Bhai/DeeDee semua...
Petang nih gua terkesan sikit bila dapat berita yang mengatakan bahawa Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah telah mengeluarkan cadangan agar Anggota Tentera Malaysia di hantar ke Myanmar untuk misi Rohingya...
Pada gua... Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah nih nampaknya tidak tahu apa itu fungsi Duta... Adoilah...
Dia ingat untuk mengaturgerak ATM ke Myanmar itu adalah satu perkara mudah... Atas alasan Menteri Pertahanan ada kuasa untuk berbuat sedemikian.
Tapi dia lupa bahawa ATM adalah dibawah kuasa YDP Agong.... dan setiap aturgerak ketenteraan perlulah mendapat perkenan (consent) dari YDP Agong.... dan perkara mengaturgerak ATM ini bukanlah satu perkara main-main... Menteri Pertahanan tidak boleh memandai-mandai dalam perkara ini...
Ianya adalah kerana setiap misi aturgerak ATM ke negara asing ini boleh dengan mudah ditakrifkan sebagai "Act Of War" oleh negara asing tersebut.... Dan ini mengundang risiko keselamatan tempatan dan serantau.... Konflik boleh ujud....
So nasihat gua kepada Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah nih... sila belajar dulu sebelum membuat kenyataan bodoh macam ni... Harap maklum... Patut banyak makan makanan laut tu boleh jadi bijak.... rupanya makin bodoh.