Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pendatang Asing. Show all posts
Showing posts with label Pendatang Asing. Show all posts

02 September 2024

Statistik Masuk Ada, Statistik Keluar Pula Tiada?

Bhai/DeeDee semua....

Dulu ,,, satu masa dulu...  Anwar Ibrahim dan geng-geng dier la paling juara dalam isu kononnya ada puak yang masukkan pendatang asing dan berikan kat pengenalan..... La nih.... mana pergi suara tue semua,.,, Sejak jadi Kerajaan... benda nih sudah tak jadi isu lagi ka??? 

Hahaha...



17 January 2024

Atas Jambatan Pun Jadi

Bhai/DeeDee semua...

Jenuh la jenayah melibatkan warga asing di Malaysia nih... makin hari makin kronik,.. bahaya sungguh la... Huhuhu.... Adoilah.

Kes macam nih... atas jambatan pun jadi... huhuhu

Bahaya Sungguh La

Polis Durjana


15 March 2023

Ketirisan Paling Kritikal

Bhai/DeeDee semua...

Dah lama dah gua suarakan benda nih... Dah banyak kali gua bawak cerita nih... dan dengan banyak pihak dah gua sampai benda nih.... Tapi itu la...

Pekerja Asing yang berpermit punya la ramai di Malaysia... dan diorang takder langsung sekatan untuk hantar berapa banyak pun pendapatan mereka di Malaysia balik ke kampung halaman dan negara mereka.... Langsung takder limit... nak hantar 100% pon boleh...

Itu yang berpermit... yang masuk secara haram... yang PATI ... sama la boleh hantar seberapa banyak pun... 

Sudah lah mereka hidup di Malaysia nih menggunapakai semua subsidi yang ada... subsidi bahan bakar.. subsidi barang makan.. segala-gala disubsidi... elektrik dan air pun ikut harga rakyat tempatan.... belum lagi naik bas naik teksi atau naik e-hailing.... mereka sama macam rakyat tempatan... satu cukai pon tak dibayar... haramjadah betul...

Itu yang ketirisan banyak dana negara nih... ketirisan paling kritikal... Huhuhuhu

Kerajaan kena amik cakna dan buat tindakan penting... sekat penghantaran keluar duit kita... limitkan penghantaran... kenakan cukai atas penghantaran duit ke luar negara oleh syarikat-syarikat penghantar wang macam Merchant Trade dan sebagainya tue.... kena setkan limit penghantaran ikut nombor paspot bagi setiap bulan...

Bagi syarikat yang menggajikan pekerja asing... kutip terus cukai khas dari gaji pekerja asing tue... Majikan kena bayar automatik masuk dalam tabung khas nih... kenakan denda kepada majikan yang culas dan degil...

Rugi banyak Malaysia


15 February 2016

Untungnya Berniaga Bangla

Bhai/DeeDee semua...

Gua ada sikit malas nak tulis hari ni... sekadar nak bagitau lu orang sumer yang betapa untungnya berniaga bangla ni... Serupa macam berniaga hamba abdi la pulak... Haha,... gelak kena stail macam gelak penyamun Ponorogo... Hahaha

Untung sampai boleh dapat RM1;5 bilion senang-senang je... Hahaha... hebat...


29 October 2013

Yang Atas Lepas, Yang Bawah Merana

Bhai/DeeDee sekalian...

Sikap terlalu mengambilkira keuntungan berbanding dengan risiko keselamatan negara aderlah punca kepada semua pernasalahan yang berlaku pasca kes rompak dan bunuh di Ambank USJ...

Majikan yang mementingkan keuntungan... Akan cuba mencari ruang dan peluang untuk mengelak daripada mengeluarkan kos yang tinggi... Malah dek kerana nak kejar untung... Mereka sanggup terbabit sama melakukan jenayah...

Jenayah yang pada mata lu orang mungkin kecik... Tapi pada gua itulah jenayah paling celaka... Jenayah dimana menggunakan pengawal keselamatan yang tidak disemak sepenuhnya latar belakang...

Yer betul... Mangsa aderlah seorang pegawai biasa... Orang biasa... Bukannya saudara mara golongan Dewa @ Kerabat Merabat... Mangsa jugak bukan saudara mara golongan VVIP... Pasai tue la seboleh-bolehnya ader sajer pihak yang nak cover-up citer nih... 

Cuba kalu yang kena tue ader kaitan sedara mara dengan golongan VVIP atau para Dewa... Mestilah akan kecoh punya ...

Semuanya berpunca dari satu perkara jer... Bila pihak yang berwajib pandang ringan isu keselamatan nih... Bagaimana IC Palsu boleh ader berlambak di pasaran... Bagaimana IC Palsu tue punya watermark (fingerprinting) sama macam yang dibekalkan oleh Iris Technology Sdn  Bhd kepada KDN dan MyEG...

Bagaimana ader pulak data dalam kad bercip tue yang membolehkan pemilik IC palsu tue membuka akaun bank tempatan... Bagaimana lemahnyer sistem biometrics verification pada MyKad tue...

Dan bagaimana khianatnyer pihak-pihak di KDN sampaikan pemilik IC Palsu nih boleh plak berbondong-bondong ader lesen senjata api... Walhal kalu rakyat biasa nak mohon lesen senjata api punya la susah... Gua percaya mesti ader hulur, rasuah dan tumbuk rusuk berlaku dalam kes nih...

Inilah jenayah paling celaka yang bukan sajer menyebabkan mangsa di Ambank tersebut mati.. Tapi rakyat keseluruhannya hilang kepercayaan terhadap institusi kawalan keselamatan nih... Malah lebih ramai orang hari ini memandang serong kepada semua kakitangan kawalan keselamatan...

Ini semua kerana yang atas nak lepas dan untung.... Yang bawah pulak yang merana...

Kerana sorang dua yang tamak... ramai kakitangan keselamatan yang jujur dan sah menjadi manga... Syarikat dibatalkan lesen operasi... Mereka dibuang kerja... Bagaimana pula nasib anak dan isteri serta keluarga kakitangan keselamatan yang sah nih... Kesian pada mereka...

Yang boleh bergelak gulintang... Aderlah para majikan... Enjoy macam takder masalah... Yang kena syarikat dan kakitangan syarikat... Gua daripada awal lagi hanya mencadangkan lesen operasi digantung sahaja sementara siasatan dilakukan... Bukan sampai dibatalkan..

Aper plak jadi dengan kakitangan KDN dan JPN yang terlibat dalam sindiket yang melepaskan warga asing boleh mendapat IC Palsu dan jugak lesen senjata api... Takkan tak kena tindakan kot...

Yang pasti...  Semuanya berpunca dari rasuah dan kuasa... Kalu tidak camana Projek IC nih nak jalan... Silap-Silap suspek kes di Ambank itu hari berpeluang mengundi pada PRU13.... Pergh...

P/S: Orang Pro-BN tuduh gua penyokong tegar PR... orang Pro-PR plak tuduh gua penyokong tegar BN.... Hahahaha... Lawak la lu orang nih...

24 October 2013

Bila Bangla Menguasai Pasaran

Bhai/DeeDee sekalian...

Cuba tengok gambar yang gua sertakan dibawah nih.... Inilah jadinyer biler pintu negara dibuka sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu atas dasar kapitalisma...

Yang pasti... Semua kapla kerja bangang bawak masuk pendatang asing nih didalangi oleh orang Melayu... Sejak dari zaman Long Jaafar lagi... Wei... Saper kater Inggeris yang bawak masuk buruh dari China... Hahaha... Kalu nak tau... Tue ha... Long Jaafar salah satu kapla hantu yang bawak masuk pendatang asing nih dulu..

Zaman Mahathir Mohamed plak... Dibawaknyer masuk negro... Berbondong-bondong masuk dengan visa amik disini.. Last-last ... Black money la... Dadah la... Scam la... Macam-macam kerja jahat yang berlaku...

Opsss... Lupa... Mahathir Mohamed bukan orang Melayu... Dier dari golongan Chettiar.. Hahaha.. Samer macam Raja Mendeliar zaman Kesultanan Melaka dulu.... Hahahaha


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1