Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pembiayaan. Show all posts
Showing posts with label Pembiayaan. Show all posts

26 January 2024

Nasib La Korang ... Hahaha

Bhai/DeeDee semua...


Situasi di Bank ditahun 2026.

Ali Bin Abu : Assalamualaikum tuan.

Mat Bin Along : Waalaikumussalam. Terima kasih sebab datang ke Bank Kapir Malaysia Berhad (BKMB). Boleh saya tahu apa urusan tuan nak buat ye?

Ali Bin Abu : Saya Ali. Saya datang ni nak buat pinjaman peribadi.

Mat Bin Along: Tuan datang di tenpat yang betul. Boleh saya dapatkan semua dokumen yang diperlukan. Tentunya tuan dah tahu tentang semua dokumentasi yang diperlukan.

Ali Bin Abu: Ya, semuanya dah ada dalam sampul ini. Penyata 6 bulan gaji dan surat perjawatan kerja pun saya dah sertakan.

Mat Bin Along: Sekejap ya tuan, saya semak dulu.

Ali Bin Abu: Baiklah.

Mat Bin Along: Err.. tuan adalah kakitangan awam nampaknya. Penyata gaji ni nampak dah cukup padu. Sudah berapa lama tuan berkhidmat?

Ali Bin Abu: Saya dah berkhidmat setahun. Hujung bulan ni genap setahun.

Mat Bin Along:  Kalau ikutkan gaji tuan ni layak membuat pinjaman peribadi sebanyak RM150 ribu. Cumanya status pekerjaan tuan ni ada sedikit masalah.

Ali Bin Abu: Masalah macam mana tu ye?

Mat Bin Along: Macam ni tuan, Disebabkan status pekerjaan tuan adalah Kontrak, maka pihak bank ada sedikit masalah. Perjawatan tuan adalah mengikut kontrak 3 tahun ke 3 tahun. Jadi kalu mengikut kadar risk yang ada dalam sistem kami, ianya adalah agak kritikal.

Tambah lagi tuan baru berkhidmat setahun. Dan kemungkinan kontrak tuan tidak disambung selepas 3 tahun adalah tinggi.

Ali Bin Abu: Eh, takkan la macam itu? Saya kan bertugas sebagai guru sekolah?

Mat Bin Along: Betul tuan adalah seorang guru, tapi risk analysis bagi bank meletakkan status tuan pada kadar 6 dari kadar 10. Tapi tuan jangan bimbang, tuan masih boleh mendapatkan pinjaman peribadi ni. Cuma ianya sekadar bernilai 6 kali dari jumlah gaji bulanan tuan.

Ali Bin Abu: Oh, begitu ye. Saya cuma boleh buat sebanyak itu je lah?

Mat Bin Along: Betul tuan.

Ali Bin Abu: Err, kalau saya nak beli kenderaan pula?

Mat Bin Along: Yang itu kami boleh berikan pembiayaan macam biaaa seperti pada tahun 2024. Tiada masalah. Cuma ianya sekadar bernilai 60% dari nilai harga kenderaan.

Ali Bin Abu: Okay, kalau gitu saya nak cuba di Bank Scam Malaysia Berhad la pulak.

Mat Bin Along: Saya faham tuan. Cubalah mana tahu mereka boleh berikan nilaian yang lebih baik. 

Ali Bin Abu: Assalamualaikum. Terima kasih tuan.

Mat Bin Along: Waalaikumussalam. Sama-sama.


*** nama bank adalah nama sebenar.

#tiadapencen #kwsp #penjawatawam #kakitanganawam #bank #pinjamanperibadi #loan #personalloan #walanon #bangsaslurpp #polisi #BNM



21 September 2021

Berapa Banyak Malaysia Dah Rugi?

Bhai/DeeDee semua...

Patut Kerajaan Malaysia sekat sikit agenda macam ni. Bahaya kepada ekonomi Malaysia. Setiap 25hb #Shopee buat kempen ini. Berapa % dah lari ke negara asing berbanding berbelanja dalam circle ekonomi Malaysia. Tapi apa kita nak harapkan dengan #KerajaanGagal2 nih.

Berapa banyak dah kita rugi... aliran tunai ke luar negara... ke Singapura... dan pemilik Shopee dah jadi Bilionaire di Singapore... Shopee dah jadi syarikat bernilai RM85 bilion dah...

Adoilah...


Jahanam ekonomi Malaysia kalu camnie... patut kita berbelanja yang menguntungkan Malaysia... yang menguntungkan kitaran ekonomi dalam negara... Beli dan berbelanja dalam negara...

29 May 2021

Total Lockdown? Adakah Anda Bersedia?

Bhai/DeeDee semua..

Satu perkara jelas yang menjadi persoalan seluruh rakyat yang "terkesan" adalah apa tindakan proaktif Kerajaan Malaysia dalam membantu rakyat menghadapi Total Lockdown 3.0 ini... Setakat apa yang dilihat... tiada apa pun tindakan tuntas dari pihak kerajaan.."

Alasan yang kerajaan berikan adalah Kerajaan telah berbelanja RM600 bilion sepanjang fasa perlaksanaan PKP termasuklah lockdown 1.0 sehingga kini...

Tapi apa yang rakyat dapat lihat .. nilai RM600 bilion itu tidak nampak turunnya kepada rakyat melainkan ianya pergi kepada Institusi besar seperti bank dan korporat... Paling lawak... yang turun betul kepada rakyat adalah duit rakyat sendiri melalui dana KWSP dalam program i-Sinar dan i-Lestari...

Lockdown tetap berlaku... tapi tiada bantuan khas untuk rakyat... Bank pula masih mengejar semua peminjamnya walaupun peminjam itu sekarang ini tiada sumber kewangan....

Macam celaka semua ini..



19 February 2013

GDP Malaysia Meningkat?

Bhai... Agensi Penarafan Moody telah membuat analisa tentang GDP Malaysia... Diorang kata GDP Malaysia telah meningkat lebih dari 5%..... Gua tak kisah dengan analisis dan kajian diorang... sebab diorang nih berpengalaman luas dan lama dalam bidang financial nih....

Gua cuma nak tanya sesuatu nih... Aderkah penarafan Moody ini bersandarkan juga kepada nisbah hutang Kerajaan Persekutuan berbanding nilai GDP yang khabarnya sekarang nih dah sampai 74% daripada jumlah GDP negara.... Kalu ikutkan syarat yang ditetapkan... nisbah hutang berbanding GDP mestilah dibawah 55%

Nih kalu dah cecah 74% nih aper ke jadahnyer... nak tunggu mampus terlungkup macam Greece ker... Pergh... dulu... masa Abdullah Ahmad Badawi amik alih pentadbiran negara ni dari Mahathir Mohamed ... masa tue hutang negara bernilai RM250 bilion.... masa tue nilai RM berbanding USD adalah sekitar RM3.5 = USD$1 ...

Maknanyer sebenarnya agak teruk jugak... masa Najib Razak amik alih pentadbiran dari Abdullah Ahmad Badawi... dengar citernya hutang negara sudah mencecah RM620 bilion.... mak aih... masa nih USD$1 = RM3.30  .... Hahaha... banyak jugak kan...

Oh yer... sebelum terlupa... lu orang mesti berbangga kerana Mahathir Mohamed cuma buat hutang negara jadi sekadar RM250 bilion kan... hahaha.... tapi lu orang jangan lupa... itu harga masa USD$1 = RM3.80 .... hahaha... sedangkan dulu pernah USD$1 = RM2.25 ..... hehehe...  dan hutang negara nih sekitar 1985 gua tak sempat nak semak... hahaha... walhal masa tue negara kiter tengah mewah.... tapi dengar citer hutang mencanak gak...

Aper-aper pon... persoalan yang kita nak tanya sekarang nih... berapa agaknya nilai hutang negara apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negara dari Najib Razak selepas PRU13 nanti... aderlah ianya sudah mencecah RM1 Trilion.... hahaha....


KUALA LUMPUR, Feb 18 – Malaysia’s economy grew 5.4 per cent last year, slightly above the economy’s potential rate of about five per cent, says Moody’s Analytics.

The research house said the country’s economy remained resilient through the fourth quarter and grew 5.6 per cent from the third quarter’s 5.2 per cent.

“Higher government spending on infrastructures has helped support an investment boom,” a division of Moody’s Corp, engaged in economic research and analysis, said in its Asia-Pacific Preview for this week.

Moody’s Analytics also said cash handouts, bonuses for civil servants and an increase in the minimum wage have helped private consumption expand solidly.

Elsewhere, Thailand expanded 14 per cent year-on-year in the December quarter amid a low base effect from the floods in late 2011, it added.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1