Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Nuklear. Show all posts
Showing posts with label Nuklear. Show all posts

27 September 2021

AUKUS - Apa Impaknya Terhadap Malaysia?

Bhai/DeeDee semua...

Gua sedia maklum bahawa ketegangan di Laut Cina Selatan itu adalah sekadar "show-off power" bagi semua kuasa besar kerana kawasan itu adalah satu laluan utama perdagangan dunia.

Jadi ianya adalah satu laluan yang percuma untuk sesiapa sahaja lalui tanpa perlu membayar apa-apa caj kepada mana-mana pihak. Sebab itulah banyak pihak kononnya nak jadi juara disitu sekadar kemudiannya boleh mengenakan caj kepada mana-mana kapal yang melaluinya.

So China mendakwa bahawa Laut Cina Selatan itu adalah kawasan miliknya. Tapi ada dokumen lama yang mengesahkan bahawa tiada tuntutan dari Maharaja China terhadap Kepulauan Paracel ditengah-tengah Laut China Selatan. Pastinya Kerajaan China masa ini tidak akan memperakui dokumen lama tersebut. Malah selama ini pun segala keputusan UNCLOS berkaitan Laut Cina Selatan tetap tidak diterima dan diperakui oleh China.

Dan kita sedar bahawa China sedang menguatkan armada lautnya dengan membina "forward military base" di Kepulauan Paracel Laut Cina Selatan. Jadi pihak barat cuba untuk mengimbangi keadaan ini dengan mengadakan satu pakatan iaitu tiga pihak iaitu Australia, United Kingdom dan United States (AUKUS).

Jadi mari kita bincangkan AUKUS - Apa Impaknya Terhadap Malaysia?


 
Malah AUKUS ini nampaknya lebih menumpukan kepada pemilikan kapal selam berkuasa Nuklear oleh Australia bagi mengawal kawasan sebelah selatan. Jadi dengan adanya kuasa AUKUS ini, pastinya ruang Laut Cina Selatan akan menjadi satu platform banyak kapal selam berkuasa Nuklear.

Kita sedia maklum bahawa China juga memiliki Kapal Selam berkuasa Nuklear begitu juga Russia. Jadi jika berlaku sesuatu konflik di Laut Cina Selatan, tentunya keterlibatan kapal selam berkuasa Nuklear akan mencari percaturan paling bahaya disana.

Impak negatif dari konflik berkaitan Nuklear ini adalah pencemaran radiasi dari sumber Nuklear yang mungkin bocor dan terdedah kepada hidupan laut dan sebagainya. Dan ini akan memberikan kesan yang lama terhadap ekosistem dan laut. Yang ini sepatutnya dielakkan.

Negara-negara Asean sudah lama menandatangani satu ketetapan ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom dan Neutrality). Ianya ditandatangani oleh Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand pada 1971 dan seterusnya diperakui dan diperkukuhkan oleh semua anggota ASEAN selepas itu.

Dengan ZOPFAN ... kita cuba untuk mengelak daripada berlakunya implikasi Perang dan Nuklear dikawasan ASEAN ini. Malah ZOPFAN ini membayangkan Asean bebas dari campur tangan kuasa luar, mengamalkan hidup berdampingan secara damai dan memelihara kebebasan dan kedaulatan setiap negara.

Untuk itu perjanjian AUKUS dan apa sahaja tindakan dari China di Laut Cina Selatan dianggap oleh ASEAN (terutamanya Malaysia) sebagai satu provokasi tahap tertinggi yang tidak boleh dikompromi. AUKUS memang ada impaknya terhadap Malaysia terutama dari segi dasar luar dan dasar pertahanan negara.

Gua tahu Menteri Pertahanan Malaysia (Hishamuddin Hussein) ini adalah Menteri Pertahanan paling lekeh dan takder telor dalam sejarah Malaysia, bilamana dengan selamba badaknya berkata yang Malaysia perlu berbincang dulu dengan China berkenaan isu AUKUS ini.

Gila apa Malaysia nak kena tunduk dengan China. Patut Malaysia kena ader ketetapan sendiri yang kukuh dan nyata. Menteri Luar Malaysia pun sama takder telor jugak nampaknya.

Memalukan sungguh la.

By the way.. walaupun Malaysia ada perjanjian keselamatan dengan UK, Australia dan New Zealand namun itu tidaklah bermaksud Malaysia perlu tunduk dengan AUKUS. Malah dengan China pun Malaysia jangan tunjuk lekeh.

Jangan kerana mereka adalah kuasa besar maka kita perlu takut dan menjadi bola yang boleh disepak kemana-mana. Malaysia perlu ada pendirian yang jelas. Malaysia perlu suarakan bahawa Laut Cina Selatan perlu kekal bebas tanpa pengaruh China atau mana-mana pihak lain.

Tapi selagi kita ada Kerajaan Gagal yang memerintah... dengan Menteri Kabinet yang juga gagal... apalah yang nak diharapkan... Huhuhuhu..

P/S: Bukan semudah ABC lah China nak boleh serang Malaysia tanpa Malaysia membalas serangan "tepat pada jantung" seawal 4 jam selepas arahan diberikan. (sekadar peringatan)

Kepada Tuhan kita berserah
Demi tanah air tercinta


Sekian,
TAMMAT.

13 June 2013

Zon Bebas Nuklear

Bhai.... setahu gua aaa... Malaysia adalah antara negara yang paling kuat menentang penggunaan Nuklear di Asia Tenggara... Malah sampai membuat perisytiharan bahawa Asia Tenggara adalah Zon Bebas Nuklear..... tapi....

Tapi... macam mana citer dibawah nih boleh berlaku... tak paham gua.....

Gua dari dulu lagi bertegas... Nuklear bukanlah option kat Malaysia.... dengan status Malaysia Darul Runtuh... anything can happen lar.... banyak lagi option tenaga boleh diperbaharui yang wajar dikaji dan diadaptasikan.... aper pon... Nuklear bukanlah option.....

Ini Zon Bebas Nuklear lar...



Mosti kaji tenaga nuklear sebagai pilihan

PUTRAJAYA - Kerajaan berusaha mewujudkan sumber tenaga boleh diperbaharui dengan membangunkan teknologi hijau dan mencari sumber asli baharu bagi menambah bekalan semasa berikutan permintaan tenaga elektrik yang meningkat setiap tahun.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Dr Rosli Mohamed berkata kerajaan melalui kementerian itu sedang memantau penggunaan semua sumber asli yang ada dan melihat kesediaan negara untuk mewujudkan tenaga nuklear sebagai pilihan punca tenaga pada masa hadapan.

Beliau berkata kajian Agensi Nuklear Malaysia untuk menjadikan tenaga nuklear sebagai punca utama tenaga itu bukan bertujuan menggantikan sumber asli sedia ada sebaliknya sebagai menambah jenis sumber untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Namun sehingga kini kerajaan belum memutuskan untuk mewujudkan tenaga nuklear sebagai sumber kuasa elektrik di negara ini.

"Ini kerana sebagai negara yang pesat membangun, kita tidak boleh terkebelakang malah menjadikan usaha ini sebagai anjakan untuk bergerak seiring dengan kemajuan semasa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Hari Pelanggan Nuklear Malaysia 2013 dan menyaksikan pertukaran Dokumen Perjanjian Kerjasama di antara Agensi Nuklear Malaysia dan 10 syarikat swasta.

Syarikat swasta yang terlibat ialah Winner Inspection Sdn Bhd, Diagnostic System (M) Sdn Bhd, Asian Heritage Museum Sdn Bhd, Yayasan Usahawan Perak, APM Nuklear Technology Sdn Bhd, Wonderful Compound Sdn Bhd, Valkua (M) Sdn Bhd, Selamat Indah Sdn Bhd, Green Regalia Sdn Bhd dan Revocomm Technologies Sdn Bhd.

Dr Rosli berkata perkhidmatan yang diberikan agensi itu sepanjang tahun lepas menghasilkan pendapatan sebanyak RM12.43 juta dan ia dilaburkan semula untuk program pengkomersilan dan aktiviti penyelidikan. - Bernama

16 March 2011

Hujan Dan Radiasi

Semenjak dua menjak nih... hujan tak berhenti turun di pantai timur nih.... Kelantan, Terengganu dan Pahang menerima hujan yang agak lebat dan kerap.... Selepas reaktor loji nuklear di Fukushima meletup beberapa hari yang sudah.... hujan turun dengan lebatnya...

Ader professor kangkung yang dok canang bahawa dengan turunnya hujan nih... kesan langsung dari pencemaran radiasi nuklear dari Fukushima mungkin dapat dibendung.... giler aper.... mana ader efek sangat kepada radiasi walaupun hujan turun dengan lebih lebat....

Biler hujan turun.... radiasi akan mencemarkan air hujan... dan air hujan ini akan meresap jauh kedalam perut bumi hingga kepada lapisan paras air bawah tanah.... dan secara tidak langsung ini akan memberikan kesan berpanjangan kepada sumber air.... dan efek radiasi menjadi lebih merbahaya pada jangka masa yang lebih lama...

Itu baru kesan dari kebocoran loji nuklear di Fukushima.... aper plak yang akan berlaku jika berlaku insiden yang sama di Bukit Merah Ipoh, dimana Asian Rare Earth (ARE) beroperasi... bagaimana pula jika berlaku insiden di Gebeng dimana Lynas Group telah membina logi pemprosesan "Rare Earth" terbesar di Malaysia...

Negeri Pahang khabarnya akan menempatkan satu loji janakuasa nuklear dalam tempoh 5 tahun akan datang.... dan khabarnya ianya akan ditempatkan sekitar Nenasi atau Rompin..... Jika kiter amik aper yang berlaku di Fukushima dan Chernobyl sebagai iktibar... kita pasti akan dapat mengira kesan pencemaran yang mungkin berlaku jika kebocoran berlaku di loji ini.... Satu Malaysia akan mendapat akibat secara langsung dan tidak langsung...

30 km yang paling hampir dari kawasan bencana pastinya akan memberikan efek maut (lethal) dalam tempoh kurang sejam..... dan dalam tempoh kurang 10 jam... ianya akan meliputi kawasan seluas 200 km radius ... dalam temph 24 jam pula lebih 600 km radius akan mendapat kesan langsung daripada ancaman radiasi.

Bagi yang berada sekitar 5 km radius ... ancaman maut serta merta boleh berlaku kurang dari 1 jam pertama..... fikir-fikirkan lah...

Kalu mengikut otak bodoh para menteri bangang yang ader dalam Kabinet Malaysia termasuk Perdana Menteri.... mampuih kiter semua nih.... Tambah pulak dengan tahap pendidikan yang ader pada Timbalan Perdana Menteri.... lemau.... lembab... bongok..... abis la kiter....

Ader pulak professor kangkung yang senada dengan menteri-menteri bongok yang ader nih yang kata bahaya radiasi adalah ditahap minima.... Jepun jauh dari Malaysia... bodoh aper.... Masa Karakatoa meletup dulu pada kurun ke 19.... Eropah pon boleh terkena debu gunung berapinya..... punya lah jauh... Malah Eropah pun ader efek pada lapisan udaranya... dimana debu gunung berapi telah memberikan efek jerebu disana.....

Bagi yang tak tahu... Chernobyl sampai ke hari ini masih lagi takder saper boleh tinggal kat sana... walaupun dah lebih 20 tahun insiden ini berlaku.... lama ooo..... kesan radiasi yang amat tinggi masih lagi boleh dikesan kat sana....

Bagi sesapa yang ader alat Geiger ... boleh semak kat area berdekatan Chernobyl.... kalu rasa jauh sangat nak pegi... sila bawak alat yang sama pergi ke Tanjung Tualang di Perak (dimana longkokan Thorium-232 ader banyak) ataupun ke Bukit Merah, Lahat, Perak dimana Asian Rare Earth beroperasi (memproses Monazite dan lain-lain rare earth)....

Lynas Group

Mampuih kita kali nih.... Lynas Group dah buat satu logi terbesar untuk memproses "Rare Earth" .... ini benda radioaktif nih... benda yang sama pernah dibuat di Bukit Merah, Ipoh... kesan sampingan.... mutasi genetik.... kanser... leukimia.... dan macam-macam lagi...

Ader orang bongok dan professor kangkung kat dalam Malaysia nih dah mulakan promosi... nak buat logi kuasa nuklear la... dalam Malaysia.... cuba lihat kat Chernobyl dan Fukushima.... aper dah jadi.... reaktor nuklear dah bocor... kesannya....

Ader orang bodoh termasuklah Timbalan Perdana Mentari yang bengap tue.. kata kesan radioaktif tue lemah... takkan sampai ke Malaysia.... aper kata kiter semua campak jer Muhyiddin Yassin nih kat Tokyo... ala.... jauh tue dari Fukushima.... takder kena punya radiasi.... sure kecut telor mangkuk nih...

Kalu betul la takder kuat kesan radiasi nih... kenapa Team SMART kiter tak pergi ke Jepun.... kenapa masih tertangguh.... pundek la...

Wei... kesan radiasi nih ... bukan boleh hilang dalam sehari dua.... kesannya... boleh kekal sampai 300 atau 400 tahun..... lama ooo.....

Kalu orang Malaysia masih bodoh lagi nak terima loji Nuklear dibangunkan di Malaysia..... gua rasa orang itu mesti bangang nak mampus..... Rare Earth yang diproses oleh Asian Rare Earth (ARE) dan kini oleh Lynas Group pon efek dier samer jer... radioaktif...

Kenapa bodoh sangat.... buat benda-benda bahaya kat dalam negara... awat... kebulur sangat ker dengan pelaburan camnie.... awat... susah sangat ker nak generate tenaga elektrik guna air dan angin kat Malaysia nih.... nak buat solar panel pon boleh rasanyer kat Khatulistiwa nih.... cahaya sepanjang tahun....

Mampuih la kiter...

10 March 2011

Mampuih

Bagi orang yang tak biasa dengan benda-benda radioaktif nih.. mungkin perkataan "Rare Earth" tidak memberikan aper-aper makna... Tapi bagi sesiapa yang tahu... diorang akan refer kepada kesan sampingan sisa radioaktif kepada kesihatan.... termasuklah penyakit kanser.... leukimia dan mutasi genetik...

Dulu ... gua tabley lupa biler pada tahun 80'an dibina satu kilang pemprosesan "Rare Earth" ditempatkan di pekan Bukit Merah di Lahat.... kilang "ARE - Asian Rare Earth" ... kesan sampingan.. ramai mangsa berhampiran kena leukimia... kanser dan ader banyak bayi yang kena mutasi genetik...

Di Negeri Perak Darul Ridzuan.... produk Amang @ Monazite (sisa bijih timah) diproses dan dihantar sejak dahulu lagi ke Jepun dan Eropah... kuantiti yang banyak... .... ramai orang tak tahu mengenai penggunaan Amang nih .... tapi sebenarnya ianya mempunyai elemen Thorium 232 (salah satu punca untuk membuat heavy water) dalam proses pembinaan janakuasa nuklear ataupun membuat bom atom... Pihak Jerman pada masa perang dunia kedua telah menggunakan "Heavy Water" ini untuk cuba membuat bahan bom atom....

Jadi..... biler kerajaan Malaysia mengizinkan Lynas Group dari Australia untuk membina pusat pemprosesan dan penapisan "Rare Earth" terbesar di Malaysia ditempatkan di Gebeng (Kuantan)... lagi la gua cuak.... berapa ramai plak orang yang akan terdedah dengan sisa radioaktif... bahaya ooo...

Lepas nih.. cadangan Kerajaan Malaysia untuk membina logi tenaga nuklear pon khabarnya akan dibuat disekitar Nenasi (Pahang) dan ini pastinya akan juga memberikan kesan langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar melalui sisa radioaktif.... Bagi yang tak pernah tau ancaman sisa radioaktif nih... sila semak mengenai kebocoran logi nuklear Chernobyl.

Mampuih la kiter lepas nih...


Rujukan :
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Thorium
2. http://www.world-nuclear.org/info/inf62.html

06 May 2010

Mati Katak La Kita

Pergh.... boleh mati katak la kita lepas nih.... tak pasai pasai jer mati katak ramai-ramai..... errr... pasai apa gua cakap kita mungkin mati katak??? ... hahaha

Pasai.... ader bangang mana ntah yang luluskan untuk Malaysia membangunkan loji janakuasa Nuklear.... wei... nih loji jenis apa yang diorang nak buat nih... loji guna Plutonium ker... Uranium ka... Thorium 228 ka... atau Deuterium (heavy water) ka...

Atau mamat yang luluskan nih... dier rasa selamat buat loji nuklear pasai nak guna holy water.... hahaha... giler aper....

Setahu gua la.... ader beberapa jenis loji janakuasa nuklear sahaja yang ader kat dalam dunia nih... majoriti menggunakan... Plutonium.. Uranium.. dan Deuterium.... .... yang guna Thorium 228 ader sikit jer...

Thorium 228 (yang terdapat dalam sisa bijih timah yang dikenali sebagai AMANG) memang ader digunakan di Jepun dan India untuk buat logi nuklear.... dier punya radiasi sinar Gamma adalah pada 911 keV... tinggi gak tue... Kalu ader alat Gieger ... sure boleh detect la.... ini gua citer radiasi kalu guna Thorium.... kalu yang lain macam Plutonium... Uranium atau Deuterium.... err.. lagi masak kiter...

So.... kalu rasa nak cepat mati kena radiasi... mati kena kanser... leukimia... dan lain-lain.. jadi marilah sokong usaha KERAjaan nak buat loji Nuklear tue.... err.. gua nak tanya nih... dah banyak ker amal ibadat tue... rasa dah cukup ker...

Buat stadium pun runtuh... makmal sekolah pon runtuh... siling Parlimen pon runtuh.... so.. lu ingat loji Nuklear nanti takkan takder runtuh ker... gua susah skit nak percaya la.... macam siot jer... mati katak la kita lepas nih...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1