa?..aku pon bukan macai tegar Pas..sepak terajang hala tuju parti ni kita setel lepas PRU la..pasai apa nak londeh kat org luar..Appaara!
ReplyDeleteaku baru blk dr smyg jumaat kt subang bestari..bawah n39 kota damansara..dlm khutbah kate jgn undi psm..haram katenye..aku pikir2, bukan ke dap tu n sosialis?rsnya dap daftar dgn sosialis antarabangsa lg..kecewa betul aku dgn pr n39 ni..x unite..sggp pecah undi..
ReplyDeleteSemakin hampir pd hari mengundi kenapa buat posting hentam pemimpin PAS sendiri. Apakah anda lupa musuh kita sebenarnya umno/bn bukan PR. Memang tiada manusia yg sempurna kecuali nabi SAW. Kita kena ingat kalifah Al- Rasyidin pun kena kritik tentang kepimpinannya terutama Syadina Ali RA. Bila anda hentam dgn maki hamun kpd pemimpin PAS maka bersoraklah pencacai umno dan tumpang semangkuk memaki hamun. Mereka yg atas pagar pula akan ragu2 menyokong PR. Nak berpolitik kenalah bijak, jgn sibuk dgn kemuncup pula didepan gol.
ReplyDeletePerjalanan kita masih jauh walaupun PR telah menang. Lagi satu memaki hamun kpd org lain tak kiralah pemimpin sendiri atau lawan bukan akhlak org PAS yg telah ditarbiah.Tak tahulah kalau anda SB atau pencacai/cyber umno.
Matlamat kita tumbangkan umno/bn yg zalim dan kufur kpd Allah SWT. Yg utama mesti diutamakan.
aku org ganu, geng pas hok bodo, jumud dan totok pon ramai dari ganu, geng UG pon dari ganu, mmg cilakak puak UG ni, bhai gua harap lu dedahkan semua dalang2 nie, kick then out dari pas, suruh masuk umno,
ReplyDeletebhai,
ReplyDeleteada yg cakap, so what kalau pendedahan lu betul?? tu la masalahnya,bila matlamat menghalalkan cara. berasa diri sendiri betul, tapi tingkah laku takde beza pon dengan puak ubn. alasannya, lepas menang sok baru setel? masalah yang korang tak nmpak,bila dibiarkan, geng yuji ni la nanti yang bakal berebut nak kerusi PM! time tu, org dalam sendiri yg bakal tolak anwar jatuh tersembam. org tu pulak, bila di tanya pasal jawatan pm, malu2 kucing dia jawab tak nak. candat sotong lagi beh kunun... hahaha selagi kita bernama manusia, pangkat dan rete ni la yg dikejar. kalau tak, bukan berpolitik namanya.. betul?
dah berapa hari dah gua peringat kat lu, nanti ada la penyokong yang wala' mari hentam lu.kan betol.. dah mari, siap bawak geng lagi.
depa ingat bila parti nama islam, yang jadi pemimpin mesti maksum. tak boleh ditegur. bila dah tak boleh ditegur, apa beza ngan golongan elitis borjois yg lain? 2x5 je la weii..
p/s... bhai, lu SB eh? siot! terkena gua selama ni.kahkahkah
hunban je geng2 hadi awang(n family), harun taib, harun din etc. rakyat nak kuburkan BN yang zalim tapi mereka ni khianati rakyat. tanggunglah dosa kerana sanggup khinati rakyat dan jadi balaci mempertahankan kezaliman BN.
ReplyDeleteBeribu2 taniya, Beribu2 taniya, Beribu2 taniya, BN berjaya.
ReplyDeleteBeribu2 taniya, Beribu2 taniya, Beribu2 taniya, BN berjaya.
Beribu2 taniya, Beribu2 taniya, Beribu2 taniya, BN berjaya.
Beribu2 taniya, Beribu2 taniya, Beribu2 taniya, BN berjaya.
Beribu2 taniya, Beribu2 taniya, Beribu2 taniya, BN berjaya.
rasanya yg komen kondem2 tu dah mula kena jilat balik laa...ramalan tuan tanah neh dah menampakkan ada asasnya..UG in the making...herherher
ReplyDelete