Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kontraktor. Show all posts
Showing posts with label Kontraktor. Show all posts

22 January 2024

Hanya Di Malaysia

Bhai/Dee semua...

Hanya di Malaysia jer.... jalanraya berlubang ditampal masa hari hujan guna Hotmix Premix... Hahaha... Giler aaa...

Hanya di Malaysia jer bila nak lalu jambatan... jalan biasa atau highway... mesti kenderaan akan sedikit melompat...

Hahaha... ini barulah fly....



22 March 2023

Naya Sungguh La

Bhai/DeeDee semua...

Hanya kerana lambat siap punya pasai... memang naya sungguh la kontraktor buat lebuhraya di Kelantan nih kena denda sampai RM30k sehari ... pergh... masak.... Dah la lewat 300 hari... denda sehari ja dah kena RM30 ribu.... masak wei...

Mampoih...

Bukan ker Projek Lebuhraya Rakyat nih idea Husam Musa dulu ker?


Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai berjalan dengan denda RM30,000 sehari disebabkan kelewatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, hari ini, Azami berkata, denda itu membabitkan Pakej 2B iaitu dari Ketereh hingga Kok Lanas, Kota Bharu.

"Kemajuan bagi pakej ini berdasarkan jadual sudah 100 peratus, namun yang sebenar masih 80 peratus. Pakej ini berjalan dalam tempoh denda sangat tinggi iaitu RM30,000 sehari.

"JKR (Jabatan Kerja Raya) sudah mengeluarkan pengakuan kerja tidak siap kepada pihak kontraktor," katanya yang menjawab soalan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan perkembangan projek berkenaan.

Pada Ogos tahun lalu, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ketika itu, dilapor berkata, Pakej 2B Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai mengalami kelewatan daripada tempoh pelaksanaan asal yang sudah melebihi 300 hari.

Mengulas lanjut, Azami berkata, projek lebuh raya itu membabitkan tujuh pakej sepanjang 66.88 kilometer (km) dengan kos sebanyak RM2.33 bilion.

"Ketika ini dua pakej siap sepenuhnya iaitu Pakej 1B (Pasir Hor ke Kadok, Kota Bharu) dan Pakej 2A (Kadok ke Ketereh), sementara pakej lain sedang berjalan," katanya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadok itu, Pakej 3B membabitkan jajaran 10km di Kampung Berangan Mek Nab, Machang ke Kampung Keruh, Kuala Krai) yang dahulunya, Pakej Lebuhraya Rakyat sudah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk disiapkan.

"Kerajaan Pusat sudah bersetuju untuk mengambil alih pembinaan, namun tanpa hutang... kita berhutang sebanyak RM60 juta.

"Kita berharap jasa baik kerajaan supaya mengambil projek berkenaan termasuk dengan hutang," katanya.

06 January 2023

Kambing Hitam RM92.5 Bilion

Bhai/DeeDee semua...

Umur mamat nih baru 42 tahun.... lu ingat senang ka dier perdaya kontraktor lain... dan dier jadi mastermind songlap dana Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM92.5 bilion.... walhal level orang tengah pun takkan layak pada mamat nih..

Hahaha.... kalu korang percaya.... memang lahhhhhh

Sori aaa... gua tak percaya sikit pun.... ini semua sekadar kambing hitam jer... Hahaha... biasa la mesti akan sangkutkan beberapa orang... demi untuk selamatkan orang yang lebih besar... hahaha... adoilah... takkan kena punya tok dalang.....

Yang dapat pancing ikan siakap tue takkan la takder bau-bau bacang.... Hahaha

Adam Radlan sepupu Adlan Berhan menantu Muhyiddin direman SPRM dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5B

SPRM reman Adam Radlan sepupu Adlan Berhan Menantu Muhyiddin dalang projek runding terus RM92.5B. Dulu Adlan Berhan kecoh isu Bestarinet dan sistem imigresen RM1.16 bilion ketika darurat. Untung jadi broker projek


Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta direman lima hari berhubung isu penyelewengan perbelanjaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi pada 2020 hingga 2022.

Menurut sumber, perintah reman sehingga 10 Januari itu diperoleh selepas suspek berusia 42 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

“Suspek disyaki menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi pada 2020 hingga 2022. Dia ditahan ketika memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM malam tadi.

“Suspek juga dipercayai menerima rasuah bagi menghubungkan kontraktor-kontraktor dan pihak atasan,”

06 April 2022

Standard Malaysian Government Workflow

Bhai/DeeDee semua..

Hahaha ... gua gelak jer biler dapat gambarajah dibawah nih dalam group Whatsapp... Memang kena sangat la... bertepatan sungguh la...

Hahahaha...

Realistik



25 December 2021

Siapa Punya Kerja Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Dalam Malaysia nih tiada yang mustahil... Bayangkan... Parti yang kalah dalam pilihanraya pun boleh diangkat memimpin negara... takkan la takder benda lain yang lebih giler dan mustahil...

Macam dalam gambar nih.. Ini bukan gambar edit... Ini gambar lokasi sebenar.. Ini gambar sebenar... ini gambar kerja buat kontraktor yang sebenar... 

Dan memang giler agaknya kontraktor ini dan penyelia tapak kawasan projek ini... Lagi giler adalah Jurutera Projek dan Penyelaras Projek... Dan pastinya yang meluluskan projek ini pon sama giler... Hahaha ... JKR tido ka???

Siapa punya kerja ni??? Gila aaaa



28 September 2021

Sikit Ja Tu

Bhai/DeeDee semua...

Bhai… lu kena paham… itu RM30 juta punya projek adalah untuk kasik kroni-kroni punya survival… bisnes dah koyak… bini ramai… belum masuk nak entertainment (belanja skandal lagi) dan vellfire merc bagai…

Hahaha…



23 August 2013

Kesalahan Bahasa Yang Melucukan

Bhai/DeeDee sekalian...

Cuba lu orang tengok kesalahan bahasa yang gua capturekan kat bawah nih menggunakan tepon cap buah epal nih...

Lokasi ...

Kawasan projek pemulihan pantai disebuah kawasan peranginan yang dikendalikan dan diseliakan sekarang ini oleh JKR ...

Macam mana lar boleh jadi camnie.... Hahaha... Memalukan lar...


03 July 2013

Sebulan Sahaja Lagi

Bhai/DeeDee ...... gua dikhabarkan bahawa Jambatan Bukit Kuang di Kemaman yang dibina dibawah projek ECER akan dibenarkan penggunaannya sebulan sahaja lagi dari sekarang.... Pihak kontraktor telah diarahkan membuka satu laluan bagi pemandu yang memandu dari arah bandar Chukai menuju ke Kuala Terengganu...

Rekabentuk Senibina Kejuruteraan Lendut
Jadi..... kalu lu orang nak merasa memandu diatas Jambatan yang dibina dengan senibina kejuruteraan lendut.... lu orang gua alu-alukan datang ke sini untuk merasainya Ramadhan ini...... hahaha .....

Jangan lupa ajak kengkawan-kengkawan lu orang... tak kisah la jurutera awam ker.... untuk menikmati senibina unik di Malaysia ini.... iaitu senibina kejuruteraan struktur lendut.... hahahaha... Jangan ketinggalan... sebab Jambatan ini akan dimasukkan dan disenaraikan dalam Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai satu-satunya senibina kejuruteraan lendut bagi sebuah jambatan konkrit.

MB Terengganu iaitu Ahmad Said pasti berbangga dengan adanya jambatan paling unik di Malaysia.... hebat....

Gua dengar khabar... PM Najib Razak juga akan hadir merasmikan pembukaan jambatan Bukit Kuang Kemaman ini setelah semuanya siap sepenuhnya dijangkakan pada Disember tahun ini...... Hahahaha... terbaek....

Berkaitan : Baca Sini

Terima kasih bagi yang dah updatekan isu nih dalam FB


08 June 2013

Yang Mana Satu?

Bhai... Yang mana satu diantara dua set gambar nih aderlah beam untuk jambatan pada pandangan lu orang aderlah lebih selamat dan kukuh pembinaannya... 

Yang gambar yang pertama nih aderlah gambar "stressed beam" dimana besi tetulangnya di tarik terlebih dahulu sebelum konkrit dituang dan dibiarkan "setting"...

Dan yang gambar kedua dan ketiga  pulak aderlah jenis beam jambatan yang dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengkonkrit sebahagian kecil sekitar 10 ~ 15 kaki secara terapung "levitate"... Biler konkrit dah "setting" diorang akan anjak kedepan dan buat konkrit baru...

Aper pandangan lu orang aaaa??? Yang mana satu lagi selamat dan kukuh???




07 June 2013

Jambatan Bukit Kuang Juga Berbahaya

Bhai... tadi gua ader tanya sorang kawan nih... dier nih seorang Jurutera Awam (Inseniur - Ir) bertauliah...  gua cuba korek pandangan dier tentang Jambatan Bukit Kuang yang dibawah dana dan inisiatif ECER ...... yang dibuat oleh syarikat kontraktor yang sama (Cergas Murni Sdn Bhd) dengan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh semalam....

Member gua nih bagitau....  kalu ikut aper yang dier tahu dan pelajari selama nih.... Jambatan Bukit Kuang juga berbahaya.... ini kerana struktur Jambatan Bukit Kuang di Kemaman nih tidak selamat.... sebab aper tidak selamat... sebab pembuatan dan rekabentuk jambatan tidak mengikut spesifikasi kejuruteraan struktur.....

Dier tunjukkan kat gua yang teknik membina jambatan secara "levitate" adalah bahaya... kerana kekuatan sokongan pada konkrit jambatan pada kawasan diatas sungai adalah tidak bersamaan dengan kekuatan struktur yang diasaskan secara stress beam.....

Pembinaan jambatan konkrit secara sedikit-sedikit macam nih mengundang simptom "kegagalan ricih" pada bila-bila masa... Itu sebabnya jambatan biasanya  menggunakan "stress beam" yang mana besi bertetulang dalam konkrit itu ditarik (di stresskan) terlebih dahulu sebelum konkrit itu "setting" dan kemudian barulah dipasang pada support column....

Dalam kes Jambatan Bukit Kuang nih.... tetulang besi yang digunakan pada struktur jambatan tidaklah besar mana dan nampak seperti macam membina rumah biasa sahaja..... dan dalam kes Jambatan Bukit Kuang... teknik yang digunakan mengundang bahaya jika berlaku "kegagalan ricih" pada rasuk utama jambatan yang merintangi sungai.

(Gambar struktur jambatan akan gua amik biler keadaan hujan lebat nih solosai)

So.... gua berharap janganlah nanti Jambatan Bukit Kuang nih pon ader masalah runtuh.... sebab ini adalah jambatan yang gua gunakan hari-hari... tambah lagi rumah gua cuma 300 meter jer dari jambatan tue... Aiyark..

Harap takder la jadi insiden macam nih...





14 May 2013

Cerita Pelik Dari Terengganu

Bhai.....  gua dapat tau benda nih pon dari Sinar Harian... hahaha... memang bersinar-sinar la harian gua nih... hahahaha....  cerita pelik dari Terengganu nih memang mengejutkan gua.... pelik tapi benar.... ajaib betul lar.... memang la gua rasa aaa banyak sangat magiknyer Malaysia nih.... boleh menang award nih....

Cuba lu tengok aaa.... kontraktor yang repair dan bukak semua struktur bumbung stadium yang runtuh itu hari cepat jer kena dakwa dan hukum,... pasai kecuaian syarikat dier menyebabkan pekerja cedera....  tapi......

Tapi... kontraktor yang pasang bumbung dan buat bumbung stadium runtuh di Gong Badak Terengganu tue sampai ke hari ini kiter tak tau saper... dan tak tau sama ader dier kena dakwa atau kena hukum.... senyap sunyi jer.... hahaha.... ker sebenarnya ader kaitan dengan puak-puak UMNO kot.... hahaha

Biasa la kat Terengganu nih... kalu ader projek besar jer... projek kecik jer... semua kena sapu dek juak-juak UMNO... hahahaha... tender dapat kat juak-juak UMNO... tapi pas kerja tue kat kontraktor Cina... modal kerja dari kontraktor Cina..... hahahahaha.... lawak kan... dan itulah yang selalu berlaku.... kalu pas kat subcon Melayu pon... semua kerja cikai jer... hahaha...

Aper-aper pon... biler aaa kiter nak dengar berita dan cerita kontraktor bumbung stadium runtuh tue nak didakwa dan dihukum.... ntah biler aaa.... hahaha...


KUALA TERENGGANU - Seorang kontraktor binaan dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah melakukan kerja-kerja membuka semula struktur bumbung ‘west stand’ di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, tanpa lesen.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris turut memerintahkan Abdul Rahim Osman, 52, dipenjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda.

Kesemua hukuman itu diputuskan selepas pemilik Syarikat Tetuan RHM Sevices itu mengaku bersalah menjalankan kerja-kerja membuka semula struktur bumbung ‘west stand’ dan lain-lain kerja berkaitan dengan stadium itu tanpa berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan CIDB Malaysia.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah subseksyen 25 (1), Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 dan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29, akta yang sama itu pada 5 November tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, Abdul Rahim selaku sub kontraktor dalam kerja-kerja berkenaan boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM50,000 jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa CIDB Malaysia, Abdul Razak Husin manakala Abdul Rahim tidak diwakili peguam. Terdahulu, dalam rayuannya, Abdul Rahim mendakwa tidak tahu bahawa dia sebagai sub kontraktor yang dilantik perlu berdaftar dengan CIDB Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja berkenaan.

“Saya ingatkan kontraktor utama sahaja perlu berdaftar dengan CIDB Malaysia, jadi disebabkan itu saya tidak berbuat demikian. Saya merayu mahkamah memberi hukuman paling minimum,” rayunya.

Sementara itu, kontraktor utama iaitu Prisma Keris Sdn Bhd telah dikenakan tindakan tatatertib pada 11 April lalu iaitu di bawah peraturan 15 (4) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Kontraktor 1995. Kontraktor berkenaan dilarang menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan kecuali dengan arahan CIDB Malaysia dan satu notis boleh dikeluarkan terhadap kontraktor yang menghendaki untuk tidak memulakan atau meneruskan kerja-kerja pembinaan tersebut sekiranya ada. Selain itu, Perakuan Pendaftaran kontraktor ditarik balik sehingga tamat tempoh Pendaftaran iaitu pada 25 Julai ini. Kontraktor itu hanya dibenarkan menyiapkan kerja-kerja membuka semula baki struktur bumbung ‘west stand’ dan lain-lain kerja berkaitan seperti mana yang dikehendaki di dalam surat award.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, yang dalam proses baik pulih runtuh. Semasa kejadian, lapan pekerja sedang menjalankan kerja membaik pulih bumbung stadium berkenaan dan dianggarkan 137 meter iaitu kira-kira dua pertiga daripada struktur asal bumbung telah runtuh.

Siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung.

Pada masa sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengaku berkemungkinan punca kejadian daripada kecuaian pihak kontraktor dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan kerja-kerja baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat. Stadium berkenaan terpaksa menjalani proses baik pulih dengan kos RM15 juta setelah bumbung utamanya bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah

17 February 2013

Kontraktor Mana Punya Kerja Nih?

Bhai... Kontraktor mana punya kerja nih... sampaikan boleh maut seorang pengguna lif... tambah lagi lif di pangkalan TLDM di Lumut... Giler aper ... ini premis kerajaan lar... Takkan la kontraktor dier buat kerja macam cilakak... Kan dah tak pasai-pasai jer ader nyawa terkorban...

Tapi... satu gak yang gua pelik... kalu kabel lif terputus.. bukan ker secara otomatik latch pada tepi sokongan lif akan lock... akan berhentikan supaya lif tak akan jatuh... Ini peralatan keselamatan stendet nih...

Atau Pihak Bomba tak semak betuk-betul kot lif nih.... atau... mungkin bangunan nih sebenarnya takder dapat Sijil Layak Menduduki (CF) .... biar betul nih..


IPOH - Seorang wanita maut selepas lif dinaikinya terjunam dari tingkat lima di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.

Menurut sumber, wanita yang maut itu dikenali sebagai Zamzila Isharuddin, 38, yang juga isteri seorang daripada anggota TLDM.

Kejadian berlaku selepas kabel lif dinaiki mangsa pada Khamis lalu tiba-tiba terputus menyebabkan lif berkenaan menjunam.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Manjung sebelum disahkan meninggal awal pagi semalam dan dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Sementara itu, sumber TLDM yang dihubungi enggan mengulas lanjut berkaitan kejadian dan menjelaskan kenyataan rasmi mengenai kes tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.


19 September 2012

Kontraktor Kelas A?

Hahaha..... sori bhai... artikel nih buka gua tulis atas pengaruh perkauman... hahaha... tapi ianya lebih kepada realiti semasa... hahaha...

Cuba lu orang listkan kat gua nama-nama syarikat kontraktor pembinaan kelas A milik orang India.... Orang India yang warga negara Malaysia la... hahaha... dan dah sohih diorang nih kalu ader la sure takkan berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) pasai syarat PKK mestilah Melayu... hahaha

Tapi gua bagi lu hint skit... hahaha... setahu gua memang takder la syarikat kontraktor pembinaan kelas A milik orang India.... yang ader cuma syarikat kontraktor pembinaan kelas A milik Mamak ... hahaha... tapi pelik aaa... camana Mamak boleh diklasifikasikan sebagai Melayu...

Dan banyak sangat syarikat kontraktor kelas A milik Mamak nih yang dah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) yang salah satu syarat pendaftarannya adalah mesti Melayu....

Ker Mamak dan Melayu nih aderlah orang yang sama..... ???

Yang pasti.. walaupun Syarikat Kontraktor Kelas A tersebut milik India ker... Melayu ker... Mamak ker... semua akan pass projek kalu ader kepada syarikat kontraktor pembinaan "takder kelas" milik orang Cina.... hahaha

Kira macam Ali kepada Baba la... Ali bukan sahaja melambangkan Melayu... ader gak orang India yang bernama Ali... malah ramai mamak jugak suka gunakan nama Ali.... hahaha

Baba dah tentu confirm orang Cina... ader lu tengok Baba digunakan sebagai ganti nama kepada orang India, Melayu atau Mamak..... hahahaha... tapi tolak ketepi la Ghafar Baba atau Rashdan Baba.... hahahaha

Nak tau citer aper yang gua storykan nih... BACA SINI.... hahaha

29 June 2010

Malaysia Sudah Tiada Wang

Sumpah... betul... baru kejap tadi gua tanya ngan beberapa venture capital dan funder... semua cerita benda yang sama..... Kerajaan Malaysia sudah tiada wang... takder duit la bhai... semua fund ... grant... reserve dan sebagainyer untuk aper-aper projek sudah kering... sudah kontang...

Lu tak percaya ka... pi la tanya....

Gua dapat info dari Kementerian Pelajaran pon samer... duit dah kering.... giler aper.. Malaysia bukan sahaja akan bankrap... tetapi sudah bankrap... sekarang nih tak tau la Malaysia berjalan pakai duit aper... maybe duit "Cukong" kot (pinjam istilah TukarTiub).... hahahaha

Ini macam kalu... ntah ler.. aper lagi yang tinggal masa Pakatan Rakyat memerintah nanti... itu pon kalu boleh dapat kalahkan BN pada PRU13... kira masa tue kalu PR menang pon.. .. kira macam menanggung biawah hidup... mampus... takder untung.... hutang berlambak...

Giler betul la.. Malaysia sudah tiada wang... takder duit... kering... lepas nih gua cadang nak survey kat beberapa tempat lagie... hehehe... tak leh la gua kasi tau gua nak survey kat mana... hahaha... mana boleh kasi tau... betul dak... kasi buat surprise...

Mana pergi aaa... duit berlambak selama nih... dah kena songlap ker... takkan sebanyak tue semua kena songlap.... aper nih...

Wei.. wei... kejap... kejap.... lagi satu info gua dapat... hahaha... yang kes Kontraktor Istana Negara yang baru tak bayar gaji kat pekerja dier... hahaha... gua dah tau dah... bukan sebab dier sengaja buat camtue... tetapi.............. dier memang tak dapat sen dari Kerajaan Malaysia lagie... satu sen pon belum masuk lagie... projek jalan pasai kontraktor berhutang dengan supplier.... hahaha.... kantoi... kantoi... hahaha

Lepas nih... aper plak yang akan terkantoi... kita tunggu dah lihat...

10 December 2009

Keselamatan Negara Tergugat

Gua bukan nak kasi lu orang semua takut... tapi dah memang keselamatan negara tergugat la nih... Lu nak tau pasai aper ka?

Ini semua pasai kontrak penyenggaraan kelengkapan ketenteraan...

Gua rasa lu semua dah tau kan.. bahawa semua peralatan ketenteraan disenggarakan oleh kontraktor ... malah hampir 90% kerja senggaraan dikendalikan oleh kontraktor.. cuma sekitar 10% jer yang disenggarakan secara dalaman oleh ATM...

Apa yang gua musykil nih... adalah... apakah tahap kerahsiaan dan keselamatan yang dijamin oleh kerja-kerja senggaraan yang bukan dibuat oleh ATM sendiri...dimana semua kerja ini diberikan kepada kontraktor swasta... Pada gua la... dalam kes macam nih... mana ader tahap kerahsiaan... semuanyer mudah bocor...

Lu ingat senang ker nak detect agen asing (mole) ... susah oo... sure susah nak kenal.... tambah lagi dalam kes senggaraan nih... dulu Kerajaan Jepun letak agen dier (mole) dalam Tanah Melayu... takder saper yang dapat detect.. siap ader yang kerja jual ikan... tukang gunting... tukang baik basikal.... alih-alih.... ini ler agen yang sediakan info untuk gerakan penaklukan oleh Jepun masa perang dunia kedua dulu....

So.... dalam kes kontraktor penyenggaraan nih... lu boleh percaya ker 100% semua kerahsiaan dijamin.... gua tak percaya langsung la... sure ader sekor dua agen asing (maybe Singapura) yang kerja didalam syarikat penyenggaraan nih.... Secara tidak langsung ... sure dah banyak yang bocor info kepada negara asing nih...

Kalu la diorang sabotaj dalam setiap jet pejuang TUDM yang disenggarakan oleh diorang ... maka sennag la Singapura nak serang Malaysia menggunakan serangan udara.. sebab jet pejuang Malaysia dah kena sabotaj.... paling senang sekali ialah dengan memasang special beacon/jammer pada peralatan IFF (Identification Friend or Foe) jet pejuang Malaysia nih... akan menyebabkan juruterbang TUDM akan tersilap untuk mengenalpasti jet pejuang musuh atau rakan... mudah la jet TUDM akan dijadikan sasaran ....

Jadi ..... dalam kes macam nih... gua percaya bahawa keselamatan negara sebenarnya dah lama tergugat... hasil dari pemberian kontrak penyenggaraan peralatan ketenteraan kepada syarikat swasta dan bukannya disenggarakan sendiri oleh TUDM.

Lanjutan cerita lu boleh baca kat sini: mind NO EVIL

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1