Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bank Komersial. Show all posts
Showing posts with label Bank Komersial. Show all posts

07 May 2023

Impak OPR Terhadap Ekonomi dan Rakyat

Soalan : Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, adakah kenaikan kadar OPR akan menyebabkan ekonomi Malaysia lebih berkembang atau menguncup. Bagaimana pula dengan impak kepada rakyat terutamanya golongan B40 yang banyak membuat pinjaman dengan institusi kewangan?

Jawapan : Kenaikan kadar OPR (Overnight Policy Rate) adalah keputusan yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa dan matlamat jangka panjang untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara. Kenaikan kadar OPR biasanya dilakukan untuk mengawal inflasi, yaitu kenaikan harga barang dan perkhidmatan, yang boleh memberi kesan buruk kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Namun begitu, kenaikan kadar OPR juga boleh memberi kesan kepada kewangan dan perniagaan. Institusi kewangan yang berada di Malaysia seperti bank-bank akan menaikkan kadar faedah pinjaman mereka secara umum apabila kadar OPR naik, dan ini mungkin memberi kesan terhadap golongan B40 yang banyak membuat pinjaman dengan institusi kewangan.

Secara umumnya, kenaikan kadar OPR akan memberi kesan pada kewangan dan perniagaan, tetapi kesan kepada rakyat terutamanya golongan B40 mungkin bergantung pada keadaan semasa dan bagaimana pihak berkuasa mengambil langkah untuk mengawal kesan buruk daripada kenaikan tersebut.

Oleh kerana kenaikan kadar OPR akan menyebabkan peningkatan kos pinjaman, ia boleh memberi kesan negatif kepada rakyat terutamanya golongan B40 yang bergantung pada pinjaman untuk memenuhi keperluan asas seperti pembelian rumah dan kenderaan. Kenaikan kadar OPR juga boleh memberi kesan kepada pasaran saham dan pertukaran wang asing.

Namun, jika dilihat dari sudut yang lain, kenaikan kadar OPR juga boleh memberi impak positif kepada ekonomi negara dengan meningkatkan kemenjadian dan memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur di Malaysia. Oleh itu, keputusan untuk menaikkan atau menurunkan kadar OPR sepatutnya diambil berdasarkan keadaan semasa ekonomi negara dan perlu diimbangi dengan keperluan rakyat dan pembangunan ekonomi jangka panjang.

Selain itu, perlu ada langkah-langkah melindungi golongan B40 dan membantu mereka menangani kesan kenaikan kadar faedah ini seperti memperkenalkan skim khas atau memberikan bantuan kewangan yang sesuai.

Berkaitan : Operasi Peras Rakyat?, OPR Naik Kali Ke 5,

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



03 May 2023

OPR Naik Kali Ke 5

Bhai/DeeDee semua...

Macam bangang ja... Tugas Kerajaan adalah untuk mengawal .... tapi kalu tabley nak kawal... baik tak payah jadi Kerajaan la... Hahaha...

Rafizi Ramli pi mana wei... idup lagi ka?? Hahaha

OPR naik kali ke 5 lar... BNM dah naikkan lagi... Hahaha... huntung la... Pinjam i-Cagar (FSA2) guna KWSP ... lepas tue kena bayar interest tinggi... Hahahaha... hadan huker la...

Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S



17 March 2023

Bank Pilihan Scammer? Macam La Tak Biasa

Bhai/DeeDee semua...

Lima bank utama kat Malaysia nih bank apa??? Bank apa yang kakitangannya lekeh sangat.... Hahaha... Macam la kita tatau .... Adoilah.... Dah lama bank-bank nih terlibat handle banyak akaun scam.... akaun keldai akaun... Ini bank yang glamer....

Hahaha...

Tapi ko tengok la... takdernyer bank kena tindakan...  sure lepas bebas...



11 January 2023

Wow Akhirnya - Serba Dinamik Gulung Tikar?

Bhai/DeeDee semua...

Gua tak follow detail kes Serba Dinamik nih... Tapi dah dekat dua tahun rasanya kemelut yang melanda syarikat Serba Dinamik nih jadi isu... Ramai gak kengkawan gua yang dok beli saham syarikat nih dulu... Last seingat gua... ada pelantikan pengarah ka lebih kurang camtue la.. letak nama sorang budak yang baru umur 23 tahun kalu tak silap.... pangkat paling besar...

Huhuhu... Skrang bila baca ... terbit citer hutang sampai 5 bilion... pergh... banyak wei.... huhuhu

Sangkut la saham semua tue... huhuhu


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.

Enam institusi kewangan terbabit ialah Standard Chartered Saadiq Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, AmBank Islamic Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd dan Bank Islam Malaysia Berhad selaku pempetisyen.

Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Murad Abdul Aziz membenarkan petisyen itu untuk menggulung SDHB dan tiga anak syarikatnya iaitu Serba Dinamik Group Berhad (SDGB), Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) dan Serba Dinamik International Ltd (SDIL), yang dinamakan sebagai responden, dalam prosiding yang dikendalikan secara dalam talian.

Keempat-empat syarikat itu dikatakan mempunyai jumlah hutang hampir RM5 bilion.

29 December 2022

Penerbangan Delayed - Beranikah MAVCOM Bertindak

Bhai/DeeDee semua...

Persoalan nyata... Beranikah sebuah agensi bertaraf Suruhanjaya bertindakan terhadap syarikat komersial nih? Betul la MAVCOM nih adalah penyelia terhadap industri penerbangan awam... tapi berani kah MAVCOM?

Sedangkan Bank Negara Malaysia (BNM) yang punyai kuasa lagi besar terhadap bank-bank komersial pun tetap tabrani nak amik tindakan kepada mana-mana Bank Komersial yang tak ikut arahan BNM masa kes moratorium zaman Covid-19 hari tue... inikan pulak MAVCOM ...

Penerbangan Delayed - Beranikah MAVCOM Bertindak

Hahahaha... lawak la.

#MAVCOM #BatikAir #AirAsia #FlightDelay #Airlines #CAAM #BNM #Tangguh #Pampasan #Gantirugi #PenerbanganTambangMurah #Delayed
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

07 July 2021

Cerita Sedih Tentang Rakyat Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Dulu orang curi TV, curi macam-macam benda berharga.... tapi kini rakyat curi ikan, curi sayur ... curi telur ayam ... semata-mana nak menampung kehidupan..... Orang dah terdesak sangat...

Ekonomi dah kronik... ramai orang hilang pekerjaan... ramai orang tak bekerja... orang yang berkerja gaji hari sudah tiada kerja... majikan pun banyak yang bungkus... kedai tutup... tak mampu nak bayar sewa...

Tapi... yang diatas seumpama tidak dengar... tidak lihat... tidak bersuara.... tentang apa yang berlaku dibawah... Tindakan yang diambil sangat lambat... dan tidak bertepatan dengan apa yang berlaku...

Malah... Bank Negara Malaysia (BNM) seumpama Singa yang tiada gigi.... menggerunkan tapi kelakar... sampai Bank Komersial pun tak hiraukan arahan BNM... Serupa takder makna,... Sebab itu keadaan semakin menekan...

Dan ramai sudah ambil tindakan bunuh diri.

Allahuakbar...

#BenderaPutih #BunuhDiri #Moratorium

01 April 2020

Satu Malaysia Kena April Fool

Bhai/DeeDee semua...

Hari nih 1 April 2020 ...

Biasa hari ni digelar hari April Fool..... dan nampaknya satu Malaysia dah kena April Fool ..... bilamana Muhyiddin Yassin selaku PM Malaysia telah mengumumkan pengeluaran wang dari Akaun 2 KWSP boleh dikeluarkan pada 1 April 2020

Hahaha...

Pejabat KWSP semua tutup sempena #PKP .... Akses online jadi jem ... langsung tak dapat masuk...  bukan semua orang pulak tue ader i-Akaun i-Lestari...

Pening....

Yang kesian adalah yang takder komputer dan telefon selular... diorang dapat info dalam akhbar dan tv serta radio.... bila datang pejabat KWSP.... tutup...

Kalau Bank Komersial pun masih boleh buka kaunter.....takkan lah KWSP tak boleh nak buka???

Pelik....

06 March 2012

Skim Bini Pertamaku

Hahaha... gua cukup tak tahan nak gelak biler baca citer pasai Skim Rumah Pertamaku yang Najib Lancarkan pada bulan Mac tahun sudah masih tabley nak jalan... hahaha... pasai aper... pasai... bank-bank komer-sial takmo nak jalankan...

Yer la.... kalu dah pendapatan bawah RM3000 ... rumah yang macam mana aaa yang boleh dibeli.... sebab skim rumah pertamaku tue dijanjikan sampai RM400 ribu punya harga rumah...

Wei... kalu dah gaji dalam RM3000 ... cuma boleh beli motor jer la... itupon bayor RM150 sebulan... kalu VIVA plak.. bayor RM400 sebulan... tue dah kira semput tue.... dengan kos sara hidup.. minyak kenderaan.. tol.. parking... mana nak cukup bhai ngan gaji RM3000 tue... tambah plak kerja kat bandar.... hahaha ...

Lu ingat senang ker Bank Komer-Sial nih nak kasi loan... wei.. dah namernyer bank komer-sial... jadi makanyer... memang sial la skit nak kasi loan...

Jadi... macam mana nak prepared duit nak bayar bulanan kos rumah pertamaku pada harga sekitar RM1700 ++ ... giler aper.... sewa rumah yang ader pon kalu boleh nak bawah RM450 sebulan... inikan pulak nak bayar lebih dari tue...

Lebih baik Najib Razak lancarkan satu skim baru... macam "SKIM BINI PERTAMAKU" ker... baru aaaa releven skit... yer la... ramai yang tak mampu nak kawin pasai kos nak kawin tue tinggi sangat... tue yang maner yang dah tak tahan tue main rembat bersekedudukan tue... pasai nak kawin kos tinggi...

Kalu la ader skim macam Skim Bini Pertamaku atau Skim Laki Pertamaku... rasanyer senang skit... ramai yang boleh kawin... dan bank pon senang skit nak luluskan loan... boleh ler bayar loan tue dalam RM20 sebulan ker aper ker... selama 60 atau 80 bulan ker....

Cuma satu jer masalah... kalu bayar loan Skim Bini atau Laki Pertamaku nih pon dah default... terkantoi.... errr... takkan bank nak arahkan "reposessor" @ RO untuk rampas bini atau laki tue... hahaha... letak kat stokyard macam RO buat masa rampas kereta/moto yang tak bayar loan... hahaha....

Kesian la plak ader yang tak mampu nak bayar RM20 sebulan sampaikan tertunggak 3 bulan.. pastue bini kena reposessor... hahaha....

Kena plak bini yang direposses oleh RO tue cun melecun... hahaha.... tak ker nanti ader yang kena rembat... hahahaha... kena kekah ker... hahaha... sebab biasa kalu RO dapat rampas keter yang marbeles... dier akan lanyak dulu keter tue dalam lima enam hari baru dier antar ker stokyard.... itupon kalu owner asal cepat bayar tunggakan... kalu lagi lambat... mmmm.. mau sebulan dua RO akan lanyak kereta tue...

Hehehe... kalu bini kena reposses.... err.... takkan RO lanyak samer gak macam kereta... lima enam hari dalam tangan... hahaha.... gilos.... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1