Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bank Negara Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Bank Negara Malaysia. Show all posts

16 March 2024

Lemah Betul Kena Buli Dengan Google

Bhai/DeeDee semua...

Glitch masa hat sekali aritue pon BNM tak hantar surat tuntutan penjelasan kepada Google, nih kali kedua pulak katanya ada glitch. Masih tabrani nak antar surat.

Apa punya lekeh la BNM. Patut la bank komersial buat tak heran ja dengan arahan BNM selama nih.

Patut boleh ja saman Google atas sebab “berniat untuk memalukan dan menjatuhkan Malaysia”. Takkan saman pon takbrani? Takkan pondan kot? Takkan takder tolo? Hahaha

Peguam Negara pon takkan tak reti nak buat semua nih??? Lekeh la woi.

Kot-kot boleh kasik bangkrap Google bila Malaysia buat “Class Action Suit”.

Setakat buat siaran media tu... Sajat pon pandai... Hahahaha




29 September 2021

Satu Pertanyaan Yang Sah

Bhai/DeeDee semua...

Ader satu pertanyaan yang gua lihat sah (valid) dari Mohamad Hasan (Timbalan Presiden UMNO) berkenaan dengan Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK-12)... yer... pertanyaan yang gua sendiri pun tertanya-tanya... sebab rasa janggal dan pelik...

"Kerajaan wajar menjelaskan bagaimana RMK-12 ini akan dibiayai. Rancangan yang baik hanya akan menghasilkan impak terbaik dengan pembiayaan yang mapan.

"Dalam keadaan hasil mahsul negara sangat terkesan akibat pandemik, hutang negara hampir mencecah 65 peratus GDP dan pertumbuhan yang terencat semenjak dua tahun lepas, maka kejayaan RMK-12 sangat bergantung kepada pembiayaannya.

"Ketelusan tentang bagaimana rancangan ini akan dibiayai, akan menjadikan RMK-12 bukan sahaja realistik tetapi mempunyai daya kebolehlaksanaan,” kata Mohamad Hasan.

Mana Nak Cekau Dana?


09 August 2021

AKPK? Agensi Kerajaan Paling Tahi Di Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Tanyalah siapa sahaja yang pernah berurusan dengan AKPK selepas ada masalah dengan pekerjaan mereka... dan terpaksa susunatur balik pinjaman (perumahan, kenderaan atau pinjaman peribadi).... pastinya ramai yang akan kata AKPK adalah agensi kerajaan yang paling tahi di Malaysia..

AKPK adalah agensi yang paling tak boleh pakai...

Simple as that.

- NPC International Inc. antara operator franchisee terbesar Pizza hut dan Wendy dengan 1,200 Pizza Hut dan 385 restoran di bawah fleetnya, beroperasi berpuluh tahun sejak 1962 pun cut loss isi borang Chapter 11 baru baru ini.

- Lufthansa gergasi penerbangan Jerman yang berpuluh tahun running dari 1953, dari hampir 5 bil USD cash reserves bungkus.

- 24 hours fitness yang mempunyai 500 gym dengan hampir 20ribu pekerja pun terpaksa buang hampir 9000 pekerja, tutup lebih 100 gym dan buat pinjaman baru sebanyak 250 juta untuk maintain apa yang masih ada sebelum isi borang chapter 11, 2 bulan lepas.

- AirAsia burn RM2bil cash pile sampai terpaksa buat hutang baru RM500 juta untuk elak ikat tepi.

Dan kau expect SME yang kecik kecik ni, yang baru setahun jagung, boleh urus tunai dengan cekap dalam prolong environment tahpape macam sekarang ni?

Bantuan seciput RM2-3K yang mungkin hanya lepas bayar bil sewa sebulan tu?

Ntahlah..

Kadangkala betul lah jugak bila orang kata..bercakap dari kerusi empuk dengan gaji tetap tu senang.




01 May 2020

BNM Terlepas Pandang

Bhai/DeeDee semua...

Giler aaa biler BNM boleh mengaku diorang terlepas pandang dalam isu Moratorium pinjaman yang berkait dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nih...

Lu bayangkan lar.... Bank Pusat Malaysia iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) boleh terlepas pandang benda yang cukup besar nih... Bayangkanlah BNM boleh membuat silap sebesar ini... Bayangkan lah...

Kalu benda sesimple Moratorium boleh BNM terlepas pandang... agak-agak lu aaa... ader tak yang lain yang BNM terlepas pandang... benda-benda yang lagi besar ..... pergh... naya bhai.... Gabenor BNM dan semua Timbalan dan Naib Gabenor yang ramai tu buat apa??

Penasihat Kewangan dan ramai lagi pegawai atasan dalam BNM buat aper?? Tido ka??

Atau memang sebenarnya tak terlepas pandang pun.... memang sengaja bagi dasar yang mengelirukan....  Sebab dasar kapitalis..... memang la kita tahu BNM bukan ader telor pun ... bukan ader taring pun bila berhadapan dengan bank-bank komersial yang ader dalam Malaysia....

Adoilah.... memalukan....

19 February 2013

GDP Malaysia Meningkat?

Bhai... Agensi Penarafan Moody telah membuat analisa tentang GDP Malaysia... Diorang kata GDP Malaysia telah meningkat lebih dari 5%..... Gua tak kisah dengan analisis dan kajian diorang... sebab diorang nih berpengalaman luas dan lama dalam bidang financial nih....

Gua cuma nak tanya sesuatu nih... Aderkah penarafan Moody ini bersandarkan juga kepada nisbah hutang Kerajaan Persekutuan berbanding nilai GDP yang khabarnya sekarang nih dah sampai 74% daripada jumlah GDP negara.... Kalu ikutkan syarat yang ditetapkan... nisbah hutang berbanding GDP mestilah dibawah 55%

Nih kalu dah cecah 74% nih aper ke jadahnyer... nak tunggu mampus terlungkup macam Greece ker... Pergh... dulu... masa Abdullah Ahmad Badawi amik alih pentadbiran negara ni dari Mahathir Mohamed ... masa tue hutang negara bernilai RM250 bilion.... masa tue nilai RM berbanding USD adalah sekitar RM3.5 = USD$1 ...

Maknanyer sebenarnya agak teruk jugak... masa Najib Razak amik alih pentadbiran dari Abdullah Ahmad Badawi... dengar citernya hutang negara sudah mencecah RM620 bilion.... mak aih... masa nih USD$1 = RM3.30  .... Hahaha... banyak jugak kan...

Oh yer... sebelum terlupa... lu orang mesti berbangga kerana Mahathir Mohamed cuma buat hutang negara jadi sekadar RM250 bilion kan... hahaha.... tapi lu orang jangan lupa... itu harga masa USD$1 = RM3.80 .... hahaha... sedangkan dulu pernah USD$1 = RM2.25 ..... hehehe...  dan hutang negara nih sekitar 1985 gua tak sempat nak semak... hahaha... walhal masa tue negara kiter tengah mewah.... tapi dengar citer hutang mencanak gak...

Aper-aper pon... persoalan yang kita nak tanya sekarang nih... berapa agaknya nilai hutang negara apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negara dari Najib Razak selepas PRU13 nanti... aderlah ianya sudah mencecah RM1 Trilion.... hahaha....


KUALA LUMPUR, Feb 18 – Malaysia’s economy grew 5.4 per cent last year, slightly above the economy’s potential rate of about five per cent, says Moody’s Analytics.

The research house said the country’s economy remained resilient through the fourth quarter and grew 5.6 per cent from the third quarter’s 5.2 per cent.

“Higher government spending on infrastructures has helped support an investment boom,” a division of Moody’s Corp, engaged in economic research and analysis, said in its Asia-Pacific Preview for this week.

Moody’s Analytics also said cash handouts, bonuses for civil servants and an increase in the minimum wage have helped private consumption expand solidly.

Elsewhere, Thailand expanded 14 per cent year-on-year in the December quarter amid a low base effect from the floods in late 2011, it added.

10 December 2012

Petanda PRU13

Bhai... kalu lu nak tau... aperkah petanda PRU13 ... hehehe... lu boleh tengok dua benda nih.... kalu dua benda nih positif... dan ianya juga dicanangkan sehebat mungkin dalam sebulan dua nih... itulah sebenarnya tanda-tanda PRU13 dah makin hampir...

Semua semya "Feel Good News" nih aderlah sekadar gula-gula jer... hehehe... semut banyak mati sebab gula la.... hahaha... diabetics.... hahaha

1. PNB akan umum dividen, bonus lebih kompetitif waktu terdekat
2. Bursa Malaysia dijangka kukuh minggu depan

Hahahaha.... semua dah boleh baca la... semua dah boleh dijangka aaa.... hahaha... petanda PRU13 nih dah boleh agak dah...... hahaha

Bank Negara Malaysia Proksi UMNO/BN ?

Bhai.... baru la gua dapat relatekan aper citer Bank Negara Malaysia nih dengan Genneva.... Hehehe... rampasan emas dan pembekuan aset tue semua ader citer disebaliknyer... hahaha.... Mula-mula gua ader terpikir mesti ader agenda kenapa tetiba jer... Bank Negara Malaysia (BNM) serbu dan rampas segalanya daripada Genneva...

Walhal... selama nih diorang buat derk jer dengan Genneva....walaupun dari awal lagi diorang tau masalah yang akan dihadapi oleh Genneva nih... Samer la jugak dengan VGMC... yang gua rasakan tak berapa lama lagi akan kena gak... hahahaha.... Itu belum lagi masuk kes Public Gold.... hehehe... panjang citernyer...

Kenaper semua yang ader kaitan dengan emas (Gold) jadi sasaran... hehehe..... sebab ... semuanya pasai value... nilai... dalam Ringgit Malaysia... hahaha... mewah tue.... Kalu lu orang tak percaya.. cuba semak beberapa kes besar lain dan tengok timeline dier... ader samer tak dengan mana-mana PRU .... hahaha

Semuanya pasai untuk menyediakan dana pilihanraya.... hahaha... tarak caya ka.... kalu tarak caya... cuba lu baca artikel yang gua rembat dari Sinar Harian nih....


Bhai.... setiap sesuatu tue ader citer disebaliknyer... hehehe.... dan sekarang dah macam terdedak sedikit demi sedikit isu disebalik isu... dimana Bank Negara Malaysia nampaknyer dah menjadi proksi UMNO/BN.... Sebab UMNO dan BN tue cuma parti politik... takder kena mengena dengan Negara... hahahaha.... ader beza tue... atau memang Awang Adek nih pemikirannya samer dengan "awang bersaiz adek" dier yang dalam seluar tue.... hahahaha

01 August 2012

CTOS Dan CCRIS Patut Kena Dakwa Dibawah BAFIA

97. (1) Tiada pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen,
atau mana-mana biro luaran yang ditubuhkan, atau mana-mana ejen
yang dilantik, oleh institusi berlesen untuk mengusahakan mana-mana
bahagian perniagaannya sama ada sepanjang tempoh jawatannya, atau
sepanjang tempoh pekerjaannya, atau selepas itu, dan tiada seorang pun
yang kerana apa-apa jua sebab mempunyai dengan apa-apa cara akses
kepada apa-apa jua pun rekod, buku, daftar, surat-menyurat, atau apaapa dokumen lain, atau bahan, yang berhubungan dengan hal-ehwal
atau, khususnya, akaun, mana-mana pelanggan tertentu institusi itu, boleh memberi, mengemukakan, membuka, menzahirkan, menyiarkan,
atau selainnya mendedahkan, kepada mana-mana orang, atau membuat
suatu rekod bagi mana-mana orang, apa-apa jua pun maklumat atau
dokumen yang berhubungan dengan hal-ehwal atau akaun pelanggan
tersebut.

(www.bnm.gov.my/documents/act/bm_bafia.pdf)

Hahaha.... maknanyer... semua Bank dan Institusi Kewangan tabley la senang-senang nak kasi info pelanggan dier kat CTOS atau CCRIS... sebab ianya menyalahi BAFIA...

Aper macam kalu CTOS dan CCRIS nih kiter semua rakyat Malaysia dakwa bawah BAFIA... amacam...

Sebab dah sah dan jelas CTOS dan CCRIS nih menyalahi BAFIA... hahaha...

01 December 2011

Terlepas Pandang

Gua berani jamin ramai dikalangan kiter semua yang terlepas pandang isu nih... Isu dimana Bank Negara Malaysia (BNM) mengarahkan bahawa syarat pinjaman diperketatkan oleh pihak Bank.... Gaji bersih peminjam akan diambilkira dengan tuntasnya mulai 2012.

Mmm... memang sekali pandang nampak macam bagus dan tepat usaha dan arahan BNM nih.... tapi kalu semua orang pandang dan semak ... gua percaya lu orang sumer mesti terkejut punya la... bahawa syarat ini memang macam celaka...

Pertamanya.... bank akan memastikan bahawa pemohon pinjaman perlulah mempunyai gaji bersih minima 60% sebelum membuat pinjaman.... alasan... untuk mengelakkan daripada terjadinya "Non Performance Loan" (NPL) ...

Tapi korang sedar tak.... selama nih pihak Bank memberikan pinjaman kepada pemohon bukanlah menggunakan duit Bank itu sendiri.... kalu ader orang yang bagitau bahawa memang Bank bagi pinjaman guna dana bank itu sendiri.... sure la orang tue memang mangkuk atau bangang...

Wei... Bank takkan gunakan duit dier la.... sori la... sori maniam la...... selama ini takder bank yang akan memberikan pinjaman kepada pemohon guna dana dier.... Abis tue... dari mana bank dapat duit untuk bagi pinjam nih....

Hahaha... disinilah magiknyer...

Bank kasi orang pinjam duit tue... adalah datangnya dari dana yang terkumpul hasil dari simpanan orang ramai.... Setiap cawangan bank (branch) diarahkan untuk mendapatkan tabungan/simpanan daripada pelangganb setiap bulan sebanyak paling cikai RM3 juta.... macam-macam cara yang Bank gunakan.... buat kempen la... aderkan cabutan bertuah la.... bagi hadiah la ... janji orang kena simpan sekurang-kurangnya RM500 setiap bulan...

Samer jer tak kira Bank itu konvensional mahupun bank itu Islamik.... samer jer... semua guna macam-macam cara untuk suruh orang buat simpanan..

MAYBANK pujuk orang buat simpanan dengan taktik GSPA (Gold Saving Passbook Account) .... suruh orang beli emas pada harga online kat website dier.. tapi sebenarnya duit tue dier gunakan untuk rolling... sebab itu depa tabley kasi beli emas on the spot pada kadar 1 gram...

Samer la jugak ngan PUBLIC BANK.... taktik yang samer digunakan pada akaun GIA (Gold Investment Account)... Kuwait Financial House pon gunakan taktik yang samer.... tapi itu semua tak kira dasat lagi..... ader satu bank yang taktiknya lagi dasat.....

Bank itu adalah Bank Simpanan Nasional..... hahaha... dier guna kertas jer... hahaha... aper tue... hahaha... takkan korang tarak perasan yang BSN nih gunakan Sijil Simpanan Premium untuk kumpul dana dier... hahaha.....

Dengan dana dan wang yang banyak inilah yang depa gunakan untuk bagi kepada orang untuk pinjam... bukan pakai duit bank pon... macam haram.... lepas tue kenakan caj tinggi bagi pinjaman.... sampaikan kalu pinjam RM100 ribu... kena bayar balik lebih RM150 ribu.... giler tue... hahaha...

Tapi pendeposit dapat aper... paling banyak pon 3.5 peratus jer faedah/interest pada setiap simpanan... itu pon dikira cuma pada tarikh tertentu setiap bulan atau setiap tahun bergantung kepada baki minima... sedangkan duit tue dier dah rolling macam nak giler....... lu bayangkan la.... giler aper....

So... kesimpulannya... camana nak kasi ajar skit Bank-Bank yang macam celaka nih termasuklah CIMB Bank..... senang jer..... semua orang jangan simpan banyak-banyak cash kat dalam Bank.... kiter kasi ajar sikit... kasi keluarkan semua duit simpanan tue dan letakkan kat tempat lain.... nak mudah... sewa jer peti keselamatan (safe deposit box).. banyak syarikat yang ader bekalkan servis nih.. murah jer.. dalam RM150++ setahun....

Lepas tue kuarkan semua duit simpanan dalam bank yang tak bergerak tue dan gunakan untuk beli emas... kasi simpan dalam safe deposit box.... biar kurang duit dalam bank... baru ader akai bank nak cari duit nak bagi pinjaman... masa tue baru la bank akan berlembut skit.... La nih bank besar kepala pasai kiter semua kasi peluang kat dier.... cuba kalu kiter tak kasi peluang...... baru la ader akai...

So... jom kiter kasi ajar skit bank-bank ini......

26 December 2010

Bila Kerajaan Mula Meminta Sedekah

Aper nak jadi la... hahaha... memang lawak.... aper nak jadi la Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak nih... hahahaha... sampai tak tau mana nak cekau duit..... nampak sangat la tak pandai mentadbir ekonomi dan kewangan negara.... hahaha.... Nih kat bawah nih lu boleh baca artikel bila kerajaan mula meminta sedekah.... hahahaha

Bila Kerajaan Mula Meminta Sedekah

Hahaha....

Kantoi la lepas nih.... takder duit jer.. kuarkan kertas kosong... tandatangan sana sini... value pon tarak... pastue kestas tue dijualkan pada rakyat.. berduyun-duyun rakyat cari dan beli kertas kosong yang bernama bon nih...

Sebab aper.. sebab Kerajaan janjikan bahawa satu hari nanti kertas kosong (bon) tue boleh ditunaikan kepada duit.... sedangkan yang sebetulnya... kertas kosong (bon) tue takder nilai samer sekali... kalu la takder sorang pon nak beli kertas kosong (bon) tue... makanyer mana ader nilai itu kertas....

Kalu rakyat tak nak beli... Kerajaan akan suruh GLC macam Permodalan Nasional Berhad, KWSP, KWAP, LTAT dan Tabung Haji yang beli.. gunakan duit dan dana yang diorang ader... last-last yang mampus kiter.... ASB ntah kemana... duit RM (bukan Rosmah Mansor aaa) sudah makin kurang value dier...

Habis satu negara diperah oleh Kerajaan Malaysia demi untuk mengadakan duit melalui kertas kosong yang dinamakan sebagai bon ... itu maknanya .. Kerajaan Malaysia nih dah takder duit.... hahaha... bila kerajaan mula meminta sedekah dengan rakyatnya... hahahaha

Akhir kata.... ayat maki gua kepada pimpinan yang jaga kewangan negara Malaysia nih..... "Lanchau Laa"

25 October 2010

Sikitnya Hutang Negara

Ala.... sikitnya hutang negara... hahaha... baru cecah RM362.39 bilion .... tak banyak lagi tue... memang la nilai tue tertinggi disepanjang Malaysia merdeka... tapi itu semua kira cikai lagie...

Hua.... ini macam kalu... kita punya Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri banyak pandai la manage ekonomi... Sure hutang bertimbun nih datang dari zaman Pak Lah... hahaha... Zaman Che Det dulu.. memang la banyak hutang bertimbun... tapi semua dok bawah OSA... jadi takder sapa tau... sapu masuk bawah karpet la...

Zaman Pak Lah... hutang bercambah... tapi itu kira sikit tue.. Khairy Jamaluddin tak sempat nak tambah kasi banyak... Pak Lah sudah get-out... hahaha... Nih zaman Najib hutang bertimbun nih bukan sebab apa... sebab semua nak jaga hati Rosmah....

Itu hari Pak Lah repair Sri Perdana di Putrajaya... tapi repair sikit jer... masuk jer Rosmah... hahaha... lagi banyak dier repair... hahaha.... kira Rosmah tak guna abis lagie nih... hahaha...

Ini macam kalu punya hutang.... berapa ratus tahun baru boleh kasi setel... hahahaha... nak tanya lagie nih... ini semua hutang dengan sapa... dengan luar negeri ker... atau dalam negeri... kalu dalam negeri... hutang tue rembat kat sapa... Bank ker.... takkan la bank kat Malaysia nih ader modal banyak tue... hahaha...

Ini tak lain tak bukan hutang dengan KWAP... KSWP... LTAT dan macam-macam lagie... hahaha...

Orang kampung patut tau ini cerita... cepat kasi heboh... bagitau semua yang Najib Razak memang pandai jaga ekonomi... sampaikan Malaysia berhutang RM362.39 bilion.... sikit tue.... sampai ke cicit pon sure tak abis bayar lagie... hahaha...

Kalu dah hutang banyak nih... aper cerita pulak dengan Scriptless Government Bond yang kerajaan kuarkan dua tahun sudah... itu macam kalu... boleh bayar ka biler sampai masa bon tue matang... sure tak boleh bayar punya... hahaha... hancuss la ini macam...

Kalu kasi lagi lima tahun UMNO/BN pegang ini negara... sure hutang boleh cecah RM500 bilion... hahaha.... bijak.. bijak.....

02 October 2010

Dari Mana Datangnya Duit

Bhai.... Gua ader satu persoalan tentang dari mana datangnya duit... hehehehe... so Gua ader satu soalan cepumas... saper boleh jawab kira dier hebat la...

Soalannya berbunyi begini.... "Setiap kali musim raya, semua orang berebut nak dapatkan duit kertas baru RM1 atau RM5. Persoalannya.... adakah semua duit kertas yang baru ini dibuat hasil dari perlupusan duit kertas yang lama atau...... BNM cuma cetak duit baru secara atas angin sahaja" ....?

err... amacam? boleh jawab ka?

29 June 2010

Malaysia Sudah Tiada Wang

Sumpah... betul... baru kejap tadi gua tanya ngan beberapa venture capital dan funder... semua cerita benda yang sama..... Kerajaan Malaysia sudah tiada wang... takder duit la bhai... semua fund ... grant... reserve dan sebagainyer untuk aper-aper projek sudah kering... sudah kontang...

Lu tak percaya ka... pi la tanya....

Gua dapat info dari Kementerian Pelajaran pon samer... duit dah kering.... giler aper.. Malaysia bukan sahaja akan bankrap... tetapi sudah bankrap... sekarang nih tak tau la Malaysia berjalan pakai duit aper... maybe duit "Cukong" kot (pinjam istilah TukarTiub).... hahahaha

Ini macam kalu... ntah ler.. aper lagi yang tinggal masa Pakatan Rakyat memerintah nanti... itu pon kalu boleh dapat kalahkan BN pada PRU13... kira masa tue kalu PR menang pon.. .. kira macam menanggung biawah hidup... mampus... takder untung.... hutang berlambak...

Giler betul la.. Malaysia sudah tiada wang... takder duit... kering... lepas nih gua cadang nak survey kat beberapa tempat lagie... hehehe... tak leh la gua kasi tau gua nak survey kat mana... hahaha... mana boleh kasi tau... betul dak... kasi buat surprise...

Mana pergi aaa... duit berlambak selama nih... dah kena songlap ker... takkan sebanyak tue semua kena songlap.... aper nih...

Wei.. wei... kejap... kejap.... lagi satu info gua dapat... hahaha... yang kes Kontraktor Istana Negara yang baru tak bayar gaji kat pekerja dier... hahaha... gua dah tau dah... bukan sebab dier sengaja buat camtue... tetapi.............. dier memang tak dapat sen dari Kerajaan Malaysia lagie... satu sen pon belum masuk lagie... projek jalan pasai kontraktor berhutang dengan supplier.... hahaha.... kantoi... kantoi... hahaha

Lepas nih... aper plak yang akan terkantoi... kita tunggu dah lihat...

06 May 2010

Mati Katak La Kita

Pergh.... boleh mati katak la kita lepas nih.... tak pasai pasai jer mati katak ramai-ramai..... errr... pasai apa gua cakap kita mungkin mati katak??? ... hahaha

Pasai.... ader bangang mana ntah yang luluskan untuk Malaysia membangunkan loji janakuasa Nuklear.... wei... nih loji jenis apa yang diorang nak buat nih... loji guna Plutonium ker... Uranium ka... Thorium 228 ka... atau Deuterium (heavy water) ka...

Atau mamat yang luluskan nih... dier rasa selamat buat loji nuklear pasai nak guna holy water.... hahaha... giler aper....

Setahu gua la.... ader beberapa jenis loji janakuasa nuklear sahaja yang ader kat dalam dunia nih... majoriti menggunakan... Plutonium.. Uranium.. dan Deuterium.... .... yang guna Thorium 228 ader sikit jer...

Thorium 228 (yang terdapat dalam sisa bijih timah yang dikenali sebagai AMANG) memang ader digunakan di Jepun dan India untuk buat logi nuklear.... dier punya radiasi sinar Gamma adalah pada 911 keV... tinggi gak tue... Kalu ader alat Gieger ... sure boleh detect la.... ini gua citer radiasi kalu guna Thorium.... kalu yang lain macam Plutonium... Uranium atau Deuterium.... err.. lagi masak kiter...

So.... kalu rasa nak cepat mati kena radiasi... mati kena kanser... leukimia... dan lain-lain.. jadi marilah sokong usaha KERAjaan nak buat loji Nuklear tue.... err.. gua nak tanya nih... dah banyak ker amal ibadat tue... rasa dah cukup ker...

Buat stadium pun runtuh... makmal sekolah pon runtuh... siling Parlimen pon runtuh.... so.. lu ingat loji Nuklear nanti takkan takder runtuh ker... gua susah skit nak percaya la.... macam siot jer... mati katak la kita lepas nih...

03 February 2010

Dubur Yang Lohe

Mohd Saiful Bukhari Azlan kata dier kena liwat dengan Anwar Ibrahim ... tapi laporan perubatan (selepas 2 hari kejadian berlalu) kata takder penembusan pada dubur... Pendakwa kata ader kesan air mani Anwar Ibrahim pada dubur Saiful Bukhari Azlan... Apa maknanyer nih.... takkan Saiful Bukhari Azlan punya dubur yang lohe?

Hahahaha.... semalam dalam berita, Saiful kata ader dedahkan semua kat Mahkamah nanti... dier nak dedahkan aper.. dier nak dedahkan punggung dier ker.. dier nak berbogel kat dalam Mahkamah ker... dier nak tonggeng tunjuk dubur dier kat khalayak Mahkamah ker... atau tunjuk spesial ngan Hakim ...

Kalu dier tunjuk dubur dier kat dalam Mahkamah nanti... susah ler wartawan (graphics artist)nak lukiskan gambarannya... sebab wartawan (graphics artist) Malaysia mana ader pengalaman dan pendedahan melukis gambar bogel... lain la kalu blaja kat Paris ker.. Itali ker... hahaha...

Itu macam kalu.. ader la peluang kita semua tengok dan pastikan sama ader dubur Saiful masih teruna lagie ataupun dah lohe... Kalu dah lohe.. tentunya Saiful dah biasa ditutuh belakangnya... hahaha... hanya kumpulan gay jer yang duburnya dah lohe... orang biasa (normal) tak akan duburnya lohe...

Lagi satu... camana boleh ader kesan air mani Anwar Ibrahim kat dalam dubur Saiful Bukhari Azlan nih ... sebab dier buat pemeriksaan perubatan selepas dua hari kejadian berlalu.... selepas kejadian.. takkan dalam masa dua hari dier tak melepas... (berak)... hahaha... giler aper peram isi perut selama dua hari ... hahaha...

Ish... lucah la kalu nak layan cerita SOODOOMEE kali kedua nih.... macam siot jer... ini nampak 1Malaysia takder berita lain la.. melainkan cerita lucah, seks luar tabii dan yang berkaitan... bodoh aper.. nanti orang lain chopkan Malaysia nih Darul Gay.... giler aper..

05 December 2009

MACC Siasat OneAdney

Ini lagi satu kes berat nih... SPRM memang patut siasat benda nih.. Siapa OneAdney... tapi gua berani jamin yang SPRM (MACC) tak akan berani siasat dan dakwa punya... sebab apa... sure la korang pon tau jawapannya... 

Soalnyer sekarang nih... siapa OneAdney dan apa kesalahannya... adakah beliau terbabit dengan isu PKFZ ... atau beliau sebenarnya saksi utama kes kematian Teoh Beng Hock. Mana satu kes yang berkaitan dengan OneAdney nih... dengar khabar dier dok jaja tabur duit merata nih... mana dier dapat duit nih... 

Nie ader satu link mengenai OneAdney

30 November 2009

Isa Samad Dah Mula Melobi

Hahaha... Korang jangan plak buat terkezut.. Isa Samad dah mula melobi nih... teringin benor dier nih nak jadi MB Negeri Sembilan sekali lagi... tak sabor-sabor nunggu PRU13 nih... Mohamad Hassan pulak dah nak tercirit la nih....

Sekarang nie kat Negeri Sembilan dah pecah 3 puak.
  1. Puak MB Mohamad Hassan
  2. Puak Bekas MB (Katik @ Doraemon) Isa Samad
  3. Puak Khairy Jamaluddin
so..... Nampaknyer Mohamad Hassan tengah panas punggung pasai duit RM10 juta yang terkantul dengan Bank Negara Malaysia nih... punya la ader banyak cara nak transfer duit (boleh guna Wire Transfer, Western Union ataupun E-Currency) tapi.. dier pilih transfer guna money changer..

Nak kata bodoh ...takkan la.. dulu Mohamad Hassan nie MD Cycle & Carriage ... takkan tak tau prosedur pemindahan wang... Giler aper... AMLA (Anti Money Laundering Act) dah lama ujud... takkan tak tau kot...

Maklumat yang gua dapat... info yang menyebabkan kekantulan Mohamad Hassan nih dibocorkan oleh puak yang tak sebulu dengannyer.. Diorang bukan boleh tunggu lama... peluang ader depan mata... so apa lagie.. kasi tau Bank Negara Malaysia (BNM) la... habis kantul... Nampak sangat la ader yang tak sabar-sabar nak jadi MB Negeri Sembilan...

Yer la... tak der peluang nak jadi Menteri di peringkat pusat (Isa Samad dulu Menteri Wilayah Persekutuan dan KJ teringin nak jadi Menteri Belia dan Sukan) ... jadi ini la peluang yang ada .. walau pun peluang nie kecik.. tapi jadi la... janji masyuk... hahaha...

Lu ingat jadi MB Negeri Sembilan tak boleh nak kaya ker.... podah ler... memang kaya punya... banyak kawasan komersial ader kat Negeri Sembilan nih.. banyak plak tanah orang Melayu yang boleh dirembat... banyak hasil negeri la....

Jadi... ada dua jer kemungkinan... Kalu bukan Isa Samad (Doraemon @ Katik) yang sabotaj MB Mohamad Hassan.... hehehe... tentunya Khairy Jamaluddin terlibat... begitulah sebaliknya... tapi apa-apa pun... masing-masing tak sabar nak merembat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum Negeri Sembilan tersungkur ketangan Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti...

Dapat dua tahun jadi MB Negeri Sembilan pon dah kira okeh.... ader pencen... ader duit share masuk... dan macam-macam lagie.... halal haram aper mau kira.... spesis UMNO/BN nieh mana ader malu makan rasuah dan sebagainya....

13 November 2009

SwissCash Bernilai RM31 Juta

Pergh... rupa-rupanya skim cepat kaya SwissCash bernilai RM31 juta tue... pergh.. banyak tue... boleh antor berapa ribu orang tua dan miskin kat Malaysia nieh pi Mekah tunai haji...

Banyaknyer duit orang 1Malaysia nih yer... RM31 juta buat main-main jer... kalu kita campurkan semua skim cepat kaya yang ada dalam Malaysia nie sejak dari zaman Pak Man Telo dulu.... pergh... mau dekat bilion RM tue... hehehehe.... hebat.... hebat...

Swisscash memang ramai yang join... kat opis gua nie ramai yang terlibat... ader yang terlibat dalam promosi... cari klien.. ader plak yang amik peluang buat servis tunaikan e-wallet tue... hehehehe... gua plak... hahahaha.... gua tak terlibat langsung....

Gua ingat lagi... masa SwissCash tengah meletup tue... ader satu lagi skim... E-Barrel ... mencanak naik orang dok citer pasai benda tue.. tiap-tiap malam ader perjumpaan kelompok promosi benda nieh... gua tak join skim tue.. tapi perjumpaan kelompok tue gua pergi la... boleh kata tiap-tiap malam ader... bukan aper ... gua pi pasai ader makan FREE... hahahaha..

Gua pi join untuk makan jer... hahaha.... selalunyer yang buat promo skim cepat kaya nieh.. akan ader majlis makan-makan lepas abis program... hehehe... gua aper lagi.. sebat la... yang mana boleh... masa tue bini ngan anak-anak ader kat Shah Alam... gua plak ader kat Kemaman.... kira bujang la... hahahaha.... makan jangan tak makan.... kira halal aaa...

Tapi satu haram pon gua tak join.. sebab gua dah boleh baca jalan citernyer camana.... hahahaha.. ader satu member dulu tepon gua masa gua kat Shah Alam... dier tanya gua... errr... camana nak upkan satu skim cepat kaya... binary ker... matrix ker... Australian ker... hehehehe... ala.. yang macam online MLM tue.. siap ader e-wallet tue...

Gua pon orang tanya... hehehe.. gua ajor ler serba sedikit... free jer gua ajor... hahaha... jangan mare.... gua bab camana nak buat skim cepat kaya nieh dah khatam sejak dari tahun 1991 lagie... hehehehe.... cuma gua tak buat dan join jer mana-mana skim cepat kaya... tapi dari konsep dan sebagainya... hehehe... A to Z gua tau... nak belajar ... boleh... cuma tolong jangan buat aaa.... hahahaha

Okeh ler.. bukan niat gua nak kasi banyak skim cepat kaya kat Malaysia nie... tapi... lu orang pon tau kan... Orang Malaysia nieh (terutamanyer Melayu) .... memang cepat tamak... nak kaya cepat... pastu tak kira halal haram... janji pelaburan tiap-tiap bulan ader masyuk... hehehe ... cuba korang pikir logik... ader ker pelaburan yang masuk RM10 ribu.. tiap bulan dapat RM300 setiap masa ... tanpa ader rugi apa-apa.... giler aper... mana ader perniagaan yang untung sentiasa...

Even buat trading forex pun ader hari untung.. ada hari rugi.... giler aper asik untung jer tiap hari.... abis tue.. sapa plak yang nak rugi nih.... kalu semua orang untung... budus la....

So.. pengajaran buat mangkuk-mangkuk yang join mana-mana skim cepat kaya cam SwissCash, E-Barrel, Labu Peram, Vemma dan sebagainya.... hehehehe... jangan asik ingat untung jer.. cuba cek sama ada apa yang korang buat tue takder dikira sebagai skim cepat kaya.... hahahaha ... nanti tak pasai-pasai korang kena tipu..... dan memang di tipu pon... hahaha

15 September 2009

1Malaysia F1 Team

Pergh.... 1Malaysia F1 Team @ Lotus F1 Team ..... Hahahaha....

Sori la... benda nie memang la bagus.. cuma...
  1. Guna duit sapa nih.. duit peribadi Tony Fernandes dan rakan-rakan ker?
  2. Itu hari Air Asia punya hutang "airport tax" dengan MAHB apa cerita... dah abis setel ker?
  3. Bantuan Kerajaan Malaysia kepada Tony Fernandes dan Air Asia apa cerita... dah abis bayar balik ker?
  4. Kos surcaj bahanapi Air Asia macam mana... turun ker naik lepas nih... kalu naik pasai apa? pasai F1 ka?
  5. Kenapa HQ 1Malaysia F1 Team nie kat England... kenapa tak buat kat Sepang...
  6. Berapa suntikan dana modal teroka yang Kerajaan Malaysia janji nak bagi kat team nie? RM300 juta ker?
  7. Kalu la terkantul tak dapat nak teruskan pasai modal sangkut.... Kerajaan akan bail-out ker... kalu bail-out... abis la duit cukai....
  8. Kata Kerajaan Malaysia takder duit untuk tampung subsidi minyak petrol... abis tue .. yang nie duit dari mana....
  9. Berapa untung kendalikan team sendiri kat Formula One nih? Berapa pulak rugi??
  10. Ini satu lagi kes macam PKFZ nih.. abis berbilion RM ... mana PAC nih.. biler nak siasat nih...
1Malaysia F1 Team @ Lotus F1 Team with Cosworth engine

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1