Bhai/DeeDee semua...
Umur mamat nih baru 42 tahun.... lu ingat senang ka dier perdaya kontraktor lain... dan dier jadi mastermind songlap dana Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM92.5 bilion.... walhal level orang tengah pun takkan layak pada mamat nih..
Hahaha.... kalu korang percaya.... memang lahhhhhh
Sori aaa... gua tak percaya sikit pun.... ini semua sekadar kambing hitam jer... Hahaha... biasa la mesti akan sangkutkan beberapa orang... demi untuk selamatkan orang yang lebih besar... hahaha... adoilah... takkan kena punya tok dalang.....
Yang dapat pancing ikan siakap tue takkan la takder bau-bau bacang.... Hahaha
Adam Radlan sepupu Adlan Berhan menantu Muhyiddin direman SPRM dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5B
SPRM reman Adam Radlan sepupu Adlan Berhan Menantu Muhyiddin dalang projek runding terus RM92.5B. Dulu Adlan Berhan kecoh isu Bestarinet dan sistem imigresen RM1.16 bilion ketika darurat. Untung jadi broker projek

Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta direman lima hari berhubung isu penyelewengan perbelanjaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi pada 2020 hingga 2022.
Menurut sumber, perintah reman sehingga 10 Januari itu diperoleh selepas suspek berusia 42 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.
“Suspek disyaki menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi pada 2020 hingga 2022. Dia ditahan ketika memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM malam tadi.
“Suspek juga dipercayai menerima rasuah bagi menghubungkan kontraktor-kontraktor dan pihak atasan,”