Bhai... sori la pasai gua gunakan tajuk ikut format PPSMI kat blog gua nih... Hahaha... biasa la kan... ini blog picisan... blog yang tak signifikan kepada Parti... Gua bukannyer satu nama besar dalam persekitaran dunia siber nih...
Gua takder influential power macam portal TranungKita .... hahaha...
Tapi.... hasil latihan dan tugasan yang gua dah buat selama nih... iaitu selama berkhidmat kepada negara tercinta nih... sama ada didalam mahupun diluar negara.... yang semuanya dibiayai oleh Kerajaan Malaysia (sila faham bahawa ader perbezaan antara institusi Kerajaan dengan institusi Politik) .... itulah yang dapat gua terjemahkan dalam blog nih...
Gua.... sebagai "bekas" operatif dalam Agensi ingin sekali berkongsi pandangan dan input yang gua ader demi untuk satu perubahan kearah Malaysia Moden.... Jadi lu orang kena paham.... walaupun ader kalanyer aper yang gua tulis aderlah semacam menibai kumpulan atau orang-orang tertentu..... ianya dibuat semata-mata mahukan satu perubahan kearah yang lebih baik..
Gua aderlah ahli PAS seumur hidup... namun... gua tak wala' kepada mana-mana pemimpin.... tidak kisah sama ader ianya Perdana Menteri Malaysia mahupun Presiden PAS atau sesiapa sajer... Gua akan ikut arahan sepertimana yang ditetapkan... selagi mana ianya tidak bercanggah dengan undang-undang, kepentingan negara dan kestabilan sosiopolitik....
Hahaha... okehlah... cukup lah gua merapu dan bertelenovela nih.... hahaha... back to the topic lar.... hahaha....
Voter Sentiment Ratio yang gua keluarkan bermula pada 25 April 2013 sehingga 4 Mei 2013 seperti yang lu orang sedia maklum aderlah hasil dari
risikan di lapangan oleh operatif agensi... Risikan ini agak telus kerana ianya tidak dimanipulatekan oleh pihak-pihak tertentu demi untuk memperlihatkan kekuatan sokongan rakyat (pengundi) kepada mereka.
 |
| Jumlah Kerusi Yang Dimenangi |
Laporan asal setebal 14 mukasurat yang dikeluarkan setiap hari memperincikan sentimen pengundi bagi semua kawasan Parlimen berdasarkan input daripada operatif... Laporan ini kemudiannyer gua ringkaskan menjadi satu graf yang "cap ayam" dan gua pamerkan kat blog gua... Dan graf inilah yang menjadi lelucon bagi pihak Pakatan Rakyat (PR) terutamanya daripada Parti PAS...
 |
| Ratio sentimen pengundi (sila semak persamaannya) |
Gua paham.... graf yang dibuat dengan menggunakan Microsoft Excel nih memang nampak kureng menyakinkan... tapi itulah dier... takkan la gua nak publishkan laporan penuh siap dengan logo agensi... nanti tak pasai-pasai kantoi.... hahaha...
Setiap kali gua tuliskan mengenai Voter Sentiment Ratio (VSR) nih... gua akan bagi pandangan peribadi gua berdasarkan aper yang gua tau... dan ianya aderlah satu bentuk nasihat kepada pihak yang terbabit... tapi biasa la... orang tak amik pot..... Hanya perkataan "Padan Muka" jer la yang mampu gua katakan.... hahaha
Aper pon... sebenarnya laporan Voter Sentiment Ratio (VSR) ini sentiasa berjalan setiap hari.... dan bos besar kat Agensi akan sampaikan laporan penuh yang diringkaskan (executive summary) kepada YDP Agong... sama ader ianya juga sampai kepada PM gua tak tau la plak.... hahaha... tapi yang gua tau... laporan yang samer akan ditallykan dengan laporan dari Jabatan "E" Bukit Aman.... Laporan MKN dan jugak laporan dari MIO.
So..... aper kerjadahnyer gua melalut nih..... hahaha....
Kalu lu orang nak tau...... ader orang tue kan... diorang akan tau sentiasa aper yang berlaku diseluruh negara... dan dier akan tau camana penerimaan rakyat terhadap polisi-polisi yang dibuat.... dan dengannya juga dier dapat menentukan tarikh terbaek untuk membubarkan Parlimen...... hahahaha
Ader paham ker?? Hahaha... kalu tarak paham... sila hentakkan kapla lu kat dinding tue.... hahahaha