Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Dakwa. Show all posts
Showing posts with label Dakwa. Show all posts

06 December 2024

Yang meluluskan pelaburan bermasalah sebegini patut disiasat, didakwa dan dijatuhkan hukuman

Bhai/DeeDee semua...

Masalahnya... yang meluluskan itu masih lagi dipuja puji sebagai ikon dan tokoh korporat... diangkat dan dijaja sana sini... Siap dijemput memberikan nasihat kewangan dan pelaburan. Huhuhu..

Adoilah... payah aaa... sepatutnya dia yang meluluskan pelaburan bermasalah sebegini patut disiasat, didakwa dan dijatuhkan hukuman

#wahidomar #khazanah #fashionvalet #sprm #pnb #pelaburan #danarakyat #soverign #saham #Relevan #Politik #MasaDepan

28 December 2023

Berapa Banyak Kes SPRM Yang Berakhir Dengan Kejayaan?

Bhai/DeeDee semua...

Hampir semua orang tahu.... kalu kes berlevel ikan bilis disiasat oleh SPRM ... memang semuanya akan berakhir dengan kejayaan... dengan sabitan kes... dengan hukuman .... 

Tapi...

Tapi kalu kes berlevel jerung dan paus disiasat oleh SPRM.... alamat semuanya berakhir dengan kegagalan... tertuduh dan terdakwa boleh lepas dan bebas.... selamat dari terkena hukuman...

Hahaha...

Ini bukan lagi open secret.... Cuba lu orang bagi satu nama kes yang sangkut pasai SPRM... kes yang nama besar?? Eh... Kes Najib Razak tue dalam SRC International tue bukan kes terkait SPRM tau.... baca perjalanan dan kertas kes la...

Hahahaha.....

Sebab itu gua selamanya gelak sangat dengan SPRM nih.... kes dier semua kepoh ja lebih... tapi takdak hasil... banyak yang lepas bebas sebab isu teknikal.... Hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



21 February 2023

Siapa Lagi Yang Kena

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... gua kalu bab pendakwaan dari SPRM nih... gua biasanya takmo nak melompat awal seronok bukan main... sebab dah banyak kes yang SPRM bawak pendakwaan ... last-last lepas bebas sebab teknikal jer....

Contoh macam kes Musa Aman la... Adnan Mansor la... Annuar Musa la... Isa Samad la.... Shahrir Samad la...  dan ramai lagi...

Hahahaha....

Ini semua lawak...


Dua ahli perniagaan dijangka didakwa di mahkamah esok berkaitan program Jana Wibawa yang kontroversi, menurut notis media yang dikeluarkan hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Notis itu menyatakan kedua-dua individu itu akan didakwa masing-masing di Mahkamah Sesyen di Shah Alam dan Johor Bahru.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa terhadap dua individu berkaitan Jana Wibawa," kata notis itu.

Tiada maklumat lain didedahkan dalam notis media oleh SPRM itu.

14 November 2022

Kutip Ja Mamat Ni

Bhai/DeeDee semua...

Semalam gua diberikan satu salinan video mamat Zul Huzaimy nih... Dari video tue jelas mamat Zul Huzaimy nih berbahaya bagi keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia... Dan sepatutnya orang macam ni PDRM kutip ja mamat ni ... tak payah nak tunggu lama-lama...

Kenyataan dan tindakannya menghasut dan memecahbelahkan masyarakat... dan ianya adalah membimbangkan.... Sebab ramai sebenarnya yang berfikiran macam ini..

So... harapnya mamat nih kena dibawah Akta Hasutan, Akta Polis dan juga Akta SKMM.... kalu nak letak bawak POCA atau POTA pon takder hal... lagilah bagoosh.



22 December 2021

Tan Sri Celaka

Bhai/DeeDee semua...

Jenis perangai macam Tan Sri celaka nih ramai sebenarnya.... Macam celaka jer... tambah yang berpangkat besar dan ader kabel bagai.... 

Bukan setakat pekerja warga asing ja kena... tapi pekerja warga tempatan pon sama kena... 

Bab bangsat dan celaka macam nih... semua bangsa ader.. Tan Sri Melayu, Tan Sri Cina, Tan Sri India.... Tan Sri Benggali pon ader perangai macam ni...

Itu belum lagi bab merogol atau melakukan kelucahan melampau terhadap pembantu rumah... Ala banyak kes yang disenyapkan dengan dibayar duit... tapi ader yang siap panggil polis konon pembantu rumah mencuri ..... semata-mata nak senyapkan kes rogol dan sebagainya itu..

Bab mintak Polis cover-up tu kita dah biasa dengar selama nih...

Baa Beek sungguh lar...



14 December 2021

Setakat Audit Je La

Bhai/DeeDee semua...

Tahun demi tahun ... kita akan dengar dan baca macam-macam berita tentang ketirisan, salah penggunaan, salah pembekalan, salah tadbir urus dan kewangan... semua didedahkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN)

Semua pembentangan audit ini diterangkan didalam Parlimen...  memang banyak sangat sampai benda sekecil skru pun ader berlaku ketirisan dan salahguna dana...

Tapi... aper hasil yang dapat daripada kesan pembentangan audit ini... setakat pendedahan jer... tindakan tuntas termasuk pendakwaan dan penyabitan kes di Mahkamah pon takder... ini semua sekadar syok sendiri jer... konon buat audit... konon ader pendedahan... last-last semua senyap sapu bawah tikar...

Yang bersalah tak kena tangkap... yang bersubahat pon tak kena kutip... malah syarikat pembekal pon tetap boleh lagi membekalkan barangan sub-standard pada harga markup tak ingat akhirat... semua kerana yang terlibat tue aderlah orang-orang dan geng sendiri...

Pernah ka korang dengar ader yang masuk penjara sebab benda ni... kalu ader pon hanya level macai bawahan ja... Huhuhu

Takkan berubah punya... huhuhu ... setakat berita ja la..



21 September 2021

Siasat Geng Sendiri

Bhai/DeeDee semua...

Gua dari dulu lagi cukup berasa pelik bilamana kes-kes disiasat oleh geng sendiri... contohnya kalu kes melibatkan anggota polis, maka yang menyiasat pun adalah anggota polis... Boleh tak kita ada satu jawatankuasa di peringkat Parlimen (atau bebas) yang menyiasat kes-kes terkait agensi penguatkuasaan itu sendiri...

Tangkapan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas tiga pegawai kanannya mendapat perhatian Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini.

Menurut Gobind langkah diambil agensi antirasuah itu mendatangkan tanda tanya kerana kes kecurian bukan terletak dalam bidang kuasa SPRM sebaliknya Polis Diraja Malaysia.

"Jadi mengapa SPRM yang buat tangkapan dan penahanan. Ini adalah perkara yang melibatkan pegawai SPRM.

"Adakah SPRM menyiasat SPRM sendiri?" katanya mengulas berkenaan kes terkait MEIO.



14 May 2013

Cerita Pelik Dari Terengganu

Bhai.....  gua dapat tau benda nih pon dari Sinar Harian... hahaha... memang bersinar-sinar la harian gua nih... hahahaha....  cerita pelik dari Terengganu nih memang mengejutkan gua.... pelik tapi benar.... ajaib betul lar.... memang la gua rasa aaa banyak sangat magiknyer Malaysia nih.... boleh menang award nih....

Cuba lu tengok aaa.... kontraktor yang repair dan bukak semua struktur bumbung stadium yang runtuh itu hari cepat jer kena dakwa dan hukum,... pasai kecuaian syarikat dier menyebabkan pekerja cedera....  tapi......

Tapi... kontraktor yang pasang bumbung dan buat bumbung stadium runtuh di Gong Badak Terengganu tue sampai ke hari ini kiter tak tau saper... dan tak tau sama ader dier kena dakwa atau kena hukum.... senyap sunyi jer.... hahaha.... ker sebenarnya ader kaitan dengan puak-puak UMNO kot.... hahaha

Biasa la kat Terengganu nih... kalu ader projek besar jer... projek kecik jer... semua kena sapu dek juak-juak UMNO... hahahaha... tender dapat kat juak-juak UMNO... tapi pas kerja tue kat kontraktor Cina... modal kerja dari kontraktor Cina..... hahahahaha.... lawak kan... dan itulah yang selalu berlaku.... kalu pas kat subcon Melayu pon... semua kerja cikai jer... hahaha...

Aper-aper pon... biler aaa kiter nak dengar berita dan cerita kontraktor bumbung stadium runtuh tue nak didakwa dan dihukum.... ntah biler aaa.... hahaha...


KUALA TERENGGANU - Seorang kontraktor binaan dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah melakukan kerja-kerja membuka semula struktur bumbung ‘west stand’ di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, tanpa lesen.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris turut memerintahkan Abdul Rahim Osman, 52, dipenjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda.

Kesemua hukuman itu diputuskan selepas pemilik Syarikat Tetuan RHM Sevices itu mengaku bersalah menjalankan kerja-kerja membuka semula struktur bumbung ‘west stand’ dan lain-lain kerja berkaitan dengan stadium itu tanpa berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan CIDB Malaysia.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah subseksyen 25 (1), Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 dan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29, akta yang sama itu pada 5 November tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, Abdul Rahim selaku sub kontraktor dalam kerja-kerja berkenaan boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM50,000 jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa CIDB Malaysia, Abdul Razak Husin manakala Abdul Rahim tidak diwakili peguam. Terdahulu, dalam rayuannya, Abdul Rahim mendakwa tidak tahu bahawa dia sebagai sub kontraktor yang dilantik perlu berdaftar dengan CIDB Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja berkenaan.

“Saya ingatkan kontraktor utama sahaja perlu berdaftar dengan CIDB Malaysia, jadi disebabkan itu saya tidak berbuat demikian. Saya merayu mahkamah memberi hukuman paling minimum,” rayunya.

Sementara itu, kontraktor utama iaitu Prisma Keris Sdn Bhd telah dikenakan tindakan tatatertib pada 11 April lalu iaitu di bawah peraturan 15 (4) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Kontraktor 1995. Kontraktor berkenaan dilarang menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan kecuali dengan arahan CIDB Malaysia dan satu notis boleh dikeluarkan terhadap kontraktor yang menghendaki untuk tidak memulakan atau meneruskan kerja-kerja pembinaan tersebut sekiranya ada. Selain itu, Perakuan Pendaftaran kontraktor ditarik balik sehingga tamat tempoh Pendaftaran iaitu pada 25 Julai ini. Kontraktor itu hanya dibenarkan menyiapkan kerja-kerja membuka semula baki struktur bumbung ‘west stand’ dan lain-lain kerja berkaitan seperti mana yang dikehendaki di dalam surat award.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, yang dalam proses baik pulih runtuh. Semasa kejadian, lapan pekerja sedang menjalankan kerja membaik pulih bumbung stadium berkenaan dan dianggarkan 137 meter iaitu kira-kira dua pertiga daripada struktur asal bumbung telah runtuh.

Siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung.

Pada masa sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengaku berkemungkinan punca kejadian daripada kecuaian pihak kontraktor dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan kerja-kerja baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat. Stadium berkenaan terpaksa menjalani proses baik pulih dengan kos RM15 juta setelah bumbung utamanya bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1