Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Menteri Pertahanan. Show all posts
Showing posts with label Menteri Pertahanan. Show all posts

09 September 2024

Lemah Betul La

Bhai/DeeDee semua...

Dulu kalu ader insiden macam nih.... ader perlanggaran keselamatan macam nih... Kerajaan melalui Wisma Putra akan panggil Duta China untuk datang dan memberikan penjelasan... Kerajaan pula akan memberikan "Nota Bantahan" ... ini semua dikira saluran diplomatik..

Tapi.... la nih... lain benar caranya.... lemah betul la...

Terlalu lembut sangat gayanya... langsung tak bertegas... siap tak mahu nak ulas konon atas isu Diplomatik dan Strategi Pertahanan ... giler betul la....  macam dah kena pegang telo....

Adoilah....  apa dah jadi nih??? Mana perginya ketegasan dalam mempertahankan kedaulatan wilayah dan perairan kita??? Mana???

Lemah betul la Perdana Menteri la nih.... Menteri Pertahanan lagi la tabley pakai... Huhuhu

Takkan Tolo dah kena picit??




04 April 2023

Cukup-Cukuplah

Bhai/DeeDee semua...

SME Ordnance Sdn Bhd nih adalah syarikat yang memonopoli industri senjata dan kelengkapannya di Malaysia... semua tender ATM, APMM dan PDRM memang mereka akan masuk.. dan banyaknya depa menang....

Syarikat lain cuma dapat serpih-serpih jer kalu ader tender dan sebutharga.... termasuklah syarikat dimana gua mewakili...

Tapi.... awat teruk sangat kewangan syarikat nih... ini salah tadbir pengurusan le nih... jahanam aaa...  banyak sangat politiking dalaman tue yang merosakkan SME Ordnance Sdn Bhd nih... Adoilah...

Menteri Pertahanan mana???? Menteri Sumber Manusia mana??? Ketua Setiausaha Kementerian mana???? AGC mana??? Senyap???

Bila nak setel nih?


01 October 2021

Hebat Betul Teknologi Kapal Halimunan Milik TLDM

Bhai/DeeDee semua...

Hebat teknologi kapal halimunan (stealth) milik TLDM dari kelas Littoral Combat Ship (LCS) sebab bukan sahaja ianya susah dikesan oleh pihak musuh, akan tetapi rakyat Malaysia juga susah nak nampak kapal ini.

Halimunan sungguh la.



Zaman siapa la jadi Menteri Pertahanan Malaysia nih??



27 September 2021

AUKUS - Apa Impaknya Terhadap Malaysia?

Bhai/DeeDee semua...

Gua sedia maklum bahawa ketegangan di Laut Cina Selatan itu adalah sekadar "show-off power" bagi semua kuasa besar kerana kawasan itu adalah satu laluan utama perdagangan dunia.

Jadi ianya adalah satu laluan yang percuma untuk sesiapa sahaja lalui tanpa perlu membayar apa-apa caj kepada mana-mana pihak. Sebab itulah banyak pihak kononnya nak jadi juara disitu sekadar kemudiannya boleh mengenakan caj kepada mana-mana kapal yang melaluinya.

So China mendakwa bahawa Laut Cina Selatan itu adalah kawasan miliknya. Tapi ada dokumen lama yang mengesahkan bahawa tiada tuntutan dari Maharaja China terhadap Kepulauan Paracel ditengah-tengah Laut China Selatan. Pastinya Kerajaan China masa ini tidak akan memperakui dokumen lama tersebut. Malah selama ini pun segala keputusan UNCLOS berkaitan Laut Cina Selatan tetap tidak diterima dan diperakui oleh China.

Dan kita sedar bahawa China sedang menguatkan armada lautnya dengan membina "forward military base" di Kepulauan Paracel Laut Cina Selatan. Jadi pihak barat cuba untuk mengimbangi keadaan ini dengan mengadakan satu pakatan iaitu tiga pihak iaitu Australia, United Kingdom dan United States (AUKUS).

Jadi mari kita bincangkan AUKUS - Apa Impaknya Terhadap Malaysia?


 
Malah AUKUS ini nampaknya lebih menumpukan kepada pemilikan kapal selam berkuasa Nuklear oleh Australia bagi mengawal kawasan sebelah selatan. Jadi dengan adanya kuasa AUKUS ini, pastinya ruang Laut Cina Selatan akan menjadi satu platform banyak kapal selam berkuasa Nuklear.

Kita sedia maklum bahawa China juga memiliki Kapal Selam berkuasa Nuklear begitu juga Russia. Jadi jika berlaku sesuatu konflik di Laut Cina Selatan, tentunya keterlibatan kapal selam berkuasa Nuklear akan mencari percaturan paling bahaya disana.

Impak negatif dari konflik berkaitan Nuklear ini adalah pencemaran radiasi dari sumber Nuklear yang mungkin bocor dan terdedah kepada hidupan laut dan sebagainya. Dan ini akan memberikan kesan yang lama terhadap ekosistem dan laut. Yang ini sepatutnya dielakkan.

Negara-negara Asean sudah lama menandatangani satu ketetapan ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom dan Neutrality). Ianya ditandatangani oleh Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand pada 1971 dan seterusnya diperakui dan diperkukuhkan oleh semua anggota ASEAN selepas itu.

Dengan ZOPFAN ... kita cuba untuk mengelak daripada berlakunya implikasi Perang dan Nuklear dikawasan ASEAN ini. Malah ZOPFAN ini membayangkan Asean bebas dari campur tangan kuasa luar, mengamalkan hidup berdampingan secara damai dan memelihara kebebasan dan kedaulatan setiap negara.

Untuk itu perjanjian AUKUS dan apa sahaja tindakan dari China di Laut Cina Selatan dianggap oleh ASEAN (terutamanya Malaysia) sebagai satu provokasi tahap tertinggi yang tidak boleh dikompromi. AUKUS memang ada impaknya terhadap Malaysia terutama dari segi dasar luar dan dasar pertahanan negara.

Gua tahu Menteri Pertahanan Malaysia (Hishamuddin Hussein) ini adalah Menteri Pertahanan paling lekeh dan takder telor dalam sejarah Malaysia, bilamana dengan selamba badaknya berkata yang Malaysia perlu berbincang dulu dengan China berkenaan isu AUKUS ini.

Gila apa Malaysia nak kena tunduk dengan China. Patut Malaysia kena ader ketetapan sendiri yang kukuh dan nyata. Menteri Luar Malaysia pun sama takder telor jugak nampaknya.

Memalukan sungguh la.

By the way.. walaupun Malaysia ada perjanjian keselamatan dengan UK, Australia dan New Zealand namun itu tidaklah bermaksud Malaysia perlu tunduk dengan AUKUS. Malah dengan China pun Malaysia jangan tunjuk lekeh.

Jangan kerana mereka adalah kuasa besar maka kita perlu takut dan menjadi bola yang boleh disepak kemana-mana. Malaysia perlu ada pendirian yang jelas. Malaysia perlu suarakan bahawa Laut Cina Selatan perlu kekal bebas tanpa pengaruh China atau mana-mana pihak lain.

Tapi selagi kita ada Kerajaan Gagal yang memerintah... dengan Menteri Kabinet yang juga gagal... apalah yang nak diharapkan... Huhuhuhu..

P/S: Bukan semudah ABC lah China nak boleh serang Malaysia tanpa Malaysia membalas serangan "tepat pada jantung" seawal 4 jam selepas arahan diberikan. (sekadar peringatan)

Kepada Tuhan kita berserah
Demi tanah air tercinta


Sekian,
TAMMAT.

01 September 2021

Deyy Menteri Pertahanan, Deyy ATM, Deyy TUDM

Bhai/DeeDee semua

Deyy ATM, Deyy TUDM ... Deyy Menteri Pertahanan...

Ini sudah masuk September 2021 lar.
Barang patut sampai 2017 lagi.... payment sudah lama setel.

Bangang ka apa??? Mana pi Helikopter MD530G nih...????

28 April 2020

Maaflah Ya...

Bhai/DeeDee semua...

Petang nih gua terkesan sikit bila dapat berita yang mengatakan bahawa Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah telah mengeluarkan cadangan agar Anggota Tentera Malaysia di hantar ke Myanmar untuk misi Rohingya...

Pada gua... Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah nih nampaknya tidak tahu apa itu fungsi Duta... Adoilah...

Dia ingat untuk mengaturgerak ATM ke Myanmar itu adalah satu perkara mudah... Atas alasan Menteri Pertahanan ada kuasa untuk berbuat sedemikian.

Tapi dia lupa bahawa ATM adalah dibawah kuasa YDP Agong.... dan setiap aturgerak ketenteraan perlulah mendapat perkenan (consent) dari YDP Agong.... dan perkara mengaturgerak ATM ini bukanlah satu perkara main-main... Menteri Pertahanan tidak boleh memandai-mandai dalam perkara ini...

Ianya adalah kerana setiap misi aturgerak ATM ke negara asing ini boleh dengan mudah ditakrifkan sebagai "Act Of War" oleh negara asing tersebut.... Dan ini mengundang risiko keselamatan tempatan dan serantau.... Konflik boleh ujud....

So nasihat gua kepada Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah nih... sila belajar dulu sebelum membuat kenyataan bodoh macam ni... Harap maklum... Patut banyak makan makanan laut tu boleh jadi bijak.... rupanya makin bodoh.

19 June 2015

Isu Kapal Tangki Hilang (Episod 2)

Bhai/DeeDee semua...

Ader kawan tanya pandangan gua tentang isu kapal tangki hilang.... dier mintak gua ulas dari sudut pandang Agensi (gua dah bersara la wei) .... Jadi dekat bawah nih gua akan ulas aper yang gua lihat dan perhatikan serta paham...

Sebelum lu orang nak teruskan baca.... sila baca episod pertama dulu isu kapal tangki hilang nih..

Okeh... kalu dah baca citer episod pertama tue... mari kita buat sambungannyer... Hahaha ... dan lu kena folo kes ini mengikut Senario 2.

Dalam kes kapal tangki hilang nih... ader beberapa kemusykilan.... pertamanyer... bebudak operatif Agensi tidak digerakkan untuk buat pemantauan dan penjejakan.... maybe Big Bos dapat alamat kasyaf dier kot... Hahaha... jangan mare aaa Bos... nanti raya gua salam bos mintak ampun maaf dan duit raya.... Hahaha

1. Kapal dikesan diperairan antarabangsa berhampiran Kemboja (Cambodia) ..... setelah hampir 3 atau 4 hari ... pelik bin ajaib... sebab perairan ini banyak kapal dagang yang lalu lalang.... takkan la takder satu pon yang nyaris berlanggar dengan kapal yang belayar tanpa radar ID .... dan takkan takder satu pon kapal dagang yang terlihat kapal tersebut lalu diperairan Pahang dan Terengganu serta Kelantan... Kapal kalu nak jimat minyak dier akan lalu kat chart area....  laluan biasa.... jadi ader pelik sikit biler ianya hanya dikesan terlalu jauh.... walhalnya ... selepas amaran hilang dikeluarkan... semua laluan dipantau oleh APMM....

2. Kelajuan biasa sebuah kapal tangki adalah antara 10 hingga 18 knot jer.... jadi tak la laju sangat .... Oh yer.., 1 knot tue bersamaan dengan 1.15 batu sejam.... jadi lu kira la tolak bahagi.... dari Perairan Johor (Kota Tinggi) nak sampai ke area berdekatan Pelabuhan Kuantan di Pahang..... berapa jam dier amik... Hahaha.... Jadi sepatutnya sure cepat dapat pantau... Tambah lagi kemudahan aset APMM yang ada di Gebeng, Kuantan siap dengan helipad.... Hehehe .... Biasanya pemantauan udara paling mudah nak kesan kapal hilang nih kalau kapal tangki la....

3. Lanun dapat bolos (katanya la) dengan bot keselamatan.... Bhai/DeeDee semua... kat bawah nih gua sertakan gambar bot keselamatan yang biasanyer ader kat atas kapal tangki dan kapal kargo... Siapa belajar bidang maritim... sama ader di Politeknik Ungku Omar (PUO) atau Akademi Laut Malaysia (ALAM) atau juga di RANACO sure tahu benda nih..... Hahaha..... Kalu orang yang kerja Oil and Gas lagi la biasa nampak benda nih.... Stendet kalo ikut SOLAS (International Standard for the Safety of Life at Sea) 1974 bagi kelajuan sesebuah Rigid Hull Rescue Boat aderlah 5 knot sahaja.... Hahaha... jadi takkan la PASKAL tak boleh nak pintas dan tahan.... Hahaha





4. PASKAL berkemampuan untuk buat serbuan dan pintas kemudahan yang ditawan dengan pantas di laut lepas... jadi janganlah hinakan PASKAL dan kredibiliti TLDM... Please la wei.....  Kalau ikut kenyataan media Panglima TLDM ... Kapten Kapal Tangki ini diugut dan sebab itu selepas 5 jam lanun melarikan diri barulah dia menghubungi pasukan penyelamat.... Ini point yang gua gelak besar... Giler aper PASKAL tidak membuat perimeter recon 24 jam bagi kapal tangki yang dah ada dalam pemantauan diorang... Tentulah mereka ader buat sebab itu S.O.P bagi PASKAL ... Jadi kalu nak citer pasai lanun boleh menyusup keluar dengan bot keselamatan tanpa PASKAL detect aderlah mustahi..... Agak-agak la nak pusing cerita nih.... Hahaha

Jadi.... kesimpulan yang gua dapat lihat dalam kes kapal tangki hilang ini aderlah satu strategi untuk pengalihan isu dan strategi untuk menaikkan nama serta kredibiliti seseorang.... Gua tak kisah lu orang nak sanggah point gua.. tapi ini lah yang gua nampak....

Ader masa nanti gua tambah lagi point... Hahaha

Ader paham ka???

(nantikan episod 3 isu kapal tangki hilang ini hanya ekslusif di blog ini)

13 January 2014

Skop Latihan?

Bhai/DeeDee semua...

Semalam masa timbul isu ader gambar anggota PDRM didapati mabuk semasa bertugas.... ader la sorang hamba Allah nih call gua.... mintak pandangan gua... betul ker gambar tue gambar latihan anggota PDRM.... atau gambar tue superimposed....

Gua cakap kat dier.... gua tak tau la gambar tue superimposed ker mender ker... sebab gua bukan pakar dalam bidang grafik nih... kena tanya ngan expert la..... hahaha... tapi kalu tanya gua aderkah itu gambar latihan anggota PDRM.... laju jer gua katakan ianya aderlah mustahil...

Firstly..... setiap latihan anggota PDRM mesti disediakan seperti mana yang ada dalam buku jadual latihan dan ini semua dikawalselia oleh Unit Pusat Latihan Polis (PULAPOL) yang diketuai oleh seorang Ketua Unit... Buku jadual latihan nih memang disediakan oleh satu jawatan kuasa latihan yang sentiasa memantau setiap latihan supaya ianya relevan dengan keperluan pasukan... Ini termasuklah sama ada latihan secara dalaman mahupun latihan secara luaran serta latihan bersama dengan pasukan keselamatan yang lain.

Secondly... tiada latihan yang boleh dilakukan tanpa mendapat lampu hijau daripada Ketua Unit Latihan PULAPOL bagi anggota PDRM. Tetapi bagi kakitangan awan yang bukan anggota PDRM (walaupun berkhidmat dibawah premis PDRM) boleh menjalani latihan setelah ianya diberikan lampu hijau oleh Jabatan Perkhidmatan Awam...

Thirdly... bagi kes pasukan khas dibawah KDN (VAT69, UTK, Agensi Berkaitan dan sebagainya), setiap latihan "khas" hanya memerlukan lampu hijau dari Ketua Polis Negara (KPN) dan sama ada ianya dibuat atau tidak dibawah pemantauan Ketua Unit Latihan PULAPOL adalah satu isu yang lain. Sebab ader kes dimana latihan khas ini hanya diketahui oleh anggota yang terbabit sahaja bersama dengan ketua kumpulan mereka.

Forthly... Latihan meminum minuman keras dan latihan merogol atau sebagainya tidak pernah dan tidak akan menjadi sebahagian daripada skop dan corak latihan anggota PDRM. Ini bertentangan dengan silibus latihan yang ada.

Oleh yang demikian... maka insiden gambar anggota PDRM mabuk ketika bertugas adalah mustahil sebahagian dari latihan. Ianya tidak logik sama sekali.

Untuk Makluman : Gua bukan anggota PDRM dan gua bukan berkhidmat dibawah KDN serta Agensi dimana gua "pernah" terlibat dan melibatkan diri adalah satu Agensi yang tidak berada dibawah kuasa dan jangkauan Menteri Dalam Negeri serta Menteri Pertahanan

16 May 2013

Lantikan Menteri Pertahanan Jadi Bahan Lawak Agensi Risikan

Bhai.... seperti yang gua janjikan.... nih gua nak story skit aper citer bos besar gua biler dier balik dari Putrajaya setelah selesai menghadiri majlis pengumuman senarai Kabinet Malaysia oleh Najib Razak petang semalam.....

Kitorang tertunggu-tunggu aper komen bos besar tue... seperti biasa.. walaupun dier waktu kerja agak serius... tapi skali skala lawak dier memang mantop,.... hahaha... Biler dier balik jer... terus COMM jadi sesak.... hahaha... semua kecoh kat COMM... gelak tawa yang paling banyak sekali... Tetiba jer bos besar cakap..... Ha.. lepas nih lu orang sumer jangan risau pasai pakaian seragam... sebab lepas nih lu orang boleh pakai kemeja lengan panjang ketat warna pink.... hahahaha... bos besar gelak dalam COMM...

Pergh... semua operatif yang ader guna COMM memang tak tahan gelak.... nak buat camana.... mamat lepu lagi lembik dan tabley nak buat decision dilantik jadi Menteri Pertahanan.... hahaha... gua rasa esok lusa mungkin  isu nih akan dijadikan lelucon kat Agensi Risikan negara lain.... hahahaha....

Lepas Isya... gua call kengkawan di MINDEF... nak ucapkan tahniah.... pergh... pakai diorang kata kat gua... tak payah la nak kutuk kitorang.... tolong skit.....  sorang kawan gua yang berpangkat  ** ***  (pegawai kanan ) tue pon story kat gua....  bahawasanyer Menteri Pertahanan yang baru nih.... rasanyer memang tak layak duduk kat Kementerian Pertahanan... pasai track record dier dalam making decision agak slow.... lepas nih tak tau la aper nak jadi...

Aper pon.... gua nak nasihatkan Hishamuddin Hussein yang jadi Menteri Pertahanan nih.. tolong aaa... tolong aa ubah skit persepsi tue.... kena kasi tough skit.. dan kena rajin buat decision pantas dan tuntas....

Nasib baik lar Agensi gua bukan dok bawah Kementerian Pertahanan ... kalu tidak terpaksa la jadi bahan lawak..... Hahahaa.... hampeh....

26 April 2013

Menteri Pertahanan Buat Malu Agensi Risikan

Bhai.... satu jer yang gua tak larat nak layan.... Menteri Pertahanan kiter... err. rasanyer dier dah title bekas Menteri Pertahanan kan... hahaha..... banyak sangat buat lawak.... terutama skali biler dier manipulate sumber risikan.... hahaha...

Sori aaa.. gua takmo nak elaborate lebih... sebab ianya termaktub dibawah Akta Rahsia Rasmi (Official Secret Act - OSA) ... jadi aper-aper pon... gua nak nasihatkan Zahid Hamidi nih.... Gua tau dier tengah panas skrang nih... tambah lagi kerusi Parlimen dier skarang sedang goyang....

Takper... takper... isu politik kiter citer lain kali aaaa....

Aper yang gua nak nasihatkan Zahid Hamidi nih aderlah tolong aaa.... tolong jangan manipulate maklumat dari sumber risikan... dan jangan memandai tambah ajinomoto biler lu citerkan maklumat risikan dalam media... setakat nak bagi nampak lu buat kerja tue boleh la... tapi jangan sampai memalukan agensi risikan... terutama skali berkaitan dengan maklumat risikan bagi kes dan insiden di Sabah terutamanya di Lahad Datu dan kawasan sekitarnya...

Nih tak pasai-pasai jer lu punya statement sudah kasi bikin orang awam (rakyat) kureng konpiden kat agensi risikan dan angkatan bersenjata di Malaysia.... tolong aaa.... tolong jangan menyusahkan dan menjatuhkan kredibiliti agensi risikan dan angkatan bersenjata di Malaysia...

Kalu lu (Zahid Hamidi) nak jadi bodoh... jadilah bodoh dan bangang sorang-sorang.... jangan ajak rakyat marhaen jadi bodoh macam lu.... okeh... ader paham ker... atau gua terpaksa kasi "stelet" kat dahi lu kasi cair skit otak yang dah beku tue.... hahaha

Sori.. gua tidak mewakili MIO, Cawangan Khas, Jabatan E, MKN dan beberapa agensi risikan lain.... gua cuma "tidak mewakili" agensi yang gua terlibat jer... hahaha... ader paham...

17 June 2010

Ini Ada Satu Cerita

Bhai... mari gua story sama lu.. ini ada satu cerita... maybe lu pon dah tahu.. tapi sudah lupa... takpa... gua kasi ingat sama lu... okeh...

Awal tahun 1980'an dulu .... masa Kerajaan Malaysia mola-mola bercadang nak buat lebuhraya.... hahaha... lu agak kat mana lebuhraya tue... hahaha... (gua tak citer pasai tol lebuhraya aaa... yang itu gua tak setuju)....

Ader dua jajaran penting lebuh raya yang Kerajaan Malaysia nak buat dahulu....

1. Antara KL dan Seremban...
2. Antara Ipoh dan Changkat Jering...

Dua lokasi nih kira sebenarnya paling strategik... gua ingat lagie ... sebab apa kedua-dua lebuhraya nih dibuat.... hehehe... sebab utama dier bukanlah untuk memudahkan aliran trafik antara dua kawasan nih..... tapi.... jeng...jeng...jeng... it's about strategic move for ATM....

Yeah.... Angkatan Tentera Malaysia terutamanya Tentera Udara (Air Force) perlukan satu jaringan landasan terbang yang mampu menerima pendaratan kecemasan pesawat tempur/logistik tentera pada bila-bila masa..

Jadi... LLM terpaksa design lebuhraya yang mana bahagian tengahnya mudah dibuka/dipasang balik dengan kadar cepat dan pantas.. Malah disetiap point nih (gua takleh la nak kasi tau lu orang koordinat dier... hahaha) .. ader special access route disediakan untuk sistem bantuan bagi Tentera Udara.

Kalu tak silap gua... di jajaran Ipoh ke Changkat Jering tue... totally ader 3 point utama... dan dari KL ker Seremban tue... ader 5 point... itu dulu la.. masa awal pembinaan lebuhraya... Sekarang nih gua tak tau la sama ada konsep HANRUH diterapkan masa penyediaan plan mana-mana lebuhraya di Malaysia...

Untuk pengetahuan lu orang aaa... ader beberapa padang terbang yang skrang nih korang boleh tengok penuh lalang (tak terjaga) sebenarnya adalah aset backup untuk TUDM untuk operasi Helikopter.... yang ini gua sure lu orang tak perasan punya...

Cuma yang pelik sekarang nih... yang gua tak paham biler mana aset paling utama bagi TUDM di KL dikhabarkan telah dijual kepada pihak komersial.... Wei.. bangsat mana yang buat keputusan untuk jahanamkan Padang Terbang Sg Besi tue.... Mesti bangsat nih (Menteri Pertahanan) takder baca itu buku tentang peranan HANRUH (Pertahanan Menyeluruh)... giler aper...

Padang Terbang Sg Besi tue mampu untuk terima semua jenis pesawat pejuang dan logistik... sampaikan semua pesawat supersonik boleh landing di landasan tersebut... panjang ooo.. landasan tue... gua pernah merasa landingkan pesawat kat sana dulu... (satu masa dulu la.... hehehe.. pesawat ringan jer la...)

So... ini soalan gua kat Menteri Pertahanan Malaysia.... Lu jadi Menteri Pertahanan nih... ader tau ka aper kerja lu... lu tau ker aper itu HANRUH... apa itu kesiapsiagaan .. lu tau tak apa makna strategik point... lu tau dak kenapa dulu Sg Besi ader padang terbang....

Bodoh nak mampus.... Gua maleh la nak citer pasai isu pertahanan nih... tak larat nak membocorkan strategi dan taktik... gua tak nak musuh tau apa point kita....

20 December 2009

Enjin Jet F5E Hilang - Al Maunah Disiasat

Roh ketua Al Maunah (Mohd Amin Mohd Razali) kini sedang disiasat oleh pihak ATM atas kehilangan enjin jet F5E. Kehilangan enjin jet ini disedari apabila pihak TUDM ingin menukar enjin jet F5E dengan invetori sedia ada.

Nampak gayanya ... Al Maunah bukan setakat curi M16 dan pelancar roket... tapi enjin jet pun dicuri gak... hahaha... Err.. betul ker Al Maunah yang curi... atau mungkin ader ajen-ajen "arm dealer" yang terlibat sama...

Cuba la siasat kaitan kehilangan enjin jet F5E nie dengan syarikat Perimekar ataupun Satang Jaya... rasa-rasanyer .. mungkin ader yang terlibat nih...

Enjin jet bukan la sebesar beg bimbit.. tapi rasanyer lebih besar dari saiz sebijik kereta Kancil atau Kelisa.... hehehe.. bukan senang nak rembat... Kes Al Maunah dulu pun dikatakan menggunakan Mitsubishi Pajero jer.... jadi camana nak rembat enjit jet nih...

Setahu gua la... benda nih bukan senang nak bawak keluar dari Pangkalan.... susah ooo... MP banyak.... ader beberapa pagar nak kena lepas nih... lain la kalu angkut guna Helikopter... hahaha.. tapi .. satu yang pelik.... macam mana takder sesapa yang nampak atau perasan...

Atau mungkin satu pangkalan terlibat sama... Woi.. RM50 juta bhai... kalu dibahagikan sikit sorang ... mau makan puluh ribu sorang tuh.... Kalu Perimekar atau Satang Jaya tak terlibat... sure benda nih dijual oleh Keling Botol... jual besi buruk... hahaha...

Agak-agaknyer la... bom-bom dan peluru berpandu yang kita masih ader tue ori ker replika... harap jangan la replika... mampus kita nanti... sebab mana la tau.. yang ori dah kena rembat... jadi depa ganti dengan replika... pakai polisterin... hahaha....

Gua rasa.. banyak pihak kena jawab nih... dari peringkat bawahan... sampai la Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri.... semua patut kena siasat.... bagero la... barang macam nih pon boleh kena curi depan mata.... buta ker aper... ini semua duit punya pasai....

03 October 2009

Pusing, Jangan Tak Pusing ...

Mulai hari nie... Media MSM dah mula membuat cerita ousing (spin story) .... Takper la... pusing, jangan tak pusing ... kalu tidak nanti camana nak dapat teruskan bisnes.. hahaha...

Cerita pusing yang memula sekali gua rasa akan dicanangkan dengan megahnya adalah cerita penyokong PAS/PR yang menjadi samseng... hahaha ... lu boleh percaya ka penyokong PAS/PR yang akan jadi samseng .. lepastue POLIS tak usik sedikit pon.. hahaha

Biasanyer la... tak sempat penyokong PAS/PR buat apa-apa pun sure dah kena tangkap atau tahan dek POLIS ... hahahaha....

Sure yang belasah Mamak KIMMA yang jadi ahli UMNO/BN tue sebenarnya hanyalah bayangan dirinya sendiri jer... silap-silap budak Putera UMNO yang belasah... sebab ingatkan dier nie geng Hindraf ... hahahaha..

Hahaha... dier pon memang nampak sekali pandang cam geng Hindraf... hahaha... bukan nak melagakan atau perlecehkan Hindraf aaa....

So ... lepas nie mesti ader cerita Puteri UMNO kena gangguan seksual la... kena raba la.. kena tunjuk kemaluan la... hahahaha... ini semua cerita basi dah... hahaha... Cuma gua sure terkejut kalu Wanita UMNO pun bawak cerita kena gangguan seksual .... hahaha... takder selera la... hahaha... Tak tau la kalu AdukaTaruna ader selera ngan Wanita UMNO nih... hahahaha

Oh yer... gua rasa la.. kalu Parpukari pi penamaan calon tadi pon sure dier kena belasah punya... dier pun memang satu kapal dengan mamak KIMMA Abdul Azeez nih... hahahaha

28 September 2009

Kursus, Jangan Tak Pi Kursus

Hahahaha... Gua dapat info terkini lagi sensasi nih.... hehehehe..

ATM akan menganjurkan satu siri kursus dalaman bagi ramai anggota mereka dalam masa terdekat nih... tapi yang lawaknyer ... hampir separuh kursus tue akan dijalankan di Port Dickson ... kat mana lagie... kat kem la... hehehe..

Nampaknyer .. ramai la anggota ATM yang akan berkursus di Port Dickson nih...

Apakah pertanda nih...

Hahahaha .... ni ler tandanya akan ader pertambahan undi pos untuk PRK N31 Bagan Pinang .... kalu UMNO/BN nampak cam tak boleh makan kat undi pos yang ada la nih (sekitar 5000 undi) .. maka dengan bantuan SPR.. akan ader pertambahan undi pos lagi ... sebab ader anggota ATM yang berkursus disini... hehehe

Yang paling best tue... kursus peralihan untuk anggota yang nak pencen pon kali nie akan dianjurkan secara mega di Port Dickson... hahahaha... tue yang best tue... Nampak ganyanyer .. PRK N31 Bagan Pinang nie kita akan dapat lihat lebih dari 6000 undi pos akan digunakan... hahahaha... undi pos terbanyak dalam sejarah PRK di Malaysia... hehehehe

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1