Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pampasan. Show all posts
Showing posts with label Pampasan. Show all posts

01 June 2023

Sekejap... Betulkah Ianya Menghasut?

Bhai/DeeDee semua...

Sekadar menjelaskan sesuatu berasaskan fakta sejarah tue boleh dikira menghasut ka?? Sori... gua terlepas pandang bab nih...

Bukan la gua nak bekap Sanusi pun... cuma sekadar nak memahami isu.... Err... sebab setahu gua Pulau Pinang masih lagi membayar sejumlah wang setiap tahun kepada Kedah....  berdasarkan pada perjanjian semasa Kolonial....

Jadi ... selagi ianya dibayar... maka betul la kot dakwaan Sanusi Md Noor... Lagi pun Sultan Kedah sendiri pernah bercakap benda yang sama beberapa tahun yang sudah.... takkan la kot Sultan Kedah juga menghasut...

Huhuhu... ntah la.... kena kaji balik semua dokumen sejarah...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Adakah Sanusi Menghasut?


30 January 2023

Marah Lagilah Waris Kesultanan Sulu

Bhai/DeeDee semua...

Marah lagilah waris Kesultanan Sulu...  dah macam-macam cara mereka gunakan untuk menuntut hak mereka keatas Sabah... Tapi tak berjaya sepenuhnya lagi... Itu hari mereka siap nak sita 2 syarikat milik Petronas guna keputusan dari Mahkamah di Luxemburg.... Tapi still sangkut lagi...

Hahaha... terbakar wei..


Mahkamah Luxembourg bersetuju untuk mengetepikan perintah untuk menyita dua syarikat milik Petronas kerana pihak yang menuntut secara sukarela tidak mendedahkan alamat sebenar mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Institusi Azalina Said Othman berkata mahkamah menganggap suruhanjaya ini penting dan menjejaskan Malaysia.

“Mahkamah mendapati kelakuan pihak yang menuntut menghalang penyampaian dokumen dan penguatkuasaan kemungkinan penghakiman yang akan diberikan terhadap mereka.

29 December 2022

Penerbangan Delayed - Beranikah MAVCOM Bertindak

Bhai/DeeDee semua...

Persoalan nyata... Beranikah sebuah agensi bertaraf Suruhanjaya bertindakan terhadap syarikat komersial nih? Betul la MAVCOM nih adalah penyelia terhadap industri penerbangan awam... tapi berani kah MAVCOM?

Sedangkan Bank Negara Malaysia (BNM) yang punyai kuasa lagi besar terhadap bank-bank komersial pun tetap tabrani nak amik tindakan kepada mana-mana Bank Komersial yang tak ikut arahan BNM masa kes moratorium zaman Covid-19 hari tue... inikan pulak MAVCOM ...

Penerbangan Delayed - Beranikah MAVCOM Bertindak

Hahahaha... lawak la.

#MAVCOM #BatikAir #AirAsia #FlightDelay #Airlines #CAAM #BNM #Tangguh #Pampasan #Gantirugi #PenerbanganTambangMurah #Delayed
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

14 November 2022

Baliklah Mengundi Pada PRU15

Bhai/DeeDee semua...

Apa lagi tunggu.... cuti am dah diumumkan oleh Kerajaan..... Kalu majikan tak bagi cuti... majikan kena bayar "triple pay" .... hahaha... masyuk.... 

Tol pulak percuma....

Balik lah.... kekalkan Kelantan dan Terengganu dengan kepimpinan Ulama... Menangkan PAS di Kelantan... boleh la kekal minum air teh tarik keluar dari pair AKSB..... Hahaha.... bukan senang wei... tempat lain kena beli Susu Cap Teko baru boleh buat air teh tarik.... hahahaha

Terbaiklah...

Kekalkan PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah.... kalu boleh amik sekali Perlis dan Pahang....

TAKDIRRRR....




13 July 2022

Dimana Silapnya Sehingga Aset Petronas Dirampas Waris Sultan Sulu?

Bhai/DeeDee semua...

Pertama sekali gua nak nyatakan bahawa tindakan perampasan aset Petronas oleh waris Sultan Sulu tu adalah mengikut undang-undang tetapi secara ex-parte. Jadi proses itu tidaklah semudah yang disangka kan.

Persoalan undang-undang terkait insiden nih memang sudah dijangka... Semua ini berlaku bilamana Najib Razak secara tepatnya selaku Perdana Menteri pada 2013 telah mengarahkan supaya pembayaran nilai pampasan tahunan sebanyak RM5k ++ kepada Sultan Sulu dihentikan serta merta selepas insiden Lahad Datu.

Dan ini membawa kepada tuntutan pampasan yang lebih besar oleh waris Sultan Sulu kepada mahkamah timbangtara di Peranchis dan Sepanyol.

Isu yang kita patut tanya... adakah Bailif dari Luxemburg boleh menguatkuasakan arahan tahan aset itu mengikut perjanjian Kesatuan Eropah (European Union) atau ianya hanya terpakai dalam negara ianya diputuskan sahaja iaitu Peranchis.

Satu lagi yang menjadi isu adalah berkaitan kesahihan susur galur keluarga (lineage) waris Sultan Sulu tersebut. Siapa dia yang menjadi penama dalam kes ini. Dan siapa yang mendanai proses guaman dan mahkamah kes ini...

Itu semua kita kena tanya ... supaya adakah sah tuntutan yang dinyatakan atau ianya sekadar tuntutan rambang semata-mata.

Apa pun... kita biarkan proses undang-undang berjalan.



07 June 2022

Insuran dan Takaful Memang Kuat Mengelat

Bhai/DeeDee semua...

Syarikat Insuran dan Takaful memang kuat mengelat... tak kisah la apa alasan depa akan bagi.., yang pasti depa akan cari jalan untuk bayar sikit pampasan atau tak bayar terus...


Kalu suami / isteri ader amik polisi insuran / takaful … tetapi lupa nak maklumkan pada pasangan masing-masing…

Kalu berlaku kematian la pada salah seorang atau dua-dua sekali… waris yang hidup memang takkan tau… sebab nak kena carik dokumen polisi tue..

Kalu tak jumpa… pakat lebuh la kena sakau dek syarikat insuran / takaful… pakat burn la…

Pernah terjadi kes kat satu pasangan rider motor nih yang meninggal dunia di Thailand..

Anak ader 7 orang lelaki…

Takder sapa tau depa nih ader insuran ka atau takaful ka.. sebab tak jumpa apa-apa dokumen kat rumah depa… tapi dua minggu lepas tu jumpa dokumen kat opis suaminya… itu pon masa pihak syarikat kemaskan meja …

Kalu tak jumpa tue… pakat burn la takder dapat claim… Kesian anak-anak yatim tu.. sebab suami isteri tue dua-dua pon anak yatim piatu dulunya… takder sedara mara… yang ader kawan-kawan ja….

Sistem CCRIS dan CTOS boleh BNM buat... tapi sistem macam nih tabley plak...  Paling lawak... nak semak Insuran Kereta boleh pulak semak ikut nombor plet kereta... hahaha...



24 December 2021

Jangan La Khianatkan Orang Asal / Orang Asli

Bhai/DeeDee semua...

Gua kalu bab berkenaan Orang Asal / Orang Asli (OA) nih gua memang hangin... Sebab pada gua OA nih lagi berhak macam-macam bantuan dan sokongan.... Sebab itu gua hangin biler dengar berita macam ni...

Korang nih kalu tak khianat ngan Orang Asal / Orang Asli (OA) tak boleh ka? Dah depa taknak pindah ke PPS, takkan la depa tak layak bantuan ka pampasan ka?

Bangsat apa la korang nih... Sedar la diri wei.... korang tue pendatang... OA nih asal sini... Bangkai betul la korang nih...



29 November 2021

Gila Punya Kerajaan

Bhai/DeeDee semua...

Susah kalu dapat Kerajaan yang gila.... Buang duit RM300 juta untuk batalkan projek HSR .. lepas tue plan nak sambung balik projek tue.. Diorang ingat RM300 juta tu sikit ka??

Adoilah... bukan sikit anak pampasan tue..

Macam main-main ja depa nih... aper ker bangangnyer... yang lagi bangang adalah puak-puak yang sokong Kerajaan yang bangang nih.... adoilah... macam walaun dan machai...

Bodoh wal bangang...



24 June 2021

Empatilah Kepada Mangsa

Bhai/DeeDee semua...

Kita boleh sembang aper sahaja... kita boleh cakap itu ini... tapi selagi kita tak letak diri kita kat tempat / situasi orang yang kita cakap tue... kita takkan tahu perasaan dan tindakan yang diambil olehnya...

Ader orang siap mengutuk orang yang bunuh diri sebab kesulitan dan kemurungan akibat dari impak PKP, Lockdown dan keruntuhan ekonomi disebabkan oleh Covid-19 nih.... tapi yang mengutuk tu langsung takder rasa empati dan simpati... malah dengan semberono mengulas begitu sahaja... Dia tak pon letak diri dier kat dalam situasi mangsa tue...

Ntah la... geram pun ader... sakit hati dibuatnya...

Apa yang pasti... Kaler Luna langsung tak buat apa-apa... takder merasai apa-apa... malah selesa dengan keadaan ini.... Celaka punya Kaler Luna...

Marhaen mustad'afin yang merasainya.... yang tersiksa... yang tertekan... yang dimangsakan oleh sistem kapitalis... Allahuakbar...

Kepada yang takder empati dan masih bersikap keakuan dan sombong... semoga engkau juga akan merasainya kesengsaraan sebegini nanti... Allah Taala maha mengabulkan doa....

That's all..

23 June 2021

Insuran Penipu?

Bhai/DeeDee semua...

Sesuatu yang tak terkejut... Mungkin bukan kerjabuat Syarikat Insuran... tapi Agen Insuran yang buat kerja celaka macam ni.... Bukan Insuran ja yang ader kes macam ni... Takaful pun sama jer...

Tak kisah la nak guna nama apa pun... tetap perangai macam celaka... bab potongan dan mendaftar caruman... laju ja... kalu bab nak bayar pampasan... macam-macam ngelat dan culasnya... cari jalan... macam mana nak kurangkan bayar pampasan... guna micro text lar...

Dalam video nih gua ader ceritakan tentang satu kes suami isteri yang meninggal dunia akibat kemalangan dan meninggalkan waris 2 orang anak yang belum bersekolah.... Jenuh nak fikirkan nasib diorang... tapi akhirnya....

Aper pun ... pemilik syarikat insuran atau takaful semestinya taknak rugi... jadi maybe diorang doakan tiada pampasan yang perlu diberikan pada setiap hari.... Hahahaha... bab nih gua tak terkejut langsung... dah boleh agak la...

Syarikat mana yang nak rugi kan.... hahahah

 

15 January 2021

Syarikat Insuran / Takaful Pasti Akan Mengelat

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang gua pasti.... benda yang gua nak bagitau nih memang pasti... aderlah Syarikat Insuran / Takaful pasti akan mengelat... 

Kita semua pasti tahu dalam semua polisi insuran, ader klausa dan terma yang mengatakan bahawa pihak syarikat Insuran / Takaful tidak akan menanggung apa-apa tuntutan pampasan insuran / takaful bilamana berlakunya keadaan darurat didalam negara dimana pemegang polisi sedang berada semasa tuntutan itu dibuat... Gua dah citer bab ni semalam..

Kalau betul sepertimana yang di"canang"kan oleh PIAM, LIAM dan MTA berkenaan pihak Insuran / Takaful tetap akan menanggung tuntutan pampasan daripada pemegang polisi... pada gua itu semua mengarut.. Sebab dalam polisi telah tertera isu Darurat ini.

Jika benar ianya dicover... tentunya pihak syarikat Insuran / Takaful sudah memaklumkan kepada semua pemegang polisi... dan para pemegang polisi dikehendaki menandatangani satu akuan baru sebagai caveat dalam polisi sedia ada.... 

Persoalannya... aderkah ianya dibuat sedemikian?



13 January 2021

Berbelit Lidah Nampaknya Persatuan Insuran dan Takaful

Bhai/DeeDee semua...

Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah membuat kenyataan mereka berkenaan isu Insuran dan Takaful semasa Darurat.

Namun kedua-dua pihak telah mengatakan bahawa untuk mendapat maklumat lanjut, penegang polisi hendaklah menghubungi syarikat penanggung Insuran dan Takaful yang berkenaan.

Ini gua nak bagitau.

Kenyataan Media kedua-dua Persatuan sebenarnya tiada kuasa “mengikat” dari sudut undang-undang terhadap polisi Insuran / Takaful yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak pemegang polisi dan syarikat penanggung risiko. Ianya hanya sekadar panduan semata-mata.

Jadi walau apa pun kenyataan media dari pihak Persatuan, ianya tidak memberikan apa-apa makna yang jelas atas dokumen “legal” yang telah dipersetujui oleh dua-dua pihak (pemegang polisi dan syarikat penanggung risiko)

Syarikat Penanggung Risiko berhak untuk menentukan takrifan mereka sendiri berdasarkan terma dan syarat yang telah dinyatakan dalam dokumen polisi.

Pematuhan berdasarkan garis panduan dan terma serta syarat yang tertera dalam dokumen polisi adalah sesuatu yang “mengikat” dari sudut undang-undang.

Harap maklum.

(ini adalah sambungan dan penjelasan lanjut dari post blog gua yang pagi tadi). Sekian.

P/S : Arahan Moratorium BNM pun bank-bank buat bodoh ja tak berapa nak ikut walhal BNM adalah autoriti... yang bagi lesen... bukannya macam level persatuan ja...

Terkini: 

Hehehe... Persatuan Insuran Hayat Malaysia (LIAM) pun dah keluar statement..

Tapi baca betul-betul statement LIAM

“Tuntutan akan dibayar mengikut terma dan syarat seperti yang dinyatakan didalam polisi mereka” - Presiden LIAM (Loh Guat Lan)

ingat... dalam polisi mengatakan dengan jelas perlindungan tak support dalam keadaan darurat.

Takrifan boleh diperbuat pelbagai cara. Kena faham tu.



02 January 2021

HSR, Siapa Yang Untung Sebenarnya?

Bhai/DeeDee semua...

Berkenaan isu High Speed Rail (HSR) yang katanya dibatalkan oleh Kerajaan Malaysia sehingga Kerajaan Singapura mendapat pampasan sebesar RM300 juta, rakyat seakan pelik dengan keputusan yang dibuat.

Pada pembentangan Bajet 2021, Menteri Kewangan telah dengan nyatanya menjelaskan bahawa Projek HSR ini akan diteruskan dengan cuba mengelak daripada Malaysia terpaksa membayar pampasan kepada Singapura.

Persoalannya sekarang ini adalah kenapa selepas Bejat 2021 diluluskan, tiba-tiba Kerajaan Malaysia membatalkannya sehingga menyebabkan kerugian yang agak besar dialami oleh Malaysia. Bayangkanlah... RM300 juta ini boleh membangunkan 3 buah Hospital.. atau 10 buah sekolah baharu. 

Projek HSR ini 98% berada didalam Malaysia.... dan kalu diikutkan kos yang ditanggung oleh Malaysia patutnya lebih banyak... bagaimana pula Singapura boleh mendapat laba pampasan sebesar RM300 juta.. Pelik benar dengan perjanjiannya... Malah perubahan laluan yang dikatakan menjadi isu itu adalah berlaku di tanah milik Malaysia.... takkan itu pon jadi isu?

Suka Malaysia la nak ubah laluan yang berada didalam tanah Malaysia (Malaysia soil)... bukan melibatkan seinci pun tanah di Singapura. 

Kalu benda sesimple dan semudah ini pon Malaysia boleh kalah dan mengalah... macam mana la nak buat tuntutan yang lain... Patut la kes Pulau Batu Putih jatuh ketangan Singapura... sebab yang buat deal bagi Malaysia nih bodoh-bodoh belaka... Adoilah... payah aaaa.

Apa nak jadi la Malaysia nih... buta-buta jer nak bagi untung kat Singapura ... walhal satu benda pun belum dibuat dibahagian Singapura... takder satu tanah pun dah diratakan... takder satu bangunan pun dah dibangunkan... takder satu rel pun dah dipasang... malah takder satu pejabat pun telah disewa dan dilengkapi kakitangan...

Gua saspek ader pihak dari Malaysia yang akan untung dengan pembatalan projek HSR nih... Kena semak semua money trail nih...





27 October 2013

Ada Dua Kemungkinan

Bhai/DeeDee sekalian...

Begitu banyak persoalan yang timbul dalam kes rompak dan bunuh di Ambank USJ baru-baru ni... Terlalu banyak cover-up yang dilakukan... Sampaikan rakyat jadi pening... Tak tau mana satu nak percaya...

1. KDN tuduh syarikat keselamatan cuai dan tidak buat siasatan latar belakang.

2. Kad Pengenalan suspek pula palsu... Tapi JPN senyap membisu... Iris Technology Sdn Bhd pon diam jer... Walhal syarikat ini yang bekalkan MyKAD.

3. JPN.pun dibawah KDN... Jadi isu ini balik kepada KDN. Menteri KDN iaitu Zahid Hamidi buat-buat pekak dan bisu tak keluarkan apa-apa statement.

4. KDN takmo kasitau dan dedahkan nama syarikat kawalan keselamatan yang terlibat... Biler blogger dedahkan Syarikat Securiforce Sdn Bhd yang terlibat... Langsung takder apa-apa input daripada pengurusan Securiforce Sdn Bhd secara rasmi...

4. Securiforce Sdn Bhd plak tuding kawalan Prima Sdn Bhd kononnya yang terlibat... Tapi takder satu pon statement rasmi dari Kawalan Prima Sdn Bhd.

5. Takder wakil dari mana-mana syarikat kawalan keselamatan nih hadir dan menunjukkan simpati waris mangsa. 

6. Kenyataan media "kononnya" dari Securiforce Sdn Bhd hanya dibuat oleh blogger dan tidak melalui mana-mana media cetak dan elektronik yang sepatutnya.

7. Ambank sendiri tidak pasti sama ada mahu meneruskan kontrak kawalan keselamatan syarikat terbabit atau tidak.

8. Industri Insuran dan Takaful juga lengang tanpa ada cerita-cerita dan kekecohan macan biasa bila ader kes besar yang melibatkan tuntutan dan pampasan.

9. Adakah nilaI RM450 ribu itu nilai sebenar atau nilai yang di"bloated"kan sekadar untuk memenuhi tuntutan Insuran & Takaful.

10. Paling best skali... Semacam ader "gag order" terhadap media... Sampaikan takder satu media pon berani nak risik dan dedahkan nama syarikat keselamatan yang terlibat. Mungkin disebabkan ader ugutan saman kot...

Jadi... Berasaskan semua point diatas... Ader beberapa poiny lagi yang malas gua nak sebutkan kat sini (sebab banyak sangat orang yang bengap tabley nak berfikir dengan rasional).... Disini gua nak dedahkan lagi dua senario kemungkinan

Pertama - Suspek adelah sebenarnya agen rahsia dari negara luar yang beroperasi di Malaysia dimana semua maklumat peribadinya serta dokumen perjalanan dan dokumen peribadinya telah dengan sengaja dibina dan difabrikasikan. Tapi... Gua kureng yakin sangat dengan kemungkinan nih pasai biasanyer special-ops operative takkan menonjolkan diri mereka ...

Kedua - Suspek aderlah pembunuh upahan @ bekas pembunuh upahan yang dalam masa yang sama mengambil upah untuk kawalan keselamatan.. Sebab itu dokumen peribadi dan perjalanannya semua palsu. Ini memudahkannya untuk menyelinap keluar selepas tugasannya selesai... Bagi kemungkinan yang ini pada gua ianya agak relevan skit... 

Ntahlah...

Oh yer... Sekadar info kepada lu orang... Masa gua bertugas dalam Ops Alpha Two-Zero yang bertempat di Cagayan De Oro sekitar Februari 2013... Gua masuk ke Filipina dengan dokumen perjalanan diri Indonesia... Dengan SPLP ... Dengan Paspor.. Gua blending di sana tanpa masalah... Bila Imigresen Filipina semak masa kat Airport... Semuanya valid dan clear.... Takder masalah... Walhal semua dokumen tue dibekalkan oleh Agensi.... Hahaha...

Samer macam masa gua di Slovenia dulu sekitar tahun 90'an..... Masuk guna ID Thailand..... Hahaha.... Semua dibekalkan....

UPDATE: 

Ada berita warga asing tidak dikenali didapati mati dibunuh di Shah Alam tadi. Mungkinkah dia suspek kes rompak dan bunuh di Ambank USJ?

UPDATE LAGI:


Rasanyer geng-geng IO kes ini boleh semak dengan Ambank Taipan .... sebab pada 26 Jun katanyer suspek dapat bukak akaun bank.... Errr... macam mana nih... IC dier nih betul ker palsu nih.... Macam mana boleh lepas dengan biometrics verification.... Ambank mesti jugak kena siasatan nih...

Lagi satu.... Patut IO kes nih kena semak dan siasat semua member FB suspek nih.... siasat betul-betul lar....okeh.... wa caya sama lu orang....

P/S: Lagi satue... khabarnyer dier nih dulu belajar di Sunway College... yang nih pon patut kena semak jugak... kaitannyer...

19 January 2013

Kerja Kosong : Kerajaan Jepun Perlukan Jurucakap

Bhai.... Saper yang takder kerja tue... Boleh cuba mintak aaaa... Skrang nih ader kerja kosong... Kerja dengan Kerajaan Jepun... Tak perlu pon pergi ke Jepun.. Cuma kerja dari Malaysia... Jadi jurucakap Kerajaan Jepun... Hahaha

Cuma gaji tue yang bayar aderlah Kerajaan Malaysia... Hahaha... Gaji taraf menteri tue... Banyak tue.... Siap lengkap dengan kemudahan setaraf menteri..... Hahaha

Hahaha.... Yang gua paling tak tahan tue... Gua takder dengar aper-aper pon statement dari Kerajaan Jepun... Malah media Jepun pon takder kuar dan bawak citer nih... Cuma kat Malaysia jer... Pelik gak... Walhal nilainya begitu besar... RM207 bilion tue... Hahaha

Tapi tetiba boleh plak ader sorang menteri yang menjawab bagi pihak Kerajaan Jepun.... Yang best tue... Dier kata ader surat... Surat dari kedutaan Jepun... Errr... Aper salahnya publish... Publish jangan sekadar isi kandungan... Tapi nombor rujukan surat tue skali... Boleh la kiter semua nak siasat dan semak... Mana la tau ... Yang itu pon palsu gak.... Hahaha

Lawak aaaa Malaysia nih.... Hahaha....

16 January 2013

Roboh Banglo : Duit Sudah Masuk?

#Listen...#Listen...#Listen... Demm.... Tokojut gua tengahari nih.... tetiba jer ader sorang rakan lama kontek ..... nombor dier takder plak dalam list tepon gua... tapi biler dier sebut satu keyword ... kira macam password tue... terus gua tau saper dier... hahaha ....

Gua tanya dier... aper cer lama ilang... hahaha.. dier gelak jer... dier kata.... dier ilang bukan pasai aper... pasai menjalankan misi rahsia.... hahaha... rahsia opah lu aaa kata gua.... hahaha... kitorang bantai gelak besau punya... dier kater... malas aaa nak kontek gua kalu takder info baek punya....

Hahaha... takper... takper... info nih free ker.... atau lu nak pow gua teh tarik.... hahahaha... gua tanyer dier selamber bewak jer... dier jawap... skarang aper ader hal ngan teh tarik.... Johny Walker la lagi baik.... Nakhorom la gua maki dier... hahahaha... Takder la.. dier kata... info nih percuma... dibiayai dan dibayar oleh Perbendaharaan Malaysia ... melalui cukai rakyat.... hahahaha

So... info aper nih.... Jeng... jeng... jeng..... #Listen...#Listen...#Listen...

Duit sudah mari... duit sudah masuk... memang masyuk.... baik punya value.. berkepuk-kepuk.... hahahaha.... ader orang tue dah dapat duit dah... dan siap waran pembayaran.... pergh... nilai dier macam tak hingat.... hahaha...

Gua mintak satu copy ... satu salinan.... member gua kata... wei... OSA la... Akta Rahsia Rasmi... lu mau gua kedalam ker... kata member gua.... gua gelak jer.... gua jawab... bukan lu memang kat dalam ka.... hahahaha..... bagero...

Ader la OKB lepas nih... hehehe.... chanteq... bayar pakai duit rakyat..... hahahaha.....

Oooi.. orang kampung Bukit Antarabangsa.... rumah lu kena tanah runtuh... takmo nak mintak pampasan ka.... hahahaha... Err... bebudak sekolah agama yang meninggal pasai tanah runtuh kat Ampang dulu tue dah dapat ker duit pampasan ker mender ker.... hahahahaha


04 January 2013

Banglo Runtuh : Putar Belit Nong Chik Dan Kerajaan Terdedah

Bhai.... Hahaha... Isu pampasan bagi banglo Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique atas alasan zon penampan sudah jadi satu isu besar. Mula-mula diorang ingat benda macam nih takder saper nak bising... Tetiba geng-geng jurunilai hartanah plak yang pecah lobang kat gua... Yang diorang tak puas hati macam mana JJ dan Zulhasnan Rafique boleh dapat pampasan dan boleh menentu nilaikan rumah mereka lebih dari nilai pasaran...

Jadi biler gua dapat maklumat tue minggu lepas... Aper lagi.. Gua kasi kecoh la... Terkujat agaknyer ader orang di peringkat Kerajaan Malaysia... Dan maybe Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique pon dapat tau gak... Jadi diorang maybe la berbincang sama sendiri.. Dan akhirnya keluar la kenyataan dari Nong Chik pasai isu nih ... Konon nak cover up... Nak menafikan bahawa pampasan tue akan datang dari Kerajaan... Dari Kementerian Kewangan..

Nong Chik cakap pampasan tue akan dilunaskan oleh Pemaju Perumahan tue... Wei... Liabiliti Pemaju Perumahan cuma 18 bulan dari tarikh pembelian hartanah dan dapat CF... Selepas itu tanggung sendiri la... Mana ader pemaju nak tanggung sampai biler biler... Lagipon banglo yang Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique tue beli dah lebih dari 24 bulan.... Mana ader lagi tanggungan liabiliti lagi...

Hahahaha... Nong Chik nak tipu pon berpada la... Jangan la nampak sangat bodohnyer... Hartanah di Puncak Setiawangsa tue dah lama dah lepas dari liabiliti 18 bulan pemaju.... So aper ker hal pemaju nak kena bagi pampasan.... Lagipon kenaper isu pampasan nih nak kena bawak dalam perbincangan di Kabinet kalu la pemaju yang kena bayar... Tak payah la nak buat lawak la wei....

Hahaha... Nong Chik oooi... Macam mana la lu nak jadi calon PRU13 di Lembah Pantai nih... Nampak bodoh jer... Hahahaha

01 January 2013

Roboh Banglo: JJ Dan Zulhasnan Untung Besar

Bhai... Awal pagi tadi sekitar pukul 3.30 pagi... Gua dapat input dari sorang kawan gua yang bekerja sebagai jurunilai hartanah.... Dier story kat gua tentang isu banglo Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique... Ala isu yang kemungkinan dua banglo tue diruntuhkan untuk bagi zon penampan bagi kawasan perunahan mewah Puncak Setiawangsa... Citer dier berdasarkan kepada kapasiti personal dier.. Takder kena mengena dengan organisasi tempat dier bekerja....

Dier bagitau... Sebenarnya perbincangan skrang nih bukan lagi berpusat kepada isu zon penampan... Isu zon penampan tue sajer direkacipta untuk menjustifikasikan agenda... Sebab Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique dah tabrani nak duduk kat banglo tue... Pihak insuran plak takmo nak memberikan pampasan kalu rumah tue roboh... Sebab alasan bencana alam... Takder coverage insuran...

Jadi Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique takmo rugi... So diorang push supaya rumah tue diruntuhkan oleh DBKL dan JKR... Dan pampasan boleh diberikan oleh pihak Kerajaan Malaysia atas alaan keselamatan awam... Khabarnya diorang menuntut harga pampasan sampai tiga setengah kali ganda daripada harga pasaran banglo tue...

Para jurunilai hartanah semua kecoh isu nih... Sebab pada diorang benda macma nih tak patut jadi... Hanya kerana kabel politik... Boleh plak salahgunakan harta awam untuk dapatkan pampasan... Dan best lagi ... Boleh plak tentukan harga tue..

Skrang nih tengah tunggu persetujuan daripada Kementerian Kewangan... Kalu dah diberi greenlight... Untung besar la Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafque... Dengar khabar bayaran pampasan nih boleh mencecah puluhan juta... Ntah la.. Tapi yang pasti.. Ianya semacam pampasan politik pasai dua penama nih tak tersenarai dalam PRU13 sebagai calon...

Aper pon... Nilai pampasan nih lu orang takkan dapat tau melalui media... Sebab akan ader sanction.. Ader sekatan... Hehehe... Oh yer lupa nak citer... Member gua tue kerja dengan Raine & Horne International.... Hehehe

21 December 2012

Dulu Bakun Kini KKIA

Bhai... Lu kenal tak Ting Pek Khiing... Ala.... Dulu dier nih bos besar kat Ekran Berhad... Ala... Yang dapat tender projek Empangan Bakun... Ala... Masa zaman Mahathir Mohamed dulu tue.... Dier la kroni dan kawan baik Mahathir kat Sarawak masa tue... Skrang dier bos GUSB (Global Upline Sdn Bhd)

Masa projek Bakun ader masalah dengan EIA... Dier dapat gantirugi bernilai beratus juta RM... Walaupun projek Bakun terbengkalai... Tapi dier masih lagi untung... Last-last projek Bakun pernah dikendalikan sendiri oleh JKR... Seberlum diambil alih dan disiapkan oleh satu pemaju lain...

Ekran Berhad masa tue untung atas angin... Ting Pek Khiing memang untung giler masa tue... Tapi tue citer lama... La nih dalam projek penambahbaikan KKIA... Dier dah mula buat kerja lama dier balik... Kerja tak siap... Terbengkalai... Pastu tuntut gantirugi atas alasan kononnya kerja dier terganggu atas keputusan kerajaan...

Zaman Mahathir Mohamed boleh la menipu camtue.. Mahathir Mohamed mesti cover punya... Ini zaman Najib Razak... Lu ingat senang ka nak guna idea lama... Lu ingat senang ker nak kowtim ngan Rosmah Mansor... Hahaha

Ini kerja tak siap... Menyusahkan pengguna dan operator KKIA... Tapi masih mau pow Kerajaan ... Tak gampang ker macam nih... Cam sial lar...


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1