Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pekerja Asing. Show all posts
Showing posts with label Pekerja Asing. Show all posts

14 February 2024

Kalau Betul Kerajaan Malaysia Nak Buat Duit

Bhai/DeeDee semua...

Kalau betul Kerajaan Malaysia nak buat duit....

Malaysia dikatakan ada sekitar 3 juta orang pekerja asing yang berdaftar berpermit.

Katalah pada setiap kali dapat gaji, mereka menghantar RM1000 balik ke negara asalnya. Ini bermakna pengaliran dana ke luar negara adalah sebanyak RM3 bilion.

Ini gua tak kira pekerja asing yang masuk secara haram (PATI). Yang ini katanya ada dalam sekitar 6 hingga 8 juta…

Yang lawaknya… sekupang pun kita tak kenakan cukai atas pengaliran wang keluar nih… Bijak kan polisi Malaysia nih… tukar la macam mana pon pemerintah… tetap sama bangangnya…

Itu hari viral videp satu pekerja asing Bangladesh yang dah 16 tahun duduk di Malaysia. Penginapan dan pengangkutan disediakan majikan.

Dier sanggup makan timun mentah jer hari-hari diluar waktu keria. Masa kerja Majikan sediakan sarapan dan makan tengahari.

Gaji dia sebulan adalah sebanyak RM5000. Hantar balik kampung semua sekali.

Hahahaha.

Cukai pendapatan?? Entahlah… gua tatau ader kena ke tak kena… tapi macam tak kena ja… Hahaha



10 February 2024

Polisi Malaysia Yang Silap

Bhai/DeeDee semua...

Dulu pelabur bukak kilang di Malaysia sebab ader ramai pekerja mahir di Malaysia. Pekerja yang tak perlu teruk dilatih.

Lepas tu Kerajaan (pada 1995) membenarkan pekerja asing (sehingga 90%) diambil bekerja di kilang-kilang berteknologi tinggi ni.

Pekerja mahir kita diarahkan untuk berikan training kepada pekerja asing nih.

Sekarang ni pekerja asing tu semua dah balik ke negara mereka. Balik Vietnam… dan kilang itu pon dah bukak kat Vietnam.. yang di Malaysia depa dah tutup… Naya betul la.. semua kerana polisi yang salah…

Dan lagi terkini .. Kerajaan nak benarkan pelabur bawak masuk pekerja asing level berijazah masuk Malaysia dengan banyaknya.

Rakyat Malaysia? Pigi mampos la korang takder kerja pon. Huhuhu… Kerajaan mana nak pikir bab tue.

Bodoh yang tak boleh nak dinasihat, nak diajar


.

07 February 2024

Pelaburan Berbilion Ini Sebenarnya Untuk Siapa?

Bhai/DeeDee semua,,,

Pelaburan berbilion ini sebenarnya untuk siapa?

Nampak macam kecelaruan polisi dan perancangan… adoilah… 90% pendapatan @ gaji warga asing ini akhirnya dihantar balik kampung mereka. Ekonomi dalam negara tak jugak dapat imbalan dan pertumbuhan. Teori @ formula ekonomi yang gagal sejak 1995. 

Maaf cakaplah…



26 December 2023

Hantu Besar Tetap Terselamat

Bhai/DeeDee semua...

Isu yang diutarakan ini bukan benda baru... Walau macam mana pun pendatang asing ini diperlakukan... Ditipu... tidak diberikan pekerjaan... dan sebagainya... tetap la hantu besar tetap terselamat dari dikenakan apa-apa tindakan... nama pun takkan terdedah...

Korang ini ini kecik punya sindiket ka????

Hahaha... ini sampai level kayangan la wei... masyuk sana sini.... sapa nak siasat paling atas tue... Ada sorang uncle tue... warga Singapura... bini dia warga Malaysia... buat bisnes pekerjaan asing nih... dapat permit bagai.... siap ada kuota besar lagi... terpaksa hulur ngan dua bangsat kayangan.... berjuta ringgit...

Last-last....hapah tak jadi... duit lebuh... SPRM tahan uncle nih... la nih ada dalam tahanan.... dah sekat setahun..... bangsat kayangan??? senyap tak kena apa-apa tindakan.... hahaha... huntung aaa... 

Ini gua citer satu contoh yang gua tahu secara peribadi.... hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Berarak la kamu... Tetap kena buli


01 June 2023

Semuanya Berkenaan Dengan Polisi

Bhai/DeeDee semua...

Gua dah tulis tadi tentang benda nih... Semua masalah bukan sebab isu buruh dan kos tinggi... tapi masalahnya dekat polisi... Polisi yang Kerajaan Malaysia dah lama buat.. satu polisi yang bodoh...

Kalu gua la yang jadi pemilik syarikat.....

Pastinya gua akan pindahkan operasi kat mana buruh berada.... contoh... dah lama kat Malaysia nih kilang amik pekerja vietnam.... Kilang Seagate... Kilang Western Digital... banyak kilang elektronik yang amik pekerja kilang dari bangsa Vietnam....

La nih.... kalu gua bukak kilang di Vietnam... gua dapat semua keperluan buruh mahir yang gua nak... semuanya dah ready... dilatih di Malaysia... dan kini depa semua balik ke Vietnam... 

Sebab apa... sebab polisi Kerajaan Malaysia dulu yang membenarkan kilang ambil pekerja asing sampai 90% ..... sebab itu la... sejak dari PM4 lagi..... kebodohan yang tegar.... Sekarang nak repair dah teruk... Anwar Ibrahim maybe takkan mampu nak kekalkan pelaburan asing ni kat Malaysia...

dan selagi polisi ini kekal ader dalam sistem pemburuhan di Malaysia... selagi itulah satu demi satu kilang akan berpindah ke negara lain...

Babai Malaysia...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Sudah terlambat


Apa Nak Jadi?

Bhai/DeeDee semua...

Satu masa dulu... Kumpulan Matsushita mempunyai lebih kurang 14 cawangan kilang besar mereka di Malaysia...  ada kilang yang mempunyai ribuan pekerja... dan ader yang ratusan pekerja..

Pun begitu... walaupun dengan kemajuan teknologi pembuatan yang melibatkan banyak sistem automasi.... tenaga buruh tetap diperlukan... dan peluang kerja untuk rakyat Malaysia cukup banyak..

Sekitar 1995, Kerajaan melonggarkan syarat buruh asing kepada Majikan... sehingga banyak Majikan yang mengambil peluang untuk mendapatkan buruh asing sebagai pekerja sehingga ada kes sampai 90 peratus pekerja buruh adalah warga asing...

Konon tindakan ini adalah untuk kelestarian dan menjamin Syarikat besar ini untuk kekal beroperasi di Malaysia...

Tapi tindakan ini sebenarnya menjadikan seperti pisau.... memotong sayur pun boleh... membunuh orang pun boleh...

Bila dah ramai warga asing ader skill yang mencukupi .... akhirnya... satu demi satu syarikat asing ini mula memindahkan pusat operasi mereka ke negara lain....

Contohnya...

Dulu ader ramai pekerja asing warga Vietnam bekerja di Malaysia ... sekarang kilang nak dipindahkan ke Vietnam... Sama la juga dengan pekerja asing lainnya...

Naya kat Malaysia.... apa yang tinggal lepas tue..... kosong...

Kesilapan besar sejak PM4 lagi.... 
Dan gua tak nampak apa usaha PM10 berkenaan bab ini.....

Ntah la... cakap banyak karang ader la kata kenapa gua tak bertanding kerusi Parlimen.... hahaha... pentaksub memang bongok... sebab itu tanya soalan camnie...

Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Apa Tindakan PMX?


07 May 2023

Kesan Penggunaan Pekerja Asing Dalam Industri Perkilangan Di Malaysia

Industri perkilangan merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Industri ini menyumbang kepada ekonomi Malaysia melalui penghasilan produk yang berkualiti tinggi dan juga peluang pekerjaan yang tersedia untuk rakyat Malaysia. Namun, dalam beberapa tahun terakhir, industri perkilangan di Malaysia telah melibatkan pekerja asing untuk memenuhi kekurangan tenaga kerja. Keprihatinan mengenai kesan pekerja asing dalam industri perkilangan di Malaysia semakin meningkat kerana wujud kebimbangan bahawa terdapat impak negatif pada ekonomi dan juga masyarakat.

Kesan penggunaan pekerja asing dalam industri perkilangan di Malaysia boleh dilihat dari beberapa aspek. Di antaranya termasuklah:

Kesan sosial dan budaya
Keberadaan pekerja asing di dalam industri perkilangan telah memberikan kesan sosial dan budaya yang besar terhadap masyarakat Malaysia. Budaya, tradisi dan bahasa telah terjejas kerana pekerja asing cenderung untuk berkumpul dan mempertahankan budaya mereka sendiri. Ini mempunyai kesan negatif terhadap integrasi sosial dan budaya dalam masyarakat Malaysia.

Kesan ekonomi
Pekerja asing dalam industri perkilangan boleh menjejaskan ekonomi negara. Walaupun pekerja asing membantu mengurangkan kos tenaga kerja, mereka seringkali mendapat gaji yang lebih rendah berbanding dengan pekerja tempatan. Ini bermaksud bahawa industri perkilangan dapat mempunyai keuntungan yang lebih besar, tetapi rakyat Malaysia tidak dapat menikmati keuntungan tersebut. Pekerja asing biasanya akan membuat pengaliran matawang negara ke luar negara dengan skala besar. Dalam banyak keadaan mereka menghantar lebih 80% daripada pendapatan mereka yang diterima.

Kesan pekerjaan
Keupayaan pekerja asing untuk menerima gaji yang lebih rendah dapat mengancam keberadaan pekerja tempatan. Industri perkilangan cenderung memilih pekerja asing kerana kos yang lebih rendah, dan ini boleh menjejaskan peluang kerja bagi rakyat Malaysia. Dalam jangka panjang, ini boleh mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia, dan juga memperlemah ekonomi negara. Malah terdapat cadangan diperingkat dasar yang menganjurkan agar pihak industri dalam bidang ekspot dibenarkan menggunakan 100% pekerja asing dalam operasinya. Ini secara tidak langsung seakan menutup peluang untuk warganegara mendapatkan pekerjaan.

Kesan keselamatan dan kesihatan
Industri perkilangan memerlukan tenaga kerja yang cekap dan mahir untuk menjalankan kerja-kerja yang memerlukan kemahiran khusus. Pekerja asing yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi mungkin boleh mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja lain di tempat kerja. Ini boleh membawa kesan yang serius terhadap produktiviti dan prestasi industri perkilangan.

Kesan kualiti produk
Kualiti produk dalam industri perkilangan sangat penting untuk memastikan reputasi industri yang baik dan menjaga kepuasan pelanggan. Pekerja asing yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi boleh mengancam kualiti produk yang dihasilkan. Ini boleh membawa kesan negatif terhadap industri perkilangan dan mempengaruhi daya saing Malaysia dalam pasaran global.

Akhir kata, penggunaan pekerja asing dalam industri perkilangan di Malaysia adalah suatu perkara yang kompleks. Walaupun terdapat banyak kesan negatif pekerja asing di industri perkilangan dalam banyak perkara, terdapat juga kesan positif yang perlu diambil kira. Penting untuk mempertimbangkan kedua-dua impak positif dan negatif sebelum membuat keputusan mengenai penggunaan pekerja asing dalam industri perkilangan.

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ




18 April 2023

Hello SPRM, Siasat La M. Saravanan Sama

Bhai/DeeDee semua...

SPRM la nih tengah sibuk dok cari bahan bukti nak sabitkan V. Sivakumar dengan isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah terkait Kementerian Sumber Manusia.... Hehehe.. V. Sivakumar baru berapa bulan ja dok kerusi tue...

Nih gua cabar SPRM la... untuk semak dan siasat la M. Saravanan sama.... Hahaha... Itu pon kalu betul SPRM nih tak digunakan oleh puak-puak politik... puak-puak Deep State...

Hehehehe....

Ader berani ka SPRM nih???

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

Siasat la jugak M. Saravanan


13 April 2023

Tiga Ekor Malaun

Bhai/DeeDee semua...

Ini tiga ekor malaun... yang sangkut maybe cuma dua... Satu lepas bebas... Sebab kalu usik satu nih... tumbang la apa yang ada sekarang... Hahahaha...

Punya la tabrani .... hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Tujuh kontrak Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) diberikan tanpa tender terbuka, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Dia mendedahkan maklumat itu dalam jawapan bertulis parlimen ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (Pakatan Harapan-Bagan).

Saifuddin mendedahkan tujuh projek itu bernilai sekitar RM1 billion dan diberikan antara September 2015 hingga Ogos 2022.

Menteri-menteri dalam negeri dalam tempoh itu ialah Ahmad Zahid Hamidi (2013-2018), Muhyiddin Yassin (2018-2020), dan Hamzah Zainudin (2020-2022).

15 March 2023

Ketirisan Paling Kritikal

Bhai/DeeDee semua...

Dah lama dah gua suarakan benda nih... Dah banyak kali gua bawak cerita nih... dan dengan banyak pihak dah gua sampai benda nih.... Tapi itu la...

Pekerja Asing yang berpermit punya la ramai di Malaysia... dan diorang takder langsung sekatan untuk hantar berapa banyak pun pendapatan mereka di Malaysia balik ke kampung halaman dan negara mereka.... Langsung takder limit... nak hantar 100% pon boleh...

Itu yang berpermit... yang masuk secara haram... yang PATI ... sama la boleh hantar seberapa banyak pun... 

Sudah lah mereka hidup di Malaysia nih menggunapakai semua subsidi yang ada... subsidi bahan bakar.. subsidi barang makan.. segala-gala disubsidi... elektrik dan air pun ikut harga rakyat tempatan.... belum lagi naik bas naik teksi atau naik e-hailing.... mereka sama macam rakyat tempatan... satu cukai pon tak dibayar... haramjadah betul...

Itu yang ketirisan banyak dana negara nih... ketirisan paling kritikal... Huhuhuhu

Kerajaan kena amik cakna dan buat tindakan penting... sekat penghantaran keluar duit kita... limitkan penghantaran... kenakan cukai atas penghantaran duit ke luar negara oleh syarikat-syarikat penghantar wang macam Merchant Trade dan sebagainya tue.... kena setkan limit penghantaran ikut nombor paspot bagi setiap bulan...

Bagi syarikat yang menggajikan pekerja asing... kutip terus cukai khas dari gaji pekerja asing tue... Majikan kena bayar automatik masuk dalam tabung khas nih... kenakan denda kepada majikan yang culas dan degil...

Rugi banyak Malaysia


31 May 2022

Apa Ada Hal

Bhai/DeeDee semua...

Apa ada hal kan... Malaysia? Cukuplah ngan Azhar Idrus ja… dier kan pakar semua benda… Huhuhu.. Soalan apa yang dier tabley jawab?

Takpon... Kerajaan Malaysia kan nak impot 500 ribu pakar dari Bangladesh....

Elok sangat la tue...


05 March 2022

Siapa disebalik 3S Asia Sdn Bhd?

Bhai/DeeDee semua...

Banyak yang terselindung dengan portal online baru untuk menguruskan pengambilan pekerja asing yang dimiliki oleh 3S Asia Sdn Bhd (www.myocs.com.my @ www.3smalaysia.com).

Sebelum ini ader Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing Malaysia (FWCMS) yang dikendalikan oleh Bestinet Sdn Bhd.

Sistem portal baru yang dikendalikan oleh 3S Asia Sdn Bhd dikatakan mengenakan RM10 ribu sebagai deposit kepada syarikat pengambilan pekerja asing. Nilai ini agak besar sebenarnya...

Jadi persoalan yang perlu ditanya... siapa disebalik 3S Asia Sdn Bhd?

Agensi Pekerja Asing tak puas hati platform baru pengambilan pekerja asing

#KementerianSumberManusia #PekerjaAsing #Kroni #Bestinet #3SAsiaSdnBhd #Kabel #CipanTapirTenuk #SocialCritics

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1