Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label AM. Show all posts
Showing posts with label AM. Show all posts

13 January 2021

Berbelit Lidah Nampaknya Persatuan Insuran dan Takaful

Bhai/DeeDee semua...

Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah membuat kenyataan mereka berkenaan isu Insuran dan Takaful semasa Darurat.

Namun kedua-dua pihak telah mengatakan bahawa untuk mendapat maklumat lanjut, penegang polisi hendaklah menghubungi syarikat penanggung Insuran dan Takaful yang berkenaan.

Ini gua nak bagitau.

Kenyataan Media kedua-dua Persatuan sebenarnya tiada kuasa “mengikat” dari sudut undang-undang terhadap polisi Insuran / Takaful yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak pemegang polisi dan syarikat penanggung risiko. Ianya hanya sekadar panduan semata-mata.

Jadi walau apa pun kenyataan media dari pihak Persatuan, ianya tidak memberikan apa-apa makna yang jelas atas dokumen “legal” yang telah dipersetujui oleh dua-dua pihak (pemegang polisi dan syarikat penanggung risiko)

Syarikat Penanggung Risiko berhak untuk menentukan takrifan mereka sendiri berdasarkan terma dan syarat yang telah dinyatakan dalam dokumen polisi.

Pematuhan berdasarkan garis panduan dan terma serta syarat yang tertera dalam dokumen polisi adalah sesuatu yang “mengikat” dari sudut undang-undang.

Harap maklum.

(ini adalah sambungan dan penjelasan lanjut dari post blog gua yang pagi tadi). Sekian.

P/S : Arahan Moratorium BNM pun bank-bank buat bodoh ja tak berapa nak ikut walhal BNM adalah autoriti... yang bagi lesen... bukannya macam level persatuan ja...

Terkini: 

Hehehe... Persatuan Insuran Hayat Malaysia (LIAM) pun dah keluar statement..

Tapi baca betul-betul statement LIAM

“Tuntutan akan dibayar mengikut terma dan syarat seperti yang dinyatakan didalam polisi mereka” - Presiden LIAM (Loh Guat Lan)

ingat... dalam polisi mengatakan dengan jelas perlindungan tak support dalam keadaan darurat.

Takrifan boleh diperbuat pelbagai cara. Kena faham tu.



25 March 2013

Balik Ke Zaman Jepun

Bhai.... dulu masa zaman penjajahan Jepun.... kalu nak tau berita dan info.... kena ader radio.... pulak tue radio zaman tue semua bukan jenis transistor... semua guna diod (diode)..... hahaha... dan tune pada gelombang pendek (short wave @ sw) dan gelombang miliwave (mw) .... hahaha

Tapi kalu nak dengar-dengar tue kena hati-hati... pasai talibarut dan kempetai Jepun ader merata.... malah ramai orang Melayu yang bangsat dok jadi talibarut dan kempetai Jepun.... ader gak golongan berketurunan dewa yang jadi talibarut dan kempetai Jepun... semua semata-mana menjaga perut dan bawah perut diorang nih.....

Tapi la nih.... pada kurun ke 21 nih.... masih lagi terpaksa cari radio yang menggunakan frekuensi SW dan MW .... kena cari radio transistor yang berformat AM.... Amplitude Modulation.... dan bukannya FM ... Frequency Modulation .... macam hampeh kan... malah masih lagi kena sorok-sorok nak dengar... pasai Kerajaan Malaysia marah kalu dengar...

Gua tau PDRM, MKN dan SKMM ader peralatan untuk trace pengguna radio AM nih.... malah diorang boleh block pon signal AM nih bila-bila masa jer..... Teknologi untuk buat kerja sabotaj nih dah lama ader... dulu Hermann Goering pon masa WWII dulu ader guna benda camnie... hahahaha

La nih... dah ujud Radio Free Malaysia (RFM) .... kira macam radio underground..... untuk bagi peluang Pakatan Rakyat menyampaikan maklumat kepada rakyat..... hahahaha... punya la teruk Malaysia nih... sampai terpaksa buat radio underground...... hahahaha.... giler betul lar....

Aper-aper pon... gua berani jamin... permintaan untuk radio AM nih sure akan menjadi mencanak jualannya... hahaha.. Untung... sesapa nak cari duit cepat... baik cari benda nih untuk di supply.... hahahaha ..... Gua balik Kemaman nanti nak cari dalam stor... mana dier gua punya radio transistor AM nih... hahahaha....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1