Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Rugi. Show all posts
Showing posts with label Rugi. Show all posts

29 October 2025

Bila Anwar Ibrahim Menggadaikan Negara Pada Harga Murah

Bhai/DeeDee semua....

Anwar Ibrahim benar-benar memalukan Malaysia. Bukan sahaja dia digelakkan seluruh warga US... tapi juga sampai ke Israel... dengan karenah jogetnya bersama Donald Trump yang menjengkelkan sampailah kepada isu perjanjian dua hala (bilateral agreement) yang cukup menggusarkan.. sehingga mencecah 1 trillion ringgit.

Ini gila... ini perjanjian gila.. lebih kepada perjanjian setan...

Perjanjian yang langsung tidak menguntungkan Malaysia.. tapi teramat merugikan... Malah persijilan halal Jakim pun menjadi sampah dengan kuasa Amerika,.

Lagi lama kita simpan mangkuk ni... lagi jahanam negara Malaysia.



06 December 2024

Yang meluluskan pelaburan bermasalah sebegini patut disiasat, didakwa dan dijatuhkan hukuman

Bhai/DeeDee semua...

Masalahnya... yang meluluskan itu masih lagi dipuja puji sebagai ikon dan tokoh korporat... diangkat dan dijaja sana sini... Siap dijemput memberikan nasihat kewangan dan pelaburan. Huhuhu..

Adoilah... payah aaa... sepatutnya dia yang meluluskan pelaburan bermasalah sebegini patut disiasat, didakwa dan dijatuhkan hukuman

#wahidomar #khazanah #fashionvalet #sprm #pnb #pelaburan #danarakyat #soverign #saham #Relevan #Politik #MasaDepan

22 September 2023

Bila Kena Pada Mereka

Bhai/DeeDee semua...

Bila kena pada mereka... tahu pulak mereka meroyan... bising .... konon depa jugak la penjawat awam.... Kah Kah Kah..... berkhidmat pun 5 tahun... mau pencen penuh seumur hidup... ajer bajang lar...

Patut setkan ja pencen depa pada RM1500 sebulan.... sebab ikut kadar gaji minima yang ditetapkan Kerajaan... satu pencen jer.. walaupun depa ader banyak jawatan dan kedudukan masa berkhidmat... takder pencen bertingkat-tingkat...

Baru la tepat.... supaya depa tahu yang macam mana nak hidup dengan RM1500 sebulan....  

Kita tengok ader tak yang lain nak jadi wakil rakyat.... hahahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Pandai pulak meroyan?


08 April 2023

Satu Demi Satu Pelaburan Khazanah Nasional Rugi

Bhai/DeeDee semua...

Apa dah jadi nih... kata pengurusan dan pentadbiran Khazanah Nasional nih orang bijak-bijak bab pelaburan... Apa dah jadi nih??? satu demi satu pelaburan Khazanah Nasional terpalit rugi.... Adoilah...

Bukan sikit-sikit anak nih.... pelaburan lebih setengah bilion ringgit... tapi dijual sudahnya pada harga tak sampai RM50 juta....

Adoilah... bangang ke apa nih??? dulu rugi banyak kat duCK .... huhuhu


Kompleks produksi filem dan televisyen Iskandar Malaysia Studios (IMS) baru-baru ini dinilai bernilai RM32 juta, lebih dari lapan tahun selepas ia dibuka dengan pelaburan antara RM528 juta hingga RM748 juta.

Ini didedahkan dalam sebuah laporan oleh laman berita hiburan Amerika Variety, mengenai penyedia kandungan Singapura GHY Culture & Media yang membeli IMS dengan jumlah RM35.34 juta.

"Penilaian itu sangat teruk berbanding kos kepada pembayar cukai Malaysia. Walaupun menggunakan anggaran kos pembinaan yang lebih rendah, penurunan nilai aset dari AS$120 juta menjadi US$7.3 juta mewakili lebih 90 peratus kemerosotan nilai pemegang saham dalam lapan tahun sejak IMS dibuka," lapor Variety.

Ia juga menyatakan bahawa akaun untung rugi tahunan IMS tidak tersedia untuk umum.

IMS adalah sebuah kompleks studio yang meliputi 49 ekar di Iskandar Puteri, Johor Bahru. Ia termasuk panggung filem, studio televisyen, tangki penggambaran air dan kemudahan sokongan produksi, antara lain.

Beberapa filem ternama dihasilkan di IMS, termasuk siri Marco Polo Netflix dan sebahagian filem Crazy Rich Asian.

Projek IMS adalah hasil daripada perjanjian strategik antara Khazanah Nasional Berhad dan kumpulan Pinewood Studios UK.

Variety juga melaporkan bahawa majoriti filem Hollywood tidak berminat menggunakan IMS sebagai fasiliti utama mereka setakat ini.

“Tidak ada sesiapa di Hollywood yang mahu menjalankan penggambaran di Malaysia,” kata seorang pengurus lokasi yang berpengalaman.

Sebab lain yang dilaporkan oleh Variety termasuk lokasi studio yang dianggap terpencil dari hab pengeluaran filem utama dan kru tempatan yang kurang berpengalaman.

Kos produksi di Malaysia dilaporkan lebih tinggi daripada Thailand dan Indonesia, walaupun lebih rendah berbanding Singapura.

11 January 2023

Wow Akhirnya - Serba Dinamik Gulung Tikar?

Bhai/DeeDee semua...

Gua tak follow detail kes Serba Dinamik nih... Tapi dah dekat dua tahun rasanya kemelut yang melanda syarikat Serba Dinamik nih jadi isu... Ramai gak kengkawan gua yang dok beli saham syarikat nih dulu... Last seingat gua... ada pelantikan pengarah ka lebih kurang camtue la.. letak nama sorang budak yang baru umur 23 tahun kalu tak silap.... pangkat paling besar...

Huhuhu... Skrang bila baca ... terbit citer hutang sampai 5 bilion... pergh... banyak wei.... huhuhu

Sangkut la saham semua tue... huhuhu


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.

Enam institusi kewangan terbabit ialah Standard Chartered Saadiq Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, AmBank Islamic Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd dan Bank Islam Malaysia Berhad selaku pempetisyen.

Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Murad Abdul Aziz membenarkan petisyen itu untuk menggulung SDHB dan tiga anak syarikatnya iaitu Serba Dinamik Group Berhad (SDGB), Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) dan Serba Dinamik International Ltd (SDIL), yang dinamakan sebagai responden, dalam prosiding yang dikendalikan secara dalam talian.

Keempat-empat syarikat itu dikatakan mempunyai jumlah hutang hampir RM5 bilion.

03 October 2021

Ini Bukan Menantu ....

Bhai/DeeDee semua...

Bab pukau duit nih... ramai orang terkena... Tambah lagi dalam kes yang berlakon nak jadi menantu... hahaha... dalam kes ini... ini bukan menantu tapi hantu .... hahahaha

Bukan la gua nak gelakkan kepada mangsa... tapi gua gelak sangat zaman sekarang nih.... tak semak betul-betul bakal menantu... yang awek pulak... bukan reti nak semak background... janji hati dah suka... semua tak diambil kira...

Hahaha...  Adoilah... sakit aaa



13 January 2021

Apa Jadi Dengan Polisi Insuran Semasa Darurat?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum yang Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan bahawa Malaysia sedang berada dalam keadaan Darurat sehingga 1 Julai 2021 atas perkenan YDP Agong.

Jadi... 

Persoalan yang berbangkit sekarang adalah "Apa jadi dengan polisi Insuran / Takaful semasa Darurat".

Sebab dalam klausa yang tertera pada dokumen polisi insuran / takaful ada tertera yang perlindungan Insuran / Takaful tidak mengikat (non-cover) pada masa negara diisytiharkan berada dalam keadaan darurat. Jadi ini sebenarnya menjadi satu cabaran dari segi undang-undang untuk memastikan adakah ada kelayakan pada pemegang polisi untuk mendapatkan perlindungan insuran / takaful semasa Darurat.

Kalau mengikut tafsiran undang-undang sedia ada yang mendasari terma dan syarat polisi insuran, semasa Darurat tiada tanggungan boleh dibebankan kepada Syarikat Insuran / Takaful selaku penanggung risiko.

Maka pihak Syarikat Insuran / Takaful boleh sahaja mengabaikan mana-mana tuntutan insuran dari pemegang polisi semasa Darurat 2021.

Adakah pihak Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin ada memikirkan tentang perkara ini sebelum bertindak menasihati YDP Agong untuk membuat Proklamasi Darurat 2021? Ini yang perlu kita tanya sebab jangkamasa darurat adalah selama 7 bulan dan dalam masa 7 bulan itu pelbagai perkara boleh berlaku.

Adakah polisi insuran / takaful yang telah diambil masih valid dan melindungi para pemegang polisi?

Maaf cakap lah, Syarikat Penanggung Risiko (Syarikat Insuran / Takaful) memang akan sentiasa mencari jalan untuk sama ada tidak membayar pampasan insuran atau sekurang-kurangnya membayar pampasan insuran / takaful pada nilai yang paling terendah. Ini memang SOP Syarikat Penanggung Risiko (Syarikat Insuran / Takaful) pada setiap masa.

Syarikat Penanggung Risiko (Syarikat Insuran / Takaful) pastinya akan lebih mementingkan kepada keuntungan para pemegang saham mereka sahaja. Itu paling utama.

Jadi apakah ada perlindungan untuk rakyat?



01 February 2014

#MaharajaLawakMega : ASTRO Tidak Sanggup Rugi SMS

Bhai/DeeDee semua....

Malam nih buat pertama kali gua tengok #MaharajaLawakMega secara live ngan keluarga.... Gua biasanyer tak layan #MaharajaLawakMega nih.... sebab banyak benda lain yang lebih penting nak kena buat...

Tapi.... dari aper yang gua nampak malam nih.... Kesimpulan yang gua boleh buat aderlah satu jer.... (scroll down lar wei ... hahaha)



ASTRO tidak sanggup rugi kehilangan untung dari SMS jika BOCEY atau SEPAHTU disingkirkan dari separuh akhir #MaharajaLawakMega 2013 ... tambah lagi kalu ader salah satu nih tak masuk final.... lagi la banyak SMS yang hilang...

Satu SMS kos dier dah berapa.... kalu beratus ribu yang SMS.... dah berapa banyak yang ASTRO dapat... jadi sebab itulah Yussuf Haslam, Luna Maya, Sheikh Heykal dan Nora Danish serta AC Mizal tabrani nak singkirkan mana-mana pon....

Nabil ader penyokong tegar dier.... Jambu ader penyokong tegar dier.... Bocey ader penyokong tegar dier... Shiro pon ader... dan Sepahtu lagi la banyak.... so..... mana boleh rugi bhai....  giler aper ASTRO nak rugi besar dari SMS.... sebab kerana untung dari SMS la menyebabkan ASTRO terus kekal mengadakan MaharajaLawak..... Hahahaha...

So.... that's why lar.... Hahahaha.... Boleh agak dah.... Predictable.... Hahahaha....


18 February 2013

KWSP Tersilap Kira Untung Rugi

Bhai.... Gua rasa aaa... KSWP tersilap dalam pengiraan untung rugi operasinya.... kerana dari aper yang gua dimaklumkan.... nilai yang dipaparkan didada-dada akhbar tempatan sehari dua yang sudah pincang dari segi datanya.

Ini kerana ader satu bahagian hutang sebanyak RM6 bilion telah tidak dimasukkan dalam perincian itu. Jika KWSP dapat mengutip hutang sebanyak RM6 bilion itu, tentunya agihan dividen bagi tahun operasi 2012 mestilah lebih tinggi... dan bukannya setakat 6.15%.

Kemungkinan jika KSWP tidak memberikan hutang sebanyak RM6 bilion itu, maka perolehan dari keuntungan dana yang disimpan dapat meningkatkan lagi keuntungan KWSP. Jadi... sebagai pencarum KWSP, semua orang wajar mendapat penjelasan sebaiknya dari KWSP berkenaan dengan isu pinjaman sebanyak RM6 bilion yang telah diberikan kepada Felda. Pencarum KWSP berhak untuk mendapat nilai dividen yang lebih tinggi dari yang diumumkan.


Berkaitan:

1. KWSP diminta jelaskan pinjaman RM6 bilion Felda
2. Felda ada potensi jatuh bankrap, pinjam wang KWSP RM6 Bilion

KUALA LUMPUR — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.

"Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.

"Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011,” katanya.

Menurut beliau, pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.

Katanya, walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.

Selain itu, beliau berkata, selaras dengan Alokasi Aset Strategik (AAA) yang diamalkan KWSP, sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan stabil.

Pelaburan ekuiti adalah 38.77 peratus daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59 peratus dan 2.42 peratus masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur, katanya. - SUMBER

13 January 2013

Hanya Jamal Sekinchan Rugi Berniaga Masa Demo

Bhai... Hahaha... semua orang tahu... tak kira Cina, Melayu, India atau lain-lain.... kalu ader ceramah ker... kalu ader demonstrasi jalanan ker... mesti ader orang berniaga... tak kisah la dari mee atau bihun sup..... sup gear box... mahupun apa sahaja makanan boleh sahaja dijual... even dalam banyak kes... syarikat kereta, kosmetik, telekomunikasi, baju, aksesori, tudung, cd, dvd dan produk kesihatan pon ader dijual ditempat dimana ader ceramah atau demo...

Hahaha.... Orang yang bijak... diorang akan pandai cari ruang... walaupun ader risiko dihambat dan barangan jualan musnah akibat dari tindakan PDRM yang tidak menggunakan budi bicara atau akal...tapi itu semua tak menjadi hal..... dan biasanyer bisnes pada masa ceramah akan untung banyak... katakan la pengunjung yang datang adalah seramai 1000 orang... dan hanya 80% sahaja yang beli... dan kalu setiap sorang pengunjung tue cuma membelanjakan RM1 sahaja untuk membeli air minuman atau jagung atau kacang.... hahaha.... berapa dah untung.... hahahaha

Dan bagi orang yang bodoh dan bangang... diorang takmo nak amik peluang buat duit besar pada ceramah dan demo nih.... Sebab itulah hanya Jamal Sekinchan jer yang rugi berniaga masa demo ... Sebab dier bodoh dan bangang.... hahaha ... pastue dier plak nak ajak pemandu teksi dan kereta sewa jadi bodoh dan bangang macam dier... hahahaha











 Hahahaha.... kesian kat Jamal Sekinchan... udah la bodoh... bangang la plak... hahaha

24 July 2012

Saham Felda Kini Berada Dibawah Paras IPO

Bhai... Tahniah gua ucapkan bagi semua yang dapat untung segera semasa kenaikan harga saham FGVH (Saham Felda) tempohari... dan Takziah pula gua ucapkan bagi para peneroka Felda yang memiliki saham FGV dengan cara membuat pinjaman bank...

Kini... ada pihak yang untung dan ada pihak yang rugi... inilah adat berniaga... dan kerana itulah .. bagi sesiapa yang tidak sanggup menerima kerugian.. aderlah tidak digalakkan berniaga...

Sebelum itu... sila baca apa yang pernah saya andaikan.... nampaknyer ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk menunjukkan hasilnya... SILA BACA DISINI

Rakan blogger saya iaitu TukangLawan telah mengikuti secara detail pergerakan saham ini dan kini telah mendedahkan kepada umum apa yang berlaku pada saham FGVH tersebut... SILA BACA DISINI

Kita tunggu apa komen selanjutnya dari Ahmad Maslan, Isa Samad dan Najib Razak.... hehehe

08 July 2010

Perlukah Buat Laporan Polis?

Hahahaha.... betul-betul lawak la.... gua dah tak tahan nih... giler aper diorang sumer nih.. asik nak buat laporan polis tak abis-abis.. Perlukah buat laporan polis? .... benda kecik pon nak buat laporan polis... amender la...

Rakyat buat laporan polis... parti politik buat laporan polis... ahli politik buat laporan polis... sampaikan golongan bangsawan pon buat laporan polis... aper ker jadahnyer.... hahaha ... macam la polis takder kerja lain... asik-asik buat laporan polis... asik-asik serbu balai... buat laporan...

Woi... pi la buat laporan bomba ka ... kesian kat bomba... takder saper nak buat laporan kat balai bomba... sunyi la balai bomba nih.... hahaha....

Baru-baru nih gua ader cerita kat sini yang Kerajaan sudah takder duit... sampaikan dana technoprenuer dan MSC pon dah kering kontang... RMK10 punya sen satu haram jadah takder masuk punya... bayangkanlah dah bulan Julai... satu fund pon belum terisi...

Jadi... memang patut la ader pihak yang tak dapat gaji... kontraktor terpaksa jalankan kerja... kalu tidak kena denda... barang nak buat kerja tue plak kontraktor berhutang dengan pembekal... tapi biler bab gaji.. kontraktor pon sempit gak.. hahaha

Tapi.... pasai benda kecik macam nih pon.. yang patut boleh setel kalu ader duit... itu pon nak kena buat laporan polis.... giler ker aper.... macam gak isu Felda.... yer la belum sampai title bankrap... tapikan.. takkan nak biarkan dah bankrap baru nak buat-buat terkezut...

Felda rugi atas salah urus tadbir... cakap la rugi.. jangan dok nak dalih lagi... macam la Petronas rugi... tapi media kata penguncupan keuntungan.... ala... tak payah la nak cover cerita... rugi cakap la rugi... hehehe

Felda ilang duit banyak tue... takkan tak kena siasat... siapa pengerusi Felda... Yusuf Noor ker... kalu dier nih... sure memang terkenal kaki songlap punya.... hahaha.. saper tak pernah dengar cerita PPZ yang ilang duit zakat kena joli buat main saham....

so... persoalan gua tadi... perlukah buat laporan polis?

30 May 2010

Bila Orang Bangang Menguruskan Negara

Lu ngan gua dah dengar ugutan dari Idris Jala nih... dier ugut negara akan bankrap pada 2019 kalu subsidi masih diteruskan.... Macam mana boleh negara bangkrap... ini semua pasai... bila orang bangang menguruskan negara.. ini lah jadinyer..

Idris Jala pun satu bangang... disalahkan semuanya kepada subsidi... penyebab asalnyer bukan subsidi la bangang oooi... tapi... pasai salah tadbir urus... pasai apa gua tulis ini semua pasai UMNO/BN selaku Kerajaan Malaysia telah berbuat salah tadbir urus..

Yer la.. dari hutang negara sebanyak RM90 Bilion pada 1997.. meningkat kepada RM407 Bilion... ini aper kejadahnyer boleh jadi camnie ... macam orang bodoh jer manage kewangan... saper Menteri Kewangan dari tahun 1997 sampai 2009 nih...

Bayangkan... Nor Mohamed Yakcop tue kan ker yang terlibat dalam kes penyelewengan dan skandal forex Bank Negara Malaysia yang menyebabkan BNM rugi lebih RM30 bilion... orang macam nih UMNO/BN lantik jadi Menteri Kewangan Kedua dari 2004 sampai 2009... hancuss..

Bukan ini sahaja yang jadi salah tadbir urus... banyak lagie.. termasuklah bagi free kat Brunei Blok M dan L yang sohih milik Malaysia (tiada pajakan.. kalu itulah yang jadi point oleh blogger UMNO/BN yang rata-rata bangang nak mampus tue)... Blok M dan L seluas 10 kilometer tue boleh menjana pendapatan RM500 bilion... sure dah boleh tanmpung hutang.. tapi.. pasai Malaysia punyai PM yang bangang dan bodoh.. ini lah jadinyer..

Kerajaan Barisan Nasioanal dah sohih tak pandai menguruskan kewangan.. dari rezab emas BNM punya la banyak... beratus tan.. sampailah cuma tingga 12 tan jer sekarang nih... orang beli kapalselam boleh dapat diskaun... kita biler kapalselam kena bayar komisyen la plak.. bodoh...

Kalu ini pon orang Malaysia tak boleh paham dan amik tahu... baik mampus ajer la... bangang...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1