Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Nampak macam kecelaruan polisi dan perancangan… adoilah…
90% pendapatan @ gaji warga asing ini akhirnya dihantar balik kampung mereka. Ekonomi dalam negara tak jugak dapat imbalan dan pertumbuhan.
Teori @ formula ekonomi yang gagal sejak 1995.
Gua gelak jer biler dengar isu nih... tambah pulak mamat dalam gambar dibawah nih bawak isu rasuah... hahahaha.... bab KLIA ... Imigresen dan Kastam rasuah nih .... gua malas nak komen... ianya open secret...
Tapi bab mamat nih kata yang dier nak jadi juara cegah rasuah tu yang gua gelak besar...
Makin hari makin ketara sangat Ibadah Haji dan Umrah dah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan... Makin dah nampak bisnes bila ibadah jadi komersial. Adoilah.. Pak Arab dengan macam-macam cara dier nak buat duit...
Semua jadi bahan buat duit... Penginapan, kemudahan, pengangkutan dan macam-macam lagi... Makin dah jauh dah dari apa yang Nabi dakwahkan dulu.
Gua dah kata... Konflik Russia Ukraine nih nampak kelakar... Pertama sekali NATO nak kenakan sekatan ekonomi... Walhal Ukraine belum jadi ahli NATO lagi... Kemudian SWIFT money transfer depa sekat untuk Russia .... lepas tue MasterCard dan VISA pulak depa sekat kepada Russia...
Bukan itu sahaja... FIFA dan Jawatankuasa Olimpik pun buat sekatan jugak terhadap Russia... Semalam Singapura pulak sekat akaun bank Russia...
'Sekatan' Hollywood terhadap Rusia ... Yang ini pulak... Hollywood pun sama meloncat nak sekat Russia....
Hey.... time Israel serang Palestine... takder pulak ader sekatan bertali arus macam nih... Hahaha... nampak sangat USA dah panas... dah terbakar... tue yang melompat semua proksi USA nih dok bagi sekatan kepada Russia...
Yang bodoh... ader plak pihak-pihak dalam Kementerian Pengangkutan Malaysia yang nak join sama sekat Kapal Russia dari berlabuh di Pelabuhan milik kita.... Gila bodoh.... Takkan nak ikut sama kegilaan USA nih??
Video ini mungkin akan disekat. Video ini mungkin akan dipadamkan. Video ini mungkin akan dikenakan tindakan. Apa pun... gua tetap bertegas mengatakan bahawa Singapura adalah Proksi USA dan Israel.
Tindakan Singapura selama ini menunjukkan sebegitu.
Agenda nak lumpuhkan ekonomi Russia terbongkar apabila Kesatuan Eropah dengan tekanan dari NATO telah mendedahkan bahawa mereka akan menyekat dan membekukan beberapa akaun bank utama Russia serta menyekat transaksi pemindahan wang menggunakan SWIFT oleh bank-bank Russia.
Ini juga secara otomatik akan menyebabkan akses kepada sistem Kad Kredit/Kad Debit berasaskan MasterCard dan VISA juga dijangka akan terganggu.
Nampak sangat la NATO bukan sahaja nak menghukum Kremlin tapi juga rakyat awam di Russia. Tindakan ini dilihat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan. Bayangkan dengan cara ini akses kepada perkhidmatan pendidikan, kesihatan (perubatan) dan makanan akan terjejas dengan teruknya. Silap-silap akan menyebabkan keadaan lebih kronik.