Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Rawak. Show all posts
Showing posts with label Rawak. Show all posts

06 December 2022

Bakar Dokumen Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Ader benda kadang-kadang tu nampak macam kebetulan... nampak macam terlalu random... tapi kalu kita selidiki... hahaha... kita akan jumpa sesuatu yang tidak jangka.... sesuatu yang bukan kebetulan dan juga bukan rawak (random)...

Hahaha...

Macam contoh yang dipaparkan dalam berita dibawah nih la... Hahaha



Kebakaran telah dilaporkan berlaku di ibu pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Menurut laporan media tempatan, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya berkata kebakaran berlaku di stor sisa pukal dan penyelenggaraan di blok utara, Level G Kementerian Kewangan (MOF) petang tadi.

Jabatan itu menerima panggilan kebakaran itu pada jam 2.30 petang dan dapat memadamkan kebakaran. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



14 January 2021

Sistem Vaksinasi Secara Loteri

Bhai/DeeDee semua..

Gua berpandangan untuk berlaku adil dan saksama dalam proses pemvaksinan rakyat Malaysia, kita perlu melaksanakan sistem Vaksinasi secara Loteri...

Okay... mesti ada yang akan terkejut dengan istilah "LOTERI" yang biasanya terkait dengan perjudian.

Mari gua terangkan.

Sistem pemvaksinan secara loteri adalah satu sistem pengundian berasaskan kepada pangkalan data sepusat yang dimiliki oleh Jabatan Pendaftaran Negara...Dengan cara ini ianya dilakukan pemilihan secara rawak (random) bagi nombor kad pengenalan.

Sebagai contoh setiap hari sistem akan memilih 10000 nombor kad pengenalan secara rawak menggunakan sistem loteri ini dan akan dipamerkan di laman web MySejahtera... Semua pemilik nombor kad pengenalan yang terpilih ini perlulah hadir kepada mana-mana pusat pemvaksinan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan...

Mereka diberikan masa untuk hadir ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh nombor mereka tertera (dipamerkan) dilaman web MySejahtera... Semasa hadir di pusat pemvaksinan, mereka akan diberikan borang khas setujuterima pemvaksinan.. Calon pemvaksinan ini boleh membuat pilihan sama ada mereka hendak terima pemvaksinan atau tidak...

Terma dan syarat pemvaksinan perlu diterangkan dengan jelas dan lengkap.... Mana-mana calon pemvaksinan yang menolak untuk divaksinkan, perlulah menerima hakikat perlepasan tanggungjawab daripada Kerajaan Malaysia atas kesihatan mereka berkaitan dengan Covid-19...

Mana-mana calon pemvaksinan yang nombor kad pengenalan mereka telah tertera di laman web MySejahtera tetapi engkar untuk hadir di pusat pemvaksinan dalam tempoh 14 hari seperti yang diarahkan, perlulah dikenakan denda mandatori RM1000 atau RM5000 (yang mana lebih bersesuaian).

Dengan cara ini, pihak Kerajaan Malaysia tidak dilihat lebih mementingkan golongan VIP atau yang tertentu sahaja mendapatkan vaksin lebih awal... Ini adalah cadangan cara yang paling adil dan saksama bagi proses pemvaksinan berskala besar seperti yang berlaku pada Covid-19.



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1