Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Lendut. Show all posts
Showing posts with label Lendut. Show all posts

31 July 2013

Jambatan Bukit Kuang Kemaman Dibuka Sekarang

Bhai/DeeDee sekalian...

Bagi menyambut Hari Raya Eid'ul Fitr yang akan menjelang tak lama lagi dan untuk memudahkan semua orang tidak tersangkut dalam kesesakan jalanraya di Bukit Kuang Kemaman... maka JKR telah berjaya mengarahkan pihak kontraktor supaya membuka satu laluan di Jambatan Bukit Kuang, Kemaman nih....

Semoga dengan ini semua aliran trafik akan berjalan dengan lancar... Untuk pengetahuan semua ... inilah jambatan darat kedua tertinggi di Malaysia.... pergh... hebat.... Cayalah... Skali skala kena la puji skit kan.. Tak rugi kita puji ...

Disini gua sertakan beberapa gambar yang gua amik tadi.... sori aaa.. tak sempat nak edit berbagai.. takder masa... cuma sempat letak watermark jer.... hahahaha...

Semua gambar diambil dengan menggunakan kamera DSLR Canon EOS 40D dengan lens SIGMA DC OS 18 - 200mm pada ISO 100 .... kamera model lama nih... hahaha... tapi banyak berjasa....

Zoom sikit kawasan Restoran Terapung Bakau Tinggi dan kawasan ternakan ikan sangkar

Memang lengang masa nih... hahaha

Jalan tengah lengang masa nih...

Sori... gambar nih gua terlupa nak control Horizon Line (HL) dier... hahaha

Jeti awam di Kampung Pengkalan Cicar

Sisi lain Kampung Pengkalan Cicar dan Kampung Bukit Kuang (menara Masjid Bukit Kuang kelihatan di kanan)

03 July 2013

Sebulan Sahaja Lagi

Bhai/DeeDee ...... gua dikhabarkan bahawa Jambatan Bukit Kuang di Kemaman yang dibina dibawah projek ECER akan dibenarkan penggunaannya sebulan sahaja lagi dari sekarang.... Pihak kontraktor telah diarahkan membuka satu laluan bagi pemandu yang memandu dari arah bandar Chukai menuju ke Kuala Terengganu...

Rekabentuk Senibina Kejuruteraan Lendut
Jadi..... kalu lu orang nak merasa memandu diatas Jambatan yang dibina dengan senibina kejuruteraan lendut.... lu orang gua alu-alukan datang ke sini untuk merasainya Ramadhan ini...... hahaha .....

Jangan lupa ajak kengkawan-kengkawan lu orang... tak kisah la jurutera awam ker.... untuk menikmati senibina unik di Malaysia ini.... iaitu senibina kejuruteraan struktur lendut.... hahahaha... Jangan ketinggalan... sebab Jambatan ini akan dimasukkan dan disenaraikan dalam Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai satu-satunya senibina kejuruteraan lendut bagi sebuah jambatan konkrit.

MB Terengganu iaitu Ahmad Said pasti berbangga dengan adanya jambatan paling unik di Malaysia.... hebat....

Gua dengar khabar... PM Najib Razak juga akan hadir merasmikan pembukaan jambatan Bukit Kuang Kemaman ini setelah semuanya siap sepenuhnya dijangkakan pada Disember tahun ini...... Hahahaha... terbaek....

Berkaitan : Baca Sini

Terima kasih bagi yang dah updatekan isu nih dalam FB


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1